Pages

Showing posts with label kisah kau dan aku. Show all posts
Showing posts with label kisah kau dan aku. Show all posts

Saturday, April 24, 2010

unexpected miracle.

saya benar-benar menangis kegembiraan tadi.
you came infront and snap pictures using your DSLR...!
miracle happened!
kamu yang saya rindu tu dh BALIK SEMULA!
kamu dah balik!

tapi cara kamu bercakap ngn saya..
masih mcm ckp ngn strangers.
well,xapa..saya faham.
segan bukan?
ntah...saya pon segan ngn kamu jugak.
ia perlu masa untuk kembali seperti dulu.

tapi apa pon,itulah kali pertama saya melihat kamu beraksi dgn kamera kamu itu semula.
saya menangis.terharu rasanya.
saya dengar suara kamu ketawa tadi.
the way kamu banyak mulut.walaupun xla byk mana kamu bercakap td.
at least...saya dah dapat dengar nada suara yang sama.
macam dulu2.
saya gembira.

allah dgr doa semua kawan2 awak yg xputus2 berdoa kesembuhan kamu!
allah dgr semua doa kawan2 yang sayangkan kamu!
termasuklah saya.

biarpun,inbox saya dah sunyi text dari kamu.mahupun call.
saya xkisah.
kamu tetap sahabat saya.
mungkin suatu hari nanti....saat tu akan tiba jugak.
tp saya taktahu bila.
saya akan menanti.

hey kamu,
tahu tak?


saya terlalu gembira dengan perlakuan kamu sebentar tadi.
saya ketawa+menangis bukan sebab fasi2 td buat lawak...
sebab kamu.
sebab kamu.
sebab kamu.


dan....

hanya kamu dan DSLR kamu itu.

keep it up!
harapan saya : mahu lihat kamu seperti dulu semula.

Tuesday, April 13, 2010

ini kisah kawan baik saya.

ini kisah saya dan seorang budak.kisah bermula apabila seorang rakan saya, miss S memberitahu bahawa dia berkenalan dengan budak ini didalam ruangan maya yahoo messenger. dan mengetahui beliau juga adalah bakal pelajar IB di Kolej Mara Seremban (KMS) namun dalam jurusan bioteknologi. si rakan memberitahu saya,memandangkan saya juga adalah bakal pelajar KMS dan wakil tunggal dr mrsm saya yg mendapat tawaran ke KMS.saya berasa teruja untuk mengenali siapa rakan maya miss S itu.

saya masih ingat,tarikh kami berjumpa buat kali pertama.27 mei 2009 di terminal bas shahab perdana alor setar.ketika itu saya bersama miss S mahu ke maktab di jitra untuk menghadiri HK. saya juga masih ingat,pertama kali dia memperkenalkan dirinya...senyum tidak pernah lekang dari bibirnya. memperkenalkan diri sebagai bekas pelajar mrsm taiping,saya mengandaikan dia seorang yang sangat bijak. dan peramah. simple.sekadar berseluar jeans dan memakai t-shirt putih dgn corak merah serta sneakers yg berwarna merah jugak.

pertama kali saya berasa sgt selesa dengan seseorang yg saya kenal tidak smpai seminggu pon!aneh bukan? saya rasa seronok.cuz byk share common things together. selepas tu,kami kerap ym. setiap hari,dy akan view blog saya dan tinggalkan komen. best! kami byk bercakap soal hidup,manusia...kelakuan dan tabiat manusia..saya xnafikan,saya semakin teruja untuk menjadi kawan sekolejnya tidak lama lagi!

dipendekkan cerita, kitorang pun dh masuk KMS. 1st day daftar,saya tercari2 kelibatnya. 2nd saya mencari miss E,gadis dari sarawak yg turut mengambil jurusan bioteknologi. rupanya miss E sekelas ngn budak lelaki itu! well, kami terus bersahabat. malah saya gembira dpt jumpa dengan dia hari2!

saya selesa dengan sikapnya yg suka ambil berat dan lebih mengutamakan rakan2 disekelilingnya. pasti akan dicuba sedaya upaya,dia xsuka tgk orang lain susah disebabkan dia. sampaikan terkadang itu,saya segan nk mintak tlg dia. saya tahu kalau saya susah,saya boleh harapkan dia untuk tlg saya...

saya semakin sayang dia.rasa bahagia bila ada kawan yg betul2 treat saya dalam erti kata persahabatan yg sebenarnya. haha,mungkin..dia jarang pedulikan hp dy,..tp tu bukan alasan untuk dia tidak menghubungi saya.sungguhpun saya dan dia mengambil program IB, akibat berlainan kelas dan kesibukan masing2..kami semakin jarang berjumpa...lewat telefon,kadangkala ada mesej menyapa...

