Pages

Showing posts with label sastera. Show all posts
Showing posts with label sastera. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

komentar.




setiap kali menyapaku, tidak pernah tidak dia akan bertanya : Lis, khabar penulisanmu bagaimana?
dan aku tidak pernah jemu bermain kata denganmu.
InsyaALLAH, pacuan langkahku mungkin agak perlahan gara-gara tiada tekanan untuk berkarya.
tapi pasti suatu hari, impianmu pastikan kutunaikan.
gaya intelektual Muhammad Haji Salleh.
:)

Friday, May 27, 2011

jangan

jangan terlalu mudah mengkonklusi
apabila berada di ambang kejatuhan
segala pandangan tertala pada basahnya tabir mata
harus kau lihat pada hatinya terlebih dahulu
kerana hati yang memejal takkan semudah itu
memecahkan empangan air matanya

jangan terlalu cepat memaksa dalam mengharung fasa transformasi
kerana momentum tiap-tiap orang berlainan sekali
harusnya kaulihat pada usahanya bukan natijahnya
kerana itu hanya menunjukkan kau pengejar entiti sempurna
mencari seseorang yang menurutmu sudah mandiri
ternyata terserlah kebobrokanmu dalam mengeksplisitkan persepsi

jangan terlalu mudah menjadi penghukum
jauh sekali menjadi penilai tabiat manusia
kerana kau tidak pernah dan tidak sesekali punyai hak itu
jangan menafikan, andai tingkahmu sudah cukup bersuara membuktikan dakwaan.

belajarlah lagi tentang erti hidup, dangkalnya ilmu aku atau kamu
bukan terletak pada kita sendiri untuk menaksir.

manusia itu jasad yang yang punyai hati.
usahlah mengggadaikan diri mencanang nama pada agama
andai tingkah dan langkahmu sendiri sahaja masih sumbang.
telunjuk itu usah kau tunjalkan sesuka hati
lihat pada diri 4 jari lagi yang sedang menuju ke arah siapa?



deruan emosi

nurlisa afifah
pasir mas, kelantan.
27 mei 2011.

Monday, January 3, 2011

secawan minuman coklat.

Minuman coklat itu mengusir dahaganya. Menghilangkan kantuknya yang baru sahaja bermula menyapa matanya. Perlahan diteguk. Menikmati setiap saat cecair panas berperisa itu serasi  disegenap ruang mulutnya sebelum turun ke tekak yang menanti.  Aroma coklat pekat itu menusuk deria hidunya. Kurang gula, kurang susu, membuat pahit coklat itu kekal terasa. Dia gemarkan bancuhan sebegitu. Lazat.

                Matanya kembali teralih ke arah skrin komputer riba yang sedikit berhabuk itu. Cawan putih tanpa cela itu diletakkan disisi meja yang suram. Jemarinya bergerak menguis habuk yang menempel di skrin itu. Sebentar kemudian, jemari itu kembali meliar diatas papan kekunci.  Jemari yang meliuk lentok, pantas menekan papan kekunci menerbitkan aksara-aksara yang terpapar di skrin. Pergerakan jemari terhenti sebentar. Matanya berputar, lantas jemari bergerak menuju ke dahinya yang mempamerkan kerutan jelas. Ilham yang sebentar tadi menunjal mindanya, terlupus semula.  Dijeling semula cawan putih berisi minuman coklat itu. Aroma yang terbit dari asap yang berkepul-kepul dari bibir cawan itu kembali menggodanya. Leretan senyuman automatik terjelma. Lantas digapai kembali tangkai cawan putih itu. Segera dihirup. Menyegarkan. Bagai terjalin semula segala neuron yang menghubungkan idea yang ingin terluah, segera dimuntahkan melalui jemari yang ligat apabila menyentuh papan kekunci yang penuh dengan pelbagai rupa huruf roman itu. Melegakan sekali lagi. Minuman coklat itu mampu mengusaikannya.

