Pages

Tuesday, August 9, 2011

siapa tahu? siapa sangka?

bila saya lihat miracle terjadi dalam hidup orang lain,
saya ternanti-nanti apakah miracle yang terjadi dalam hidup saya.
Julai merupakan ujian terhebat buat saya.
salah satu sebab utamanya adalah kerana result.
ya saya tak nafikan, emotion demolition yang sangat melampau apabila pathway hidup saya berubah 180 darjah.
saya berperang dengan perasaan yang sangat tertekan ketika itu.

bayangkan,
selama ini saya tak pernah berdepan dengan kegagalan. jadi saya tak keluar dari zon selesa saya.
mula dari UPSR...PMR...SPM...result terus-terusan menghujani saya dengan perasaan : aku akan dapat apa yang aku impikan.
saya terlupa pada hakikat rezeki.
namun tidak pada IB.

ketika ini terlihat sejauh mana ketetapan hati saya untuk bersangka baik dengan Allah.
kalau selama ini Allah sentiasa letakkan saya di atas, kali ni Dia letakkan saya dibawah.
benar-benar dibawah.
benar, saya rasa terlalu kerdil ketika itu.
cuba nak bangun balik.
saya paksa diri saya.
sampai saya rasa saya pura-pura jadi hipokrit.
usaha menopengkan diri dihadapan orang lain untuk kelihatan kuat.
tapi saya tak sedar, itulah usaha saya untuk mencari kekuatan sebenarnya.
dengar lagu video yang dibuat oleh rakan se-batch. lagi buat saya menangis teresak-esak.


saya suka quotenya.
HIDUP INI MEMANG SUKAR, NAMUN TIADA YANG LEBIH SUKAR DARI BANGKIT SETELAH TERJATUH.

bohonglah saya tak sedih, tak tertekan setiap kali melihat newsfeed di Group Batch berkaitan soal kesibukan mereka mengisi borang-borang.
tapi saya sedar, saya takboleh salahkan mereka. itu hak mereka nak berdiskusi. mereka golongan majoriti disitu. dan memang itulah tujuan asalnya kenapa grup itu ditubuhkan pada mulanya. tapi saya bukan 'sebahagian' dari mereka walapun mereka semua rakan seperjuangan yang tak pernah jemu menyokong. walaupun kami semua 'satu'.
Allah dah kata itu bukan rezeki saya.
hanya mereka yang tahu, yang senasib dengan saya sahaja yang rasa.

siapa tahu gejolak hati saya tatkala ke grad.
siapa tahu tersayatnya hati saya apabila parents orang lain bangga akan pencapaian anak mereka.
sebab tu saya taknak parents saya datang ke grad, saya taknak mereka sedih sebab saya takdapat fly.
saya taknak parents saya rasa 'dimalukan' punya anak seperti saya, walaupun saya tahu, mereka tetap anggap saya anak yang dah berikan yang terbaik buat mereka.
orang mungkin akan kata : "kau takleh kata macam tu lisa, kau still berjaya sebab berjaya grad buat IB."
saya tak kata anda salah, cuma anda tak mungkin akan faham sampai bila-bila perasaan saya macam mana.

siapa tahu hari-hari stress saya dirumah.
berperang dengan call, telefon line asyik busy, call engaged, sambungan asyik tak dapat-dapat dan online sampai sakit mata mencari jalan untuk mencari placement.
dapat Eygpt, tapi ada masalah tak dapat juga nak ke sana.
sampai satu tahap saya memang give up. menangis saya call cerita kat seorang hamba Allah ni.
"SAYA DAH TAK LARAT MACAM NI, MINTA UNI TU XCUKUP REQUIREMENT, MINTA UNI NI DAPAT TAPI MARA PULA TAK APPROVE."
"SABAR LISA, ADA NANTI TU. SABAR."

sakit memang sakit bila tak dapat fly ni.
orang macam pandang hina gila.
mana taknya...bila dalam mind set dua tahun buat program yang mencabar keimanan macam tu. mind set nak sambung buat dentistry. tiba tiba takdapat fly gara-gara satu point sahaja memisahkan India dan Malaysia, stay kena sambung local lepas tu kena tukar kos buat medic daripada dentistry. ingat senang ke nak ubah pendirian macam tu aje?
sekali lagi.
ALLAH ITU TAHU APA YANG TERBAIK. BUKAN SAYA.
SAYA KISAH PANDANGAN DIRI SAYA TERHADAP DIRI SAYA SENDIRI.
HANYA SAYA TAHU BETAPA KUATNYA SAYA UNTUK BANGUN BALIK.
DAN KEKUATAN TU ALLAH YANG BAGI!

