Aku menerjah masuk ke dalam bilik gara-gara kepenatan. Ya Rabbi, mengantuk gila kat consultation class tadi. Hajatku mahu menikmati minum petang terbantut. Aku hanya sempat singgah di koperasi dan membeli sekeping coklat dan terus pulang ke blok Fatimah. Lantak lah, wahai perut… maafkan daku tak sempat nak membelaimu. Mataku lebih menjadi kesayanganku sekarang. Tiba-tiba pintu dikuak dan Hazrina menerobos masuk ke dalam. Matanya bengkak, seolah-olah baru lepas menangis. Aku tidak jadi hendak meneruskan niatku untuk berbaring di katil dan melelapkan mata. Aku segera menghampiri katil Hazrina dan duduk disebelahnya. Hazrina memelukku dengan kuat.
“ Leya, aku rasa benda dah jadi makin complicated sangat sekarang…” kata Hazrina dalam sendu tangisnya. Aku membalas pelukan Hazrina dengan lebih erat lantas menenangkannya.
“ Kenapa ni, Haz? Cuba kau cerita kat aku dulu… apa yang dah jadi sebenarnya ni?” aku bertanya. Risau juga aku melihatkan keadaan Hazrina. Kebelakangan ini, fikirannya agak terganggu.
“ Hazim dah tahu pasal nama aku dah list out jadi naqibah. And guess what, nama dia pun ada sekali kot dalam list naqib! Aku terkejut gila. Cangak aku time dia beritahu aku tadi. Dah tu, aku tak tahu lah kenapa and macam mana dia kena ‘basuh’ dengan abang naqib usrah dia pasal kes couple-couple ni. Lepas tu kan, dia… dia…” tangis Hazrina makin kuat. Makin menjadi-jadi pula raungannya. Adoi… Haz, kenapa ni?
“ Dia nak clash dengan aku. Fullstop. Aku tak boleh terima!” Hazrina kembali menyambung. Aku terkedu. Wah… ini dah masuk kes berat ni. Memang complicated. Apa ke hal si Hazim tu pun boleh sangkut jadi naqib jugak ni? Hazrina terus meraung dan tersengguk-sengguk di bahuku sambil menangis. Aku menggarukan kepala. Apa aku nak buat ni? Nak tolong macam mana ni?
Tak semena-mena wajah Fakhri muncul diruangan maya. Fakhri tak tau lagi pasal benda ni. Camne lah reaksi dia nanti kalau dia dapat tahu? Aku pula jadi cuak bila memikirkannya. Aku hanya dapat menyuruh Hazrina supaya bersabar. Mungkin ada hikmah mengapa ini semua terjadi. Memujuk Hazrina, dan dalam masa yang sama meredakan keresahan hati apabila kemungkinan yang sama mungkin turut berlaku pada aku dan Fakhri.
Hujung minggu itu, aku nekad mahu berjumpa Fakhri. Gelodak jiwaku tak boleh ku tahan lagi. Aku perlu memberitahu Fakhri mengenai perkara itu.
“ What, you jadi naqibah? Leya, I tak salah dengar ke ni? Wow, girlfriend I ni nak jadi wanita solehah la!” Fakhri ketawa berdekah-dekah. Aku bengang seraya melepaskan tangannya yang kugenggam itu. Aku menarik muka dan mempercepatkan langkahku lalu masuk ke dalam sebuah butik pakaian di Mid Valley.Fakhri membuntutiku masuk ke dalam butik tersebut. Dia kemudian meraih bahuku dan kembali memujuk.
“ Sorry sayang, I seriously terkejut. I betul-betul tak sangka yang you boleh jadi naqibah. Orang macam you ni I pelik jugak tiba-tiba je jadi naqibah… Kakak naqibah usrah you tak salah pilih orang ke ni?” sampai meleleh air mata Fakhri mentertawakanku. Telingaku jadi berdesing setelah mendengarkan kata-kata yang terhumban keluar dari mulut Fakhri sebentar tadi. Aku tahu dia akan terkejut, namun aku tidak pula menyangka sampai begitu sekali reaksinya. Aku seolah-olah dicabar dan terhina. Aku menolak tubuh sasa Fakhri yang memaut bahuku itu. Kasar.