KAU SIHAT?LAMA XNAMPAK KAU...LISA KAMAL.

bulan 8. saya keluar ke seremban 2 dengan dia. saya bersama miss A, classmate saya dan dia bersama roomatenya, mr. S. nothing much, we just sit, and have chat.its very pleasing. we started to talk about our life in KMS. ketika itu, saya sedar.dia mmg seorang rakan yang baik.saya bertuah sgt dpt jadi kawan dia.pernah satu ketika dia ckap, dia selesa. dan xkan pernah ada orang faham dia lebih baik drpada apa yg saya faham dia. dia jugak pernah cakap, betapa saya nie penting dlm hidup dia. kau tahu, kedudukan kau tu lgi penting dari awek aku. tu pon kalau aku ada awek laa...haha! dia sgt kelakar. sweet.semua orang suka dia.sayang dia.sebab kelkuannya yg sangat menyenangkan sesiapa saja.

sampai satu point,dia sudi kongsi masalah famili dy ngn saya. kesian, dia anak sulung...saya tahu tanggungjawab yg dia rasa. masalah tu timbul time dkt2 nak raya.saya xnafikan. mmg keadaan sangat genting.tp dia masih boleh berlagak biasa. riak wajah nmpak tenang, tpi jiwanya berkocak. semua disembunyikan. he just keep it to himself.kenapa? SBB DIA XNAK ORANG2 DISEKELILING DIA YANG SAYANGKAN DIA RISAU.

bulan 10,tarikh 28 oktober 2009. saya sakit. dan kebetulan pulang berhujung minggu di kedah. saya pulang berseorangan ke seremban dr kulim menaiki bas. malam. saya contact dia, beritahu saya nk pulang ke seremban. tanpa paksaan, dia menawarkan diri mahu menunggu saya di terminal 1. BAHAYA katanya. perempuan pulang bersorangan pukul 4 pagi. saya terharu sangat. sanggup dy nak bersusah payah sebab saya? takpernah saya dapat layanan sebegitu. xpernah terlintas, saya kenal dengan dia. adakah allah nk bg malaikat yg sentiasa untuk jaga saya tp dlm bentuk jelmaan manusia? kalaupun ada, saya rasa pasti dia.

allah dah takdirkan saya berkawan dengan dia. namun, disebabkan satu tindakan bodoh saya...dia dah semakin jauhkan diri dia dari saya....saya dah jarang mesej dia,saya dah semakin lupakan dia..gara-gara saya asyik dengan keseronokan sementara.we start to drift away from each other. saya bodoh sgt time tu.xfikirkan perasaan dia.tp bila saya sedar,alhamdulillah...saya nyaris terlambat. dia masih sudi nak maafkan saya.

dia akui..mmg dia terasa n jauh hati ngn tindakan saya tu tp...saya selepas saya mintak maaf.dy sudi maafkan saya....dia tinggalkn saya sementara, sebagai pengajaran. ketika saya sakit,down ketika itu...baru saya sedar yg saya sangat perlukan dia...tp dia sengaja biarkan. YOU CHOOSE TO LEARN IT IN A HARD WAY. itu katanya....well buddy, i've learnt my lesson enough.. i guess.

waktu buat CAS di ecopark laketown, sekali lagi dy begitu concern. although kaki dy cramp, he ride my motor until he arrived at my grandma house while naj azre drive me home at the same time. masa tu hujan sangat lebat,angin sangat dahsyat....liaht, betapa tingginya pengorbanan seorang sahabat. sejak dari itu saya benar2 yakin...dialah kawan terbaekkk saya dunia akhirat!

gara2 saya...dy rasa dy almost hilang kawan terbaek dy.so saya cuba kembalikan keyakinan dy kat saya. alhamdulillah.saya berjaya....dia text saya AKU GEMBIRA DPT KAWAN MACAM KAU BALIK.SAYANG KAMU.....saya benar2 hargai persahabatan kami.dy benar2 tulus,ikhlas. xada agenda tersirat. i showed my true color to him, dan dia boleh terima. but i think i dun understand him enough. he's a very unpredictable guy.

