Pages

Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Friday, November 28, 2014

kenapa eh nak jadi doktor eh?

makin lama pegang status pelajar perubatan, soalan paling mudah saya utarakan kepada diri sendiri;
--kenapa pilih nak sangat jadi doktor?
makin sukar nak dijawab.
tak semudah sewaktu di bangku sekolah, alasan nak tolong orang susah. kesian tengok ramai orang sakit. 
(sebahagian alasan seperti nak dapat title Dr./nak kaya/nak orang respect/confirm dapat kerja pasti ada dalam sanubari juga. saya juga manusia. tak pandai nak menipu bila melibatkan perkara duniawi).

alasan lapuk semata.
dan tidak semudah itu saya nak rungkaikan sekarang.
seolah itu soalan yang tidak ada jawapan apabila ditanya.
saya keliru dengan jawapan saya sendiri.

yang pasti--
saya suka melihat gelagat manusia.
dan saya gembira jika saya mampu buat sesuatu untuk orang lain.

makin lama, makin jumpa pelbagai gelagat pesakit di wad, di klinik, fill doktor juga berbeza ikut posting. dan melihat bagaimana capahan pemikiran mereka, makin membuatkan saya terfikir perkara kedua;
--doktor jenis apa yang saya mahu jadi suatu hari nanti?
yang garang dengan pesakit yang degil? 
yang makin lelah dengan perangai pesakit yang makin canggih pengetahuannya lalu saya berubah menjadi pendebat/pemindato menangkis segala hipotesis fakta yang beliau petik dari Google, bukan dari praktis seorang pengamal perubatan?
yang mampu mentarbiyah dan merawat luaran dan dalaman-- penyakit hati/mental dah makin banyak sekarang?

itu cabaran yang saya nampak sekarang.
tak mustahil satu hari nanti saya bercita-cita nak jadi ahli parlimen pula mungkin?
almaklumlah, nak jadi ustaz ustazah tak boleh.
nanti kena 'balun'.



atau jadi superwoman jela. got my uniform already. :P

Friday, May 10, 2013

random.

saying you have a guy bestie while you already have boyfie, wonder how its like if your boyfie happen to have a girl bestie? sakit hati kan? kadang-kadang kita dh cukup jaga diri kita entitle as awek orang, tp kdg2 benda2 macam ni yg sesetengah awek friendly terlepas pandang. guys taksuke awek yg friendly sgt ngn lelaki lain, as we girl do not like guys yang friendly gile ngn pompuan lain. 


duhh. equal la kan.

Monday, May 6, 2013

superego.

kadang-kadang bila tengok mak dengan ayah argue and fight pasal pendapat yang tak sependapat and eventually in the end supremely like exactly sebagai seorang bapak dan lelaki yang punyai kuasa veto, ayah yang menang. though aku sometimes on side mak... yang aku rasa. mak aku ni betul. mak tetap give in. lebih doploh tahun hidup macam tu kot. memang mak aku mempunyai tahap kesabaran tingkat kuasa supersaiya tak hengat punya. sebab boleh sabar dengan ayah.

and i wonder how she got such a patience nak deal dengan ego lelaki yang taknak kalah?
dia punya jawapan senang je,
give and take lah. there are times where women's power get in.
but tak selalu lah. kalau selalu tunjuk nanti tak power. kena sekali-sekala je.
tu rahsia nak aman bahagia. bila sorang dah mengamuk. nak tunjuk besar kepala. let him/her be.
next time turn kau pulak.

habis dah tu cemana kalau jenis sebelah pihak je asyik stand out apa benda yang dia tak suka?
asyik one side je yang stand out prinsip dia itu ini dan all the bla..bla..bla..
obviously kau xde masalah kalau orang tu ada prinsip. lantak dia lah kan.
tp sumpah kau akan terkujat bila prinsip orang tu memang contradict dengan kau.
lagi pulak orang yang paling dekat dengan kau.
ha cemana?

habis aku ni memang jenis keras kepala ego tinggi you just name it lah. cemana tu?
dah membesar dengan karakter anak sulung yang bukan lembik walaupun aku perempuan,
aku boleh pengaruhi orang dan selalu jadi pembuat keputusan apa kau expect aku nak membabi buta je follow orang?
the rigid answer is NO.
a big NO.
i need a rationality though i can compromise.

jenuh lah macam ini aku makin kurus makan hati.
sebabnya apa yang ada dalam lubuk hati kau nak cakap kat the other person tu
tak kiralah dia lelaki ke perempuan...
tak tercapai dek akalmu.
tak terluah dek perkataan.
tak terucap dengan ayat yang sesuai.
tak termohon salah diinterpretasikan.

cuma satu jelah solusi. wordnya. b.e.r.a.l.a.h.
beralah tu kalah ke?
no.
sebabnya kau taknak nampak kebodohan bercakap dengan manusia yang tak boleh faham bahasa kau.
tu je.
masing-masing nak buat kepala sendiri.
dari kau nak sakit hati kisahkan semua benda,
buat aje tak kisah macam takde benda jadi. dia tak suka, kau takyah buat dah.
kau buat benda lain as long as sama impak macam mana benda tu bagi kau hepi kalau kau buat benda yang kau takleh buat tadi.
faham ke?
ah nasib lah kau faham ke tak.

weh susah doh hidup berdua berkahwin dan berkeluarga nih.
kau tak boleh pikir kepala kau je.
kau kena pikir kepala orang lain jugak yang jadi teman sebantal, setilam segebar sebelah katil kau baring.
serius dekat gila.


tapi kalau kau foreveralone pun lagi sadis. ye dok?

bye.

