Pages

Saturday, April 30, 2011

trademark.

teringat waktu zaman kat maktab dulu.
cikgu yus ke ustaz yang bising ntah.
tak ingat.
tp rasa lawak gila.

sapa-sapa yang pakai tudung xreti-reti jahit kat tengah tu...saya suruh kamu bukak pakai telekung yang besaaqqq tu p kelas.


hahaha! terburai isi perut dengar.

ustaz punya trademark : saya cakap, saya buat. :P

ok, selesai... (cikgu yus punya trademark)

study statistic pulak paih nih.


intan : i miss you!

Wednesday, April 27, 2011

Allah tidak akan mensia-siakanku

Kadangkala dalam hidup kita tidak pernah sedar, Tuhan sudah melengkapkan hidup kita dengan benda-benda yang kita perlukan untuk jalani hidup dengan sempurna. Sebab Dia akan sentiasa berikan yang terbaik buat kita.

Sempurna vs terbaik?

Sempurna itu saya lihat dari sisi dari peri cukup atau tidak dalam sesuatu benda asas dalam hidup yang menjadi suatu keperluan, bukan dalam konteks kita dapat segalanya yang kita minta.

Terbaik? Benda yang kita perolehi itu pastinya sesuatu yang Allah sudah rancang untuk kita, dan Dia tahu itu ada adalah sebaik-baik perkara yang bersesuaian dengan fitrah diri kita. Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Seperti mana tidak pernah ada istilah kebetulan ataupun istilah bernasib baik dalam hidup. Segala sudah diatur rapi, hanya menunggu masa untuk ‘dilepaskan’ dari Loh Mahfuz dan mencorakkan hidup kita.

Hidup tetap ada pasang surutnya. Tetap ada kegembiraan walapun terselit duka. Allah juga telah berjanji, selepas kesusahan pasti kesenangan berpanjangan akan datang menghampiri. Untuk mengharungi, caranya juga Allah telah jelaskan. Solat dan sifat sabar itu penawarnya.

Syukur tingkatannya lebih tinggi dari tingkatan sabar. Berapa ramai manusia boleh bersabar? Tidak ramai. Apatah lagi yang mampu mengucap syukur, malah bilangan lebih sedikit. Apa erti syukur yang sebenarnya? Apabila kita redha dengan segala ujian yang datang menyinggah, itu adalah suatu bentuk kasih dan tarbiyyah Dia buat kita. Redha? Bila hati ini belajar mengucapkan syukur. Lebih cantik apabila diadun dengan tawakal dan kebergantungan sepenuhnya terhadap rahmat Allah yang tidak pernah surut datang menyirami kita setiap masa.

Rezeki Allah itu bertebaran di muka buminya yang luas, selagi ada rezeki buat kita maka usah gusar. Mengapa harus dikisahkan, dirisaukan tentang perkara yang belum pasti berlaku? Benar hidup itu suatu percaturan, tiada siapa yang mengetahui masa depan apa yang bakal berlaku. Namun bersedia dengan kejutan dalam hidup yang sudah ditentukan dan tetap istiqamah berusaha mencari redhaNya, suatu ketetapan yang perlu dilakukan sentiasa. Itu sahaja cara mengajar hati agar redha. Jangan pernah berhenti yakin dengan adanya rahmat Allah, tetap sentiasa akan ada laluan buat kita seandainya laluan target kita sudah beralih simpangnya, kerana Allah sudah membina ‘jalan yang lain’.

Terus usaha mencari redhaNya. kerana Allah melihat kepada hasil. balasan yang setimpal itu imbalannya. sama ada dalam bentuk yang sama seperti apa yang kita usahakan, mungkin juga balasan itu dalam bentuk lain yang tidak pernah kita sangka-sangka. yakinlah bahawa hidup ini diciptakan dengan indah, dan ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah kita mencapai apa yang sepatutnya yang terbaik dalam hidup kita. Ujian itu perlu sebelum melayakkan diri kita menerima imbalan yang pastinya tetap membuatkan hidup kita tenang dan dalam keredhaanNya.


Cukuplah Allah sebagai pelindungku.

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar. Usah bersedih.

read this. i really admire this sister.
i love her spirit.
and i wish i could be strong like her.
just klik je.


nurlisa afifah.
kolej mara seremban.
27 april 2011.

