Pages

Showing posts with label clinical years. Show all posts
Showing posts with label clinical years. Show all posts

Friday, November 28, 2014

dilemma seorang medical student

We are trying to treat you as our own. Though we are still in training, but we need that as a part of our training. 


To treat you for real in future. I respect your privacy sometimes that you don't want to be disturbed and politely refusing us to be there. 
But I believe, would you ever think a sec if the one who come in the training is your own family? 
Would you have the same trust on them to treat you, if they are not exposed to what they've should be doing?


(Read: not all patient are like this, just a few of them) 


Maaf dipinta. 
Kami bukan saja-saja mahu menggangu. 
Tapi begitulah kitaran dan cara kami belajar. 
Izinkan kami belajar dari anda, sebelum kami dapat membantu anda di kemudian hari. 
Sumpah Hippocrates: not to harm menjadi pegangan. 
Pesakit itulah 'buku' kami. Disebalik kejayaan seorang doktor itu, ada terselit doa-doa, dan kebenaran untuk 'menganggu secara terhormat' yang datang dari pesakit yang pernah membantu semasa proses pembelajaran kami dihospital. 
Ada jasa staf dan jururawat yang tidak lokek memberi tunjuk ajar. 
Niat kami hanya untuk belajar. 





Dan semoga dengan itu Allah melimpahkan pahala dengan banyaknya ke atas anda.



kenapa eh nak jadi doktor eh?

makin lama pegang status pelajar perubatan, soalan paling mudah saya utarakan kepada diri sendiri;
--kenapa pilih nak sangat jadi doktor?
makin sukar nak dijawab.
tak semudah sewaktu di bangku sekolah, alasan nak tolong orang susah. kesian tengok ramai orang sakit. 
(sebahagian alasan seperti nak dapat title Dr./nak kaya/nak orang respect/confirm dapat kerja pasti ada dalam sanubari juga. saya juga manusia. tak pandai nak menipu bila melibatkan perkara duniawi).

alasan lapuk semata.
dan tidak semudah itu saya nak rungkaikan sekarang.
seolah itu soalan yang tidak ada jawapan apabila ditanya.
saya keliru dengan jawapan saya sendiri.

yang pasti--
saya suka melihat gelagat manusia.
dan saya gembira jika saya mampu buat sesuatu untuk orang lain.

makin lama, makin jumpa pelbagai gelagat pesakit di wad, di klinik, fill doktor juga berbeza ikut posting. dan melihat bagaimana capahan pemikiran mereka, makin membuatkan saya terfikir perkara kedua;
--doktor jenis apa yang saya mahu jadi suatu hari nanti?
yang garang dengan pesakit yang degil? 
yang makin lelah dengan perangai pesakit yang makin canggih pengetahuannya lalu saya berubah menjadi pendebat/pemindato menangkis segala hipotesis fakta yang beliau petik dari Google, bukan dari praktis seorang pengamal perubatan?
yang mampu mentarbiyah dan merawat luaran dan dalaman-- penyakit hati/mental dah makin banyak sekarang?

itu cabaran yang saya nampak sekarang.
tak mustahil satu hari nanti saya bercita-cita nak jadi ahli parlimen pula mungkin?
almaklumlah, nak jadi ustaz ustazah tak boleh.
nanti kena 'balun'.



atau jadi superwoman jela. got my uniform already. :P

Saturday, June 22, 2013

June update.

salam peeps. finally updating my blog.
yeah, June. 
mula-mula nak start June wasn't that good lah. sebab cuak nk sit for 1st professional Exam. 
straight 3rd June- 6th June
7th June - result. 
mau tak kecut perut gua.






then after segala kecuakan melanda, alhamdulillah...
I've passed!


syukur sangat. sebab lepas. some of my comrades didn't make it. 
yes 1st pro exam memang susah. 
aku sendiri start prepare since awal tahun. tu pun tak dapat distinction.
nak lulus pun menggelupur.
entering medical school memang susah. but to ensure yourself nak mantain results, takde sangkut paper, tak kena repeat year, is also a tough challenge.


