Pages

Wednesday, December 28, 2011

Friday, December 23, 2011

random


DR. Khairun Nurlisa Kamal
MBBS (CUCMS).
Obstetric n Gynaecologist in the making.
INSYA-ALLAH.



Saturday, December 10, 2011

extended manuscript. no more extended essay.

already start of something new for my coming 2012.
hopefully one year is enough for me to complete it.
yeah, my target is only one year to accomplish it.
may this dream come true.
despite a challenge of being a medical student, hope God make me easy in this mission too.
insyaAllah.
in the process of writing my first manuscript.

inspired by this line :
Kakanda di medan perang, adinda di medan seni. :)

planning of making my CCISP to be a real novel.
just to share ups and downs being a military partner.
after watching some video, some writing of thought..
i think it's interesting to reveal how is a military partner actually feels.
it is less revealed in our country, how those man that belongs to the nation serves for the country.



well dear civilian, its not that easy.
i think im gonna write more about that.
put some conflict.
some new experiences to share.
military life from a perspective of a military partner of course.
some drama.
so that you'll get a rough picture
how does it feels like.

well people, i take this a challenge then to write.
Mom and friends who entitled to be a military partner... you are my inspiration.
Dear John, The Last Valentine,Leftenan Adnan, Pearl Harbour.

may Allah ease.


Saturday, December 3, 2011

NAZ. remember?

MISSING NUR ATIFAH ZAINUDDIN DAMN MUCH.
I ADDRESS HER AS TIPAH.

SHE'S A 1ST STUDENT OF IMS-MSU BANGALORE.
FLYING OFF TO INDIA LAST OCTOBER.
A CLASSMATE. A MENTEE-MATE, CURHAT-MATE.


THE MOST THING THAT KEPT MY REMEMBRANCE OF HER.. THE WAY SHE GIVE ADVICES.
*tajam pedih sakarstik semua ada*
BUT ITS THE IMPERFECTION OF HER THAT I MISS.
DEEPLY MISS.
SELAIN DARI TSHE...BAYAK BENDA PAHIT MANIS AKU BUAT GILA DENGAN SI TIPAH NI.

 REMEMBER TIPAH?

 # kantoi dalam kelas Malay A1 dengan Cikgu Azizah yang kau passing notes layang-layang tu. cis. cis. aku speechless aje time tu kau tau.
# kau la yang kenalkan aku dengan that guy. and turned that on your birthday aku menangis kau peluk aku malam tu sebab aku dah lembik time tu.
# 1st time aku merasa laksa Johor, ibu kau yang buatkan.
# orang 1st antara kawan-kawan yang kenal dengan Paksu.
# orang 1st aku ajak g pasar malam Ampangan dengan Ninie.
# lepak bilik kau lepas lights off, habiskan biskut Jacob kau.
# stay up kat bilik kau smpai tertidur-tidur sakit tengkuk buat flip cards math sebab takut Cikgu Azian marah.
# tumpahkan refill ink printer atas katil kau. cadar kau rosak sebab aku. he he he
# ajak kau pergi jog la konon, lepas tu ended up lepak kat Bistro makan nasi lemak. gemuk jugak.

# asal malam je, ajak kau pergi Lahuma lepas balik surau.
# temankan kau jumpa orang tu depan koop. hahaha!

# pergi grad sama-sama. share duit beli gift kat cikgu-cikgu semua masa grad.
# snapkan 1st pict aku kat KTM Kepong Sentral.
# 1st call aku dapat from India dari kau among classmates and kawan-kawan. sumpah aku sangat terharu!

TIPAH, I MISS YOU. :(
THIS POST IS FOR YOU.
ENTAH KENAPA MALAM NI AKU RASA NAK KAU ADA DENGAN AKU.











MOGA KAU DALAM LINDUNGAN DAN JAGAAN ALLAH SELALU. 



Mittelschmerz syndrome...anyone?