sampailah satu hari.....saya dilanda satu masalah.seperti biasa...saya akan call dy...menangis2 sambil meraung2...haha!*emo habis*....dy dah jrg nk rply text saya sbb dia bizi sgt.byk kerja .saya faham...lgpun,dy mmg ignorant pasal hp dy...mengalahkan orang yg ada PA plak kalau nk deal ape2 urusan ngn dy..kna call kawan2 dia pulak...ish3...dia bizikan diri dlu pon saya tahu kenapa sebabnya...dia sgt sabar,dengar segala masalah.dgr saya membebel.dengar saya marah2 dia.pastu cara dia pujuk saya balik...senang jer.ckp pasal benda2 sengal,buat saya tergelak n all the pain is gone for a while.

tapi sayang....itulah kali terakhir saya bercakap dengan kawan terbaek saya tu.sebab tarikh 5april 2010 dah mengubah segalanya.RETROGRADE AMNESIA. dia lupa almost memori dia selama di KMS. dia demam,admitted kt hosp seremban,parents datang bwk balik ke a.setar,undergo terapi dan pulang semula ke KMS.malam dia on the way perjalanan pulang ke KMS, setengah jam saya borak dengan dia. sebab dia call. soalan pertama dia...yang sangat memilukan hati saya...

LISA KAMAL...AKU INGAT KAU.TP KAU CLASSMATE AKU KE?

hancur luluh hati saya time tuh. bayangkan dari seorang yang sangat mengambil tahu pasal detail saya...dari tarikh lahir,no IC sehinggalah pasal personaliti dan background saya... tiba2 menjadi begitu asing bagi saya....selama setengah jam itu.saya cuma recall semua benda basic dia di KMS.siapa dia di KMS....siapa classmate dy.apa position dy di KMS...segalanya...tp saya xboleh terlalu laju.saya menangis tertahan2 sepanjang perbualan saya dengan dia.

katanya,doc xbenarkan dia banyak bercakap n kurangkan aktiviti luar. saya susah nk terima apa yg dah jadi kat dia. dia jadi mcm itu....cikgu2 tak tahu,parents dy pon boleh lagi biarkan dia balik seorang diri ke KMS mlm tu. orang ramai mungkin xpercaya....kata dia menipu...menipukah dia? saya xrasa dia menipu. mungkin he's 'pretending' di depan orang yg sayangkan dia.sebab DIA XNAK ORANG RISAUKAN DIA. tp kat sini,when it comes to friends, dia xboleh nk pretending. sebab dia cuma ada kawan2 dia saja yg boleh tolong dia untuk recall memori dia....

saya nak presiden kelab kulinari saya yg rajin dan boleh diharap itu semula.
saya nak tgk dia snap gmbar2...dgn DSLR dia itu...
saya nak dia terus jadi pendengar saya yg setia...
saya nak dia kuar g makan2 kt bistro,selepas jogging kt lake garden sama2...
saya nak kawan terbaekkk saya macam dulu2....
saya nak dia seperti dulu.

saya sedih.sebab dulu saya ada peluang banyak.tp saya sia2kan.
sekarang.
ia perlu masa untuk dibina semula.
saya rasa satu post ni akan jadi lebih pnjang kalau saya terus cerita semua benda2 secara detail.xcukup.

awak nak tau siapa kawan terbaik saya tu?
saya jangka pasti ramai yg dah tahu...

its him.....FIKRI AZZIM JUMADI....



kawan-terbaekkk-sampai-mati.


mood : bergelen air mata telah tumpah semasa menaip post ini. (t_t)...tolong doakan yg terbaik untuk fikri.

song : officially miss you-tamia.

Sunday, March 14, 2010

SOBS3....=.="

rasa nk menulis.saya perlukan kawan terbaek saya.sekarang.saya perlukan dia.mengerti x?
saya tahu anda mmg jarang pedulikan hp anda.
saya xtahu penting mcm mana yg awak maksudkan bila awak kata saya nie penting dlm hidup awak.
saya jugak xtahu mcm mana yg bila awak kata awak sayang saya,macam mana awak tunjukkan yang awak sayang say tu??

