salam readers semua.
semalam (11/3/13) kira-kira jam 845 pagi, saya dan rakan-rakan batch MBBS CUCMS Batch 7 dikejutkan dengan pemergian salah seorang dari sahabat kami, Mohd Hazril Haswat b Karsa, akibat kemalangan jalan raya semasa menunggang motosikal dalam perjalanan ke kelas. Allahyarham dipercayai dilanggar oleh lori pasir, dan kejadian tersebut dipercayai merupakan kes kemalangan langgar-lari. mangsa meninggal di tempat kejadian, dipercayai akibat kecederaan dalaman kepala yang teruk.
Haswat, indeed is a very good man. satu perkara yang membuat aku terkesan dengan pemergiannya, kerana arwah merupakan sahabat yang baik dan bertanggungjawab. berita pemergiannya, ternyata berjaya membuatkan air mataku menitis? mengapa? walaupun arwah bukanlah sahabat yang selalu bercakap dengan aku dalam kelas pun, sebab aku segan pada arwah. selama mengenali arwah, dan pernah last case study masa urinary block aku satu group dengan arwah, aku ingat lagi, aku duduk betul-betul opposite dengan arwah. ARWAH SENTIASA TUNDUKKAN PANDANGAN DIA APABILA BERCAKAP DENGAN RAKAN SEKELAS PEREMPUAN. mashaAllah, hebat sungguh, arwah sentiasa menjaga pandangannya.
since aku sama-sama join Wataniah dengan arwah, aku selalu seronok if arwah yang lead kawad/perhimpunan pagi dan bila aku dapat tahu yang dia ketua troop ke kem DRM di Bogor nanti, aku rasa arwah memang orang yang tepat. aku rasa arwah memang seorang ketua yang humble. Arwah selalu mention bab-bab nikah kahwin nih. in fact dia lah paling semangat nak kahwin, pergi kursus la, apa la... selalu dok bahan-bahan arwah dlu pasal kahwin-kahwin ni. Haswat, perancangan Allah tu lebih baik untuk hang. dia amik hang untuk bagi hang kawen dengan bidadari syurga...
semoga yang terbaik untukmu sahabat. meninggal dalam perjalanan ke kelas, sempat baca quran sebelum turun dari rumah untuk ke kelas, insyaAllah... dapat pahala syahid fisabillilah untuk menuntut ilmu. mudah cara hang pergi tinggalkan kami...semoga jumpa lagi kat syurga Firdaus nanti!
Al-Fatihah buat arwah Haswat.
Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts
Wednesday, March 13, 2013
Thursday, October 13, 2011
double in triple :)
presenting....
happy birthday to dua orang budak triple v yang dah ada angka 2 and BIG FAT ZERO kat umuq depaaa! haha
NUR HANIS ATHIKAH MOHD KHIR
&
INTAN SOFIA BENTAN
*huhahhh....bunga api letup2*
selamat menjadi belia. huha
(aku pun dah tak lama bakal menyusul) hoho
no more teen.
hangpa secara rasmi telah bergelar wanita puluhan tahun, instead of aku yang masih belasan tahun.
hahaha! *gelak jahat*
hang tau apa motif aku letak gambaq hang makan intan?
SEBAB AKU MEMANG NAK TUNJUK KATA HANG KUAT MAKAN.
hahaha. sila jangan stress dengan statement aku.
sila jadi kurus seperti dalam gambar di atas.
haha!
HAPPY BIRTHDAY INTAN.
may Allah bless you always.
friendship forever.
bet dah nanti anak-anak kita jadi bestfriend ok macam mummy depa?
hehe!
*berangan macam dah kahwin*
ni hanis! budak bambam yang lama tak dijumpai!
haha..nis... lis ucapkan happy birthday okay..
sorry just a text thru HP will do.
nanti bila-bila nis free kita jumpa ok?
:)
takmau stress-stress.
just finish it until the end line.
know what, i miss reading those your lovely writing tu.
:)
nanti buatkan kat lis satu boleh?
:D
triple v suatu ketika dulu. without shak, fathin n meemi!
*buruknya rupa aku dulu*
ok bye.
to hanis and intan,
sila ucapkan terima kasih tanda terharu sebab aku buat post ni pagi-pagi before aku p kelas sit for quiz physiology. sambil study sambil buat post ni special tuk korang!
hahaha!
*esp intan, sila menangis air mata darah oke?*
miss all triple V.
*ahh sebak pagi2 tak pasal2*
Labels:
friends,
friendship,
mrsmkp
Friday, July 22, 2011
apabila penduduk marikh dan penduduk zuhrah bersahabat baik.
tajuk ni macam biasa je nak diperkatakan, tapi tadi buka halaman 'group' junior KMS *saya yang diundang masuk, bukan sengaja nak menyibuk*, ada topik yang sangat menarik minat saya untuk bercakap.
mungkin nampak agak klise dan kebanyakan orang pun dah pernah bercakap tentangnya.
PERSAHABATAN BERLAINAN JANTINA aka CINTA PLATONIK.
the law attraction antara lelaki dan perempuan memang sukar nak dipisahkan. cinta platonik pun boleh didefinisikan sebagai keintiman ataupun perasaan tertarik/terpesona kepada spesies yang berlainan jantina, namun bukanlah tarikan seksual.
siapa kata lelaki dan perempuan tak boleh bersahabat? saya perincikan kepada mereka yang bersahabat dalam kalangan umur yang sebaya ataupun beza dalam 2,3 tahun. ya, anda boleh bersahabat. tapi percaya ataupun tidak, tidak dapat tidak, cinta platonik ini memang boleh terwujud. cuma siapa yang biasa sedar bahawa dalam persahabatan ini, ada satu garisan halus yang memisahkan persahabatan dan percintaan.
lelaki dan perempuan boleh bersahabat, cuma tidak boleh menjadi teman rapat dan bersahabat baik yang berkongsi segala macam cerita up to a certian limit. segala macam cerita dan benda tu saya mudahkan dengan maksud, tidak semua perkara anda boleh cerita padanya.
kenapa?
