let me remind you, any content in this blog is my personal opinion.
my personal thought, a way of delivering my thought.
you may disagree, but please respect.
thats how you value others.
itu prinsip berblogging.
basic la tu. takkan tak tau kot.
segala caci-maki tu boleh, tapi biarlah ada motif dan 'isi' untuk improvekan diri.
bukan condemning untuk menjatuhkan orang lain and post comment tu tunjuk awak sangat loser.
again, that's basic.
ok?
right.
move on to the main thing that i wanna talk in this post.
ini adalah random post, bukan nak marah or apa, cuma meluahkan sesuatu yang saya nak cakap. maaf terlebih dahulu andai post ini mengandungi unsur-unsur sinis,pedas, emo tak pasal-pasal dan sebagainya.
today's topic : PERCEPTION.
benda yang saya nak highlight :
1) orang yang solat tapi still buat benda jahat.
2) orang yang berhijab tapi still perangai tak elok macam orang berhijab sepatutnya behave.
3) orang yang tak solat namun claim diri sendiri baik.
4) orang yang tidak berhijab yang dipandang serong gara-gara dia tidak berhijab.konon gadis itu jahat.
1st of all saya nak cakap, dalam dunia ni memang ada macam-macam jenis manusia. itu commen sense lah kan. kalau awak taktau, sila pergi knuckle 1000x sekarang. tapi masalah sekarang ni bukan orang ramai taktau, tau aje tapi behave macam orang yang taktau! faham tak? tak faham. okey sila abaikan.
komen saya?
golongan 1 :
orang akan selalu cakap yang orang solat tapi perangai tak elok ni, baik takpayah solat. amboi-amboi, siapa awak nak cakap macam tu? solat tu tiang agama, itu common sense again. kalau taktau, sila amik Steyr, letak mucung Steyr tu letak dekat kepala,tarik picu and lepas. well derrr, *gaya anwarhadi* tak semua orang solat tu baik, tapi semua orang yang baik tu solat. ada faham? paling tidak, dia laksanakan apa yang Allah suruh dia buat. sekurang-kurangnya tanggungjawab dia sebagai seorang Muslim dia dah laksanakan. rukun Islam kedua tu. kan? solat tapi still buat jahat, boleh diperbaiki. lebih baik dari orang yang langsung tak ada effort nak penuhkan kewajipan tiang agama tu. betul tak? paling saya pantang dengar, lelaki la cakap macam tu. yang solatnya pun macam main fill in the blanks je. lagi kau nak condemn-condemn orang. hello, kalau tuntutan solat tu pun awak tak boleh nak accomplishkan lagi, macam mana awak nak bimbing isteri awak one day nanti. nak panggil siapa jadi imam untuk imamkan solat isteri awak nanti? so fikirlah sendiri . dari condemn orang, tuding jari kat orang sana -sini, sila lihat 3 jari lagi awak sedang tuding ke arah siapa? mungkin juga walaupun dia jenis tak tinggal perintah Allah, namun perangai dia tak elok sangat, mungkin tu ujian Allah kenakan ke atas dia. kan hidup manusia ni tak sunyi dari menerima ujian? tak gitu? hehe~
golongan 2:
yang pakai hijab tapi perangan tak proportional dengan hijab yang dipakai ini pun satu hal juga. kalau tak takde lah orang nak buat lagu minah tudung lah, orang nak sibuk-sibuk mengata perempuan bertudung rosak akhlak lah. oi perempuan, baik awak tak payah pakai tudung, buat rosak imej wanita bertudung yang lain diluar sana. ok fine, saya tak kata. tapi itu reflection stereotaip orang-orang diluar sana. well macam point di atas, tak semua perempuan bertudung tu baik, tapi wanita yang cantik akhlak dan tiptop soal penjagaan maruah diri akan surely bertudung. betulkan statement saya kalau saya salah. yang bertudung, atas dasar berfesyen dan mengikut peredaran semasa... oke berfesyen tu tak salah, asal syariat tu awak tak ketepikan. labuh tak semestinya kena pakai tudung labuh bidang 60 besar tu, kalau jarang tak guna gak. kalau dah tau jarang, tapi nak pakai jugak, carilah usaha pakai tudung inner ke apa. benda paling basic : labuh melepasi paras dada, tak jarang dan tidak terlalu ketat pin di bahagian kepala sampai menunjukkan bonggol-bonggol seperti bonggol unta tu yang cukup buruk pada pandangan saya, itu sudah cukup memadai. kalau tak susah payah je mak ayah pergi hantar kelas mengaji agama, buat penat je ustazah kat sekolah ajar macam mana nak menutup aurat dengan betul dan sempurna. again : cara pemakaian itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. kan? usaha untuk awak memakai hijab itu yang memang saya tabik. itu bukti yang fitrah awak adalah manusia yang normal. sukakan kebaikan. namun soal perangai buruk tak buruk tu, itu urusan awak dengan Allah. kita bukan siapa-siapa yang punya hak pun nak menghukum. jangan ajar diri jadi seorang penghukum. meskipun benda tu semua orang dalam dunia suka buat secara tak sedar. betul tak? hehe~