saya percayakan awak.saya tahu n saya pasti penantian saya xkan sia2 mcm tu aje.
saya pujuk hati saya meskipun saya terasa dengan apa yg awak buat kat saya.
saya text kadang2 awak xreply.awak busy kan?okay..saya faham.
time saya nangis sorang2..saya nak awak ada ngn saya.saya text awak pon xde reply lg.
saya kena bg hati saya faham jugak mcam mana sekalipun,saya xboleh berharap yg awak akan balas msg saya.
awak datang dan pergi.kadang2 xdiduga.kadang2 terduga.tp ketahuilah,bila awak hadir dalam hidup saya balik ketika tu,saya rasa bahagia sangat.
tapi bila awak pergi...awak diamkan diri.saya xtahu.bila agaknya awak akan datang balik??saya.........entahlah.

awak tahu?saya perlukan seseorang untuk cakap dengan saya.jiwa saya kosong.
saya rindu saat2 saya kongsi masalah saya dengan awak.saya rindu kesengalan awak.
saya rindu awak!

sekarang saya rasa saya jauh sangat daripada awak.walaupun saya dekat sangat dengan awak sebenarnya.
hati saya sakit.
mungkin awak pernah sakit hati ngn saya dulu.mungkinkah ini balasan yg harus saya terima balik?
saya tak tahu.mungkin time tu saya xsedar saya dah lukakan hati awak.

saya dah anggap awak kawan baek saya sangat2...
jadi,perlakukan lah saya seadaanya.macam mana seorang rakan terhadap kawan terbaeknya.
saya xmintak lebih.

cuma,
saya nk sedikit masa awak je.
perhatian awak.itu jer.

saya janji,saya dah cukup puas hati.

Friday, August 7, 2009

USRAH PERDANA 2009...

salam..sumenyer~!!!
:D

well...hari in 15 syaaban..
bermakna..
15 syaaban=hari nisfu syaaban!!!

so ramai gila laa berpuasa sunat hari nie...
satu kolej rasanya...
bguslah..
:)

so..berbuka pon ramai2 td..
gurls senior+junior kt Dewan Tun Hussein Onn (DTHO)..
lepas solat maghrib secara berjemaah..
ada plak usrah perdana...
title yg sangat menarik untuk dibincangkan...
CINTA AKU DAN DIA...

hehe..lebih kurang mksudnya disini...
ade laa..perbicangan yg melibatkan isu hot n panas nie..
iaitu..isu couple..
ade ke takder sebenarnya couple dlm islam nie??
cinta islamik laa konon..
cinta ana ente??

so..hangat jugakaa topik td diperbicangkan...
mcm2 pandangan..from senior n junior...
beza suka dan cinta laa...
haha..

tp in realiti..mmg fitrah manusia laa ingin kan rasa cinta tu...
or suka kan seseorang...ngee~ ;p
tp...satu quotes yg saya blaja mlm td lepas balik usrah tu...

belajarlah mencintai diri sendiri sebelum mencintai orang lian..
dan sesungguhnya..sebelum mencintai diri sendiri..belajar lah dlu..
bagaimana mahu mencintai allah...

terdetik jugak di hati saya...
couple?cinta?suka?
erm..complicated untuk dirungkaikan..

tp
apapun tetap bergantung kepada pendirian dan pegangan masing2...
asal pndai n tahu menjaga fitrah di antara kedua2nya..
mampu mengawal nafsu dan perasaan...
dan disalurkan dengan cara yg betul dan berhemah..
cinta itu sebenarnya indah..
hadiah teragung daripada tuhan adalah perasaan..CINTA

Tuesday, June 23, 2009

KISAH KAU DAN AKU...(part4)

Sudah 3 hari peperiksaan Ujian Selaras 1 berlalu. Hubungan aku dan Syukri juga sudah kembali normal seperti biasa. Kini sudah jarang kulihat dia bersama Zulaykha. Kata orang,mereka dah bercouple tapi takkan orang yang dah bercouple macam tu pulak jadinya…Tapi kenapa ya?hairan jugak…namun,sikapku juga sudah semakin berubah,
maksudku lebih kepada sifat keperempuanan,membuatkan aku lebih selesa dengan perwatakkan baru itu. Meskipun aku masih cuba membiasakan diri,namun aku gembira,sekurang-kurangnya aku tidak sekasar dahulu lagi…hehe!

“ Opie…kau mesti ada sukakan seseorang kat maktab ni kan?” usik Syukri.

“ Adalah…mana boleh bagitau kat hang! Hang ni mulut mengalahkan murai tercabut ekor,sat lagi habis kecoh satu maktab! “ nada suaraku tidak sekasar dahulu
lagi ketika bercakap dengannya. Syukri hanya tersengih.