Sejak setahun yang lepas, I have the symptoms of this syndrome. Setiap kali masuk tempoh subur, mesti sakit samada kiri atau kanan lower abdomen. Sampai I boleh tahu, ovari kiri atau kanan punya turn release telur bulan ni. Pelik kan? Even kawan-kawan yang belajar medic ni pun tak tahu wujudnya syndrome ni. Yang ramai orang tahu, sakit "period pain", tapi pernah ke korang dengar "ovulation pain"??? Haa, tak pernah kan?

sakitnya perutku!


Sebab hanya 2 daripada 10 wanita mengalami syndrome ini. Dulu I memang pernah terbaca pasal syndrome ni dalam buku Anatomy&Physiology McGrawHill during foundation medic kat Shah Alam, tapi tak take note lah sebab tak ramai perempuan yang ada syndrome ni. Last-last I rupanya tergolong dalam yang "tak ramai" tu.

I would not say that it is a disease, tapi it's a sign that I'm ovulating. Ovari tengah bekerja nak melepaskan telur ke fallopian tube supaya sperma dapat menemuinya dan terhasilnya zigot, morula, blastocyte dan terjadinya janin. And then I will be a mummy!!! (Kalau dah kahwin, inilah indicator untuk "berusaha lebih" kalau nak baby cepat, so it's a good thing to have it on me)

Sakit tu berpunca daripada follicle yang kat ovari tu, tengah membengkak dan tak sabar nak melepaskan ovum. Ni tengah membengkak la ni, sampai sakit sebelah kanan ari-ari. Patutlah 2-3 hari ni asyik cepat penat, asyik rasa nak muntah... Ni sebab Luteinizing Hormone tengah memuncak tinggi dalam darah. "LH surge" kalau budak medic panggil.

sekarang ni it's either i tengah kat stage 3 atau 4 dalam rajah di atas. :)

cuba tengok macamane LH boleh memuncak masa ovulation. 
This is the reason 2-3 hari ni asyik nak termuntah pagi-pagi. Hormonal imbalance.

Sakit ni ubatnya hanya minum air banyak-banyak, tuam perut kat area sakit tu dengan benda panas, ataupun pegi mandi hot bath. So ni sebab sakit sangat, tak larat nak bangun dari katil pegi buat tuam. Makanya kena minum air banyak-banyak je lah yang mampu. huhuhu ;'(

So, ada ke di antara korang, ada mittelshmerz syndrome jugak??? 



Ps: Bersyukur ada syndrome ni, senang nak plan baby making in the future. :)
:)


credit to :The Zaira Blog


setiap penyakit tu ada sebab mengapa harus ada sign dan symptomnya yang tersendiri. :)
walaupun saya sendiri takde sindrom macam ni, saya juga bebas dari dysmenorrhea (senggugut) yang teruk tapi apa salahnya berkongsi info dengan wanita diluar sana tentang perkara ini? lagi-lagi pula bagi si gadis yang belum berkahwin.

happy reading and getting some info! 



Wednesday, November 30, 2011

failed wordless wednesday.

hate when people asking what the hell IB is?
well people, this is the hell that you want to know.
IB stands for International Baccalaureate.
I did this as my foundation programme.
Kolej MARA Seremban and Kolej MARA Banting is the main IB World School in Malaysia.

for God sake, i tell you people.
this hell teach me how to be a really better person.
this hell taught me how a real life is. never full with a bed of roses.
this hell teach me things that I never expected I'll be doing in my life ever.
this hell have shifted my pathway and journey of  my life to an alienated world that I can never imagined.


this isn't mine. but i already own this.
bila IBO nak pos kat Malaysia aku punya sijil ni?


hell yeah. never thought I've made through it.

PROUD TO BE AN IB SURVIVAL~!!

Allahu Khairul Makirin.
(He is The Best Planner)
I am what I am now. never regret of it. 
I am thankful of what I am today.