Saturday, March 2, 2013

sebak.filing militeri.

serius tak boleh tengok gambar 2 wira negara yang gugur di Ops Sulu tu.
Allah, moga kuatkan hati balu mereka.

menjadi separuh dari jiwa mereka yang bergelar anggota keselamatan negara bukannya mudah. lihat apa yang ditinggalkan di belakangnya, selangkah mereka mara berjuang untuk pertahankan kedaulatan ibu pertiwi, selangkah mereka meninggalkan amanah Tuhan, selangkah meninggalkan tulang belakang yang menjadi pendukung mereka. aku pasti, sukar. aku yang bergelar anak pernah merasa ditinggalkan. seperti juga Mak. walaupun sekejap. setahun. mungkin sekejap.

tapi, buat ayah mereka yang pergi untuk selamanya memikul amanah kesatria?
sungguh terasa kehilangan.

tolak tepi mainan politik.
tolak tepi isu yang bersangkut.
sejauh mana perwira negara itu kau sanjung?


sebak.
mata basah.
bibir bergetap menahan tangis.
hati terasa disiat-siat.
aku tak boleh terus menulis.


apa mungkin mereka yang lain bisa memahami?

Tuhan, sejahterakanlah Bumi Malaysia ini.

moga tiada lagi isteri yang menjadi balu.
moga tiada lagi anak yang menjadi yatim.


Sunday, February 17, 2013

trouble is a friend to a troublemaker..

starting of February wasn't that good for me. yeah somehow I believe this is fluctuation dari Tuhan.
terasa diri ini banyak berdosa tiba-tiba. pap! setepek Allah bagi rasa macam tu. dunno lar wey.
maybe Tuhan nak uji kot.

tonnes of work to be done, revision for Pro Exam. me iz the leader to arrange oh veghyy le strezz.
then starting from that, block ni pun banyak cuti. selang seli dengan exam pastu kelas pastu quiz. haih laaa. cemana tuhhhh. lintang pukang jadinya mood diri ini.
dengan nak study. cuti. haih larr.
patutlah jadi budak medic takleh cuti lama-lama, nanti habis hilang mood nak study sepanjang masa tu mati tiba-tiba je. innalillah.

naik cuti je, terus quiz beb. tapi nasib baik la dalam tak baca buku tu leh gak jawab. boleh lah score. ok happy lagi. 
kisah pathetic aku start time exam Midcourse Urinary System, aku ni taktau la terleka bingai apa boleh pulak terlupa nak flip thru a few helaian kertas soalan, menjadikan 5 soalan SBAQ blank. toek betoi. stress je rasa. 
nasib baik result keluar...aku lepas, tapi border line siot. tapi frust gak la. carry mark sikit nak g final.

pastu mood memang menggila lah, sebab booster dose dah makin susut. aha
then masa dapat jumpa pakcik, teman dia pergi cari baju function dia. tah pebenda dinner batalion rasanya. aku pegang HP kat tangan sambil main game. pastu time pergi cari kasut sukan. smartphone aku hilang. time aku letak atau couch yang aku duduk tu  nak test kasut. aku tak perasan aku dah masukkan HP dalam poket handbag aku ke tak. pastu ape lagi, aku ternangis laa depan pakcik. demmm tak cool kot nangis depan pakcik. masa sedar hilang tu, baru mood gumbira nak makan aiskrim baq heang. tengah duduk makan aiskrim BR kat Midvalley tuh. orang tengok pelik je. gila drama. dahtu pakcik leh wat bodo jer. sebok habiskan aiskrim. citt poodah betoi.
*pakcik memang camtu dia takkan pujuk kalau aku nangis. dia biar je. bila dah habis stok air mata. baru dia hulur tisu. 

wey giler sedey. aku tak sedey sangat HP aku hilang, tapi benda dalam tu beb.
padan muka hang Lisa, pemalas penyegan baloq liat nak transfer segala gambar dalam tu.
weyy sedey, takleh main Instag, takleh main game Marble Blast, demm aku punya level dah tinggi
a few days after that, HP 2nd aku guna nak contact pakcik jahanam. skrin separuh skrin atas hilang. *tu pun lepas aku terhempuk atas jalan tar, sumpah double sedey! dah la HP tu banyak berjasa kat aku.

aku handphoneless untuk dua hari. gila. di zaman sains dan teknologi inihh. jadi gitu plak en. sadis.
lagi double sadis bila keluar ngan kawan-kawan semua sibuk jadi anti-sosial. pergh. semua sebok belek smartphone, aku cangak sensorang sebab HP takde. Ok Ya Allah lepasni aku taknak dah jadi anti sosial belek HP je time keluar ngan kawan-kawan. 

jam aku pun time ni lah nak rosak bagai. 
alahai nasib. banyak betoi dugaan hidup ni haa.

semi-consciously my body start to feel the heat and stress.
I know something is not right when I already missed my menses on the expected date.
my menses is regular, except that when I'm on stress.
kalau setakat sehari dua. ye takpe.
ni dua minggu beb!

oh God. I hate this. hormonal changes is flaringg.. so asdfghjkl you knowww. -_-
mesti dah agak either gastritis or lewat period mesti akan datang menyerang.
a fact that you must know, gastritis is also can be induce by stress effect okay?

then nak dekat final plak, emosi aku break down secara tetiba. mungkin ibarat macam kau stretch spring, then dia overstretched and went hay-wired. haa macam tu lah aku rasa. aku rasa macam teruk sangat performance aku masa OSCE dengan final written paper.

