Pages

Wednesday, March 14, 2012

tak sibuk ke?

herm... thinking about future. memang lah kena serius
tapi nak merancang pun beragak-agak lah kan..
kena prioritize things yg patut kena prioritize.

tapi cakap pasal masa depan...
buat saya terfikir sesuatu.

and even once I told him about this.

once kita dah settle down nanti macam mana?
both confirm busy gila.

yeah.. i do think about that. I meant... dah boleh bayangkan nanti macam mana life bust dengan houseman, dia  pun sibuk Ithink after a year lepas commission.

sebab time belajar ni pun dah boleh rasa sikit-sikit.
dia asyik busy memanjang..tu belum kena tinggal lagi 6minggu... 6bulan langsung tak boleh contact waktu LI.
(iyeke?)
during that time saya sendiri dah masuk clinical phase. dah start posting.
tapi dengar senior cakap 4th year tu tak berapa busy sangat compare to 3rd year.
tunggu jela.

time kelas saya pack, dia busy dengan training.
malam bila ada masa. saya nak study dia pulak sibuk dengan assigment. kadang-kadang duty.
(assignment ke? <----- you know it better)

weekend memang saya free, tapi kadang-kadang bukan dia. ada military training.
physical training... tts.. parade... kawad.. tu semua dah jadi 'makanan' telinga saya.

jumpa?
sebulan-sebulan setengah sekali.
call mesej?
only for things need kot.. setiap masa tu memang tak lah kan.. rimas juga.
saya pun ada kerja, dia dia pun ada kerja nak buat kot.
call and gayut tu...memang jarang dah dalam kamus hidup. hahah

jadual kami berselisih. kerapnya berselisih.
tu buatkan walaupun jarak yang dekat, still jugak jarang jumpa.
20min je dari sini nak sampai ke tempat dia.
tapi rasa macam PJJ je.
:P

okay sambung study pharmaco semula.

Saturday, March 10, 2012

hakikat dan kenyataan

selesai sudah 1 semester di CUCMS, bergelar seorang pelajar perubatan.
ada baki 9 semester lagi yang perlu dihabiskan, bunyinya seperti lama lagi masa yang perlu dihabiskan.
namun tak boleh merungut, ini pilihan yang saya sendiri buat.
tiada paksaan dari sesiapa sekalipun.

selesai sudah 1 semester, namun badi 'gagal.loser' kerana gagal memboloskan diri dalam senarai pelajar cemerlang yang harus terbang dan melanjutkan pelajaran ke luar negara itu gagal saya hakiskan dari minda sepenuhnya.
malu dan rasa segan masih bercampur tatkala berhadapan dengan rakan-rakan seangkatan, senior dan junior dari KMS.
namun...mana mungkin saya dapat lari dari berhadapan dengan mereka?

hampir setiap hari di FB.. mataku di jamah dengan gambar-gambar mereka.
melawat ke sana sini.
manusia yang normal seperti aku sungguh akan mengatakan. ya aku cemburu.
namun mereka selayaknya dan punya hak berbuat demikian.
siapa aku untuk melarang?
aku belajar mengawal emosi secara matang.
aku memaksa diriku menerima hakikat sebenarnya.

mereka yang tidak merasai, selamanya tidak akan mengerti.
sungguh hanya jutaan rasa dan kata semangat untuk memujuk rasa hati supaya yakin dengan ketentuan Ilahi..bahawa suatu hari nanti pasti akan tersingkap hikmah semua ini terjadi.
namun sakit untuk menunggu hari itu tiba.
kau tidak akan pernah sekali pun tahu.

benar...mungkin aku kehilangan separuh dari sifat 'pejuang' ku.
aku kini tidak betah lagi berkata-kata.
kerana seolah-olah ku rasakan lidahku ini tidak layak lagi memberi nasihat kepada adik-adik yang mahu mencontohiku, merujuk kepadaku untuk bertanya apa-apa permasalahan mengenai hidup, dan mengatur masa depan bagaimana hala tuju mereka.
kerana aku terasa benar-benar seorang yang bukan pada ahlinya lagi untuk berkata-kata sedemikian!