Saturday, April 23, 2011

pilihan dan ketentuan.

masa depan.
nobody will be certain on that thing. 
saya tak berani dan tak mahu cakap banyak.
saya juga tak peduli cakap-cakap orang yang nak label saya budak bodoh kalau saya tak dapat fly gara-gara saya tak lepas flying point.
sebab mereka bukan tahu dan rasa struggle gila saya dalam IB ni.
bukan mereka tahu yang IB banyak jasa pada saya. ajar saya jadi manusia.
kalau cikgu kt KP dulu ajar saya macam mana nak jadi ORANG, cikgu di KMS and IB mengajar saya macam mana nak jadi MANUSIA.

kalau tak fly apa nak buat?
saya tak tahu saya saya nak kata saya yakin pada miracle-Nya ataupun tidak.
saya taknak cakap kat mulut padahal hati dan usaha saya menafikan kenyataan tu.
tolong lah yakin pada Allah, lisa!
i know somehow self-motivation do helps sometimes...
cuma dalam keadaan sekarang saya tak tahu untuk mengharap dan merancang apa untuk diri saya.
saya benar-benar tidak tahu.
saya tidak tahu apa perancangan Allah untuk saya.
(macam la sebelum ni pun tahu kan?ceh...)

tidak..cuma....maksud saya...
sekurang-kurangnya dulu saya tahu ada back up plan, masalahnya kali ini saya tak ada back up plan.
saya rasa sesiapa yang berada diambang 50-50 seperti saya sahaja yang merasainya.
anda tidak tahu back up plan anda seandainya major plan anda tidak menjadi.
dah la major plan ni tidak ada pilihan lain. 
ANDA KENA LEPAS DAN TERBANG.
itu sahaja pilihan yang tinggal dan anda terpaksa pilih.

nak appeal? oh no. saya tak rasa MARA akan beri option itu seandainya saya tak lepas.
saya dah belajar dari pengalaman senior-senior saya yang terdahulu.
membuat rayuan adalah sangat menyakitkan, memeritkan.. namun apa pilihan yang mereka ada?

saya benar-benar berharap keajaiban yang akan berlaku. serius. 
saya akan tetap terus usaha. mungkin selama ni saya tak tahu saya masih belum cukup berusaha. sedangkan saya rasa saya dah buat usaha tu semaksima mungkin.
macam mana lagi nak force?
force dan force dan force lagi.

senior yang menanti di manipal, saya tak berani janji saya akan jumpa anda disana ataupun tidak.
saya tidak pernah merasa tidak bersedia seperti ini untuk menduduki final.
point saya benar-benar sangat tidak memberangsangkan!
malah saya tak tahu nak buat macam mana lagi.
tapi saya tetap optimis yang saya boleh buat.
cuma untuk tentukan saya fly ataupun tidak.
fly atapun tidak.
Allah yang tahu apa yang terbaik untuk saya.
mungki ramai orang akan fikir bahawa berjaya fly itu suatu yang terbaik.
namun saya tidak pasti hal yang sama applicable ke atas diri saya ataupun tidak.

math dan physics.
Allah....


IB FINAL EXAM 2011.
MAY,3- MAY,19 2011.

tunggu saya IB. saya akan buat sedaya yang saya mampu.

Monday, April 18, 2011

at least.sayarasagembira =)







im happy! im happy! at least duduk rumah saya berjaya revise secara tidak sengaja. :)

Saturday, April 16, 2011

KISAH TRIAL YANG ...

alhamdulillah.
baru selesai trial.
ada memori juga trial kali ni.
sekali lagi.
tak pernah terlepas dari buat hal. same goes to this IB trial.
deh~

trial PMR:

dulu memang sangat hebat menghafal dan mengingat no angka giliran orang lain dan no IC orang lain. sampai sekali satu paper tu, tertulis no IC and angka giliran orang lain. pandai betul. dah terconfuse dengan no angka giliran sendiri dengan no IC sendiri. nasib baik time PMR betul, dah ade print siap2 nama dengan no angka giliran atas OMR paper tu. omgA, buat hal sungguh.

trial SPM:

ni memang sampai mati tak boleh lupa. kisah yang wajib dicerita pada anak-anak dan cucu-cucu nanti. (wah terberangan jap). lewat setengah jam paper 2 sejarah. gara-gara tertidur kat asrama. memang gila. sampai warden n cikgu sejarah datang bilik kejutkan. nasib lah cikgu tau bilik kat mana. dah la jarak dari asrama ke dewan besar tu dari hujung dunia ke hujung dunia kt maktab tu. berlarian macam orang gila masuk dewan. tudung pakai tengah jalan. grab bag n kasut sampai dewan...nayris nak tersungkur cium tanah depan bilik guru. buat hal lagi hg ni lisa. bayangkan, kertas dua sejarah tu kan soalan esei, maaf cikgu, hari tu xsempat nak karang bunga-bunga sangat. janji ada isi terkeluar dari kepala, tulis je. macam bullet train la menulis time tu. tak ada masa tambahan pulak tu. mak aih! balik bilik menangis la. hahah!

