Pages

Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

Baitul Muslim dan Hakikat Persepsi yang Klise.

siang tadi, ke pejabat IKRAM Penang. ada daurah muayyid.
pertama kali daurah digabung antara ikhwan dan akhwat lebih kurang seramai 100 orang dari seluruh Kedah, Pulau Pinang dan juga Perlis.
masyaAllah.
dan disini juga saya berkesempatan bertemu semula dengan seorang sahabat yang hampir 10 tahun tidak ketemu.
akhirnya jalan dakwah dan tarbiyyah menemukan kami kembali.

baiklah, apa isu yang saya ingin tuliskan ialah berkaitan Baitul Muslim (BM). saya pasti isu ini agak popular dibincangkan antara Ikhwan mahupun Akhawat. tidak kiralah dalam mana-mana jemaah sekalipun.
saya tersenyum kecil. isu ini agak panas untuk diperkatakan. tetapi menarik juga.

di awal slot lagi kami telah diterjah, apa pemahaman kami tentang BM pada persepsi awal sebelum kupasan bermula.

banyak antara peserta mampu menghurai dengan baik definisi BM pada pandangan mereka secara kasar. saya juga sependapat dengan mereka ketika itu.

BM adalah salah satu tingkatan dalam Murratib Amal (MA) demi mencapai Ustiazatul Alam (UA). tanggungjawab untuk membina BM sama sahaja seperti membina Individu Muslim (IM). dalam MA, IM datang terlebih dahulu sebelum BM.

persepsi awal saya.BM hanya akan dicapai apabila mana sebuah keluarga yang didasarkan pada dakwah dan tarbiyah dibina antara seorang Ikhwan dan Akhawat. itulah pandangan saya secara amnya. gara-gara saya tahu akan firman Allah dalam surah an-Nur (24:26). fair and square. perempuan baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.

muncul pula soalan dari Ustaz yang memberi ceramah." apakah BM hanya akan dicapai apabila mana sebuah keluarga yang didasarkan pada dakwah dan tarbiyah, lillahi Taala dibina antara seorang Ikhwan dan Akhawat?"

saya menggaru kepala. minda mula dijentik untuk bekerja. mula menaksir semula maksud setiap lontaran kata-kata Ustaz yang merupakan satu bentuk provokasi.


kata Imam Hassan Al Banna, BM adalah merupakan satu bentuk takwin (pembinaan). ia adalah suatu proses. maksudnya BM perlu dibina, dengan menghayati 10 ciri Muwassafat Taribyah (MT). dan pastinya apabila ia melibatkan proses, ia memakan masa.

apa yang saya faham, paling asas yang Imam Hassan cuba sampaikan, Baitul Muslim itu tidak sekadar hanya dinikmati oleh para Ikhwan dan Akhawat yang mendrikan rumahtangga sesama mereka, ia boleh di nikmati oleh semua orang yang berkeluarga kerana syarat pembentukan BM ini,paling tidak pun harus ada pasangan yang menghormati fikrah.

maksudnya, tidak semestinya pasangan yang mendirikan BM itu haruslah kedua-duanya seorang daie. ya, kalau kedua-duanya adalah seorang daie maka sama-samalah memikul beban dakwah. itu yang paling baik. namun jika salah seorang daripadanya bukan dari kalangan dua't, seharusnya mereka ini tidak menjadi penghalang ,apatah lagi penentang kepada perjuangan dakwah yang dilakukan oleh pasangan mereka yang berjuang untuk mendapatkan sebenar-benar BM. mereka harus menyokong ke arah itu. ini yang paling asas.

kedua, dalam pembinaan BM juga harus menerapkan penjagaan adab Islam dalam kehidupan seharian berumah tangga, terhadap anak-anak khususnya. sebagai contoh, menyemai budaya Islam yang sebenarnya di dalam rumah tangga, seperti contoh adab pergaulan tetamu antara lelaki dan perempuan haruslah diasingkan. rumah haruslah kemas dan menjaga kebersihan. budaya kebersihan ini menjadi sebahagian daripada 10 ciri MT yang harus mantap dalam diri setiap IM. IM inilah yang akan membina BM kelak. maksud saya, kemantapan untuk mempertingkatkan kualiti MT itu yang harus dilakukan oleh pasangan yang ingin mendirikan BM yang mantap. tidak kiralah dia dari kalangan dua't mahupun tidak.

saya tercengang. tidak pernah menyangka bahawa konteks BM itu terlalu luas malah melangkau sempadan persepsi saya ketika itu.

ketiga, Imam Hassan Al Banna berkata : HUSNU IKHTIARI AZZAUJAH. memilih isteri yang baik itu terletak pada tangan suami. bermakna, kriteria dalam memilih pasangan yang soleh/solehah. penekanan lebih diberikan kepada Ikhwan, kerana mereka yang hendak mencari bakal zaujah mereka. buat para Akhwat, tidak salah juga untuk memilih, kerana anda juga berhak untuk menentukan siapa yang bakal menjadi Imam buat anda kelak. persoalannya, apa kriteria soleh/solehah itu?

