Pages

Saturday, December 12, 2009

nota dari DNA

Semester Dua sudah bermula. Terasa longlai kakiku untuk menapak semula ke kolejku yg terletak sebuat negeri yang cukup sinonim dan terkenal sebagai sebuah negeri yang penuh tradisi dan beradat bagi menyambung semula kuliah dan pengajianku. Satu semester telah berjaya kulalui, peperiksaan akhir Semester Satu juga telah kududuki. Keputusan? Ah,biarlah Allah sahaja yang menentukan. Cenderung untuk aku mengakui, aku sudah melakukan yang terbaik dan hanya Allah sahaja yang berhak mengukir segala keputusan yg bakal tercoret di atas kertas-kertas peperiksaan yang telah kucontengi dengan segala formula matematik, hukum-hukum fizik dan kimia. Segala ilmu dibenakku telah kumuntahkan dalam kertas-kertas yang bakal diperiksa oleh guru-guruku. Alfian,redha sajalah! Desisku didalam hati.

Melangkah masuk ke blok Farabi,aku mengatur langkah sendirian sambil menggalas beg sandangku yg berisi pakaian dan buku yang ku bawa pulang untuk ditelaah pada cuti semester yg lepas. Langkah ku atur menaiki tangga satu persatu untuk ke bilikku yg terletak di tingkat dua itu.Aku menjeling jam ditangan kananku. Jarum pendek itu menunjukkan angka 12 menandakan ketika itu sudah pukul 12 tengah hari. Menerjah masuk ke bilikku sambil mengucapkan salam, kulihat Adif sedang mengemaskan buku-bukunya diatas meja. Awalnya mamat ni sampai…getusku sendirian. Adif hanya meleretkan sebuah menyuman melihatkan aku.

“Kau bertolak dari Kedah pukul berapa?” tanya Adif.

“ Malam semalam. Pukul 10.30 malam. Aku sampai Seremban pukul 6.30 pagi. Masuk surau , aku solat subuh. Then, aku tertidur sampai pukul 10 pagi tadi. Lepak-lepak kejap,cari barang sikit baru aku gerak balik kolej. Kau sampai pukul berapa? Awal pulak. Bukan selalu muka kau ke yang payah nak balik awal? Faqar pun belum sampai lagi..” balasku sambil mengerling ke arah katil yang terletak berhampiran tingkap dan menghadap ke Dewan Makan kolej. Masih kosong dan mejanya juga masih berhabuk. Tanda si pemilik katil, Zulfaqar yang merupakan seorang lagi teman sebilikku yang belum sampai.

“ Balik awal? Biasa lah bro, semangat sem baru.Hehe…Ala Faqar tu, rumah dekat takpe lah sampai lambat pun. Apa nak kisah? Weh,cepatlah kemas katil kau tu. Lepas tu kita kuar cari makan. Apa perut kau tak buat konsert ker tengah-tengah hari mcm ni? Aku belanja. Cepatla !” gesa Adif.

“ Cantek la weh. Tak sia-sia aku bela kau jadi roommate aku selama ni..hehe!” aku menyeringai ke araf Adif. Ku bersihkan segala habuk-habuk yang melapisi tilam dan meja belajarku. Kemudian aku masukkan baju-bajuku ke dalam loker dan segera ku kunci semula.

“ Dah siap. Jom gerak!” aku mencuit bahu Adif. Adif segera mencapai dompet dan memasukkannya kedalam poket seluar jeans berjenama Levis yg dipakainya. Selepas mengunci pintu bilik, kami bergegas turun ke pos pengawal dan menerobos masuk ke dalam perut teksi yang sedia menunggu kami di luar pagar kolej setelah kudail nombor perkhidmatan teksinya sebentar tadi. Teksi itu terus meluncur laju menghala ke Seremban Parade,destinasi yg kami ingin tujui.


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Bergelar sebagai salah seorang penuntut yang bergelumang dengan ilmu kejuruteraan, aku amat meminati subjek fizik. Subjek itu, boleh kuibaratkan seperti teman wanita keduaku. Teman wanita pertama? Sudah pastinya, pasukan bola sepak kegemaranku Manchester United! Memiliki seorang girlfriend ataupun awek sewaktu tanggal umurku baru mencecah 19 tahun,ku rasakan begitu awal. Bagiku, with a great knowledge and education,itu yang mahu kujadikan modal untuk aku mendapatkan seorang suri dihatiku suatu hari nanti. Kini adalah masa yang aku tidak mahu sia-siakan untuk menjana modal-modal tersebut. Tetapi tidak kunafikan, dalam kesibukan dan keghairahanku menuntut ilmu, boleh dikatakan aku lebih relaks jika dibandingkan dengan rakan-rakan sekolejku yang mengikuti kursus kedoktoran mahupun pergigian.

Hari ini,masuk minggu ketiga sesi kuliah telah berjalan. Keputusan peperiksaan semester lalu pun telah selamat dikeluarkan dan ditampat di papan kenyataan semasa. Kecoh sekali suasana dihadapan papan kenyataan pelajar tersebut yang dikeremuni ramai untuk melihat keputusan masing-masing. Ku mencari namaku dalam senarai. HANIF ALFIAN BIN HISHAM AZIZI. Nasibku baik kerana aku berjaya menempatkan namaku antara sepuluh pelajar terbaik kolej yang mengambil kursus kejuruteraan. Terima kasih Ya Allah!

Ku picingkan mataku melihat senarai keputusan sepuluh pelajar terbaik bagi setiap kursus yang ditawarkan dikolejku itu iaitu perubatan,pergigian,perakaunan,TESL dan juga tindikan serta bioteknologi. Rata-rata pelajar yang tersenarai itu ku kenali,kerana kolej ini tidaklah begitu besar dan hampir aku mengenali seluruh pelajar yang mendaftar pada semester yang sama denganku walaupun kami ternyata mengambil kos yang berlainan. Namun,iris mataku tidak berganjak sedikitpun apabila aku melihat sepotong nama yang tertera dalam senari pelajar yg mengikuti kursus perubatan. Sungguhpun namanya pernah kudengari namun, pemilik nama itu sungguh tidak aku kenali dan tidak pula aku dapat mengecam wajahnya dalam keramaian pelajar yang membanjiri kolej yang tidaklah sebesar mana ini.


DAMIA NAQUISHA BINTI AZAHAR. Siapakah dia??

3 comments:

  1. Ni story ek? Aku ingatkan ko....Lagipun, cerita benar atau fiksyen??

    ReplyDelete
  2. intan>>otw,idea tengah mencanak2 nk mengarang neh..ahaks..;p

    danial>>its a fiction la..gile ker true story??hak3..kang kontroversi lak kt kms nti...hehe
    nantikan sambungan di post seterusnya...

    ReplyDelete

 
Images by Freepik