Tuesday, November 29, 2011

happy birthday :)


Happy Birthday Tuan.
281111.
moga kefaqihan dalam beragama bertambah seiring dengan peningkatan usia.
semoga impian bergelar seorang pegawai tentera laut tercapai dan dipermudahkanNya.
semoga 2014 menjadi tahun bertuah anda.
terima kasih untuk segalanya.
sehingga ke hari ini.
paling penting, terima kasih kerana mengajar erti sabar, pengorbanan dan bersedia untuk sebarang kemungkinan.
mental ini masih rapuh.masih belum tahan sental.
maaf dari hati untuk itu.
insyaAllah, masih ada ruang lagi untuk memperbaiki kekurangan itu.
terima kasih kerana memahami dan tidak menggesa.

parting and deployment really challenge my patience.
hope that I really deserve this, He know my capabilities of handling this.

I'LL SEE YOU SOON...- John Tyree.
Dear John 

Sunday, November 27, 2011

i have a dream.

seronok kalau bercerita pasal impian dan angan-angan. bohonglah kalau berangan ni bukan tahap dewa.aku punya tahap berangan ni dah boleh kira overdose rasanya. berangan tu syarat jadi penulis yang baik, kerana dari situlah kreativiti dalam membuahkan idea terhasil. itu yang pernah seorang sahabat katakan padaku.

bayangkan..
kahwin sword barrel. pakai one dress jalan sweet-sweet dengan dia.
nak wat reception kat Dewan Besar MRSM Kubang Pasu.
where all it begins...
ceh yelah tu...
reception walimah yang simple and penuh barakah, mesti ada sword barrel..and teringin jugak nak buat video time akad n hari reception tu...
grad from CUCMS without extending years or sangkut apa-apa.
pastu time houseman dah pregnant dan berlari comel-comel dalam ward time wat ward round tu dengan bawak perut momboyot cmtu haa. comel.
how waktu pregnant tu proses nak menjadikan diri macam Dr. Addin Shah dalam Aa+Bb buat. tak tinggal surah maryam, yusuf, luqman and al mulk.
kena tinggal dek husband sebab sibuk kat kapal.
lepastu time dah ada anak, syoknya breasfeed baby kalau ada chance.
merasa badan naik sebab lepas bersalin and all.
sembang-sembang pasal anak dengan Huda, yang confirm by right dah ada baby sebaya anak sendiri time tu.
Huda dah jadi Puan Nurul Huda dengan Tn. ***. hihi...
while me? with my Tn. *****.. haha boleh ke macam tu?
pergi reunion maktab..both years boleh pergi..either 1st batch or 2nd batch...
yes i really want damn much a baby girl!


OKAY NI SEMUA BERANGAN YANG MACAMMMM..... ................................

ignore me. being that pathetic. hahah 

Monday, November 21, 2011

two world meets.


tiada apa lagi yang boleh ku harapkan.
moga Allah mendekatkan hati kita lagi.
dan semoga, restu dari keluargamu jua keluargaku terperoleh.
amin.

Thursday, November 17, 2011

the other KNK.

this is about another KNK in my life.
not only me, there is another girl who entitled as KNK.
she is Khairun Nurliana Kamal.
we're about the same.for sure, obviously our name.

Khairun Nurlisa Kamal and Khairun Nurliana Kamal.

tak jauh pun beza nama tu.
cuma beza umur.
saya dapat dia sebagai adik, sewaktu saya berumur 8 tahun.
adik bongsu dah.
the only Kamal's daughter yang diberanakkan kat Hosp Angkatan Tentera Lumut on 4hb Ogos 1999. 
same birthdate as my Mom. :)
anak manja CPO Kamal yang sorang tu.
mintak apa semua dapat.
takdak dah dibesarkan dalam suasana anak tentera. 
ayah pun dah tak garang dengan dia.
tak aci betul!


KHAIRUN NURLIANA KAMAL... 2MONTHS.





KHAIRUN NURLIANA KAMAL...10 YRS.

sebab tu saya dengan abang dia selalu usik,
"Hang tu beranak tepi laut, sebab tu hang hitam dari kami! Hang tengok navy mana ada yang kulit cerah-cerah!"

"Takpa lah, Adik redha dengan pemberian Tuhan. Hitam pun hitam lah, janji sempurna. Eleh sembang lebih ja hang ni Kak, navy jugak yang hang berkenan!.... :P"

Erk. terkedu.

dari kecik, budak ni memang brilliant. seawal usia 3 tahun. dengan mudahnya dia boleh follow saya tulis dengan kapur kat pintu rumah. the first letter she wrote is A alphabet. 
masuk tadika, memang she's among budak yang cerdik, terang hati.

