Pages

Tuesday, March 1, 2011

8 perkara istimewa tentang 1st batch of MRSMKP.

1. BAJU BATIK MAKTAB.

ini memang paling obvious. baju maktab kaler kuning mengancam ala-ala tok sami punya uniform. striking yellow. korang ada simpan lagi tak baju outing korang nih? well, saya still simpan baju tu. tapi baju tu dah rosak sebab terbleached masa nak cuci baju terkena liquid paper. sedih jap :(. tak apa lah. cuma nak kata eventho baju ni kaler dia striking, tp yg menjadikannya istimewa sebab 1st batch jer ada baju kaler nih. (dah cuba search di google tapi takde, baju saya kat rumah so takleh lah yer nak upload gambar..huhu). baju ni lah yang saya gasak 2tahun nak p mana2 pun. paling cikai pun kuar p outing la. nak balik asrama pun skema gila pakai baju tu sampai kedut2.(okey, saya skema). tapi ade je dalam bas baru nak pakai baju maktab ni. (aku tau lah korang wey, nak2 lagi bebudak KL nih...dah hafal dh korang punya stail tu...)

2. BUMBUNG TERBANG.

haaa.....bukan senang nk dapat tengok real life situation and saat2 cemas dan rimas time tuh. haha...peristiwa bumbung maktab tercabut dan bumbung terbang. saya tak rasa budak2 1st batch KP lupa benda ni jadi. time tu jugak lah saya tengok bebudak lelaki ni jadi hero lah konon2...angkut komputer dari lab masuk dalam PSP sebab bumbung lab dah terbang time tuh. saya still ingat lg time tu saya duduk kt PSP, since that night bertugas jaga kat PSP (poyo je) ngan LDP2 yg lain...mmg still ingat...time bumbung PSP macam nk tercabut tuh, bunyi memang kuat gila, macam nak roboh dah..budak2 pakat dah lari bertempiaran macam tak cukup tanah. then saya terdengar uzair menjerit : WEH LEPAK LAHHH!!!! ..(muka uzair nak serius je, cuak gak aku time tu)

3. LAH n GAH

yang ini.....haha...assabiyyah korang mmg superb. bagus lah sebab benda tu kekal sampai sekarang. even dh hampir 3 tahun tinggalkan maktab. still together. dulu kerja tak puas hati je ngn gruping2 ni..siap buat t-shirt la...gadoh2( ade ke??) tak puas hati la.haha...sumpah. i miss that moment. (taknak upload gambar korang eventho aku ade simpan since GAH punya gambar takde so tak fair.haha)...LAH stands for? haha...tahu la sendiri ye. same la ngn bebudak GAH pun. salah tafsir kang payah! dan difahamkan next2 batch yang seterusnya pun cecube gak nak buat grouping macam ni tapi tak jadi. well...itu speselnyer budak 1st batch.
hehe... oh ya group lain pun belambak2 time tu, ngn ketupat palas la, dambafenz la (sorry beb kalau salah eja), triple v la...(hoho..yg ni kes biased sikit..hehe).

4. JUMLAH BATCH.

rasanya kita adalah batch teramai di KP.250 orang. sebab ada 10 kelas sebelum dikecilkan bilangannya menjadi 9 kelas. tu pun the 1st batch is the only batch yg ada kelas IMMACULATE. the following year rasanya memang takkan ada dah. retain sampai kelas ke-8 sahaja which is HONORABLE. see, 1st batch sangat special!

5. BATCH PALING TERUK KENA LANYAK DENGAN PAK HASSAN.

saya pun tak terkecuali dalam kes ni. bekas kena cubit ngn pak hassan masih ada kat lengan saya sampai sekarang. for boys, surely, cikgu hassan ni dah macam bapak depa selain dari ustaz manzur. macam2 gelaran yang pak hassan bagi kat diorang, dan gelaran tu masih bertahan sampai sekarang.

6. BATCH BERSIH DARI TINDAKAN DIBUANG MAKTAB.

sejahat-jahat mana pun 1st batch, semua selamat dari tindakan dibuang maktab. JDM tetap bersidang, namun alhamdulillah batch kita tak ada yang sampai tahap dibuang dari pengajian MRSM. mungkin sebab ketua warden kesian n bagi chance kat kita banyak kali kot? ya mungkin jugak. tapi apa pun, rasanya cikgu2 banyak compare 1st batch dengan batch selepas tu. reputasi baik 1st batch masih bertahan! dan personally, saya tak rasa batch saya jahat sangat pun, sebab tak pernah pulak saya dengar kes pelik2 selama saya ada KP macam curi hp pakcik driver bas yg bawak budak p solat jumaat, bakar wheelchair kat blakang asrama, buat kes couple luar dari kebiasaan (opsss...)... haa, semua yang saya mention ni, some of them memang budak2 batch seterusnya ada buat. adeh...sedih sekali dengar. tapi bukan nak kata cikgu2 tak bagus, mungkin jugak budak2 yang makin melampau?

7. PERASMI SEGALA-GALANYA.

semua benda baru. biasalah tu kan. paling remarkable, baju jubah graduasi tu. tapi emphasized kat sini, Hielfiqri sangat kesian sebab xdak chance nak naik atas stage masa hari graduasi. its ok hiel. your lucky seven doesn't work on that day.

8. BATCH PALING TABAH.

kenapa  saya cakap macam tu? ya sebab kita belajar tanpa equipment yang complete. beritahu saya, berapa banyak kali kita buat eksperimen praktikal dalam lab? sebab tak cukup apparatus. maktab baru lah katakan.
PSP? untuk tahun pertama tu, berapa banyak buk rujukan yang kita ada dalam PSP? tak lengkap sebab buku2 baru nak diload in. yang sedap merasa adalah batch2 seterusnya gak. tak apalah, itulah kekurangan menjadi 1st. but thats not a really big deal lah kan? tapi 1st batch kira untung dapat cikgu2 yang sangat fight dan bermati matian untuk student. remember cikgu zolkof n cikgu norma? how cikgu norma penat nak kena cover kelas gara-gara time tu tak cukup cikgu bio? okay, maktab baru mmg akan mengalami masalah tak cukup cikgu.


tu ja kot untuk setakat ni.

KEUNGGULAN PERIBADI, KECEMERLANGAN PRESTASI.

5 comments:

  1. IM PROUDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD.hehehehe

    ReplyDelete
  2. seronoknyer baca...

    ReplyDelete
  3. btw,congrats coz ur batch mmg cool...tp xyah la kutuk batch lain kat sini...please...

    ReplyDelete
  4. lonymous : which part yg i kutuk batch lain tu? if ade, maafkan kelancangan mulut ini berkata2. :)

    ReplyDelete

 
Images by Freepik