Pages

Friday, November 28, 2014

dilemma seorang medical student

We are trying to treat you as our own. Though we are still in training, but we need that as a part of our training. 


To treat you for real in future. I respect your privacy sometimes that you don't want to be disturbed and politely refusing us to be there. 
But I believe, would you ever think a sec if the one who come in the training is your own family? 
Would you have the same trust on them to treat you, if they are not exposed to what they've should be doing?


(Read: not all patient are like this, just a few of them) 


Maaf dipinta. 
Kami bukan saja-saja mahu menggangu. 
Tapi begitulah kitaran dan cara kami belajar. 
Izinkan kami belajar dari anda, sebelum kami dapat membantu anda di kemudian hari. 
Sumpah Hippocrates: not to harm menjadi pegangan. 
Pesakit itulah 'buku' kami. Disebalik kejayaan seorang doktor itu, ada terselit doa-doa, dan kebenaran untuk 'menganggu secara terhormat' yang datang dari pesakit yang pernah membantu semasa proses pembelajaran kami dihospital. 
Ada jasa staf dan jururawat yang tidak lokek memberi tunjuk ajar. 
Niat kami hanya untuk belajar. 





Dan semoga dengan itu Allah melimpahkan pahala dengan banyaknya ke atas anda.



kenapa eh nak jadi doktor eh?

makin lama pegang status pelajar perubatan, soalan paling mudah saya utarakan kepada diri sendiri;
--kenapa pilih nak sangat jadi doktor?
makin sukar nak dijawab.
tak semudah sewaktu di bangku sekolah, alasan nak tolong orang susah. kesian tengok ramai orang sakit. 
(sebahagian alasan seperti nak dapat title Dr./nak kaya/nak orang respect/confirm dapat kerja pasti ada dalam sanubari juga. saya juga manusia. tak pandai nak menipu bila melibatkan perkara duniawi).

alasan lapuk semata.
dan tidak semudah itu saya nak rungkaikan sekarang.
seolah itu soalan yang tidak ada jawapan apabila ditanya.
saya keliru dengan jawapan saya sendiri.

yang pasti--
saya suka melihat gelagat manusia.
dan saya gembira jika saya mampu buat sesuatu untuk orang lain.

makin lama, makin jumpa pelbagai gelagat pesakit di wad, di klinik, fill doktor juga berbeza ikut posting. dan melihat bagaimana capahan pemikiran mereka, makin membuatkan saya terfikir perkara kedua;
--doktor jenis apa yang saya mahu jadi suatu hari nanti?
yang garang dengan pesakit yang degil? 
yang makin lelah dengan perangai pesakit yang makin canggih pengetahuannya lalu saya berubah menjadi pendebat/pemindato menangkis segala hipotesis fakta yang beliau petik dari Google, bukan dari praktis seorang pengamal perubatan?
yang mampu mentarbiyah dan merawat luaran dan dalaman-- penyakit hati/mental dah makin banyak sekarang?

itu cabaran yang saya nampak sekarang.
tak mustahil satu hari nanti saya bercita-cita nak jadi ahli parlimen pula mungkin?
almaklumlah, nak jadi ustaz ustazah tak boleh.
nanti kena 'balun'.



atau jadi superwoman jela. got my uniform already. :P

 
Images by Freepik