sebab bila dalam kes ini, bila tidak semua perkara boleh dishare...anda dan si dia akan mewujudkan satu ruang inkuiri/rasa ingin tahu dan akan timbul rasa untuk lebih mengetahui tentang satu sama lain. ketika ini, mungkin inilah yang seringkali disebut orang, dari sahabat bertukar menjadi kekasih. ada ruang tidak selesa tercipta, ada perkara yang terasa ingin disembunyi. ha mereka-mereka seperti ini, most probably cinta platonik mereka boleh berakhir dengan perkahwinan sekiranya ada jodoh. once dah kahwin, perkara tadi akan menjadi lebih dramatik untuk diterokai, dan pastinya ia lebih menarik!
dalam sesetengah kes, persahabatan antara lelaki dan perempuan boleh jadi juga tiada rahsia di antara mereka. setiap inci kekurangan dan kelebihan masing-masing atara lelaki dan perempuan tersebut telah diketahui. maka dalam kes seperti ini, kebiasaanya mereka tidak akan end up sebagai suami isteri. kerana pasangan ini akan menjadi bosan kerana hampir setiap perkara sudah diketahui dan tiada perkara lagi yang mahu diterokai. jadi tak thrill. so mereka biasanya akan end up sebagai kawan sahaja. dan apabila masing-masing sudah berjumpa pasangan masing-masing kelak, acapkalinya mereka akan detach, dan persahabatan itu lama-kelamaan akan menjadi hambar.
sebagai kesimpulannya saya nak kata, berkawan lah macam mana sekalipun, asalkan tahu menjaga adab. paling basic think about your ikhtilath/pergaulan sesama yang bukan ajnabi. kalau anda boleh jaga, memang tabik spring, boleh jadi bestfriend tak hingat dengan adab terjaga.wah mantaplah anda!
saya ada juga ada guyfriend. dah dua tahun dah bersahabat sejak sebulan sebelum kami sama-sama menjejak KMS. tapi persahabatan saya dan dia begitulah, semakin kami besar dan bijak menjaga adab, rasanya tidak menjadi masalah. kami masih kekal bersahabat, dan masing-masing sudah punya komitmen masing-masing. apapun, dia masih menjadi tempat konsultasi terbaik saya. cuma ada sesetengah prioriti tidak menjadi milik saya, begitu juga dia. persahabatan kami hambar? tidak, kami masih berhubungan, sesekali ada call menyapa gegendang telinga saya.sekadar itu. dan dia adalah cinta platonik saya. tidak ada dasar apa kami berkawan. melainkan mutual attraction kerana dia memahami saya. begitu juga saya.
bercinta? tidak mungkin kerana dia sangat mengenali saya, sepenuhnya.
saya juga begitu.
bercinta? tidak mungkin kerana dia sangat mengenali saya, sepenuhnya.
saya juga begitu.
oh mungkin selepas ini mungkin tiada lagi call.
text atau skype mungkin.
dia sudah berada di Brisbane, Australia.
goodluck for your future undertakings, FIKRI AZZIM JUMADI.
(sorry xdapat hantar kau kat KLIA that day)
(pic taken by fikri)
this is my bestie!
kawan terbaik sampai bila-bila.
what you want to say? pi kat hang la, lantak~
(just quoting from anwarhadi)
:D
Labels:
friendship,
life
Tuesday, June 22, 2010
CAS experience.
lama tak blogging.
or even blog walking.
haha..
okey...last 3days...i went back to my beloved college.
mrsm kubang pasu.
seriously.
i miss those two years that i've spent there.
balik g buat personal CAS.
my last personal CAS i guess.
walaupun ended up dengan demam selesema dan batuk2.
tak apa.
saya rasa puas hati.
okay..alkisah bermula dari hari sabtu.saya seorang diri naik bas ke alor star.
sampai sana jumpa nadiha n fikri.
we had lunch together.then tunggu sharmeen sampai.
about 230 gerak g jitra mall.
pastu bershopping sakan lah!
haha xder lah sakan...cuma meninjau2 perubahan yg ada di jitra mall.
aneka....jm cinema...bowling...sedih...
teringat zaman outing dikala masih bergelar pelajar mrsm.
uhuhu~
then..about 500 macam tu...naik cab gerak ke maktab.
sumpah,masa nk sampai kt sana.
hati rasa berdebar-debar.
entah mengapa...
bila dh nmpak padang...and banner besar welcoming everyone to mrsmkp...
hati tiba2 melonjak kegembiraaan.sebak puk ada.
MRSM KUBANG PASU..KEUNGGULAN PERIBADI,KECEMERLANGAN PRESTASI.
:(...see........sedih.
sesampainya kt maktab.terus jumpa cikgu yus.masuk asrama sume.
then tunggu becky,syima,najat n naj sampai.diorng naek myvi.
becky yg drive *since naj drive mcm perempuan* <---kah3~!!
kitorng stay kt sickbay.
ya rabb..petang tu sgtlah pack.
since budak2 baru nk check in kt asrama kannn...
mostly my junior cm tengok semacam jek..*xpercaya kot akak senior diorng dtg*
first junior yg saya jumpa...is iezza syaida.
*hoho...really miss them*
dari jauh dia jerit...KAK LIS!!!!
so i went to her n huggge her.
iezza dah besar..dh pakai braces pon skrg.
oh..mcam cepat je masa berlalu.
even xpercaya yg diorng semua tu dh F4.
saya rapat dengan junior dulu.
macam adik2 sendiri.
tutoring math n science diorang every weekend.
tp mostly budak2 yg saya ajar..dh pindah g mrsm PKP.
agak sedih since xdpt jumpa diorng...
teringat dulu..diorng nie sanggup susah payah hadiahkan saya sehelai baju.tanda terima kasih diorng kat saya.
cukup terharu.huhu~
malam.ada briefing ngn cikgu sudin.
task kmi kt bendang man,keda resort.
