Pages

Monday, July 26, 2010

deactivating FB

saya telah berjaya mengdelete account fb saya.
oh yeah!
terkejut2!

ah biarlah.
ni je cara nak ajar diri sendiri.
huk3

agak sentap bila seorang senior cakap
EH KAU KAN BUDAK IB? APASAL SELAU ONLINE?
meresap ke tangkap jantung.
saya rasa ada betulnya jugak kata-kata anda itu.
terima kasih.
saya xmarah pun tau.
:)

so..saya tidak akan mengonlinekan diri lg buat sementara waktu.
sebab saya tahu inilah punca saya xboleh score exam!
sebab saya dah addicted.
saya tak mcam orang lain yg pandai kawal masa online.
so thats it.
rasa nk activate balik bila dah kurang sibuk.
tapi nanti lah.
xmati pun xbukak fb.
kan?

untuk kawan2...saya tidak boleh lagi dihubungi melalui fb.
hanya blog, ym, formspring sahaja yang akan berfungsi.
buat teman rapat, ya anda boleh hubungi saya di alat kelui saya.
macam biasa.
okay?

love u all.
bye2

Sunday, July 25, 2010

belajar itu seronok dan menenangkan.

lama tak menulis.
currently tgh working on my IA math portfolio.

xlarat nk menaip nombor2 nie.
penat.tau tak?

adeh.

erm..dah nk dekat sebulan jadi senior.
well,life okay je.
rasa best bila kena panggil kakak!
cumel jer bunyi...hihi.

ada adik2 usrah.7 orang kesemuanya.
salah seorang ialah junior saya di mrsm dlu.
amilia atiqah amil.
:)

life is getting busier.tapi saya xrasa pressure sangat pun macam SEM2.
rupanya saya sedar..saya banyak buang masa sia-sia masa sem2 terdahulu.
entah lah...bebanan yang lain dh kurang kot.
hanya tekanan study yg perlu diberi perhatian sekarang.
hari2 wisma pelajar jadi tempat saya bertapa.
siang malam...
study 100x!

xkira.
jam2 yang dihabiskan dibilik rasanya hanya untuk waktu tidur sahaja kot.
sedang saya menulis post ini,saya masih berada di wispi.
115 pagi.
bersama-sama classmate MD54 yang terbaik buat IA math!
wuarghhh~
serius wispi....kau ibarat medan magnet yang sentiasa menarik pole2 dan charge2 ku kepadamu.
berat rasanya kaki mahu melangkah pulang ke Balqis.
*ah sudah lisa! kau takpayah nk menyewel berdrama kt sini*

okey..nak sambung buat IA math.
sebelum cik temah disebelah menegur lagi.hehe!
bye2

Tuesday, July 13, 2010

IB student di IB

salam alaik.
heee..
selepas ini saya akan kurang berbloging.
kerana komitmen saya terhadap IB memaksa saya untuk melakukan semua ini.
kata orang.to gain something is to lose something.
jadi wahai encik broadband saya yg tersayang ini akan ditalakkan dari saya sepanjang weekdays.
kecuali weekends dan weekdays yang memerlukan saya melakukan pekerjaan google info untuk perkara3 tertentu.

no facebook.no blogging.
ini lah benda yang paling saya ketagih.
menggigil badan saya petang semalam sebab tak online.
sampai macam tu sekali *teruk2*
tapi...saya kena paksa diri...so that, saya tahu perkara yang saya korbankan ini
tetap akan berbaloi juga satu hari nanti.

saya tak sama seperti orang lain.
online banyak pon result tetap gempak.
tapi saya tidak begitu.
saya perlu melakukan perubahan.
:)

untuk senior2 IB yg xhenti2 memberikan kata perangsang.
terima kasih saya ucapkan.anda memang baik hati.
moga kalian dirahmati Allah selalu hendaknya.
congrats sebab awak pon boleh fly!
:D

result?alhamdulillah..walaupun tidak banyak namun sekurang2nya masih ada peningkatan points.
tidak berjaya mencapai sasaran.namun itu bukan alasan untuk saya gagal dan berhenti berjuang lagi dalam sem yang mencemaskan ini.