buat para Ikhwan, asalkan mereka dapat melaksanakan hak-hak isteri dan membimbing supaya isteri boleh menjalankan tanggungjawab mereka, itu sudah memadai. itu sahaja. sekali imbas, saya boleh tafsirkan, untuk mencapai target itu tidak semestinya sang isteri harus datang dari kalangan Akhawat dan dua't, bukan?

muncul pula dibenak saya ketika itu, bagaimana pula situasi sekarang di mana jumlah Akhwat lebih ramai daripada Ikhwan dan adakah kemungkinan poligami itu adalah solusi terbaik dalam pembentukan BM?
saya juga terfikir, adakah Akhwat yang bertemu jodoh dengan pasangan yang bukan dari kalangan dua't, akan ada kemungkinan untuk tidak dapat aktif dalam dakwah dan tarbiyyah selepas mendirikan rumah tangga?

jawapan yang dapat saya simpulkan daripada Ustaz apabila soalan ini diutarakan : TIDAK SEMESTINYA SEORANG AKHWAT YANG BERKAHWIN DENGAN SEORANG LELAKI YANG BUKAN DARI KALANGAN DUAT TIDAK BOLEH MENCAPAI BAITUL MUSLIM DALAM RUMAH TANGGANYA.

keempat, bab berkaitan dengan pendidikan awal awal anak-anak. keberkesanan tarbiyyah itu kepada khadam (pembantu rumah). al maklumlah, sekarang dah ramai Akhwat yang bekerjaya dan berjawatan. sang suami harus memastikan  nilai 10 ciri MT turut dihayati bersama oleh pembantu rumah, yang akan mencorakkan dan mewarnai seluruh suasana rumah yang ingin mencapai BM. boleh juga ajak pembantu rumah solat berjemaah, berusrah bersama. dan memastikan perkara tersebut diterapkan kepada anak-anak meskipun saat itu kedua suami isteri tidak berada di rumah. namun suasana BM itu tetap ada kerana sudah diimplimentasi sejak dari awal.

kelima, BM itu medan dakwah yang HAKIKI. untuk saya mudahkan pemahaman pembaca, seorang Ikhwan yang ingin mencapai BM dalam rumah tanggganya harus sedar antara keadilan dalam menguruskan masa dengan keluarga serta tuntutan untuk keluar berprogram. keluarga itu adalah mad'u yang paling terdekat. andaikata sahaja para Ikhwan gagal untuk mempertahankan budaya usrah dalam keluarga sendiri, apa lagi mahu untuk terus mantap berprogram dan menguruskan mad'u yang lebih besar? bak kata Ustaz, mutarobbi yang kita usrah waktu berprogram itu yang kita makan satu talam, satu kumpulan kita takkan boleh mantap andaikata mutarobbi yang lebih dekat, yang tidur sebilik dengan kita itu diabaikan langsung.

tidak semua manusia boleh ditakwinkan, kerana fikrahnya berbeza pada hakikatnya. namun satu yang harus dilakukan, tidak kira sama ada kedua-dua suami isteri adalah dari kalangan dua't mahupun tidak, haruslah dipastikan supaya keluarga tersebut paling tidak, tetap berada dalam jalan tarbiyah dan dakwah.

keenam, rumah tangga itu menjadi nukleus/ pusat dakwah untuk orang sekeliling contohi.

ketujuh, melatih keluarga untuk terus mampu ada survival dalam apa-apa jua keadaan yang mendesak.



KENAPA PEMBINAAN BAITUL MUSLIM INI PENTING?

- untuk ada penyokong untuk saling memberi sokongan terhadap usaha dakwah. sokongan itu dalam bentuk yang pelbagai. mungkin kepada pasangan dai'e, saling bertukar pandangan dalam membincangkan masalah ataupun isu yang berlaku dalam tuntutan kerja dakwah masing-masing boleh dilakukan. untuk pasangan yang bukan daripada kalangan dua't itu juga boleh saling menjadi pendengar masalah. sekadar pendengar, itu rasanya sudah cukup untuk membuktikan bahawa ada lahirnya sifat untuk menyenangkan hati pasangan meskipun tidak terjun ke dalam medan dakwah secara total.

- memastikan kelangsungan dakwah dengan melahirkan lebih banyak generasi Islam yang benar-benar mantap dan teguh pengisiannya demi mencapai Masyarakt Muslim (MM).



BAGAIMANA MAHU MEMENUHI TUNTUTAN BAITUL MUSLIM?

- merancang masa depan anak-anak. baik dari segi pendidikan rohaninya ataupun jasmani itulah teras utama yang harus diberi penekanan.

- menentukan persekitaran yang terbaik dalam proses kanak-kanak membesar. persekitaran yang baik juga memberi impak kepada cara pergaulan serta sifat anak-anak itu tersebut nanti.

