Pages

Sunday, October 30, 2011

cerita air tangan dan #sepuluhtahunlagi

patutlah mak selalu pesan dulu.
air tangan mak yang memasak tulah yang yang membentuk peribadi anak-anak
anak-anak tak dengar kata
semuanya punca dari air tangan mak yang mendidik.
mana nak datang air tangan tu?
of course la memasak n  menguruskan rumah tangga.

memang benda ni seems like nampak remeh
air tangan isteri jugalah yang akan 'mengikat' perut suami.
menawan hati suami.
tapi indirectly
ada main peranan juga sebenarnya.

masak pun kalau sedap tak sedap husband nak puji
tu bergantung kepada keikhlasan sang isteri yang memasak
nak prepare masakan itu untuk dia.
masak hati ikhlas, 
confirm la apa pun jadi sedap
itu salah satu faktor yang menyumbang ke arah kebahagiaan rumah tangga.
doesnt mean yang sedap tu dikira bila masakan tu special ke tidak
tapi sejauh mana effort kita nak memasak buat si suami.
hehe


rasa sangat beruntung punya emak yang sangat menitik beratkan anak daranya kena pandai memasak
malas macam mana pun, bila mak dah suruh tu, takkan nak bantah kan.
so indirectly dari situ mak suruh saya belajar memasak.
lama-lama jadi minat.
sebab bila kita memasak n bagi orang makan masakan kita tu
rasa satu kepuasan.
dapat mengenyangkan perut orang yang makan.
then saya improve lah slow-slow, ada benda yang mak saya tak pernah try nak masak
saya try.
make an effort
sanggup keluar pergi cari barang masak
guna duit sendiri beli bahan masak
janji hati puas dapat memasak. :)

kalau boleh, one day  nanti eventhough saya bekerjaya
dah ada anak-anak sendiri and dah bersuami suatu hari nanti
saya nak jadi macam Mak saya.
yang boleh uruskan anak-anak dan keluarga.
masak sendiri, ajar anak mengaji sendiri, menjahit baju sendiri <---- (yang ni macam mustahil sikit)
mak saya full housewife.
tapi saya akan cuba make an effort so that boleh jadi macam Mak.
anak-anak tak rasa kekurangan apa-apa pun.
will try.

entahlah
saya rasa apa yang saya tengah buat sekarang ni sebelum kahwin
selain mempersiapkan diri dengan kualiti-kualiti isteri solehah
saya nak ada kualiti ibu mithali juga.
saya nak jadi doktor yang pandai memasak, bijak uruskan rumah tangga, hormat orang tua.
itu kualiti sebelum kahwin yang saya cuba capai.
barulah saya rasa berbaloi sikit nak letak mahar tinggi-tinggi  pun kan. haha! tapi takde maknyanya nak letak hantaran tinggi-tinggi sangat... sebab

''sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya, dan yang paling rendah kadar maharnya..''

keh3~

bijak berhias untuk suami saya, boleh jadi pendidik terbaik buat anak-anak.
ini impian selepas kahwin.
ahh bunyi saya terlalu bragging myself.
bukan bukan.
ini cuma impian saya apabila punya keluarga suatu hari nanti.
menjadi isteri yang sesempurna mungkin kepada lelaki yang bergelar suami saya nanti.
menjadi seorang Ibu yang boleh anak-anak banggakan suatu hari nanti.

sepuluh tahun lagi?

insyaAllah...jika Allah panjangkan umur saya serta Dia permudahkan jalan mencapai impian itu...

#saya akan bergelar Dr. Khairun Nurlisa Kamal.
#menjadi isteri seorang pegawai TLDM. <---- (jika benar dia jodoh saya)
#punyai seorang anak dan seorang lagi ada dalam perut and saya boleh bayangkan bagaimana rupa diri saya membawa belly berlari-lari di dalam wad. :) *berangan sangat
#hantar Mak Ayah n parents mertua ke Tanah Suci Makkah
#im driving Toyota Prius




AMIN.