golongan 3:
baik lelaki ataupun perempuan,ada je yang claim diri sendiri tu baik walupun tak solat. siap cakap pulak tu, aku tak solat pun tapi aku baik la, lagi baik dari orang yang solat tu. ewah-ewah... kat dunia boleh la awak cakap macam tu ye, sebab pandangan manusia. tapi pandangan Allah? mesti takde ustaz bagitau kat awak yang amalan pertama sekali yang dihisab selepas kita mati nanti adalah amalan solat kan?oklah saya nak bagitau awak lah ni. so jangan bangga-bangga sangat ye cik kak, cik abang...hidup mati kita tak tahu bila. dah la mengaku diri sendiri baik, lepas tu pulak asyik nak yang perfect aje dalam hidup kan. aiyok, sungguh la kamu ini. asyik condemn sana sini and sibuk listing lelaki/wanita ideal masing-masing..well, kalau awak nak kualiti tu, kualiti ni... cuba jadi kualiti macam tu terlebih dahulu. test kat diri sendiri. haa, then barulah boleh dapat yang sekufu. apa orang kata, sepadan gitu. nak yang soleh/solehah, kalau diri sendiri tak solehah/soleh..memang macam once in a blue moon lah awak nak dapat. pergilah tanya siapa pun, semua nak lelaki baik jadi husband diorang. semua nak perempuan baik jadi wife diorang. the most element counted in man that woman looking for is BOLEH MEMBIMBING. tapi wahai perempuan-perempuan, awak jangan lah harapkan dia je nak bimbing awak, sekurang-kurangnya usaha dulu untuk betulkan diri sebelum dia bimbing awak. baru lah completing each other. tak gitu? hehe...yang lelaki pulak, mesti nak stok perempuan yang baik-baik aje jadi wife, konon nanti nak uruskan anak-anak dan rumahtangga jadi aman damai, tapi tak pernah ke terfikir kalau asyik perempuan je yang kena jadi baik tapi awak takde effort lagsung nak jadi baik sama-sama dengan dia..kesian pulak la kan? :) so to be fair and square, kena la sama-sama perbaiki diri untuk dapat yang terbaik kan?
golongan 4:
saya boleh je terima orang yang tak bertudung. ingat orang yang tak bertudung ni semua jahat ke? come on, jangan lah fikir begitu. kadang-kadang ada je kawan-kawan yang tak bertudung tu lagi bagus dari orang yang bertudung. tapi apa nak buat, ini semua sebab stereotype thinking manusia. TERLALU MUDAH MENGKONGKLUSI. doakan lah dia terbuka hati diberikan taufik dan hidayah nak bertudung juga suatu hari nanti. sebab saya ulang ye, fitrah manusia tu suka akan perubahan. berubah untuk jadi baik. tapi, perubahan juga perlukan masa. jenis perempuan lah yang suka cakap-cakap pasal perempuan lain yang tak bertudung, macam pandang serong semacam. baik camne pun perempuan tu dia tetap tak boleh nak terima disebabkan orang tu tak bertudung. tapi jangan lupa, awak,dia dan saya pemegang satus hamba Allah tau. di mata Allah, mungkin si dia yang tidak bertudung tu lebih baik dari awak. siapa tau kan? saya sendiri pun taktau. hehe~
ok dah habis menyumpah bercakap, apa yang saya nak cakap sangat-sangat.
renung-renungkanlah ye? tuju untuk diri sendiri juga.
okbye.
:)
again, NO OFFENSE.
peace~
^^.v
^^.v
lyssaa...u look chubby in this pic..betol ke tak?
ReplyDeletehehe
or gmbr ni yg cenggitu...
mkanan cyberjaya sodap2 heh?
hahah! never lah! oke..salah angle amik gmbaq tau dak? haha! saya kuruih ja oke? :P *takmaumengakuplak*
ReplyDeletecik lisa~ nampak tak saya tabik spring kat awak ni??? hehehe
ReplyDeletehahah! shira! :P ok nampak spring vibrate! hek3~
ReplyDeletelisa, try discuss pasal haram police. hehe lagi bnyk kot nk dirungkai. aku kalu pasal bende2 berat2 ni tak pakar nk mnulis kat blog. bg bakal doc kit je yg tulis..huahuhhaahahhaha
ReplyDeleteaini, haram police tu mcm mana plak?
ReplyDelete