Pages

Saturday, January 1, 2011

disebalik nama nurlisa afifah.

post yang ke-seratussembilanpuluhempat. akhirnya dekad pertama dalam sejarah abad ke-21 sudah terlewati. dunia tetap berputar. masa tetapi berjalan. walaupun tanpa kaki. kau dah makin tua wahai masa.

mari memutarkan cerita kisah zaman bahari. waktu masih muda belia remaja dan mengunyah gula-gula bergetah suka hati dari Januari 2010 hingga Disember 2010.

JANUARI 2010.
saat masih bahagia bersama si dia. dunia seolah berputar dengan senyuman. namun itu hanya bertahan untuk empatbelashari. ya. cuma empatbelashari. selepas itu , ibarat mentari yang terik memancar, hidupku kembali diselubung mendung. ketika itu hampir tiada semangat untuk terus berjuang hidup. mati akal. mati jiwa. mati segalanya. macam boneka bernyawa. terpempan, diri ditolak ibarat sampah. gelumang jahiliyah ternyata membejatkanku. aku letih kerananya. segala dosa mula menerjah. kekuatan harus dicari untuk bangkit semula. tapi bagaimana?

FEBRUARI 2010.
retrospeksi semula diri. ternyata banyak benar dosa dan salah. hari yang berlalu ditemani genangan air mata. tanpa henti aku mencari papan tanda dan simpang-simpang untuk kembali kepada pencipta fitrah. peneman aku cumalah kekuatan untuk tidak lagi berpaling kepada dosa semalam. aku kini mahu  kembali mencari lembayung kasihNya untuk aku berteduh. tawaran naqibah. mula mencanak-canak semula dalam minda. aku kusut. sudah banyak kali aku menidakkan peluang, adakah kali ini perkara yang sama harus berulang?

MAC 2010.
hati sudah dibulatkan. langkah makin banyak kuciptakan. sesekali terbit juga letih. namun, penat bagaimana sekalipun, hentinya tidak pernah sesekali aku benarkan untuk menggugah keputusanku. hati dicekalkan, lembaran baru harus dimulakan. ketika inilah aku merasa , Allah tidak pernah meninggalkanku. Namun hamba Allah itu tidak pernah sunyi dengan ujian. entah mengapa, dengan tidak semena-mena harapan kembali ku pertaruhkan, mengharap dia kembali semula. aku masih sayang padanya. aku mahu dia semula. hentikan saja langkah untuk kembali itu. terasa sukar. jadi baik hentikan sahaja. hatiku seakan-akan dipanah syaitan apabila kurasakan takdir berlaku kejam.  namaun hatiku juga berperang dengan perasaan yang semakin menipis untuk kembali berpositif menerima hakikat dia akan kembali semula.

APRIL 2010.
kata-kata itu satu doa. mujur ada rakan pengubat kekecewaan. saat aku hampir berpatah kembali, tangan-tangan manusia yang seangkatan denganku kembali menyambut, dan menghalang. aku dihujani dengan pelbagai kata-kata nasihat. namun aku masih mengeraskan hati. enggan tunduk kepada kata-kata yang berunsur kebenaran. apa lagi yang menghijabkan sebenarnya! aku penasaran. penat sekali bermain tarik tali dengan hala tuju menentukan arah hidup dan akhirnya... dan pertama kali, kalamullah itu menjawab dan mengusaikan segala kekusutan. ALBAQARAH 216. quran yang selama ini tidak pernah ku kira untuk ku ambil peduli maksudnya. ternyata itulah syifaa' kepada segala apa yang kuperlukan. jatuh air mata buat kesekian kalinya, namun atas sebab yang berbeza. kali ini kerana ayat itu. keranaMu Ya Rabb.

