Pages

Showing posts with label ib. Show all posts
Showing posts with label ib. Show all posts

Friday, November 28, 2014

kenapa eh nak jadi doktor eh?

makin lama pegang status pelajar perubatan, soalan paling mudah saya utarakan kepada diri sendiri;
--kenapa pilih nak sangat jadi doktor?
makin sukar nak dijawab.
tak semudah sewaktu di bangku sekolah, alasan nak tolong orang susah. kesian tengok ramai orang sakit. 
(sebahagian alasan seperti nak dapat title Dr./nak kaya/nak orang respect/confirm dapat kerja pasti ada dalam sanubari juga. saya juga manusia. tak pandai nak menipu bila melibatkan perkara duniawi).

alasan lapuk semata.
dan tidak semudah itu saya nak rungkaikan sekarang.
seolah itu soalan yang tidak ada jawapan apabila ditanya.
saya keliru dengan jawapan saya sendiri.

yang pasti--
saya suka melihat gelagat manusia.
dan saya gembira jika saya mampu buat sesuatu untuk orang lain.

makin lama, makin jumpa pelbagai gelagat pesakit di wad, di klinik, fill doktor juga berbeza ikut posting. dan melihat bagaimana capahan pemikiran mereka, makin membuatkan saya terfikir perkara kedua;
--doktor jenis apa yang saya mahu jadi suatu hari nanti?
yang garang dengan pesakit yang degil? 
yang makin lelah dengan perangai pesakit yang makin canggih pengetahuannya lalu saya berubah menjadi pendebat/pemindato menangkis segala hipotesis fakta yang beliau petik dari Google, bukan dari praktis seorang pengamal perubatan?
yang mampu mentarbiyah dan merawat luaran dan dalaman-- penyakit hati/mental dah makin banyak sekarang?

itu cabaran yang saya nampak sekarang.
tak mustahil satu hari nanti saya bercita-cita nak jadi ahli parlimen pula mungkin?
almaklumlah, nak jadi ustaz ustazah tak boleh.
nanti kena 'balun'.



atau jadi superwoman jela. got my uniform already. :P

Thursday, July 10, 2014

rahmat ujian. (buat manusia yang selalu gagal)

mungkin benar apa orang kata, once you pass through the worst, andai datang ujian yang maha dahsyat macam mana sekalipun. kau akan mampu untuk harungi.
aku yakin itu betul.
macam mana aku meletakkan keyakinan dengan menarik aura positif datang berdamping denganku.

akaun FB ku banyak dijengah oleh adik-adik pasca IB yang memerlukan moral support.
rata-rata, cuba redha dan mencari jalan untuk move on teruskan hidup.
*mana engkorang jumpa fb aku aaaaaa*

macam mana ye akak nak cakap dik?
akak pernah rasa macam tu juga dulu.
rasa tak semangat nak hidup.
punya dahsyat penangan dan impak IB dalam hidup akak ni dulu.

"kak, kalau saya dah tak dapat fly dengan IB ni, macam mana saya nak survive degree life? surely more challenging."


adik, akak tak ada finite answer untuk soalan awak ni.
tapi percaya atau tidak, setelah kuliah 3 tahun di sekolah perubatan. akak masih merasakan IB itulah yang terpaling susah selama akak hidup jadi hamba Tuhan.
beyond compare lah ceritanya kalau nak cerita azab perit zaman IB ni dulu.
*eh kang ade pulak yang kecut perut nak ambik IB lepas bace neh..hahahah*

so no worries.
nak habiskan duka lara gara-gara IB ni memang makan masa adik-adik.
it takes all of your strength, mentally,spiritually and your pace to keep moving.
jangan pernah berhenti untuk bersangka baik dengan Tuhan.
dan jangan pernah berhenti untuk nikmati hidup anda selepas gagal dengan IB.

bersedih dan berkabung dengan result yang awak dah dapat tu boleh,
akak tak suruh. akak tak larang. tapi berpada-pada.
always refresh your objective.
alaways aask yourself : apa aku nak buat lepas ni?
jangan tenggelam punca.
rasional tetap harus ada dan otak jangan pernah berhenti berfikir untuk teruskan perjuangan anda!

dan hikmah terbesar akak dapat selepas IB,
.
.
.



1) akak dah jadi kering hati sikit bila berdepan dengan kegagalan.

- Alhamdulillah, takat fail sikit-sikit, marks rendah almost failing, akak dah tak kisah. dah kikis sikit perasaan jadi perfectionist. sebab perfectionist ni cuma harap yang terbaik dalam hidup, tapi tak semua yang jadi perfectionist ini pandai control perasaan when they face with failure. awak akan rasa penat at a point, bila asyik nak compete dengan semua orang, sampai takde langsung rasa nak mengalah. this will build up your ego, and rasa unbeatable.

- And alhamdulillah juga, failing paper kt medical school so far tak pernah lagi dalam overall assesment. akak belajar untuk berpuas hati dengan apa yang akak dapat, dan takkan sekali-kali rasa down sebab tengok orang lain lagi bagus. akak average student je kat medical school ni. tapi tak rasa demoralized or tercabar yang melampau sampai stress-stress tengok orang lain yang lebih pandai. sebab cuma kita yang kenal diri kita. dan cuma kita yang tahu kemampuan diri kita sampai tahap mana. contoh : frankly said, it makes no difference whether awak dapat 50 or 80 in exam, sebab in final exam both still layak passing year. its just yang 80 tu dapat la award distinction. but yeah, does it really matter?




2) buang semua tabiat buruk (saya dulu mengalami ketagihan online yang teruk) dan sentiasa set prioriti supaya tak ulang kesilapan yang sama.

- sebab tu ler sekarang ni jarang bebenor nak update blog... HAHAHAHAHAHA!

- sebenarnya lebih banyak membebel di status FB yng saya publickan pada reader.




3) KEGAGALAN ITU ADALAH KEJAYAAN YANG DITANGGUHKAN.

- sila install ini dalam-dalam di lubuk sanubari dan minda anda. manusia yang tidak pernah gagal dalam hidupnya adalah sangat hambar dan membosankan kerana hidupnya sangatlah monotonous. percaya atau tidak, manusia yang pernah berulang kali gagal/pernah berada dibawah akan lebih menghargai kejayaan/apabila sesekali berada diatas. dan mereka ini biasanya dan lebih humble kerana mereka mengerti bagaimana perasaan mereka yang berada dibawah, cuz they've been there too. key word : empati.  dan biasanya manusia yang berkali-kali gagal ini akan menjadi manusia yang hebat, as i said... kegagalan mereka itu adalah kejayaan yang maha hebat yang Tuhan tangguhkan! as a matter of fact, mendiang Karpal Singh sebelum menjadi peguam yang hebat macam tu, he failed the law school a few times.




cukuplah kot setakat ni Dokter Lisa membebel. ye dok?
jumpa lagi di entri seterusnya
(if im happen to write and rambles again..lol)


bye peeps!








Wednesday, July 9, 2014

coretan pengalaman seorang IB survivor.



Julai. Bulan yang penuh memoir.
Saat ini adik-adik yang sedang menuntut dalam program IB dalam debar menerima hasil kerja keras mereka selama dua tahun.

Saya juga pernah merasainya. Pernah jatuh. Pernah rasa malu kerana terasa berada dibawah dan rasa tak mampu nak bangun semula.

International Baccalaureate. IB.
Benar-benar mengubah hidup saya, namun selepas 3tahun saya yakin aturan Tuhan itu cukup cantik.

Tiga tahun lepas --
Saya gagal terbang.
Saya gagal melunaskan impian sejak kecil mahu bergelar mahasiswa ijazah sarjana muda keluaran luar negara.

