Pages

Sunday, March 6, 2011

bagaimana saya mendapat kekuatan untuk berubah?

soalan ini seringkali diajukan kepada saya sejak belakangan ini. 
mungkin tatkala ini mata-mata mereka mula menyedari susuk ini melakukan perubahan.
saya bukan siapa-siapa di kolej.
bukan juga orang penting.
juga terkenal.oh tidak.
tiada kaitan langsung dengan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan saya boleh menjadi terkenal. 

ya mungkin secara tidak sedar mereka menjadi pemerhati.
ya sekurang-kurangnya mereka masih menggunakan keupayaan pancaindera mereka untuk melihat.
ya mungkin juga mereka peka dan tidak membuta tulikan kehidupan yang seringkali bertembung dengan manusia yang pelbagai ragam.

ok..cut the craps.
back to the question just now.

saya pasti, ramai sekali diantara kita mahu melakukan perubahan. namun tiada daya (force) yang menggerakkan mereka untuk berubah. kebanyakan kita ada kesedaran, namun tiada tindakan yang dilakukan. sayang. seribu kali sayang. 

persoalannya sekarang, dua benda sahaja yang saya mahu utarakan.

PERUBAHAN ITU PERLUKAN HIDAYAH DAN BELUM TIBA PADA MASANYA?
PERUBAHAN PERLUKAN KEKUATAN YANG SANGAT LUAR BIASA?

ada yang menganggap mereka tidak boleh berubah sedangkan mereka sudah ada kesedaran disebabkan oleh hidayah Allah belum sampai kepada mereka/ belum sampai seru/ belum tiba pada masanya lagi. tahukah anda saya juga pernah berfikiran seperti itu?

kekuatan yang sangat luar biasa..apa kaitannya? 


ya memang. saya tidak nafikan. perubahan sesungguhnya memerlukan momentum yang sangat tinggi. selepas itu kita akan cenderung berfikir dengan tindakan kita selepas membuat perubahan. paling ketara adalah persoalan ini...

MAMPUKAN SAYA MAINTAIN (ISTIQAMAH) DENGAN PERUBAHAN SAYA?

ya,saya juga pernah terfikir begini suatu ketika dahulu. 

selagi mana seseorang itu masih mempunyai iman di dalam hatinya, as one of the example to show that you still have your iman in yourself is ANDA TAKUT UNTUK MELAKUKAN DOSA dan ANDA SEDAR APA YANG ANDA BUAT ITU ADALAH SALAH... saya tetap yakin yang dia ada keinginan untuk berubah. namun apa kekuatan yang menyebabkan perubahan itu sebenarnya?

sedikit perkongsian pengalaman. saya dulu pernah teruk. lalai sebagai remaja yang nak mengenal erti hidup. saya pada ketika itu adalah manusia biasa yang mempunyai iman yang turun naik, biasalah tu. saya pun manusia. kadangkala terfikir bila nak berubah, sedangkan diri pada ketika itu terus-terusan melakukan kemungkaran. 

ok, bukan nak kata saya ni jahat sangat. 

namun mungkin dari segi pergaulan saya dengan lelaki, cara saya yang agak terbuka dan juga cara saya berpakaian. sempurna ataupun tidak. itu sahaja. dan bercouple. benda yang memang mostly remaja sekarang buat. saya pun begitu lah dulu. waktu tu, terfikir juga, bila nak berubah? soalan itu diulang dan diulang...namun kadang-kadang sahaja perasaan itu singgah dihati yang kadang-kadang sedar diri dah berdosa. namun kesilapan yang sama terus berulang.hinggalah diri menjejakkan diri ke KMS. ya. KMS lah turning pointnya. saya rasa kalau blogger yang membaca blog saya ni antara kalangan pelajar KMS juga, saya pasti anda tahu bagaimana biah (suasana) KMS ni bukan? apa yang buat saya berubah? segala perjalanan kehidupan berjalan  seperti biasa, sehinggalah pada suatu hari...