OSCE exam, history taking on a female patient presented with dysmenorrhea (period cramp),

examiner: ask the patient ONLY things what you should ask. read the question carefully. don't do things that wasn't in the instruction. *muka ketat sambil tepuk meja*
aku: er..er...er... sorry. *taktau nak cover cemana dah termelalut tanya soalan yang tak patut ditanya
patient: *muka blurr aje tengok aku kena tegur

rasa cam termalu jap kena tegur depan patient.
tu baru kena tegur. cemana lah rasanya time houseman nanti? 
ha ready lah untuk kena maki pulak.

padahal aku pun tengah sakan kena period cramp time tu. tak leh fokus siot. hahaha.

oh ye, I'm not the type of painkiller-dependent person. kalau aku sakit selagi aku boleh tahan, aku takkan sewenang-wenangnya amik painkiller. 
aku memang train badan aku camtu.
demam ke, period pain camne ke. pening ke. aku tido jer. pastu okey lah.

the next day final exam. written exam. 
try hangpa bayang aku buat final exam tu dengan perut cranky gilaa. berpeluh aku dalam air-cond exam hall tu. naseb tak sampai berguling.
now I'm suffering a very bad period cramp (dysmenorrhea) *perut cranky sebab lambat datang bulan* and a very bad gas reflux due to gastritis.

and seriously I admit, being a doctor, *werk ye padahal aku bakal. you will be a bad patient. opps correction. worse. aku taktahu kenapa, mungkin it's just the nature kot. 
aku sangatlah benci nak makan ubat, sebab malas. or maybe aku just take it easy. LOL
okay jangan contohi perangai buruk terkeji ni. cemana nak jadi a good doctor kan if you cannot be the best example. 
orang kata, kepimpinan melalui teladan.
puii sangat. aku melalut sangat ni.

haaa dah la tu. ni pun baru lepas basuh kain, sidai kain. lipat kain di pagi Ahad yang indah ni.
perghh bangga dengan pencapaian diri sendiri di hujung minggu ni.

semoga hangpa berhujung minggu dengan ohsem. till then. buhbyee. 
take care!

Friday, February 15, 2013

perihal maaf. minta maaf. memaafkan.

kadangkala kita tahu kita bersalah apabila kita buat sesuatu perkara yang tidak betul sama ada kita sengaja ataupun tidak, kita akan minta maaf. benar, minta maaf takkan merubah keadaan dan perkara yang telah terjadi, tapi minta maaf itu adalah salah satu cara untuk membaik pulih keadaan.

meminta maaf itu lebih baik dari tidak berbuat apa-apa. lebih baik dari terus membatukan diri.

kadangkala juga dalam sesetengah keadaan, meminta maaf itulah satu-satunya pilihan yang tinggal. tidak ada pilihan lain. meminta maaf itu juga menunjukkan kita masih lagi peduli untuk berdepan dengan kemelut keadaan, bukan lari membebaskan diri. rasa kebertanggungjawaban itu masih lagi pincang.

kata maaf itu juga mungkin menjadi hadiah terindah buat sesetengah orang yang sangat mengharapkannya. meminta maaf ketika berbuat sesuatu kesalahan sama ada sengaja ataupun tidak, pastinya boleh membuatkan hati kita tidak menjadi tenang. maka kemaafanlah yang menjadi penawarnya.

dan mungkin juga dalam sesetengah keadaan, kata maaf itu sukar terucap... tergantung kepada seikhlas mana kita mampu redha dan menerima situasi "damage has been done" itu. sebesar manakah kesan yang tertimpa ke atas diri kita ini, sehingga menyukarkan kata-kata maaf itu terluah dari hati?

runtuhkah ego seseorang itu apabila menuturkan maaf? tidak.
kalah menang seseorang itu ditentukan oleh kata maaf? tidak.

seseorang yang memberi kemaafan tidak akan berasa kurang sedikitpun dari orang yang memohon kemaafannya... tidak pula dia merasa kurang dari apa yang dimilikinya, melainkan kebesaran jiwanya...


wallahu'alam.

Saturday, July 28, 2012

tentang post-Electra complex

salam and greeting all readers.


rupanya dari zaman berhingus lagi, I am so fond of man in uniform. don't blame me, cuz according to Sigmund Freud Psychosexual Developmental Theory- Genital Mode (post-Electra complex) , "she will almost always choose a person who reminds them, unconsciously, of the parent."
OMG I studied this for real during my Behavioral Science. -____-



kalau nak tahu lebih lanjut pasal pakcik Sigmund Freud punya Theory ni, silalah baca full dengan Google sendiri. menarik tau. stage-stage development yang dia huraikan sangat menarik walaupun kadang kala susah nak diterima akal dan kedengaran sedikit ntah apa-apa but still itu adalah ilmu yang menarik untuk diambil tahu, and this is regard our development as a human being through pyschosexual aspect.


kenapa since kecil I am sooooo fond of man in uniform? sebab nampak kemas. serius, ini quality yang memang aku sangat jaga, *walaupun kadang-kadang selekeh juga aku ni* baik sesiapa juga yang aku pernah crush zaman kanak-kanak tak matang ni, takde nyer rambut selekeh-selekeh okay, panjang, afro or sebagainya... semua mesti potong pendek kemas. style kesukaan aku, of course cam Ayah selalu potong. crew cut jer.


macam ni.