“ Dulu kau janji nak beritahu aku…hmm.. biar aku teka…Arif ek? Ke Ridzuan tu?eheh” Syukri ketawa sambil menekan-nekan perutnya. Bab-bab menyakat orang memang dahsyat budak ni…getusku di dalam hati. Tapi sesekali…gayanya itu membuatkan dia seorang yang comel….

“ Tak adalah…erm nantilah,ingat lagi kan aku janji nak bagitau kat hang bila?” soalku kembali.

“ Wei…hari graduasi tu bulan 10 nanti kot…lambat lagi. Bapak lama nak tunggu.!Entah aku hidup ke tak lagi masa tu…haha!!!”guraunya.

“Ala…tunggu ajalah,” aku sekadar tersenyum ke arahnya. Syukri merenungku. Kau ni kan Opie, sekali tengok cantik jugak kan? Kan best kalau kau jadi gierlfriend aku…tapi yelah kau kan orang Penang…Orang Utara ni susah nak percaya cakap orang KL macam aku ni…Kononnya orang KL ni hanya tahu nak mainkan perasaan perempuan bila bercouple kat sini…sayang betul…namun kata-kata itu hanya mati dalam fikiran Syukri…

“ Syuk,apa hang pandang aku macam tu? malulah oi…” aku mematikan lamunannya. Entah apalah yang difikirkannya tadi.

“ Err…tak ada apa-apa” Syukri menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Alahai comelnya….hehe!

* * *

“ Opie…girl yang aku selalu cerita kat kau tu,rupa-rupanya dia suka kat orang lain. Menyesal aku tak berani nak suarakah isi hati aku kat dia…huhu” adu Syukri suatu hari. Aku hanya mendengar.

Tapi bukan kau dah couple dengan Zulaykha ke? Ei dasar budak KL…playboy!! Namun kata-kata itu tidak terluah kerana kepastianku belum terjawab lagi tentang
perhubungan Zulaykha dan Syukri. Aku tidak mahu pula bertanya kepadanya. Bimbang dikatakan busybody pula…tapi cara dia cerita kat aku hari-hari pasal girl yang dia admire tu,macam dia belum couple dengan Zulaykha je bunyinya…

“ Cakap ajelah hang suka kat girl tu apa susah. Nak aku tolong hang?” aku menawarkan diri. Entahlah…aku sendiri pun kurang pasti sama ada aku benar-benar ikhlas mengucapkannya kepada Syukri.

“ Eii…tak nak lah aku. Aku takut girl tu tak suka kat aku nanti,” ujarnya kemudian. Macam sedih pulak bunyinya..!

“ Belum try,belum tau…apalah hang ni…!hehe…ala,kan hang boleh di katakan ‘wanted list’ kat maktab ni…aku rasa girl tu mesti suka jugak lah kat hang… hang dah tau girl tu suka kat sapa ka?” tanyaku kepada Syukri.

“ Tak tau pun…” balasnya ringkas.

“Haa ada chance lagi lah tu…” gurauku berbaur harapan. Meski perkara itu sedikit mengecewakanku,tetapi aku tidak kisah asalkan hatinya bahagia…

“ Okay nanti aku try. Sekarang jugak aku boleh buat. Sebab girl tu ada dekat sini je…meh aku tunjuk kat kau. Cepatlah…” Syukri mengajak aku keluar kelas. Waktu itu, mujurlah tiada cikgu di dalam kelas kerana waktu tersebut merupakan waktu terluang bagi para pelajar yang mengambil EST, cuma terdapat kelas bagi para pelajar yang mengambil Prinsip Akaun dan Pendidikan Seni Visual sahaja.

Sampai di depan pintu kaca PSP,Syukri menghentikan langkahnya. Kulihat tiada kelibat pelajar perempuan langsung di situ. Maksud aku,aku hanya dapat mengagak rupa perempuan itu daripada penceritaan Syukri setiap hari kepadaku.

“Yang mana satu,Syuk? Aku tak nampak langsung girl yang hang cakapkan tu…” soalku tidak mengerti. Syukri masih tersengih.

“ Girl depan tu betul-betul berada di depan kau. Takkan kau tak nampak?” Syukri berkata kepadaku.Aku masih tidak mengerti kata-katanya. Aku tidak melihat sesiapapun kecuali pantulan imej aku yang ku lihat di depan pintu kaca itu…

“ Girl yang di dalam cermin tulah yang aku admire selama ni…” bisik Syukri ke telingaku. Aku terkejut…Bercandakah kau, Syukri Nasyrin b. Azizan? Aku tergamam… Speechless… aku tidak dapat membayangkan riak wajahku tatkala itu…. Tidak berani
rasanya aku ingin menatap mata milik Syukri Nasyrin saat itu….