-LIQO' BERSAMA ISTERI ( i love this part)

- paling penting : MERAIKAN FITRAH SUAMI/ISTERI.

suami juga tetap lelaki tidak kiralah betapa hebatnya dia dalam kalangan Ikhwan, sama juga seperti si isteri, tidak kiralah bagaimana mantap sekalipun dia dalam berprogram, dia tetap seorang wanita. mereka ini yang mahu diberi layanan dan hak sama seperti wanita dan lelaki normal yang lain.

akhirul kalam, saya minta supaya anda tahu apa yang anda cari dalam perjuangan anda dalam membina BM. BM itu luas konteksnya, seperti yang saya katakan tadi, tidak terkekang hanya kepada kumpulan Ikhwan dan Akhwat sahaja yang mampu melaksanakan tuntutan BM itu. malah, BM mampu dibina antara seorang dai'e dan sesiapa pun mereka yang bukan daripada kalangan dua't. niat harus diperbetulkan, objektif harus diperjelaskan. kelangsungan dakwah dan tarbiyyah itulah motif utamanya. methodnya mungkin pelbagai, variasikanlah dan sesuaikan dengan fitrah andai dan pasangan. andaikata semua IM mampu sedar, membina BM ini bukanlah sekadar terhad dan ekslusif buat golongan para dua't Ikhwan dan Akhwat, tentu sahaja mudah untuk kita menuju ke tangga MA yang seterusnya. InsyaAllah! Takbir!


GLOSARI:

1. muayyid = salah satu cabang dalam Manhaj Tarbiyah. Manhaj Tarbiyah adalah alat tarbawi dan takwini untuk mendekatkan anggota-anggota dengan fikrah dan jama'ah, serta membentuk mereka bagi mencapai matlamat tertentu. 

2. Ikhwan = ahli jemaah lelaki.

3. Akhwat = ahli jemaah perempuan.

4. Murratib Amal = memperjelaskan kepada kita akan keutamaan di dalam melaksanakan amal.

5. Ustiazatul Alam = tingkat tertinggi dalam Murratib Amal. mencakupi pengamalan syariat islam itu tersebar luas ke seluruh dunia, lebih luas daripada empayar.

6. Baitul Muslim = tingkat kedua dalam Murratib Amal

7. Individu Muslim = tingkat pertama dalam Murratib Amal.

8. Muwasaffat Tarbiyyah = membincangkan tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang muslim.Ia dipopularkan oleh Hassan Al-Banna sendiri, pengasas ikhwanul muslimin,satu pertubuhan yang menjadi rujukan utama jemaah-jemaah  lain di seluruh dunia.Methodologi atau kaedah tarbiyah yang digunakan oleh ikhwanul muslimin boleh dikatakan lengkap, mencakupi semua aspek kehidupan, agama,akidah,akhlak,fikrah,politik dan sebagainya.

9. Liqo' = perjumpaan.

10. Dua't = orang yang boleh menguasai orang lain. lebih merujuk kepada konteks seorang dai'e iaitu pendakwah.

11. takwin = proses/ pembinaan.

12. murobbi = individu yang mendidik; atau membimbing, pendidik; pembimbing.

13. mutarobbi = individu yang dididik oleh murobbi.

Saturday, March 26, 2011

dimanakah nilai comfort zone kita di mata Allah?

selepas solat berjemaah di bilik usrahmate, kami ada simple tazkirah session.
seorang sahabat berkongsi sepotong ayat al-quran.
*sebuah kisah sebenarnya...tapi...ada kaitan la dengan ayat al-quran tu*

surah al-araf . ayat 163-166.

pernah dengar kisah hari Sabbath?

okey ini versi yang saya share dari kakak naqibah saya:

rumusan ayat 163.

hari Sabbath ni hari bagi Bani Israel. hari ni memang diperuntukkan untuk mereka beribadah je pada Allah, dan mengenepikan urusan dunia. sebab pada asalnya , kaum Bani Israel ni, bagi alasan yang mereka tak sempat nak beribadah pada Allah disebabkan mereka terlalu sibuk bekerja. diorang ni duduk kat tepi laut, so pekerjaaan diorang menangkap ikan lah. jadi mereka minta pada Allah, satu hari khas untuk mereka beribadah pada Allah, which is hari Sabtu/ Sabbath. Allah makbulkan permintaan mereka namun Allah beri syarat yang mereka kena betul-betul ikut perintah Allah itu. mereka setuju pada mulanya.tapi....., since Allah nak uji orang-orang yang benar-benar patuh dan taat perintahNya, Allah jadikan hari Sabtu tulah hari yang paling banyak hasil tangkapan kat laut, tapi hari tersebut mereka tak dibenarkan untuk keluar bekerja melainkan beribadah kepada Allah.hari lain punya hasil tak sebanyak hari Sabbath tu.

tapi dah dasar sesetengah daripada mereka ni ingkar perintah Allah, konon nak mengelat lah. ada sebahagian daripada mereka malam Jumaat sebelum pagi Sabtu menjelma, ada yang pergi pasang jala lah... tembok penahan ikanlah *lebih kurang lah* in order walapun diorang tak turun ke laut, tapi diorang masih boleh dapat hasil tangkapan yang banyak. *mane aci, main tipu cmni kan? berani pulak tu mengelat-ngelat dengan Allah*

so daripada peristiwa ni...golongan kaum tu terpecah kepada tiga golongan iaitu :

1. golongan yang ingkar perintah Allah.
2. golongan yang menegah/melarang golongan yang ingkar tadi supaya jangan buat dah.
3. golongan yang xpuas hati/ kata kat golongan kedua macam ni : EH LANTAK LAH GOLONGAN PERTAMA TU NAK BUAT APA PUN, JANJI KITA TAK BUAT SUDAH. TAK PAYAH SIBUK2 NAK LARANG. NANTI DIORANG YANG AKAN DI AZAB. (ayat 164)


hehe...tahu lepas tu apa yang jadi?