Monday, October 24, 2011

see. i told you.

dah cakap dah
kalau Allah sendiri yang plan nak hantar saya ke CUCMS ni
Dia sendiri akan mudahkan jalannya.

buku rujukan.
faham ajelah kan buku rujukan for medic student ni tebal-tebal and mahal gila kalau nak beli yang baru kan?
i guess Allah dah send seorang hamba Allah ni yang saya tak kenal sangat pun siapa, sekadar kenal kat surau lepas solat. 4th year student and tiba-tiba offer nak bagi buku rujukan dia. 
banyak pulak tu, dan kakak tu cakap bayarlah awak nak bayar berapa pun.

kalau nak ikutkan, buku-buku tu mana lah saya mampu nak beli serentak. mau habis empat-lima ratus gak tu.
tapi kakak tu boleh baik hati, bayar je awak rasa nak bayar berapa.
*nanges terharu*

Allah, thank you.
You make it easier when life gets hard and tougher day by day.
:)


حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا حَيْوَةُ أَخْبَرَنِي بَكْرُ بْنُ عَمْرٍو أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ هُبَيْرَةَ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ أَبَا تَمِيمٍ الْجَيْشَانِيَّ يَقُولُ سَمِعَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا (رواه أحمد)
Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rizki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rizki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).


Allah berfirman (QS. 65:3):

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا


Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Thursday, October 20, 2011

Saturday, October 15, 2011

random again.

sometimes God has given you so many things for you to fell blessed.
being all around people who loved you, care for you.
He has ease your way here, despite giving you want you really wanted so bad.
flying...be in India at the moment... being far from him,family and friends.
i could never face that. it is beyond my capabilities. i cannot bear with that.
i feel thankful to God, for what i have now.
really blessed.

i have what i needed in my life for now.
THANK YOU ALLAH.


Thursday, October 13, 2011

double in triple :)

presenting....

happy birthday to dua orang budak triple v yang dah ada angka 2 and BIG FAT ZERO  kat umuq depaaa! haha

NUR HANIS ATHIKAH MOHD KHIR
 &
INTAN SOFIA BENTAN 

*huhahhh....bunga api letup2*

selamat menjadi belia. huha
(aku pun dah tak lama bakal menyusul) hoho

no more teen.
hangpa secara rasmi telah bergelar wanita puluhan tahun, instead of aku yang masih belasan tahun.
hahaha! *gelak jahat*



hang tau apa motif aku letak gambaq hang makan intan?
SEBAB AKU MEMANG NAK TUNJUK KATA HANG KUAT MAKAN.
hahaha. sila jangan stress dengan statement aku.
sila jadi kurus seperti dalam gambar di atas.
haha!

HAPPY BIRTHDAY INTAN.
may Allah bless you always.
friendship forever.
bet dah nanti anak-anak kita jadi bestfriend ok macam mummy depa?
hehe! 
*berangan macam dah kahwin*




ni hanis! budak bambam yang lama tak dijumpai!
haha..nis... lis ucapkan happy birthday okay..
sorry just a text thru HP will do.
nanti bila-bila nis free kita jumpa ok?

:)


takmau stress-stress.
just finish it until the end line.
know what, i miss reading those your lovely writing tu.
:)
nanti buatkan kat lis satu boleh?
:D



triple v suatu ketika dulu. without shak, fathin n meemi!
*buruknya rupa aku dulu*

ok bye.

to hanis and intan,
sila ucapkan terima kasih tanda terharu sebab aku buat post ni pagi-pagi before aku p kelas sit for quiz physiology. sambil study sambil buat post ni special tuk korang!
hahaha!
*esp intan, sila menangis air mata darah oke?*

miss all triple V. 
*ahh sebak pagi2 tak pasal2*



Tuesday, October 4, 2011

EMPATHY vs. PERCEPTION

let me remind you, any content in this blog is my personal opinion.
my personal thought, a way of delivering my thought.
you may disagree, but please respect.
thats how you value others.
itu prinsip berblogging.
basic la tu. takkan tak tau kot.
segala caci-maki tu boleh, tapi biarlah ada motif dan 'isi' untuk improvekan diri.
bukan condemning untuk menjatuhkan orang lain and post comment tu tunjuk awak sangat loser.
again, that's basic.
ok?

right.
move on to the main thing that i wanna talk in this post.

ini adalah random post, bukan nak marah or apa, cuma meluahkan sesuatu yang saya nak cakap. maaf terlebih dahulu andai post ini mengandungi unsur-unsur sinis,pedas, emo tak pasal-pasal dan sebagainya.

today's topic : PERCEPTION.

benda yang saya nak highlight :

1) orang yang solat tapi still buat benda jahat. 
2) orang yang berhijab tapi still perangai tak elok macam orang berhijab sepatutnya behave.
3) orang yang tak solat namun claim diri sendiri baik.
4) orang yang tidak berhijab yang dipandang serong gara-gara dia tidak berhijab.konon gadis itu jahat.

