Pages

Thursday, February 28, 2013

BLS..awesomeness created!

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). 
This is the best crowd for our BLS School Tour Team so far.


le trainers.



le team.participant.biggest participant so far.
(16/2/2013)



this week, selected trainers kena pergi training Basic Life Support kat PPUKM.
nak enhance skills and technique performing CPR. 
my name is in the list.
insyaAllah moga Allah permudah.


random much.random.random ID.

aku rasa normal kot macam kau tetiba tengah belajar then suddenly kau breakdown.
serius.
lisa please.please.please.
jagan breakdown. breakdance or whatsoever. tomolo is final exam mehh.

pfft sangat block infectious disease (ID) ni. ramai gila yang fail.
alhamdulillah, Allah bantu aku hari midcourse exam hari tu. benda yang aku jeling on a glance ingat pulak bila soalan tu ada dalam exam.
entah la. a two week course ni nak catch up semua benda yang pernah belajar through out the systemic blocks. tu je. tp rasa macam ya Allah apehal lah bebal sangat rasa nih.

kepada korang kat luar sana, tahulah korang betapa seksa nak jadi doktor ni, nak belajar je dah separuh hazab. nak kena maki lg setengah hazab.
please jangan lah korang marah-marah if doktor tak perform ke apa.
doktor pun maknusia biasa.
bukan supersaiya.

phewww.
menitik air mata sebenarnya nak jadi doktor.

few more months to clinical.
few more months to say hi to hospitals.
few more months to the real world and challenge of being a doc.


p/s: berdoa sangat pakcik tak kena LI kat Sabah. and nasib baik pakcik awal-awal lagi dah reject submarine. phewww. tarik nafas lega.


doakan exam saya besok. terima kasih kawan-kawan.


Sunday, February 17, 2013

trouble is a friend to a troublemaker..

starting of February wasn't that good for me. yeah somehow I believe this is fluctuation dari Tuhan.
terasa diri ini banyak berdosa tiba-tiba. pap! setepek Allah bagi rasa macam tu. dunno lar wey.
maybe Tuhan nak uji kot.

tonnes of work to be done, revision for Pro Exam. me iz the leader to arrange oh veghyy le strezz.
then starting from that, block ni pun banyak cuti. selang seli dengan exam pastu kelas pastu quiz. haih laaa. cemana tuhhhh. lintang pukang jadinya mood diri ini.
dengan nak study. cuti. haih larr.
patutlah jadi budak medic takleh cuti lama-lama, nanti habis hilang mood nak study sepanjang masa tu mati tiba-tiba je. innalillah.

naik cuti je, terus quiz beb. tapi nasib baik la dalam tak baca buku tu leh gak jawab. boleh lah score. ok happy lagi. 
kisah pathetic aku start time exam Midcourse Urinary System, aku ni taktau la terleka bingai apa boleh pulak terlupa nak flip thru a few helaian kertas soalan, menjadikan 5 soalan SBAQ blank. toek betoi. stress je rasa. 
nasib baik result keluar...aku lepas, tapi border line siot. tapi frust gak la. carry mark sikit nak g final.

pastu mood memang menggila lah, sebab booster dose dah makin susut. aha
then masa dapat jumpa pakcik, teman dia pergi cari baju function dia. tah pebenda dinner batalion rasanya. aku pegang HP kat tangan sambil main game. pastu time pergi cari kasut sukan. smartphone aku hilang. time aku letak atau couch yang aku duduk tu  nak test kasut. aku tak perasan aku dah masukkan HP dalam poket handbag aku ke tak. pastu ape lagi, aku ternangis laa depan pakcik. demmm tak cool kot nangis depan pakcik. masa sedar hilang tu, baru mood gumbira nak makan aiskrim baq heang. tengah duduk makan aiskrim BR kat Midvalley tuh. orang tengok pelik je. gila drama. dahtu pakcik leh wat bodo jer. sebok habiskan aiskrim. citt poodah betoi.
*pakcik memang camtu dia takkan pujuk kalau aku nangis. dia biar je. bila dah habis stok air mata. baru dia hulur tisu. 

wey giler sedey. aku tak sedey sangat HP aku hilang, tapi benda dalam tu beb.
padan muka hang Lisa, pemalas penyegan baloq liat nak transfer segala gambar dalam tu.
weyy sedey, takleh main Instag, takleh main game Marble Blast, demm aku punya level dah tinggi
a few days after that, HP 2nd aku guna nak contact pakcik jahanam. skrin separuh skrin atas hilang. *tu pun lepas aku terhempuk atas jalan tar, sumpah double sedey! dah la HP tu banyak berjasa kat aku.

aku handphoneless untuk dua hari. gila. di zaman sains dan teknologi inihh. jadi gitu plak en. sadis.
lagi double sadis bila keluar ngan kawan-kawan semua sibuk jadi anti-sosial. pergh. semua sebok belek smartphone, aku cangak sensorang sebab HP takde. Ok Ya Allah lepasni aku taknak dah jadi anti sosial belek HP je time keluar ngan kawan-kawan. 