Allah berfirman dalam ayat 165 seterusnya :

"Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingkatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka)."

point saya cuba highlight?

lihat, Allah stress out tentang balasan terhadap golongan pertama dan golongan kedua kan? macam mana dengan golongan ketiga pula?

Allah tak ada mention pun walaupun dalam ayat yang seterusnya. tak percaya?

okay lihat dalam ayat 166 :

"Maka setelah mereka berlaku sombong dan takbur (tidak mengambil endah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka : "Jadilah kamu kera yang hina."

ini stress out balasan kepasa golongan kedua jugak. jadi mana balasan untuk orang ketiga?????

Allah tak ada mention pun dalam al-Quran. sebagai mana yang kita tahu, al-Quran ni kalam Allah. apa isi yang terdapat didalamnya semuanya penting untuk kita bukan? jadi kalah tak ada sebut pasal golongan kertiga tu, apa maknanya?

MAKNANYA : TAK ADA VALUE LANGSUNG PUN TERHADAP GOLONGAN KETIGA TERSEBUT! AT LEAST, KALAU BUAT BAIK ALLAH DAH STATE APA BALASANNYA, BEGITU JUGA SEBALIKNYA UNTUK PERBUATAN JAHAT...NAMUN UNTUK GOLONGAN YANG ALLAH TAK MENTION DALAM AL-QURAN NI...DI MANA KEDUDUKAN MEREKA???? APA BALASAN YANG SETIMPAL DENGAN APA YANG MEREKA TELAH KERJAKAN??

cuba refleksi balik diri kita. aplikasi balik dengan keadaan kita zaman sekarang. KEBANYAKAN ANTARA KITA SEDANG ATAUPUN SUDAH MENJADI GOLONGAN KETIGA TERSEBUT.


kenapa saya katakan demikian???

LIHATLAH PADA HARI INI, BILA DATANGNYA GOLONGAN YANG MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN, DIPERLEKEH-LEKEHKANNYA GOLONGAN INI. SESETENGAH LEBIH SUKA BERPRINSIP " AKU TAK KACAU HIDUP KAU, JADI TAK PERLU KACAU HIDUP AKU". ADA PULA YANG BERKATA " KENAPA NAK SIBUK-SIBUK AJAK ORANG/SIBUK-SIBUK NAK NASIHAT ORANG, NANTI DITUDUH JAGA TEPI KAIN ORANG".


kita lupa untuk berpesan-pesan kepada kebaikan. 
lupa untuk berpesan-pesan kepada kebenaran.
maka rugi lah kita!

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"

(Al-Asr, 113 : 1-3)

sesetengah daripada kita enggan keluar dari comfort zone kita. zon selesa. inilah yang saya maksudkan. menganggap diri tidak punyai kekuatan untuk menegur, gara-gara menuduh diri masih dangkal ilmu agama?   ALASAN ITUKAH YANG MAHU DIGUNAKAN DIHADAPAN ALLAH NANTI???

tak berani mahu menegur sedangkan melihat kemungkaran berlaku di depan mata? maka cegahlah...apa anda tidak sedarkah anda sudah berada dalam golongan ke-3 ini andai anda masih duduk diam dan tidak berbuat apa-apa?? apa balasan anda nanti andai anda masih dudk berpeluk tubuh sahaja?? fikirkan!



عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ 
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman

(Hadis sahih riwayat Muslim)


aku tak punya kuasa. aku tak punya lisan untuk menegur. jadi aku mencegah dengan hati walaupun itu adalah selemah-lemah iman.

OH JADI INI ALASAN ANDA YA?


ketahuilah, bahawa semua tingkatan perbuatan itu BUKAN SUATU PILIHAN, namun ianya adalah TINGKATAN TINDAKAN PENCEGAHAN YANG HARUS KITA MULAKAN DARI YANG TERATAS. iaitu dengan kuasa, selepas itu dengan lisan...dan yang terakhir apabila nabi SAW *selawat ke atas baginda* bersabda cegah menggunakan hati itu merupakan selemah-lemah iman....itu adalah suatu bentuk sindiran kepada kita sebenarnya.... TAKKAN SELAMANYA NAK MENCEGAH DENGAN HATI???


bangkitlah wahai saudaraku! bangkitlah..sedarkan diri kita yang sedang berada dalam comfort zone ini. sampai bila lagi? baru nak sedar bila sudah sampai masa saling menunjalkan diri di padang Mahsyar nanti, kau mendakwa aku, aku mendakwa kau....sampai itu terjadi? sudah tidak ada gunanya....