1st of all saya nak cakap, dalam dunia ni memang ada macam-macam jenis manusia. itu commen sense lah kan. kalau awak taktau, sila pergi knuckle 1000x sekarang. tapi masalah sekarang ni bukan orang ramai taktau, tau aje tapi behave macam orang yang taktau! faham tak? tak faham. okey sila abaikan.

komen saya?


golongan 1 :
orang akan selalu cakap yang orang solat tapi perangai tak elok ni, baik takpayah solat. amboi-amboi, siapa awak nak cakap macam tu? solat  tu tiang agama, itu common sense again. kalau taktau, sila amik Steyr, letak mucung Steyr tu letak dekat kepala,tarik picu and lepas. well derrr, *gaya anwarhadi* tak semua orang solat tu baik, tapi semua orang yang baik tu solat. ada faham? paling tidak, dia laksanakan apa yang Allah suruh dia buat. sekurang-kurangnya tanggungjawab dia sebagai seorang Muslim dia dah laksanakan. rukun Islam kedua tu. kan? solat tapi still buat jahat, boleh diperbaiki. lebih baik dari orang yang langsung tak ada effort nak penuhkan kewajipan tiang agama tu. betul tak? paling saya pantang dengar, lelaki la cakap macam tu. yang solatnya pun macam main fill in the blanks je. lagi kau nak condemn-condemn orang. hello, kalau tuntutan solat tu pun awak tak boleh nak accomplishkan lagi, macam mana awak nak bimbing isteri awak one day nanti. nak panggil siapa jadi imam untuk imamkan solat isteri awak nanti? so fikirlah sendiri . dari condemn orang, tuding jari kat orang sana -sini, sila lihat 3 jari lagi awak sedang tuding ke arah siapa? mungkin juga walaupun dia jenis tak tinggal perintah Allah, namun perangai dia tak elok sangat, mungkin tu ujian Allah kenakan ke atas dia. kan hidup manusia ni tak sunyi dari menerima ujian? tak gitu? hehe~


golongan 2: 
yang pakai hijab tapi perangan tak proportional dengan hijab yang dipakai ini pun satu hal juga. kalau tak takde lah orang nak buat lagu minah tudung lah, orang nak sibuk-sibuk mengata perempuan bertudung rosak akhlak lah. oi perempuan, baik awak tak payah pakai tudung, buat rosak imej wanita bertudung yang lain diluar sana. ok fine, saya tak kata. tapi itu reflection stereotaip orang-orang diluar sana. well macam point di atas, tak semua perempuan bertudung tu baik, tapi wanita yang cantik akhlak dan tiptop soal penjagaan maruah diri akan surely bertudung. betulkan statement saya kalau saya salah. yang bertudung, atas dasar berfesyen dan mengikut peredaran semasa... oke berfesyen tu tak salah, asal syariat tu awak tak ketepikan. labuh tak semestinya kena pakai tudung labuh bidang 60 besar tu, kalau jarang tak guna gak. kalau dah tau jarang, tapi nak pakai jugak, carilah usaha pakai tudung inner ke apa. benda paling basic : labuh melepasi paras dada, tak jarang dan tidak terlalu ketat pin di bahagian kepala sampai menunjukkan bonggol-bonggol seperti bonggol unta tu yang cukup buruk pada pandangan saya, itu sudah cukup memadai. kalau tak susah payah je mak ayah pergi hantar kelas mengaji agama, buat penat je ustazah kat sekolah ajar macam mana nak menutup aurat dengan betul dan sempurna. again : cara pemakaian itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. kan? usaha untuk awak memakai hijab itu yang memang saya tabik. itu bukti yang fitrah awak adalah manusia yang normal. sukakan kebaikan. namun soal perangai buruk tak buruk tu, itu urusan awak dengan Allah. kita bukan siapa-siapa yang punya hak pun nak menghukum. jangan ajar diri jadi seorang penghukum. meskipun benda tu semua orang dalam dunia suka buat secara tak sedar. betul tak? hehe~


