Pages

Wednesday, March 23, 2011

IKHTILAT MENCABAR KREDIBITI IMAN?

perbualan ringkas bersama seorang akhwat petang tadi sangat mengesankan saya.

saya bertanya kepada beliau tentang pendapatnya. bagaimana mahu menjaga ikhtilat apabila berdepan dengan seseorang yang turut sama bergelumang dalam jalan tarbiyyah, dibentuk dalam biah solehah yang sangat mantap namun masih menggunakan SMS sebagai salah satu medium untuk berhubung dengan akhwat/ikhwan yang sama dengannya?

persoalan pertama : IKHTILAT YANG MACAM MANA?

kadang-kadang mesej2 yang mengandungi hadith ataupun ayat2 alquran diforward. baik dari ikhwan kepada akhwat, ataupun dari akhwat kepada ikhwan dengan niat DAKWAH ITU TIDAK SALAH BAGAIMANAPUN CARANYA. YANG PENTING NIAT. sekadar memforwardkan mesej, rasanya tidak salah. kita berkongsi ilmu. 

sahabat saya tadi hanya tersenyum. saya berdebar menanti jawapan daripadanya. saya tahu, saya boleh dapat sesuatu yang berguna. kerana kepetahannya berkata-kata membuatkan saya kagum. 

persoalan kedua : MAKSUDNYA KITA SENGAJA LAH KAN MENCABAR SEJAUH MANA KEKUATAN HATI DAN IMAN KITA DALAM PENJAGAAN IKHTILAT? AGAK2 HATI TERJAGA TAK BILA BUAT MACAM TU?

saya rasa jebakan yang saya cipta telah saya jerumuskan satu kaki saya ke dalamnya. saya mengatakan mungkin akhwat/ikhwan yang memforward mesej sebentar tadi ATAS DASAR KAWAN. 


ini jawapannya yang dapat saya rumuskan.

banyak cara syaitan boleh menjerumuskan kita dalam fitnah dan tipu dayanya. lagi pula orang sedang berusaha mendekatkan dirinya pada Allah. akan lagi kuat diuji. dan ujian tu kadangkala tidak datang dihadapan mata, namun ia menyusup halus...lebih halus dari sebatang jarum untuk 'mencucuk' hati manusia ini.

at the first place...kenapa perlu forward mesej sebegitu kepada rakan yang bukan sejantina? soalnya :

-berapa ramai kawan rapat kita yang sejantina yang kita dah pedulikan?
-semua contact kita dalam telefon bimbit kita, kita forward benda yang samakah? 
- kenapa mesti forward kepada dia sahaja?

JANGAN MAIN DENGAN API. jangan meruntuhkan kelambu iman yang masih belum tebal tenunannya dengan berbuat demikian. kenapa perlu dicabar benteng ikhtilat yang dicipta? mahu menilai sejauh mana kekuatan sandaran iman kita? bukan ini caranya.

KITA TAK RAPAT DENGAN ORANG LAIN. 
LELAKI TU BESTFRIEND SAYA. 
PEREMPUAN TU KAWAN BAIK SAYA.
TAK MUNGKIN SAYA BOLEH ADA PERASAAN BUKAN-BUKAN PADA DIA.

hati manusia ni Allah dah bagi fitrah bahawa dia mudah tertarik dengan kaum yang berlainan jantina dengannya. seperkara lagi, hati manusia ni Allah yang pegang. apa jaminan bahawa bila seseorang itu berkata DIA TIDAK MUNGKIN ADA PERASAAN LAIN TERHADAP KAWAN YANG BERLAINAN JANTINA tersebut, perkara tersebut tidak akan terjadi? ingat, saya ulangi Allah pegang hati kita semua. bila-bila masa je Allah boleh switch balik hati kita.


OKAY LETS SAY DIA DAH SEDAR KATA PERBUATAN TU SALAH, NAMUN TO EXPLAIN KAT KAWAN2 RAPAT DIA TO STOP DOING THAT THING. MACAM MANA? BUKAN SENANG, LAGI PULA KAWAN-KAWAN RAPAT.HABLUMINALLAH KENA JAGA, HABLUMINANNAS PUN KENA JAGA...