aku terasa tidak punyai apa-apa.
aku tetap tidak merasa bahawa aku dalam kalangan mereka lagi.
aku terasa mahu hilang dan ghaib sebentar dari dunia mereka.
aku bukan sebahagian dari mereka lagi.

kakiku terasa berat untuk melangkah ke KMS semula.
sungguh aku rindu, namun aku tak pasti.. kuatkah kakiku untuk melangkah ke sana semula?

entah bila badi 'loser' ini akan pergi dengan sendirinya.
ketika inilah aku lihat siapa kawan dan siapa juga sahabat.
sahabat yang benar-benar mengenali luar dalam, siapa Khairun Nurlisa Kamal ini sebenarnya.

aku tak perlukan kawan yang hanya bijak berkata-kata tentang ukhwah.. seandainya disaatku terjatuh kau tidak pernah ada disisiku.
aku tak perlukan kawan yang muncul tiba-tiba konon mengatakan kau mahu mengingatkan aku yang terlupa ini dan mendakwa dirimu adalah sahabatku, sedangkan kau gagal memahami dan menyelami isi hatiku mengapa dan kenapa aku terjadi sedemikian rupa.

kau tidak bersamaku disaat aku jatuh. jadi kau tidak selayaknya sewenang-wenangnya hadir dan mengatakan kau pendampingku yang setia.
jangan pernah muncul dan berkata begitu.
jangan pernah menghakimi tindakanku secara luaran seandainya kau tidak bertentang mata denganku sendiri.

aku sedar...
aku harus bersyukur...

beruntunglah walaupun tak dapat jadi pelajar pergigian, kerana tak semua orang punya peluang untuk jadi pelajar perubatan...
beruntunglah walaupun tak dapat belajar ke luar negara, namun masih punya penaja untuk menaja dan membiayai pengajian di dalam negara...
beruntunglah walaupun tidak punya kesempatan seperti rakan yang lain untuk melancong ke luar negara... namun masih dekat dengan keluarga dan orang tersayang ...
beruntunglah walaupun tak dapat belajar di uni yang berprestij dan dikenali ramai, namun suatu hari nanti bakal bergelar doktor juga. semua akan melalui HO 2 tahun yang sama. permulaan gaji yang sama. tiada beza.


aku sedar aku harus menjadi manusia yang tahu di untung.
aku juga manusia biasa, tak dapat lari dari berperasaan sebegitu.
namun cuma terkadang aku merasakan sedemikian rupa.
terkadang itu biasa kan.
bukan sepanjang masa.

aku punyai hidup untuk aku teruskan.

Thursday, February 16, 2012

Military Wife, Girlfriend and... Fiance.

Saya punya sisterhood yang sangat saya sayangi.
We come from different background, ranging from different ages but we’re entitled as the military significant other. Military WAG’s.
Hanya yang merasa sahaja yang boleh memahami dengan sebenar-benarnya faham.
Bila anda bercerita dan berkongsi tentang hidup, mereka akan memberikan respons yang memang telinga anda expect mahu dengar, keluar dari mulut mereka.


WAG's outing. my favourite team. Quistina Razak and Huda Mohammad.
serius... bahagia boleh gelak-gelak dengan mereka.
terlupa mental yang membebankan.


Syafiqah Yunus, we have so much thing in common that keep us close.since that day, we're bestfriend. :)


dalam WAG's...
saya ketemu kembali some of my friends yang turut menjadi military partner. as our fathers once be.
pusing-pusing kot mana pun, mostly GF tentera ni... anak-anak tentera jugak.
and that is how i met Quistina.
our dad was once a navy, and our dad actually service on the same ship! :D
and we indeed from the same school dalam base TLDM dulu. :)

dalam WAG's...
saya berjumpa senior yang saya inspired sangat-sangat untuk jadi seperti dia suatu hari nanti.
Cc: Kak Fadziyah Zaira.
tell me, siapa yang baik hati sangat nak dermakan buku-buku medik dia, susah payah bawa balik dari India and siap datang hantar ke Cyberjaya and during that time is the first time we met?

