Pages

Friday, May 4, 2012

aku rindu pada biah itu.

salam alaik.

sangat susah sebenarnya untuk hidup dalam suasana yang sukar, atau tidak sebaik suasana yang pernah anda dapat suatu ketika dahulu. namun kata orang, belajar lah jika tidak menjadi sebahagian daripadanya, maka usaha untuk menjadi pencetus ataupun penggerak untuk memulakan suasana(biah) ditempat baru harus dimulakan. tapi tahukah bahawa sangat sukar untuk dilakukan sekiranya anda berseorangan?

biah KMS tak pernah ada manusia yang cakap-cakap belakang yang obviously sampai nak menjatuhkan maruah orang lain or jadi gossip yang melarat hingga nampak macam tidak masuk akal. juga di situ ada lebih ramai manusia yang sentiasa boleh bersangka baik dengan semua orang walupun kadang-kadang jelas manusia suka membuat justifikasi segera ke arah yang lebih negatif dan paling penting...di KMS itu juga ada biah yang sangat harmoni, tegur menugur tentang kesilapan itu perkara biasa namun approach bersesuaian dengan fitrah ataupun keadaan seseorang itu. bukan membuat tekaan membabi buta.

maaf, post kali ini lebih kepada untuk meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati. hakikatnya diri ini masih lemah, kadang kala terhanyut juga dengan suasana manusia ditempat baru, namun masih cuba ber'liqo dengan sebahagian yang boleh membuatkan diri ini merasa sedikit tempias daripada biah KMS.


sungguh aku rindu.


#adik-adik Batch 6...tengah final exam IB sekarang ni


#ini gambar pertama penulis bergambar disini sepanjang menuntut di KMS, itu pun setelah tamat bergraduasi.


ma'assalamah, wa'illal liqo'.

2 comments:

  1. aaa sangat rindu KMS..tempat yg mengajar seribu satu kemanisan di sebalik sejuta kepayahan..
    tempat mengajar aku melihat dunia dari perspektif berbeza..

    dan ya,Biah itu amat penting..ayuh, jadilah pencetus.kalau tak mampu,sekurang-kurangnya carilah ia..hihi..

    rindu hg Lisa.. =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku masih mencari, namun kdg2 kita menentang arus sungai yang sgt kuat, kdg2 terhanyut jap.pastu patah balik,rintangan air sungai tu makin kuat menolak kita. kdg2 tak kuat jugak.

      aku doakan hang pun kuat mencari biah di sana!
      aku pun rindukan hang. :)
      fillah.

      Delete

 
Images by Freepik