jam aku pun time ni lah nak rosak bagai. 
alahai nasib. banyak betoi dugaan hidup ni haa.

semi-consciously my body start to feel the heat and stress.
I know something is not right when I already missed my menses on the expected date.
my menses is regular, except that when I'm on stress.
kalau setakat sehari dua. ye takpe.
ni dua minggu beb!

oh God. I hate this. hormonal changes is flaringg.. so asdfghjkl you knowww. -_-
mesti dah agak either gastritis or lewat period mesti akan datang menyerang.
a fact that you must know, gastritis is also can be induce by stress effect okay?

then nak dekat final plak, emosi aku break down secara tetiba. mungkin ibarat macam kau stretch spring, then dia overstretched and went hay-wired. haa macam tu lah aku rasa. aku rasa macam teruk sangat performance aku masa OSCE dengan final written paper.

OSCE exam, history taking on a female patient presented with dysmenorrhea (period cramp),

examiner: ask the patient ONLY things what you should ask. read the question carefully. don't do things that wasn't in the instruction. *muka ketat sambil tepuk meja*
aku: er..er...er... sorry. *taktau nak cover cemana dah termelalut tanya soalan yang tak patut ditanya
patient: *muka blurr aje tengok aku kena tegur

rasa cam termalu jap kena tegur depan patient.
tu baru kena tegur. cemana lah rasanya time houseman nanti? 
ha ready lah untuk kena maki pulak.

padahal aku pun tengah sakan kena period cramp time tu. tak leh fokus siot. hahaha.

oh ye, I'm not the type of painkiller-dependent person. kalau aku sakit selagi aku boleh tahan, aku takkan sewenang-wenangnya amik painkiller. 
aku memang train badan aku camtu.
demam ke, period pain camne ke. pening ke. aku tido jer. pastu okey lah.

the next day final exam. written exam. 
try hangpa bayang aku buat final exam tu dengan perut cranky gilaa. berpeluh aku dalam air-cond exam hall tu. naseb tak sampai berguling.
now I'm suffering a very bad period cramp (dysmenorrhea) *perut cranky sebab lambat datang bulan* and a very bad gas reflux due to gastritis.

and seriously I admit, being a doctor, *werk ye padahal aku bakal. you will be a bad patient. opps correction. worse. aku taktahu kenapa, mungkin it's just the nature kot. 
aku sangatlah benci nak makan ubat, sebab malas. or maybe aku just take it easy. LOL
okay jangan contohi perangai buruk terkeji ni. cemana nak jadi a good doctor kan if you cannot be the best example. 
orang kata, kepimpinan melalui teladan.
puii sangat. aku melalut sangat ni.

haaa dah la tu. ni pun baru lepas basuh kain, sidai kain. lipat kain di pagi Ahad yang indah ni.
perghh bangga dengan pencapaian diri sendiri di hujung minggu ni.

semoga hangpa berhujung minggu dengan ohsem. till then. buhbyee. 
take care!

Saturday, February 16, 2013

huruf fonetik dan kem DRM.

The NATO phonetic alphabet or also known as spelling alphabet is used to spell parts of a message containing letters and numbers to avoid confusion, because many letters sound similar, for instance "n" and "m" or "b" and "d".
In addition to the traditional military usage, civilian industry uses the alphabet to avoid similar problems in the transmission of messages by telephone systems. 


nanti masa pergi Disaster&Relief Medicine camp kat Bogor in April nanti, mesti kena pandai guna phonetic ala-ala military style ni masa nak melapor ataupun transmit of messages, sebab DRM camp ni dah di simulatedkan seperti ala-ala dalam keadaan waktu dalam perang. 

(okay sangat lah cool jugak bila doktor pun kena masuk dalam silibus perang-perang ni, ingatkan kerja askar je perang-perang)

if I were to use phonetic alphabet in my name... jadi Lima Kilo?

oh myy. tak ke lawak tu?

"Lima Kilo... over.. Lima Kilo..."

apakah lawak ini.

=.=

Friday, February 15, 2013

perihal maaf. minta maaf. memaafkan.

kadangkala kita tahu kita bersalah apabila kita buat sesuatu perkara yang tidak betul sama ada kita sengaja ataupun tidak, kita akan minta maaf. benar, minta maaf takkan merubah keadaan dan perkara yang telah terjadi, tapi minta maaf itu adalah salah satu cara untuk membaik pulih keadaan.

meminta maaf itu lebih baik dari tidak berbuat apa-apa. lebih baik dari terus membatukan diri.

kadangkala juga dalam sesetengah keadaan, meminta maaf itulah satu-satunya pilihan yang tinggal. tidak ada pilihan lain. meminta maaf itu juga menunjukkan kita masih lagi peduli untuk berdepan dengan kemelut keadaan, bukan lari membebaskan diri. rasa kebertanggungjawaban itu masih lagi pincang.