                Mengapa coklat? Bukan kopi? Apalagi teh berkrimer.  Minuman berkaffein itu gagal menambat hatinya. Begitu juga minuman teh berkrimer, enggan diterima oleh tekaknya yang satu itu. Pahit coklat itulah yang menjadi ketagihannya. Tidak tentu arah hidupnya andai minuman bercoklat itu tidak menjadi peneman dikala dia lagi berkarya. Teman sewaktu menghabiskan kerja ketika dinihari mula menerpa. Bukan kerana dia benci pada kaffein. Bukan kerana dia benci pada the berkrimer. Namun, ada sesuatu yang menarik minatnya terhadap coklat. Lagi pula pada coklat gelap. Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar ‘catechins’ dan ‘phenols’ daripada teh. Sudah pasti khasiat antioksidan itu mampu membuatkan si penggemar coklat sepertinya tersenyum lebar dan puas.   

                Suatu ketika, sewaktu mindanya dihimpit tekanan yang melampau… dibancuhnya minuman bercoklat itu. Sama sahaja sukatannya…  dua sudu serbuk coklat dari paket berwarna ungu itu, setengah sudu gula, susunya pun satu sudu sahaja. Diadun kesemuanya berserta air panas yang sedia terdidih di atas dapur, dituang masuk ke dalam cawan putih. Siap dikacau… sekali nafas dia menikmati aroma coklat itu sejurus bibirnya dan bibir cawan itu segera bersatu.  Jiwa yang terpempan, ibarat luput seketika tatkala minuman coklat itu dinikmati dan menerjah membasahi tekaknya yang kering. Apa ajaibnya minuman coklat ini? Mungkinkah kandungan ‘phenylethylamine’ dan ‘tyramine’ di dalamnya mampu membuatkan otaknya merembeskan ‘endorphins’, lalu membuat jiwa dan mindanya kurang berkecamuk?

                Saat didatangi sahabat karib yang membuat emosi berada pada fasa kritikal, menghirup minuman coklat membuatkan dia berasa sungguh tenang. Apabila ada minuman coklat disisi, kehadiran sang sahabat ibarat tempias angin lalu yang bersahaja menampar, tidak langsung mengugat  kitaran yang kadangkala mengundang gundah-gulana dihati. Pembekalan semula elemen magnesium ke dalam tubuh oleh coklat, mampu menyeimbangkan sekaligus mengurangkan ketegangan dan kegusaran sindromnya dalam menanti sahabat karib itu berlalu pergi. Ternyata kehebatan minuman coklat ini benar-benar mengujakannya.

                Jauh menerewang. Melangkau sempadan separa sedarnya. Lantas dia menggeleng-geleng perlahan sambil tergelak kecil.  Melayani hatinya yang sedang kehujanan dan minuman bercoklat itu kekal disampingnya. Kerlingannya ke arah minuman bercoklat itu, membuatkan keinginannya untuk berkarya membuak-buak sebentar. Terima kasih wahai minuman bercoklat. Kau takkan ada galang gantinya. Kau tetap bermakna, dan akan kekal disisiku buat selama-lamanya menjadi inspirasi mayaku.


bicara kalam,
Nurlisa Afifah. 
Kolej Mara Seremban
31 Disember 2010

Saturday, December 18, 2010

aku anak watan!

Terkadang sukar menafsir. Manusia gemar berbalah untuk perkara yang meragukan. Yang nyata diusir ke tepi, yang batil diagung-agungkan. Atas paksi apakah manusia ini tegak berdiri lalu mencipta perseteruan? Aku kurang mengerti akan modus operandinya. Pemikiran manusia kadangkala dangkal, namun mereka kerap menyangkal. Harta dan kedudukan, apakah itu galang gantinya untuk meraih sebutir kejujuran? Apabila kuasa dan pangkat itu menjadi kegilaan, maka keadilan dan kebenaran itu harus dihapuskan?

Memalsukan pemikiran. Membutakan fakta. Menerobos fakulti minda dengan propaganda yang keterlaluan. Isu menjatuhkan kau dan aku berlegar di serata penjuru. Itu yang sedang berlaku. Aku letih dan bosan mendengarkannya. Hinggakan muak mahu menyumbang saran memperbaik keadaan yang berleluasa. Segalanya kusut berpintal-pintal. Sebagai anak muda yang baru menerjah ke kancah kehidupan, bagaimana harus kuatur langkah, andai hala tujunya masih tidak ketahuan? Bagaimana kewarasanku harus menimbang tara, andai tiada panduan yang benar-benar ampuh yang dapat ku jadikan sandaran? Aku enggan digelar anak watan yang hanya menurut membuta tuli, tanpa menggunakan pancaindera yang diperoleh sejak azali. Tidak ada jurang pemisah untuk mengenal sempadan yang hakiki dan sebaliknya?

