menarik tak tajuk entri kali ni? cakap menarik cepat! muehehehe!
well bismillahirrahmannirrahim...
terasa nak menulis entri meluahkan perasaan sikit. memandangkan people keep asking.
dan some of the blog viewers...blog readers..blog stalkers..(opss.. ade jugak ke??) pun bertanya...
KENAPA KAKAK PUNYA ENTRI DULU BANYAK CERITA PASAL DENTISTRY?
NOW KAKAK AMIK MEDIC?
phewww..tarik nafas dalam-dalam..panjang-panjang before nak mulakan cerita.
baiklah.
alkisahnya 3 tahun dahulu... sewaktu menghadirkan diri ke temuduga Program Ijazah Luar Negara (PILN 2009) di bawah tajaan MARA. ya.. 18 April 2009. itulah tarikh keramat saya ke Bangunan MARA di Jalan Raja Laut untuk menghadiri temuduga kursus Pergigian. pada asalnya saya memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pergigian. bukan nak kata really minat sangat..okay at that point mungkin lebih ke arah Dentistry berbanding Medicine.
dan Allhamdulillah.. dipendekkan cerita. saya berjaya dalam temuduga tersebut dan dihantar ke Kolej MARA Seremban selama dua tahun untuk program persediaan International Baccalaureate (IB) dan saya bakal dihantar ke Manipal University, India pada September 2011 mengikut perancangannya setelah selesai bergraduasi IB untuk menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pergigian dan Pembedahan (BDS- Bachelor of Dental Surgery) pada tahun 2016.
itu pada asalnya.
mengharungi fasa dan liku di Kolej MARA Seremban membuat program IB. ini antara tahun-tahun yang paling mencabar keimanan saya setakat ini. selama saya bernafas hampir 21 tahun di atas bumi ini. IB saya harungi.. TOK...CAS... EE saya siapkan dengan jerih payahnya.
ketika itu minda masih kekal dengan
D.E.N.T.I.S.T.R.Y.
1 Julai 2009- 25 Mei 2011.
saya berada di Kolej MARA Seremban menghabiskan pengajian saya.
sehingga tarikh 6 Julai 2011 mengubah hidup saya.
180 darjah.
pada tarikh tersebut. jam 2000. saya check result IB secara online.
saya pasti bahawa readers. terutama sekali mereka yang tahu tentang syarat untuk lepas terbang dengan tajaan MARA harus ada 35points untuk terbang ke luar negara.
apa result saya?
nah!
Allah dah tetapkan... hanya 32points rezeki saya bersama IB.
saya tidak ditakdirkan untuk fly bersama IB.
cuma satu point (33) saya dah boleh fly sebenarnya kerana pada tahun tersebut MARA merendahkan syarat dan memberi kelonggaran kepada pelajar IB jurusan Dentistry dan Medicine yang mempunyai 33points ke atas terbang ke luar negara manakala mereka yang mengikuti kursus Tindikan (Maths+Sc) di bawah program IB ini boleh terbang dengan 31points.
sedikit terkilan ketika itu.
namun saya redha.
rezeki saya cuma tiada bersama IB.
saya masih boleh mengejar cita-cita saya disini!
dan setelah itu..bermulalah episod mencari placement di dalam negeri.
MARA masih akan menaja saya, cuma saya harus mencari dan memohon sendiri placement. dan setelah confirm placement dengan universiti berkenaan, saya harus memberitahu kepada pihak MARA untuk melaksanakan perjanjian.
bermulalah siri menelefon yang tidak berkesudahan ke mana-mana sahaja universiti yang ada menerima kelayakan IB.
katakan ke mana sahaja saya tidak menelefon untuk memohon?
hampir ke semua tempat.
malangnya...placement Dentistry dalam Malaysia sangat terhad.
bukan saya tidak mahu apply di universiti awam..namun kontrak saya dengan MARA tidak membenarkan saya berbuat demikian. saya masih dibawah tajaannya.
saya cuma boleh memohon ke uninversiti swasta.... namun terhad juga kerana tidak semua universiti swasta menerima kelayakan IB dan paling penting.... tidak semua univeristi diiktraf oleh MARA untuk menghantar pelajar tajaan mereka ke sana.
saya juga tidak dibenarkan untuk membuat permohonan untuk menyambung ijazah ke tempat lain di luar negara, Mesir misalnya.
cuma di dalam negara.
what options left with me?
saya benar-benar terdesak placement ketika itu.
akhirnya setelah istikharah.... dan keputusan ini juga digalakkan oleh pihak penaja...
SAYA MENUKAR KOS DARI JURUSAN PERGIGIAN KE JURUSAN PERUBATAN.
kenapa?
hanya kos itu sahaja yang ditawarkan dan masih mempunyai ruang di dalam negara.
saya tidak ditakdirkan untuk Dentistry.
itu kesimpulan mudah.
dipendekkan kisah lagi...maka saya berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS). selamat dan sah menjadi salah seorang daripada warganya bermula dari 5 September 2011.
memang sukar, meskipun cabangnya tidak jauh daripada Dentistry.. keputusan untuk beralih kepada bidang perubatan ini ,hampir separuh dari jiwa saya bergejolak. pada hakikatnya... saya sehingga kini masih mencari atmosfera untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan yang bagi saya agak mendadak ini.
sudah hampir setahun berlalu..and now I'm surviving.
saya juga bakal tamat tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di CUCMS ini.
ada baki 4 tahun pengajian lagi yang perlu saya tempuhi dan habiskan.
komen saya setakat ini?
SAYA MASIH BOLEH COPE DENGAN SUASANA DI MEDICAL SCHOOL (yang dimomokkan sebagai susah kerana medik ini susah..bak kata orang)...HASIL DARI DERAAN MENTAL YANG SAYA PEROLEHI SEMASA SAYA BERSAMA IB.
saya masih merasakan IB itu yang dahsyat sebenarnya.
well..setakat ini je yang saya mampu komen..sebab saya belum melangkah ke tahun 2..3..4..dan seterusnya dalam MBBS.
inilah jalan saya.
bekas pengimpi ijazah BDS, yang telah bertukar menjadi bakal penggengam ijazah MBBS.
Insya-Allah.
buat adik-adik yang bakal ditemuduga atau bercita-cita mengambil IB...
nasihat ini khas saya tujukan buat kalian.
"be yourself. itu sahaja tips untuk ditemuduga. IB tu bukannya susah, ianya cuma mencabar kredibiliti dan mengajar anda tentang kehidupan. and seriously..it prepares you of your future world ahead. Don't be afraid of failing..or not flying off..takut sebab bila buat IB ni jadi sebab kenapa tak dapat fly.. flying isn't everything.. betulkan niat.kenapa anda nak berhijrah menuntut ilmu, bukannya dibuai keseronokan untuk mendapatkan tiket kapal terbang dan melanjutkan pelajaran disana yang perlu adik-adik ambil kira..tetapi...ijazah yang bakal kalian genggam dalam tangan kalian.
rezeki itu juga menjadi penentu dimana anda berpijak di bumi Allah ini. saya tidak akan pernah sesekali mengatakan..jangan jadi seperti saya... saya dulu malas belajar, sebab itu tak score, tak dapat terbang bersama kawan-kawan sekelas... tidak. saya masih bangga kerana saya masih berjaya menyelesaikan program Ib saya, menyelesaikan segala assigments IB yang saya perlu buat dan paling penting saya masih mendapat Diploma IB yang dikitiraf oleh IBO. cuma di saat saya terjatuh itu, Allah tarik sebentar nikmat yang menjadi idaman saya, yang menjadi impian saya.saya mahu terbang suatu ketika dahulu. namun kini tidak lagi... saya kira ini ujian rahmatNya ke atas saya. mungkin ada silapnya saya dahulu, yang membuatkan saya tidak ulanginya lagi setelah saya menginjak ke tahun pertama ijazah saya."
orang pandai tak semuanya berjaya..kalau dia tak pandai ambil peluang.
ingat tu.
sekian. bersambung dalam entri seterusnya.
:)
salam sayang buat kalian pembaca yang dicintai.
Showing posts with label lillahi taala.. Show all posts
Showing posts with label lillahi taala.. Show all posts
Thursday, April 19, 2012
Monday, October 24, 2011
see. i told you.
dah cakap dah
kalau Allah sendiri yang plan nak hantar saya ke CUCMS ni
Dia sendiri akan mudahkan jalannya.
buku rujukan.
faham ajelah kan buku rujukan for medic student ni tebal-tebal and mahal gila kalau nak beli yang baru kan?
i guess Allah dah send seorang hamba Allah ni yang saya tak kenal sangat pun siapa, sekadar kenal kat surau lepas solat. 4th year student and tiba-tiba offer nak bagi buku rujukan dia.
banyak pulak tu, dan kakak tu cakap bayarlah awak nak bayar berapa pun.
kalau nak ikutkan, buku-buku tu mana lah saya mampu nak beli serentak. mau habis empat-lima ratus gak tu.
tapi kakak tu boleh baik hati, bayar je awak rasa nak bayar berapa.