CAS yg sebenar adalah menjadi fasi kepada prog motivasi kecemerlangan diri untuk pelajar F3 dan F4.
then we were assigned untuk conduct F4 punya program.
that night,after briefing terus brain storming aktiviti yg nk dibuat.
lepas balik brain storming..saya terjah bilik LZ,LK n nik.
borak2...gossip2....huhu~
i miss them!!!!!but then kelly xde since dia beum balik maktab...
then next day...saya naik bas bersama2 budak2 tersebut ke bendang man.about satu jam setengah gak lah jauhnyer.while the others naek van.
sesampainya kt sana.
saya call faeez.untuk join program nie.
dipendekkan cerita.petang tu start buat program.
tekak saya dah rasa lain.
sore throat tapi saya gagahkan buat aktiviti ngn budak2 tu jugak..:)
there were 9 groups.each of them got one fasi.
main2 petang tu..trademark wajib..
KAWAN TAK MAKAN KAWAN...hehe
haha...n LILIT!
very2 super duper fun..petang after the slot is over.
pergi main n mandi sungai with becky,sharmeen,syima,najat n nadiha.
haha...best siot!!!
JAMBATAN GOYANG2..KU TAKUT TENGGELAM..KU TAKUT TENGGELAM..
LALU AKU BERENANG2...KU TAKUT BUAYA..KU TAKUT BUAYA...
haha...this was becky song..while kitorang lalu ade jambatan gantung kat situ...:)
malam....cikgu2 ada kenduri buah pulak dahhh..
durian ngn rambutan..
selesema saya semakin kritikal.
then dapat tahu pulak yang esok pagi time senaman pagi kena conduct.
lepas makan buah...g kt kawasan lapang..
ramai2 semua practice..
saya pon bawak keluar lah segala step dancerobic tu.haha!
lepas practice...ada sesi perkongsian pengalaman pulak oleh cikgu2 n senior.
faeez bercakap sbg wakil dr sbp...nadiha bercakap sbg wakil ex-mrsm
while saya sbg penutup as an ex-kpianz...:)
balik tido....rasa cm nk demam dh.
badan seram sejuk.
mmg berstokin lah malam tu.
then bgn esok pagi..saya xlarat nk angkat kepala.
lepas subuh terus bum atas bantal n tidur balik.
guess what???
saya terlepas menari gelong2 tu n jungle trekking! *gerammm*
tp rupanya hari hujan renyai2...jungle trekking batal n digantikan ngn LDK.
nasib baik back up ade...hehe!
so....tghari program dh tamat.
lepas packing semua2....jam 315 bertolak pulang ke maktab.
singgah kt hentian RnR gurn.dropkan najat,nadiha n sharmeen kat sana.
proceed to maktab.
stop kt tol a.setar..turunkan fikri.
then yg baki nyerr...pulang semua ke maktb.
dalam 530 cmtu sampai...
sebelum balik sempatlah jumpa kelly.time tu dia pun baru sampai jugak.
g umh cikgu yus.sembang2 kejap then 615 bertolak pulang ke rumah semula.
perasaan : sedih tak terkata....hujan masih turun renyai-renyai..seolah2..mcm tahu..
saya berat hati nk tinggalkan maktab..:(
singgah kat hentian gurun.dinner n solat jamat maghrib n isyak.
then about 8oo bertolak semula.time nie becky drive.tadi naj yg drive.
hehe!
sampai bertam about 830.drop naj kt rumah dia.
then we proceed to jusco perda.since syima n saya pon ada orng amik kt sana.
we arrive around 900.
g mcd..tapau burger.beli kasut.then adam paan boy sampai.
saya masuk kereta diorang then we proceed to bandar sunway.
pekena char kueyteow!hehe!
best2!!
makan...lepak2..sembang,,,,
then balik ke kulim.
around 1130 sampai umh....
okay..itulah pengalaman sepanjang pegi kat sana yang dapat saya summarize!
esok rasanya nak keluar lagi...since cuti nie..sangat malas nk buat homework!haha
ada orang nk belanja tgk movie..sapa nk tolak kan??haha!
ryte...nk g sambung tido.penat beb..tido semalam pukul 3 pagi.
haha...
to all my juniors..seriously i miss u guys!semoga ketemu lagi.
kak lis sayaannnnnnnnngggg korannggggg!!
*muah3*
Sunday, April 25, 2010
kitab MEMOIRS OF BENEVOLENT
hari ni..si intan sofia yg berperut buncit tetapi baek hati itu*wakakakkaakkak..gurau ja weyyy~~*tu...yang suka hati je letak tangan atas bahu saya tu....
telah mengupload gmbar kitab SOBIH.akhirnya setelah puas berhempas pulas,ada jugak akhirnya..kesempatan nk menatap gmbr n wajah2 kitab yg setelah lama dicari2.satu ja wey dalam mesia nieh...xde jual kt tmpat lain taw!harga : PRICELESS.
taw x SOBIH tu apa?hehe
it stands for SENIORS OF BENEVOLENT ISLAMIC HOLDINGS...HAHAH!
ni gambar susunan kelas kitorng. terbukti kelas kitorng memang paling otai.sebab satu2 nyer kelas yg berani wat susunan meja mcm tu...mktb lan xder bro!haha..ala-ala parlimen tu!
korang nak taw,dlu masa saya form 5 kt maktb...my class ada satu kitab.kitorang ramai2 sepakat nak adakan satu memori yg semua orang akan ingat smapai bila2.so kitorang wujudkan satu kitab.ISKANDAR ZULKARNAIN yang cadangkan nama nie. kitab nie nama dia MEMOIRS OF BENEVOLENT. dalam kitab nie,semua suka-duka..cerita pahit maung kami selama menjadi ahli kelas Benevolent selama kt maktab tu akan tercatat.
sape yg akan menjadi pencatat?
semua orang yg bergelar S.O.B aka SENIORS OF BENEVOLENT.
manusia2 kat dlm pict kt bawah neyyy....
dalam kitab nie...segala-galanya ada.
nie streamer kitorng nyer tagline!masa nk spm semua kelas ada streamer memasing punyer..and this is ours!streamer yg ori xdapat dikesan sehingga ke hari ni!
SAYA AKAN KETAWA BILA SAYA LIHAT SEMULA GAMBAR2 KITA MENANGIS TETAPI SEMESTINYA SAYA AKAN MENANGIS BILA LIHAT SEMULA GAMBAR2 KITA KETAWA....
xnak tulis dah.huhu..sebab byk sgt.huhu!tp saya rindu kalian smua!!!SOB RULEZZ!!