UMAT NABI MUHAMMAD NI MULIA. ALLAH SENDIRI DAH BERFIRMAN DALAM SURAH ALI IMRAN AYAT 110.

“Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Kerana kamu menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah fasik…”


kita ni umat Muhammad yang terpilih untuk laksanakan kerja-kerja kenabian. Ramai orang tak sedar hakikat tu, tanggungjawab berdakwah tergalas di atas setiap bahu semua orang, selagi mana dia layak bergelar seorang muslim.  Hinggakan Rasulullah sendiri pun pernah cakap ; “ Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat”.


meskipun sedikit, biarlah meninggalkan kesan. itu yang lebih penting.

fikirkan. 
wallahu'alam.


Monday, March 7, 2011

dare to be daring?


Do you see beauty created by the Hijab, the pink seductive shirt, or is it perhaps her piercing eyes that exist without the dogmas of culture?

terkejut?
hati dipagut rasa tidak puas hati?
marah mungkin?



saya cuma mahu mengajak mereka berfikir secara terbuka apabila melihat gambar ini. maksud saya 'terbuka' adalah, cara melihat sesuatu dan memberi pandangan serta cuba lari dari sifat suka mengkonklusi membuta tuli.

saya bukan mahu membina kamar provokasi. hanya cuba untuk mengajak keluar dari pemikiran stereotaip dan sifat suka mengklasifikasi tanpa melihat sudut pandangan yang lain.

baik, dari gambar yang anda lihat, saya pasti anda akan berasa marah kerana seolah2 islam 'dihina' apabila gadis itu berpakaian sedemikian rupa bukan? apologi, bukan maksud saya menghina agama kita yang suci ini. tidak dan tidak.

saya mahu highlight sudut pandangan golongan yang menganggap berhijab adalah satu bentuk 'opression' dalam kalangan sisters (muslimah). bertudung litup dan berniqab dianggap sebagai suatu bentuk ekstrimis, wanita tidak dibenarkan mengekspresi diri mereka dan menyerlahkan diri mereka. seolah2 berlaku gender biased dalam kes ini.

berlainan sekali dengan wanita barat. mereka bebas berpakaian apa sahaja yang mereka mahu untuk mengekspresi diri mereka dengan menggunakan pakaian sebagai medium utama. mereka menggunakan faktor tarikan seksual sebagai motif untuk menyerlahkan diri mereka.

persoalannya : ADAKAH DENGAN BERPAKAIAN SEKSI ITU MENARIK PERHATIAN ATAUPUN DENGAN BERHIJAB ITU LEBIH MENARIK PERHATIAN?


masih tidak nampak apa yang saya cuba sampaikan?

baik. lihat analogi ini. ada dua buah kotak. satu kotak yang lutsinar dan satu kotak lagi  kotak yang dibalut dengan kertas hitam legap. kotak lutsinar : anda boleh nampak apa sahaja isi di dalamnya. cantik isi dalamannya mungkin membuatkan orang menatap kotak tersebut untuk beberapa ketika. anda isi dalaman tidak menarik perhatian, tidak cantik? malah munkgin orang akan tidak akan ambil kisah pun apa yang terkandung didalamnya. manakala kotak hitam legap yang dibalut rapi itu juga mempunyai isi didalamnya. anda ingin sekali mengetahui isi di dalamnya. hati dipanjat rasa inkuiri yang memuncak.tiba-tiba! hujung kotak hitam legap itu dikoyak sedikit balutannya. hati yang semakin dikecam rasa ingin tahu itu semakin menebal bukan?yang mana satukah yang membuatkan jiwa anda penasaran mahu mengetahui isi didalam kotak tersebut?

kotak hitam legap yang sudah sedikit terkoyak balutannya?

ATAU

kotak lutsinar tadi yang sudah kelihatan segala-galanya?


jawapan saya : pastilah kotak hitam yang dibalut tadi.bukan?


begitulah para sisters sekalian!
seperti mana manusia mengklasifikasikan cantik sebgai suatu yang subjektif. begitu juga tafsiran saya terhadap  those yang claim bila berpakai terdedah sana sini dan memperlihatkan aurat anda kepada tontonan umum itu adalah seksi, cantik dan menarik perhatian. SEKSI ADALAH SUATU PERKARA YANG SUBJEKTIF JUGA.

cantik = menarik perhatian
menarik perhatian = seksi
seksi= cantik?