KHAIRUN NURLIANA KAMAL...6 YRS.

masuk sekolah rendah, semua cikgu kenal dia. sebab nama dia lebih kurang nama saya.
okay, this time bukan kakak dia nak bragging tapi cikgu-cikgu memang mark saya lah dulu.
budak pandai yang tolak tuah masuk Sekolah Tun Fatimah kat Johor Bahru masa lepas dapat UPSR 5A and ended up masuk sekolah menengah biasa.
ada lah problem sikit time tu, tapi after Form 4 berjaya juga masuk asrama, MRSM la tapi. :)
and actually it's kinda pressuring her.

kitorang selalu borak sekali. pernah juga dia mengadu :


"Adik tension lah."

"Kenapa?"

"Semua cikgu asyik cakap pasal hang, Kak. mentang-mentanglah cikgu dulu semua kenai hang, hang kan budak pandai..."

"Alaa. buat takat yang hang mampu sudahlah, its a challenge then. Hang beat lah kakak punya record"



KHAIRUN NURLIANA KAMAL... PRESENT.


cakap macam tu nak bakar semangat dia sebenarnya. budak-budak perlukan motivation.
masa dia dah darjah 6. saya banyak encourage dia join banyak benda. 
saya yakin dan tahu dia boleh buat. capability dia lebih hebat dari saya.
especially Math.
saya bukan otak mengira.
saya otak bersastera.

KHAIRUN NURLIANA KAMAL... 9YRS.

tapi sebab saiz dia kadang-kadang, it limits her.
nak main netball. macam saya jugak. tapi dia rendah.
dia kecik dari saya masa zaman saya darjah 6 dulu-dulu.
taknak kalah, every week ayah belikan CalciYum kat dia suruh dia makan.
stok CalciYum kat rumah tu jangan tanyalah, memang dia punya.
so dah tinggi lah sikit kot.

tapi kuat melawa budak ni, semua mekap saya habis ditaram.
kakak dia pun sama ja kadang tu ajak dia menggila
nama pun sisters kan. :P

rajin tolong saya kat dapur, dia jugak.
rajin jugak rembat baju saya, selepas dia dah makin tinggi. =.=


KHAIRUN NURLIANA KAMAL...12YRS.

okay baju ni saya yang punya! dia sibuk pakai! 
=.=

a good listener to me too.
jangan expect dia berfikiran budak-budak.
but budak-budak is still a budak-budak jugaklah kan.
boleh jugak nak diajak bersembang bab-bab hati saya yang tak berapa nak stabil kadang-kadang tu.
and at least respon dia tu takde lah mengecewakan sangat walaupun tak sehebat apa yang kita expect.
but still, its soothing.
the sisterhood power, i guess..

today, she proved herself that she managed to score 5A in her UPSR.
like what i did 8 years ago.
Got anugerah Tokoh Pelajar juga.


yang sebelah kanan sekali tu, boifren cinta monyet dia. yang sakan dok main ayat cinta ala-ala drama nora elena tu.. haha. nak tergelak aku.

sibuk juga hang nak mengcopy paste semua record aku.. =.=
haha, kan aku dah kata hang yang paling kecik antara semua orang!
blazer aku jugak yang hang rembat!

tapi apapun,
semoga dipermudahkan urusan nak melangkah ke sekolah menengah selepas ni.
yakin dengan rezeki Allah nak bagi. 
SBP?MRSM? MAKTAB MAHMUD?
anywhere you belong after this,it doesn't matter as long as you always push yourself to your limit!
repeat my history.
and i believe she can do better than me. 
proud of her soo much!

Kakak doakan semuanya lancar.


"Hang nak jadi apa besaq nanti?"

"Adik nak jadi doktor macam hang, Kakak. boleh tak? tapi kita amik lain-lain bahagian la."


"Sibok ja, hang jadi lah dentist weh. hang tu gigi buruk!"