Labels:
bored,
friendship,
funny,
kenangan,
mrsmkp
Tuesday, April 13, 2010
ini kisah kawan baik saya.
ini kisah saya dan seorang budak.kisah bermula apabila seorang rakan saya, miss S memberitahu bahawa dia berkenalan dengan budak ini didalam ruangan maya yahoo messenger. dan mengetahui beliau juga adalah bakal pelajar IB di Kolej Mara Seremban (KMS) namun dalam jurusan bioteknologi. si rakan memberitahu saya,memandangkan saya juga adalah bakal pelajar KMS dan wakil tunggal dr mrsm saya yg mendapat tawaran ke KMS.saya berasa teruja untuk mengenali siapa rakan maya miss S itu.
saya masih ingat,tarikh kami berjumpa buat kali pertama.27 mei 2009 di terminal bas shahab perdana alor setar.ketika itu saya bersama miss S mahu ke maktab di jitra untuk menghadiri HK. saya juga masih ingat,pertama kali dia memperkenalkan dirinya...senyum tidak pernah lekang dari bibirnya. memperkenalkan diri sebagai bekas pelajar mrsm taiping,saya mengandaikan dia seorang yang sangat bijak. dan peramah. simple.sekadar berseluar jeans dan memakai t-shirt putih dgn corak merah serta sneakers yg berwarna merah jugak.
pertama kali saya berasa sgt selesa dengan seseorang yg saya kenal tidak smpai seminggu pon!aneh bukan? saya rasa seronok.cuz byk share common things together. selepas tu,kami kerap ym. setiap hari,dy akan view blog saya dan tinggalkan komen. best! kami byk bercakap soal hidup,manusia...kelakuan dan tabiat manusia..saya xnafikan,saya semakin teruja untuk menjadi kawan sekolejnya tidak lama lagi!
dipendekkan cerita, kitorang pun dh masuk KMS. 1st day daftar,saya tercari2 kelibatnya. 2nd saya mencari miss E,gadis dari sarawak yg turut mengambil jurusan bioteknologi. rupanya miss E sekelas ngn budak lelaki itu! well, kami terus bersahabat. malah saya gembira dpt jumpa dengan dia hari2!
saya selesa dengan sikapnya yg suka ambil berat dan lebih mengutamakan rakan2 disekelilingnya. pasti akan dicuba sedaya upaya,dia xsuka tgk orang lain susah disebabkan dia. sampaikan terkadang itu,saya segan nk mintak tlg dia. saya tahu kalau saya susah,saya boleh harapkan dia untuk tlg saya...
saya semakin sayang dia.rasa bahagia bila ada kawan yg betul2 treat saya dalam erti kata persahabatan yg sebenarnya. haha,mungkin..dia jarang pedulikan hp dy,..tp tu bukan alasan untuk dia tidak menghubungi saya.sungguhpun saya dan dia mengambil program IB, akibat berlainan kelas dan kesibukan masing2..kami semakin jarang berjumpa...lewat telefon,kadangkala ada mesej menyapa...
KAU SIHAT?LAMA XNAMPAK KAU...LISA KAMAL.
bulan 8. saya keluar ke seremban 2 dengan dia. saya bersama miss A, classmate saya dan dia bersama roomatenya, mr. S. nothing much, we just sit, and have chat.its very pleasing. we started to talk about our life in KMS. ketika itu, saya sedar.dia mmg seorang rakan yang baik.saya bertuah sgt dpt jadi kawan dia.pernah satu ketika dia ckap, dia selesa. dan xkan pernah ada orang faham dia lebih baik drpada apa yg saya faham dia. dia jugak pernah cakap, betapa saya nie penting dlm hidup dia. kau tahu, kedudukan kau tu lgi penting dari awek aku. tu pon kalau aku ada awek laa...haha! dia sgt kelakar. sweet.semua orang suka dia.sayang dia.sebab kelkuannya yg sangat menyenangkan sesiapa saja.
sampai satu point,dia sudi kongsi masalah famili dy ngn saya. kesian, dia anak sulung...saya tahu tanggungjawab yg dia rasa. masalah tu timbul time dkt2 nak raya.saya xnafikan. mmg keadaan sangat genting.tp dia masih boleh berlagak biasa. riak wajah nmpak tenang, tpi jiwanya berkocak. semua disembunyikan. he just keep it to himself.kenapa? SBB DIA XNAK ORANG2 DISEKELILING DIA YANG SAYANGKAN DIA RISAU.
bulan 10,tarikh 28 oktober 2009. saya sakit. dan kebetulan pulang berhujung minggu di kedah. saya pulang berseorangan ke seremban dr kulim menaiki bas. malam. saya contact dia, beritahu saya nk pulang ke seremban. tanpa paksaan, dia menawarkan diri mahu menunggu saya di terminal 1. BAHAYA katanya. perempuan pulang bersorangan pukul 4 pagi. saya terharu sangat. sanggup dy nak bersusah payah sebab saya? takpernah saya dapat layanan sebegitu. xpernah terlintas, saya kenal dengan dia. adakah allah nk bg malaikat yg sentiasa untuk jaga saya tp dlm bentuk jelmaan manusia? kalaupun ada, saya rasa pasti dia.
allah dah takdirkan saya berkawan dengan dia. namun, disebabkan satu tindakan bodoh saya...dia dah semakin jauhkan diri dia dari saya....saya dah jarang mesej dia,saya dah semakin lupakan dia..gara-gara saya asyik dengan keseronokan sementara.we start to drift away from each other. saya bodoh sgt time tu.xfikirkan perasaan dia.tp bila saya sedar,alhamdulillah...saya nyaris terlambat. dia masih sudi nak maafkan saya.
dia akui..mmg dia terasa n jauh hati ngn tindakan saya tu tp...saya selepas saya mintak maaf.dy sudi maafkan saya....dia tinggalkn saya sementara, sebagai pengajaran. ketika saya sakit,down ketika itu...baru saya sedar yg saya sangat perlukan dia...tp dia sengaja biarkan. YOU CHOOSE TO LEARN IT IN A HARD WAY. itu katanya....well buddy, i've learnt my lesson enough.. i guess.