tertera nama sebagai seorang naqibah bukanlah sesuatu yang menggembirakan pada semester 1.cuba mengikhlaskan hati sebaik mungkin namun ada saja halangan dan godaan yang membuatkan diri ini berpaling dari jalan yang mahu membimbing diri ke arah yang lebih baik.solat pun kadang-kadang sengaja dilewat-lewatkan...teruk bukan? Quran dah jarang dibaca. pergi surau solat berjemaah pun kadang-kadang je,even roomate ajak, tak terasa pun nk pegi.kehadiran dalam usrah di ringan-ringankan tiap-tiap minggu.study huru hara..asyik dengan lagha dunia...couple lagi...benda yang saya rasa tak boleh nak resist saat tu.menghabiskan duit mak ayah kirim setiap bulan.ya allah....berdosanya saya.

masuk semester 2,dapat result semester 1 punya exam...teruk sesangat!saya dah mula tersentak.hidup saya dah hanyut sejak dari semester lepas. saya nak patah balik, tapi saya tahu, benda tu  tak mungkin akan terjadi kalau saya tak berubah. after that, i was dumped. clashed dengan boyfriend...that time, sumpah saya rasa sedih sangat, meraung mcm orang gila. tak boleh nak terima hakikat. dah la waktu tu baru lepas dapat result exam, huru hara gak la hidup sekejap. harapkan si dia ada untuk saya kongsi segala masalah study dan perasaan saya, dia malah tinggalkan saya tanpa alasan yang rasional.saya memang tak dapat nak terima!

hubungan dengan kawan-kawan pulak dah makin renggang, ada yg dah berubah.rasa tak tahu nak mengadu masalah kat siapa.dari situ, itu perkara kedua yang membuatkan saya tersentak lagi..bila saya nk berubah??? saya rasa kusut sangat-sangat....hari-hari menangis. depressed. saya nak berubah tapi masih rasa reluctant nak tinggalkan semua tu.

since the following week after that, saya cuba latih diri saya ke surau. macam mana sekalipun, saya nak disiplinkan diri saya supaya at least dalam sehari sekali saya kena solat berjemaah. alhamdulillah,dgn bantuan roomates yg sentiasa support waktu tu...i've manged to do that....Quran, saya kembali mencarimu. cari kekuatan dengan baca al-Quran. rasa ayat Quran tu adalah syifa yang terbaik untuk redakan segala kegundah-gulanaan hati ketika itu. back to the right track.saya rasa aman sangat bila dapat baca quran. tiap-tiap kali lepas solat jemaah, saya rasa tenang sangat-sangat...dalam  saya tak sedar, saya dah boleh overcome perasaan frust saya lepas clash time tu..hebat kan kuasa bila kita dekat dengan Allah dan kalamullah?Allah tu maha mengetahui untuk setiap yang terjadi pada hambaNya....masya-Allah....saya sendiri pada mulanya hairan kenapa saya masuk sini tiba-tiba berubah?kejutan budaya agaknya...ended up, saya dah mula rasa selesa dengan perubahan yang sedikit demi sedkit yang saya dah buat ni.at least saya ada kemahuan nak berubah,walaupun pada mulanya saya seolah-olah memaksa diri untuk buat semua tu...

dalam 2,3 hari lepas tu,time tengok nama saya dah ada dalam naqibah list.diorang cakap nama tu dah finalised. saya terkejut sekali lagi.saya dapat rasakan after all yang dah berlaku,ini hikmah yang Allah nak berikan. clash dengan boyfriend,kena tinggal macam tu je,results exam yang teruk sesangat dan hubungan yang tak berapa baik dengan kawan-kawan...study yang tak bersistematik and kelalaian  saya dan meyambil-lewakan perintah allah...Allah dah berikan saya satu ujian yang yang rasa, itulah titik tolak untuk saya kuat melakukan perubahan ini. untuk saya sedar kembali semua kesilapan yang telah saya buat...waktu attend TOT for nuqaba tahun lepas, ada ceramah ngn ustz. mohd khairi zainuddin. segala perkataan yang ustaz tu cakap,betul-betul buat saya rasa nak menangis.sebab seolah-olah,ustaz tu sedang tujukan apa yang dia cakap tu kat saya sorang jer~!saya bersyukur sangat-sangat...seolah-olah apa yang ustaz tu cakap...meleraikan kekusutan saya dan dilemma saya menjadi naqibah...insyaallah.