“ Untuk pengetahuan kau,selama ni memang aku sukakan kau Sofea. Sebab itu,aku senang berkawan dengan kau. Tambahan pula, kau seorang yang memahami aku…terima kasih sebab kau menjadi sahabat aku selama ni. Bila kau beritahu aku yang kau yang kau sukakan orang lain,tatkala itu aku sedar,mungkin kau sekadar menganggap aku teman biasa yang rapat dengan kau…Mungkin aku dah tak berpeluang nak beritahu kau yang aku dah lama sukakan kau…tapi aku rasa dah tiba masanya untuk aku beritahu tentang hal ini… dan inilah harinya….Ainil Sofea bt. Abd. Jalil,sekali lagi aku katakan, AKU SUKAKAN KAU SOFEA!” tegasnya kembali.

“ Tapi soal Zulaykha? Macam mana pulak dengan dia?” aku bertanya.

“ Zulaykha tu sepupu aku sebenarnya. Pada awalnya aku rapat dengannya kerana dia masih tak dapat nak menyesuaikan dirinya lagi dengan persekitaran di sini…dan tak lebih daripada itu. Mungkin kau ada denganr cerita yang mengatakan kami bercouple,
tetapi sebenarnya tidak…” jelas Syukri kepadaku. Hatiku kembali berbunga riang. Aku senyum dan mengalihkan padanganku ke arahnya.

“ Tapi aku tak sangka selama ini,hang suka kat aku. Adakah disebabkan aku dah berubah,membuatkan hang baru berani nak beritahu aku semua ni?Macam tu?” aku masih tidak berpuas hati.

“ Aku akui, kau dah sekarang dah banyak berubah. Aku gembira dengan perubahan kau…tetapi aku lebih sukakan Opie yang dulu…Opie yang kasar kerana aku lebih menyenangi sikapmu yang dulu…Tetapi aku pelik jugak kenapa tiba-tiba kau berubah?Kenapa?Kau tak pernah cuba nak menjelaskannya kepadaku…” ujar Syukri
kemudian.

“ Ini semua gara-gara hang la…aku cemburukan hubungan hang dengan Zulaykha. Aku cuba berubah untuk menyaingi Zulaykha. Lagi satu,aku dah buat silap besar,masa aku tanya apa reaksi hang kalau hang tau ada girl suka kat hang… hang ingat, hang pernah cakap hang akan benci perempuan tu…itu yang aku takutkan…” balasku kembali.

“ Kenapa perlu kau cemburukan Zulaykha? Bukanlah kau ada kesempatan untuk bertanya kepadaku tentang kedudukan sebenar perhubngan antara aku dan Zulaykha? Kenapa kau tak tanya aku?”

“ Sebab aku takut hang akan syak sesuatu. Aku tak nak bila hang tau pasai benda tu,hang akan benci aku. Aku tak berani tangung risiko…”

“ Risiko apa?!”

“ Risiko kehilangan hang. Kebencian hang terhadap aku yang perlu aku bayar untuk itu…!”

“Sebab apa? Sebab kau suka kan aku,kan?” soal Syukri. Aku dah terjerat dengan kata-kataku sendiri. Aku hanya terdiam. Kau dah tahu segala-galanya…

“ Yang sebenarnya aku tahu kau dah lama suka kan aku. Cuma kau je tak nak tunjukkan. Kau cuba sembunyikan benda tu disebalik kekasaran kau…kan?” bertubi-tubi aku diasakkan dengan pelbagai soalan oleh Syukri. Aku tak mampu untuk menafikan apa-apa lagi…

“ Sekarang kalau hang dah tau,hang nak malukan aku lah dengan bagitau aku benda ni hari ni?

“Tak…tujuan aku satu je. Hari ni aku nak tanya kau satu benda…” aju Syukri.
“ Apa dia? “

“ Sudi tak kau jadi girlfriend aku? Maaf,aku mungkin bukan orang yang romantik,kau kenal aku kan?hehe” Syukri tersenyum nakal.

“Eii…gatalnya….” Aku mencubit lengan Syukri….