MEI 2010.
semakin seronok menghadiri halaqah dan kuliah2 di surau. terasa sesuatu mengalir dalam aliran darahku tatkala mendengarkan ayat-ayat Allah. Allah... mengapa selama ini aku buta? aku tahu tetapi tidak mahu beramal... sengaja berpaling dari kebenaran yang terhampar...satu persatu kembali menginsafkan aku... alquran itulah jawapannya. aku menangis sehingga aku merasa, air mata itu terlalu mudah dijatuhkan apabila mendengarkan ayat-ayat Allah yang berkumandang, menembusi jiwaku yang pejal dengan kekotoran dan hanyut dalam pelukan duniawi sebelum ini. terasa murah benar air mata, kerap benar empangan air mataku pecah.

JUN 2010.
diuji dengan keputusan peperiksaan yang tidaklah begitu membanggakan. berperang dengan perasaan yang hampir menjebakkan aku semula dalam cinta manusia yang tidak menjanjikan kepastian yang gembira. mengapa hati ini kerap sekali dijentik dengan perasaan suka terhadap makhluk bernama adam itu? seorang adam kembali datang, dengan janji dan harapannya. ya fitrah. namun kali ini aku tidak mahu mengulanginya, kerana kurasakan dia bukanlah orang yang tepat. tanggungjawab sebagai seorang naqibah juga semakin terhimpit antara kekangan melebarkan sayap dakwah dan menjadi pelajar yang berilmu didada, ternyata masih jongkang-jongket. gagal ku seimbangi. letihnya Ya Allah...

JULAI 2010.
nikmatnya berusrah. punya adik-adik yang sungguh membahagiakan hati. memperlipatkan usaha untuk menjadi muslimah yang lebih baik. mencari ilmu. mula melakukan sedikit demi sedikit transformasi. atmosfera yang lebih meyakinkan apabila ternyata aku juga tidak keseorang dalam langkah mencari Dia. terima kasih sahabat-sahabat sekalian yang tidak jemu-jemu terus menyokong dan menyuluh terang jalan, agar mudah ku lalui.

OGOS 2010.
fasa hidup yang seterusnya bermula. namun kali ini yang benar-benar mengesankanku. hatiku ditujah sekali lagi. dalam perjalanan mencari redha Allah, dia temukan aku dengan seorang lagi adam yang membibit  perasaan cinta. perasaan suka padanya..cinta lelaki yang mengajak diriku kembali mencintai Allah. ini rahmat atau ujian sekali lagi? tidak pernah aku tidak dihinggap ujian. namun itu mengajarku untuk lebih yakin, ujian itu diiringi oleh kekuatan untuk aku terus mendepaninya. hati yang berbolak balik ini harus diberi penjelasan, kehadirannya merupakan sebahagian lagi takdir yang tertulis di Loh Mahfuz, yang perlu ku terokai hikmahnya. Allah... apa lagi kali ini perancanganmu Ya Allah?

SEPTEMBER 2010.
masih bernafas. masih cuba menyeimbangkan perkara yang mendatangi kehidupanku. 18 September 2010. sesuatu membuatkanku tersedar, mengapa Allah memberikan semua ini kepadaku. satu persatu hikmhnya kini mula tersingkap. Dia kirimkan kebahagiaan lain buatku rupa-rupanya. malah aku lebih merasa kemanisannya apabila ia beserta dengan kalam cinta dari Allah. hati yang mula terbuai dengan nikmat itu, harus kembali kusedarkan bahawa nikmat itu seharusnya disyukuri dan diambil hikmahnya. aku enggan mencampuradukkan dan menyalahertikan 'bercinta kerana Allah'... dan ketika itu juga 20 September 2010, satu keputusan lagi telah diambil. dan ia ternyata menjadi mujahadah terbesarku. mujahadah melawan nafsu yang kulakukan untuk diri sendiri. katanya jadilah wanita yang sebenar-benar afifah. afifah = yang terpelihara. aku mengerti. namun pengertianku bukanlah sekadar bermain dibibir, aku bermati-matian untuk cuba menyelusuri hikmah disebalik afifah itu...

