Pages

Tuesday, July 24, 2012

it's all about trust.

random thought again.

kadang-kadang bila melihatkan nasib orang lain yang bermasalah dalam perhubungan, aku kadang-kadang kesian. yang dah bertunang, macam-macam dugaan. banyak juga yang aku kenal dengan gf/wife tentera ni. even dah sampai nak kahwin pun bermasalah juga. isu yang aku nak brought up here is trust.

biasalah, adat kalau partner askar...tak sah hidup tak pindah randah. jarangnya nak jumpa, ataupun kehendak perkhidmatan yang memaksa mereka melalui perhubungan jarak jauh. Ya Allah, masalah bila partner dah pernah ada gf...ada bf... then rasa was-was bila nak berjauhan, takut partner buat hal. in this case, aku kadang-kadang rasa kesian bila ada bf yang setiap tapi gf buat hal, takpun si lelaki buat hal and perempuan ni menanti dengan setia dan tak tahu dia telah ditipu. rasa insecure tu ada je kalau sekali kepercayaan telah dikhianati.

yang share password FB satu hal, kalau atas tujuan keselamatan tak apa, but if tujuan nak stalk pasangan buat apa, berkawan dengan siapa, nak halang, nak kongkong hidup dia. i think itu bukan purpose why you're having the relationship at the first place. aku nak cakap banyak pun aku pun dok bertatih lagi, nak bercinta cara orang dewasa, bukan cara budak-budak hingusan. but just to share my two cents, WHAT IS THE VALUE OF YOUR TRUST?

I  do know as well, biarpun sesiapa sekalipun... kita tak boleh percaya sepenuhnya pada orang luar, sebab dari situ peluang untuk mengambil kesempatan dengan mencemarkan kejujuran itu sangatlah tinggi.

aku tahu aku dulu pun bukanlah sempurna.. pernah a few times dah ada partner. bukan nak buka pekung  di dada namun cuma nak berkongsi, somewhat aku rasa bertuah sebab ada dia sekarang, sebab I'm the first person yang dia sayang more than a friend. i never have to be afraid of kena datang serang dengan ex-gf dia ke, ex-gf nak datang ganggu aku ke... no and never so far. alhamdulillah. and I hope this will be everlasting one. dia jenis pendiam, tak ramai kawan perempuan and sometimes I do, from the way he treats me pun memang dia tak reti nak layan perempuan macam mana. totally contradict dengan aku yang hyperaktif, peramah dan talkative melampau ni. i love networking, kenal orang sana-sini while he choose to be low profile. dari segi tu aku kadang-kadang rasa loser dengan dia sebab untuk dia tak percayakan aku tu sangat tinggi sebab aku lebih expose to those thing, dan tendency untuk aku buat hal belakang dia pun tinggi dengan orang lain, but all he does : up to you. saya percayakan awak. tapi buat hal belakang saya, tu antara awak dengan Tuhan. *so far aku tak terdetik lagi nak buat macam tu  -_________- nauzubillah

but i believe, semua tu berbalik kepada diri masing-masing nak menyerlahkan strength diri masing-masing. and aku cuba sinergikan good element so that boleh serasi together for the time being.

bila away lama-lama detach dengan dia, jadi dah biasa. takde ape sangat lagi. plus pesan seorang wife navy kat aku, bila detach dari suami dia.. masa ni lah isi masa tu kalau teringat dia pergi mengaji ke, buat solat hajat doakan keselamatan husband ke, bukan nak sedih-sedih sebab kena tinggal, rindu tu biasalah lah siapa tak rindu tp bila teringat, make doa. better that way dari meroyan setiap masa kt twitter or buat post kat blog. katanya kalau sekali sekali terlepas tu biasalah, tapi ingat... BUKAN SETIAP MASA.

aku respect cara dia macam tu, even bila dia nasihat somehow it reflects to me back. even aku masih belum bersuami pun, at least dgn komitmen yg aku ada sekarang dan aku betul-betul commit in this thing, aku take note juga apa yang dia cakap tu. somewhat, ada positive point di situ. macam sekarang bila dah berjauhan, dah jarang contact, aku rasa banyak sikit masa yang aku boleh spend untuk solat, mengaji etc. etc. bukan nak kata kehadiran si dia tu membuatkan aku lalai dariNya, maksud aku, aku rasa lagi dekat dengan Tuhan. bila jarang contact tu, akses aku dan dia akan semakin limit kepada benda yang betul-betul perlu dan bermakna.

but again, above all. semuanya tentang kepercayaan dan kejujuran.

aku tak berani cakap yang dia takkan buat perangai langsung in future, konon-konon aku dah betul-betul kenal traits dia macam mana.jalan aku dengan dia still sangat jauh lagi, even the real life challenge aku rasa aku belum layak lagi kalau nak dibandingkan dengan orang lain. I do... people do change as time goes by. me as well, cuma how kitorang nak adapt dengan cara masing-masing. alhamdulillah, hubungan masih bertahan tanpa gangguan pihak ketiga. family yang menyokong dan memantau pergerakan. dan insyaAllah, moga keamanan ini kekal sampai bila-bila.

benar, perhubungan mana yang tidak dilambung badai, yang tidak dilanda masalah, tapi alhamdulillah tiada masalah yang berpunca dari pihak luar. kalau ada pun bertengkar, itu cuma mencari titik keserasian. dan a way towards understanding each other better. dan aku percaya juga, jodoh itu datang dengan mudah, kalau benat that's the one for you. aku tak berani janji antara aku dah dia ini adalah jodoh, selagi mana aku belum sah jadi milik si dia. cuma hikmah pertemuan aku dan dia setakat ini kerana aku percaya redha Allah itu datang dari redha ibu bapa yang merestui perhubungan dan all support from family and friends yang mendoakan. insyaAllah.

this is really the way that i want. the kind of relationship i"ve been looking for and alhamdulillah masih bertahan.

aku doa moga hati manusiawi ku yang berbolak balik ini ditetapkan olehNya, dan dugaan yang mendatang bagi mematangkan aku tentang kehidupan dapat aku tempuhi dengan tabah.

insyaAllah.

4 comments:

  1. Oh. tahniah. Kami doa, kami juga mengaminkan doa, dan kami harap, agar anda dan teman anda sekarang, akan ke jinjing pelamin dalam masa terdekat. Untunglah, kerna di hujung-hujung usia dunia sekarang ni, memang susah nak jumpa pasangan yang kita rasa kita senangi, yang jujur :)

    ReplyDelete
  2. alolor..sweet sgt bca ni..btol jgk kan..yg pntg kna percaya..sbb kdg2 byk dgr ckp2 org pn jd was2 jgk..hmmm...tgh close dgn sorg navy skrg..tp x brani ambil next step..lebih kpd takut sebenarnya..mcm2 bermain di fikiran..blum pape lg org2 sekeliling dah bg persepsi buruk kt dorg..sedih jgk cmni..hope ur relationship kekal smpai syurga ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bad thought on labels people in military selalu macam tu. saya tak pertikaikan apa yg awk ckp tu, betul..people senang sgt ada bad perception towards tentera ni. bg sy, all is about that person tu sendiri, label tentera yang jahat dan bad things about them is just generalization. bg sy, try to know side of dia sebagai bukan seorang tentera, tp as manusia biasa yang ada kekurangan dan kelemahan. then awak akan lebih berlapang dada untuk menerima. :)

      goodluck and thank you for dropping by! ;D

      Delete

 
Images by Freepik