Pages

Sunday, June 26, 2011

Baitul Muslim dan Hakikat Persepsi yang Klise.

siang tadi, ke pejabat IKRAM Penang. ada daurah muayyid.
pertama kali daurah digabung antara ikhwan dan akhwat lebih kurang seramai 100 orang dari seluruh Kedah, Pulau Pinang dan juga Perlis.
masyaAllah.
dan disini juga saya berkesempatan bertemu semula dengan seorang sahabat yang hampir 10 tahun tidak ketemu.
akhirnya jalan dakwah dan tarbiyyah menemukan kami kembali.

baiklah, apa isu yang saya ingin tuliskan ialah berkaitan Baitul Muslim (BM). saya pasti isu ini agak popular dibincangkan antara Ikhwan mahupun Akhawat. tidak kiralah dalam mana-mana jemaah sekalipun.
saya tersenyum kecil. isu ini agak panas untuk diperkatakan. tetapi menarik juga.

di awal slot lagi kami telah diterjah, apa pemahaman kami tentang BM pada persepsi awal sebelum kupasan bermula.

banyak antara peserta mampu menghurai dengan baik definisi BM pada pandangan mereka secara kasar. saya juga sependapat dengan mereka ketika itu.

BM adalah salah satu tingkatan dalam Murratib Amal (MA) demi mencapai Ustiazatul Alam (UA). tanggungjawab untuk membina BM sama sahaja seperti membina Individu Muslim (IM). dalam MA, IM datang terlebih dahulu sebelum BM.

persepsi awal saya.BM hanya akan dicapai apabila mana sebuah keluarga yang didasarkan pada dakwah dan tarbiyah dibina antara seorang Ikhwan dan Akhawat. itulah pandangan saya secara amnya. gara-gara saya tahu akan firman Allah dalam surah an-Nur (24:26). fair and square. perempuan baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.

muncul pula soalan dari Ustaz yang memberi ceramah." apakah BM hanya akan dicapai apabila mana sebuah keluarga yang didasarkan pada dakwah dan tarbiyah, lillahi Taala dibina antara seorang Ikhwan dan Akhawat?"

saya menggaru kepala. minda mula dijentik untuk bekerja. mula menaksir semula maksud setiap lontaran kata-kata Ustaz yang merupakan satu bentuk provokasi.


kata Imam Hassan Al Banna, BM adalah merupakan satu bentuk takwin (pembinaan). ia adalah suatu proses. maksudnya BM perlu dibina, dengan menghayati 10 ciri Muwassafat Taribyah (MT). dan pastinya apabila ia melibatkan proses, ia memakan masa.

apa yang saya faham, paling asas yang Imam Hassan cuba sampaikan, Baitul Muslim itu tidak sekadar hanya dinikmati oleh para Ikhwan dan Akhawat yang mendrikan rumahtangga sesama mereka, ia boleh di nikmati oleh semua orang yang berkeluarga kerana syarat pembentukan BM ini,paling tidak pun harus ada pasangan yang menghormati fikrah.

maksudnya, tidak semestinya pasangan yang mendirikan BM itu haruslah kedua-duanya seorang daie. ya, kalau kedua-duanya adalah seorang daie maka sama-samalah memikul beban dakwah. itu yang paling baik. namun jika salah seorang daripadanya bukan dari kalangan dua't, seharusnya mereka ini tidak menjadi penghalang ,apatah lagi penentang kepada perjuangan dakwah yang dilakukan oleh pasangan mereka yang berjuang untuk mendapatkan sebenar-benar BM. mereka harus menyokong ke arah itu. ini yang paling asas.

kedua, dalam pembinaan BM juga harus menerapkan penjagaan adab Islam dalam kehidupan seharian berumah tangga, terhadap anak-anak khususnya. sebagai contoh, menyemai budaya Islam yang sebenarnya di dalam rumah tangga, seperti contoh adab pergaulan tetamu antara lelaki dan perempuan haruslah diasingkan. rumah haruslah kemas dan menjaga kebersihan. budaya kebersihan ini menjadi sebahagian daripada 10 ciri MT yang harus mantap dalam diri setiap IM. IM inilah yang akan membina BM kelak. maksud saya, kemantapan untuk mempertingkatkan kualiti MT itu yang harus dilakukan oleh pasangan yang ingin mendirikan BM yang mantap. tidak kiralah dia dari kalangan dua't mahupun tidak.

saya tercengang. tidak pernah menyangka bahawa konteks BM itu terlalu luas malah melangkau sempadan persepsi saya ketika itu.