*hamekau motif sangat letak gambar Channing Tatum yang charming with crew cut style* LOL xD


mak dari kecil ajar, kemas itu satu sifat terpuji *memang lah mak siapa-siapa pun akan cakap camni kan...*
and one thing that  I notice, bila kemas ni pembersih orangnya. and pembersih biasanya takde kotor-kotor selekeh, and another thing biasanya lelaki dalam uniform akan nampak lebih charming *bagi aku la* kalau dia clean shave.


eceh clean shave la plakkksss. tapi kalau berjambang yang neat pun okay.
but err aku tengok lelaki la jugak kot nak suruh berjambang punnn.. :P




especially me and those people yang suka warna putih, only God knows how susah nak jaga pakaian yang putih serlah tanpa cela tu. so kena lah belajar jadi pembersih yang amat, dari handphone ai sampailah ke kasut, mostly baju dalam my wardrobe pun warna putih. sangat susah nak jaga. 




tapi Lab Coat aku selalu jer kotor dengan segala mak nenek ape menatang laa yang aku main kat dalam lab so macam dah tercemar sikit kesuciannya. LOL



teringat masa zaman sekolah, around tahun 2005..time Form Two...this is one of my favourite TV show, The Princess . cuz the hero is a man in the military. LOL *nangis-nangis tengok cerita ni dulu, sungguh beremosi.



seee... that guy, errr igauan zaman remaja ai dedolu. LOL
this is exactly one of the physical aspect yang aku paling concern kalau nk nilai someone.
kemas pembersih and clean shave. but erm rambut dia tak berapa nak crew cut la pulokk. 
ahaks. kisah apa. janji 3/4 criteria dh on. 
*takpe encik baju putih aku 4/4 in this test. kahkahkah. gile unfair bagi full-mark*


clean shave. *aiyokkk Tatum lagi. 


Capt Steven Rogers.  clean shave. hewhewhew


clean shave Lt. Alex Hopper. and dah tentu2 kena pembersih dan cermat. bayangkan kalau nak duduk main taram je lah la baju uniform putih, tuck in luar. kan obvious kalau kotor?
pastu cermat bukan ape.. buatnya pilih nak pakai underwear warna sebarang, tak ke obvious nampak nanti tuuu?
okay bukan nak merapu, but that's a fact whattt. o_O


dah memang askar kena clean shave laaaa.... hahaha!
oh, for general... I love badboys. most of us girls did love badboys, but actually badboys is the one who keep hurting us girls. hahah ironic kn?
 tah hape hape.
-__________-


mungkin ni semua pengaruh dari ayah juga, yang tampak always rapi dan kemas sepanjang masa. so benarlah sedikit sebanyak telahan pakcik Sigmund tu yang anak biasanya akan cenderung untuk memilih karekter yang paling hampir dengan diri mereka untuk dijadikan point of reference.

dari segi Islam pun ada cakap benda yang sama, soal bab didikan anak kena bermula dari sebelum anak tu dilahirkan lagi. which means, sikap dan attitude ibu bapa sendiri yang akan membentuk peribadi anak tersebut. attitude is not simply can be instilled in a person just by a day, a lot of time is consumed. so bila dah terbiasa dengan perangai yang baik, nanti insyaAllah anak-anak pun akan terikut sama. :)


till then, ciao! :D

Tuesday, July 24, 2012

it's all about trust.

random thought again.

kadang-kadang bila melihatkan nasib orang lain yang bermasalah dalam perhubungan, aku kadang-kadang kesian. yang dah bertunang, macam-macam dugaan. banyak juga yang aku kenal dengan gf/wife tentera ni. even dah sampai nak kahwin pun bermasalah juga. isu yang aku nak brought up here is trust.

biasalah, adat kalau partner askar...tak sah hidup tak pindah randah. jarangnya nak jumpa, ataupun kehendak perkhidmatan yang memaksa mereka melalui perhubungan jarak jauh. Ya Allah, masalah bila partner dah pernah ada gf...ada bf... then rasa was-was bila nak berjauhan, takut partner buat hal. in this case, aku kadang-kadang rasa kesian bila ada bf yang setiap tapi gf buat hal, takpun si lelaki buat hal and perempuan ni menanti dengan setia dan tak tahu dia telah ditipu. rasa insecure tu ada je kalau sekali kepercayaan telah dikhianati.

yang share password FB satu hal, kalau atas tujuan keselamatan tak apa, but if tujuan nak stalk pasangan buat apa, berkawan dengan siapa, nak halang, nak kongkong hidup dia. i think itu bukan purpose why you're having the relationship at the first place. aku nak cakap banyak pun aku pun dok bertatih lagi, nak bercinta cara orang dewasa, bukan cara budak-budak hingusan. but just to share my two cents, WHAT IS THE VALUE OF YOUR TRUST?

I  do know as well, biarpun sesiapa sekalipun... kita tak boleh percaya sepenuhnya pada orang luar, sebab dari situ peluang untuk mengambil kesempatan dengan mencemarkan kejujuran itu sangatlah tinggi.

aku tahu aku dulu pun bukanlah sempurna.. pernah a few times dah ada partner. bukan nak buka pekung  di dada namun cuma nak berkongsi, somewhat aku rasa bertuah sebab ada dia sekarang, sebab I'm the first person yang dia sayang more than a friend. i never have to be afraid of kena datang serang dengan ex-gf dia ke, ex-gf nak datang ganggu aku ke... no and never so far. alhamdulillah. and I hope this will be everlasting one. dia jenis pendiam, tak ramai kawan perempuan and sometimes I do, from the way he treats me pun memang dia tak reti nak layan perempuan macam mana. totally contradict dengan aku yang hyperaktif, peramah dan talkative melampau ni. i love networking, kenal orang sana-sini while he choose to be low profile. dari segi tu aku kadang-kadang rasa loser dengan dia sebab untuk dia tak percayakan aku tu sangat tinggi sebab aku lebih expose to those thing, dan tendency untuk aku buat hal belakang dia pun tinggi dengan orang lain, but all he does : up to you. saya percayakan awak. tapi buat hal belakang saya, tu antara awak dengan Tuhan. *so far aku tak terdetik lagi nak buat macam tu  -_________- nauzubillah

but i believe, semua tu berbalik kepada diri masing-masing nak menyerlahkan strength diri masing-masing. and aku cuba sinergikan good element so that boleh serasi together for the time being.