antara kata-kata ustaz tu yang paling terkesan kat hati saya,betul-betul menusuk perasaan saya bila dia kata...jadi naqibah/naqib ni saling sempurna-menyempurnai,which means perbaiki diri dan dalam masa yang sama menyeru orang lain melakukan kebaikan...kena ikhlas dalam beramal (lillahi taala) dan jgn takut untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang naqib/naqibah...pelaburan akhirat katanya.jawapan untuk kekusutan jiwa saya ketika itu terlerai apabila ustaz tersebut menyatakan,ALLAH MENGUJI KITA DALAM KADAR KEMAMPUAN KITA SENDIRI,DAN YANG DI UJI ITU ADALAH KELEBIHAN KITA SENDIRI.contohnya,nabi yusuf a.s diuji allah disebabkan ketampanan rupa parasnya..*mcm tu la lebih kurang*

lepas program tu, saya dah regain the new KHAIRUN NURLISA KAMAL in myself.rasa bersyukur,sangat-sangat.lepas apa yang dah terjadi...saya yakin Allah tunjukkan semua ni sebab Dia masih sayangkan saya. tak salah untuk kita berubah jadi lebih baik..cuma perkara yang saya takutkan, dalam kelancaran lidah saya menyampaikan nasihat/mentarbiahkan orang lain, saya tak mampu nak kawal diri saya daripada buat perkara-perkara yang tak elok....astaghfirullah...mudah-mudahan kita semua terhindar dari melakukan perkara sedemikian.sesungguhnya saya juga manusia yang tak terlepas melakukan dosa.namun bersegera bertaubat adalah jalan yang terbaik....
saya sedar jugak,betapa bertuahnya saya dalam jutaan hamba Allah...saya dipilih untuk menerima ujian..supaya saya tak terus sesat.thanks to akhi fahmi...dengan tazkirahnya,saya lebih yakin dan takkan berpatah balik dari apa yang saya dah buat sekarang.


jadi kenapa nak bertangguh lagi? oh ya lupa. ITU MEMANG SIKAP MANUSIA. SUKA BERTANGGUH. sebab itulah Allah dan kata "Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian". Ini bukan saya yang cakap. ini Allah yang kata dalam Quran, bukan?

PAKSA DIRI. itu mungkin first stage saya untuk mulakan semua ini. benar, saya menangis hampir setiap hari ketika mahu berubah dahulu. namun sedikit demi sedikit, transformasi ini secara sepenuhnya berjaya cuma berjaya dilihat dalam tempoh 10 bulan. ya 10 bulan. 10 bulan tu sangat lama bagi mereka yang ingin berubah. mungkin juga lebih sekejap.. mungkin juga lebih lama daripada itu. itu bergantung kepada kekuatan hati yang Allah dah bekalkan padanya.

selepas hampir setahun melakukan transformasi, saya sedar ramai yang bertanya. ramai juga yang sedar akan perubahan saya ini. ditanya mengapa? saya tiada jawapan yang exact yang boleh saya berikan. kata mereka, saya berubah 180 darjah. wallahualam, kalau benar begitu maka alhamdulillah, tugas saya sekarang adalah belajar bagaimana nak mantapkan diri yang sudah sedia dibentuk dan mahu berubah ini, supaya istiqamah dan pengislahan diri ini mampu memotivasikan orang-orang disekeliling saya yang punyai hasrat yang sama untuk berubah. 