"kalau hang punya gigi lawa sangat, hang tak pakai braces lah wei Kakak!"



kan aku dah kata gigi hang buruk! haha!


haha. gaduh lagi.
memang pun macam tulah kami adik beradik.

know what, saya sebagai kakak sangat terharu dengar that she wanted to be a doctor too one day.


KHAIRUL AQIMUDDIN, KHAIRUN NURLISA AND KHAIRUN NURLIANA.

SEE... budak yang selalu terkeluar theme. haha!
sebab tu selalu kena bahan dengan Abang n Kakak dia.


tak kiralah kat mana pun lepas ni, 
janji dengan kakak so that one day you can become a good doctor too one day!
make Mak, Ayah, Abang and Kakak proud of you!

Kakak love you soo much Liana! 


zaman muda-muda dolo-dolo.hahah! tembun lagi kak dia ni. =.=

Sunday, November 13, 2011

sekitar dan sekilas 20

Assalamualaikum wbt kepada semua blog follower and readers sekalian yang dirahmati-Nya selalu.

yaaa sila ucap Happy Burstday Birthday kepada saya! ^_^
*bunga api letup-letup debush debush debush*

telah menjadi 20 secara rasminya!
alhamdulillah. 
Allah masih memberi peluang untuk bernafas, 
menyumbang sesuatu kepada dunia suatu hari nanti.
selamat tinggal gadis belasan tahun.
selamat datang gadis puluhan tahun.
diiringi dengan tanggungjawab yang semakin memberat.
kematangan yang semakin jelas harus dipamerkan.


with cik Ziezah! :P

Alhamdulillah.
masih punya peluang untuk bergelar seorang pelajar perubatan dan full time servant of Allah.
masih punya peluang dikelilingi oleh sahabat-sahabat, rakan serta famili yang tidak jemu menyayangi saya.
rahmat Allah.
walaupun tanpa kehadiran encik 'tunang' dan mak ayah nun jauh di Kedah.
hanya titipan doa yang terhembus dari kalian sahaja yang aku perlukan sebagai azimat.

celebration?
g Alamanda and lepak mamak.
terima kasih kepada housemate yang bersusah payah.
buat surprise yang tak berapa nak menjadi tu.
nyanyi lagu happy birthday bagi saya malu satu kedai mamak tuuuu~
tapi kalau nak tau, itulah first time orang beri surprise birthday cake kat saya! ^_^
walaupun satu slice.
walaupun tanpa tiupan lilin.
saya dah cukup bahagia.
i never had a birthday surprise with cake like that. 
and thank God, no prank! 




ice cream cake!




nak suap cake takkk??? ^_^

terima kasih kepada anak sedara merangkap boyfriend angkat sepupu yang sanggup susah payah datang from UPNM dengan Zamer, kawan awak yang gila tu join sekali housemate saya punya celebration birthday.
saya tau awak baru habis game petang tu dengan kaki injured, tapi datang ke Alamanda and happykan saya!
sanggup pakai baju skema macam tu sampai malam-malam. haha!
and the same night rushing balik ke kem semula.
thanks sangat-sangat.
thanks for the sundae cup! haha!
thanks sebab jadi sporting and menggila dengan housemate saya semuanya!
happy and fun sesangat!


Hidayah, Aziezah, Rizuan and Zamer.


to Asiyah, Aziezah and Hidayah.
what an awesome housemate you guys! haha
i had a blast birthday with you guys.
sumpah. 
sayang korang!
*hugs*

 


cantikkan Aziezah? haha!
budak baju belang-belang tu tak cukup umur lagi. sekian.



Asiyah yang macam mak-mak yang ayu..aww~ haha!



birthday present?
treat diri sendiri dengan Pump Flatty from NOSE! hehe~






and last but not least....



goodbye peeps.
semoga dirahmati Allah selalu.
:)

MN.

MARYAM NAQUISHA.

moga engkau menjadi seteguh Maryam, punyai akhlak seindah namamu.
serta ketinggian peribadi yang setara dengan harga dirimu yang merupakan pemberian terindah dari Tuhan.