kata maaf itu juga mungkin menjadi hadiah terindah buat sesetengah orang yang sangat mengharapkannya. meminta maaf ketika berbuat sesuatu kesalahan sama ada sengaja ataupun tidak, pastinya boleh membuatkan hati kita tidak menjadi tenang. maka kemaafanlah yang menjadi penawarnya.

dan mungkin juga dalam sesetengah keadaan, kata maaf itu sukar terucap... tergantung kepada seikhlas mana kita mampu redha dan menerima situasi "damage has been done" itu. sebesar manakah kesan yang tertimpa ke atas diri kita ini, sehingga menyukarkan kata-kata maaf itu terluah dari hati?

runtuhkah ego seseorang itu apabila menuturkan maaf? tidak.
kalah menang seseorang itu ditentukan oleh kata maaf? tidak.

seseorang yang memberi kemaafan tidak akan berasa kurang sedikitpun dari orang yang memohon kemaafannya... tidak pula dia merasa kurang dari apa yang dimilikinya, melainkan kebesaran jiwanya...


wallahu'alam.

mono-logue dan perihal bodoh.


suddenly ada adrenaline rush yang membuatkan diri ini tidak tenang, teringat-ingat paper final Urinary System yang dijawab siang tadi. tak pernah rasa tidak tenang seperti ini walaupun kadangkala setiap kali selepas exam, pasti terasa tidak yakin dengan jawapan.

ini paling tak sedap hati.
ya aku takut aku fail. aku taknak re-sit paper tu.

rasa macam hati aku ni tak tenang, macam digigit-gigit, dimamah-mamah..

apapun serah saja pada Tuhan. buat dah, doa dah. tunggu result saja.

kalau fail?
alah, re-sit saja.
it's not the end of your life.
hidup biasalah ada jatuh bangun.

takkan takut lisa?
 you've faced things worser than that.

rasanya...
kau fail takleh fly dulu tu lagi teruk.
fail buat kos dentistry switch amik medic lagi teruk.
kau kena tinggal ngn boyfriend yang tinggalkan kau sebab kau tak lawa tu lagi teruk. wakakaka.
so what?

it's all about "now what?".

fail paper? tak bermakna kau fail semua benda Lisa .
kan Dr Hazian selalu cakap.. medicine is all about practicing skills. mungkin knowledge is important at the moment, but one day who knows I can practice better though I am not that knowledgeable?

mungkin knowledge tu akan datang bila aku practice skills yang aku ada?
mungkin juga.

semoga Tuhan beri yang terbaik.

dah taktahu nak cakap dengan siapa.
so baik cakap dengan blog tentang kegundah-gulanaan hati ini.

orang kata, if your moral is down, its you yourself that should motivates it back.

thank you blog. aku sayang kau.
sayang reader jugak. kalau ada nak bagi support.
nah aku nak kasi hug ala-ala fantasi dari kayangan sikit untuk korang.

.
.
.
.

hmm. medic ni belajar aku tak rasa susah. aku tak rasa senang gak. ada masa kau kena hafal, ada masa kau kena apply concept, ada masa kau kena tahu principle. and paling penting tough decision maker untuk treat patient kau. nyawa orang kot. hilang tu habislah. apa kau bajet nyawa manusia ala-ala nyawa Gumiho yang ada 8 nyawa giteww?

gila berlagak kalau cakap belajar tu senang. banyak dan boleh kata semua benda kau kena tahu.

"the more that you know, the more that you don't know." 

haa tu ayat peberet tahap masuk pencalonan quote of the year time aku buat TOK masa IB dulu. yelah maksudnya, makin banyak benda kau belajar, makin bodoh pulak kau rasa, oh bodohnya aku taktahu benda nih, sekarang baru tahu.

haa baru sedar ilmu tu luas. kau je baru tahu. haa terasa bodoh tak?
erk faham ke?

dah kadang tu, bila kau tengok semua orang tahu semua benda, kau pulak rasa. eh bodohnya benda ni basic kacang gila pun kau tak tahu. tapi kadang-kadang kau kena ingat jugak, mungkin orang tu pun pernah je dia tak tahu pasal benda yang kau tahu, and he actually feel the same before. mungkin dia pernah rasa yang dia bodoh dari kau. or even lagi bodoh dia rasa.

haa fair tak?


aku selalu rasa yang 1st tu. ilmu aku kurang dari semua orang. hahaha. tapi aku rasa bodoh 5 saat je. lepas tu kalau aku taktau... belajar lah, cari info. kalau aku buat taktahu je, memang terserlah lah kebodohan aku disitu.

okay, tachycardic aku dah hilang. tak tahu tachycardic tu apa sila pergi tanya pakcik Google yang awesome.
aku tachycardic tadi sebab memikirkan perkara yang lepas. risau tak bertempat.
chill. now I'm feeling better.

so bak kata classmate aku yang sorang ni,

"today i learn a new type of movement. MOVING ON"


okay sudahlah cakap perihal bodoh ni.
kang cukup aku ulang 44 kali, jadi bodoh betul kang.

till then,
muchas amor.

 
Images by Freepik