*nanges terharu*
Allah, thank you.
You make it easier when life gets hard and tougher day by day.
:)
حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا حَيْوَةُ أَخْبَرَنِي بَكْرُ بْنُ عَمْرٍو أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ هُبَيْرَةَ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ أَبَا تَمِيمٍ الْجَيْشَانِيَّ يَقُولُ سَمِعَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا (رواه أحمد)
Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rizki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rizki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).
Allah berfirman (QS. 65:3):
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Labels:
cucms,
life,
lillahi taala.
Monday, July 18, 2011
2 in 1 = nikmat dalam ujian. ujian dalam nikmat.
Allah takkan uji kita lebih dari kadar kemampuan kita. apa tafsirannya? Allah akan uji bila Dia mahu berikan kekuatan. Mampu dan Kekuatan. Itulah dua kunci utama apabila Allah SWT mahu memberikan sebarang ujian. Saya masih kadangkala kurang mengerti tatkala frasa itu menerjah minda untuk mengasak pemikiran ketika itu.
Setelah saya perhatikan dari sebahagian sudut, saya ternampak sesuatu yang menarik dalam siri ujian yang Allah timpakan buat kita hambaNya.
Allah menguji ‘kemampuan’ kita itu dalam konteks KELEBIHAN yang kita ada.
Teringat saya pada kisah Nabi Yusuf a.s, Allah mengurniakan baginda dengan ketampanan rupa paras yang sangat luar biasa. Lalu, baginda diuji dengan fitnah dari Zulaikha ketika itu. Gara-gara apa? Bukankah semuanya kerana ketampanannya?
Lihat pula kisah Muhammad Rasulullah SAW, saya paling tertarik untuk menyerlahkan peribadi baginda yang sangat dipercayai oleh seluruh masyarakat Arab Mekah ketika itu sebelum Baginda membawa sinar Islam. Namun apabila Rasulullah telah diperintahkan untuk menybarluaskan Islam ketika itu, Nabi dituduh sebagai pendusta. Ke mana hilangnya gelaran al-Amin yang didukung oleh mereka terhadap nabi sebelum ini?
Lihat, Allah itu tidak pernah kejam apabila menguji hambaNya. Kadar kemampuan kita sendiri yang diuji itu adalah melalui kekuatan kita. Hanya sisi kekuatan kita yang kerap teruji! Jadi mengapa keluhan berat harus dilepaskan tatkala berdepan dengan sesuatu mehnah ujian? Kekuatan yang teruji itu mahu menutupi ruang kelemahan sekaligus memperkuat apa yang kita tidak pernah sangkakan terjadi dalam hidup kita.
Apabila mengharungi ujian, Dia titipkan bersama kekuatan. Sehinggakan kita tidak pernah sedar bahawa kita telah berjaya mengharunginya, sedangkan kekuatan itu muncul entah dari mana. Ujian untuk melahirkan kesyukuran, menikmati setiap inci kurniaan yang telah diberikan dan sejauh mana kita mampu untuk bertahan dan menggunakannya supaya tidak pernah kita merasa keluh-kesah dengan ujian tersebut.
Apabila sesuatu yang kita rancangkan tidak menjadi, tiada juga sebarang petanda untuk keluar dari sebarang masalah yang mendatang barangkali sudut ini seringkali buat kita terlepas pandang. Pernahkah kita terasa begitu teruja untuk mengetahui ‘perancangan’ Allah buat kita apabila rancangan yang kita rencanakan itu sudah beralih? Ini juga satu ujian.
Kebanyakan daripada kita enggan ‘berganjak’ dari jalan yang sudah kita mahukan, hingga terlupa laluan alternatif lain yang Allah sudah sediakan buat kita. Kita ‘terlupa’ seketika kenyataan bahawa Dialah sebaik-baik perancang buat kita. Kita terlalu sedih apabila rancangan itu tidak menjadi, hingga mengabaikan kunci utama dalam mengharung ujian iaitu terus tetap berusaha tidak kiralah sama ada imbalannya itu sama seperti bentuk yang kita harapkan ataupun ianya datang dari arah ataupun bentuk yang lain. Namun satu yang tetap pasti, Allah tidak pernah gagal memberikan senyuman kepada kita meskipun mengharung ujian itu sesuatu yang mungkin lebih sukar dari apa yang disangka.
Ujian itu peningkat darjat. Analogi mudah seperti seorang murid yang menduduki ujian untuk menilai prestasi dirinya, untuk melayakkan dia melangkah ke tingkat seterusnya dalam proses pembelajaran. Begitu jugalah kita. Ujian itu perlu untuk menilai prestasi iman dalam diri kita, tiket wajib sebelum memasuki fasa hidup yang lebih sukar dan mencabar dalam hidup. Hidup ini adalah madrasah untuk belajar dan mencari ilmu untuk memperkukuhkan ketahanan diri dalam mempersiapkan hati yang cekal dan benar-benar layak sebelum dikira sebagai sebahagian daripada kalangan hamba yang beriman.
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Al-Ankabut : 2)
“ Jangan pernah bersedih apabila ditimpakan dengan sesuatu ujian kerana demikianlah hidup ini diciptakan…
- Imam As-Syafie.”
Sunday, June 26, 2011
Baitul Muslim dan Hakikat Persepsi yang Klise.
siang tadi, ke pejabat IKRAM Penang. ada daurah muayyid.
pertama kali daurah digabung antara ikhwan dan akhwat lebih kurang seramai 100 orang dari seluruh Kedah, Pulau Pinang dan juga Perlis.
masyaAllah.
dan disini juga saya berkesempatan bertemu semula dengan seorang sahabat yang hampir 10 tahun tidak ketemu.
akhirnya jalan dakwah dan tarbiyyah menemukan kami kembali.
baiklah, apa isu yang saya ingin tuliskan ialah berkaitan Baitul Muslim (BM). saya pasti isu ini agak popular dibincangkan antara Ikhwan mahupun Akhawat. tidak kiralah dalam mana-mana jemaah sekalipun.
saya tersenyum kecil. isu ini agak panas untuk diperkatakan. tetapi menarik juga.
di awal slot lagi kami telah diterjah, apa pemahaman kami tentang BM pada persepsi awal sebelum kupasan bermula.
banyak antara peserta mampu menghurai dengan baik definisi BM pada pandangan mereka secara kasar. saya juga sependapat dengan mereka ketika itu.
BM adalah salah satu tingkatan dalam Murratib Amal (MA) demi mencapai Ustiazatul Alam (UA). tanggungjawab untuk membina BM sama sahaja seperti membina Individu Muslim (IM). dalam MA, IM datang terlebih dahulu sebelum BM.
persepsi awal saya.BM hanya akan dicapai apabila mana sebuah keluarga yang didasarkan pada dakwah dan tarbiyah dibina antara seorang Ikhwan dan Akhawat. itulah pandangan saya secara amnya. gara-gara saya tahu akan firman Allah dalam surah an-Nur (24:26). fair and square. perempuan baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.
muncul pula soalan dari Ustaz yang memberi ceramah." apakah BM hanya akan dicapai apabila mana sebuah keluarga yang didasarkan pada dakwah dan tarbiyah, lillahi Taala dibina antara seorang Ikhwan dan Akhawat?"
saya menggaru kepala. minda mula dijentik untuk bekerja. mula menaksir semula maksud setiap lontaran kata-kata Ustaz yang merupakan satu bentuk provokasi.
kata Imam Hassan Al Banna, BM adalah merupakan satu bentuk takwin (pembinaan). ia adalah suatu proses. maksudnya BM perlu dibina, dengan menghayati 10 ciri Muwassafat Taribyah (MT). dan pastinya apabila ia melibatkan proses, ia memakan masa.
apa yang saya faham, paling asas yang Imam Hassan cuba sampaikan, Baitul Muslim itu tidak sekadar hanya dinikmati oleh para Ikhwan dan Akhawat yang mendrikan rumahtangga sesama mereka, ia boleh di nikmati oleh semua orang yang berkeluarga kerana syarat pembentukan BM ini,paling tidak pun harus ada pasangan yang menghormati fikrah.
maksudnya, tidak semestinya pasangan yang mendirikan BM itu haruslah kedua-duanya seorang daie. ya, kalau kedua-duanya adalah seorang daie maka sama-samalah memikul beban dakwah. itu yang paling baik. namun jika salah seorang daripadanya bukan dari kalangan dua't, seharusnya mereka ini tidak menjadi penghalang ,apatah lagi penentang kepada perjuangan dakwah yang dilakukan oleh pasangan mereka yang berjuang untuk mendapatkan sebenar-benar BM. mereka harus menyokong ke arah itu. ini yang paling asas.
kedua, dalam pembinaan BM juga harus menerapkan penjagaan adab Islam dalam kehidupan seharian berumah tangga, terhadap anak-anak khususnya. sebagai contoh, menyemai budaya Islam yang sebenarnya di dalam rumah tangga, seperti contoh adab pergaulan tetamu antara lelaki dan perempuan haruslah diasingkan. rumah haruslah kemas dan menjaga kebersihan. budaya kebersihan ini menjadi sebahagian daripada 10 ciri MT yang harus mantap dalam diri setiap IM. IM inilah yang akan membina BM kelak. maksud saya, kemantapan untuk mempertingkatkan kualiti MT itu yang harus dilakukan oleh pasangan yang ingin mendirikan BM yang mantap. tidak kiralah dia dari kalangan dua't mahupun tidak.