golongan 3:
baik lelaki ataupun perempuan,ada je yang claim diri sendiri tu baik walupun tak solat. siap cakap pulak tu, aku tak solat pun tapi aku baik la, lagi baik dari orang yang solat tu. ewah-ewah... kat dunia boleh la awak cakap macam tu ye, sebab pandangan manusia. tapi pandangan Allah? mesti takde ustaz bagitau kat awak yang amalan pertama sekali yang dihisab selepas kita mati nanti adalah amalan solat kan?oklah saya nak bagitau awak lah ni. so jangan bangga-bangga sangat ye cik kak, cik abang...hidup mati kita tak tahu bila. dah la mengaku diri sendiri baik, lepas tu pulak asyik nak yang perfect aje dalam hidup kan. aiyok, sungguh la kamu ini.  asyik condemn sana sini and sibuk listing lelaki/wanita ideal masing-masing..well, kalau awak nak kualiti tu, kualiti ni... cuba jadi kualiti macam tu terlebih dahulu. test kat diri sendiri. haa, then barulah boleh dapat yang sekufu. apa orang kata, sepadan gitu. nak yang soleh/solehah, kalau diri sendiri tak solehah/soleh..memang macam once in a blue moon lah awak nak dapat. pergilah tanya siapa pun, semua nak lelaki baik jadi husband diorang. semua nak perempuan baik jadi wife diorang. the most element counted in man that woman looking for is BOLEH MEMBIMBING. tapi wahai perempuan-perempuan, awak jangan lah harapkan dia je nak bimbing awak, sekurang-kurangnya usaha dulu untuk betulkan diri sebelum dia bimbing awak. baru lah completing each other. tak gitu? hehe...yang lelaki pulak, mesti nak stok perempuan yang baik-baik aje jadi wife, konon nanti nak uruskan anak-anak dan rumahtangga jadi aman damai, tapi tak pernah ke terfikir kalau asyik perempuan je yang kena jadi baik tapi awak takde effort lagsung nak jadi baik sama-sama dengan dia..kesian pulak la kan? :) so to be fair and square, kena la sama-sama perbaiki diri untuk dapat yang terbaik kan? 


golongan 4: 
saya boleh je terima orang yang tak bertudung. ingat orang yang tak bertudung ni semua jahat ke? come on, jangan lah fikir begitu. kadang-kadang ada je kawan-kawan yang tak bertudung tu lagi bagus dari orang yang bertudung. tapi apa nak buat, ini semua sebab stereotype thinking manusia. TERLALU MUDAH MENGKONGKLUSI. doakan lah dia terbuka hati diberikan taufik dan hidayah nak bertudung juga suatu hari nanti. sebab saya ulang ye, fitrah  manusia tu suka akan perubahan. berubah untuk jadi baik. tapi, perubahan juga perlukan masa. jenis perempuan lah yang suka cakap-cakap pasal perempuan lain yang tak bertudung, macam pandang serong semacam. baik camne pun perempuan tu dia tetap tak boleh nak terima disebabkan orang tu tak bertudung. tapi jangan lupa, awak,dia  dan saya pemegang satus hamba Allah tau. di mata Allah, mungkin si dia yang tidak bertudung tu lebih baik dari awak. siapa tau kan? saya sendiri pun taktau. hehe~ 


ok dah habis menyumpah bercakap, apa yang saya nak cakap sangat-sangat.
renung-renungkanlah ye? tuju untuk diri sendiri juga.
okbye.
:)

again, NO OFFENSE.
peace~
^^.v





Saturday, October 1, 2011

worth-less


clockwise rotation:

1. before surgery of removal of 6 teeth
2. 6 teeth removed
3. 2 weeks after surgery
4. i love my teeth now! xD

it's a worth-waiting and worth-sacrificing thing.

<3




 
Images by Freepik