“ You ingat I ni jahat sangat ke? Cara you cakap macam lah I ni jahil sangat tak tahu pasal agama. Hey, you jangan nak underestimate I. I tahu I tak lah baik mana pun, tapi jangan cakap macam tu dengan I . I tak suka!” amukku pada Fakhri. Aku menudingkan telunjukku ke arah Fakhri, tanda amaran itu aku benar-benar maksudkannya. Fakhri mengangkat tangan tanda mengalah dan mengerti.
“ Hey sayang, jangan lah macam ni. I gurau jer okay. Okay la, bagus lah kan you jadi naqibah. Apa lagi I boleh cakap. But then I nak you fikir lah betul-betul kalau you nak jadi naqibah tu. Betulkan diri you tu dulu sebelum you nak lead orang lain. I macam tak yakin lah Leya, I know you macam mana. Being a naqibah is totally a thing that never crossed to my mind whenever I’m thinking about you. Damn.. this is really a joke man…” kata-kata Fakhri membuatkan aku semakin geram. Bukan nak sokong aku mamat ni…kutuk aku lagi ada lah! Siot jer! Arghh… geramnya!
“ Kalau you nak kutuk I, suka hati you lah. I nak blah. You know, I harapkan sokongan dari you. Tapi ini yang I dapat. Salah ke I nak berubah jadi baik, Fakhri? I tak faham dengan you… dah la, I malaslah nak bertekak dengan you. I nak balik dulu.” Aku berjalan meninggalkan Fakhri termangu-mangu ditengah-tengah ruang legar kompleks membeli-belah itu.
Dalam perjalanan pulang menaiki tren, aku duduk seorang diri. Panggilan dan SMS dari Fakhri meminta maaf tidak aku hiraukan. Aku benar-benar terasa hati dengannya. Aku mulai meragui kasih dan sayangnya padaku. Segala janjinya padaku selama ini. Kalau betul you sayang I Fakhri, you mesti sokong I nak berubah jadi a better person… Tapi ni yang you buat kat I… aku bermonolog sendirian. Aku mengeluh. Seolah-olah mahu menangis.
“Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Kerana kamu menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah fasik…”
Aku membacakan maksud surah Ali Imran ayat 110 setelah diminta oleh Kak Amilia. Malam Rabu itu setelah habis sesi usrah mingguan, aku meminta izin Kak Amilia untuk mengambil sedikit masanya mendengarkan masalahku. Aku menceritakan apa yang terjadi pada hujung minggu tempohari semasa aku keluar dan berjumpa dengan Fakhri. Kak Amilia hanya tersenyum.
“ Pergi kat rak tu, ambil tafsir al-Quran. Lepastu bacakan akak ayat 110 dari surah Ali Imran…” arah Kak Amilia sambil tersenyum. Aku hanya menurut tanpa banyak bunyi. Senaskah al-Quran berwarna merah hati lekas kucapai dan kubawakan kepada Kak Amilia. Kemudian dia menyuruhku menyelak lembaran al-Quran itu, membacakan ayat yang dimaksudkannya.
“Akak, Leya tak faham. Kenapa akak suruh Leya baca ayat ni?” aku mengerutkan keningku.
“Kenapa Leya sedih bila Fakhri bagi reaction macam tu kat Leya waktu Leya beritahu dia yang Leya is going to be a naqibah?” Kak Amilia membalas pertanyaanku dengan pertanyaan semula. Aku semakin tidak mengerti. Apa Kak Amilia ni, main teka-teki pulak dengan aku!
“ Mestilah Leya bengang dengan dia. Macam dia nak cakap yang Leya ni jahat sangat. Tak layak nak jadi naqibah. Siapa dia nak judge Leya macam tu? Leya geram lah kak…” aku jadi geram apabila memikirkan peristiwa yang terjadi beberapa hari lepas antara aku dan Fakhri.
“ So apa yang Leya rasa sekarang?” duga Kak Amilia. Aku diam. Menafsir semula maksudnya.