BAGI SAYA TIDAK.

kenapa saya berpandangan sedemikian?
ya. berpakaian seksi mungkin menunjukkan anda seorang yang menarik perhatian.
mungkin sekaligus memperlihatkan kecantikan anda.
namun bagi saya,
ANDA IBARAT KOTAK LUTSINAR TADI.

anda rasa berpakaian seksi itu suatu tarikan orang terhadap anda? fikirkan.
orang mungkin menganggap anda menarik perhatian kerana anda kelihatan cantik apabila berpakaian seksi.
orang akan stop dan stare dengan keseksian dan kecantikan anda. mungkin untuk sebentar cuma.
andai mereka sudah puas. mereka akan berlalu.
namun bagi yang tidak cantik dan berpakaian seksi pula bagaimana?
mungkin ada juga yang sudah tidak hiraukan anda berpakaian sebegitu...
mengapa?
SEBAB SEMUANYA SUDAH TERDEDAH.
SEMUANYA SUDAH KELIHATAN.
TIADA LAGI YANG MENJADI SUATU BENTUK' RAHSIA' YANG MAHU DISINGKAP.

namun bagi sesetengah sisters yang berniqab, bertudung labuh, melonggarkan pakaian dan sebagainya...
ANDA IBARAT KOTAK HITAM LEGAP YANG SEDIKIT TERKOYAK BALUTANNYA.
mengapa saya analogikan dengan kotak yang sudah terkoyak balutannya?
INI SAYA TUJUKAN KHAS BUAT MUSLIMAH YANG BERNIQAB.
kalian hanya memperlihatkan sebahagian daripada muka anda sahaja dan selebihnya ditutup rapi.
begitu juga muslimah yang menutup, menjaga kemaslahatan aurat anda.
dan cuma memperlihatkan apa yang patut dilihat sahaja.

saya pasti. (ini sekadar andaian saya sahaja)
sekiranya saya melihat kedua-dua perkara diatas.
saya akan mengklasikifasi muslimah yang menjaga aurat dan berniqab itu lebih 'seksi' sebenarnya.

saya lebih curious untuk tahu apa yang ada pada sister yang berniqab itu.
wajah disebalik niqabnya.
saya lebih ingin tahu apa yang ada di balik sister yang mengenakan jubah, berbaju longgar dan menutup sempurna tubuhnya.
tapi....
ibarat kotak yang begitu istimewa dan berharga...
JADI HANYA YANG BERHAK DAN ISTIMEWA SAHAJA YANG MAMPU MEMILIKINYA DAN MELIHATNYA.

berbalik kepada gambar wanita yang separuh melindungi wajahnya dan berbaju seksi kerana mendedahkan dadanya sebentar tadi....
dimana letaknya nilai 'seksi' dan 'cantik' itu pada anda?

DIMATANYA?

ATAU?

PADA TUBUHNYA YANG TERDEDAH ITU?




isu lain yang saya cuba timbulkan ialah, berniqab dan bertudung labuh itu bukan suatu bentuk penindasan. ia adalah kerana untuk memelihara ciri kewanitaan dan nilai muslimah itu sendiri sebenarnya. ANDA TERLALU BERNILAI. bukan juga berniqab dan mengenaikan pakaian yang berselubung itu sebagai simbolik Islam mengajar umatnya untuk bersikap tidak up-to-date dengan apa yang berlaku disekelilingnya...tetapi lebih kepada untuk menjaga 'sesuatu yang dianggap berharga' dan 'seksi' di balik selubungannya itu.

saya sudah luahkan apa yang termaktub dalam fakutli pemikiran saya.
anda pula bagaimana?


doa. :)

“ALLAHUMMA SA KHIRLI ZAUJAN SOLIHAN YAKHTIBUNI WAYA TAZAU WAJUBI WAYAKUNU SOHIBAN LI FIDDUNYA WAL JANNAH”


Maksudnya: " Ya Allah Ya Tuhanku, pilihkan daku suami yang soleh, dia meminangku dan mengahwiniku serta jadikanlah dia sahabatku di dunia dan di syurga kelak."


letakkan Allah sebagai penentu masa depan anda yang mutlak.
ibarat pesan kakak naqibah saya,
jangan biarkan sedetikpun keputusan yang dibuat itu datang dari kita sendiri...
minta selalu petunjuk daripada Allah supaya Dia yang menentukan keputusan yang bakal kita buat.



p/s: doa pun sebahagian daripada usaha. ingat tu. :)
untuk perempuan? haa...pandai2 lah ye tukar perkataan zauj tu kepada 'zaujah'.


found this interesting piece. so nak share.tu je.
bukan gatal nak menikah ke apa.
but to ponder on.
memanglah sekarang belum masanya lagi.
belum masa= approach orang yang tak sepatutnya.
yang boleh buat sekadar berdoa. itu sahaja.

Saturday, February 12, 2011

sallu alaik to HIM!

selama dah hampir 20 tahun bernafas free2 dengan oksigen yang Tuhan berikan.
inilah kali pertama saya rasa nak menyambut maulidur rasul dengan begitu bermakna.
terima kasih Allah.