OKTOBER 2010.
dihimpit rindu padanya yang semakin mencengkam dada. rinduku pada Sang Khaliq juga tak pernah surut. malah ku makin berusaha untuk kekal di dalam hembusan rindu itu. semakin aku berhempas pulas mahu menyucikan jiwa dari karat jahiliyah dan duniawi. semakin pula ujian nafsu datang mengasak. pelbagai ayat-ayat yang semakin ku hayati maknanya dan kujadikan perisaiku dalam perjuangan mujahadah ini. sementelah, peredaran langkah dakwah semakin menebal, aku mula berasa seronok dengan tarbiyyah yang datang dan makin menapak dalam diri. Rupanya ini nikmatnya ujian. inilah rupanya ya Allah... maka nikmatMu yang mana lagi yang cuba aku dustakan?

NOVEMBER 2010.
perubahanku mungkin nampak drastik.perlahan-lahan aku kembali sekali lagi di dalam dilema. tekanan tiba-tiba datang menyapa. perubahanku ini... salahkah? aku bukan mahu membantah, jauh sekali memprotes atau mengikut kehendak emosi dalam melakukan revolusi perubahan.namun tarbiyyah ku perolehi ternyata berlainan sekali. aku mengerti. benar dia khuatir, benar dia prihatin. mahu membentukku menjadi wanita acuan al-quran. namun hatiku benar-benar tersayat apabila usahaku seolah-olah tidak dihargai. oh tidak, bukan dia tidak menghargai..namun hati manusia yang sukar dimengerti apabila pemikiran itu terlalu luas dan tiada sempadan untuk mengklasifikasi. aku dan dia sama-sama tidak memaksa diri menjadi hipokrit, namun kesabaran juga punya had. istikharah dipraktik sentiasa. Allah...tetapkanlah yang terbaik.

DISEMBER 2010.
sebelum mimpi sempat bermula, sebelum sempat segala-galanya membarah dalam diri. terlerailah satu lagi perjanjian. lillahi taala. benar aku terkejut, namun dalam masa yang sama aku mampu menghela nafas lega.  pesannya tidak pernah pudar dari ingatan. aku faham mengapa kau mengambil langkah itu. biarkan kita sama-sama mencari dan membina identiti sendiri tanpa perlu tekanan.  aku juga masih perlu  masa. aku juga biarkan kau meniti jalan dakwah dan mujahadahmu tanpa aku sebagai penghalang. sebelum sampai pada masanya, biarkan saja begini. walaupun sakit, ia bakal berlalu bukan? sekali lagi masa sebagai penentu. Allah perancang terbaik. kau juga yakin bukan?



tercoret kemas dalam lembaran memori. azamku? biarkan badai semalam berlalu. masih banyak ranjau sepanjang jalan yang masih belum aku temui. sampai pada masanya nanti, aku akan menjadi matang. terus mengheret langkah, mungkin juga bertemu kau kembali. Wa makaru. wa makarallah. wallahu khairul makirin. Aku yakin itu.

bicara tinta...
Nurlisa Afifah.

SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA.
NEW YEAR?
MAAL HIJRAH?
SAMA SAHAJA. KEMATIAN MASIH TETAP MENGHAMPIRI. AKU ENGGAN MEMBAHAS SOAL PEMBUDAYAAN SAMBUTAN. AMBIL SAHAJA APA YANG RASA DEKAT DIHATI. YANG BURUK DITINGGALKAN, YANG BAIK ITU YANG HARUS DISEGERAKAN.
SUPAYA PERUBAHAN DAN KEAZAMAN ITU LEBIH TERASA.
USAH DIHIRAU SAMBUTANNYA, NAMUN SEMANGAT DAN AZAM ITU LAH YANG HARUS TERNYALA.

2 comments:

  1. Ms L ,
    lets pray next year will bring us joyness,happiness and take us to the dreams we wanna hold so much .insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. miss Q >> nothing is impossible! insyaAllah, lets hunt for the wing to fly high! :) all the best to you too! :)

    ReplyDelete

 
Images by Freepik