saya tercengang. tidak pernah menyangka bahawa konteks BM itu terlalu luas malah melangkau sempadan persepsi saya ketika itu.
ketiga, Imam Hassan Al Banna berkata : HUSNU IKHTIARI AZZAUJAH. memilih isteri yang baik itu terletak pada tangan suami. bermakna, kriteria dalam memilih pasangan yang soleh/solehah. penekanan lebih diberikan kepada Ikhwan, kerana mereka yang hendak mencari bakal zaujah mereka. buat para Akhwat, tidak salah juga untuk memilih, kerana anda juga berhak untuk menentukan siapa yang bakal menjadi Imam buat anda kelak. persoalannya, apa kriteria soleh/solehah itu?
buat para Ikhwan, asalkan mereka dapat melaksanakan hak-hak isteri dan membimbing supaya isteri boleh menjalankan tanggungjawab mereka, itu sudah memadai. itu sahaja. sekali imbas, saya boleh tafsirkan, untuk mencapai target itu tidak semestinya sang isteri harus datang dari kalangan Akhawat dan dua't, bukan?
muncul pula dibenak saya ketika itu, bagaimana pula situasi sekarang di mana jumlah Akhwat lebih ramai daripada Ikhwan dan adakah kemungkinan poligami itu adalah solusi terbaik dalam pembentukan BM?
saya juga terfikir, adakah Akhwat yang bertemu jodoh dengan pasangan yang bukan dari kalangan dua't, akan ada kemungkinan untuk tidak dapat aktif dalam dakwah dan tarbiyyah selepas mendirikan rumah tangga?
jawapan yang dapat saya simpulkan daripada Ustaz apabila soalan ini diutarakan : TIDAK SEMESTINYA SEORANG AKHWAT YANG BERKAHWIN DENGAN SEORANG LELAKI YANG BUKAN DARI KALANGAN DUAT TIDAK BOLEH MENCAPAI BAITUL MUSLIM DALAM RUMAH TANGGANYA.
keempat, bab berkaitan dengan pendidikan awal awal anak-anak. keberkesanan tarbiyyah itu kepada khadam (pembantu rumah). al maklumlah, sekarang dah ramai Akhwat yang bekerjaya dan berjawatan. sang suami harus memastikan nilai 10 ciri MT turut dihayati bersama oleh pembantu rumah, yang akan mencorakkan dan mewarnai seluruh suasana rumah yang ingin mencapai BM. boleh juga ajak pembantu rumah solat berjemaah, berusrah bersama. dan memastikan perkara tersebut diterapkan kepada anak-anak meskipun saat itu kedua suami isteri tidak berada di rumah. namun suasana BM itu tetap ada kerana sudah diimplimentasi sejak dari awal.
kelima, BM itu medan dakwah yang HAKIKI. untuk saya mudahkan pemahaman pembaca, seorang Ikhwan yang ingin mencapai BM dalam rumah tanggganya harus sedar antara keadilan dalam menguruskan masa dengan keluarga serta tuntutan untuk keluar berprogram. keluarga itu adalah mad'u yang paling terdekat. andaikata sahaja para Ikhwan gagal untuk mempertahankan budaya usrah dalam keluarga sendiri, apa lagi mahu untuk terus mantap berprogram dan menguruskan mad'u yang lebih besar? bak kata Ustaz, mutarobbi yang kita usrah waktu berprogram itu yang kita makan satu talam, satu kumpulan kita takkan boleh mantap andaikata mutarobbi yang lebih dekat, yang tidur sebilik dengan kita itu diabaikan langsung.
tidak semua manusia boleh ditakwinkan, kerana fikrahnya berbeza pada hakikatnya. namun satu yang harus dilakukan, tidak kira sama ada kedua-dua suami isteri adalah dari kalangan dua't mahupun tidak, haruslah dipastikan supaya keluarga tersebut paling tidak, tetap berada dalam jalan tarbiyah dan dakwah.
keenam, rumah tangga itu menjadi nukleus/ pusat dakwah untuk orang sekeliling contohi.
ketujuh, melatih keluarga untuk terus mampu ada survival dalam apa-apa jua keadaan yang mendesak.
KENAPA PEMBINAAN BAITUL MUSLIM INI PENTING?
- untuk ada penyokong untuk saling memberi sokongan terhadap usaha dakwah. sokongan itu dalam bentuk yang pelbagai. mungkin kepada pasangan dai'e, saling bertukar pandangan dalam membincangkan masalah ataupun isu yang berlaku dalam tuntutan kerja dakwah masing-masing boleh dilakukan. untuk pasangan yang bukan daripada kalangan dua't itu juga boleh saling menjadi pendengar masalah. sekadar pendengar, itu rasanya sudah cukup untuk membuktikan bahawa ada lahirnya sifat untuk menyenangkan hati pasangan meskipun tidak terjun ke dalam medan dakwah secara total.
- memastikan kelangsungan dakwah dengan melahirkan lebih banyak generasi Islam yang benar-benar mantap dan teguh pengisiannya demi mencapai Masyarakt Muslim (MM).
BAGAIMANA MAHU MEMENUHI TUNTUTAN BAITUL MUSLIM?
- merancang masa depan anak-anak. baik dari segi pendidikan rohaninya ataupun jasmani itulah teras utama yang harus diberi penekanan.
- menentukan persekitaran yang terbaik dalam proses kanak-kanak membesar. persekitaran yang baik juga memberi impak kepada cara pergaulan serta sifat anak-anak itu tersebut nanti.
-LIQO' BERSAMA ISTERI ( i love this part)
- paling penting : MERAIKAN FITRAH SUAMI/ISTERI.
suami juga tetap lelaki tidak kiralah betapa hebatnya dia dalam kalangan Ikhwan, sama juga seperti si isteri, tidak kiralah bagaimana mantap sekalipun dia dalam berprogram, dia tetap seorang wanita. mereka ini yang mahu diberi layanan dan hak sama seperti wanita dan lelaki normal yang lain.
akhirul kalam, saya minta supaya anda tahu apa yang anda cari dalam perjuangan anda dalam membina BM. BM itu luas konteksnya, seperti yang saya katakan tadi, tidak terkekang hanya kepada kumpulan Ikhwan dan Akhwat sahaja yang mampu melaksanakan tuntutan BM itu. malah, BM mampu dibina antara seorang dai'e dan sesiapa pun mereka yang bukan daripada kalangan dua't. niat harus diperbetulkan, objektif harus diperjelaskan. kelangsungan dakwah dan tarbiyyah itulah motif utamanya. methodnya mungkin pelbagai, variasikanlah dan sesuaikan dengan fitrah andai dan pasangan. andaikata semua IM mampu sedar, membina BM ini bukanlah sekadar terhad dan ekslusif buat golongan para dua't Ikhwan dan Akhwat, tentu sahaja mudah untuk kita menuju ke tangga MA yang seterusnya. InsyaAllah! Takbir!

GLOSARI:
1. muayyid = salah satu cabang dalam Manhaj Tarbiyah. Manhaj Tarbiyah adalah alat tarbawi dan takwini untuk mendekatkan anggota-anggota dengan fikrah dan jama'ah, serta membentuk mereka bagi mencapai matlamat tertentu.
2. Ikhwan = ahli jemaah lelaki.
3. Akhwat = ahli jemaah perempuan.
4. Murratib Amal = memperjelaskan kepada kita akan keutamaan di dalam melaksanakan amal.
5. Ustiazatul Alam = tingkat tertinggi dalam Murratib Amal. mencakupi pengamalan syariat islam itu tersebar luas ke seluruh dunia, lebih luas daripada empayar.
6. Baitul Muslim = tingkat kedua dalam Murratib Amal
7. Individu Muslim = tingkat pertama dalam Murratib Amal.
8. Muwasaffat Tarbiyyah = membincangkan tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang muslim.Ia dipopularkan oleh Hassan Al-Banna sendiri, pengasas ikhwanul muslimin,satu pertubuhan yang menjadi rujukan utama jemaah-jemaah lain di seluruh dunia.Methodologi atau kaedah tarbiyah yang digunakan oleh ikhwanul muslimin boleh dikatakan lengkap, mencakupi semua aspek kehidupan, agama,akidah,akhlak,fikrah,politik dan sebagainya.
9. Liqo' = perjumpaan.
10. Dua't = orang yang boleh menguasai orang lain. lebih merujuk kepada konteks seorang dai'e iaitu pendakwah.
11. takwin = proses/ pembinaan.
12. murobbi = individu yang mendidik; atau membimbing, pendidik; pembimbing.
13. mutarobbi = individu yang dididik oleh murobbi.
Tuesday, June 21, 2011
let the picture speaks.