waktu buat CAS di ecopark laketown, sekali lagi dy begitu concern. although kaki dy cramp, he ride my motor until he arrived at my grandma house while naj azre drive me home at the same time. masa tu hujan sangat lebat,angin sangat dahsyat....liaht, betapa tingginya pengorbanan seorang sahabat. sejak dari itu saya benar2 yakin...dialah kawan terbaekkk saya dunia akhirat!
gara2 saya...dy rasa dy almost hilang kawan terbaek dy.so saya cuba kembalikan keyakinan dy kat saya. alhamdulillah.saya berjaya....dia text saya AKU GEMBIRA DPT KAWAN MACAM KAU BALIK.SAYANG KAMU.....saya benar2 hargai persahabatan kami.dy benar2 tulus,ikhlas. xada agenda tersirat. i showed my true color to him, dan dia boleh terima. but i think i dun understand him enough. he's a very unpredictable guy.
sampailah satu hari.....saya dilanda satu masalah.seperti biasa...saya akan call dy...menangis2 sambil meraung2...haha!*emo habis*....dy dah jrg nk rply text saya sbb dia bizi sgt.byk kerja .saya faham...lgpun,dy mmg ignorant pasal hp dy...mengalahkan orang yg ada PA plak kalau nk deal ape2 urusan ngn dy..kna call kawan2 dia pulak...ish3...dia bizikan diri dlu pon saya tahu kenapa sebabnya...dia sgt sabar,dengar segala masalah.dgr saya membebel.dengar saya marah2 dia.pastu cara dia pujuk saya balik...senang jer.ckp pasal benda2 sengal,buat saya tergelak n all the pain is gone for a while.
tapi sayang....itulah kali terakhir saya bercakap dengan kawan terbaek saya tu.sebab tarikh 5april 2010 dah mengubah segalanya.RETROGRADE AMNESIA. dia lupa almost memori dia selama di KMS. dia demam,admitted kt hosp seremban,parents datang bwk balik ke a.setar,undergo terapi dan pulang semula ke KMS.malam dia on the way perjalanan pulang ke KMS, setengah jam saya borak dengan dia. sebab dia call. soalan pertama dia...yang sangat memilukan hati saya...
LISA KAMAL...AKU INGAT KAU.TP KAU CLASSMATE AKU KE?
hancur luluh hati saya time tuh. bayangkan dari seorang yang sangat mengambil tahu pasal detail saya...dari tarikh lahir,no IC sehinggalah pasal personaliti dan background saya... tiba2 menjadi begitu asing bagi saya....selama setengah jam itu.saya cuma recall semua benda basic dia di KMS.siapa dia di KMS....siapa classmate dy.apa position dy di KMS...segalanya...tp saya xboleh terlalu laju.saya menangis tertahan2 sepanjang perbualan saya dengan dia.
katanya,doc xbenarkan dia banyak bercakap n kurangkan aktiviti luar. saya susah nk terima apa yg dah jadi kat dia. dia jadi mcm itu....cikgu2 tak tahu,parents dy pon boleh lagi biarkan dia balik seorang diri ke KMS mlm tu. orang ramai mungkin xpercaya....kata dia menipu...menipukah dia? saya xrasa dia menipu. mungkin he's 'pretending' di depan orang yg sayangkan dia.sebab DIA XNAK ORANG RISAUKAN DIA. tp kat sini,when it comes to friends, dia xboleh nk pretending. sebab dia cuma ada kawan2 dia saja yg boleh tolong dia untuk recall memori dia....
saya nak presiden kelab kulinari saya yg rajin dan boleh diharap itu semula.
saya nak tgk dia snap gmbar2...dgn DSLR dia itu...
saya nak dia terus jadi pendengar saya yg setia...
saya nak dia kuar g makan2 kt bistro,selepas jogging kt lake garden sama2...
saya nak kawan terbaekkk saya macam dulu2....
saya nak dia seperti dulu.
saya sedih.sebab dulu saya ada peluang banyak.tp saya sia2kan.
sekarang.
ia perlu masa untuk dibina semula.
saya rasa satu post ni akan jadi lebih pnjang kalau saya terus cerita semua benda2 secara detail.xcukup.
awak nak tau siapa kawan terbaik saya tu?
saya jangka pasti ramai yg dah tahu...
its him.....FIKRI AZZIM JUMADI....
kawan-terbaekkk-sampai-mati.
mood : bergelen air mata telah tumpah semasa menaip post ini. (t_t)...tolong doakan yg terbaik untuk fikri.
song : officially miss you-tamia.
Labels:
friends,
friendship,
kisah kau dan aku,
kms,
life
Friday, April 9, 2010
post emo di malam yg hectic.......
saya rasa saya xlengkap nk buat apa2 pon tanpa dia.
cepatlah pulang!
saya nk tengok awak!
sekurang2nya nmpak awak depan mata...
sekurang2nya nmpak awak depan mata...
itu membuktikan awak masih lg bernafas!
rasa burden gila nk buat kerja.
kerja kelab kite banyak taw!
saya nk buat tp xder awak rase cmxbest jer....
sbb mcm selama nie awak yg banyak runningkan kerja kelab...
semua awak buat sendiri....tp bila awak xde..
rase lost la jugak....
awak jer booster dose,catalyst saya yg paling berkesan!
tlg la balik cepat!
uwaaaaa~~~
saya kadang2 rasa mcm bukan kawan terbaek awak pon ade.
sebab...
benda2 basic pasal awak or any latest update..
saya xtahu ape2 pon...
kejamlah awak.
okey fine...kdg2 saya rasa serba salah nk call..
tkut ganggu awak berehat ke hape kan....
tp at least...saya nk dengar suara awak.
cukup.
untuk buat saya lega sikit.
call saya langsung xberangkat.mesej?harapanlah nk balas...
please!apa yg saya nak buat nie?
xtentu arah tau tak??
td nmpak awak update status kt fb.
saya tgur...xkn xleh nk reply??
wuarghhh~!
benci lah! to mr guyfriend, awak budak baek yg selalu buat saya annoyying!