alhamdulillah, dari seorang gadis yang pernah suatu masa dahalu sangat anti dengan golongan bertudung labuh, saya kini salah seorang daripadanya. gadis yang jarang menyempurnakan auratnya dahulu kini sudah berubah ke arah gaya pemakaian muslimah yang sebenar. pergaulannya makin cuba dijaga, setelah dia faham dan belajar betapa tinggi benar nilai seorang muslimah itu di mata Allah sekiranya dia pandai menjaga dirinya.

pesan saya jangan berdalih. syaitan memang suka umat Muhammad yang suka memberi alasan ni. kalau 'tidak bersedia' ataupun ' belum sampai masanya itu' menjadi alasan pilihan, lihat semula diri anda. bila lagi mahu berubah? anda tahu bila sampai ajal anda? grab the opportunity selagi mana anda masih  bernafas. andai hidayah dan kekuatan yang anda dakwa anda tidak ada untuk berubah, ketahuilah bahawa kekuatan itu sebenarnya harus dicari, bukan ditunggu. 

bagaimana nak cari kekuatan itu?

dekatkan diri padanya. mulakan dengan solat berjemaah. cari rakan-rakan yang berilmu. pasti mereka sedia membantu, menghulurkan tangan seandainya mereka benar-benar memahami erti saudara yang sedang mencari kompas hidup. rasai setiap kecintaan Allah melalui ayat-ayatNya. bacalah Quran, lagi better quran terjemahan. sekurang-kurangnya anda faham dengan apa yang anda baca. dari dari situ, segala persoalan hidup anda akan terjawab. Allah juga dah kata, dengan mengingati Allah hati akan menjadi lebih tenang (Surah Ar-Ra'du ayat 28) jadi...mengapa harus disangkal lagi kebenaran yang sudah terhampar di depan mata?

methodologinya mungkin kedengaran sangat mudah : BACK TO QURAN AND HADITH. but i know its not that easy. langkah yang pertama tu memang sangat susah nak buat, namun lama-kelamaan, anda akan terbiasa dengannya. 

mohonlah kekuatan itu daripada Allah. kadangkala kita tak berani ambil tindakan untuk berubah sebab kita takut kita tak kuat/tak berjaya istiqamah dengan perubahan tu. jangan bertapi-tapi lagi. sebenarnya, Allah tu tahu kita boleh buat, cuma kita berani ke tak nak ambil risiko dan buat perkara yang dia dah takdirkan untuk kita. perancangan Allah tu tepat dan teliti. dan Dia uji tak lebih dari kadar kemampuan kita.


picture credit to Hatim Ahmad

maka, dalam sesetengah perkara tu, lakukan sahaja. walaupun tanpa kerelaan. kerana keikhlasan dan kerelaan hati tu tidak berkadaran pun,  siapa boleh measure tahap keikhlasan hati kita? kita sendiri pun tak tahu kadang-kadang sesetengah perkara yang kita lakukan itu sama ada kita benar-benar ikhlas lillahi taala ataupun tidak. hanya Allah je yang tahu. insyaAllah, Dia akan permudahkan jalan kita untuk mencari cintaNya. sebab hati kita pun, Dia yang pegang. jangan lupa tu. jadi... mohonlah padanya selalu, Allah suka mendengar rintihan suara hamba-hambaNya.

bila anda dah sedar, what is your purpose of life, cuba keluar dan tengok sisi dunia yang semakin menyedihkan ini.

benar, saya bukannya datang daripada golongan yang mendapat pendidikan aliran agama, saya pelajar aliran sains tulen, namun saya juga hamba Allah seperti mereka yang ada tanggungjawab sebagai khalifah yang masih belum selesai. dan kerana itu juga, SAYA BERANI UNTUK BERUBAH.

anda akan faham dan tahu mengapa saya ada kekuatan sedemikian rupa untuk berubah. percayalah. kalau saya boleh, mengapa tidak anda?

Tuesday, March 1, 2011

8 perkara istimewa tentang 1st batch of MRSMKP.