Mereka kekal bertelagah, laksana menegakkan benang yang basah. Aku bosan. Masing-masing punya agenda dan konspirasi yang kabur. Aku dan anak-anak watan seangkatan denganku ibarat tenggelam punca. Siapa benar? Siapa salah? Mereka semua ibarat anak kecil yang saling menghentam apabila rasionaliti mereka tidak terjangkau mentaliti yang mereka katakan datang dari minda kelas pertama. Tanpa dakwa-dakwi. Sedarlah. Tidak malukah kalian kepada ribuan mata kami yang memandang?

Sebahagian dari golongan anak watan yang seangkatan denganku, enggan ambil peduli lagi. Barangkali sebahagian dari kami terlalu penat untuk mengendahkan segala yang terjadi, ibarat bermain wayang di pentas yang mereka katakan tampuk pemerintahan negara yang unggul.

Apa nak jadi? Mereka terus-terusan berhentam lagi. Entah bila mahu berakhir. Dan selama itulah ,minda anak muda yang telah tuli itu akan disogokkan dengan khabar dan fakta yang sudah ditapis segala rasa kelatnya, meskipun yang kelat itulah yang membuat rasanya serasi..hanya tinggal serpihan rasa yang manis, menggula dalam pemikiran anak-anak ini… dan selama itu jugalah, pemikiran anak-anak ini akan terus digula-gulakan!

Tuesday, December 7, 2010

saat sakinah menerpa... part 3

“Haz, Sabtu ni kan ada program untuk naqibah junior. Aku malas lah nak pergi.  Fakhri nak jumpa aku. Katanya ada hal penting dia nak bincang. So aku nk pergi jumpa dia lah” kataku pada Hazrina sewaktu aku dan dia pulang berjogging di Lake Garden Seremban.  Hazrina memandang wajahku tanpa berkelip.

                        “ Leya, apa lagi yang kau harap dari dia? kau tak ingat ke reaction dia time kau beritahu dia yang kau dapat jadi naqibah tu. Bagai nak rak kau menangis kat kakak usrah kau, frust dengan Fakhri. Alih-alih kau nak pergi jumpa dia pulak. Apa hal wey?” Hazrina memicingkan irisnya tajam ke arahku. Aku dapat menghidu ada bau kekesalan terselit  bersama kata-kata Hazrina tadi.

                        “ Err… alaa, aku pergi sebab nak settle a few things dengan dia. Lagipun, kan Sabtu depan birthday aku. Aku dah tak marah pun dengan dia. Kitorang nak keluar celebrate birthday aku. So chill la, Haz. Lagipun Haz, aku tak ready lagi nak involve program-program macam ni. Kak Amilia pun cakap suruh aku take time. Slow-slow la Haz, for the time being aku rasa aku tak boleh lagi…” dalihku. Haz mencemikkan bibirnya ke arahku. Belakangan ini dia semakin berlainan dari Hazrina yang biasa aku kenali.

                        “ Suka hati kau lah Leya. If kau rasa perlu, pergilah jumpa dia. Aku taknak cakap pape. Kau tahu apa yang kau perlu buat dan tak perlu buat. Dah besar kan? Kalau kau betul-betul jumpa Fakhri sebab nak selesaikan perkara yang benar-benar penting dan bawa kebaikan untuk kau dan dia, pergilah. Aku tak larang…” segera dia berlalu dan masuk ke dalam blok Fatimah. Meninggalkan aku terpinga-pinga sendirian mengorak kaki melangkah ke Dewan Selera. Hazrina benar-benar telah berubah, mula menjauhkan dirinya daripada aku. Ataupun sebenarnya hanya sekadar prasangkaku terhadapnya? Dia yang telah berubah, ataupun aku yang berubah menjadi semakin jauh darinya? Aku bingung seketika.