Masa depan terubah saat penaja memutuskan menukar kos tajaan dari Pergigian ke Perubatan.
Setiap hari ketika itu, zikir saya adalah : Tuhan tahu apa yang terbaik untukmu.
Saya cuba mencari aura positif, mengajar hati untuk bersangka baik dengan aturan Tuhan dan teruja apa kejutanNya yang menanti buat saya di bumi Malaysia.
Dia mentakdirkan bumi India bukan untuk saya.

Benar. Saya pernah rasa teruk.
Merasakan apapun jua kata-kata moral dari sahabat tidak berharga, andai mereka tidak merasai apa yang saya rasa.
Saya dalam fasa itu buat beberapa ketika.

Namun syukur, support system saya masih kuat hingga saya menjejakkan kaki ke CUCMS.
Dan itulah dunia baru saya.

Selepas 3 tahun, Alhamdulillah.
Saya senyum dengan perancanganNya.
Saya tak rasa kurang sedikitpun dengan apa yang saya tiada, namun tidak pula saya merasa lebih dengan apa yang saya ada.
Tidak timbul langsung sedetik dihati untuk membanding beza dengan rakan yang lainnya.

Kerana akhirnya saya dapati
Manusia itu maju kehadapan, menapak dengan kelajuannya sendiri.
Bukan dengan siapa-siapa.
Kerana akhirnya, destinasi kita tetap sama.

Masa depan saya juga tidak berakhir hanya kerana saya gagal terbang.
IB cuma satu titik pengubah, yang menjadikan saya apa adanya sekarang.
Dengan IB jugalah saya belajar untuk tidak mengulangi kelalaian yang sama ketika kuliah di sekolah perubatan sekarang.

Yang terutama --
Saat saya merasakan dunia saya terpunah ketika dulu,
Saya tidak berhenti hidup hanya kerana saya gagal terbang bersama IB.

Saya bangga menjadi seorang IB survivor!

Wednesday, May 22, 2013

soalan kedua terpaling famous pasal IB. selain dari tanya susah ke tidak IB ni? nah ini jawapannya.


Q: salam kak, kalau saya tak lepas IB ni... saya kena tendang dari tajaan Mara ke? dah la susah, macam buang masa pula ambil IB dua tahun kalau taklepas, tak dapat fly.

A: Takde lah kena tendang, Mara still akan taja.dia akan hantar awak ke uni private dalam Malaysia ni. tp uni private pun jgn risau, Mara akan hantar where budak JPA ada. so means bukan uni private yang simply tak ada accreditation. 'taklepas IB' tu bukan bermakna awak fail IB, awak cuma tak lepas fly. sebab kalau ikut syarat IB World Organization (IBO) to get an IB Diploma you need to score 24 points and above. since budak-budak kat Malaysia yang ambil IB ni budak2 scholar and selected student, mereka memang selalunya dapat lepas lah IBO punya requirement yang 24 points tu. cuma penaja kat Malaysia ni je yang dah tetapkan kena dapat 35 points in order for you to fly. but if you dapat below 35 but more than 24 points, you still got your IB diploma. you still boleh sambung belajar degree, with the point that you get. cuma awak tak dapat fly. itu je.

"rugi lah saya ketinggalan kalau tak dapat fly, buang masa dua tahun je buat IB."

ketinggalan tak apa, asal maju ke hadapan. lebih baik dari statik. :)

semua orang memang teringin nak fly. tapi kalau tak dapat fly, itu bukan pengakhiran. bukti? 

SAYA MASIH HIDUP. :)

janji ada rezeki Tuhan berikan saya bernafas, ada yang menanggung biaya pengajian kerana keluarga bukan orang senang, boleh belajar hidup aman dengan tenang.

apa lagi yang saya nak claim?
Dia dah beri. 
syukur saja.
tak banyak bunyi.
tak banyak songeh.
tadah tangan ke langit.
sujud 5 waktu tanpa gagal tanda balas budi.

:)




selesai.

Tuesday, May 21, 2013

attention to future IB-ians!

as-salam readers.

okay seperti biasa bila selesai sahaja keputusan panggilan temuduga MARA/JPA diumumkan, traffic blog akan meningkat secara mendadak, dan tak kurang yang akan personally PM saya di FB untuk bertanya tentang program IB. tidak kiralah sama ada carian tersebut berkaitan IB KMB ataupun IB KMS.

for those yang googled up and happen to find my blog through word search engine, saya nak mohon maaf sangat-sangat, pertanyaan anda mengenai IB xdapat nak dibalas melalui tulisan ataupun post dalam blog sebab blog buat masa ni mungkin akan remain dormant for a moment buat masa terdekat ni kerana dalam masa kurang dari 11 hari saya akan menduduki final exam. tapi insyaAllah, sesetengah little query/ soalan pendek yang boleh dijawab boleh diajukan secara personally melalui FB/ emel.

FB: Nurlisa Kamal
emel : lisakamal91@yahoo.com 

ataupun boleh review this blog untuk basic knowledge regarding IB : blog Shahkang Aizat.

untuk pengetahuan anda, Shahkang adalah bekas pelajar KMB yang menjadi rujukan saya semasa baru 'berkenalan' dengan program IB ni. jadi kalau ada mana-mana pertanyaan yang kurang jelas, still nak tanya apa-apa. boleh revert balik kepada medium di atas.

sekian. till then. ciao.

p/s: doakan saya nak final exam ye! :/

Friday, February 15, 2013

mono-logue dan perihal bodoh.


suddenly ada adrenaline rush yang membuatkan diri ini tidak tenang, teringat-ingat paper final Urinary System yang dijawab siang tadi. tak pernah rasa tidak tenang seperti ini walaupun kadangkala setiap kali selepas exam, pasti terasa tidak yakin dengan jawapan.

ini paling tak sedap hati.
ya aku takut aku fail. aku taknak re-sit paper tu.

rasa macam hati aku ni tak tenang, macam digigit-gigit, dimamah-mamah..

apapun serah saja pada Tuhan. buat dah, doa dah. tunggu result saja.

kalau fail?
alah, re-sit saja.
it's not the end of your life.
hidup biasalah ada jatuh bangun.

takkan takut lisa?
 you've faced things worser than that.

rasanya...
kau fail takleh fly dulu tu lagi teruk.
fail buat kos dentistry switch amik medic lagi teruk.
kau kena tinggal ngn boyfriend yang tinggalkan kau sebab kau tak lawa tu lagi teruk. wakakaka.
so what?

it's all about "now what?".

fail paper? tak bermakna kau fail semua benda Lisa .
kan Dr Hazian selalu cakap.. medicine is all about practicing skills. mungkin knowledge is important at the moment, but one day who knows I can practice better though I am not that knowledgeable?

mungkin knowledge tu akan datang bila aku practice skills yang aku ada?
mungkin juga.

semoga Tuhan beri yang terbaik.

dah taktahu nak cakap dengan siapa.
so baik cakap dengan blog tentang kegundah-gulanaan hati ini.

orang kata, if your moral is down, its you yourself that should motivates it back.

thank you blog. aku sayang kau.
sayang reader jugak. kalau ada nak bagi support.
nah aku nak kasi hug ala-ala fantasi dari kayangan sikit untuk korang.

.
.
.
.

hmm. medic ni belajar aku tak rasa susah. aku tak rasa senang gak. ada masa kau kena hafal, ada masa kau kena apply concept, ada masa kau kena tahu principle. and paling penting tough decision maker untuk treat patient kau. nyawa orang kot. hilang tu habislah. apa kau bajet nyawa manusia ala-ala nyawa Gumiho yang ada 8 nyawa giteww?

gila berlagak kalau cakap belajar tu senang. banyak dan boleh kata semua benda kau kena tahu.