USRAH ITU TAUTAN HATI.
Aziem Nadhirah Abdullah
Sharifah Nafisa Syed Alwi
Mizani Akmar Mohd Abidin
Nur Hidayah hanafi
Nabila Razali
Amilia Atiqah Amil
Siti Nur Syafiqah Supar
mood : demam KMS.
Labels:
a level,
ib,
kms,
life,
lillahi taala.,
love n friendship
leteran pendek.
nak mingle while you're single, tak salah. but behave lah.ikhtilat tetap kena jaga, orang ketiga memang kena ada so that dia pantau takde yang go against/go beyond the 'border'. jadi diri sendiri tak bermaksud you boleh buat sesuka hati yang you nak. tahu dan faham asas. benda-benda yang remeh yang orang selalu pertikaikan takpayah la nak berdebat sangat-sangat, nak2 pulak bab2 berfesyen itu ini, boleh ke tidak, halal n haram boleh ke tidak.sampai bila pun tak habis. tahu apa yang awak buat tu betul n salah, takkan lah common sense takde langsung kan...kalau taktau, rujuk dengan orang alim yang muktabar. bukan main redah je.
yang membezakan persahabatan dan cinta antara lelaki dan perempuan , cuma ada satu garisan border yang sangat halus. kalau agak xberani, jangan main2 dekat border tu. kalau nak main juga, mainlah, tapi kalau dah sedar sampai satu peringkat dah terlangkau border, undur jelah balik. jangan buat2 tak reti pulak. kalau dah sedar tapi still buat tak reti, lu pikirlah sendiri...
sekian.
dah penat nak bertekak.
dan tak larat nak menjawab isu remeh temeh yang nak dipertikaikan sangat-sangat.
Saturday, June 18, 2011
Wednesday, April 27, 2011
Allah tidak akan mensia-siakanku
Kadangkala dalam hidup kita tidak pernah sedar, Tuhan sudah melengkapkan hidup kita dengan benda-benda yang kita perlukan untuk jalani hidup dengan sempurna. Sebab Dia akan sentiasa berikan yang terbaik buat kita.
Sempurna vs terbaik?
Sempurna itu saya lihat dari sisi dari peri cukup atau tidak dalam sesuatu benda asas dalam hidup yang menjadi suatu keperluan, bukan dalam konteks kita dapat segalanya yang kita minta.
Terbaik? Benda yang kita perolehi itu pastinya sesuatu yang Allah sudah rancang untuk kita, dan Dia tahu itu ada adalah sebaik-baik perkara yang bersesuaian dengan fitrah diri kita. Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Seperti mana tidak pernah ada istilah kebetulan ataupun istilah bernasib baik dalam hidup. Segala sudah diatur rapi, hanya menunggu masa untuk ‘dilepaskan’ dari Loh Mahfuz dan mencorakkan hidup kita.
Hidup tetap ada pasang surutnya. Tetap ada kegembiraan walapun terselit duka. Allah juga telah berjanji, selepas kesusahan pasti kesenangan berpanjangan akan datang menghampiri. Untuk mengharungi, caranya juga Allah telah jelaskan. Solat dan sifat sabar itu penawarnya.
Syukur tingkatannya lebih tinggi dari tingkatan sabar. Berapa ramai manusia boleh bersabar? Tidak ramai. Apatah lagi yang mampu mengucap syukur, malah bilangan lebih sedikit. Apa erti syukur yang sebenarnya? Apabila kita redha dengan segala ujian yang datang menyinggah, itu adalah suatu bentuk kasih dan tarbiyyah Dia buat kita. Redha? Bila hati ini belajar mengucapkan syukur. Lebih cantik apabila diadun dengan tawakal dan kebergantungan sepenuhnya terhadap rahmat Allah yang tidak pernah surut datang menyirami kita setiap masa.
Rezeki Allah itu bertebaran di muka buminya yang luas, selagi ada rezeki buat kita maka usah gusar. Mengapa harus dikisahkan, dirisaukan tentang perkara yang belum pasti berlaku? Benar hidup itu suatu percaturan, tiada siapa yang mengetahui masa depan apa yang bakal berlaku. Namun bersedia dengan kejutan dalam hidup yang sudah ditentukan dan tetap istiqamah berusaha mencari redhaNya, suatu ketetapan yang perlu dilakukan sentiasa. Itu sahaja cara mengajar hati agar redha. Jangan pernah berhenti yakin dengan adanya rahmat Allah, tetap sentiasa akan ada laluan buat kita seandainya laluan target kita sudah beralih simpangnya, kerana Allah sudah membina ‘jalan yang lain’.
Terus usaha mencari redhaNya. kerana Allah melihat kepada hasil. balasan yang setimpal itu imbalannya. sama ada dalam bentuk yang sama seperti apa yang kita usahakan, mungkin juga balasan itu dalam bentuk lain yang tidak pernah kita sangka-sangka. yakinlah bahawa hidup ini diciptakan dengan indah, dan ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah kita mencapai apa yang sepatutnya yang terbaik dalam hidup kita. Ujian itu perlu sebelum melayakkan diri kita menerima imbalan yang pastinya tetap membuatkan hidup kita tenang dan dalam keredhaanNya.
Cukuplah Allah sebagai pelindungku.
Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar. Usah bersedih.
read this. i really admire this sister.
i love her spirit.
and i wish i could be strong like her.
just klik je.nurlisa afifah.
kolej mara seremban.
27 april 2011.
Saturday, March 26, 2011
dimanakah nilai comfort zone kita di mata Allah?
selepas solat berjemaah di bilik usrahmate, kami ada simple tazkirah session.
seorang sahabat berkongsi sepotong ayat al-quran.
*sebuah kisah sebenarnya...tapi...ada kaitan la dengan ayat al-quran tu*
surah al-araf . ayat 163-166.
pernah dengar kisah hari Sabbath?
okey ini versi yang saya share dari kakak naqibah saya:
rumusan ayat 163.
hari Sabbath ni hari bagi Bani Israel. hari ni memang diperuntukkan untuk mereka beribadah je pada Allah, dan mengenepikan urusan dunia. sebab pada asalnya , kaum Bani Israel ni, bagi alasan yang mereka tak sempat nak beribadah pada Allah disebabkan mereka terlalu sibuk bekerja. diorang ni duduk kat tepi laut, so pekerjaaan diorang menangkap ikan lah. jadi mereka minta pada Allah, satu hari khas untuk mereka beribadah pada Allah, which is hari Sabtu/ Sabbath. Allah makbulkan permintaan mereka namun Allah beri syarat yang mereka kena betul-betul ikut perintah Allah itu. mereka setuju pada mulanya.tapi....., since Allah nak uji orang-orang yang benar-benar patuh dan taat perintahNya, Allah jadikan hari Sabtu tulah hari yang paling banyak hasil tangkapan kat laut, tapi hari tersebut mereka tak dibenarkan untuk keluar bekerja melainkan beribadah kepada Allah.hari lain punya hasil tak sebanyak hari Sabbath tu.
tapi dah dasar sesetengah daripada mereka ni ingkar perintah Allah, konon nak mengelat lah. ada sebahagian daripada mereka malam Jumaat sebelum pagi Sabtu menjelma, ada yang pergi pasang jala lah... tembok penahan ikanlah *lebih kurang lah* in order walapun diorang tak turun ke laut, tapi diorang masih boleh dapat hasil tangkapan yang banyak. *mane aci, main tipu cmni kan? berani pulak tu mengelat-ngelat dengan Allah*
so daripada peristiwa ni...golongan kaum tu terpecah kepada tiga golongan iaitu :
1. golongan yang ingkar perintah Allah.
2. golongan yang menegah/melarang golongan yang ingkar tadi supaya jangan buat dah.
3. golongan yang xpuas hati/ kata kat golongan kedua macam ni : EH LANTAK LAH GOLONGAN PERTAMA TU NAK BUAT APA PUN, JANJI KITA TAK BUAT SUDAH. TAK PAYAH SIBUK2 NAK LARANG. NANTI DIORANG YANG AKAN DI AZAB. (ayat 164)
hehe...tahu lepas tu apa yang jadi?
Allah berfirman dalam ayat 165 seterusnya :
"Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingkatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka)."
point saya cuba highlight?
lihat, Allah stress out tentang balasan terhadap golongan pertama dan golongan kedua kan? macam mana dengan golongan ketiga pula?
Allah tak ada mention pun walaupun dalam ayat yang seterusnya. tak percaya?
okay lihat dalam ayat 166 :
"Maka setelah mereka berlaku sombong dan takbur (tidak mengambil endah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka : "Jadilah kamu kera yang hina."
ini stress out balasan kepasa golongan kedua jugak. jadi mana balasan untuk orang ketiga?????
Allah tak ada mention pun dalam al-Quran. sebagai mana yang kita tahu, al-Quran ni kalam Allah. apa isi yang terdapat didalamnya semuanya penting untuk kita bukan? jadi kalah tak ada sebut pasal golongan kertiga tu, apa maknanya?