but they're going to re-sit the exam.
and I pray everything is okay for them.

these are my groupmates. all of us make it alhamdulillah. I'm surely gonna miss working with them. yelah, facing all the dramas in preparing notes, im as the leader to make sure all of us cooperate and committing to the group so that our preparation for 1st pro exam going on smoothly. mujur semua dengar kata aku yang garang nih. :P  

and... welcoming Year 3!!!!
*insert drum roll pleaseee~ *



this is my 1st course after entering 3rd year. yes, all of us need to do an elective project. 
i choose to do something that is indoor and my mom as the external supervisor. 
bukan apa. malas nk keluar rumah.
 aku kan anak dara pemalu.
hahahaha. 
okay, abaikan ayat last tu menipu.
BAHAHAHAHAAH






journey to 3rd year is cool. since I'm going to clinical. baru lah merasa sikit nak jadi the real doctor. practice ambil history taking and build rapport with the patients. is not an easy thing to do as it seems. May Allah ease. for my 3rd year posting, I'll be learning 5 subjects which are Internal Medicine, Paediatrics, Obstetric and Gynaecology, Community Medicine and Surgery. Hospitals that I'll be going are HAT 94 Terendak, Hospital Manjung, Hospital Putrajaya and Hospital Banting. 

orang cakap seronoklah posting Manjung. dekat Lumut. dekat dengan base TLDM Lumut. takde maknanya. Pakcik tu sibuk LI dah kot. memang Pakcik kena naik kapal kat Lumut, tapi tau ajalah, mesti susah punya nak jumpa time dia LI ni. maka mental aku bakal dicabar lagi. takpelah. dulu dah biasa kena tinggal sekali waktu Pakcik gi KDSI training Midshipmen, so maka kali ini, kena lah redha juga. 

Me: bila boleh jumpa lagi ni?
Him: tahun depan
Me: okayyy~


and bersempena dengan kejayaa naik clinical years ni... Ayah memang niat nak belikan kereta. sebab well, rational nya sebab bila dah naik clinical year susah nk bergerak sana-sini posting kalau tak ada transport sendiri. bukan niat nk bermegah ke apa. cuma really feel thankful. lepas exam, dapat kereta. Alhamdulillah for all the blessing and joy.



kereta ni, aku kasi nama Black Widow. 
yeah. so sexy and i know it. 
BAHAHAHAH. 
yes, highlight besar-besar. memang ni kereta 2nd hand. 
ada reason aku sendiri kenapa aku minta ayah beli 2nd hand car. but not too old lah, this car umur dia Dec 2008. I'm the 2nd owner.

sebab apa?
1) sebab kalau boleh, nak belajar kereta yang ada bonnet belakang, so that boleh biasakan diri bawa kereta ada bonnet, kalau one day ada kereta sendiri nanti. tak jadi masalah.
2) yes, within budget. monthly just paid less than 300 MYR. and hell yes, taknak beban kan ayah since he's the one yang paid for it. 
3) plus kalau angkat kereta baru, all the insurance, NCV.. for the next car mak aihh. confirm berganda-ganda. at least kalau guna kereta 2nd hand dulu, i can save dekat 55% from the NCV value. so katakanlah for Proton Saga BLM ni insurance dia dekat 1000+ MYR, kalau save 55% percent...  kiralah sendiri. 

and macam biasa...


cop mohor wajib kereta. Kereta Ayah ada satu. so does my car. :)
Go NAVY!


currently, apa yang aku buat sekarang adalah melepak dan meleset kat rumah sambil buat exploration on cooking. haa kalau rajin nanti aku share benda yg aku dah masak selama cuti kat rumah ni share dengan korang. okayy. buhbyeee. 





 
Images by Freepik