"the more that you know, the more that you don't know." 

haa tu ayat peberet tahap masuk pencalonan quote of the year time aku buat TOK masa IB dulu. yelah maksudnya, makin banyak benda kau belajar, makin bodoh pulak kau rasa, oh bodohnya aku taktahu benda nih, sekarang baru tahu.

haa baru sedar ilmu tu luas. kau je baru tahu. haa terasa bodoh tak?
erk faham ke?

dah kadang tu, bila kau tengok semua orang tahu semua benda, kau pulak rasa. eh bodohnya benda ni basic kacang gila pun kau tak tahu. tapi kadang-kadang kau kena ingat jugak, mungkin orang tu pun pernah je dia tak tahu pasal benda yang kau tahu, and he actually feel the same before. mungkin dia pernah rasa yang dia bodoh dari kau. or even lagi bodoh dia rasa.

haa fair tak?


aku selalu rasa yang 1st tu. ilmu aku kurang dari semua orang. hahaha. tapi aku rasa bodoh 5 saat je. lepas tu kalau aku taktau... belajar lah, cari info. kalau aku buat taktahu je, memang terserlah lah kebodohan aku disitu.

okay, tachycardic aku dah hilang. tak tahu tachycardic tu apa sila pergi tanya pakcik Google yang awesome.
aku tachycardic tadi sebab memikirkan perkara yang lepas. risau tak bertempat.
chill. now I'm feeling better.

so bak kata classmate aku yang sorang ni,

"today i learn a new type of movement. MOVING ON"


okay sudahlah cakap perihal bodoh ni.
kang cukup aku ulang 44 kali, jadi bodoh betul kang.

till then,
muchas amor.

Sunday, January 27, 2013

tentang IB. tentang POV.

salam, to start with. this is a post regarding IB.
setelah ada juga yang sanggup PM personally ke FB, bertanyakan tentang IB. and they found out bout it through my blog, so I decided to write it here. sebab takdelah saya ulang-ulang benda yang sama bukan?

kalau ada adik-adik yang nak tahu lebih lanjut tentang IB, boleh view my blog through post yang ada label IB.

this is only my opinion, my personal point of view when talking bout IB.

WHAT IS IB?
okay, I did that as my foundation programme selepas SPC in Kolej MARA Seremban (KMS), under program Skim Pelajar Cemerlang (SPC) selepas SPM, tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). i know about IB beforehand sebelum masuk KMS lagi, sebab kaunselor pernah bg exposure masa kat MRSM. but not that much. thru blogwalking? not much. zaman tu pun baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogging. so tak tahu secara mendalam.

to make it simple, IB a.k.a International Baccalaureate ni program persediaan, yang lebih kurang macam A Level. I can compare it only to A Level sebab, that is the nearest frame of reference masa di KMS dulu. jadi untuk program lain seperti AUSMAT, ADFP, CPU dan sebagainya,xdapatlah nak bagi review. it takes you to finish it within 2 years. and one final exam to deter your points (grade).

basically, in Malaysia, kalau under MARA akan di conduct di KMS dan Kolej MARA Banting (KMB). kalau di KMS, masa my time dulu, semuanya tajaan MARA sahaja. tapi di KMB, ada macam-macam tajaan. PETRONAS, FELDA,TNB dan sebagainya. banyak. and ada a few tempat juga seperti KDU  private college yang menawarkan IB di Malaysia.

COMPARISON OF IB WITH A LEVEL?
to compare, IB dikira dalam bentuk points. dia tak pakai CGPA or pointer and all those things. ada 6 subjek wajib yang perlu diambil. dan setiap subjek dikira dalam band 1-band 7. so total up for subjek 6X7= 42 points. another 3 points will come from your Extended Essay (EE) and Theory Of Knowledge (TOK) essay. and that's makes 45 point total for IB. like me, I took Malay A1 SL, English B SL, Biology HL, Chemistry HL, Mathematics HL, and Physics SL. 6 subjects = 3 Higher Level (HL) and 3 Standard Level (SL). selain tu option for taking this 6 subjects depending on your course that you are bounded with. since I'm taking Dentistry (still at that time, I only decided to take Medicine after I finished my IB), so I'm required to take Physics SL at that time (don't know why?). list of subjects offered you can refer to KMS/KMB webiste for more details. *sorry tak rajin sangat malas gila nak attach link.wuu*

if I were to compare, A Level (AL) only 3 subjects for 2 years. for me its more to exam oriented. like if student Malaysia yang dah biasa dengan Malaysia punya curricular yg more to exam oriented,haaa its like that. (doubt that? still susah jugak lah kan tapinya, sesuailah dengan level yg korang belajar as persediaan but that's how I see it). they have 2 exams, Advance Subsidiary (AS) yang diambil semasa semester kedua and A2 during the final semester. full points for AL programme is 15 points. ada juga yang kira grading A,B,C. kalau ada fail paper masa AS, boleh repeat waktu A2. yang itu confirm.kalau tak silap, final points for AL dia akan puratakan from AS and A2 grade. but one thing for sure in IB, there is no repeat.

IB RELATED TO MEDICINE/DENTISTRY?

belajar IB ni sama level macam matrikulasi sains/asasi sains. so no diff. some topics ada yang korang belajar on surface, and some belajar secara deep. thats for short lah. cuma nak menariknya IB ni ada CAS service iaitu macam volunteering project/curricular activities yang korang kena completekan within two years for 150 hours. TOK essay for 1500 words, and Extended Essay in which more likely a mini thesis written report for 4000 words. sounds crazy but hell yeah, I survived those things! :D

so far harapnya menjawablah kot?


kalau nak tahu maklumat lebih lanjut boleh cari my older post under IB tags. you'll find my ups and down doing IB in KMS, in which about two years ago.


well, kalau ada apa-apa nak tanya in details, you are warmly welcomed. do drop your queries at the comment box. I will try to respond as much as I can. :)


p/s: this post is a bit rushy. sorry bout that. I'm trying to steal my time as much as I can. heee

Saturday, July 14, 2012

Malay A1 SL World Literature Essay (International Baccalaureate)

I composed this essay about two years ago. 1st draft, without much correction and amendments to be made. (except for a few spelling error). but Alhamdulillah for my points and issues that I put in, there's none. :)

just so you know the World Literature Essay is one of the assignment that I have to complete under Standard Level Malay A1 subject that I took in International Baccalaureate Diploma Programme. words must not be lengthy, not more than 1500words. we studied the world literature books that of course, being translated to Bahasa Melayu. during my years doing IB, I studied three novels which is Lorong Midaq (Midaq Alley) by Naguib Mahfouz from Eygpt, Isteri Hanaoka Seishu (The Doctor's Wife) by Sawako Ariyoshi from Japan and last but not least is Okonkwo (Things Fall Apart) by Chinua Achebe from Nigeria. so for my essay, I just choose two from three novels that I studied, to make comparison.



TITLE:
“ Satu bandingan unsur pilih kasih dalam hubungan ibu bapa
terhadap anak-anak mereka oleh Chinua Achebe dalam novel
OKONKWO dan Sawako Ariyoshi dalam novel
ISTERI HANAOKA SEISHU”

NUMBER OF WORDS: 1433




Anak- anak ibarat harta paling berharga dan setiap ibu bapa berhasrat untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa kepada anak-anak kadangkala boleh menerbitkan sikap pilih kasih dalam kalangan ibu bapa. Elemen pilih kasih itu seolah-olah telah menjadi norma dalam masyarakat dan isu tersebut telah menjadi sebahagian daripada aspek kekeluargaan yang cuba dikupas oleh Chinua Achebe lewat karyanya Okonkwo serta novel Isteri Hanaoka Seishu, karangan Sawako Ariyoshi. Meskipun kedua-dua penulis ini datang dari latar masyarakat yang berbeza, pertembungan titik persamaan antara budaya dan kehidupan masyarakat Jepun serta masyarakat dari Nigeria inilah yang menjadi mesej yang cuba diselitkan oleh penulis dan bakal diperincikan dalam perenggan-perenggan yang seterusnya.