Labels:
friendship,
kms,
life
Friday, March 19, 2010
entri 18 mac 2010 part 2
SAYA NANAK SMBUNG POSTING BLOG SEMALAM!HAHA..XKIRE...HARINEY SAYA NK CITER SAL CECEKGU YG NGAJAR SAYA SELAMA SAYA DUDUK KT MRSMKP PULAKS....SO KALAU SANGGUP BACA SILALAH BACA..LAU TANAK BACE PON XPE..XKISAH..SILA KLIK ALT+F4 YER..NGEE~
cikgu zahir :

sayang suma cikgu~!!!!!bila agaknya saya nk jumpa lg ngn cikgu2 suma???-----> sijil spm 2008 dah kuar,nk g amik bila la ntah??mcm xsempat ja nk pegi..kalau la saya boley drive,dah lama dh p sendiri!nanti bila dah fly...lagi la susah..timaseh cikgu.sebab byk ajar saya jadi ORANG.
mula2 kita start ngn.................
cikgu yusmizal:
cikgu yang paling gila2 kat mktb.rasa muda ja bila ada ngn dia.percayalah.dia ckgu bm terbest dlm dunia.percaya atau x???xpenah bg keja skolah..malah satu habuk essay pon xpnh dy bg latihan untuk budak2 kelas saya buat..ended up,we all still dpt a untuk bm time spm!hahah~cayalah!cikgu yus rajen bawak saya ngn geng2 saya p fly..hak3...kami xmen la fly maen selinap2 kuar pagar mktb ,kmi maen seludup2 dlam keta cikgu!kah3...mmg happening hbes la!
cikgu rahimy:
cikgu paling sopan.kecik jer orangnyer.haha.merangkap cikgu homeroom saya,intan,azizi, izzaty, amir acap,izni,lim,azmil,azrief,anis,fareez,izati and shak! hahaha...altogether ada 13 of us semuanya.haha!cikgu rahimy bg soalan fzik yg mudah2 jer.dy ajar pon saya senang fhm.haha...tp mls gle buat keje dy bg...tp xpelah,at least dpt a jugak untuk spm!hehe
cikgu zahir :
even dy xngajar saya tp dy pny trademark MENANTANG APA TU??? sampai mati saya akan ingat!cikgu zahir neh cikgu kimia, besfren dy cikgu yus tu la! bila cikgu zahir + cikgu yus = GILA!
cikgu zahir duk marking paper ujian selaras neh...haha
ms annies:
lady in black!hahaha....tcher annies pon cool jer.sekepala.haha...paling xleh lupa,time berlakon cite the pearl.kah3~!!!!!! untuk kelas tcher annies,kitorng wajib setiap sorang ade jurnal.dalam tu segala2nya bleh cite...siap tcher bg comment lg.cite la pasal secret admire ke,masalah ker...tu yg best!what a concern tcher!rindu kt tcher sgt2!!!masuk kelas teacher,mmg byk maen jer,tp keje yg dy bg tetap kitorng buat.tp once tcher merajuk,shak yg happening tu pon bleh nangis!sayang la tcher! kepeningan jadik tcher english neh, time marking essay ktorang yg merapu2 tu kan teacher??ngeh3~
ms rois:
cikgu addmath yg macam mak saya.sedih sgt.saya strive hard byk pon sbb dy byk bg semangat.siyes,rasa bersalah gila kalau xdpt score subject dy.entah kenapa.taw x,masa hari spm result kuar,leas mak saya...cikgu rois adalah orng kedua yg saya peluk.dy peluk saya sambil ckp : SEE LISA,CIKGU DAH CAKAP BUKAN KAMU XLEH BUAT,TERIMA KASIH SBB HADIAHKAN A UNTUK ADDMATH BUAT CIKGU...see..kalau korang nangis x???
ms norma n mr zolkof:
RTL nut!hahaha....semua orng yg jadi student dy mesti tahu !!! its ready-to-learn note! mmg diorng la punca saya betul2 disiplin nk score subjek biology! saya dh ckp td cmna diorng pny la berkorban laki bini just untuk student.sanggup dtg mlm2 time dkt2 nk paper bio spm esoknyer tu!cikgu,rasa berbaloi sgt bila cikgu senyum,time dapat result spm saya berjaya hadiahkan A1 untuk subjek BIOLOGI cikgu...
ms lia:
tcher yg hot!hahaha....best la!suara tcher nyaring sgt..hahaha!ajar saya math!well,cara dy ajar mmg la laju,sbb sblm nie pon dy ngajar dak2 foundation kt KMKN.haha!apep2 pon,tcher jamaliah is best jugak.time dy bckp tue,mungkin agak laser sikit,tp hati dy baek.bila heart-to-heart talk ngn tcher lia,boleh caer duh~!!!haha
pak hassan:
dy cikgu yg satu2nya panggil saya LISA MARIE!kah3!! dalam kelas dy,saya mmg paling banyak maen2 n kurang ajar!yela...mesti la byk maen n kurang ajar dlam kelas since pak hassan is cikgu pj kitorng!hahaha..maen tennis sampai ke sudah mmg saya xreti2 maen..tp basic tu saya tau la kan...tp skg pak hassan dah pindah g mrsm pengkalan hulu ,jd TP HEP kt sana...tp mantap ar,maktb tu top 5 mrsm semalaysia kot result spm 2009 bru2 neh kuar!!
ckgu dewi n cikgu engku:
dua2 neh cikgu chem saya.tp paling rapat ngn cikgu engku la.dy xlama ngn saya.sbb lepas tu dy kna follow pak hassan,hubby dy ke pengkalan hulu.aduhh~sumpah menangis ouh masa dy nk pindah tu.ada farewell kt umh dy...dy sempat peluk saya and pesan...