bila away lama-lama detach dengan dia, jadi dah biasa. takde ape sangat lagi. plus pesan seorang wife navy kat aku, bila detach dari suami dia.. masa ni lah isi masa tu kalau teringat dia pergi mengaji ke, buat solat hajat doakan keselamatan husband ke, bukan nak sedih-sedih sebab kena tinggal, rindu tu biasalah lah siapa tak rindu tp bila teringat, make doa. better that way dari meroyan setiap masa kt twitter or buat post kat blog. katanya kalau sekali sekali terlepas tu biasalah, tapi ingat... BUKAN SETIAP MASA.

aku respect cara dia macam tu, even bila dia nasihat somehow it reflects to me back. even aku masih belum bersuami pun, at least dgn komitmen yg aku ada sekarang dan aku betul-betul commit in this thing, aku take note juga apa yang dia cakap tu. somewhat, ada positive point di situ. macam sekarang bila dah berjauhan, dah jarang contact, aku rasa banyak sikit masa yang aku boleh spend untuk solat, mengaji etc. etc. bukan nak kata kehadiran si dia tu membuatkan aku lalai dariNya, maksud aku, aku rasa lagi dekat dengan Tuhan. bila jarang contact tu, akses aku dan dia akan semakin limit kepada benda yang betul-betul perlu dan bermakna.

but again, above all. semuanya tentang kepercayaan dan kejujuran.

aku tak berani cakap yang dia takkan buat perangai langsung in future, konon-konon aku dah betul-betul kenal traits dia macam mana.jalan aku dengan dia still sangat jauh lagi, even the real life challenge aku rasa aku belum layak lagi kalau nak dibandingkan dengan orang lain. I do... people do change as time goes by. me as well, cuma how kitorang nak adapt dengan cara masing-masing. alhamdulillah, hubungan masih bertahan tanpa gangguan pihak ketiga. family yang menyokong dan memantau pergerakan. dan insyaAllah, moga keamanan ini kekal sampai bila-bila.

benar, perhubungan mana yang tidak dilambung badai, yang tidak dilanda masalah, tapi alhamdulillah tiada masalah yang berpunca dari pihak luar. kalau ada pun bertengkar, itu cuma mencari titik keserasian. dan a way towards understanding each other better. dan aku percaya juga, jodoh itu datang dengan mudah, kalau benat that's the one for you. aku tak berani janji antara aku dah dia ini adalah jodoh, selagi mana aku belum sah jadi milik si dia. cuma hikmah pertemuan aku dan dia setakat ini kerana aku percaya redha Allah itu datang dari redha ibu bapa yang merestui perhubungan dan all support from family and friends yang mendoakan. insyaAllah.

this is really the way that i want. the kind of relationship i"ve been looking for and alhamdulillah masih bertahan.

aku doa moga hati manusiawi ku yang berbolak balik ini ditetapkan olehNya, dan dugaan yang mendatang bagi mematangkan aku tentang kehidupan dapat aku tempuhi dengan tabah.

insyaAllah.

Friday, July 20, 2012

dear Ramadhan

salam ramadhan buat pembaca blog semua.
semoga ramadhan kali ini, benar-benar memberi erti pada pengisiannya dan setiap detik dalam ramadhan kali ini yang diharungi memberi makna.
pertingkatkan amalan, ramadhan ini madrasah tarbiyah yang terbaik.
insyaAllah, moga rahmatnya terbias kepada mereka yang benar-benar mahu mengutip setiap barakah yang terkandung didalamnya.

AMIN.


marhaban ya ramadhan.
:)

from me,


Tuesday, July 10, 2012

blogging rules.

ahah, susahlah nak berblogging under supervision ni.
ade banyak pulak mulut-mulut nak buat laporan tidak rasmi nanti.
heran juga,
kalau tak suka. unfollow je senang.

kalau dah sampai ke blog diperhati,sedangkan menjadi follower itu merupakan satu pilihan.bukan kemestian.
lepas tu sendiri nak emo sakit hati melihat apa yang di post. oh no, saya bukan stimulus untuk anda mendapat sakit hati yang kronik.
blog bukan seperti FB newsfeed. benda yang anda tak suka pun boleh terlihat. tiada pilihan.
itu basic rules yer kengkawan sekelian alam.

he he he.
thats why saya dah tak buat pautan blog ke blog.
neither singgah blog orang lepas tu tinggal notakaki suruh follow saya balik.
sebab saya realize dengan bertambahnya follower,
the risk of getting fofulerr is getting higher.
hahaha. oh tidak bukan begitu.

semakin tidak selesa apabila semakin dikenali.
terasa privasi sedikit dicuri.

tapi apa pun,saya masih menghargai those who used to follow my blog.
keep update with my post.
yang seikhlasnya membaca.
bukan sekadar memerhati dan mengkritik.
yes i do make some sense of rationalism, hak sebagai pembaca blog yang bebas memberi sebarang komen.
namun, bukan komen yang cuba menjatuhkan dan merosakkan reputasi saya.

random thought.
sekian.

Monday, March 26, 2012

someday...

me want like this someday.
<3


that Little Bella's feet! soooo cute and adorable!

