Pages

Saturday, April 16, 2011

KISAH TRIAL YANG ...

alhamdulillah.
baru selesai trial.
ada memori juga trial kali ni.
sekali lagi.
tak pernah terlepas dari buat hal. same goes to this IB trial.
deh~

trial PMR:

dulu memang sangat hebat menghafal dan mengingat no angka giliran orang lain dan no IC orang lain. sampai sekali satu paper tu, tertulis no IC and angka giliran orang lain. pandai betul. dah terconfuse dengan no angka giliran sendiri dengan no IC sendiri. nasib baik time PMR betul, dah ade print siap2 nama dengan no angka giliran atas OMR paper tu. omgA, buat hal sungguh.

trial SPM:

ni memang sampai mati tak boleh lupa. kisah yang wajib dicerita pada anak-anak dan cucu-cucu nanti. (wah terberangan jap). lewat setengah jam paper 2 sejarah. gara-gara tertidur kat asrama. memang gila. sampai warden n cikgu sejarah datang bilik kejutkan. nasib lah cikgu tau bilik kat mana. dah la jarak dari asrama ke dewan besar tu dari hujung dunia ke hujung dunia kt maktab tu. berlarian macam orang gila masuk dewan. tudung pakai tengah jalan. grab bag n kasut sampai dewan...nayris nak tersungkur cium tanah depan bilik guru. buat hal lagi hg ni lisa. bayangkan, kertas dua sejarah tu kan soalan esei, maaf cikgu, hari tu xsempat nak karang bunga-bunga sangat. janji ada isi terkeluar dari kepala, tulis je. macam bullet train la menulis time tu. tak ada masa tambahan pulak tu. mak aih! balik bilik menangis la. hahah!

next day, cikgu sejarah datang jumpa. cikgu risau kot xscore. cikgu check paper kamu dulu, lisa. cikgu rosma kata. alhamdulillah. hasilnya still A+. cuma kurang sikit ja dari skor yang biasa. 5markah. (weh banyak kot 5 markah tu???). terlepas dapat best scorer for subjek sejarah. saya lost 1 mark je kepada pemegang skor subjek terbaik subjek sejarah masa hari graduasi. tak apa lah. bukan rezeki saya time tu.

ps: saya sangat minat suka dan cintakan sejarah. <3



trial IB:

buat hal sekali lagi. sehari sebelum last paper baru-baru ni. subjek paper 3 kesemuanya hari tu. 3 paper. lihat flownya. PYHSICS SL P3, MATH HL P3 AND BIOLOGY HL P3. bio mmg confirm petang. part physics and math tu.saya tertukar subjek! saya ingatkan math dulu. patutlah, kat luar dewan semua orang pegang buku fizik. mati-mati menghafal pasal Doppler effect. laser. monochromatic. coherent. standing waves. sedang saya memegang buku statistic and probability option. sibuk menghafal dan meneliti hypothesis testing, t-test, z-test chi squared. sekali invigilators cakap, ok physics SL candidates you may enter the hal..cangak jap. tenung muka member kat sebelah. dia tengah baca Business and Management.

saya : kau amik bisness dulu ke pagi ni? bukan math dlu ke?

dia : math lepas ni la. kau baca math apahal? kau amik math dulu ke?

saya : kalau kau amik bisnes dulu, tu tanda aku sit for physics dulu lah!!!!


(bayangkan ini situasi semasa 5 min sebelum seated for exam)

Physics Standard Level Paper 3.
Option A : Sight dan Wave Phenomena
Option G : Electromagnetic Waves.



arghhhh!!!! nak jawab apa ni??????

define population inversion. tu pun takleh jawab. sebab tak baca. Option G xsempat tengok langsung.technically mmg soalan tu buta2 je boleh dapat markah! nasib baik Allah beri kekuatan mengingat. baca Option A separuh jalan dah semalam before exam, tapi tak habis. mujur apa yang ditanya tu yang sempat dibaca. kalau tanya pasal Doppler effect, memang kunyah smapai lumat Data Booklet Physics tu pun tetap tak leh jawab sebab tak baca!!!!

saya macam nak menangis tengok paper physics tu. dah la nak hadam question lagi. nak jawab  lg. nak tipu2 lg. ok fine, memang tak dapat nak menipu sebab tak tau nak tipu apa atas kertas tu. ok malam tu p surau sembang ngn budak physic HL. rupanya soalan kami sama ja! cis! dan cis! dan cis lagi!!! (i wonder, im taking  physic SL or HL ni???)

dalam dewan lagi sepanjang exam physics berjalan, i keep telling myself. Ya Allah, Kau yang mentakdirkan semua ini terjadi. Kau yang mengatur segalanya. mesti ada sebab kenapa Kau buat macam ni. permudahkanlah. jangan Kau sulitkan urusanku. itu je yang saya mampu buat untuk reda kan hati time tu.


frust? entah lah. macam tak ada hati dah kat physics. tapi ayah saya cakap, suka tak suka. ilmu tu Allah punya. Dia yang berhak nak bagi atau tidak. kita pinjam kejap je ilmu tu. suka tak suka tetap kena belajar, sebab itu requirement. sikit ja lg. IB pun dh nak habis. insyaallah lepas ni tak tengok dah physics.

reminder: KEPADA BAKAL BUUDAK MEDIC/DENT JANGAN JADIKAN PHYSICS ITU ALASAN ESCAPISM KENAPA ANDA MAHU AMBIL MEDICINE OR DENTISTRY! TOLNG JANGAN ADA MIND SET MACAM TU. NANTI BILA DAPAT YANG UNEXPECTED DALAM HIDUP. MEMANG SUSAH NAK HADAM NANTI.


mood keluar dewan lepas physics : malas nak tengok math dah. bermati-mati tadi dah tengok math! hahaha!



GOODLUCK TO ALL KMS IB BATCH 5'ERS.
SEMUA DAPAT FLY. INSYAALLAH.
TAK LUPA JUGA BUAT RAKAN IB DI KMB.
18 HARI LAGI.

GOODLUCK JUGA BUAT RAKAN-RAKAN A LEVEL BATCH 10.
SELAMAT MENDUDUKI A2.

BUAT ADIK JUNIOR A LEVEL BATCH 11.
SELAMAT JUGA BUAT AS ANDA.



ps : cantik juga cert ib ni. hehe~

(bukan saya punya lg la tapi...one day..tak lama dah. insya Allah~)

5 comments:

 
Images by Freepik