GUDLUCK LISA..CIKGU YAKIN,ANAK CIKGU YG SORANG NEH BOLEHHH BUAT~~*t_t*
thanks teech,at last saya dah buktikan kt cikgu..saya boleh dapt chemsitry A1 spm! mmg saya try call dy hari result kuar,tp xdpt.so saya mesej jela.tp cikgu tetap reply...: TERIMA KASIH LISA.CIKGU BANGGA DENGAN KAMU.
cikgu kamal:
haha..kitorng pnggil dy cikgu hot!!!!hahaha..nama penuh cikgu kamal is KAMAL HARMOZA BIN KAMAL ARIFF !dewa hot fizik la cikgu kamal.hahaha..ngajar saya fizik time f5.heeeee....word dy yg pemes...bla..bla...K?dy pny "k" tu yg mahal..haha! time lecture dy..saya dah duduk meja depan skalik...tido tayah cte la..tp cikgu kamal neh boleh buat releks jer..haha!sempoi hbes....style dy mmg cool jer...;p
cikgu rosmawati :
cikgu rosma nie mak kedua saya!hahaha....baeknyer dy..selalu bg saya coklat..hadiah ujian selaras,pre-trial yg saya score.penah skali tu dy hadiahkan saya kek coklat sebijik sbb saya score subjek sejarah untuk final sem 3!no doubt,mmg saya minat sejarah!!kenangan ngn cikgu rosma yg saya xleh lupa....huk3*music :drum beating*..time trial mrsm. bygkan cikgu sanggup dtg asrama ngn cikgu zuraini kejut saya kt bilik,gila x,saya tertidur ptg tu kt bilik n terlewat masuk dewan almost stgh jam untuk sejarah paper 2!berlarian separuh mati la berlari ke dewan exam.dah la jauh dr asrama....ini betul2 gile babeng la saya brani mati cari pasal ngn hari exam!hak3...lepas tu saya xbrani tidur dh kalau ada paper petang....cikgu rosma pnya la risau,tkut saya xscore subjek dy...hak2..sbb tu hbes ja paper 2 sejarah.terus dy mark paper saya dlu!alhamdulillah nseb baek!mamai2 jawab pon dapat...90 hehe!
cikgu hasrul:
hehe...cikgu hasrul ialah ckgu sejarah time saya form 4.time kasih byk,sbb dy saya boleh jatuh hati kt subjek sejarah.ini la ckgu yg paling banyak simpan masalah saya. hehe...semua masalah skandal saya banyak ngadu kt dy. sedaya upaya tolong mengkaverlinekan skandal saya kt mktb dlu.hahaha!dy la juga orng pertama yang tahu skandal saya tu putus.banyak nasihat dy.ingat lg ayat dy :SAYA INGAT KAMU NGN DY BOLEH LA KEKAL SAMPAI KE JINJANG PELAMIN..hahahaha!!!!jodoh kitorng xpnjang la cikgu....saya dlu jadi tutor untuk anak2 homeroom dy,ajarkan subjek sains n math.well,sgt best la!saya sayang cikgu taw!
ustaz fahmie:
ustaz fahmie ngajar saya time form 5.time tu dy bru pindah dr mrsm langkawi. sempoi, rasanya sume kelas ustaz fahmie yg bhgian PAFA tu semua dy bg lulus jek!tayah buat ujian pon..hahaha!cuma hafazan kena la wat...ayat ustaz yg femes:
pelajar : ustaz kalau jawab mcm nie boleh x?? <----tgh bincang soalan exam trial negeri
ustaz : boleh,boleh..................TP XDPT MRKAH LA!
hahahahaha..ustaz suka buat ayat suspen.pastu ckp laju2.pastu jadi ketua warden time ktorng f5 jgk. ustaz fahmie penah menangis ouh time dak2 pompuan senior year buat hal. saya pon xterlepas menangis sebab rasa bersalah. sungguhpun ldp, tp saya buat onar gak..time mlm tu,ustaz suh sume dak pompuan f5 tunggu kt surau pas semayang..then dy ckp,dy kecewa ngn sikap kitorng. sapa xsentap weyh. smpai bg warden menangis...adeyhhhh~
intan ngn cikgu rahimy *aii...anak murid lawan cikgu nmpak....??*
pic kat bwh neh ada cikgu yus,cikgu zahir,cikgu azaidi n cikgu faisal...

sayang suma cikgu~!!!!!bila agaknya saya nk jumpa lg ngn cikgu2 suma???-----> sijil spm 2008 dah kuar,nk g amik bila la ntah??mcm xsempat ja nk pegi..kalau la saya boley drive,dah lama dh p sendiri!nanti bila dah fly...lagi la susah..timaseh cikgu.sebab byk ajar saya jadi ORANG.
teringat kata2 ms amy,my ex est teacher :
A STUDENT WILL ALWAYS LOOK LIKE A BABY TO HER/HIS TEACHER..NO MATTER WHAT,NO MATTER TIMES AND YEARS HAD CHANGED. (T_T)........
MRSM KUBANG PASU...
KEUNGGULAN PERIBADI..KECEMERLANGAN PRESTASI!
Labels:
friendship,
kenangan,
mrsmkp
Thursday, March 18, 2010
entri 18 mac 2010 part 1

dah tiga tahun berlalu.tarikh keramat 18mac 2007.rasa baru mcm semalam jer jadi.merasmikan diri di tempat baru.konfem la bru!1st batch.to all budak2 KOPA, i know n very2 sure korang suma tentu faham apa yg saya mksudkan.
saya ingat lagi,hari nie lah...3 tahun lepas.saya mendaftar sebgai pelajar tingkatan 4 mrsm kubang pasu. sumpah,mrsm nie konfem xder sape yg kenal dlu.sbb mktb baru...tp rasanya mktb nie power jugak..sbb mana ada mktb yg duduk tepi highway siap ada flyover n jalan masuk terus menghala ke mktb.hehe..kt kp je taw ada benda 2! dari badlishah, got about 13 girls yg dpt mrsmkp.suma mcm tertanya2 nie mrsm pompuan saja kah?sbb mostly dak badlishah lelaki suma dpt mrsm beseri.huish plek3....
budak pertama yang saya kenal sesampainya kt kp neh, ada dua orang.1st budak sultanah asma nama dy nang suhaini.2nd boy.budak neh,mula2 mmg kuanghajo gak...cm xsopan jer ckp ngn mak dy...but baru tahu lepas tu mmg dy mcm tu haha!surprisingly,bapak dy kenal mak saya la pulak!that boy nama qairul amir...