next day, cikgu sejarah datang jumpa. cikgu risau kot xscore. cikgu check paper kamu dulu, lisa. cikgu rosma kata. alhamdulillah. hasilnya still A+. cuma kurang sikit ja dari skor yang biasa. 5markah. (weh banyak kot 5 markah tu???). terlepas dapat best scorer for subjek sejarah. saya lost 1 mark je kepada pemegang skor subjek terbaik subjek sejarah masa hari graduasi. tak apa lah. bukan rezeki saya time tu.

ps: saya sangat minat suka dan cintakan sejarah. <3



trial IB:

buat hal sekali lagi. sehari sebelum last paper baru-baru ni. subjek paper 3 kesemuanya hari tu. 3 paper. lihat flownya. PYHSICS SL P3, MATH HL P3 AND BIOLOGY HL P3. bio mmg confirm petang. part physics and math tu.saya tertukar subjek! saya ingatkan math dulu. patutlah, kat luar dewan semua orang pegang buku fizik. mati-mati menghafal pasal Doppler effect. laser. monochromatic. coherent. standing waves. sedang saya memegang buku statistic and probability option. sibuk menghafal dan meneliti hypothesis testing, t-test, z-test chi squared. sekali invigilators cakap, ok physics SL candidates you may enter the hal..cangak jap. tenung muka member kat sebelah. dia tengah baca Business and Management.

saya : kau amik bisness dulu ke pagi ni? bukan math dlu ke?

dia : math lepas ni la. kau baca math apahal? kau amik math dulu ke?

saya : kalau kau amik bisnes dulu, tu tanda aku sit for physics dulu lah!!!!


(bayangkan ini situasi semasa 5 min sebelum seated for exam)

Physics Standard Level Paper 3.
Option A : Sight dan Wave Phenomena
Option G : Electromagnetic Waves.



arghhhh!!!! nak jawab apa ni??????

define population inversion. tu pun takleh jawab. sebab tak baca. Option G xsempat tengok langsung.technically mmg soalan tu buta2 je boleh dapat markah! nasib baik Allah beri kekuatan mengingat. baca Option A separuh jalan dah semalam before exam, tapi tak habis. mujur apa yang ditanya tu yang sempat dibaca. kalau tanya pasal Doppler effect, memang kunyah smapai lumat Data Booklet Physics tu pun tetap tak leh jawab sebab tak baca!!!!

saya macam nak menangis tengok paper physics tu. dah la nak hadam question lagi. nak jawab  lg. nak tipu2 lg. ok fine, memang tak dapat nak menipu sebab tak tau nak tipu apa atas kertas tu. ok malam tu p surau sembang ngn budak physic HL. rupanya soalan kami sama ja! cis! dan cis! dan cis lagi!!! (i wonder, im taking  physic SL or HL ni???)

dalam dewan lagi sepanjang exam physics berjalan, i keep telling myself. Ya Allah, Kau yang mentakdirkan semua ini terjadi. Kau yang mengatur segalanya. mesti ada sebab kenapa Kau buat macam ni. permudahkanlah. jangan Kau sulitkan urusanku. itu je yang saya mampu buat untuk reda kan hati time tu.


frust? entah lah. macam tak ada hati dah kat physics. tapi ayah saya cakap, suka tak suka. ilmu tu Allah punya. Dia yang berhak nak bagi atau tidak. kita pinjam kejap je ilmu tu. suka tak suka tetap kena belajar, sebab itu requirement. sikit ja lg. IB pun dh nak habis. insyaallah lepas ni tak tengok dah physics.

reminder: KEPADA BAKAL BUUDAK MEDIC/DENT JANGAN JADIKAN PHYSICS ITU ALASAN ESCAPISM KENAPA ANDA MAHU AMBIL MEDICINE OR DENTISTRY! TOLNG JANGAN ADA MIND SET MACAM TU. NANTI BILA DAPAT YANG UNEXPECTED DALAM HIDUP. MEMANG SUSAH NAK HADAM NANTI.


mood keluar dewan lepas physics : malas nak tengok math dah. bermati-mati tadi dah tengok math! hahaha!



GOODLUCK TO ALL KMS IB BATCH 5'ERS.
SEMUA DAPAT FLY. INSYAALLAH.
TAK LUPA JUGA BUAT RAKAN IB DI KMB.
18 HARI LAGI.

GOODLUCK JUGA BUAT RAKAN-RAKAN A LEVEL BATCH 10.
SELAMAT MENDUDUKI A2.