Kedua-dua penulis menggarap tema pilih kasih ini melalui persoalan kaitan peristiwa kelahiran anak yang memberi kesan mendalam terhadap ibu bapa. Peristiwa yang signifikan sewaktu kelahiran anak membuatkan ibu bapa berasakan anak tersebut cukup istimewa ataupun berdasarkan pengalaman yang terpaksa ditempuhi dalam menantikan kehadiran anak tersebut. Melirik kepada teks Okonkwo, Ezinma lebih disayangi oleh ayahnya berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. Ezinma merupakan satu-satunya zuriat Okoknwo bersama Ekwefi yang hidup. Rata-rata anak Okonkwo bersama Ekwefi tidak hidup lama dan meninggal dunia sewaktu mereka masih bayi. Namun, setelah batu ‘iyi-uwa’[1] milik Ezinma ditemui, peristiwa tersebut telah menamatkan sumpahan terhadap dirinya. Peristiwa tersebut jelas menggambarkan betapa kelahiran Ezinma sangat bermakna. Maka tidak hairanlah jika Okonkwo sangat melebihkan Ezinma berbanding dengan anak-anaknya yang lain.

            Menyelusuri novel Isteri Hanaoka Seishu, Naomichi seringkali menceritakan peristiwa kelahiran Umpei yang unik kepada orang ramai. Naomichi tidak pula berasa megah untuk menceritakan kisah kelahiran anak-anaknya yang lain yang seramai 8 orang itu. Malah, kelahirannya sangat memberi kesan buat Otsugi kerana Umpei merupakan anak sulung lelakinya dan satu-satunya anak mereka yang disambut oleh suaminya sendiri. Ternyata, unsur pilih kasih itu wujud apabila Naomichi dan Otsugi sentiasa menyebut-nyebut perihal Umpei berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. Pernyataan dari sebuah artikel memperkukuhkan hujah bahawa kedudukan anak lelaki dalam keluarga telah  menyebabkan amalan pilih kasih :


“ Ada orang tua yang memberikan perilaku sangat istimewa hanya pada salah satu buah hatinya saja kerana ia adalah anak lelaki pertama dalam keluarga…”[2]

           
Chinua Achebe turut mengetengahkan isu pilih kasih melalui perwatakan ibu bapa yang sentiasa melakukan yang terbaik bagi menyenangkan hati anak kesayangan mereka dalam novelnya, Okonkwo. Sungguhpun Okonkwo bersifat kasar terhadap anak-anaknya, namun sifat penyayang masih terselit dihatinya. Hal ini terbukti melalui peristiwa Ezinma jatuh sakit dan dibawa oleh Chielo ke dalam gua untuk bertemu dengan Agbala, Okonkwo sanggup menunggu di luar pintu gua bersama isterinya kerana khuatir akan keselamatan Ezinma yang berada dalam ketakutan ketika itu. Okonkwo juga menegah Ezinma daripada berkahwin di Mbanta kerana ingin Ezinma mendapatkan calon suami yang terbaik di Umuofia. Sedangkan dalam masa yang sama, Okonkwo turut mempunyai seorang lagi anak perempuan, Obiageli namun nasihat tersebut hanya ditujukan buat Ezinma sahaja. Jelas, Okonkwo ternyata agak berat sebelah dalam menumpahkan kasih sayang buat anak-anaknya kerana Ezinma merupakan anak kesayangannya.
           
Menyelami novel Isteri Hanaoka Seishu, Otsugi sangat beriya-iya untuk meminang Kae buat anak kesayangannya, Umpei. Perwatakannya yang sangat lembut namun bijak mengatur kata-kata digunakan sepenuhnya sewaktu meminang Kae semata-mata mahu mendapatkan calon isteri yang terbaik buat Umpei. Kesanggupan Otsugi untuk bekerja keras demi membiayai pengajian Umpei dilakukan tanpa rungutan malah, Otsugi sedikitpun tidak berasa jauh hati walaupun Umpei langsung tidak mengirimkan khabar berita sepanjang pengajiannya di Kyoto kerana baginya, dia tidak mahu mengganggu tumpuan anaknya sewaktu belajar. Otsugi jelas mempamerkan sikap bias dalam melayan anak-anaknya kerana tidak pula beliau bersusah payah mencarikan jodoh apabila anak perempuannya, Okatsu dan Koriku tidak berkahwin.

            Kadangkala, apabila seseorang anak itu dilihat sebagai seorang yang berpotensi ataupun membawa harapan yang tinggi buat ibu bapa, ibu bapa tersebut akan lebih cenderung untuk lebih menyayangi anak tersebut. Dalam novel Okonkwo, Okonkwo amat menyayangi Ezinma kerana dia banyak mewarisi kelakuan bapanya. Padahal ketika itu, Okonkwo turut mempunyai anak lelaki yang bernama Nwoye, namun Okonkwo menghadapi konflik luaran terhadap Nwoye akibat anak lelaki sulungnya itu tidak “menjadi” seperti yang diharapkannya sehingga berasakan bahawa Nwoye bukan anaknya. Berlainan sekali dengan Ezinma, Okonkwo selalu berharap bahawa Ezinma dilahirkan sebagai seorang anak lelaki. Pernyataan ini boleh dibuktikan menerusi dialog Okonkwo bersama sahabat baiknya,Obierika pada halaman 68 yang berbunyi :

“Kalaulah Ezinma itu seorang budak lelaki mungkin aku akan lebih merasa gembira…”

Hal ini menunjukkan bahawa Ezinma sentiasa mendapat  tempat dihati Okonkwo, bukan Nwoye. Okonkwo menyimpan harapan terhadap Ezinma untuk menjadi anak lelaki yang mampu membanggakan dirinya, Jadi, tidak hairanlah apabila Okonkwo lebih menyayangi Ezinma berbanding Nwoye.

            Melirik teks Isteri Hanaoka Seishu, Otsugi sentiasa menaruh harapan yang tinggi terhadap Umpei agar dapat mewarisi kerjaya kedoktoran sama seperti ayahnya. Kedudukan Umpei sebagai anak sulung lelaki untuk menjadi penyambung legasi Keluarga Hanaoka merupakan satu tanggungjawab yang amat besar untuk dipikul. Sudah tentulah Otsugi lebih mengambil berat perihal Umpei berbanding dengan anak-anaknya yang lain kerana Umpei juga satu-satunya anak lelaki dalam Keluarga Hanaoka yang dilihat mempunyai potensi bagi menjadi seorang doktor, setelah seorang adik lelaki Umpei telah menjadi sami dan adik bongsu Umpei, Ryohei juga masih kecil ketika itu. Pilih kasih itu timbul apabila Umpei sentiasa dilebihkan layanannya berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. Sedikit petikan daripada artikel di bawah menjelaskan sedikit sebanyak bagaimana potensi yang dilihat dalam diri anak mampu mempengaruhi cara layanan ibu bapa terhadap anak-anak mereka :

“… cara mendidiknya sedikit punya standard lebih tinggi kerana orang tua ingin membentuk dia menjadi orang yang benar-benar boleh dibanggakan oleh orang tua..”[3]


            Selain daripada itu, senario pilih kasih yang berlaku turut berpunca disebabkan faktor ibu bapa mempunyai keserasian yang kuat terhadap anak serta memahami kehendak antara satu sama lain. Jalinan hubungan antara ibu bapa dan anak yang teguh mungkin berdasarkan dari persamaan hobi, minat ataupun menerusi naluri keibubapaaan yang utuh terhadap anak tersebut. Dalam novel Okonkwo, jelas bahawa Okonkwo dan Ezinma berkongsi minat menonton perlawanan gusti. Malah, perwatakan mereka juga hampir serupa kerana kedua-duanya mempunyai sikap panas baran. Ezinma juga sangat memahami bapanya berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. Buktinya, dia bersusah-payah menyediakan makanan buat bapanya setelah bapanya itu dibebaskan dari penjara. Ezinma faham bapanya sedang bersedih, dan dia mencuba sedaya upaya bagi menggembirakan hati Okonkwo. Sikap saling memahami itulah yang menyebabkan hubungan Ezinma dan bapanya begitu rapat berbanding dengan adik-beradiknya yang lain.

