Pages

Sunday, November 13, 2011

sekitar dan sekilas 20

Assalamualaikum wbt kepada semua blog follower and readers sekalian yang dirahmati-Nya selalu.

yaaa sila ucap Happy Burstday Birthday kepada saya! ^_^
*bunga api letup-letup debush debush debush*

telah menjadi 20 secara rasminya!
alhamdulillah. 
Allah masih memberi peluang untuk bernafas, 
menyumbang sesuatu kepada dunia suatu hari nanti.
selamat tinggal gadis belasan tahun.
selamat datang gadis puluhan tahun.
diiringi dengan tanggungjawab yang semakin memberat.
kematangan yang semakin jelas harus dipamerkan.


with cik Ziezah! :P

Alhamdulillah.
masih punya peluang untuk bergelar seorang pelajar perubatan dan full time servant of Allah.
masih punya peluang dikelilingi oleh sahabat-sahabat, rakan serta famili yang tidak jemu menyayangi saya.
rahmat Allah.
walaupun tanpa kehadiran encik 'tunang' dan mak ayah nun jauh di Kedah.
hanya titipan doa yang terhembus dari kalian sahaja yang aku perlukan sebagai azimat.

celebration?
g Alamanda and lepak mamak.
terima kasih kepada housemate yang bersusah payah.
buat surprise yang tak berapa nak menjadi tu.
nyanyi lagu happy birthday bagi saya malu satu kedai mamak tuuuu~
tapi kalau nak tau, itulah first time orang beri surprise birthday cake kat saya! ^_^
walaupun satu slice.
walaupun tanpa tiupan lilin.
saya dah cukup bahagia.
i never had a birthday surprise with cake like that. 
and thank God, no prank! 




ice cream cake!




nak suap cake takkk??? ^_^

terima kasih kepada anak sedara merangkap boyfriend angkat sepupu yang sanggup susah payah datang from UPNM dengan Zamer, kawan awak yang gila tu join sekali housemate saya punya celebration birthday.
saya tau awak baru habis game petang tu dengan kaki injured, tapi datang ke Alamanda and happykan saya!
sanggup pakai baju skema macam tu sampai malam-malam. haha!
and the same night rushing balik ke kem semula.
thanks sangat-sangat.
thanks for the sundae cup! haha!
thanks sebab jadi sporting and menggila dengan housemate saya semuanya!
happy and fun sesangat!


Hidayah, Aziezah, Rizuan and Zamer.


to Asiyah, Aziezah and Hidayah.
what an awesome housemate you guys! haha
i had a blast birthday with you guys.
sumpah. 
sayang korang!
*hugs*

 


cantikkan Aziezah? haha!
budak baju belang-belang tu tak cukup umur lagi. sekian.



Asiyah yang macam mak-mak yang ayu..aww~ haha!



birthday present?
treat diri sendiri dengan Pump Flatty from NOSE! hehe~






and last but not least....



goodbye peeps.
semoga dirahmati Allah selalu.
:)

MN.

MARYAM NAQUISHA.

moga engkau menjadi seteguh Maryam, punyai akhlak seindah namamu.
serta ketinggian peribadi yang setara dengan harga dirimu yang merupakan pemberian terindah dari Tuhan.



MU'AMMAR NAQIUDDIN.

semoga usiamu terus dilanjutkan tuhan untuk menjadi pejuang agama-Nya, punyai hati yang sebersih agamamu. serta keteguhan untuk menjadi kebanggaan kepada ummahmu kelak.






AMIN.

Tuesday, November 8, 2011

me and medicine



Tumblr account macam tak aktif. follower pun bukan kipas susah mati sangat.
tapi gambar kat atas ni memang 'sesuatu'.
ada WOW factor.
hehe~

Sunday, October 30, 2011

cerita air tangan dan #sepuluhtahunlagi

patutlah mak selalu pesan dulu.
air tangan mak yang memasak tulah yang yang membentuk peribadi anak-anak
anak-anak tak dengar kata
semuanya punca dari air tangan mak yang mendidik.
mana nak datang air tangan tu?
of course la memasak n  menguruskan rumah tangga.

memang benda ni seems like nampak remeh
air tangan isteri jugalah yang akan 'mengikat' perut suami.
menawan hati suami.
tapi indirectly
ada main peranan juga sebenarnya.