kerja saya semakin boleh tersusun.
perkara2 yang remeh saya akan tolak ke tepi
dan habiskan dengan segera.
saya percaya saya boleh terbang!
saya boleh terbang!
saya boleh terbang!


enough.
heheh!

oh ya!


ahad lepas,saya ke Istana Budaya (IB). menonton pementasan teater Uda dan Dara.


ahaha.satu benda saya boleh cakap.
teater ini diluar jangkaan saya.
superb lah!
*serius sampai termimpi2 si hero..bahaha!*

kisaha Uda dan Dara ni macam Romeo dan Juliet versi Melayu lah.

ceritera cinta yang tidak kesampaian. ajal dan maut yang memisahkan mereka tanpa sempat mereka bersama menyulam bahagia.*acecey....kan aku dan bersastera*

Dara ni anak orang kaya. Uda ni pulak orang miskan.xberpangkat.xberharta.
macam dalam puisi pilihan Usman Awang yang bertajuk Gadis di Kuburan tu...

SI PEMUDA HANYA PUNYA EMAS SESAGA...

miskin lah.so Uda pegi lah ke kota mencari kekayaan. tapi bila dia pulang, dia dapat tahu Dara dah dipinang oleh orang lain yang jauh lebih berada. masa dia pegi jumpa Dara, dok sedap2 plan pasal masa depan..tetiba dia kena ambush oleh orang2 Alang Bakhil yang merangkap bapak sedara kepada si Dara. so terkorbanlah si Uda.

kisah dia tragis lah. apepon lakonan diorang memang mantap lah.
part romantik tu saya paling suka.feel.
bersanding tanpa nikah tu nampak macam kontroversi giler tapi pengarah teater, Dato' Rahim Razali ubah scene dan dan digarap menjadi suatu bentuk yang lain.
pelaminan bersaksikan alam.

*pergh heaven kot kalau aku jadi si misha omar tu...hahaha*

cerita Uda dan Dara ni hasil garapan Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang yang turut ada kaitan dengan salah satu puisi pilihan beliau, Gadis di Kuburan yang bakal saya kaji dalam subjek MALAY A1 dalam semester 3 sebagai seorang pelajar IB. Cikgu Azizahlah yang banyak support suruh pergi tgk cerita ni. memang puas hati, koreografi, vokal, penghayatan,props...aduhai...saya nak tengok lagi!
memang berbaloi.

Misha Omar berlakon sebagai Dara n Razali Hussain sebagai Uda.
no doubt. lakonan mereka buat saya jatuh hati terhadap seni teater.
saya menangis kot...bahaha
kene part yang sedih tu kan.mengalir gak lah air mata.
tapi classmates saya kat sebelah boleh gelak2 pulak.
potong betul lah.xfeeling langsung tgk cerita sedih.
huhuhu~

okey here are some pictures taken during an afternoon at Istana Budaya.








okey ciao!

Saturday, July 10, 2010

2nd post buat awak.

kepada : AWAK

tak payahlah mintak maaf kalau awak asyik ulang kesilapan yang sama berulang-ulang kali. perkataan SORRY tu dah jadi benda biasa bagi awak.murah.dah takde nilai.boleh ditendang ke sana ke mari sesuka hati.memang lah saya tahu yang manusia ni memang tak lari dari buat silap.tapi kesilapan yang awak buat tu,saya dah muak dah.tau tak?dah muak.awak cakap awak takpernah sedar.habis?sampai bila awak nak sedar?takut saya kecik hati konon,tapi bila buat macam tu sebenarnya awak dah buat saya kecik hati!hati saya dah tawar.dah immune dah.takkan patah balik.kesabaran saya bukan infiniti.sebab saya manusia.kalau ada pun antara saya dan awak lagi lepas ni.semua tu perlu dibina semula.faham tak?sudah.sudah.sudah.terima kasih sebab datang dalam hidup saya walaupun sebagai persona non grata.

daripada : LISA.

Friday, July 9, 2010

if you're not the one.


awak dah buang saya.

tapi awak masih kata saya penting.

awak masih cari saya sedangkan saya cuba lari.

saya cuba nak jadikan situasi jelas dan nyata.

tapi awak kadang2 datang dan serabutkan balik segalanya.

kenapa ye?

dulu saya pernah mahu awak.

tapi sekarang tidak lagi rasanya.

sebab awak tak hargai saya macam yang saya harapkan.

awak hargai saya?

mungkin.tapi bukan seperti yang saya harapkan.

okay.tak apa.

susah nak faham dengan awak ni sebenarnya.

tapi, terima kasih sebab ajar saya macam mana nak bersabar.