            Berbeza pula pemaparan unsur saling memahami dalam novel Isteri Hanaoka Seishu, Otsugi diperlihatkan sebagai seorang ibu yang sangat memahami anaknya yang mahu melakukan perubahan dalam bidang perubatan. Otsugi turut memahami keperluan seorang isteri kepada Umpei sebagai pelengkap hidupnya kerana kesibukan Umpei menyebabkan beliau tidak sempat untuk mencari calon isterinya sendiri. Oleh itu, dia telah meminang Kae buat Umpei untuk dijadikan isteri. Otsugi mempunyai naluri keibuan dan keserasian yang luar biasa terhadap Umpei yang mahu mencipta anestetik itu sehinggakan sanggup menawarkan dirinya untuk menjadi bahan ujian anestetik ciptaan Umpei. “Hubungan” antara Otsugi dan Umpei ini boleh dikatakan bukan sekadar hubungan ibu dan anak sahaja, malah telah mencetuskan konflik dalaman yang hebat dalam diri Otsugi apabila terlihatkan kemesraan Umpei bersama isterinya seolah-olah tidak rela anaknya dikongsi dengan Kae.

            Penonjolan kasih sayang yang ketara oleh anak kesayangan kepada ibu bapa berbanding dengan anak-anak yang lain, turut digunakan oleh kedua-dua penulis bagi menguatkan bukti yang menyumbang ke arah faktor pilih kasih. Meskipun ibu bapa telah melayani anak-anak secara adil , namun apabila salah seorang daripada mereka menzahirkan kasih sayang kepada ibu bapanya dengan lebih jelas, hal ini boleh mendorong ibu bapa untuk bersikap pilih kasih terhadap anak tersebut. Menerusi novel Okonkwo, kasih sayang Ezinma terhadap bapanya terserlah apabila dia telah menawarkan diri untuk membawakan kerusi milik Okonkwo sewaktu bapanya mahu pergi menontot perlawanan gusti. Dia juga seorang anak yang bertanggungjawab apabila dia sanggup memendekkan kunjungan ke rumah keluarga mertuanya dan bergegas pulang ke Umuofia apabila mendapat khabar bapanya dibebaskan daripada penjara. Terbukti, Ezinma menunjukkan sikap prihatin terhadap bapanya berbanding dengan adik –beradiknya yang lain.

Watak Umpei melalui novel Isteri Hanaoka Seishu, telah menonjolkan kasih sayang kepada ibunya dengan cara beliau yang tersendiri. Umpei sangat menyayangi Otsugi kerana baginya, ibu hanyalah satu di dalam dunia ini dan tiada galang gantinya. Oleh itu, Umpei hanya melakukan ujian palsu ke atas Otsugi sekadar untuk menjaga hati ibunya sahaja. Namun begitu, sewaktu tempoh Otsugi tidak sedarkan diri, beliau sangat mengambil berat mengenai keadaan ibunya. Perwatakan Umpei yang bertanggunjawab dan prihatin terhadap ibunya berbanding adik- beradiknya yang lain itu menggambarkan bahawa beliau benar-benar menyayangi ibunya.

            Tuntasnya, situasi pilih kasih ibu bapa terhadap anak-anak mereka ini sememangnya bukan menjadi suatu kepelikan yang berlaku dalam kalangan masyarakat, tidak kiralah dalam keluarga besar mahupun keluarga yang kecil. Chinua Achebe dan Sawako Ariyoshi bijak mengadun elemen ini dalam karya mereka iaitu Okonkwo dan Isteri Hanaoka Seishu, meskipun kedua-duanya datang dari latar masyarakat dan latar tempat yang berbeza. Beberapa faktor yang menyumbang ke arah fenomena pilih kasih ini telah dibincangkan secara mendalam termasuklah
kaitan peristiwa kelahiran anak yang terkesan terhadap ibu bapa, sikap ibu bapa yang sentiasa melakukan yang terbaik buat anak kesayangan mereka serta anak tersebut membawa harapan yang tinggi buat ibu bapanya. Keserasian antara anak dan ibu bapa serta penonjolan kasih sayang yang ketara oleh anak tersebut berbanding dengan anak-anak yang lain turut menjadi sebahagian penyebab senario pilih kasih. Sesungguhnya, karya-karya sastera agung seperti Okonkwo dan Isteri Hanaoka Seishu mampu menjadi wahana kepada para penulis bagi menyampaikan keadaan yang berlaku dalam kalangan masyarakat, khususnya institusi keluarga yang merupakan tunjang pembentukan masyarakat yang berjaya.


[1] Sejenis batu istimewa yang menjadi penghubung di antara Ogbanje dan dunia semangat. Hanya jika iyi-uwa ini dijumpai dan dimusnahkan baharulah si anak itu panjang umurnya.




what a pity, I didn't keep the draft that I sent to my teacher to be marked :(
but I still, I kept this.



(tak semua orang dapat remarks macam ni tau. *bangga)


IB = my bittersweet experience. :/

Friday, July 6, 2012

kita kongsi saiz kasut yang sama.

bila pernah berada di bawah, Allah bagi saya rasa macam mana berada dalam kasut orang lain (be in other person shoes). so that bila terjumpa orang yang pernah senasib dengan saya, saya akan lebih faham bagaimana perasaan dia macam mana, terus beri semangat dan mendengar luahannya. sakit, rasa keseorangan, rasa seorang yang tewas dan rasa tidak punyai apa-apa malah hidup dan laluan hidup sudah beralih langsung dari jalan yang kita harapkan... saya sangat faham bagaimana.

saya faham sekali perasaan bagaimana mereka yang terjatuh, terduduk, terjelepuk lalu cuba untuk bangkit, berdiri semula, raih kekuatan dan berlari mengejar semula apa yang perlu dikejar.
biar langkah kita perlahan, asalkan masih maju ke depan.

makin saya mengenali hidup dan belajar erti dewasa...cuba lihat, orang-orang hebat dan berjaya.. mereka itu semuanya bermula dari bawah, dari seorang yang tidak punyai apa-apa kepada seorang yang punyai segala-galanya yang bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahukan. 

from zero to hero.
bukan mudah.
saya percaya, itu akan membuatkan anda lebih menghargai hidup dan value things around you.
saya mahu menjadi seperti itu.

saya akui...
memang sakit, tidak menjadi sebahagian dari kelompok besar, yang sama-sama bersinsing lengan mahu menggapai angan yang sama, berjanji berikrar sama-sama mahu meranduk jerih payah di tempat orang. mahu berjaya dan terbang melihat negeri orang.. tiba-tiba, ranap segala impian itu.

saya mengerti seperti apa rasa itu. kerana saya pernah merasakannya.

sehingga pernah timbul di benak ini, mereka yang datang dari kelompok besar itu hadir memujuk itu tidak akan pernah faham sama sekali apa yang saya rasakan, seolah-olah mereka hanya melemparkan kata-kata kasihan disebalik kata- kata semangat yang mereka berikan. tidak ada "aura"nya. 

naumn saya bersangka baik, kehadiran mereka menunjukkan mereka sahabat yang sedaya upaya meletakkan diri mereka ditempat saya, namun ia tetap tidak akan sama. tidak akan pernah sama.

buat segelintir ibu bapa pula, menganggap apabila anak gagal melebarkan sayap keluar negara... itu adalah kegagalan yang total. ibarat sebuah dosa, kerana menghancurkan harapan mereka. pernahkah terfikir, betapa anak itu sangat membutuhkan sokongan..kalau bukan dari kalian, siapa lagi? saya faham ibu bapa mana yang tidak mahu yang terbaik untuk anak mereka? tetapi hakikat harus ditelan, apa yang bersisa..itulah saja sumber kekuatan untuk mereka meneruskan apa yang sepatutnya mereka capai.

menjadi apa saja yang boleh kalian banggakan, menjadi apa sahaja yang kalian mahukan, meskipun tidak berjaya terbang ke luar negara, bukankah harapan itu masih boleh dicapai disini? kata orang, tidak ada rotan..akar pun berguna juga.