MAKNANYA : TAK ADA VALUE LANGSUNG PUN TERHADAP GOLONGAN KETIGA TERSEBUT! AT LEAST, KALAU BUAT BAIK ALLAH DAH STATE APA BALASANNYA, BEGITU JUGA SEBALIKNYA UNTUK PERBUATAN JAHAT...NAMUN UNTUK GOLONGAN YANG ALLAH TAK MENTION DALAM AL-QURAN NI...DI MANA KEDUDUKAN MEREKA???? APA BALASAN YANG SETIMPAL DENGAN APA YANG MEREKA TELAH KERJAKAN??
cuba refleksi balik diri kita. aplikasi balik dengan keadaan kita zaman sekarang. KEBANYAKAN ANTARA KITA SEDANG ATAUPUN SUDAH MENJADI GOLONGAN KETIGA TERSEBUT.
kenapa saya katakan demikian???
LIHATLAH PADA HARI INI, BILA DATANGNYA GOLONGAN YANG MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN, DIPERLEKEH-LEKEHKANNYA GOLONGAN INI. SESETENGAH LEBIH SUKA BERPRINSIP " AKU TAK KACAU HIDUP KAU, JADI TAK PERLU KACAU HIDUP AKU". ADA PULA YANG BERKATA " KENAPA NAK SIBUK-SIBUK AJAK ORANG/SIBUK-SIBUK NAK NASIHAT ORANG, NANTI DITUDUH JAGA TEPI KAIN ORANG".
kita lupa untuk berpesan-pesan kepada kebaikan.
lupa untuk berpesan-pesan kepada kebenaran.
maka rugi lah kita!
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"
(Al-Asr, 113 : 1-3)
sesetengah daripada kita enggan keluar dari comfort zone kita. zon selesa. inilah yang saya maksudkan. menganggap diri tidak punyai kekuatan untuk menegur, gara-gara menuduh diri masih dangkal ilmu agama? ALASAN ITUKAH YANG MAHU DIGUNAKAN DIHADAPAN ALLAH NANTI???
tak berani mahu menegur sedangkan melihat kemungkaran berlaku di depan mata? maka cegahlah...apa anda tidak sedarkah anda sudah berada dalam golongan ke-3 ini andai anda masih duduk diam dan tidak berbuat apa-apa?? apa balasan anda nanti andai anda masih dudk berpeluk tubuh sahaja?? fikirkan!
عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ
Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman
(Hadis sahih riwayat Muslim)
aku tak punya kuasa. aku tak punya lisan untuk menegur. jadi aku mencegah dengan hati walaupun itu adalah selemah-lemah iman.
OH JADI INI ALASAN ANDA YA?
ketahuilah, bahawa semua tingkatan perbuatan itu BUKAN SUATU PILIHAN, namun ianya adalah TINGKATAN TINDAKAN PENCEGAHAN YANG HARUS KITA MULAKAN DARI YANG TERATAS. iaitu dengan kuasa, selepas itu dengan lisan...dan yang terakhir apabila nabi SAW *selawat ke atas baginda* bersabda cegah menggunakan hati itu merupakan selemah-lemah iman....itu adalah suatu bentuk sindiran kepada kita sebenarnya.... TAKKAN SELAMANYA NAK MENCEGAH DENGAN HATI???
bangkitlah wahai saudaraku! bangkitlah..sedarkan diri kita yang sedang berada dalam comfort zone ini. sampai bila lagi? baru nak sedar bila sudah sampai masa saling menunjalkan diri di padang Mahsyar nanti, kau mendakwa aku, aku mendakwa kau....sampai itu terjadi? sudah tidak ada gunanya....
UMAT NABI MUHAMMAD NI MULIA. ALLAH SENDIRI DAH BERFIRMAN DALAM SURAH ALI IMRAN AYAT 110.
“Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Kerana kamu menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah fasik…”
kita ni umat Muhammad yang terpilih untuk laksanakan kerja-kerja kenabian. Ramai orang tak sedar hakikat tu, tanggungjawab berdakwah tergalas di atas setiap bahu semua orang, selagi mana dia layak bergelar seorang muslim. Hinggakan Rasulullah sendiri pun pernah cakap ; “ Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat”.
meskipun sedikit, biarlah meninggalkan kesan. itu yang lebih penting.
fikirkan.
wallahu'alam.
Tuesday, March 8, 2011
hipokrit ke paksa diri berubah?
ini juga salah satu soalan yang agak popular ditujah bila seseorang itu mahu berubah.
"hek eleh, kau ni cakap je nak berubah. tudung tu dah makin labuh tapi perangai xelok macam tu jugak"
"ape guna kau sibuk2 nak berubah... ended up buat balik perangai lama"
"kalau berubah tu biarlah semua sekali berubah, pergi belajar agama. konon dah jadi lagi alim. jangan berubah separuh-separuh and sekerat-sekerat je. perangai tak tally dengan perubahan. NANTI APA PULA KATA ORANG "
ok. paused it right there.
NANTI APA PULA KATA ORANG????
ayat keramat ni especially dalam kalangan masyarakat Melayu kita yang digelar Islam ini cukup popular.
jadi timbul pula persoalan kedua:
BERUBAH SEBAB MANUSIA KE SEBAB ALLAH?
tahukah anda apabila berubah itu sangat payah?
namun untuk istiqamah dengan perubahan itu lebih payah sebenarnya?
(tu pasai la jarang orang nak berubah..bila fikir keadaan ni mungkin terjadi)
dan dengan mengeluarkan statement begitu juga adalah salah satu faktor terbesar mengapa manusia susah mahu berubah?
sebab apa?
sebab takut orang mengata~
BIMBANG DIGELAR HIPOKRIT
berubah vs. buat balik perangai lama?
adakah anda ingin mengklasifikasikan bahawa manusia yang berubah itu namun apabila terbit sekali sekala perangai buruknya sebelum dia berubah, itu sudah cukup untuk anda melabelkannya sebagai HIPOKRIT??
contohnya begini:
"kau tau minah tu, dulu sosial gila nak m**i , but now once berubah pakai tudung labuh, dah berstokin,. bajet alim lah kan...bab ikhtilat dengan lelaki still fail jugak. berubah mende camtuh? hipokrit gilaaaa~"
*wah2..ayat bukan main lagi kan?*
bagi saya,
one big applause saya ucapkan kepada sister tersebut kerana dia berani ambil 2 risiko. pertama, berani sebab mahu berubah. sudah menutup aurat dengan lebih sempurna. kedua, sebab risiko berubah adalah dengan ditempelak dengan ayat sedemikian.
well....kepada manusia yang melemparkan ayat sedemikian.
anda tahu tak bahawa orang yang ditempelak itu juga manusia biasa seperti anda?
tak lebih tak kurang,pemegang title hamba Allah di atas bumi ni.
kenapa nak kata dia hipokrit?
sedangkan jika anda claim bahawa dia hipokrit (read: hipokrit = munafik),
anda rasa dia ada kemahuan ke nak berubah sampai macam tu sekali?
orang yang nak berubah tu, of course at the first place dia tak hirau pun cakap-cakap orang if dia nak berubah.
which shows that, dia buat lillahi taala. bukan sebab manusia.
kalau sebab manusia pun, sebab manusia yang support dia.
support untuk jadi lebih baik, salahkah?
dan adakah anda rasa orang yang betul-betul hipokrit/ munafik tu nak berubah lillahi taala?
TIDAK SAMA SEKALI~
bukan senang tau nak berubah.totally 180 degree.
ANDA ADA KEBERANIAN YANG SAMA NAK BUAT MACAM APA YANG DIA DAH BUAT?
KALAU DIA BERUBAH SEBAB MANUSIA?
tak puas hati lagi?
ok fine, lets say memang dia berubah sebab manusia.
then perubahan dia tak kekal lama.
itu point yang anda nak cakapkan ye?
kadangkala untuk sesetengah perkara untuk berubah, intiation daripada manusia itu hanya sebagai wasilah (perantara) daripada ALLAH.
cara hidayah Allah nak sampai kepada seseorang manusia itu luas bukan?
manusia pun salah satu caranya.
mungkin mula-mula dia berubah sebab manusia, namun as time goes by perubahan ini perlu diseimbangkan dengan penambahbaikan ilmu di dalam dirinya. suapay perubahan itu menjadi lebih mantap.
anda dia ada ilmu....pasti niat itu akan shift setelah dia sedar, kepentingan untuk sentiasa memperbaharui niat lilahi taala.
andai dia berubah kerana manusia, setelah manusia itu pergi dia akan meninggalkan perubahan tersebut.
namun bagi mereka yang berubah kerana manusia kemudian DIPERBAHARUI niat tersebut kerana Allah, pastinya sekiranya tiada lagi insan berkenaan disisnya, dia masih mampu memacu perubahannya sendiri! malah lebih kuat!
apa yang saya mahu highlight : TINDAKAN UNTUK BERUBAH MESKIPUN DARIPADA MANUSIA PADA AWALNYA, NIAT ITU BOLEH BERTUKAR KERANA ALLAH.