that nite,cikgu pertama yang saya kenal kt situ of coz la ketua warden, ustaz manzur *siyes rindu ustaz!* ...biasalah,minggu silaturrahim kitorang dua minggu kot!and saya xfhm ...sesetgh orng xsuka minggu orientasi...kenapa ye?tp orientasi kt kp so-so bleh la tahan.xder la bosan.cuma eager nak masuk kelas dan blaja!
ruapanya kat mktb nie untuk batch kitorang,dy mmg amik dak2 pompuan dr area kedah+penang mostly, and 99% of boys dtg dari selangor+wilayah= kl. cikgu homeroom saya nama mr mohd rahimy fitry merangkap cikgu fizik untuk kelas saya! saya dapat nombor mktb 07642 *no nie skg nik anis tgh guna as her college numb kt taiping...waa bangge gler!;p* and bilik saya blok A kamar 011.kelas saya 402.wahhhh..byk nya 2!hahah!
roomate saya yg first2 skali ada 7 orang sbb satu bilik ada 8 orang sumenyer. intan,aidila,fathin,hanis,meemi,eton ngn raihan. dipendekkan cerita...bermula hari tue kehidupan saya bergelar pelajar mrsm kp.
sapa xsuka..senior year 2thn kot since saya 1st batch!hahaha...appointed jadi ldp, then tukar bilik...pindah blok B,jaga junior.rapat sangat dgn junior saya!sayang diorng sgt2 mcm adik sendiri!
makanan kat DS mmg disaster la,tp bila pikir balik...it was memorable.DS tu la yg isi perut saya selama dua tahun saya kt kp.huk3~
kat sini jugakla saya form grup yg bestie-sampai-mati.SHAK,INTAN,AINI,HANIS,MEEMI,IZA AND FATHIN.*seyes rindu korang ouh~!!*
cikgu2 kat kp..yg bawak saya fly ptg2...*intan mesti ingat..fly p mkn cendol lepas ujian selaras 3 cikgu yus bwak!hahaha*
mmg bukan senang nak harungi hidup sbagai 1st batch.kat sini,mmg sgt nmpak cikgu2 suma bekerja keras.nk sediakan jugak student dy ngn kemudahan mcm budak2 mktb laen.mmg tacing hbes la bila teringat balik zaman2 dlu!
library kitorang dlu xder buku,ngn angin kuat sampai bumbung mktb tercabut.dua kali lak tuh.makmal comp rosak sbb bumbung terangkat.ribut petir lagi.panas. makmal tayah cite la.untuk kimia.mmmg xpenah buat experiment.lab xcukup peralatan. bio pon sama. mmg kesian gak la.2nd year bru dpt merasa betul2 buat experiment.
cikgu2 xcukup.biaselah mktb baru,saya ingat lagi..paling kesian cikgu bio kitorng..cikgu norma ngn cikgu zolkof...kadang2 ngajar sampai non stop.terpaksa berkejar kesana kemari nk coverkan kelas.xder sapa nk ajar student.mmg huru hara jugak.
dulu rollcall atas rumput jer.pak hassan ngn minyak masak dy untuk taram kepala budak lelaki yg xtaruk minyak rambut.saya ingat lagi.rindu...
bunyi hon ustaz manzur ptg2 n pagi2 kejutkan subuh.rindu lagi...
rindu berkejar-kejaran nk g ds lunch time fardhu ain hbes hari jumaat.mana nk berkejaran dengan nk kuar outing lagi...rinduu~
baju batik mktb saya yg mengancam warna kuning kaler kain tok sami..ahh tak kisahlah,sbb yg tu 1st batch jer ada..rindu lagi.
rindu time prep ptg yg saya slalu skip especially nk dkt time spm,slalu skip ProSA bio.
rindu kt roomate2 saya kt blok B,yg kejap2 gila kejap2 baik,kejap2 sewel...*CAHAYA,AMIRAH,KHAI,HUZEN,RIHAIDA,ZALIKHA NGN NANIE...*
rindu kesewelan seniors of benevolent....kitab memoirs of benevolent...cikgu yus~!!!!
rindu time prep malam,saya jerit2 ngn anak2 buah ldp saya tanak bg student balik awal!hak3....
rindu melepak kt bilik guru...haha!
kat sini jugak la saya berskandal.hahah!well setahun lebih ngn si dia....rindu jugak saat tu...
rindu jadi tutor untuk anak2 homeroom ckgu hasrul.diorang siap belikan saya t-shirt untuk hadiah hari guru...terharuu~
rindu kuar outing kat aneka.cp sbb barang murah.haha
rindu kuar outing kat aneka.cp sbb barang murah.haha
rindu lagi kat taman permainan dkt ngn umah cikgu.
rindu kt bbq ldp kt umh cikgu yus.
rindu g picnic kt puncak janing lagi!
rindu makan kfc kt umh ckgu jue.
rindu petang2 baca al mathurat kat surau..tilawah time bulan puasa
rindu suara amir acap,izrin nabil n abdullah thani yg jadi imam/muazzin *konfem solat aku selalu xkhusyuk..haha!*
pendek kata..semua benda saya rindu!!!!*air mata dah bergelen saya jatuhkan sementara menaip post ini*
tp kat sini lah saya belajar menjadi ORANG. bukan senang. keputusan yang saya dapat time spm tu, kalau bukan cikgu2 yg byk bg support.xmasuk KMS la saya.mcm apa yg saya dpt skg. senior year mmg la seronok.ngn cikgu2 yg rasa dekat sgt ngn kita.dpt cikgu2 yg ayat tacing cam mak2 bercakap ngn kita.rasa rindu sangat saat2 tue....
ustaz manzur.dah mcm ayah bila bercakap dgn dy.huhuh~
sunggupun dy garang,tp bila dy bg nasihat...sangat melekat dlm hati....life saya sgt2 bliss masa di kp!warghhh~how i miss the old days i had in kp...huk3
too much to be written.cuma dh tertulis...nantikan part 2 nanti yer...:D
Labels:
friendship,
kenangan,
mrsmkp
Subscribe to:
Posts (Atom)




