Allah betul-betul nak uji anda sejauh mana selama ini anda nak bersangka baik dengan perancangan Dia, bila sesuatu yg diharap tidak menjadi. apapun yang penting adalah niat. terbang dan belajar di luar negara,itu cuma salah satu jalan mencapai matlamat, memang susah mengajar hati supaya redha, tetapi dengan izinNya...lama-kelamaaan hati anda akan terpujuk bila satu persatu hikmah itu mula ternampak....


senyum, berlapang dadalah. kerana apapun dan siapapun kita pada hari ini.
tidak lebih dan tidak kurang.
semua datang dari Dia Yang Maha Satu. 

Friday, May 4, 2012

aku rindu pada biah itu.

salam alaik.

sangat susah sebenarnya untuk hidup dalam suasana yang sukar, atau tidak sebaik suasana yang pernah anda dapat suatu ketika dahulu. namun kata orang, belajar lah jika tidak menjadi sebahagian daripadanya, maka usaha untuk menjadi pencetus ataupun penggerak untuk memulakan suasana(biah) ditempat baru harus dimulakan. tapi tahukah bahawa sangat sukar untuk dilakukan sekiranya anda berseorangan?

biah KMS tak pernah ada manusia yang cakap-cakap belakang yang obviously sampai nak menjatuhkan maruah orang lain or jadi gossip yang melarat hingga nampak macam tidak masuk akal. juga di situ ada lebih ramai manusia yang sentiasa boleh bersangka baik dengan semua orang walupun kadang-kadang jelas manusia suka membuat justifikasi segera ke arah yang lebih negatif dan paling penting...di KMS itu juga ada biah yang sangat harmoni, tegur menugur tentang kesilapan itu perkara biasa namun approach bersesuaian dengan fitrah ataupun keadaan seseorang itu. bukan membuat tekaan membabi buta.

maaf, post kali ini lebih kepada untuk meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati. hakikatnya diri ini masih lemah, kadang kala terhanyut juga dengan suasana manusia ditempat baru, namun masih cuba ber'liqo dengan sebahagian yang boleh membuatkan diri ini merasa sedikit tempias daripada biah KMS.


sungguh aku rindu.


#adik-adik Batch 6...tengah final exam IB sekarang ni


#ini gambar pertama penulis bergambar disini sepanjang menuntut di KMS, itu pun setelah tamat bergraduasi.


ma'assalamah, wa'illal liqo'.

Thursday, April 19, 2012

kenapa medic? bukan dentistry?

menarik tak tajuk entri kali ni? cakap menarik cepat! muehehehe!

well bismillahirrahmannirrahim...
terasa nak menulis entri meluahkan perasaan sikit. memandangkan people keep asking.
dan some of the blog viewers...blog readers..blog stalkers..(opss.. ade jugak ke??) pun bertanya...

KENAPA KAKAK PUNYA ENTRI DULU BANYAK CERITA PASAL DENTISTRY?
NOW KAKAK AMIK MEDIC?

phewww..tarik nafas dalam-dalam..panjang-panjang before nak mulakan cerita.
baiklah.

alkisahnya 3 tahun dahulu... sewaktu menghadirkan diri ke temuduga Program Ijazah Luar Negara (PILN 2009) di bawah tajaan MARA. ya.. 18 April 2009. itulah tarikh keramat saya ke Bangunan MARA di Jalan Raja Laut untuk menghadiri temuduga kursus Pergigian. pada asalnya saya memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pergigian. bukan nak kata really minat sangat..okay at that point mungkin lebih ke arah Dentistry berbanding Medicine.

dan Allhamdulillah.. dipendekkan cerita. saya berjaya dalam temuduga tersebut dan dihantar ke Kolej MARA Seremban selama dua tahun untuk program persediaan International Baccalaureate (IB) dan saya bakal dihantar ke Manipal University, India pada September 2011 mengikut perancangannya setelah selesai bergraduasi IB untuk menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pergigian dan Pembedahan (BDS- Bachelor of Dental Surgery) pada tahun 2016.



itu pada asalnya.

mengharungi fasa dan liku di Kolej MARA Seremban membuat program IB. ini antara tahun-tahun yang paling mencabar keimanan saya setakat ini. selama saya bernafas hampir 21 tahun di atas bumi ini. IB saya harungi.. TOK...CAS... EE saya siapkan dengan jerih payahnya.

ketika itu minda masih kekal dengan
D.E.N.T.I.S.T.R.Y.

1 Julai 2009- 25 Mei 2011.
saya berada di Kolej MARA Seremban menghabiskan pengajian saya.
sehingga tarikh 6 Julai 2011 mengubah hidup saya.
180 darjah.

pada tarikh tersebut. jam 2000. saya check result IB secara online.
saya pasti bahawa readers. terutama sekali mereka yang tahu tentang syarat untuk lepas terbang dengan tajaan MARA harus ada 35points untuk terbang ke luar negara.

apa result saya?
nah!


Allah dah tetapkan... hanya 32points rezeki saya bersama IB.
saya tidak ditakdirkan untuk fly bersama IB.
cuma satu point (33) saya dah boleh fly sebenarnya kerana pada tahun tersebut MARA merendahkan syarat dan memberi kelonggaran kepada pelajar IB jurusan Dentistry dan Medicine yang mempunyai 33points ke atas terbang ke luar negara manakala mereka yang mengikuti kursus Tindikan (Maths+Sc) di bawah program IB ini boleh terbang dengan 31points.
sedikit terkilan ketika itu.
namun saya redha.
rezeki saya cuma tiada bersama IB.
saya masih boleh mengejar cita-cita saya disini!


dan setelah itu..bermulalah episod mencari placement di dalam negeri.
MARA masih akan menaja saya, cuma saya harus mencari dan memohon sendiri placement. dan setelah confirm placement dengan universiti berkenaan, saya harus memberitahu kepada pihak MARA untuk melaksanakan perjanjian.
bermulalah siri menelefon yang tidak berkesudahan ke mana-mana sahaja universiti yang ada menerima kelayakan IB.
katakan ke mana sahaja saya tidak menelefon untuk memohon?
hampir ke semua tempat.

malangnya...placement Dentistry dalam Malaysia sangat terhad.
bukan saya tidak mahu apply di universiti awam..namun kontrak saya dengan MARA tidak membenarkan saya berbuat demikian. saya masih dibawah tajaannya.
saya cuma boleh memohon  ke uninversiti swasta.... namun terhad juga kerana tidak semua universiti swasta menerima kelayakan IB dan paling penting.... tidak semua univeristi diiktraf oleh MARA untuk menghantar pelajar tajaan mereka ke sana.
saya juga tidak dibenarkan untuk membuat permohonan untuk menyambung ijazah ke tempat lain di luar negara, Mesir misalnya.

cuma di dalam negara.
what options left with me?

saya benar-benar terdesak placement ketika itu.
akhirnya setelah istikharah.... dan keputusan ini juga digalakkan oleh pihak penaja...

