Pages

Monday, March 26, 2012

someday...

me want like this someday.
<3


that Little Bella's feet! soooo cute and adorable!

Wednesday, March 21, 2012

wordless wednesday

ini slip SPM saya.
SPM 2008 candidate... that's me.


cuba teka gred tu berapa?
dengan exact, sekali dengan A1,A2, B3 and B4 yang saya dapat..saya belanja makan kenny rogers.
heheh
boleh tuntut..tak tipu punya!

Monday, March 19, 2012

5 tahun.

5tahun.

selamat datang kenangan.
selamat datang kenangan 1st batch of MRSM Kubang Pasu. 
aku lebih suka letak shortform KP.
dah 5 tahun tinggal.

kat sini mencipta kenangan yang ajar aku jadi manusia.
kat sini segala-galanya.


18/03/2007.

itu tarikh keramat yang sampai bila-bila aku takkan lupa.


Wednesday, March 14, 2012

tak sibuk ke?

herm... thinking about future. memang lah kena serius
tapi nak merancang pun beragak-agak lah kan..
kena prioritize things yg patut kena prioritize.

tapi cakap pasal masa depan...
buat saya terfikir sesuatu.

and even once I told him about this.

once kita dah settle down nanti macam mana?
both confirm busy gila.

yeah.. i do think about that. I meant... dah boleh bayangkan nanti macam mana life bust dengan houseman, dia  pun sibuk Ithink after a year lepas commission.

sebab time belajar ni pun dah boleh rasa sikit-sikit.
dia asyik busy memanjang..tu belum kena tinggal lagi 6minggu... 6bulan langsung tak boleh contact waktu LI.
(iyeke?)
during that time saya sendiri dah masuk clinical phase. dah start posting.
tapi dengar senior cakap 4th year tu tak berapa busy sangat compare to 3rd year.
tunggu jela.

time kelas saya pack, dia busy dengan training.
malam bila ada masa. saya nak study dia pulak sibuk dengan assigment. kadang-kadang duty.
(assignment ke? <----- you know it better)

weekend memang saya free, tapi kadang-kadang bukan dia. ada military training.
physical training... tts.. parade... kawad.. tu semua dah jadi 'makanan' telinga saya.

jumpa?
sebulan-sebulan setengah sekali.
call mesej?
only for things need kot.. setiap masa tu memang tak lah kan.. rimas juga.
saya pun ada kerja, dia dia pun ada kerja nak buat kot.
call and gayut tu...memang jarang dah dalam kamus hidup. hahah

jadual kami berselisih. kerapnya berselisih.
tu buatkan walaupun jarak yang dekat, still jugak jarang jumpa.
20min je dari sini nak sampai ke tempat dia.
tapi rasa macam PJJ je.
:P

okay sambung study pharmaco semula.

Saturday, March 10, 2012

hakikat dan kenyataan

selesai sudah 1 semester di CUCMS, bergelar seorang pelajar perubatan.
ada baki 9 semester lagi yang perlu dihabiskan, bunyinya seperti lama lagi masa yang perlu dihabiskan.
namun tak boleh merungut, ini pilihan yang saya sendiri buat.
tiada paksaan dari sesiapa sekalipun.

selesai sudah 1 semester, namun badi 'gagal.loser' kerana gagal memboloskan diri dalam senarai pelajar cemerlang yang harus terbang dan melanjutkan pelajaran ke luar negara itu gagal saya hakiskan dari minda sepenuhnya.
malu dan rasa segan masih bercampur tatkala berhadapan dengan rakan-rakan seangkatan, senior dan junior dari KMS.
namun...mana mungkin saya dapat lari dari berhadapan dengan mereka?

hampir setiap hari di FB.. mataku di jamah dengan gambar-gambar mereka.
melawat ke sana sini.
manusia yang normal seperti aku sungguh akan mengatakan. ya aku cemburu.
namun mereka selayaknya dan punya hak berbuat demikian.
siapa aku untuk melarang?
aku belajar mengawal emosi secara matang.
aku memaksa diriku menerima hakikat sebenarnya.

mereka yang tidak merasai, selamanya tidak akan mengerti.
sungguh hanya jutaan rasa dan kata semangat untuk memujuk rasa hati supaya yakin dengan ketentuan Ilahi..bahawa suatu hari nanti pasti akan tersingkap hikmah semua ini terjadi.
namun sakit untuk menunggu hari itu tiba.
kau tidak akan pernah sekali pun tahu.

benar...mungkin aku kehilangan separuh dari sifat 'pejuang' ku.
aku kini tidak betah lagi berkata-kata.
kerana seolah-olah ku rasakan lidahku ini tidak layak lagi memberi nasihat kepada adik-adik yang mahu mencontohiku, merujuk kepadaku untuk bertanya apa-apa permasalahan mengenai hidup, dan mengatur masa depan bagaimana hala tuju mereka.
kerana aku terasa benar-benar seorang yang bukan pada ahlinya lagi untuk berkata-kata sedemikian!

aku terasa tidak punyai apa-apa.
aku tetap tidak merasa bahawa aku dalam kalangan mereka lagi.
aku terasa mahu hilang dan ghaib sebentar dari dunia mereka.
aku bukan sebahagian dari mereka lagi.

kakiku terasa berat untuk melangkah ke KMS semula.
sungguh aku rindu, namun aku tak pasti.. kuatkah kakiku untuk melangkah ke sana semula?

entah bila badi 'loser' ini akan pergi dengan sendirinya.
ketika inilah aku lihat siapa kawan dan siapa juga sahabat.
sahabat yang benar-benar mengenali luar dalam, siapa Khairun Nurlisa Kamal ini sebenarnya.

aku tak perlukan kawan yang hanya bijak berkata-kata tentang ukhwah.. seandainya disaatku terjatuh kau tidak pernah ada disisiku.
aku tak perlukan kawan yang muncul tiba-tiba konon mengatakan kau mahu mengingatkan aku yang terlupa ini dan mendakwa dirimu adalah sahabatku, sedangkan kau gagal memahami dan menyelami isi hatiku mengapa dan kenapa aku terjadi sedemikian rupa.

kau tidak bersamaku disaat aku jatuh. jadi kau tidak selayaknya sewenang-wenangnya hadir dan mengatakan kau pendampingku yang setia.
jangan pernah muncul dan berkata begitu.
jangan pernah menghakimi tindakanku secara luaran seandainya kau tidak bertentang mata denganku sendiri.

aku sedar...
aku harus bersyukur...

beruntunglah walaupun tak dapat jadi pelajar pergigian, kerana tak semua orang punya peluang untuk jadi pelajar perubatan...
beruntunglah walaupun tak dapat belajar ke luar negara, namun masih punya penaja untuk menaja dan membiayai pengajian di dalam negara...
beruntunglah walaupun tidak punya kesempatan seperti rakan yang lain untuk melancong ke luar negara... namun masih dekat dengan keluarga dan orang tersayang ...
beruntunglah walaupun tak dapat belajar di uni yang berprestij dan dikenali ramai, namun suatu hari nanti bakal bergelar doktor juga. semua akan melalui HO 2 tahun yang sama. permulaan gaji yang sama. tiada beza.


aku sedar aku harus menjadi manusia yang tahu di untung.
aku juga manusia biasa, tak dapat lari dari berperasaan sebegitu.
namun cuma terkadang aku merasakan sedemikian rupa.
terkadang itu biasa kan.
bukan sepanjang masa.

aku punyai hidup untuk aku teruskan.
 
Images by Freepik