HABIS KALAU DIA BETUL NAK BERUBAH, PESAL BATAS PERGAULAN DIA TAK JAGA?
analogi untuk kali ini.
anda pernah lihat baby tak?
tak kira lah baby cute ke. xcute ke...
daripada dia start meniarap, menyusur. testing angkat-angkat punggung nak start merangkak, then dia merangkak, try berpaut-paut nak berdiri, lepas tu dia nak mula bertatih sampai lah dia nak berjalan...
lama kan?
macam tu lah manusia yang nak berubah pun.
apa yang saya cuba nak sampaikan?
PERUBAHAN YANG BENAR-BENAR SEMPURNA PERLU MENGAMBIL MASA.
anda ingat mudah ke dari seorang perokok tegar tiba-tiba nak tinggalkan tabiat merokok?
paling kuat dia nak berubah pun, mesti dia stop slow2.
maksud slow2 = kurangkan jumlah batang rokok dari sehari ke sehari.
jarang la ada perokok yang boleh stop terus daripada hisap rokok.
hari ni cakap nak stop merokok, esoknya terus berhenti,
jaranglah kan nak jumpa orang macam tu?
so same goes here.
ingat senang ke perempuan yang anda claim tak jaga ikhtilat tu nak control perbuatannya?
mungkin dia dah cuba kurangkan, tetapi anda sebagai MANUSIA yang melihat....yang terang-terang pancaindera anda itu terbatas...
adakah anda tahu yang dia sudah cuba kurangkan perkara yang tidak sepatutnya dia lakukan?
anda memang tak nampak....
tapi pastinya Allah yang Maha Melihat itu tahu segalanya.
ternyata, itu urusannya antara dia dan Khaliqnya.
jadi, di mana anda?
anda bukan siapa-siapa pun yang layak menilai.
anda tidak melihat?
tidak mengapa, bukan urusan anda untuk melihat dan menghitung segala usaha tindakannya mahu berubah.
INGAT, PERUBAHAN YANG DAPAT DIZAHIRKAN ITU CUMA SUATU BONUS.
okay mungkin contoh-contoh perbuatan ikhtilat is bersembang perkara sia-sia dengan lelaki, duduk dekat-dekat dengan lelaki bukan muhrim, keluar dengan kawan lelaki tanpa urusan penting meskipun pergi dalam berkumpulan (campur lelaki dan perempuan), or berkomen benda-benda tak sepatutnya di FB...
*wah2..FB pun sangkut bab2 ikhtilat ni...*
mungkin dalam 4 benda yang say senaraikan ni, 2 benda dia still buat, tapi 2 benda lagi dia dah tinggalkan. or masih buat sikit-sikit. nanti lama-lama bila dia dah terbiasa dan selesa, dan makin sedar benda tu salah, fully benda tu akan completely change.
SYARATNYA : ANDA KENA BERI MASA DAN PELUANG.
tak mustahil juga bila sesekali perkara yang buruk itu terulang apabila berjaya transformasi secara sepenuhnya. biasalah manusia. tak ada yang sempurna. sebab tu kena minta keampunan Allah selalu. Nabi pun solat taubat sampai bengkak-bengkak kaki...
kita?
BETUL KE DIA BUAT PERUBAHAN TU LILLAHI TAALA?
ENTAH-ENTAH DIA BUAT TU SEBAB NAK DAPAT PUJIAN DARI ORANG. MEMANG LAH MULA2 DIA TAK KISAH APA ORANG NAK KUTUK DIA. LAMA-LAMA ORANG JADI KAGUM AND PUJI-PUJI DIA. KAN DAH TAK IKHLAS BERUBAH NAMANYA TU?
*hebat pulak ye kau nak bercakap soal ikhlas ke tak eh? tadi banned bukan main lagi*
oh ye, bercakap soal ikhlas nak berubah tau tidak. siapa kita nak menilai?
anda? saya? ataupun Allah?
soal dia ikhlas ke tak tu urusan dia dengan Allah.
and...
don't mention about 'entah2', 'kalau2'...
tu hasutan dah berbaur syaitan namanya.
cuba belajar husnuzhon (sangka baik) sikit.
siapa tahu dalam tak sedar, perubahan dia tu boleh initiate orang lain juga nak berubah.
meramaikan umat nak balik cari cinta Allah dan Rasul.
ikut syariat yang sebetulnya.
tak happy ke bagi pihak dia?
sekurang-kurangnya paling tidak pun dia dapat pahala.
anda?
:)
muhasabah sejenak. renung diri ke dalam kolam kebejatan masa lalu.
saya dan anda.
kolam siapa yang lebih keruh airnya?
keruh kerana diri terlalu banyak lumpur dosa yang bersisa?
salam alaik.
Monday, March 7, 2011
dare to be daring?
Do you see beauty created by the Hijab, the pink seductive shirt, or is it perhaps her piercing eyes that exist without the dogmas of culture?
terkejut?
hati dipagut rasa tidak puas hati?
marah mungkin?
saya cuma mahu mengajak mereka berfikir secara terbuka apabila melihat gambar ini. maksud saya 'terbuka' adalah, cara melihat sesuatu dan memberi pandangan serta cuba lari dari sifat suka mengkonklusi membuta tuli.
saya bukan mahu membina kamar provokasi. hanya cuba untuk mengajak keluar dari pemikiran stereotaip dan sifat suka mengklasifikasi tanpa melihat sudut pandangan yang lain.
baik, dari gambar yang anda lihat, saya pasti anda akan berasa marah kerana seolah2 islam 'dihina' apabila gadis itu berpakaian sedemikian rupa bukan? apologi, bukan maksud saya menghina agama kita yang suci ini. tidak dan tidak.
saya mahu highlight sudut pandangan golongan yang menganggap berhijab adalah satu bentuk 'opression' dalam kalangan sisters (muslimah). bertudung litup dan berniqab dianggap sebagai suatu bentuk ekstrimis, wanita tidak dibenarkan mengekspresi diri mereka dan menyerlahkan diri mereka. seolah2 berlaku gender biased dalam kes ini.
berlainan sekali dengan wanita barat. mereka bebas berpakaian apa sahaja yang mereka mahu untuk mengekspresi diri mereka dengan menggunakan pakaian sebagai medium utama. mereka menggunakan faktor tarikan seksual sebagai motif untuk menyerlahkan diri mereka.
persoalannya : ADAKAH DENGAN BERPAKAIAN SEKSI ITU MENARIK PERHATIAN ATAUPUN DENGAN BERHIJAB ITU LEBIH MENARIK PERHATIAN?
masih tidak nampak apa yang saya cuba sampaikan?
baik. lihat analogi ini. ada dua buah kotak. satu kotak yang lutsinar dan satu kotak lagi kotak yang dibalut dengan kertas hitam legap. kotak lutsinar : anda boleh nampak apa sahaja isi di dalamnya. cantik isi dalamannya mungkin membuatkan orang menatap kotak tersebut untuk beberapa ketika. anda isi dalaman tidak menarik perhatian, tidak cantik? malah munkgin orang akan tidak akan ambil kisah pun apa yang terkandung didalamnya. manakala kotak hitam legap yang dibalut rapi itu juga mempunyai isi didalamnya. anda ingin sekali mengetahui isi di dalamnya. hati dipanjat rasa inkuiri yang memuncak.tiba-tiba! hujung kotak hitam legap itu dikoyak sedikit balutannya. hati yang semakin dikecam rasa ingin tahu itu semakin menebal bukan?yang mana satukah yang membuatkan jiwa anda penasaran mahu mengetahui isi didalam kotak tersebut?
kotak hitam legap yang sudah sedikit terkoyak balutannya?
ATAU
kotak lutsinar tadi yang sudah kelihatan segala-galanya?
jawapan saya : pastilah kotak hitam yang dibalut tadi.bukan?
begitulah para sisters sekalian!
seperti mana manusia mengklasifikasikan cantik sebgai suatu yang subjektif. begitu juga tafsiran saya terhadap those yang claim bila berpakai terdedah sana sini dan memperlihatkan aurat anda kepada tontonan umum itu adalah seksi, cantik dan menarik perhatian. SEKSI ADALAH SUATU PERKARA YANG SUBJEKTIF JUGA.
cantik = menarik perhatian
menarik perhatian = seksi
seksi= cantik?
BAGI SAYA TIDAK.
kenapa saya berpandangan sedemikian?
ya. berpakaian seksi mungkin menunjukkan anda seorang yang menarik perhatian.
mungkin sekaligus memperlihatkan kecantikan anda.
namun bagi saya,
ANDA IBARAT KOTAK LUTSINAR TADI.
anda rasa berpakaian seksi itu suatu tarikan orang terhadap anda? fikirkan.
orang mungkin menganggap anda menarik perhatian kerana anda kelihatan cantik apabila berpakaian seksi.
orang akan stop dan stare dengan keseksian dan kecantikan anda. mungkin untuk sebentar cuma.
andai mereka sudah puas. mereka akan berlalu.
namun bagi yang tidak cantik dan berpakaian seksi pula bagaimana?
mungkin ada juga yang sudah tidak hiraukan anda berpakaian sebegitu...
mengapa?