                        Aku mencapai pinggan yang diletakkan di tengah-tengah ruang yang membahagikan antara pelajar lelaki dan perempuan.  Tatkala aku berjalan untuk mencedok nasi, tiba-tiba aku tergelincir kerana permukaan lantai Dewan Selera yang licin. Pinggan ditanganku terlepas, dan aku jatuh terlentang.  Beratus-ratus pasang mata yang berada di Dewam Selera terarah ke arahku ketika itu. Aduh malunya! Aku bangun sambil menggosok-gosokkan punggungku yang sakit dan kepalaku yang jatuh terhantuk dilantai itu sebentar tadi. Eh kejap, mana pinggan aku pulak ni?

                        Mataku tertancap pada seorang pelajar lelaki yang memegang pingganku. Lelaki berkaca mata berbingkai hitam. Tangannya memegang pingganku yg terjatuh sebentar tadi.

                        “ Sorry, sempat sambut pinggan je. Tak sempat sambut tuan punya pinggan.” Bersahaja dia menuturkannya. Dia tersenyum dan mengunjukkan pinggan itu semula kepadaku dan terus bergerak ke hadapan untuk mengambil lauk-pauk pula.  Adeh mamat ni, pergi sambut pinggan aku buat apa, bukannya pinggan aku yang sakit. Ni hah, punggung aku yang sakit oi! Namun kata-kata itu hanya terjerit di dalam hatiku.

                        Aku kenal lelaki itu. Ini kali kedua aku berinteraksi dengannya tetapi sebentar tadi itulah kali pertama dia memulakan komunikasi separuh tidak rasmi denganku. Aku cam kehadirannya di dalam kolej ini. Meskipun dia seorang yang introvert, namun aku agak pelik melihat dia. Dia yang mengambil jurusan bioteknologi di kolej ini bukanlah seorang yang dikenali ramai. Tapi ada sesuatu mengenai dia yang membuatkan aku berasa sangat… lain.

                        Persoalan mengenai Hazrina mula menerjah fikiranku semula tatkala aku selesai makan dan ingin naik ke bilikku yang bertentangan dengan Dewan Selera dan bersebelahan dengan Blok Farabi. Aku masuk ke dalam bilik, namun kelibat Hazrina tidak kelihatan. Ku menjeling ke arah rak penyidai yang berhampiran dengan loker kepunyaan Hazrina, ternyata telekungnya tiada. Sah, Haz dah ke surau berjemaah untuk solat maghrib. Aku duduk dibirai katilku dan melepaskan satu keluhan. Leya, apa nak jadi ni?

                        Hazrina benar-benar nekad menyelusuri jalan mujahadahnya untuk berubah. Aku bila lagi? Bila lagi ni Leya?

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

                        “ You memang penuh dengan surprise kan Fakhri? So, this time ape pulak you nak buat for my birthday ni?” aku tersenyum sambil dia menggenggam erat jari-jemariku. Sejambak mawar merah yang kuterima daripada Fakhri sambil duduk berdua-duaan bersamanya yang sangat kucintai sepenuh jiwa bersama di restoran semewah itu, aku rasakan begitu bahagia.

                        Fakhri tersenyum penuh makna.

                        “Sabar jap ye sayang, kita minum dulu okay. Then I’ll let you know the surprise…” Fakhri membalas. Aku segera mencapai gelas yang berisi jus epal dan meneguknya. Fakhri juga berbuat demikian terhadap segelas jus oren yang berada dihadapnnya.

                        “Let’s break up..” Fakhri tersenyum kelat. Aku hampir-hampir tersedak. What? Aku tidak salah dengarkah?

                        “I’m…I’m surprised.” Pendek sahaja jawapanku. Aku benar-benar  terkejut. Di hari ulang tahun kelahiranku… ‘hadiah’ itu umpama halilintar yang menyambar gegendang telingaku.  Aku cuba untuk mengawal laluan air mata aku supaya tidak jatuh dihadapan lelaki kejam itu. Andai dia berani mempamerkan hati keringnya yang penuh ego itu terhadapku, mengapa aku harus menjatuhkan air mataku dihadapannya lagi? Jangan Leya! Jangan!

                        “That’s the surprise, Leya.” sengih Fakhri kemudian. Penuh sindiran tajam yang cukup menghiris hatiku tatkala melihatkannya.

                        “ Yeah, what a surprise birthday present!” sinis aku membalas.