“Tutt…tutt…” bunyi telefon bimbitku menandakan satu mesej masuk kedalam inbox. Mematikan seketika lamunanku yang melayang jauh ketika aku masih lagi berada di Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu…

‘ESOK KITA PERGI MAKTAB SEKALI YE AMIK RESULT SPM? FAMILY
SYUK DAH SAMPAI KAT PENANG NI…SYUK TIDUR KAT HOTEL.ESOK PAGI, FAMILY KITA PERGI SEKALI LAH KE KUBANG PASU YE…OKAY?’

Mesej dari Syukri rupanya. Aku dan Syukri telah ‘memeterai ikatan’ setelah kami selesai menduduki peperiksaan SPM. Itulah syarat yang aku kenakan kepadanya sewaktu dia mula-mula menyatakan hasrat tersebut kepadaku. Dia akur. Dan sekarang,aku dan dia bahagia menjalani hidup kami…Meskipun dia di Selatan, aku di Utara…jarak bukan sempadan…segala-galanya berputik di Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu…
Aku juga tidak menyangka cintaku ternyata ada di situ…I love you MRSMKP!!!!

Saturday, June 20, 2009

KISAH KAU DAN AKU...(part2)

Hari itu, cikgu Yusmizal tidak masuk ke kelas kerana mengiringi pemain-pemain bola maktabku ke Perlawanan Bola Sepak MSSD Kubang Pasu. Apalagi…berpesta sakanlah kami pada hari itu! Kelasku memang tak sah,kalau tak bising. Rasanya,5 Benevolent inilah yang paling bising dan havoc sekali dalam maktab tu…hehe. Aku sedang menyiapkan laporan PEKA Kimiaku,tiba-tiba Syukri datang dan menghampiriku.
Aku tahu,dia juga pemain bola maktabku tetapi dia tidak pergi mewakili maktab dalam perlawanan bola sepak. Katanya,dia mahu mempersiapkan dirinya untuk Kejohanan Olahraga MSSD Kubang Pasu yang akan datang. Tak kisahlah….

“ Em… Opie! Aku dengar ada budak MRSM Merbok kena transfer kat maktab kita nih…betul ke?” soal Syukri meminta kepastian dariku. Aku memang senantiasa mengetahui segala perkembangan terbaru yang berlaku di dalam maktab,maklumlah itulah imbuhannya apabila berkawan dengan Shakina atau lebih dikenali dengan jolokan U.P.P.M….Unit Penyebar-Penyebar Maklumat…hehe!

Aku hanya mengganggukkan kepalaku. “ Awat? Kalau tak silap aku, depa masuk hari ni kot” balasku kemudian.

“ Oh ye ke? Tak de apa-apa pun. Aku saja je tanya….” Syukri menconteng-conteng kertas di hadapanku dengan pensel. Payah jugak bercakap dengan dia ni, masa bercakap bukan mulut aja bergerak,tangan pun bergerak jugak…macam budak hiperaktif…huh!

“ Hang ni kan,sehari tak conteng paper aku tak boleh ka? Tension aku! Hang padam balik… sat lagi tak pasai-pasai mengamuk pulak Cikgu Engku tu. Dah la paper yang hang conteng tu report eksperimen yang aku nak hantar kat dia” bebelku.

“ Hehe…siapa suruh kau letak paper tu kat atas meja? Yelah,yelah aku pada balik…report? Ya Allah…aku terlupa nak buat la!!! Aduuhhh….macam mana ni? Wei nanti kalau kau dah siap,aku nak pinjam ek…boleh?” rayu Syukri. Buat mata sayu cam mata kucing pulak dah…ei kesian pulak….

“ Yelah…nanti kalau aku dah siap aku bagi la kat hang! Tu lah,masa kecik-kecik suka sangat minum air perisa semut. Bila besar,jadi pelupa…heii…Syukri,Syukri… apalah nak jadi dengan hang ni?” terkekeh-kekeh aku ketawa. Lepas juga aku nak kutuk hang! Ambik sebijik….

“ Ko nih, suka lah tu!!!kalau dah boleh membebel,ngalahkan mak aku je…huh! Bweekkk!!” Syukri menjelirkan lidahnya ke arahku dan melarikan pensel kepunyaanku. Syuk!!!!!!!geramnya aku!!!!