SEBAB SEMUANYA SUDAH TERDEDAH.
SEMUANYA SUDAH KELIHATAN.
TIADA LAGI YANG MENJADI SUATU BENTUK' RAHSIA' YANG MAHU DISINGKAP.
namun bagi sesetengah sisters yang berniqab, bertudung labuh, melonggarkan pakaian dan sebagainya...
ANDA IBARAT KOTAK HITAM LEGAP YANG SEDIKIT TERKOYAK BALUTANNYA.
mengapa saya analogikan dengan kotak yang sudah terkoyak balutannya?
INI SAYA TUJUKAN KHAS BUAT MUSLIMAH YANG BERNIQAB.
kalian hanya memperlihatkan sebahagian daripada muka anda sahaja dan selebihnya ditutup rapi.
begitu juga muslimah yang menutup, menjaga kemaslahatan aurat anda.
dan cuma memperlihatkan apa yang patut dilihat sahaja.
saya pasti. (ini sekadar andaian saya sahaja)
sekiranya saya melihat kedua-dua perkara diatas.
saya akan mengklasikifasi muslimah yang menjaga aurat dan berniqab itu lebih 'seksi' sebenarnya.
saya lebih curious untuk tahu apa yang ada pada sister yang berniqab itu.
wajah disebalik niqabnya.
saya lebih ingin tahu apa yang ada di balik sister yang mengenakan jubah, berbaju longgar dan menutup sempurna tubuhnya.
tapi....
ibarat kotak yang begitu istimewa dan berharga...
JADI HANYA YANG BERHAK DAN ISTIMEWA SAHAJA YANG MAMPU MEMILIKINYA DAN MELIHATNYA.
berbalik kepada gambar wanita yang separuh melindungi wajahnya dan berbaju seksi kerana mendedahkan dadanya sebentar tadi....
dimana letaknya nilai 'seksi' dan 'cantik' itu pada anda?
DIMATANYA?
ATAU?
PADA TUBUHNYA YANG TERDEDAH ITU?
isu lain yang saya cuba timbulkan ialah, berniqab dan bertudung labuh itu bukan suatu bentuk penindasan. ia adalah kerana untuk memelihara ciri kewanitaan dan nilai muslimah itu sendiri sebenarnya. ANDA TERLALU BERNILAI. bukan juga berniqab dan mengenaikan pakaian yang berselubung itu sebagai simbolik Islam mengajar umatnya untuk bersikap tidak up-to-date dengan apa yang berlaku disekelilingnya...tetapi lebih kepada untuk menjaga 'sesuatu yang dianggap berharga' dan 'seksi' di balik selubungannya itu.
saya sudah luahkan apa yang termaktub dalam fakutli pemikiran saya.
anda pula bagaimana?

Sunday, March 6, 2011
bagaimana saya mendapat kekuatan untuk berubah?
soalan ini seringkali diajukan kepada saya sejak belakangan ini.
mungkin tatkala ini mata-mata mereka mula menyedari susuk ini melakukan perubahan.
saya bukan siapa-siapa di kolej.
bukan juga orang penting.
juga terkenal.oh tidak.
tiada kaitan langsung dengan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan saya boleh menjadi terkenal.
ya mungkin secara tidak sedar mereka menjadi pemerhati.
ya sekurang-kurangnya mereka masih menggunakan keupayaan pancaindera mereka untuk melihat.
ya mungkin juga mereka peka dan tidak membuta tulikan kehidupan yang seringkali bertembung dengan manusia yang pelbagai ragam.
ok..cut the craps.
back to the question just now.
saya pasti, ramai sekali diantara kita mahu melakukan perubahan. namun tiada daya (force) yang menggerakkan mereka untuk berubah. kebanyakan kita ada kesedaran, namun tiada tindakan yang dilakukan. sayang. seribu kali sayang.
persoalannya sekarang, dua benda sahaja yang saya mahu utarakan.
PERUBAHAN ITU PERLUKAN HIDAYAH DAN BELUM TIBA PADA MASANYA?
PERUBAHAN PERLUKAN KEKUATAN YANG SANGAT LUAR BIASA?
ada yang menganggap mereka tidak boleh berubah sedangkan mereka sudah ada kesedaran disebabkan oleh hidayah Allah belum sampai kepada mereka/ belum sampai seru/ belum tiba pada masanya lagi. tahukah anda saya juga pernah berfikiran seperti itu?
kekuatan yang sangat luar biasa..apa kaitannya?
ya memang. saya tidak nafikan. perubahan sesungguhnya memerlukan momentum yang sangat tinggi. selepas itu kita akan cenderung berfikir dengan tindakan kita selepas membuat perubahan. paling ketara adalah persoalan ini...
MAMPUKAN SAYA MAINTAIN (ISTIQAMAH) DENGAN PERUBAHAN SAYA?
ya,saya juga pernah terfikir begini suatu ketika dahulu.
selagi mana seseorang itu masih mempunyai iman di dalam hatinya, as one of the example to show that you still have your iman in yourself is ANDA TAKUT UNTUK MELAKUKAN DOSA dan ANDA SEDAR APA YANG ANDA BUAT ITU ADALAH SALAH... saya tetap yakin yang dia ada keinginan untuk berubah. namun apa kekuatan yang menyebabkan perubahan itu sebenarnya?
sedikit perkongsian pengalaman. saya dulu pernah teruk. lalai sebagai remaja yang nak mengenal erti hidup. saya pada ketika itu adalah manusia biasa yang mempunyai iman yang turun naik, biasalah tu. saya pun manusia. kadangkala terfikir bila nak berubah, sedangkan diri pada ketika itu terus-terusan melakukan kemungkaran.
ok, bukan nak kata saya ni jahat sangat.
namun mungkin dari segi pergaulan saya dengan lelaki, cara saya yang agak terbuka dan juga cara saya berpakaian. sempurna ataupun tidak. itu sahaja. dan bercouple. benda yang memang mostly remaja sekarang buat. saya pun begitu lah dulu. waktu tu, terfikir juga, bila nak berubah? soalan itu diulang dan diulang...namun kadang-kadang sahaja perasaan itu singgah dihati yang kadang-kadang sedar diri dah berdosa. namun kesilapan yang sama terus berulang.hinggalah diri menjejakkan diri ke KMS. ya. KMS lah turning pointnya. saya rasa kalau blogger yang membaca blog saya ni antara kalangan pelajar KMS juga, saya pasti anda tahu bagaimana biah (suasana) KMS ni bukan? apa yang buat saya berubah? segala perjalanan kehidupan berjalan seperti biasa, sehinggalah pada suatu hari...
tertera nama sebagai seorang naqibah bukanlah sesuatu yang menggembirakan pada semester 1.cuba mengikhlaskan hati sebaik mungkin namun ada saja halangan dan godaan yang membuatkan diri ini berpaling dari jalan yang mahu membimbing diri ke arah yang lebih baik.solat pun kadang-kadang sengaja dilewat-lewatkan...teruk bukan? Quran dah jarang dibaca. pergi surau solat berjemaah pun kadang-kadang je,even roomate ajak, tak terasa pun nk pegi.kehadiran dalam usrah di ringan-ringankan tiap-tiap minggu.study huru hara..asyik dengan lagha dunia...couple lagi...benda yang saya rasa tak boleh nak resist saat tu.menghabiskan duit mak ayah kirim setiap bulan.ya allah....berdosanya saya.
masuk semester 2,dapat result semester 1 punya exam...teruk sesangat!saya dah mula tersentak.hidup saya dah hanyut sejak dari semester lepas. saya nak patah balik, tapi saya tahu, benda tu tak mungkin akan terjadi kalau saya tak berubah. after that, i was dumped. clashed dengan boyfriend...that time, sumpah saya rasa sedih sangat, meraung mcm orang gila. tak boleh nak terima hakikat. dah la waktu tu baru lepas dapat result exam, huru hara gak la hidup sekejap. harapkan si dia ada untuk saya kongsi segala masalah study dan perasaan saya, dia malah tinggalkan saya tanpa alasan yang rasional.saya memang tak dapat nak terima!
hubungan dengan kawan-kawan pulak dah makin renggang, ada yg dah berubah.rasa tak tahu nak mengadu masalah kat siapa.dari situ, itu perkara kedua yang membuatkan saya tersentak lagi..bila saya nk berubah??? saya rasa kusut sangat-sangat....hari-hari menangis. depressed. saya nak berubah tapi masih rasa reluctant nak tinggalkan semua tu.