BUAT ADIK JUNIOR A LEVEL BATCH 11.
SELAMAT JUGA BUAT AS ANDA.



ps : cantik juga cert ib ni. hehe~

(bukan saya punya lg la tapi...one day..tak lama dah. insya Allah~)

Friday, April 8, 2011

asyik-asyik bab nikah kahwin. tak penat?


berhenti fikir pasal baitul muslim.
berhenti cakap tentang nikah.
kenapa saya kata begitu?

andai anda :

-umur baru belasan tahun
-bergelar pelajar tajaan di peringkat persediaan (yang memang confirm2 anda guna duit rakyat) <--- so nak main2 lagi???
-ataupun bergelar pelajar pra-persedian/asasi/ diploma yang belum merasa lagi nak buat degree
-sumber kewangan masih bergantung kepada ibu bapa SEPENUHNYA
-punya bf/gf yang umur pun tak jauh seperti anda.

nasihat saya : hentikan.

claim as nak ikhwan, claim nak akhwat tu jadi teman hidup...as ciri-ciri yang ada padanya sangat menarik hati.
berapa percent dalam diri kita dah usaha nak mantapkan diri supaya jadi pasangan yang ideal?
bina apa yang anda cari itu dalam diri anda terlebih dahulu sebelum mencari apa yang anda idamkan.

bukan masanya lagi nak mencari itu ini. usaha mencari tu nanti bila dah mantap. tu je. itu bukan maksud saya saya yang kita tak perlu berusaha. kita perlu sentiasa berusaha. yes betul. tapi apa je usaha yang kita boleh buat sekarang?

usaha anda sekarang: 

-BINA MODAL DIRI, JADI ANDA PUN AKAN SANGAT BERNILAI UNTUK' DICARI' SUATU HARI NANTI.
-BERDOA.

tu je dulu buat masa ni.
lagi cantik bila anda boleh fikir apa sumbangan yang anda boleh beri kepada ummah dahulu.




jangan asyik fikir baitul muslim non stop. 
kalau ikut tingkat muratib amal tu pun baitul muslim tu duduk ranking ke berapa?
yang first tu individu muslim tu dulu. 

INDIVIDU MUSLIM.
mantapkan diri dengan muwasafat tarbiyyah tu dulu.



apa tu MUWASAFAT TARBIYYAH?


okay saya tak banned orang yang kahwin time belajar. kahwinlah. saya suka orang yang ikut sunnah. menyempurnakan sebahagian daripada agamanya. namun kalau nak kahwin pun, tunggu lah dekat2 nak habis belajar nanti. ni 1st degree pun belum grab, apa kes nak bernikah time buat preparation ni?

media elektronik pun kena tapis juga bila nak baca. memang sekarang ni dah banyak sangat artikel2 islamik cakap pasal baitul muslim, bab nikah kahwin umur muda, pasal tanggungjawab kahwin semasa belajar. banyak sangat.
okay, it do affect ourself sometimes. tapi berpada- padalah.
tak semua artikel tu boleh diaplikasi kepada anda.
anda= umur belasan tahun.
mungkin mostly benda-benda tu dituju kepada mereka yang berumur lingkungan 22-25 tahun.
okay, saya rasa umur tu agak ideal lah bagi sesiapa yang nak kahwin awal.

nak kahwin sekarang? boleh. jika anda bersedia untuk pikul tanggungjawab dan membuka ruang kematangan dalam diri anda. 
sebab bukan takde orang kahwin umur belasan macam ni. 
bukan si gadis tak study tinggi2. pelajar jurusan perubatan.
kos hebat-hebat juga. 
tapi lihatlah si suaminya pula...lecturer. engineer. 
paling kurang pun sudah bekerja dan ada kewangan yang mantap.
bagi yang berkahwin time study, dua-dua suami isteri masih bergelar pelajar namun mesti si suami tetap ada back up untuk maintain financial dia.
boleh mak ayah nak support sekali sekala.
tapi takkan all the time kot kan?

memang agama jadi faktor utama.
tapi nasihat saya, just bukan sekarang lah. please.


fikirlah sendiri.
jangan disebabkan terlalu seronok terhanyut dengan impian baitul muslim.
dengar lagu nasyid pun mendayu-dayu sikit dah semacam je rasa.
tanggungjawab study dan pemegang amanah rakyat terbiar.
oh bahaya.
haa..baik hati-hati.
jaga hati tu okay?

apa definisi baik pada diri anda?

ANDA BELUM CUKUP BAIK SELAGI BELUM IKUT SYARIAT YANG SEBENARNYA.

itu definisi baik pada saya.
selagi awak belum jadi muslim yang sebenarnya... i couldn't easily said that you are good enough.
and even if you are good enough, you dont have any right to judge.
awak jadi baik, as to pleased people around you...ataupun that's the way you are?
awak label orang baik...as they follow your wish, granting what you want...is that perfectly match your definition of baik tu?

 
Images by Freepik