1. BAJU BATIK MAKTAB.

ini memang paling obvious. baju maktab kaler kuning mengancam ala-ala tok sami punya uniform. striking yellow. korang ada simpan lagi tak baju outing korang nih? well, saya still simpan baju tu. tapi baju tu dah rosak sebab terbleached masa nak cuci baju terkena liquid paper. sedih jap :(. tak apa lah. cuma nak kata eventho baju ni kaler dia striking, tp yg menjadikannya istimewa sebab 1st batch jer ada baju kaler nih. (dah cuba search di google tapi takde, baju saya kat rumah so takleh lah yer nak upload gambar..huhu). baju ni lah yang saya gasak 2tahun nak p mana2 pun. paling cikai pun kuar p outing la. nak balik asrama pun skema gila pakai baju tu sampai kedut2.(okey, saya skema). tapi ade je dalam bas baru nak pakai baju maktab ni. (aku tau lah korang wey, nak2 lagi bebudak KL nih...dah hafal dh korang punya stail tu...)

2. BUMBUNG TERBANG.

haaa.....bukan senang nk dapat tengok real life situation and saat2 cemas dan rimas time tuh. haha...peristiwa bumbung maktab tercabut dan bumbung terbang. saya tak rasa budak2 1st batch KP lupa benda ni jadi. time tu jugak lah saya tengok bebudak lelaki ni jadi hero lah konon2...angkut komputer dari lab masuk dalam PSP sebab bumbung lab dah terbang time tuh. saya still ingat lg time tu saya duduk kt PSP, since that night bertugas jaga kat PSP (poyo je) ngan LDP2 yg lain...mmg still ingat...time bumbung PSP macam nk tercabut tuh, bunyi memang kuat gila, macam nak roboh dah..budak2 pakat dah lari bertempiaran macam tak cukup tanah. then saya terdengar uzair menjerit : WEH LEPAK LAHHH!!!! ..(muka uzair nak serius je, cuak gak aku time tu)

3. LAH n GAH

yang ini.....haha...assabiyyah korang mmg superb. bagus lah sebab benda tu kekal sampai sekarang. even dh hampir 3 tahun tinggalkan maktab. still together. dulu kerja tak puas hati je ngn gruping2 ni..siap buat t-shirt la...gadoh2( ade ke??) tak puas hati la.haha...sumpah. i miss that moment. (taknak upload gambar korang eventho aku ade simpan since GAH punya gambar takde so tak fair.haha)...LAH stands for? haha...tahu la sendiri ye. same la ngn bebudak GAH pun. salah tafsir kang payah! dan difahamkan next2 batch yang seterusnya pun cecube gak nak buat grouping macam ni tapi tak jadi. well...itu speselnyer budak 1st batch.
hehe... oh ya group lain pun belambak2 time tu, ngn ketupat palas la, dambafenz la (sorry beb kalau salah eja), triple v la...(hoho..yg ni kes biased sikit..hehe).

4. JUMLAH BATCH.

rasanya kita adalah batch teramai di KP.250 orang. sebab ada 10 kelas sebelum dikecilkan bilangannya menjadi 9 kelas. tu pun the 1st batch is the only batch yg ada kelas IMMACULATE. the following year rasanya memang takkan ada dah. retain sampai kelas ke-8 sahaja which is HONORABLE. see, 1st batch sangat special!

5. BATCH PALING TERUK KENA LANYAK DENGAN PAK HASSAN.

saya pun tak terkecuali dalam kes ni. bekas kena cubit ngn pak hassan masih ada kat lengan saya sampai sekarang. for boys, surely, cikgu hassan ni dah macam bapak depa selain dari ustaz manzur. macam2 gelaran yang pak hassan bagi kat diorang, dan gelaran tu masih bertahan sampai sekarang.