since the following week after that, saya cuba latih diri saya ke surau. macam mana sekalipun, saya nak disiplinkan diri saya supaya at least dalam sehari sekali saya kena solat berjemaah. alhamdulillah,dgn bantuan roomates yg sentiasa support waktu tu...i've manged to do that....Quran, saya kembali mencarimu. cari kekuatan dengan baca al-Quran. rasa ayat Quran tu adalah syifa yang terbaik untuk redakan segala kegundah-gulanaan hati ketika itu. back to the right track.saya rasa aman sangat bila dapat baca quran. tiap-tiap kali lepas solat jemaah, saya rasa tenang sangat-sangat...dalam saya tak sedar, saya dah boleh overcome perasaan frust saya lepas clash time tu..hebat kan kuasa bila kita dekat dengan Allah dan kalamullah?Allah tu maha mengetahui untuk setiap yang terjadi pada hambaNya....masya-Allah....saya sendiri pada mulanya hairan kenapa saya masuk sini tiba-tiba berubah?kejutan budaya agaknya...ended up, saya dah mula rasa selesa dengan perubahan yang sedikit demi sedkit yang saya dah buat ni.at least saya ada kemahuan nak berubah,walaupun pada mulanya saya seolah-olah memaksa diri untuk buat semua tu...
dalam 2,3 hari lepas tu,time tengok nama saya dah ada dalam naqibah list.diorang cakap nama tu dah finalised. saya terkejut sekali lagi.saya dapat rasakan after all yang dah berlaku,ini hikmah yang Allah nak berikan. clash dengan boyfriend,kena tinggal macam tu je,results exam yang teruk sesangat dan hubungan yang tak berapa baik dengan kawan-kawan...study yang tak bersistematik and kelalaian saya dan meyambil-lewakan perintah allah...Allah dah berikan saya satu ujian yang yang rasa, itulah titik tolak untuk saya kuat melakukan perubahan ini. untuk saya sedar kembali semua kesilapan yang telah saya buat...waktu attend TOT for nuqaba tahun lepas, ada ceramah ngn ustz. mohd khairi zainuddin. segala perkataan yang ustaz tu cakap,betul-betul buat saya rasa nak menangis.sebab seolah-olah,ustaz tu sedang tujukan apa yang dia cakap tu kat saya sorang jer~!saya bersyukur sangat-sangat...seolah-olah apa yang ustaz tu cakap...meleraikan kekusutan saya dan dilemma saya menjadi naqibah...insyaallah.
antara kata-kata ustaz tu yang paling terkesan kat hati saya,betul-betul menusuk perasaan saya bila dia kata...jadi naqibah/naqib ni saling sempurna-menyempurnai,which means perbaiki diri dan dalam masa yang sama menyeru orang lain melakukan kebaikan...kena ikhlas dalam beramal (lillahi taala) dan jgn takut untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang naqib/naqibah...pelaburan akhirat katanya.jawapan untuk kekusutan jiwa saya ketika itu terlerai apabila ustaz tersebut menyatakan,ALLAH MENGUJI KITA DALAM KADAR KEMAMPUAN KITA SENDIRI,DAN YANG DI UJI ITU ADALAH KELEBIHAN KITA SENDIRI.contohnya,nabi yusuf a.s diuji allah disebabkan ketampanan rupa parasnya..*mcm tu la lebih kurang*
lepas program tu, saya dah regain the new KHAIRUN NURLISA KAMAL in myself.rasa bersyukur,sangat-sangat.lepas apa yang dah terjadi...saya yakin Allah tunjukkan semua ni sebab Dia masih sayangkan saya. tak salah untuk kita berubah jadi lebih baik..cuma perkara yang saya takutkan, dalam kelancaran lidah saya menyampaikan nasihat/mentarbiahkan orang lain, saya tak mampu nak kawal diri saya daripada buat perkara-perkara yang tak elok....astaghfirullah...mudah-mudahan kita semua terhindar dari melakukan perkara sedemikian.sesungguhnya saya juga manusia yang tak terlepas melakukan dosa.namun bersegera bertaubat adalah jalan yang terbaik....
saya sedar jugak,betapa bertuahnya saya dalam jutaan hamba Allah...saya dipilih untuk menerima ujian..supaya saya tak terus sesat.thanks to akhi fahmi...dengan tazkirahnya,saya lebih yakin dan takkan berpatah balik dari apa yang saya dah buat sekarang.
jadi kenapa nak bertangguh lagi? oh ya lupa. ITU MEMANG SIKAP MANUSIA. SUKA BERTANGGUH. sebab itulah Allah dan kata "Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian". Ini bukan saya yang cakap. ini Allah yang kata dalam Quran, bukan?
PAKSA DIRI. itu mungkin first stage saya untuk mulakan semua ini. benar, saya menangis hampir setiap hari ketika mahu berubah dahulu. namun sedikit demi sedikit, transformasi ini secara sepenuhnya berjaya cuma berjaya dilihat dalam tempoh 10 bulan. ya 10 bulan. 10 bulan tu sangat lama bagi mereka yang ingin berubah. mungkin juga lebih sekejap.. mungkin juga lebih lama daripada itu. itu bergantung kepada kekuatan hati yang Allah dah bekalkan padanya.
selepas hampir setahun melakukan transformasi, saya sedar ramai yang bertanya. ramai juga yang sedar akan perubahan saya ini. ditanya mengapa? saya tiada jawapan yang exact yang boleh saya berikan. kata mereka, saya berubah 180 darjah. wallahualam, kalau benar begitu maka alhamdulillah, tugas saya sekarang adalah belajar bagaimana nak mantapkan diri yang sudah sedia dibentuk dan mahu berubah ini, supaya istiqamah dan pengislahan diri ini mampu memotivasikan orang-orang disekeliling saya yang punyai hasrat yang sama untuk berubah.
alhamdulillah, dari seorang gadis yang pernah suatu masa dahalu sangat anti dengan golongan bertudung labuh, saya kini salah seorang daripadanya. gadis yang jarang menyempurnakan auratnya dahulu kini sudah berubah ke arah gaya pemakaian muslimah yang sebenar. pergaulannya makin cuba dijaga, setelah dia faham dan belajar betapa tinggi benar nilai seorang muslimah itu di mata Allah sekiranya dia pandai menjaga dirinya.
pesan saya jangan berdalih. syaitan memang suka umat Muhammad yang suka memberi alasan ni. kalau 'tidak bersedia' ataupun ' belum sampai masanya itu' menjadi alasan pilihan, lihat semula diri anda. bila lagi mahu berubah? anda tahu bila sampai ajal anda? grab the opportunity selagi mana anda masih bernafas. andai hidayah dan kekuatan yang anda dakwa anda tidak ada untuk berubah, ketahuilah bahawa kekuatan itu sebenarnya harus dicari, bukan ditunggu.
bagaimana nak cari kekuatan itu?
dekatkan diri padanya. mulakan dengan solat berjemaah. cari rakan-rakan yang berilmu. pasti mereka sedia membantu, menghulurkan tangan seandainya mereka benar-benar memahami erti saudara yang sedang mencari kompas hidup. rasai setiap kecintaan Allah melalui ayat-ayatNya. bacalah Quran, lagi better quran terjemahan. sekurang-kurangnya anda faham dengan apa yang anda baca. dari dari situ, segala persoalan hidup anda akan terjawab. Allah juga dah kata, dengan mengingati Allah hati akan menjadi lebih tenang (Surah Ar-Ra'du ayat 28) jadi...mengapa harus disangkal lagi kebenaran yang sudah terhampar di depan mata?
methodologinya mungkin kedengaran sangat mudah : BACK TO QURAN AND HADITH. but i know its not that easy. langkah yang pertama tu memang sangat susah nak buat, namun lama-kelamaan, anda akan terbiasa dengannya.
mohonlah kekuatan itu daripada Allah. kadangkala kita tak berani ambil tindakan untuk berubah sebab kita takut kita tak kuat/tak berjaya istiqamah dengan perubahan tu. jangan bertapi-tapi lagi. sebenarnya, Allah tu tahu kita boleh buat, cuma kita berani ke tak nak ambil risiko dan buat perkara yang dia dah takdirkan untuk kita. perancangan Allah tu tepat dan teliti. dan Dia uji tak lebih dari kadar kemampuan kita.
picture credit to Hatim Ahmad
maka, dalam sesetengah perkara tu, lakukan sahaja. walaupun tanpa kerelaan. kerana keikhlasan dan kerelaan hati tu tidak berkadaran pun, siapa boleh measure tahap keikhlasan hati kita? kita sendiri pun tak tahu kadang-kadang sesetengah perkara yang kita lakukan itu sama ada kita benar-benar ikhlas lillahi taala ataupun tidak. hanya Allah je yang tahu. insyaAllah, Dia akan permudahkan jalan kita untuk mencari cintaNya. sebab hati kita pun, Dia yang pegang. jangan lupa tu. jadi... mohonlah padanya selalu, Allah suka mendengar rintihan suara hamba-hambaNya.
bila anda dah sedar, what is your purpose of life, cuba keluar dan tengok sisi dunia yang semakin menyedihkan ini.
benar, saya bukannya datang daripada golongan yang mendapat pendidikan aliran agama, saya pelajar aliran sains tulen, namun saya juga hamba Allah seperti mereka yang ada tanggungjawab sebagai khalifah yang masih belum selesai. dan kerana itu juga, SAYA BERANI UNTUK BERUBAH.
anda akan faham dan tahu mengapa saya ada kekuatan sedemikian rupa untuk berubah. percayalah. kalau saya boleh, mengapa tidak anda?
Subscribe to:
Posts (Atom)