this is her. dah la cantik, baik hati lagi. bertuah lahaiii tunang dia.

time jumpa ni.. dapat 3 bijik buku..which cost me almost RM500 if to buy a new one, but i got it for free from Sis Zaira. so niceee~ :D

I know...
People might judge, we’re overreacted.. being in this kind of comrade but.. it’s just a pleasant feeling. To know there are
People who actually do feel the same thing that you feel.
People who actually understand the feeling of being left, for the sake of the ‘kehendak perkhidmatan’ dan ‘hakikat tugas’.
People who actually strong, for being the other half of a military man, I must tell. It is more difficult than you’ve ever imagined.
This is how we shared our love together. I love being around them. Indeed. Kurang mental ohhh.




Military WAG's wedding (4/2/2012). Fairuz and Lt Mohd Ikhwan. 




Military WAG's wedding. paling ramai  gathering setakat ini.
12/2/2012- wedding Noora and Hariz.

walaupun sebahagiannya ada yang baru 1st time jumpa. dan walaupun sebahagiannya memang tak pernah kenal langsung, chemistry itu tetap ada. entah la. semacam ada topik untuk dibualkan. 
baik Army, Navy or Airforce Lovers... semua sama.
:)

nanti gather-gather lagi.

i hate people who calling us geng pre-BAKAT, Tunas Bakat or group ala BAKAT or whatsoever. 
they are they, and we are we.
tak ada kena mengena pun nak berpersatuan bagaiii. kerja partner masing-masing tak kacau.
maybe some of us tu kadang-kadang over, but that is just their normal nature.
having them the aim is bukan sekadar bergossip or what, it is a matter of sharing one life's part.

everyone have their own right, nak over-over ke nak bersederhana? 
tepuk dada tanya diri sendiri. 

:)


again saya ulang,
sangat menyayangi Military Girlfriends saya.
semuanya!


Friday, February 10, 2012

.perhubungan.

salam and greetings everyone.

today's topic is about relationship and restu.

those yang nak bercinta ni, i dont say i banned it, or even i didn't ask you to.. but bear in your mind. parents comes first. kalau dah seronok bercinta ni memang ingat seronok aje. but sebelum nak melafaz janji apa-apa, lagi-lagi pula dah berjanji nak ambil that girl sebagai isteri you, and paling bahaya bila si gadis dah meletak harapan... silalah consider reaksi parents dan family anda juga ye. buatnya dah bertahun-tahun bercinta tetapi parents tak restu? seriously banyak perhubungan seperti ini kecundang ditengah jalan berdasarkan pengalaman kenalan dan rakan-rakan disekeliling saya. better dari awal-awal bg hint sikit dengan siapa anda sedang berkawan (kalau ada).. dan slowly expose. dari buat exposure secara terkejut dan buatnya mereka tidak terbekenan untuk menjadikan anda menantu mereka..

gambar pun sama, sekarang zaman dah maju.. nak-nak lagi FB tu kan. memang lah boleh sesuka hati mengupload gambar-gambar bahagia anda dan si dia tetapi kalau rasa-rasa gambar yg hanya untuk simpanan peribadi tu, tak perlulah kot update. nak-nak lagi gambar yang terbuka aurat antara anda dan dia. tak ke rasa pelik bila gambar dari album yang sama masa tengah scroll down mula-mula gmbar si dia dan ada pakai baju kurung segak berdiri disebelahnya memakai baju melayu, next picture pulak gambar kamu hanya ber'shortpants' bersama si dia yang memakai tights di tepi pantai? hadoo. (ini contoh)

zaman juga dah maju, jadi sebelum mengepost apa-apa di FB, silalah consider viewer anda juga. makcik pakcik sampailah ke thapa maktok dan atok pun dah terer main fesbuk sekarang, buatnya dok sakan sangat kat wall tu menceritakan betapa hangatnya percintaan anda, membuatkan mereka tahu tentang isi percintaan anda..alahai..macam tak berapa kena lah kat situ. kalau makcik pakcik soprting sekalipun... i still think it is not proper, it is personal lah between you and si dia. kan? kalau ye pun, privatekan yang mana perlu untuk certain viewers. kan boleh buat. FB kan dah canggih sekarang. ada kepentingan sesetengah pihak yang perlu dijaga. terutamanya bab maruah dan air muka.