MU'AMMAR NAQIUDDIN.

semoga usiamu terus dilanjutkan tuhan untuk menjadi pejuang agama-Nya, punyai hati yang sebersih agamamu. serta keteguhan untuk menjadi kebanggaan kepada ummahmu kelak.






AMIN.

Tuesday, November 8, 2011

me and medicine



Tumblr account macam tak aktif. follower pun bukan kipas susah mati sangat.
tapi gambar kat atas ni memang 'sesuatu'.
ada WOW factor.
hehe~

Sunday, October 30, 2011

cerita air tangan dan #sepuluhtahunlagi

patutlah mak selalu pesan dulu.
air tangan mak yang memasak tulah yang yang membentuk peribadi anak-anak
anak-anak tak dengar kata
semuanya punca dari air tangan mak yang mendidik.
mana nak datang air tangan tu?
of course la memasak n  menguruskan rumah tangga.

memang benda ni seems like nampak remeh
air tangan isteri jugalah yang akan 'mengikat' perut suami.
menawan hati suami.
tapi indirectly
ada main peranan juga sebenarnya.

masak pun kalau sedap tak sedap husband nak puji
tu bergantung kepada keikhlasan sang isteri yang memasak
nak prepare masakan itu untuk dia.
masak hati ikhlas, 
confirm la apa pun jadi sedap
itu salah satu faktor yang menyumbang ke arah kebahagiaan rumah tangga.
doesnt mean yang sedap tu dikira bila masakan tu special ke tidak
tapi sejauh mana effort kita nak memasak buat si suami.
hehe


rasa sangat beruntung punya emak yang sangat menitik beratkan anak daranya kena pandai memasak
malas macam mana pun, bila mak dah suruh tu, takkan nak bantah kan.
so indirectly dari situ mak suruh saya belajar memasak.
lama-lama jadi minat.
sebab bila kita memasak n bagi orang makan masakan kita tu
rasa satu kepuasan.
dapat mengenyangkan perut orang yang makan.
then saya improve lah slow-slow, ada benda yang mak saya tak pernah try nak masak
saya try.
make an effort
sanggup keluar pergi cari barang masak
guna duit sendiri beli bahan masak
janji hati puas dapat memasak. :)

kalau boleh, one day  nanti eventhough saya bekerjaya
dah ada anak-anak sendiri and dah bersuami suatu hari nanti
saya nak jadi macam Mak saya.
yang boleh uruskan anak-anak dan keluarga.
masak sendiri, ajar anak mengaji sendiri, menjahit baju sendiri <---- (yang ni macam mustahil sikit)
mak saya full housewife.
tapi saya akan cuba make an effort so that boleh jadi macam Mak.
anak-anak tak rasa kekurangan apa-apa pun.
will try.

entahlah
saya rasa apa yang saya tengah buat sekarang ni sebelum kahwin
selain mempersiapkan diri dengan kualiti-kualiti isteri solehah
saya nak ada kualiti ibu mithali juga.
saya nak jadi doktor yang pandai memasak, bijak uruskan rumah tangga, hormat orang tua.
itu kualiti sebelum kahwin yang saya cuba capai.
barulah saya rasa berbaloi sikit nak letak mahar tinggi-tinggi  pun kan. haha! tapi takde maknyanya nak letak hantaran tinggi-tinggi sangat... sebab

''sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya, dan yang paling rendah kadar maharnya..''

keh3~

bijak berhias untuk suami saya, boleh jadi pendidik terbaik buat anak-anak.
ini impian selepas kahwin.
ahh bunyi saya terlalu bragging myself.
bukan bukan.
ini cuma impian saya apabila punya keluarga suatu hari nanti.
menjadi isteri yang sesempurna mungkin kepada lelaki yang bergelar suami saya nanti.
menjadi seorang Ibu yang boleh anak-anak banggakan suatu hari nanti.

sepuluh tahun lagi?

insyaAllah...jika Allah panjangkan umur saya serta Dia permudahkan jalan mencapai impian itu...