“ Sebenarnya kan kak, Leya dah pernah fikir pasal benda ni. Actually Leya tak tahu kenapa, mulut Leya jer cakap Leya taknak jadi naqibah, tapi kan …hati Leya takde pulak nak memberontak cakap taknak. Leya tak faham dengan diri Leya sendiri. Lepas apa dah jadi between Leya dengan Fakhri kat Mid Valley hari tu, Leya rasa Allah nak tunjukkan sesuatu lah kat Leya.” terangku.
“ Maksudnya?”
“Ye lah, Leya rasa… Leya dah boleh nampak siapa yang boleh sokong Leya buat benda yang betul ataupun tidak. Leya sedih dan agak terkilan dengan Fakhri, kak. Walaupun jadi naqibah memang lah bukan senang, although benda tu pun memang dah terang-terang untuk kebaikan Leya, tapi kenapa dia tak boleh support Leya? Leya…entahlah kak…” aku mula tertunduk dan diserbu dengan perasaan sebak yang mencengkam dada, lalu naik ke muka dan bertukar menjadi titisan air mata.
“ Leya tahu tak, ada seorang akhwat pernah cakap kat akak, bila Allah nak pilih kita untuk bantu jalan dakwahnya, Allah dan scan, dan survey diri kita ni… lebih dari 70 kali tahu tak? Jadi Dia lebih tahu mengenai diri kita. Dia yang lebih tahu kekuatan kita untuk pikul tanggungjawab yang Dia dah amanahkan... mungkin sebab tu dalam masa yang sama Allah nak bagi petunjuk kat Leya, supaya Leya nampak sendiri apa yang berlaku. Perasaan Leya, reaksi Fakhri… semua tu petanda yang Allah nak Leya tahu yang memang Leya dah dipilih olehNya…” Kak Amilia memelukku sambil menenangkan perasaanku yang agak berkecamuk ketika itu. Ada benarnya kata- kata Kak Amilia. Segala kata-kata Kak Amilia memang tidak pernah ku sangkal ada benarnya disitu.
“Dan kenapa akak suruh Leya tadabbur ayat 110 surah Ali Imran tadi? Akak nak Leya faham yang Allah sendiri dah cakap, kita ni umat Muhammad yang terpilih untuk laksanakan kerja-kerja kenabian. Ramai orang tak sedar hakikat tu, tanggungjawab berdakwah tergalas di atas setiap bahu semua orang, selagi mana dia layak bergelar seorang muslim. Hinggakan Rasulullah sendiri pun pernah cakap ; “ Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat”. Jadi, bila Leya dah dapat peluang untuk serlahkan diri Leya, jadi antara orang yang menyampaikan, Leya kena terima. Tak kisahlah ilmu Leya banyak mana sekalipun, yang penting kesedaran menyampaikan itu ada…” Kak Amilia menghabiskan kata-katanya. Direnggangkannya pelukanku, lalu dia menatap tepat ke arah iris mataku.
“ Leya jangan sedih. Ni semua ujian Allah. Ingat, ujian Allah berikan kepada kita tu bukan sia-sia. Malah kita tak boleh nak claim kata kita ni beriman sebelum kita diuji. Remember? Dulu Leya juga yang pernah bagi tazkirah dalam usrah cakap pasal benda ni kan? Lupalah tu. Dah, dah.. takmau nangis-nangis. Dah tak comel dah adik akak ni” Kak Amilia mengesat air mataku. Aku tertawa kecil. Mungkin Kak Amilia sedang berusaha mengendurkan ketegangan yang ada dalam sanubariku.
“ Thanks kak, Leya rasa Leya dah okay kot. Tapi still banyak lagi benda yang Leya perlu belajar. Leya nak belajar slow-slow kak, Leya taknak buat perubahan drastik. Taknak berubah nanti sementara ja, lepas tu nanti buat perangai balik. Sayang akak! Doakan Leya kuat ya!” Kak Amilia mengangguk. Aku tersenyum lantas menghadiahkan Kak Amilia dengan sebuah ciuman dipipinya.
bersambung...
No comments:
Post a Comment