6. BATCH BERSIH DARI TINDAKAN DIBUANG MAKTAB.

sejahat-jahat mana pun 1st batch, semua selamat dari tindakan dibuang maktab. JDM tetap bersidang, namun alhamdulillah batch kita tak ada yang sampai tahap dibuang dari pengajian MRSM. mungkin sebab ketua warden kesian n bagi chance kat kita banyak kali kot? ya mungkin jugak. tapi apa pun, rasanya cikgu2 banyak compare 1st batch dengan batch selepas tu. reputasi baik 1st batch masih bertahan! dan personally, saya tak rasa batch saya jahat sangat pun, sebab tak pernah pulak saya dengar kes pelik2 selama saya ada KP macam curi hp pakcik driver bas yg bawak budak p solat jumaat, bakar wheelchair kat blakang asrama, buat kes couple luar dari kebiasaan (opsss...)... haa, semua yang saya mention ni, some of them memang budak2 batch seterusnya ada buat. adeh...sedih sekali dengar. tapi bukan nak kata cikgu2 tak bagus, mungkin jugak budak2 yang makin melampau?

7. PERASMI SEGALA-GALANYA.

semua benda baru. biasalah tu kan. paling remarkable, baju jubah graduasi tu. tapi emphasized kat sini, Hielfiqri sangat kesian sebab xdak chance nak naik atas stage masa hari graduasi. its ok hiel. your lucky seven doesn't work on that day.

8. BATCH PALING TABAH.

kenapa  saya cakap macam tu? ya sebab kita belajar tanpa equipment yang complete. beritahu saya, berapa banyak kali kita buat eksperimen praktikal dalam lab? sebab tak cukup apparatus. maktab baru lah katakan.
PSP? untuk tahun pertama tu, berapa banyak buk rujukan yang kita ada dalam PSP? tak lengkap sebab buku2 baru nak diload in. yang sedap merasa adalah batch2 seterusnya gak. tak apalah, itulah kekurangan menjadi 1st. but thats not a really big deal lah kan? tapi 1st batch kira untung dapat cikgu2 yang sangat fight dan bermati matian untuk student. remember cikgu zolkof n cikgu norma? how cikgu norma penat nak kena cover kelas gara-gara time tu tak cukup cikgu bio? okay, maktab baru mmg akan mengalami masalah tak cukup cikgu.


tu ja kot untuk setakat ni.

KEUNGGULAN PERIBADI, KECEMERLANGAN PRESTASI.

Friday, February 25, 2011

tribulasi.

fakulti pemikiran yang berlainan aras seringkali membuat hati ini menjadi nanar dan mudah terbersit.
terbit juga sesekali. penat hidup dalam selindungan.
nafasku sudah berbaur nifaq yang pekat.
emosi yang tiada tongkat rasionaliti itu buatkan jiwaku sering keluluhan.
sudahlah tempang, gara-gara diinjak nafsu yang semakin ampuh mencari ruang tersendiri.
penampan yang menyendal kekuatan untuk aku terus berdiri semacam mahu tersungkur dan rebah.
culas mahu bangun meski sedar diri berada dalam dimensi separa sedar.

bertahanlah.


Wednesday, February 23, 2011

maths!maths!maths!

math tells us 3 of the saddest love stories:

of parallel lines = those who are never meant to meet.
of tangent lines = those who were together once then parted forever.
and
of asymptotes = those who could only get closer and closer, but could never be together...

math kejam?
haha....copied this from someone.
interesting.

math stand out it's own 'language'. that is one of the point that i picked out from the TOK class once before.

*saya bukan budak math. macam AO tu~*

adakah mereka yang minat maths ini lebih mengekpresi melalui equations dan all sorts of numbers and formulas?
sebab itu mereka kurang bijak berkata-kata apabila ingin menyampaikan nasihat/teguran secara lisan dengan berhikmah dan berkesan?
mungkin kot.
hehe~


nice. ciptaan Allah memang complicated yet amazing to be treasured.
subhanallah.