#saya akan bergelar Dr. Khairun Nurlisa Kamal.
#menjadi isteri seorang pegawai TLDM. <---- (jika benar dia jodoh saya)
#punyai seorang anak dan seorang lagi ada dalam perut and saya boleh bayangkan bagaimana rupa diri saya membawa belly berlari-lari di dalam wad. :) *berangan sangat
#hantar Mak Ayah n parents mertua ke Tanah Suci Makkah
#im driving Toyota Prius




AMIN.

Monday, October 24, 2011

see. i told you.

dah cakap dah
kalau Allah sendiri yang plan nak hantar saya ke CUCMS ni
Dia sendiri akan mudahkan jalannya.

buku rujukan.
faham ajelah kan buku rujukan for medic student ni tebal-tebal and mahal gila kalau nak beli yang baru kan?
i guess Allah dah send seorang hamba Allah ni yang saya tak kenal sangat pun siapa, sekadar kenal kat surau lepas solat. 4th year student and tiba-tiba offer nak bagi buku rujukan dia. 
banyak pulak tu, dan kakak tu cakap bayarlah awak nak bayar berapa pun.

kalau nak ikutkan, buku-buku tu mana lah saya mampu nak beli serentak. mau habis empat-lima ratus gak tu.
tapi kakak tu boleh baik hati, bayar je awak rasa nak bayar berapa.
*nanges terharu*

Allah, thank you.
You make it easier when life gets hard and tougher day by day.
:)


حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا حَيْوَةُ أَخْبَرَنِي بَكْرُ بْنُ عَمْرٍو أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ هُبَيْرَةَ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ أَبَا تَمِيمٍ الْجَيْشَانِيَّ يَقُولُ سَمِعَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا (رواه أحمد)
Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rizki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rizki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).


Allah berfirman (QS. 65:3):

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا


Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Thursday, October 20, 2011

Saturday, October 15, 2011

random again.

sometimes God has given you so many things for you to fell blessed.
being all around people who loved you, care for you.
He has ease your way here, despite giving you want you really wanted so bad.
flying...be in India at the moment... being far from him,family and friends.
i could never face that. it is beyond my capabilities. i cannot bear with that.
i feel thankful to God, for what i have now.
really blessed.

i have what i needed in my life for now.
THANK YOU ALLAH.


Thursday, October 13, 2011

double in triple :)

presenting....

happy birthday to dua orang budak triple v yang dah ada angka 2 and BIG FAT ZERO  kat umuq depaaa! haha

NUR HANIS ATHIKAH MOHD KHIR
 &
INTAN SOFIA BENTAN 

*huhahhh....bunga api letup2*

selamat menjadi belia. huha
(aku pun dah tak lama bakal menyusul) hoho

no more teen.
hangpa secara rasmi telah bergelar wanita puluhan tahun, instead of aku yang masih belasan tahun.
hahaha! *gelak jahat*



hang tau apa motif aku letak gambaq hang makan intan?
SEBAB AKU MEMANG NAK TUNJUK KATA HANG KUAT MAKAN.
hahaha. sila jangan stress dengan statement aku.
sila jadi kurus seperti dalam gambar di atas.
haha!

HAPPY BIRTHDAY INTAN.
may Allah bless you always.
friendship forever.
bet dah nanti anak-anak kita jadi bestfriend ok macam mummy depa?
hehe! 
*berangan macam dah kahwin*




ni hanis! budak bambam yang lama tak dijumpai!
haha..nis... lis ucapkan happy birthday okay..
sorry just a text thru HP will do.
nanti bila-bila nis free kita jumpa ok?

:)


takmau stress-stress.
just finish it until the end line.
know what, i miss reading those your lovely writing tu.
:)
nanti buatkan kat lis satu boleh?
:D



triple v suatu ketika dulu. without shak, fathin n meemi!
*buruknya rupa aku dulu*

ok bye.

to hanis and intan,
sila ucapkan terima kasih tanda terharu sebab aku buat post ni pagi-pagi before aku p kelas sit for quiz physiology. sambil study sambil buat post ni special tuk korang!
hahaha!
*esp intan, sila menangis air mata darah oke?*

miss all triple V. 
*ahh sebak pagi2 tak pasal2*



 
Images by Freepik