* * *

Petang itu seperti biasa aku turun riadah petang. Sudah menjadi kelaziman bagi para pelajar MRSM, petang WAJIB riadah! Kalau tak,nanti laju saja JPA ambik nama pelajar yang tak turun riadah petang…aku sekadar berjogging-jogging sekeliling maktab bersama-sama rakan-rakanku,Triple V…hehe! Namun aku agak terkejut,ketika aku melewati Pusat Pelajar, aku ternampak kelibat Syukri sedang berbual-bual dengan seorang pelajar perempuan…Nampak mesra betul…padahal,budak perempuan dari MRSM Merbok tu baru ja masuk maktab ni…Syukri pulak budak yang jenis pemalu,mana pulak dia nak bercakap sangat dengan budak-budak perempuan ni…tambah-tambah budak perempuan yang cantik dan comel….Zulaykha…Zulaykha tu boleh tahan lah orangnya! Lantak hang la Syukri oi…bila lagi hang nak ada girlfriend? Sebagai kawan, aku tak kisah…aku rasa aku patut sokong hang lagi!!!hehe…Aku menghampiri lantas menegurnya.

“ Hoi…hang buat apa?ooo…dok dating dengan Zue rupanya!!!!” aku ketawa ke arah Syukri.Zulaykha sekadar tertunduk malu.

“ Tak adalah,Opie. Zue berbual kosong je dengan Syuk nie… ” ujar Zulaykha kemudian. Eii….lembutnya suara! Tapi padanlah…orangnya pun lawa…sesuailah tu…hehe! Aku hanya tersenyum tawar. Syukri hanya mendiamkan dirinya.

“ Eh…tak palah. Hangpa sembang la ok? Syuk, aku jumpa hang kat kelas time prep malam nanti okay? Daa….” Aku melambai lantas segera beredar dari situ. Syuk, hang pandai no,dalam kelas tak dak pulak hang nak cover-cover malu depan aku…haha! Aku ketawa sendirian.

“ Oit, hang tak jelous ka tengok Syuk dok menyembang dengan Zue tu? Lain macam ja aku tengok… aku tau,mesti hang terasa kan? Yalah,Syuk tu kan boyfriend hang. Hang tak payah nak tipu aku lah,aku tengok muka hang pun dah lain…hehe!” usik Fathin kepadaku.Aku ketawa mendengar Fathin berkata sedemikian. Jelous? Perkataan yang tak pernah wujud dalam kamus persahabatan antara aku dan Syukri.

“ Hang ni,Fathin. Pandai-pandai ja kata aku jelous tengok depa tu tadi. Wei, bila tahun pulak Syuk tu jadi boyfriend aku? Bestfriend aku adalah!tok sah dok mengarut… haha! Biar la kat depa dua orang tu,sesuai apa! Syuk punya taste aku tau la macam mana. Aku dok kawan dengan dia dalam kelas, aku tau perempuan type macam mana yang dia berkenan. Gila la dia kalau perempuan kasar macam aku ni dia nak buat girlfriend…buat lawak sungguhlah hang ni!” aku menepuk bahu Fathin.

“ Woi,hang ni kasar betullah!! Kot ya pun nak tampar belakang aku,pelan-pelan la sikit…Sakit tau dak?!” marah Fathin.

“ Haa… baru hang tau! Aku saja ja nak test kat hang. Biar hang nampak lagi clear perbezaan yang terang lagi nyata antara aku dengan Zulaykha…hehe! ” ujarku kemudian.
“ Jomlah masuk.Dah pukul 6.15 ni, kang lambat pulak turun Dewan Makan…Aku dah lapar tahap dewa dah ni!!!” Aku menarik tangan Fathin supaya dia lebih cepat berjogging dan masuk ke dalam kawasan asrama. Dalam perjalanan pulang ke bilik,hatiku berkata-kata sendirian. Cemburukah aku?ah… tapi tak mungkin,mungkin cuma perasaan aku saja yang dok fikir bukan-bukan. Syukri...namun aku berasa sesuatu yang aneh sedang bermaharajalela dalam lubuk hatiku. Aku rasakan,apa yang aku takuti selama ini sedang berlaku ke atas diriku sekarang. Aku cukup takutkan,perasaan sayang seorang sahabat terhadapmu akan bertukar menjadi kasih yang melibatkan perasaan yang lebih mendalam,atau lebih tepat lagi perasaan CINTA…

Aku membuang fikiran seperti itu jauh-jauh. Tak ingin aku memikirkan kemungkinan perkara sebegitu terjadi. Aku sekadar ingin menjadikan dia sebagai temanku yang paling karib.ya…sekadar itu sahaja. Dan tidak akan pernah sesekalipun,
aku akan mengkhianati prinsip yang menjadi pegangan hidupku. Tak akan…
 
Images by Freepik