ketiga, Imam Hassan Al Banna berkata : HUSNU IKHTIARI AZZAUJAH. memilih isteri yang baik itu terletak pada tangan suami. bermakna, kriteria dalam memilih pasangan yang soleh/solehah. penekanan lebih diberikan kepada Ikhwan, kerana mereka yang hendak mencari bakal zaujah mereka. buat para Akhwat, tidak salah juga untuk memilih, kerana anda juga berhak untuk menentukan siapa yang bakal menjadi Imam buat anda kelak. persoalannya, apa kriteria soleh/solehah itu?

buat para Ikhwan, asalkan mereka dapat melaksanakan hak-hak isteri dan membimbing supaya isteri boleh menjalankan tanggungjawab mereka, itu sudah memadai. itu sahaja. sekali imbas, saya boleh tafsirkan, untuk mencapai target itu tidak semestinya sang isteri harus datang dari kalangan Akhawat dan dua't, bukan?

muncul pula dibenak saya ketika itu, bagaimana pula situasi sekarang di mana jumlah Akhwat lebih ramai daripada Ikhwan dan adakah kemungkinan poligami itu adalah solusi terbaik dalam pembentukan BM?
saya juga terfikir, adakah Akhwat yang bertemu jodoh dengan pasangan yang bukan dari kalangan dua't, akan ada kemungkinan untuk tidak dapat aktif dalam dakwah dan tarbiyyah selepas mendirikan rumah tangga?

jawapan yang dapat saya simpulkan daripada Ustaz apabila soalan ini diutarakan : TIDAK SEMESTINYA SEORANG AKHWAT YANG BERKAHWIN DENGAN SEORANG LELAKI YANG BUKAN DARI KALANGAN DUAT TIDAK BOLEH MENCAPAI BAITUL MUSLIM DALAM RUMAH TANGGANYA.

keempat, bab berkaitan dengan pendidikan awal awal anak-anak. keberkesanan tarbiyyah itu kepada khadam (pembantu rumah). al maklumlah, sekarang dah ramai Akhwat yang bekerjaya dan berjawatan. sang suami harus memastikan  nilai 10 ciri MT turut dihayati bersama oleh pembantu rumah, yang akan mencorakkan dan mewarnai seluruh suasana rumah yang ingin mencapai BM. boleh juga ajak pembantu rumah solat berjemaah, berusrah bersama. dan memastikan perkara tersebut diterapkan kepada anak-anak meskipun saat itu kedua suami isteri tidak berada di rumah. namun suasana BM itu tetap ada kerana sudah diimplimentasi sejak dari awal.

kelima, BM itu medan dakwah yang HAKIKI. untuk saya mudahkan pemahaman pembaca, seorang Ikhwan yang ingin mencapai BM dalam rumah tanggganya harus sedar antara keadilan dalam menguruskan masa dengan keluarga serta tuntutan untuk keluar berprogram. keluarga itu adalah mad'u yang paling terdekat. andaikata sahaja para Ikhwan gagal untuk mempertahankan budaya usrah dalam keluarga sendiri, apa lagi mahu untuk terus mantap berprogram dan menguruskan mad'u yang lebih besar? bak kata Ustaz, mutarobbi yang kita usrah waktu berprogram itu yang kita makan satu talam, satu kumpulan kita takkan boleh mantap andaikata mutarobbi yang lebih dekat, yang tidur sebilik dengan kita itu diabaikan langsung.

tidak semua manusia boleh ditakwinkan, kerana fikrahnya berbeza pada hakikatnya. namun satu yang harus dilakukan, tidak kira sama ada kedua-dua suami isteri adalah dari kalangan dua't mahupun tidak, haruslah dipastikan supaya keluarga tersebut paling tidak, tetap berada dalam jalan tarbiyah dan dakwah.

keenam, rumah tangga itu menjadi nukleus/ pusat dakwah untuk orang sekeliling contohi.

ketujuh, melatih keluarga untuk terus mampu ada survival dalam apa-apa jua keadaan yang mendesak.



KENAPA PEMBINAAN BAITUL MUSLIM INI PENTING?

- untuk ada penyokong untuk saling memberi sokongan terhadap usaha dakwah. sokongan itu dalam bentuk yang pelbagai. mungkin kepada pasangan dai'e, saling bertukar pandangan dalam membincangkan masalah ataupun isu yang berlaku dalam tuntutan kerja dakwah masing-masing boleh dilakukan. untuk pasangan yang bukan daripada kalangan dua't itu juga boleh saling menjadi pendengar masalah. sekadar pendengar, itu rasanya sudah cukup untuk membuktikan bahawa ada lahirnya sifat untuk menyenangkan hati pasangan meskipun tidak terjun ke dalam medan dakwah secara total.