SAYA MENUKAR KOS DARI JURUSAN PERGIGIAN KE JURUSAN PERUBATAN.

kenapa?
hanya kos itu sahaja yang ditawarkan dan masih mempunyai ruang di dalam negara.
saya tidak ditakdirkan untuk Dentistry.
itu kesimpulan mudah.

dipendekkan kisah lagi...maka saya berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS). selamat dan sah menjadi salah seorang daripada warganya bermula dari 5 September 2011.

memang sukar, meskipun cabangnya tidak jauh daripada Dentistry.. keputusan untuk beralih kepada bidang perubatan ini ,hampir separuh dari jiwa saya bergejolak. pada hakikatnya... saya sehingga kini masih mencari atmosfera untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan yang bagi saya agak mendadak ini.

sudah hampir setahun berlalu..and now I'm surviving.
saya juga bakal tamat tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di CUCMS ini.
ada baki 4 tahun pengajian lagi yang perlu saya tempuhi dan habiskan.

komen saya setakat ini?
SAYA MASIH BOLEH COPE DENGAN SUASANA DI MEDICAL SCHOOL (yang dimomokkan sebagai susah kerana medik ini susah..bak kata orang)...HASIL DARI DERAAN MENTAL YANG SAYA PEROLEHI SEMASA SAYA BERSAMA IB.
saya masih merasakan IB itu yang dahsyat sebenarnya.
well..setakat ini je yang saya mampu komen..sebab saya belum melangkah ke tahun 2..3..4..dan seterusnya dalam MBBS.


inilah jalan saya.
bekas pengimpi ijazah BDS, yang telah bertukar menjadi bakal penggengam ijazah MBBS.
Insya-Allah.


buat adik-adik yang bakal ditemuduga atau bercita-cita mengambil IB...
nasihat ini khas saya tujukan buat kalian.

"be yourself. itu sahaja tips untuk ditemuduga. IB tu bukannya susah, ianya cuma mencabar kredibiliti dan mengajar anda tentang kehidupan. and seriously..it prepares you of your future world ahead. Don't be afraid of failing..or not flying off..takut sebab bila buat IB ni jadi sebab kenapa tak dapat fly.. flying isn't everything.. betulkan niat.kenapa anda nak berhijrah menuntut ilmu, bukannya dibuai keseronokan untuk mendapatkan tiket kapal terbang dan melanjutkan pelajaran disana yang perlu adik-adik ambil kira..tetapi...ijazah yang bakal kalian genggam dalam tangan kalian.

rezeki itu juga menjadi penentu dimana anda berpijak di bumi Allah ini. saya tidak akan pernah sesekali mengatakan..jangan jadi seperti saya... saya dulu malas belajar, sebab itu tak score, tak dapat terbang bersama kawan-kawan sekelas... tidak. saya masih bangga kerana saya masih berjaya menyelesaikan program Ib saya, menyelesaikan segala assigments IB yang saya perlu buat dan paling penting saya masih mendapat Diploma IB yang dikitiraf oleh IBO. cuma di saat saya terjatuh itu, Allah tarik sebentar nikmat yang menjadi idaman saya, yang menjadi impian saya.saya mahu terbang suatu ketika dahulu. namun kini tidak lagi... saya kira ini ujian rahmatNya ke atas saya. mungkin ada silapnya saya dahulu, yang membuatkan saya tidak ulanginya lagi setelah saya menginjak ke tahun pertama ijazah saya."

orang pandai tak semuanya berjaya..kalau dia tak pandai ambil peluang.
ingat tu.

sekian. bersambung dalam entri seterusnya.
:)

salam sayang buat kalian pembaca yang dicintai.

Wednesday, November 30, 2011

failed wordless wednesday.

hate when people asking what the hell IB is?
well people, this is the hell that you want to know.
IB stands for International Baccalaureate.
I did this as my foundation programme.
Kolej MARA Seremban and Kolej MARA Banting is the main IB World School in Malaysia.

for God sake, i tell you people.
this hell teach me how to be a really better person.
this hell taught me how a real life is. never full with a bed of roses.
this hell teach me things that I never expected I'll be doing in my life ever.
this hell have shifted my pathway and journey of  my life to an alienated world that I can never imagined.


this isn't mine. but i already own this.
bila IBO nak pos kat Malaysia aku punya sijil ni?


hell yeah. never thought I've made through it.

PROUD TO BE AN IB SURVIVAL~!!

Allahu Khairul Makirin.
(He is The Best Planner)
I am what I am now. never regret of it. 
I am thankful of what I am today.

Tuesday, August 9, 2011

siapa tahu? siapa sangka?

bila saya lihat miracle terjadi dalam hidup orang lain,
saya ternanti-nanti apakah miracle yang terjadi dalam hidup saya.
Julai merupakan ujian terhebat buat saya.
salah satu sebab utamanya adalah kerana result.
ya saya tak nafikan, emotion demolition yang sangat melampau apabila pathway hidup saya berubah 180 darjah.
saya berperang dengan perasaan yang sangat tertekan ketika itu.

bayangkan,
selama ini saya tak pernah berdepan dengan kegagalan. jadi saya tak keluar dari zon selesa saya.
mula dari UPSR...PMR...SPM...result terus-terusan menghujani saya dengan perasaan : aku akan dapat apa yang aku impikan.
saya terlupa pada hakikat rezeki.
namun tidak pada IB.

ketika ini terlihat sejauh mana ketetapan hati saya untuk bersangka baik dengan Allah.
kalau selama ini Allah sentiasa letakkan saya di atas, kali ni Dia letakkan saya dibawah.
benar-benar dibawah.
benar, saya rasa terlalu kerdil ketika itu.
cuba nak bangun balik.
saya paksa diri saya.
sampai saya rasa saya pura-pura jadi hipokrit.
usaha menopengkan diri dihadapan orang lain untuk kelihatan kuat.
tapi saya tak sedar, itulah usaha saya untuk mencari kekuatan sebenarnya.
dengar lagu video yang dibuat oleh rakan se-batch. lagi buat saya menangis teresak-esak.


saya suka quotenya.
HIDUP INI MEMANG SUKAR, NAMUN TIADA YANG LEBIH SUKAR DARI BANGKIT SETELAH TERJATUH.

bohonglah saya tak sedih, tak tertekan setiap kali melihat newsfeed di Group Batch berkaitan soal kesibukan mereka mengisi borang-borang.
tapi saya sedar, saya takboleh salahkan mereka. itu hak mereka nak berdiskusi. mereka golongan majoriti disitu. dan memang itulah tujuan asalnya kenapa grup itu ditubuhkan pada mulanya. tapi saya bukan 'sebahagian' dari mereka walapun mereka semua rakan seperjuangan yang tak pernah jemu menyokong. walaupun kami semua 'satu'.
Allah dah kata itu bukan rezeki saya.
hanya mereka yang tahu, yang senasib dengan saya sahaja yang rasa.

siapa tahu gejolak hati saya tatkala ke grad.
siapa tahu tersayatnya hati saya apabila parents orang lain bangga akan pencapaian anak mereka.
sebab tu saya taknak parents saya datang ke grad, saya taknak mereka sedih sebab saya takdapat fly.
saya taknak parents saya rasa 'dimalukan' punya anak seperti saya, walaupun saya tahu, mereka tetap anggap saya anak yang dah berikan yang terbaik buat mereka.
orang mungkin akan kata : "kau takleh kata macam tu lisa, kau still berjaya sebab berjaya grad buat IB."
saya tak kata anda salah, cuma anda tak mungkin akan faham sampai bila-bila perasaan saya macam mana.