Sunday, October 30, 2011

cerita air tangan dan #sepuluhtahunlagi

patutlah mak selalu pesan dulu.
air tangan mak yang memasak tulah yang yang membentuk peribadi anak-anak
anak-anak tak dengar kata
semuanya punca dari air tangan mak yang mendidik.
mana nak datang air tangan tu?
of course la memasak n  menguruskan rumah tangga.

memang benda ni seems like nampak remeh
air tangan isteri jugalah yang akan 'mengikat' perut suami.
menawan hati suami.
tapi indirectly
ada main peranan juga sebenarnya.

masak pun kalau sedap tak sedap husband nak puji
tu bergantung kepada keikhlasan sang isteri yang memasak
nak prepare masakan itu untuk dia.
masak hati ikhlas, 
confirm la apa pun jadi sedap
itu salah satu faktor yang menyumbang ke arah kebahagiaan rumah tangga.
doesnt mean yang sedap tu dikira bila masakan tu special ke tidak
tapi sejauh mana effort kita nak memasak buat si suami.
hehe


rasa sangat beruntung punya emak yang sangat menitik beratkan anak daranya kena pandai memasak
malas macam mana pun, bila mak dah suruh tu, takkan nak bantah kan.
so indirectly dari situ mak suruh saya belajar memasak.
lama-lama jadi minat.
sebab bila kita memasak n bagi orang makan masakan kita tu
rasa satu kepuasan.
dapat mengenyangkan perut orang yang makan.
then saya improve lah slow-slow, ada benda yang mak saya tak pernah try nak masak
saya try.
make an effort
sanggup keluar pergi cari barang masak
guna duit sendiri beli bahan masak
janji hati puas dapat memasak. :)

kalau boleh, one day  nanti eventhough saya bekerjaya
dah ada anak-anak sendiri and dah bersuami suatu hari nanti
saya nak jadi macam Mak saya.
yang boleh uruskan anak-anak dan keluarga.
masak sendiri, ajar anak mengaji sendiri, menjahit baju sendiri <---- (yang ni macam mustahil sikit)
mak saya full housewife.
tapi saya akan cuba make an effort so that boleh jadi macam Mak.
anak-anak tak rasa kekurangan apa-apa pun.
will try.

entahlah
saya rasa apa yang saya tengah buat sekarang ni sebelum kahwin
selain mempersiapkan diri dengan kualiti-kualiti isteri solehah
saya nak ada kualiti ibu mithali juga.
saya nak jadi doktor yang pandai memasak, bijak uruskan rumah tangga, hormat orang tua.
itu kualiti sebelum kahwin yang saya cuba capai.
barulah saya rasa berbaloi sikit nak letak mahar tinggi-tinggi  pun kan. haha! tapi takde maknyanya nak letak hantaran tinggi-tinggi sangat... sebab

''sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya, dan yang paling rendah kadar maharnya..''

keh3~

bijak berhias untuk suami saya, boleh jadi pendidik terbaik buat anak-anak.
ini impian selepas kahwin.
ahh bunyi saya terlalu bragging myself.
bukan bukan.
ini cuma impian saya apabila punya keluarga suatu hari nanti.
menjadi isteri yang sesempurna mungkin kepada lelaki yang bergelar suami saya nanti.
menjadi seorang Ibu yang boleh anak-anak banggakan suatu hari nanti.

sepuluh tahun lagi?

insyaAllah...jika Allah panjangkan umur saya serta Dia permudahkan jalan mencapai impian itu...

#saya akan bergelar Dr. Khairun Nurlisa Kamal.
#menjadi isteri seorang pegawai TLDM. <---- (jika benar dia jodoh saya)
#punyai seorang anak dan seorang lagi ada dalam perut and saya boleh bayangkan bagaimana rupa diri saya membawa belly berlari-lari di dalam wad. :) *berangan sangat
#hantar Mak Ayah n parents mertua ke Tanah Suci Makkah
#im driving Toyota Prius




AMIN.

Thursday, September 29, 2011

mind distress .some space.please?

kadang-kadang bukan nak jadi hipokrit, its just tak semua orang boleh terima diri saya seadanya.
memang la orang cakap just be ourself, yes im being myself..saya tak kisah pun apa orang nak cakap pasal saya tapi saya sangat tidak berapa selesa dengan certain people yang berharap saya punyai fikrah seperti mereka.
maaf saya tak boleh. saya tak boleh macam tu.
im being myself. saya tak suka bila ada orang compare apa yang saya buat dulu tu mungkin nampak baik, tapi sekarang saya dah tak macam tu.
saya jadi jahat sangat ke?
itu pada mata awak yang menilai.
kadang-kadang saya pilih untuk tak pedulikan benda macam tu tapi minda bawah sedar saya agak terkesan dengan kata-kata tersebut.
im born to be a thinker you know! so saya memang tak reti nak ignore cakap-cakap orang macam tu saja!

memang semua orang tak sempurna, gaya hidup saya mungkin juga dah berubah tak macam dulu.
nak kata drifting ke arah yang tak elok, tak delah sampai ke tahap teruk sangat macamtu.
cuma saya selesa begini. saya rasa saya jadi diri saya.
saya kekalkan apa yang saya mampu buat sejak saya berubah tak lama dulu.
yang mana saya tak mampu kekalkan, saya cuba supaya tahapnya tidak terlalu'jatuh'.
itu konflik iman pada saya.
iman manusia biasa yang naik turun.

saya masih ingat Tuhan, saya cuma taknak jadi baik for the sake of berpura-pura didepan orang.
as long as saya tahu saya tak buat apa yang Tuhan larang... insyaAllah hidup akan ok.
cuma mungkin rasa fluctuating ni sebab ujian. 
saya tak nampak lagi kenapa. 
bila hati tak dijentik dengan ujian.. rasa tak tenang.
itu yang pasti.
adakah perubahan saya sekarang ini menjadi suatu ujian pada saya?
wallahualam.
adakah yang berlaku pada diri saya sekarang ni juga suatu ujian buat saya?
juga wallahualam.

"Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa."
(Surah An-Najm ayat 32)

im changing to another Lisa. not the old Lisa. not the new Lisa..but a different Lisa.

regard benda ni, the best listener that i've ever had is Firdaus Mat Noh.
i guess kami sefikrah, sebab keadaan bagaimana kami terjun kedalam bidang ini hampir serupa, jalan yang kami lalui juga hampir sama.

goodluck la ye Dr Firdaus. dah selamat sampai bumi RCSI dah agaknya... :)

new addiction : clinical cases regarding abnormalities in implantation. placenta previa. :)

Thursday, September 1, 2011

CUCMS dan raya

salam alaik all readers. :)

today dah ada kat rumah balik, after three days sakan (xde la sakan sangat pun) kat perak and penang.
dapat lagi duit raya. macam tahun lepas, nilai sedikitpun tidak berkurang.
oke saham tak jatuh eventho muka dah macam mak budak.

this raya macam biasa-biasa je.
tapi of course, new experience is expected.
dapat g visit baby maktam kat Taiping.
and jumpa dengan sedara mara yang sebelum ni tak rapat sangat/jarang jumpa for almost 7-8 years!
but thanks to FB la kan, connecting people. haha

pagi raya, mesej masuk dalam inbox pukul 530 pagi. huihh
buat terkejut beruk je.

'selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. sorry takdapat beraya sekali pagi raya ni. oh ya, jangan lupa mandi sunat pagi ni. just nak peringat tu ja. ;) '

hehe...terima kasih la ye peringat,
saya pun tak teringat nak mandi sunat pagi tu. hehe~

ok,
proceed balik penang dr rumah pg raya tu.sejam je dah sampai.
bukan jauh mana pun...
raya..rayaa..rayaaa....
then proceed ke perak pulak malam tu...
the next day pergi Taiping.
rumah tokngah and paktam.


Tokngah : Hey Girl, you change a lot noh! *loghat kedah* dulu tok ngah tengok tak macam ni pun..senyap ja..now dah pandai bising-bising..hehe!

Me : huyooo tokngah.. people change..people change..hehe~ (saya senyap? i really doubt that =.="...)

Tokngah : ni kes lepas masuk MRSM ka apa nih?? *gelak2 kuat gila*

Me : haaa tau takpa tokngah. la ni kena agresif sikit. sikit jelah pun.hehe~

then gerak g umah paktam.
first time dukung prematured baby..and it's a girl! hehe!
she's only 33weeks inside her mom wombs when she was born.
baru 20hari.
matured baby should be around 36-37 weeks before it is born. 
owh my, SubhanaAllah... that God little miracle tu sangat la kecik!
nak dukung pun takut dia meloroih (menggelongsor) celah-celah dukungan kita. 
but i manage to dukung that baby, mak pun tak berani nak dukung sebab lembik sangat.


Nur Ain Fitrah with her Kak Lisa!

maktam cakap, jadi Gynae lah esok-esok ni!
ohho maktam, kata-katamu itu suatu doa tahu?
so saya aminkan jelah! hehe~
Gynaecologist pun orait juga, tapi apa-apa hal pun belajar dulu habiskan degree oke?
:D

balik dari rumah paktam semalam, balik rumah atok lah.
masuk dapur tengok ada mee 3 kilo.
oh emm jee...
*nak buat apa nih*

Pak ngah : buat mee kuah ketam. nak rasa. kata sedap. barang semua dah sedia. tunggu tukang masak balik ja dari tadi ni.
Me : (dalam hati) amboi-amboi....kes nak mendera aku la ni?

ok fine, buat la mee kuah ketam, by night...
seperiuk besar tu dah clear!

today, pergi beraya umah sedara ayah.
ok pakcik ni pegawai tentera laut.
*ok, suka*
tengok gambar kat dinding...sahih la dia ni bukan calang-calang punya pangkat ni.
padahal muda lagi.
nak tanya ayah, tengah sakan menyembang pulak.
terus bukak HP kacau orang tu beraya kejap.

saya : awak, nak tanya ni; kalau ada 3 balak tu Leftenan Komander ke?
awak : err..2 balak setengah ka 3 balak full?
saya : full la kot, dia dah jadi CO kapal dah.
awak : tengok jenih kapal gak laa..kapal besaq ka kapal kecik?
saya : err...KD Laksamana Tun Abdul Jamil, ayah saya last service kt kapal tu. kapal korvet rasanya.
awak : mak aihhh cek, tu bukan Leftenan Komander la. tu 3 balak full kan? Komander tu!

ini 2 balak ja. Leftenan. :)

ternganga sat.
umur baru 38 tahun, tapi dah jadi CO kapal dah!
gila hebat!
10 tahun service pun belum tentu dapat naik jadi Leftenan Komander apatah lagi nak jadi Komander!
gila respek!
Leftenan ----> Leftenan Komander ----> Komander.


haa...bila pangkat besar, gaji pun besar..duit raya pun agak besar la dapat.
hehe~
okay, raya bila dah besar-besar ni sikitpun tak kisah pasal duit raya or baju raya berapa banyak pasang, the thing is... dengan siapa anda beraya. memang mimpi indah la.hehe~

duit raya pun range saya dapat masih sama macam tahun lepas..tapi jangan salah guna la duit tu, duit saya pun dah banyak yang dah habis, nak uruskan masuk CUCMS ni.

okay cuak juga, next ahad dah nak gerak p KL and the next day register kat CUCMS. okey, saya memang tak biasa kat situ. sebab tak penah pergi pun. interview hari tu pun dalam telefon je.

oh well, feeling-less la pulak rasa. nak masuk belajar, nak raya..all jumbled up.barang tak fully packing lagi. sebab tak tahu nak bawa apa.    

okay, update lagi later on.