itu je kot. itu je terasa nak tulis buat masa ni. :)
come again for another tips next time! :D

Sunday, January 29, 2012

Commission 2012.

semalam. Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Pentauliahan UPNM 2012.
semalam. 302 pelajar bergelar kadet telah selamat bergelar Kapten dan Leftenan.
semalam juga... mereka bergembira dengan keluarga dan disamping orang tersayang.

serius, rasa bahagia tengok sesetengah dari rakan-rakan Military Girlfriends yang mempunyai Tunang/ Boyfriend yang sudah selamat ditauliahkan semalam. saya tahu betapa mental mereka 'dilatih' bersama pasangan mereka sepanjang mereka bergelar 'Zulu Lovers'. entah bila pula tiba giliran saya bergembira dengan pasangan seperti mereka. entah giliran saya sempat atau tidak untuk berkongsi kegembiraan itu bersama si dia. entah saya tidak tahu. tetapi saya harap saya punya kesempatan itu suatu hari nanti. 2015. insyaAllah.

namun semalam juga,
adalah tahun terakhir pentauliahan sebagai Kapten dan Leftenan.

selepas ini, produk dari UPNM akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda.
rank dah turun dua.

TLDM : Leftenan ---> Leftenan Madya ---> Leftenan Muda.

TUDM/TDM : Kapten ---> Leftenan ---> Leftenan Muda.



isu post?

herm, sejujurnya. ini dari pihak saya. saya tak kisah sebenarnya. soal turun pangkat tak turun pangkat, ini soal kerja si dia, bukan saya. memanglah rank gaji still sama (seperti yang diberitahu) tapi kawan-kawan kadet macam down la sikit, sebab soal senioriti. bila gradute dengan Lt. Muda... perlu lebih masa untuk naik pangkat, then macam tak adil pun ada. sebab ketika mereka ditawarkan untuk belajar di UPNM sebelum tahun 2012 ini, yang diiklankan adalah, lepasan UPNM adalah kapten/leftenan dan setaraf. untuk tahun 2012 sahaja, pengiklanan sudah diupdate menjadi, lepasan UPNM adalah Lt. Muda dan setaraf.

tak kisah lah Lt. Muda pun... saya nak orangnye aje. dah dapat bakal pegawai tu pun dah cukup nasib baik. kalau ada rezeki lalu bawah pedang itu bonus juga. tapi ada juga sesetengah kes, si pegawai kadet tak dapat graduate and tauliah together dengan kawan-kawan satu intake dia... akan jadi junior kepada kawan-kawan sendiri gara-gara beza tauliah pangkat itu.

macam unfair lah pula bunyinya.
mungkin ada sebab jadi macam tu sebab dah terlalu banyak lambakan pegawai (mungkin). setelah Kolej Tentera laut dan Kolet Tentera Darat sudah ditutup, jadi hanya UPNM sahaja pengeluar produk pegawai ATM. dah tak ada junior (mungkin). jadi barisan pelapis Lt. Muda itulah yang mahu di adakan, dan diramaikan semula.

apa pun, saya doakan yang terbaik dalam kerjaya mereka. saya sanjung tinggi orang seperti mereka.

to those Military GF yang sangat disayangi, (esp those their significant other) yang baru ditauliahkan semalam, ini baru perjalanan pertama, untuk yang lebih sukar selepas ini.stay strong, the man needs you, while the nation need them to protect herself. :)
 
Images by Freepik