sangat susah mengajar hati supaya yakin dengan ketentuan Allah.
bila kecewa tu datang tiba-tiba. automatik saya akan menangis.
tapi pujuk hati cepat-cepat, its OK. Allah is with me.
yakin lah dengan ketentuan Allah.
yakin lah ada benda Allah nak bagi.
tapi time tu saya tak nampak lagi.
terlupa satu perkara,
saya usaha, saya ikhtiar semua benda,
kalau saya sendiri tak yakin dengan kekuatan berdoa, tawakkal dan yakin itu sendiri.
macam mana Allah nak makbulkan?

sekarang, miracle itu dah datang pada saya,
saat saya rasa sangat jauh terjelepuk kebawah.
tak kuat nak bangun semula.
DAN SAYA TAK SANGKA REZEKI ITU DATANG KEPADA SAYA.



ANY UPDATE SAYA AKAN BERITAHU LAGI.
TAPI CUKUPLAH BUAT HATI SAYA LAPANG SANGAT-SANGAT SEKARANG NI.


akhir kata, buat rakan-rakan yang bakal mendapat result A Level khamis ini (11/8/11), baik Advance Subsidiary (AS) ataupun A2, ingatlah Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat saya dan kalian.InsyaALLAH.
berjaya semuanya.



8 comments:

  1. btol2.lisa kuat. Allah dh tentukan yg terbaek utk hg :)

    ReplyDelete
  2. lisa...we're in the same boat, and im in ur shoe,or used to be in the same phase,alhamdulillah, He listens to you, always, but it just another time lag, so that He knows that you always need Him,..doakan aku jugak..i mean, kami yg lain nii..hehe..btw,, part ni aku nak like 88 kali boleh??? "bohonglah saya tak sedih, tak tertekan setiap kali melihat newsfeed di Group Batch berkaitan soal kesibukan mereka mengisi borang-borang.
    tapi saya sedar, saya takboleh salahkan mereka. itu hak mereka nak berdiskusi. mereka golongan majoriti disitu. dan memang itulah tujuan asalnya kenapa grup itu ditubuhkan pada mulanya. tapi saya bukan 'sebahagian' dari mereka walapun mereka semua rakan seperjuangan yang tak pernah jemu menyokong. walaupun kami semua 'satu'.
    Allah dah kata itu bukan rezeki saya.
    hanya mereka yang tahu, yang senasib dengan saya sahaja yang rasa."

    ReplyDelete
  3. @intan sofia : kuat la. minum redbull. roh binatanggg~ xP

    @..uni.. : i know,aku pun rasa benda yang sama yang hg rasa. hg like la berjuta kali pun. sebab aku tau, hg faham macam mana.anything update aku ngn status placement hg ok? love fillah! <3

    ReplyDelete
  4. lisa.. :)

    kak gee tersenyum je time baca entry ni. k.gee pun mengalami hal yg sama setahun yg lalu. 1 point je lg nk fly, tukar amek dentist. pegi cucms. pastu kena buat balik year 1 kt rcmp.

    tp siapa sangka, rezeki Allah bg k.gee dpt program twinning kt india. miracle kan? :)

    lisa kena sabar. dan usaha. jgn putus asa. kalau ada pape, mind to ask me anything. mtk kt Allah spy dikuatkan smngat. ujian ni hanya permulaan.

    ReplyDelete
  5. @gee : kak perasan tak, kita punya final IB point pun sama kan? hehe~. tulah, sebijik macam kak gee dah flow hidup lisa ni.sabar,usaha dan yakin. insyaAllah.betul cakap akak tu. thanks for segala nasihat and bantuan yg akk dh bg kat lisa selama ni. appreciate it very2 much.nanti apa2 hal lisa minta tolong kt akak lagi. :)

    ReplyDelete
  6. masyaAllah. sama mcm apa yg aku rasa sebenarnya. hipokrit sungguh diri sendiri.
    aku nak LIKE jugak part yg yuni ckp tu boleh tak? :)

    ReplyDelete
  7. @atiqaaskan : boleh. kau nak like lagi banyak dari dia pun bolehh~ haha!

    ReplyDelete

 
Images by Freepik