Friday, July 2, 2010

IM PROUD.cuz I am an IB'ians!!

JUJUR.
ini first time saya rasa begini.
saya rasa bersyukur sangat2 sebagai seorang pelajar yang mengambil jurusan pergigian dan sedang bergelar pelajar program International Baccalaureate.
thanks MR MATIAS FRANCISCO DE MENEZES.
terima kasih kerana telah memperbetulkan perkara yang selalu saya nampak salah.

dulu...
saya selalu give up.
saya selalu mengeluh sebab saya seorang pelajar IB.
saya selalu compare life saya...
kalau lah saya ambik a level..life saya tentu tak susah macam nie.
just 3 subjects to go...takpayah susah payah nak struggle dengan 6 subjects.
lab reports bertimbun, IA, TOK, world lit, EE....semua benda tu bagi jiwa saya kusut!

saya tak sedar.kadangkala benda yang saya xnak tu sebenarnya benda yang saya perlukan.
mungkin bukan untuk masa sekarang,tapi untuk jangka masa panjang.
bila?saya taktahu.

thru CAS...saya tak pernah terfikir pon saya akan dapat peluang untuk berkunjung ke rumah orang tua2...borak ngn diorang....thats a new thing for me.
thru CAS jugak..saya tak pernah terfikir yang saya sanggup and mampu mendaki gunung..masuk cave adventure, buat volunteering service kat ecopark...*mcm zoo lah lebih kurang*
terima kasih IB.

tadi pagi,ada talk dengan Mr. Matias.
he's a new director in KMS after Pn. Shimah left us.
i can say,he's just more or like the same as the former director.
very inspiring...
and make me realized the way that i used to think about IB before.

katanya...U KNOW WHY WE SEND OUR MEDICAL STUDENT TO DO IB INSTEAD OF A LEVEL?
bila dia explain,saya mula setuju kenapa medic student should do IB.
saya mula terfikir yang a level tu lagi susah.sebab?

-a level just provided with 3 main subjects.and of course....cara belajar mesti akan pegi lg deep in each subjects.tak macam IB...6 subjek tp just on surface jer...*this fact is exceptional for math hl okey...*


-kalau saya amik a level,of course subjek yang saya kena amik is biology,chemistry and maths kan?saya mula compare..a level engine and a level medic...yang mana lg teruk.of course lah a level medic!! sebabnya...kalau a level engine, physics math n chemistry tu ....it is more or less the same base. concept and calculation but biology??its a learning subject..byk benda nk kena hafal. *im not saying that a level engine tu xsusah..masing2 punya level kesusahan lah kann??*

-sekarang nie mostly university kat dunia ni guna approach PBL method (problem-based learning). so thats mean,cara belajar dia bukan strictly theory semata2.....u have to sit in groups and discuss.cari cara nk solve. and based on the kajian, IB student are more likely to survive and know to manage and cope wtih the style of learning as compared a level student for those yang amik medic.

-mostly kat universities, IB student lebih nampak peratus keberhasilannya berbanding a level.bukan nk cakap a level tak bagus..bukan3..sebenarnya,ada student medic yg amik a level programme failed sebab xdapat cope dengan style of studies. IB is well accepted by most universities.

see...it is not that bad at all taking IB.he said, once u left the IB programme then u can realised how the IB style is helping you to be independent.ini bekalan untuk masa yang akan datang. through TOK, students is not only just asked the question but also asked why is that so.it helps u on how to think!

saya sedar....IB is one of program termahal as compared to a level. saya tak salahkan MARA kenapa diorang provide more IB scholarships compare to a level programme for those yang amik medic.pernah tak kita terfikir, kalau kita amik program a level yang tidaklah begitu mahal...then ramai yang tak lepas flying point...or lepas pon,tapi quantity sedikit...baik amik IB yang walaupun kos mahal sedikit tapi ramai boleh lepas flying points,perform well in their studies because life IB dah expose cara hidup yang challenging...kan??