Kurus Pemantapan Aqidah dan Sakhsiah (KUPAS) yang saya attend...benar-benar memberikan saya sesuatu.
selain daripada memantapkan aqidah (yeah terang lagi bersuluh la kan dari nama program tu), sebenarnya indirectly Allah nak beri satu lagi nikmat kecintaan pada saya.

selama hari ni....
saya claim saya cintakan Rasulullah.
claim to be so.
tapi saya rasa....saya tak pernah pun singkap sedalam-dalamnya maksud cintakan Rasulullah...

di KUPAS, indirectly saya mula tahu banyak pasal sisi2 nabi yang saya tak pernah dengar pun sebelum ni. mana tidaknya, semua penceramah bila berhujah pakal hadith nabi... cerita kisah2 sirah nabi dan para sahabat. subhanallah..saya tak bosan langsung. until i fell like..subhanallah. Ya Rasulullah... sangat istimewa.
saya rasa sayu... semuanya berbaur.

saya tahu Rasulullah itu tampan...saya mula membayangkan wajahnya...
saya mula membayangkan betapa indahnya akhlak yang baginda pamerkan...
saya mula melihat satu sisi Muhammad bin Abdullah ini dari sisi seorang suami yang prihatin, ayah yang bertimbang rasa.pemimpin yang unggul dan juga....Baginda juga lelaki yang gemar bercanda dan bijak bermain teka-teki bersama sahabatnya...

and to be short. inilah pertama kalinya saya tak pernah kisah pun nak ambil tahu pasal Valentine's Day.
saya seronok nak sambut Maulidur Rasul!
masyaallah..selawat ramai2...
kan seronok tu?

saya mula rasa kecintaan saya menjalar terhadap habibullah Muhammad bin Abdullah ini.
rasa indah sangat. rasa juga macam jelous sebab Aisyah dapat peluang menjadi isteri Baginda.
ya Allah..tak tahu macam mana nak express.

Allahu Allah... terima kasih kerana mentakdirkan saya menjadi umat kekasih-Mu ini.
and kemuncaknya...video malam ni yang ditayangkan kat surau. Allah... air mata saya mengalir laju gila. even saya rasa saya kena marah dengan mak saya pun, saya tak menangis sampai macam tu sekali.
IPI KMS.... you've done a very great job for the opening of Minggu Penghayatan Sunnah.
Akmal did his job very well... i love every words he said about Rasulullah.
bukan kata2 Akmal sahaja, malah kata2 sesiapa pun yang berkata2 tentang Rasulullah...saya akan sebak. sumpah.

saya nak belajar cintakan Rasulullah. jadi umatnya yang baik. sebab saya nak jumpa Rasulullah kat sana nanti.

with that, lepas ni setiap hujung minggu insyaallah saya akan update pasal satu perkongsian ilmu tentang SIFAT SOLAT NABI YANG SAHIH oleh Allamah Dr Hassan Ali Al-Saqqaf Al-Qurasyi Al-Hasyimi. buku ni saya beli, korbankan emergency budget untuk bulan ni semata2 nak beli. tapi worth it sangat2. menarik sangat2.saya akan post by bab everyweek insyaallah. kalau ada kesempatan dan Allah beri keizinan saya nak berkngsi. this is a very good book. im not sure ada jual di kedai ataupun tak, sebab ini buku hasil terjemahan dan ulasan daripada penceramah jemputan daripada Jakim, Ustaz Zamihan Mat Zin Al-Ghari. so tadi pun dah g usha2 kedai buku,macam takde je..so saya ambil keputusan untuk keluarkan main point yang saya dapat dari dalam buku ni dan saya akan share dalam blog saya. insyaallah.


okay. banyak kerja ni. mata pun dah berat. out sebentar. lepas ni nak wat concept map physics. haih~
jazakallah. salamun alaik :)

Sunday, February 6, 2011

dari sisi seorang dai'e dan mad'u.

tahu apa itu mad'u?
tahu apa itu dai'e?

dai'e adalah orang yang menyampaikan...pendakwah dalam bahasa mudahnya.
mad'u pula adalah orang yang didakwahkan.

aku pernah merasa kedua-dua sisi tersebut.
baik dai'e yang masih bertatih dan kadangkala masih berjalan jatuh.
dan juga mad'u yang selamanya masih menjadi sisi diriku sehingga kini.

dari sisi seorng mad'u...
dulu...aku seringkali sukar memahami...
konsep empati, iaitu in other words we can say that... be in that person's shoes...
apa yang seseorang itu rasa...
apa yang seseorang itu mahukan...
apa yang seseorang itu cari dalam dirinya...
apa yang seseorang itu harapkan orang lain boleh fahami dirinya....
dia mahu kembali kepada pencipta fitrahnya....
namun siapa mampu menyelami jiwanya....
andai dia terus-terusan dihentam?
selalu dibantah, disekat, dihalang apabila mahu melangkah?
tahukah orang itu...
dia juga perlukan bimbingan.....?
perlu sokongan yang mendidik jiwanya untuk terus bermujahadah?
siapa yang benar-benar faham tatkala dia perlukan suatu jawapan kepada pertanyaannya?
bukannya jawapan yang menghalang hasrat hatinya...
yang mungkin sekali membantukan segala keinginannya untuk melakukan perubahan....