                        “Listen here, Leya. I dah fikir masak-masak pasal hubungan kita ni. I don’t think it works. Especially once you dah jadi naqibah. What’s left for us then? So, I’m giving you more space. You lead your own life and so do I. It’s not that I don’t love you Leya, but entah la. I believe this is the best for us. I meant, by leaving you...” sakit hati dan berdesing telingaku mendengarkan kata-kata yang termuntah dari mulut Fakhri. Ingin sekali aku menghadiakan satu tamparan di pipinya sebagai tanda ‘terima kasihku’ terhadap ‘hadiah’ itu, melihatkan reaksi Fakhri yang seolah-olah tidak punya hati perut menuturkan kata-kata petir seperti itu dihari jadiku.

                        “ Dah la Fakhri, you don’t have to explain it anymore. You know what, I ‘bahagia’ sangat dengan surprise you hari ni. I pun ada nak bagi you something, tanda ‘terima kasih’ I sebab you dah susah payah buat surprise macam ni kat I…” selarku dan segera bingkas bangun sambil mencurahkan jus epal  yang masih berbaki di dalam gelas yang kuteguk sebentar tadi ke mukanya.  Fakhri terkejut. Dia mengetap-ngetapkan bibirnya tanda marah. Mukanya merah padam menahan kemarahannya. Aku segera ingin berlalu, namun Fakhri sempat menyentap tanganku. Aku mengaduh kesakitan. Di angkat tangan kanannya seperti mahu melayangkan sebuah tamparan ke mukaku.

                        Dalam sekelip mata, sebuah tumbukan hinggap di pipi milik Fakhri. Aku terkejut.

                        “ Kalau ye pun, tak payah la kau nak tunjuk hero depan perempuan. Lelaki lembik je buat macam tu!” jerkahnya ke arah Fakhri. Keadaan kecoh sebentar di dalam restoran itu. Fakhri meraba pipinya yang sakit akibat ditumbuk Amsyar. Aku terkelu. Sekadar tercegat dan menjadi pemerhati  insiden yang tidak aku sangka-sangkakan terjadi. Gaya macam dalam novel pulak dah!

                        “ Hah yang kau ni, tercegat apa lagi kat situ? Nak tengok aku belasah boyfriend kau ni lagi? Jom!” seraya dia berlalu keluar dari restoran itu dan menarik aku keluar bersamanya. Aku mengaduh kesakitan kerana dia menggengam tanganku dengan agak kuat. Terdengar aku mengaduh kesakitan, dia melepaskan tanganku. Aku memandangnya dengan hati yang separuh geram bercampur marah kerana memperlakukan aku sedemikian.

                        “ Buat apa awak masuk campur urusan saya dengan dia tadi? “ marahku. Aku memegang pergrlangan tanganku yang sakit digenggam Amsyar sebentar tadi.

                        “Habis, kau ingat aku suka lah tengok lelaki pukul perempuan? Macam mana yang dia buat kat kau tadi tu? Itu kurang ajar namanya!” dengus Amsyar kemudian.

                        Aku menjeling tajam ke arah Amsyar. Geram. Namun marahku kian kendur apabila memikirkan lelaki berkaca mata berbingkai hitam itulah yang telah bertindak menjadi penyelamatku sebentar tadi. Kalau tak ada dia, entahlah… namun sungguh aku tidak menyangka dia akan bertindak begitu, sementelah aku tahu bagaimana perwatakannya. Lebih-lebih lagi setelah insiden di Dewan Selera tidak lama dahulu. Karakternya bertukar. Melihatkan kelibatnya yang mahu meninggalkanku, aku segera melaung ke arahnya.

                        “ Awak, thanks sebab tolong saya tadi!” laungku. Dia berpaling.

                        “ Tak payahlah cakap terima kasih kat aku. Bukan aku buat tadi sebab kau pun. Cuma bukan prinsip aku tengok lelaki pukul perempuan macam tadi. Menyirap je darah aku. Nasihat aku, kau blah lah jauh-jauh dari dia lepas ni. Lelaki tak guna macam tu, he don’t deserve you. Lagi satu, jangan skip program nuqaba’ dah next time. Penat orang lain arrange program, so pergi jelah program tu lain kali. Tuhan nak tunjuk la ni, kau tak pergi program tu, benda ni jadi kat kau…” tuturnya pedas menembak cupingku. Kedua-dua belah tangannya diselukkan kedalam poket dan berpaling semula ke hadapan untuk menruskan langkahnya meninggalkanku terpacak berdiri seorang diri.