ingat,for those yang sama seperti saya...kita study pakai duit MARA.duit rakyat yang bayar taxes saban tahun.so it remind us not to take things for granted.duit tu duit orang.dah tau kita amik IB, yuran mahal2 gila...xkan kita nak buat main2 kan??*ini ingatan untuk semua dan diri sendiri juga...memotivasikan diri yang sudah lama beku tidak dimotivatekan!*

berkenaan dengan placement.saya bersyukur dapat india. sebab mr matias kata...untuk medical courses, semua uni dalam dunia nie adalah at par.means semua quality adalah sama sahaja standardnya...manipal pon okey ape!saya nak pegi manipal!saya dh cukup puas hati...sebab? saya taktau nk describe macam mana.

tp bg saya...ini pendapat peribadi.semua tempat yang telah diberikan kepada anda tu..terima jelah.i meant, kalau dapat india pon,india lah. MARA mesti dah distribute peruntukan yang dia ada before dia boleh taja seorang pelajar. so lets say, kalau kita insist nk pegi blajar kt UK..tp dpt bound ke india...india kos dia jauh lebih murah as compared to UK. medical student ke UK=1.2 mil. kos kt india = rendah 3-4 kali ganda dr UK.pernah tak terfikir,kita dah ambik peluang orang lain untuk ditaja sebenarnya,sebab kalau pegi UK,orang lain dah takder chance nk fly.since 4 orang punya kos penajaan dah pegi kepada kita sorang je??its sooo...tak baik kan?

tapi ada yang counter -claim that kalau dpt good grades takkan xdapat chance untuk bound ke tempat yg lagi better?okay....but then,ingat..berlaku adil lah kepada orang lain jugak.kalau tindakan kita tu xde menjejaskan orang lain takpe lah...tapi kalau sampai mengambil hak orang lain tu...kan tak baik kan?ingat...kena sentiasa bersyukur...apa yang ALLAH bagi kat kita hari ni..xmustahil benda2 tu semua satu hari nanti akan ditarik balik.siapa tahu,kalau pegi UK..tetibe xleh nk perform?hah?salah siapa? *bear in mind...duit MARA bukan untuk anda seorang sahaja,ia kegunaan bersama*

bagi saya sekarang....saya rasa saya tahu apa yang sedang saya lakukan.
di mana saya berpijak dan di langit mana saya sedang berpayung.
sekali jatuh...xkan selamanya saya jatuh.
saya akan usaha.walaupun xdpt good grades...
kadangkala rasa down sebab saya dah usaha tp hasil xseberapa.
tp allah dah kata.
ITU YANG TERBAIK BUAT SAYA.itu janjinya buat saya.

siapa tahu...rezeki saya bukan sekarang allah nak bg.
rezeki itu tetap ada pada semua orang.cuma masanya bila?wallahualam.

sekarang..saya akan lebih positive.
untuk SEM 3,saya akan usaha lebih kuat..:)
saya xakan compare diri saya dengan orang lain.
saya akan puas hati dengan apa yang saya capai.
sebab itu adalah saya.
saya harap...my new perception on IB will help me to make it through!

tidak lupa, thanks buat my ex-senior KMS...saya tidaklah begitu kenal dengannya semasa di KMS dulu...tapi beliau sangat baik. effort untuk memotivatekan saya...dan saya sangat hargai usaha kamu itu! thanks AHMAD SAFWAN IDRUS!

*saya asyik sebut pasal medic course...tapi saya adalah budak dentist okeyyy~!!sebab ia lebih kurang sama sahaja*

jadikan IB sebagai satu platform untuk menjadikan diri lebih kental menghadapi cabaran hidup.
satu benda yang deep saya dapat from mr matias :

WHAT MAKES LIFE TOUGH IS ACTUALLY CHALLENGES, NOT DIFFICULTIES. IF IT IS FULL OF DIFFICULTIES, WE'LL NEVER SURVIVE UNTIL NOW!

AND......


EXCELLENCE IS NOT AN ACCIDENT.ITS A BIO-PROCESS.IT TAKES TIME AND EFFORT TO BE BUILT.




untuk pertama kalinya.....


SAYA SAYANG INTERNATIONAL BACCALAUREATE!!!!!


 
Images by Freepik