ibaratkan...
seorang anak kecil....
yang dimarahi ayahnya apabila berbuat salah?
ataupun anak kecil tadi....
didatangi dengan senyuman dan bisikan....
dengan teguran yang mengatakan tidakannya itu salah..
bukankah kedua-duanya berunsurkan perkara yang sama...?
iaitu memberi pengajaran dan peringatan....?
namun yang mana satu lebih terkesan dihati si anak...
pendekatan yang lemah lembut...
ataupun pendekatan yang menyekat fitrahnya memahami sesuatu itu secara alami?

anak itu tidak tahu....kerana apa?
kerana fitrahnya begitu! 
anak itu...
tidak akan menjadi kuat seandainya gerak atur langkahnya dihalang...
diawasi kerana bimbang bakal melukai dirinya...
namun lepaskanlah anak itu berjalan...menapak mencari langkahnya sendiri...
biarkan dia terjatuh...terluka...namun pasti sentiasa akan ada tangan yang sentiasa memaut lengannya...memimpinnya....
kerana dari situlah...pengalaman yang akan mengajarinya...
betapa sesuatu itu menjadi ingatan yang bermakna buat dirinya...
supaya terakam dimemorinya sentiasa dengan cara yang paling halus dan berbekas.

aku juga pernah menjadi seorang mad'u yang tercari-cari erti untuk kembali kepada fitrah penciptaku.
benar aku sangat penasaran ketika itu.
aku perlukan sebuah jawapan kepada segala persoalan yang menghujani pemikiranku.
mengapa begitu?
mengapa begini?
kalau begitu kenapa?
jadi kalau begitu?

aku seorang anak provokasi! aku seorang mad'u provokasi.
namun jangan salahkan aku.
jangan sekat kemahuanku untuk menunjalkan segala persoalan.
kerana fitrah didikan ku begitu.
mujur aku bertemu dengan dai'e yang bijak merungkaikan sisi diriku.
bijak mengadunkan segala dakwaanku hingga menjadi begitu serasi...
ibarat menggengam jemariku...ianya berpadu begitu kukuh dan kemas.
mereka tidak pernah menghalang hakku untuk bersuara lantang.
memprotes apa yang tidak aku puas hati...
segala terjahan, tikaman tajamku...
adakalanya membuatkan mereka terdiam.
namun tetap ada masanya...
mereka mampu menundukkan semua itu dalam diriku.

kak farah nabila and kak anis...
thanks so much.
i owed a lot to you guys.
terima kasih sebab ajar dan bentuk hati lisa jadi macam ni.

dari sisi seorang dai'e....
setelah apa yang aku pelajari dari kedua-dua kakak naqibahku...
memahami mad'u memanglah tersangatlah susah.
seorang akhwat pernah berkata :
proses taaruf dalam sesebuah usrah itu akan sentiasa berjalan dengan sendirinya...selagi mana usrah itu masih terbina...
benar. aku tidak mampu menyangkal lagi sebarang dakwaannya dalam pernyataannya itu.
padaku, untuk menjadi seorang dai'e yang benar-benar mantap,
segala sisi mad'unya haruslah dipelajari....
niat harus diperbetulkan sentiasa...
bahawasanya usrah adalah medan berkongsi ilmu.
bukannya menyampaikan ilmu!
jangan mudah melatah.
menggelarkan diri sebagai bijak berusrah!
punyai banyak ilmu yang sedia dicurah buat semua mad'u!
kerana itu akan menyerlahkan satu sisi dai'e yang suka bermegah-megah.

dari kedua-dua mereka aku belajar....
usahlah mengajar diri menjadi seorang penghukum...
seolah-olah diri sendiri sahaja yang tahu mengenai hukum hakam agama...
namun apabila ada mad'u yang membangkang,
mulalah dikeluarkan segala bahan untuk mencantas.
seolah-olah pendirian diri sendiri sahaja yang betul.
yang benar.
tiada dakwa dakwi
kerana kita berpegang kepada kebenaran yang sebenar!
mad'u itu salah!
mad'u itu tak betul!

aku benar-benar terkesan seandainya ada dai'e yang bersikap begini...
cubalah kau selami..apa yang bermain dibenakknya?
mungkin kau dan dia melihat daripada dua sudut yang berbeza terhadap perkara yang sama.
namun lontarkanlah pandanganmu. beri dia juga ruang itu meluahkan apa yang dia fikirkan.
sekurang-kurangnya kau cuba memahami...
merasai segenap sisi yang dia rasai....
dan dari situ kau akan lebih terasa
ukhwah itu 
benar-benar terbentuk dihati.
dijalin dengan satu perasaan yang sungguh indah.
percayalah...

apabila kau menjadi penghukum.
itu tidak mampu untuk membantu mad'umu keluar dari kepompong kejahilannya.
malah akan lebih membejatkan. apabila dia mula menunjukkan taring kebosanannya.
apabila segala tindak tanduknya dipangkah, disalahkan sentiasa...
usah keterlaluan membangkang...
kerana kau hanya akan lebih menyempitkan pemikirannya.
mengeraskan hatinya sehingga tidak betah lagi mahu mencari titik perubahan.
kembali istighfar wahai dai'e.


wallahualam.
dari kacamata seorang daie dan mad'u.
 
Images by Freepik