- memastikan kelangsungan dakwah dengan melahirkan lebih banyak generasi Islam yang benar-benar mantap dan teguh pengisiannya demi mencapai Masyarakt Muslim (MM).



BAGAIMANA MAHU MEMENUHI TUNTUTAN BAITUL MUSLIM?

- merancang masa depan anak-anak. baik dari segi pendidikan rohaninya ataupun jasmani itulah teras utama yang harus diberi penekanan.

- menentukan persekitaran yang terbaik dalam proses kanak-kanak membesar. persekitaran yang baik juga memberi impak kepada cara pergaulan serta sifat anak-anak itu tersebut nanti.

-LIQO' BERSAMA ISTERI ( i love this part)

- paling penting : MERAIKAN FITRAH SUAMI/ISTERI.

suami juga tetap lelaki tidak kiralah betapa hebatnya dia dalam kalangan Ikhwan, sama juga seperti si isteri, tidak kiralah bagaimana mantap sekalipun dia dalam berprogram, dia tetap seorang wanita. mereka ini yang mahu diberi layanan dan hak sama seperti wanita dan lelaki normal yang lain.

akhirul kalam, saya minta supaya anda tahu apa yang anda cari dalam perjuangan anda dalam membina BM. BM itu luas konteksnya, seperti yang saya katakan tadi, tidak terkekang hanya kepada kumpulan Ikhwan dan Akhwat sahaja yang mampu melaksanakan tuntutan BM itu. malah, BM mampu dibina antara seorang dai'e dan sesiapa pun mereka yang bukan daripada kalangan dua't. niat harus diperbetulkan, objektif harus diperjelaskan. kelangsungan dakwah dan tarbiyyah itulah motif utamanya. methodnya mungkin pelbagai, variasikanlah dan sesuaikan dengan fitrah andai dan pasangan. andaikata semua IM mampu sedar, membina BM ini bukanlah sekadar terhad dan ekslusif buat golongan para dua't Ikhwan dan Akhwat, tentu sahaja mudah untuk kita menuju ke tangga MA yang seterusnya. InsyaAllah! Takbir!


GLOSARI:

1. muayyid = salah satu cabang dalam Manhaj Tarbiyah. Manhaj Tarbiyah adalah alat tarbawi dan takwini untuk mendekatkan anggota-anggota dengan fikrah dan jama'ah, serta membentuk mereka bagi mencapai matlamat tertentu. 

2. Ikhwan = ahli jemaah lelaki.

3. Akhwat = ahli jemaah perempuan.

4. Murratib Amal = memperjelaskan kepada kita akan keutamaan di dalam melaksanakan amal.

5. Ustiazatul Alam = tingkat tertinggi dalam Murratib Amal. mencakupi pengamalan syariat islam itu tersebar luas ke seluruh dunia, lebih luas daripada empayar.

6. Baitul Muslim = tingkat kedua dalam Murratib Amal

7. Individu Muslim = tingkat pertama dalam Murratib Amal.

8. Muwasaffat Tarbiyyah = membincangkan tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang muslim.Ia dipopularkan oleh Hassan Al-Banna sendiri, pengasas ikhwanul muslimin,satu pertubuhan yang menjadi rujukan utama jemaah-jemaah  lain di seluruh dunia.Methodologi atau kaedah tarbiyah yang digunakan oleh ikhwanul muslimin boleh dikatakan lengkap, mencakupi semua aspek kehidupan, agama,akidah,akhlak,fikrah,politik dan sebagainya.

9. Liqo' = perjumpaan.

10. Dua't = orang yang boleh menguasai orang lain. lebih merujuk kepada konteks seorang dai'e iaitu pendakwah.

11. takwin = proses/ pembinaan.

12. murobbi = individu yang mendidik; atau membimbing, pendidik; pembimbing.

13. mutarobbi = individu yang dididik oleh murobbi.

8 comments:

  1. nice explanation tntang baitul muslim....pernah selalu dengar, tapi x berapa nak fahm..alhamdulillah :-)

    ReplyDelete
  2. lisa. dah ada pengetahuan tu, inshaALLAH bleh proceed la.hehe..:P

    ReplyDelete
  3. aima : alamak saya xready lg. berat tuuu~ hehe

    ReplyDelete
  4. subhanallah,mantap lisa!!! ati masa muayyid ni ada program di kl...jumpa akhawat ktt,alhmdlh dia ckap lisa dh update dekat blog isi daurah ni..tercari2 jugak la tadi sebab x tawu blog lisa..alhmdlh jumpa..mantap lisa,jazakillah khair sahabat
    ^_^

    ReplyDelete
  5. ati! thanks sebab singgah blog lisa.hehe~:)

    ReplyDelete

 
Images by Freepik