                        Aku cangak seketika. Macam mana dia tahu yang aku ada program nuqaba’ hari ni? Hajatku mahu melaung memanggilnya sekali lagi, namun hasratku terbantut. Seribu satu persoalan mula menghujani benakku.

                        “Adelia!”

Aku terdengar namaku diseru. Amsyar… kelibatnya kembali berjalan menuju ke arahku. Tekejut sekali lagi. Dia tahu pulak nama aku?

                        “ Sorry, aku pegang tangan kau kuat sangat tadi. Sorry. Aku tak sengaja. Spontaneous reaction.” Amsyar menghadiahkan senyumannya  dan terus dia pergi sekali lagi tanpa sempat aku membuka mulut mengucap butiran kata-kataku. Aku memerhatikannya sehingga kelibatnya hilang dari pandangan mataku.

Aku menghembus nafas perlahan. Amsyar Rizqin ini sungguh misteri orangnya…

Tuesday, October 5, 2010

untuk kamu

Untuk Kamu.

*buat para mujahid yang berjuang melawan nafsu


Kadangkala Tuhanmu sengaja mendatangimu melalui ruang kelemahanmu

Ditemukannya dirimu dengan seorang wanita yang mencabar setiap kunci kelemahanmu

Wanita yang telah difirmankan menjadi fitnah terbesar buat dirimu

Wanita itu jugalah yang telah menjadi sebesar-besar sebab cinta dunia yang melalaikan

Wanita yang menjadi asbab mengapa kau memilih jalan mujahadah yang penuh cabaran

Menggores hati, menikam sukma,menyiat kesabaranmu


Supaya engkau lebih kerap merintih padaNya

Dia mencintai rintik tangismu padaNya

Supaya alunan bibirmu basah mengalunkan zikrullah

Dia mendambakan keikhlasan cinta yang kau perhambakan padaNya

Supaya engkau merenggangkan dirimu dari belenggu lagha dunia

Dia menarikmu untuk terus bertahjjud dan bermunajat padaNya

Supaya engkau terus bersujud menyerahkan cintamu padaNya

Dia rindu akan pengabdianmu terhadapNya

Dia ingin meyelimutimu dengan kasih dan cintaNya

Maka hamparan cubaan yang diberikanNya


Sesungguhnya manisnya kedatangan ujian itu

Mengiringi setiap usaha dan istiqamahmu

Kerana aku juga percaya

Pengakhiran itu lebih bermakna

Dari segala permulaan yang penuh cabaran

Kau kuat wahai sang mujahid!

Aku memerhati dengan penuh kesabaran

Moga penantian yang berbunga

Menjadi janji yang berbuah ranum di syurga Firdausi



Khairunnisa Afifah

Kolej Mara Seremban.

4 Oktober 2010.

Tuesday, July 13, 2010

IB student di IB

salam alaik.
heee..
selepas ini saya akan kurang berbloging.
kerana komitmen saya terhadap IB memaksa saya untuk melakukan semua ini.
kata orang.to gain something is to lose something.
jadi wahai encik broadband saya yg tersayang ini akan ditalakkan dari saya sepanjang weekdays.
kecuali weekends dan weekdays yang memerlukan saya melakukan pekerjaan google info untuk perkara3 tertentu.

no facebook.no blogging.
ini lah benda yang paling saya ketagih.
menggigil badan saya petang semalam sebab tak online.
sampai macam tu sekali *teruk2*
tapi...saya kena paksa diri...so that, saya tahu perkara yang saya korbankan ini
tetap akan berbaloi juga satu hari nanti.

saya tak sama seperti orang lain.
online banyak pon result tetap gempak.
tapi saya tidak begitu.
saya perlu melakukan perubahan.
:)

untuk senior2 IB yg xhenti2 memberikan kata perangsang.
terima kasih saya ucapkan.anda memang baik hati.
moga kalian dirahmati Allah selalu hendaknya.
congrats sebab awak pon boleh fly!
:D

result?alhamdulillah..walaupun tidak banyak namun sekurang2nya masih ada peningkatan points.
tidak berjaya mencapai sasaran.namun itu bukan alasan untuk saya gagal dan berhenti berjuang lagi dalam sem yang mencemaskan ini.