:)


Tuesday, February 22, 2011

# retrospeksi.

penat dengan manusia yang tak pernah nak consider perasaan orang lain.
mungkin ini ujian. bila dan makin dekat dengan exam.
jiwa jadi rapuh semcam.
oversensitif.
benda2 yang tak pernah timbul sebelum ni tiba2 semua nak express time ni.


hey tahu tak, benda bab2 hati ni involves a big thing in ourselves.
tak semua orang perfect sentiasa.
ada jugak buat silap sedar ke tak sedar.
jangan tahu ekpresikan perasaan je tapi tak bertanggungjawab dengan consequences yg bakal berlaku selepas itu.
after expresskan feeling then lepas tu bertindak cold dengan orang.
tak bercakap.
avoiding certain2 people.
cakap belakang.
hidup tak hepi pun bila jadi macam tu.

i used to be llike that before.
expect people faham thru action kita.
eventho kita tak perlu cakap banyak2.
once again...benda tu tak applicable kat semua orang.
tempat baru so orang pun lain2
kena la belajar adapt.
up to a certain point mungkin kita rasa dh cukup tolerate dgn orang.
asyik kita je nak kena sacrifice.

tapi mungkin orang lain pun ada rasa macam tu jgak.
EMPATHY.

thats it.
from that point i learn that.
benda tak puas hati memang kena express.
jangan simpan.kalau tak, sampai ke sudah orang tak tau ape kita rasa.
dengan harapan dia nak faham kita dengan sendirinya.
thru behavior and action kita.

sampai satu tahap
musyawarah la.
bercakaplah secara elok.
kalau sama2 rasional, at first lepas dah frank memang lah sentap.
tapi at least you know where you are at right now.
where should you stand.
clarify everything.

to certain people yang berani frankly speaking macam tu. tahniah lah.
bila dan makin besar ni konflik dalaman memang dah makin hebat.
so kena lah bertindak secara matang.
fikir kesan tindakan diri sendiri terhadap orang lain jugak.
mungkin sebab marah or tak puas hati kat sorang je.
ended up semua sekali sangkut.
kan tak best macam tu.


benda ni pun akan jadi kat mana2 tempat tak kiralah waktu bila pun.either time kerja ke, kt u ke.kat kolej ke... bila makin besar makin kita mengerti.... kita akan sendiri jugak akhirnya. rasa tak ada orang faham kita. kawan2 that used to be with us before pun dah tak ada. keadaan dah tak macam kawan2 baik kt sekolah rendah dulu..masa zaman tengah membesar. macam dalam kubur nanti.....sorang2 jugak.

Nabi Muhammad s. a. w pernah bersabda yang bermaksud: 

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri." 


(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah keindahan Islam. Jauh dari unsur mementingkan diri atau nafsi-nafsi sehinggakan kasih sesama saudara diletakkan sebagai syarat kesempurnaan iman. 

Untuk menyahut seruan ini, cuba kita praktikkan perkara di bawah. Semoga dengan cara ini ukhwah yang terjalin akan bertambah kukuh dan manis. 

1. Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu. 

Sabda Rasulullah:

  "Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya." 

(Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)

2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah. Umar al-Khattab r. a berkata, "Saya minta izin kepada baginda Rasulullah s. a. w untuk mengerjakan umrah. Baginda Rasulullah s. a. w membenarkan dan berpesan; "Jangan lupa berdoa untuk kami bersama."

(Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).

3. Segeralah bersalam apabila bertemu. 

Sabda Rasulullah s. a. w, "Tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah."

4. Bermanis muka apabila bertemu 

"Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan".

5. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya. 

"Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah akan menyukannya pada hari kiamat."

6. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna. 

Daripada Abu Hurairah r. a, Rasulullah s. a. w bersabda, maksudnya: Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya. 

(Riwayat Muslim)



at this particular moment. saya sangat rindu triple v saya.
intan,aini, shak,fathin, meemi,hanis and iza.

i miss the environment kt KP.
i miss cikgu yus.
i miss ms annies.
i miss ustaz manzur.
i miss ckigu rosma.
i miss my benevolent.
i miss my port lepak kt maktab.
i miss kitab SOBIH.

just do the best untuk adapt dengan orang.
at my best.
cuma sampai satu tahap.
saya rasa saya dah tak larat.
saya tau saya complicated thinkers.
but thats me.


i miss every single thing of it.
 
Images by Freepik