Pages

Friday, July 22, 2011

apabila penduduk marikh dan penduduk zuhrah bersahabat baik.

tajuk ni macam biasa je nak diperkatakan, tapi tadi buka halaman 'group' junior KMS *saya yang diundang masuk, bukan sengaja nak menyibuk*, ada topik yang sangat menarik minat saya untuk bercakap.
mungkin nampak agak klise dan kebanyakan orang pun dah pernah bercakap tentangnya.

PERSAHABATAN BERLAINAN JANTINA aka CINTA PLATONIK.

the law attraction antara lelaki dan perempuan memang sukar nak dipisahkan. cinta platonik pun boleh didefinisikan sebagai keintiman ataupun perasaan tertarik/terpesona kepada spesies yang berlainan jantina, namun bukanlah tarikan seksual.

siapa kata lelaki dan perempuan tak boleh bersahabat? saya perincikan kepada mereka yang bersahabat dalam kalangan umur yang sebaya ataupun beza dalam 2,3 tahun. ya, anda boleh bersahabat. tapi percaya ataupun tidak, tidak dapat tidak, cinta platonik ini memang boleh terwujud. cuma siapa yang biasa sedar bahawa dalam persahabatan ini, ada satu garisan halus yang memisahkan persahabatan dan percintaan.

lelaki dan perempuan boleh bersahabat, cuma tidak boleh menjadi teman rapat dan bersahabat baik yang berkongsi segala macam cerita up to a certian limit. segala macam cerita dan benda tu saya mudahkan dengan maksud, tidak semua perkara anda boleh cerita padanya.

kenapa?

sebab bila dalam kes ini, bila tidak semua perkara boleh dishare...anda dan si dia akan mewujudkan satu ruang inkuiri/rasa ingin tahu dan akan timbul rasa untuk lebih mengetahui tentang satu sama lain. ketika ini, mungkin inilah yang seringkali disebut orang, dari sahabat bertukar menjadi kekasih. ada ruang tidak selesa tercipta, ada perkara yang terasa ingin disembunyi. ha mereka-mereka seperti ini, most probably cinta platonik mereka boleh berakhir dengan perkahwinan sekiranya ada jodoh. once dah kahwin, perkara tadi akan menjadi lebih dramatik untuk diterokai, dan pastinya ia lebih menarik!

dalam sesetengah kes, persahabatan antara lelaki dan perempuan boleh jadi juga tiada rahsia di antara mereka. setiap inci kekurangan dan kelebihan masing-masing atara lelaki dan perempuan tersebut telah diketahui. maka dalam kes seperti ini, kebiasaanya mereka tidak akan end up sebagai suami isteri. kerana pasangan ini akan menjadi bosan kerana hampir setiap perkara sudah diketahui dan tiada perkara lagi yang mahu diterokai. jadi tak thrill. so mereka biasanya akan end up sebagai kawan sahaja. dan apabila masing-masing sudah berjumpa pasangan masing-masing kelak, acapkalinya mereka akan detach, dan persahabatan itu lama-kelamaan akan menjadi hambar.

sebagai kesimpulannya saya nak kata, berkawan lah macam mana sekalipun, asalkan tahu menjaga adab. paling basic think about your ikhtilath/pergaulan sesama yang bukan ajnabi. kalau anda boleh jaga, memang tabik spring, boleh jadi bestfriend tak hingat dengan adab terjaga.wah mantaplah anda!

saya ada juga ada guyfriend. dah dua tahun dah bersahabat sejak sebulan sebelum kami sama-sama menjejak KMS. tapi persahabatan saya dan dia begitulah, semakin kami besar dan bijak menjaga adab, rasanya tidak menjadi masalah. kami masih kekal bersahabat, dan masing-masing sudah punya komitmen masing-masing. apapun, dia masih menjadi tempat konsultasi terbaik saya. cuma ada sesetengah prioriti tidak menjadi milik saya, begitu juga dia. persahabatan kami hambar? tidak, kami masih berhubungan, sesekali ada call menyapa gegendang telinga saya.sekadar itu. dan dia adalah cinta platonik saya. tidak ada dasar apa kami berkawan. melainkan mutual attraction kerana dia memahami saya. begitu juga saya.
bercinta? tidak mungkin kerana dia sangat mengenali saya, sepenuhnya.
saya juga begitu.

oh mungkin selepas ini mungkin tiada lagi call. 
text atau skype mungkin.
dia sudah berada di Brisbane, Australia. 

goodluck for your future undertakings, FIKRI AZZIM JUMADI.
(sorry xdapat hantar kau kat KLIA that day)

(pic taken by fikri)

this is my bestie!


kawan terbaik sampai bila-bila.
what you want to say? pi kat hang la, lantak~
(just quoting from anwarhadi)
:D

8 comments:

  1. hehe..due2 klasmate ak..ak stuju ngn ko 100 percent plus another 100 percent :)

    ReplyDelete
  2. 'p kat hang la~~' hahaha aku suka yg tu.

    ReplyDelete
  3. @mine : hehe...xcukup. sila squared kan.

    @nurafeefa : haha! terrrbaekkkk~

    @atiqaaskan : kan? kan? adorable gila!

    ReplyDelete
  4. fikri azzim? hoh...fly skali nga dilah ari tuh. satu u nga dilah. heeeeeeeeeeeeeeeeee. frust xleh atr dilah.

    guyfriend. huhuhuhuhuh. missing them.

    ReplyDelete
  5. @nurul wahida: oh yeke? kito sampai ke sudah xpenah jumpa dilah. huhu~
    yup, guyfriend, bukan boyfriend. hehe~

    ReplyDelete
  6. yup2.haha. ade mase ade...

    yup, i miss my guyfriends. orang y takde guyfriend memang mudah kate jaga ikhtilat. sedangkan yang rasa kita.

    kalau kapel, rase senang sikit, dah putus xkn kontek2 dia lagi, tpi kalu guyfriend, dah kena tarbiyyah, xkn tiba2 nak tinggal dia. xke rasa dia akan menylhkan tarbyyh y kita dpt nih?

    ReplyDelete
  7. @nurul wahida : dia akan faham,sekiranya dia betul2 memahami yang kita nak berubah ke arah yang lebih baik. :)

    ReplyDelete

 
Images by Freepik