kerja saya semakin boleh tersusun.
perkara2 yang remeh saya akan tolak ke tepi
dan habiskan dengan segera.
saya percaya saya boleh terbang!
saya boleh terbang!
saya boleh terbang!


enough.
heheh!

oh ya!


ahad lepas,saya ke Istana Budaya (IB). menonton pementasan teater Uda dan Dara.


ahaha.satu benda saya boleh cakap.
teater ini diluar jangkaan saya.
superb lah!
*serius sampai termimpi2 si hero..bahaha!*

kisaha Uda dan Dara ni macam Romeo dan Juliet versi Melayu lah.

ceritera cinta yang tidak kesampaian. ajal dan maut yang memisahkan mereka tanpa sempat mereka bersama menyulam bahagia.*acecey....kan aku dan bersastera*

Dara ni anak orang kaya. Uda ni pulak orang miskan.xberpangkat.xberharta.
macam dalam puisi pilihan Usman Awang yang bertajuk Gadis di Kuburan tu...

SI PEMUDA HANYA PUNYA EMAS SESAGA...

miskin lah.so Uda pegi lah ke kota mencari kekayaan. tapi bila dia pulang, dia dapat tahu Dara dah dipinang oleh orang lain yang jauh lebih berada. masa dia pegi jumpa Dara, dok sedap2 plan pasal masa depan..tetiba dia kena ambush oleh orang2 Alang Bakhil yang merangkap bapak sedara kepada si Dara. so terkorbanlah si Uda.

kisah dia tragis lah. apepon lakonan diorang memang mantap lah.
part romantik tu saya paling suka.feel.
bersanding tanpa nikah tu nampak macam kontroversi giler tapi pengarah teater, Dato' Rahim Razali ubah scene dan dan digarap menjadi suatu bentuk yang lain.
pelaminan bersaksikan alam.

*pergh heaven kot kalau aku jadi si misha omar tu...hahaha*

cerita Uda dan Dara ni hasil garapan Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang yang turut ada kaitan dengan salah satu puisi pilihan beliau, Gadis di Kuburan yang bakal saya kaji dalam subjek MALAY A1 dalam semester 3 sebagai seorang pelajar IB. Cikgu Azizahlah yang banyak support suruh pergi tgk cerita ni. memang puas hati, koreografi, vokal, penghayatan,props...aduhai...saya nak tengok lagi!
memang berbaloi.

Misha Omar berlakon sebagai Dara n Razali Hussain sebagai Uda.
no doubt. lakonan mereka buat saya jatuh hati terhadap seni teater.
saya menangis kot...bahaha
kene part yang sedih tu kan.mengalir gak lah air mata.
tapi classmates saya kat sebelah boleh gelak2 pulak.
potong betul lah.xfeeling langsung tgk cerita sedih.
huhuhu~

okey here are some pictures taken during an afternoon at Istana Budaya.








okey ciao!

Sunday, June 28, 2009

REBAHNYA RASIONALITI

Dimensikah yang membutakan mataku
Khayalan bertunjang minda bawah sedar
Kekeliruan berpremis di kubik pemikiran
Kerakusan patogen memamah diri
Hingga alpa terlupa
Di mana akar sendi berdiri
Terhapus memori seketika
Dimana paksi vertikal tegak meninggi
Lalu rebah tersungkur di syurga duniawi

Cangkir iman hampir kering tidak terisi
Sendiri terkial-kial di konti kebejatan sosial
Lemas nurani kerana gagal berpaut
Hanyut ke lembah yang jumud
Meragut kesucian jiwa hakiki
Merona hitam dengan lagha yang pasti
Membunuh cita yang tegar bernyawa
Mematahkan belulang yang sedia rapuh

Pandangan horizon semakin kelabu
Berarak pergi meninggalkan jauh
Sang anak Adam terjelepok dengan rintihan
Hatta belum sempat berhempas pulas bertarung
Hanya dek kerana nafsu dibiar meratah rasionaliti
Menggila merobot merajai sang hati
 
Images by Freepik