siapa tahu hari-hari stress saya dirumah.
berperang dengan call, telefon line asyik busy, call engaged, sambungan asyik tak dapat-dapat dan online sampai sakit mata mencari jalan untuk mencari placement.
dapat Eygpt, tapi ada masalah tak dapat juga nak ke sana.
sampai satu tahap saya memang give up. menangis saya call cerita kat seorang hamba Allah ni.
"SAYA DAH TAK LARAT MACAM NI, MINTA UNI TU XCUKUP REQUIREMENT, MINTA UNI NI DAPAT TAPI MARA PULA TAK APPROVE."
"SABAR LISA, ADA NANTI TU. SABAR."

sakit memang sakit bila tak dapat fly ni.
orang macam pandang hina gila.
mana taknya...bila dalam mind set dua tahun buat program yang mencabar keimanan macam tu. mind set nak sambung buat dentistry. tiba tiba takdapat fly gara-gara satu point sahaja memisahkan India dan Malaysia, stay kena sambung local lepas tu kena tukar kos buat medic daripada dentistry. ingat senang ke nak ubah pendirian macam tu aje?
sekali lagi.
ALLAH ITU TAHU APA YANG TERBAIK. BUKAN SAYA.
SAYA KISAH PANDANGAN DIRI SAYA TERHADAP DIRI SAYA SENDIRI.
HANYA SAYA TAHU BETAPA KUATNYA SAYA UNTUK BANGUN BALIK.
DAN KEKUATAN TU ALLAH YANG BAGI!

sangat susah mengajar hati supaya yakin dengan ketentuan Allah.
bila kecewa tu datang tiba-tiba. automatik saya akan menangis.
tapi pujuk hati cepat-cepat, its OK. Allah is with me.
yakin lah dengan ketentuan Allah.
yakin lah ada benda Allah nak bagi.
tapi time tu saya tak nampak lagi.
terlupa satu perkara,
saya usaha, saya ikhtiar semua benda,
kalau saya sendiri tak yakin dengan kekuatan berdoa, tawakkal dan yakin itu sendiri.
macam mana Allah nak makbulkan?

sekarang, miracle itu dah datang pada saya,
saat saya rasa sangat jauh terjelepuk kebawah.
tak kuat nak bangun semula.
DAN SAYA TAK SANGKA REZEKI ITU DATANG KEPADA SAYA.



ANY UPDATE SAYA AKAN BERITAHU LAGI.
TAPI CUKUPLAH BUAT HATI SAYA LAPANG SANGAT-SANGAT SEKARANG NI.


akhir kata, buat rakan-rakan yang bakal mendapat result A Level khamis ini (11/8/11), baik Advance Subsidiary (AS) ataupun A2, ingatlah Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat saya dan kalian.InsyaALLAH.
berjaya semuanya.



Saturday, July 9, 2011

kehujanan doa.






mood :

saya lebih excited nak tahu apa perancangan Allah untuk saya sekarang ni.
rasa bahagia bila dihujani doa oleh semua orang disekeliling yang tak putus-putus memberi kata semangat.
saya rasa ini kali pertama saya tidak bermurung dalam menghadapi tekanan, malah seolah-olah i acted like nothing had happened.
*ALLAH GIVE ME STRENGTH!*

terasa kekuatan usrah, kekuatan roommate, coursemate, classmate, para pensyarah dan rakan sekolej yang walaupun selama dua tahun berada bersama, jumpa hampir setiap hari tapi tak pernah bercakap pun boleh bagi kata-kata semangat yang cukup buat hati saya rasa kuat!

nak jumpa ukhti ayuni shukor. :) 
*aku teghiak baca blog hang oi...cisss...tapi apa yang hang tulis tu, tulah yang aku rasa*



rindu bunyi alarm handphone roommate : atiqah shahar 
*SUARA UPIN IPIN= SELAMAT PAGI CIKGU!*

teringat kat roomate halwa che rose ringtone lagu when you say nothing at all tuu...



nak pergi grad ngn cik nur atifah zainuddin and having great time with her! 



nak jumpa Mak kat Grad nanti. (:


and the list goes on......

Tuesday, June 21, 2011

let the picture speaks.


USRAH ITU TAUTAN HATI.

Aziem Nadhirah Abdullah
Sharifah Nafisa Syed Alwi
Mizani Akmar Mohd Abidin
Nur Hidayah hanafi
Nabila Razali
Amilia Atiqah Amil
Siti Nur Syafiqah Supar

mood : demam KMS.

Wednesday, June 15, 2011

saya bahagia begini.

kata orang
hidup ini biarlah lebih banyak memberi.
beri apa yang termampu.
tidak kiralah sama ada pertolongan dalam bentuk nasihat
atau panduan
atau tidak kiralah menjadi penjawab soalan seperti pelayan web (web server)
atau penyambut tetamu kaunter pertanyaan sekalipun
asalkan sekecil-kecil perkara
seremeh-remeh benda
lakukan dengan ikhlas dan bukan untuk mendapatkan balasan

mungkin tindakan saya membantu junior-junior yang bakal melangkah ke KMS itu
tidak ada nilainya pun di mata Allah.
kecil sangat usaha saha nak mengharapkan pahalaNya.
mungkin di mata orang lain juga sekadar memandang yang usaha kecil saya itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat pun kepada saya sendiri ataupun kepada mereka
tetapi kepada junior-junior yang mengharap itu saya tidak sampai hati.
saya tetap memberi kerana saya bahagia begitu.

memang masa dihabiskan begitu.
tetapi bukan begitu sahaja.
saya hayati betul-betul maksud dalam salah satu ciri muwasaffat tarbiyyah
NAFI'UN LI GHAIRIHI.
bermanfaat kepada orang lain.
saya cuba memberi manfaat kepada orang lain,
namun saya bukanlah sesuatu untuk dimanfaatkan orang lain.
sila faham ya.

ucapan terima kasih itu sudah cukup untuk buat saya tersenyum.
titipan doa dan selamat digubah dan dikalung kepada diri
bukan itu sudah lebih dari cukup untuk dirasai?
sedangkan pengorbanan kecil itu memberi kelegaan kepada orang lain.
saya bahagia begini.
saya bukan harapkan pujian tinggi melambung
juga tidak mengharapkan orang menghargai usaha saya.
cuma saya mahu mereka lega dan sekurang kurangnya saya rasakan semangat mereka itu.

buat adik-adik yang bakal ke KMS nanti,
kak lisa doakan yang terbaik.
betulkan niat anda.
apa yang ditentukan itu semunya terbaik dari Allah.
aturannya itu dah cukup cantik.
berjaya terbang atau tidak itu bukan matlamat, itu cuma alat kepada matlamat.
jelas tentang matlamat anda.
gapai lah ia walau apa jua cara yang ada.
guna akal yang rasional dalam menimbang tara.
ingat Tuhan walaupun dimana jua berada.

Sunday, June 12, 2011

ironi

teringat.
pernah menangis nak siapkan lab report pertama. 
Biology.
osmosis.potato strips. apple strips.
dengar macam mudah. hehe. tapi bila dah tengok processing data yang berlambak-lambak tu. 


haa memang berpinau gak lah biji mata.
masa tu betul2 blur taktau nak buat macam mana.

hampir dua tahun kemudian...

saat menghantar lab report terakhir.
dengan gemilang dan jayanya buat DCP for Chemistry tu dengan laju.
finding the concentration of vitamin C in tablets.
dah kira mahir dah la.



terima kasih IB.
 
Images by Freepik