Thursday, August 25, 2011

kena rantai dah.

kena rantai? kena pagar? 
you name it.
sumpah cute girl tu, cara tanya kat Mama dia macam curious gila.

"Mama, kenapa kakak tu pakai rantai kat gigi dia?"

aduh, kerantaian la pulak.

after 4years, its worth waiting...
sabar itu ada ganjarannya.
and its free of charge!

this is it!


moga sabar pakai braces ni.
kata ayah.
cantik itu suatu penyiksaan.
:P

sabar. 
:)

p/s ; learn how to differentiate overnight and weekend, and you'll know much more. :P

Monday, August 22, 2011

sindrom.

first tadi scroll kat CUCMS webpage.
nampak ni.


sindrom gila bab-bab military ni dah makin parah sejak kebelakangan ni.
military medicine tu menarik untuk di explore.
wink!wink! wink!

ayah suruh minta bantuan pelajaran dari Kementerian Pertahanan.
well, saja la search kat net tadi.


dukacita dimaklumkan, tadak la pulak untuk tahun 2011 ni. :(
lagipun saja je tengok, padahal memang tak layak pun nak apply.
sebab limited kat student certain IPT sahaja.
dah tu kena masuk service contract 10 tahun tuuu....dah macam budak UPNM je tak pasal-pasal.
siap dalam entry requirement dia tu, macam gaya na masuk tentera je.. ukur lilit dada lah, berat la, BMI la padahal minta scholarship je pun! :P

ok tak lawak.
merepek bagai.

Saturday, August 20, 2011

all praises to You.


alhamdulillah.
moga berjaya menjadi seorang doktor muslimah yang thiqah. ^_^
(quote ustaz Danial Farhan)
insyaAllah.
ini cuma baru permulaan kecil kepada sesuatu yang lebih berat dan besar.

oncologist in the making.
:)

Tuesday, August 2, 2011

its about july.

1. belasungkawa. surgery of removing my 6 teeth!

 bedsheet tempat saya baring, darah meleleh keluar dari mulut. serius tak sedar. masih dibawah pengaruh bius ketika itu.

 3 botol saline drip masuk selama berada di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani.

 my teeth yang dah selamat dicabut!


yang tajam-tajam tu akar gigi kot? pheww...panjang gila. saya pun terkejut masa mula-mula tengok.


2. result is out!

alhamdulillah. this is the best. flying isn't the best for me setakat ni. bukan rezeki saya nak jadi dentist, mungkin Allah dah takdirkan saya jadi benda lain in the future. :)


3. outing with the datins! 
(sequence : mengkuang dam - maktab - penang - kenduri rumah anis kat kodiang!)

 intan, shak, atin and me.
mengkuang dam. bukan demmm~ :P
intan kata saya nak buat wedding photoshoot kat sini. :P
 i love this pict. :)
letak atas tunggul kayu. credit to intan!

kat maktab! first batch balik melawat maktab!

ms lia. cikgu modern math. sempoi! 

keunggulan peribadi, kecemerlangan prestasi. :)
*tagline ni ingat lagi oh!*

benevolent selepas 4 tahun.
tempat timba ilmu banyak-banyak kat sini, tempat prep, tempat makan, tempat main.
semualah!

 promote blackberry jap. cheh!

 penang! QB!

 kat rumah aini. jenuh nak pepak keropok, gigi tak okay sgt lagi time tu. isk3

 atas feri, muka shak gembira gila.

kat pantai miami.



bila uppm maktab bertemu... :P



kat kodiang. rumah anis. :) 
anis dah makin cantik oi sekarang.

rumah anis depan bendang. subhanallah. cantik sangat.


makang-makang. :)

with aqif. anak sepupu anis. weh, baby ni berat. first time, rasa motherly instinct tu ada. 
nak ada baby cepat-cepat!


nak balik dah!

 kubur depan rumah orang. hoo. 1st time jumpa.
 tempat intan dok berangan nak jadi pilot suatu ketika dahulu.


singgah beli ayaq kelapa. jenuh pusing satu aloq staq!


4. graduation! 


with miss nur atifah. going to grad with her family. thanks cik tipah oi! :D
1st time ambil gambar depan kolej ni. hopefully this is not the last. saya akan datang lagi...



with my adekkk! :D


adik tiri saya! nanti fly jangan lupa kakak tiri okay! :D


my classmates with ms amimah, my chem teacher.
my first article published in iluvislam.com is inspired by her words.


team pergigian! maaf tak dapat join kalian dah lepas ni. apapun, moga sama-sama berjaya hingga ke akhirat kelak! insyaALLAH!


roommate yang tak berapa nak sayang keh3!
 dr. nur atiqah shahar (MBBS) and dr halwa che rose (BDS) Manipal.
saya? dr. khairun nurlisa kamal (MBBS) MSU in the making. insyaALLAH.  :)



let picture do the talking. malas sikit nak menulis kebelakangan ini. 
:)

may peace be upon u.
selamat berpuasa!
moga pengisiannya kali ini lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya. InsyaALLAH. :)

 
Images by Freepik