masak pun kalau sedap tak sedap husband nak puji
tu bergantung kepada keikhlasan sang isteri yang memasak
nak prepare masakan itu untuk dia.
masak hati ikhlas, 
confirm la apa pun jadi sedap
itu salah satu faktor yang menyumbang ke arah kebahagiaan rumah tangga.
doesnt mean yang sedap tu dikira bila masakan tu special ke tidak
tapi sejauh mana effort kita nak memasak buat si suami.
hehe


rasa sangat beruntung punya emak yang sangat menitik beratkan anak daranya kena pandai memasak
malas macam mana pun, bila mak dah suruh tu, takkan nak bantah kan.
so indirectly dari situ mak suruh saya belajar memasak.
lama-lama jadi minat.
sebab bila kita memasak n bagi orang makan masakan kita tu
rasa satu kepuasan.
dapat mengenyangkan perut orang yang makan.
then saya improve lah slow-slow, ada benda yang mak saya tak pernah try nak masak
saya try.
make an effort
sanggup keluar pergi cari barang masak
guna duit sendiri beli bahan masak
janji hati puas dapat memasak. :)

kalau boleh, one day  nanti eventhough saya bekerjaya
dah ada anak-anak sendiri and dah bersuami suatu hari nanti
saya nak jadi macam Mak saya.
yang boleh uruskan anak-anak dan keluarga.
masak sendiri, ajar anak mengaji sendiri, menjahit baju sendiri <---- (yang ni macam mustahil sikit)
mak saya full housewife.
tapi saya akan cuba make an effort so that boleh jadi macam Mak.
anak-anak tak rasa kekurangan apa-apa pun.
will try.

entahlah
saya rasa apa yang saya tengah buat sekarang ni sebelum kahwin
selain mempersiapkan diri dengan kualiti-kualiti isteri solehah
saya nak ada kualiti ibu mithali juga.
saya nak jadi doktor yang pandai memasak, bijak uruskan rumah tangga, hormat orang tua.
itu kualiti sebelum kahwin yang saya cuba capai.
barulah saya rasa berbaloi sikit nak letak mahar tinggi-tinggi  pun kan. haha! tapi takde maknyanya nak letak hantaran tinggi-tinggi sangat... sebab

''sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya, dan yang paling rendah kadar maharnya..''

keh3~

bijak berhias untuk suami saya, boleh jadi pendidik terbaik buat anak-anak.
ini impian selepas kahwin.
ahh bunyi saya terlalu bragging myself.
bukan bukan.
ini cuma impian saya apabila punya keluarga suatu hari nanti.
menjadi isteri yang sesempurna mungkin kepada lelaki yang bergelar suami saya nanti.
menjadi seorang Ibu yang boleh anak-anak banggakan suatu hari nanti.

sepuluh tahun lagi?

insyaAllah...jika Allah panjangkan umur saya serta Dia permudahkan jalan mencapai impian itu...

#saya akan bergelar Dr. Khairun Nurlisa Kamal.
#menjadi isteri seorang pegawai TLDM. <---- (jika benar dia jodoh saya)
#punyai seorang anak dan seorang lagi ada dalam perut and saya boleh bayangkan bagaimana rupa diri saya membawa belly berlari-lari di dalam wad. :) *berangan sangat
#hantar Mak Ayah n parents mertua ke Tanah Suci Makkah
#im driving Toyota Prius




AMIN.

Monday, October 24, 2011

see. i told you.

dah cakap dah
kalau Allah sendiri yang plan nak hantar saya ke CUCMS ni
Dia sendiri akan mudahkan jalannya.

buku rujukan.
faham ajelah kan buku rujukan for medic student ni tebal-tebal and mahal gila kalau nak beli yang baru kan?
i guess Allah dah send seorang hamba Allah ni yang saya tak kenal sangat pun siapa, sekadar kenal kat surau lepas solat. 4th year student and tiba-tiba offer nak bagi buku rujukan dia. 
banyak pulak tu, dan kakak tu cakap bayarlah awak nak bayar berapa pun.

kalau nak ikutkan, buku-buku tu mana lah saya mampu nak beli serentak. mau habis empat-lima ratus gak tu.
tapi kakak tu boleh baik hati, bayar je awak rasa nak bayar berapa.
*nanges terharu*

Allah, thank you.
You make it easier when life gets hard and tougher day by day.
:)


حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا حَيْوَةُ أَخْبَرَنِي بَكْرُ بْنُ عَمْرٍو أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ هُبَيْرَةَ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ أَبَا تَمِيمٍ الْجَيْشَانِيَّ يَقُولُ سَمِعَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا (رواه أحمد)
Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rizki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rizki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).


Allah berfirman (QS. 65:3):

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا


Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
 
Images by Freepik