KENAPA DIA DAPAT KESEDARAN TENTANG KEPETINGAN MENJAGA HATI?
sebab nak jaga hubungan dengan Allah.

JADI PENTINGLAH MENJAGA HATI? APA KAITANNYA DENGAN ISU IKHTILAT TADI?
bila kita nak jaga hubungan dengan Allah (habluminallah), kita kena jaga hati... kadang2 salah satu punca doa dan ibadah kita terhijab pun, gara-gara perkara yang kita tak sedar kita buat. tapi kita consider perkara tu tak salah pun. time tu, kita dah dibutakan dengan tipu daya syaitan, perkara yang salah...dizahirkan dimata kita seolah-olah nampak betul,baik dan mulia. 

bergelar naqib, naqibah... forward mesej2 keagamaan kat kawan yang berlainan jantina... motif : nak share ilmu, secara tak langsung nak ajak kawan ke arah kebaikan. benar, niat itu betul. dia ada matlamat. tapi matlamat itu tidak sesekali menghalalkan cara. kita dah dikira mencabar kredibiti ikhtilat kita dah time tu sebenarnya. agak keterlaluan apabila menggunakan unsur berdakwah dan menyampaikan itu namun pada hakikatnya, hati kita sedang dijentik dengan risiko untuk dihinggapi perkara lain namun berselindung dibalik mesej2 yang bersulam hadith dan kata-kata nasihat.

SO KITA NI KENA JAGA HATI OR NAK JAGA HATI SEBENARNYA?
bila sebut tentang perkataan KENA, itu adalah satu bentuk PERINTAH. secara tak langusng hati akan rasa terbeban nak laksanakannya. macam mana nak ikhlaskan hati kalau macam tu? bukan tak boleh ,tapi agak payah sedikit.

bila sebut tentang NAK, itu adalah satu bentuk KEMAHUAN. andai kita sedar bila memforwardkan mesej sebegitu dikira salah, boleh mengganggu hubungan kita dengan Allah disebabkan kita tak jaga hati kita... so akan timbullah kemahuan untuk menjaga hubungan between diri kita dan Allah. soal habluminannas? saya tidak nafikan , hal ini agak sukar, terutama sekali bagi mereka yang sangat friendly dan mempunyai ramai kawan baik tak kira lelaki mahupun perempuan namun terangkan pada mereka, andai mereka faham. pasti mereka tidak akan lagi membalas mahupun memforward mesej sebegitu kepada kita selepas ini. 

ikhtilat ini isu besar. islam menggariskan cara-cara yang sudah sepatutnya. sesungguhnya banyak lagi medium lain yang boleh digunakan. alasan SMS mesej2 berunsur dakwah ini, mungkin ini adalah salah satu taktik syaitan dalam melalaikan kita, kita dikaburkan seolah-olah perbuatan itu nampak baik dan bagus. saya tidak katakan ianya berdosa, namun saya mengambil kira ISU MENJAGA HATI serta kualiti ibadah kita dengan Allah. hubungan kita dengan Allah. mungkin cara itu, secara tidak langsung boleh menggugat hubungan kita dengan Allah. risau juga, sedangkan amalan pun tak banyak mana, andai tak cukup bekalan/amalan tak diterima gara-gara perkara yang kita sengaja 'cari pasal' dengan mencabar kredibiliti ikhtilat serta keampuhan diri dalam mendepani perkara yang boleh mencabar iman, jadi baik segera pertimbangkannya kembali. 

pilihan terletak ditangan anda sama ada anda rasa KENA jaga hati ataupun NAK jaga hati. namun ia tetap PERLU dijaga. apabila anda NAK jaga hati, insyaAllah segala sebab kenapa kita KENA jaga hati akan turut sama terharung. clarify kenapa kita perlu jaga hubungan kita dengan Allah. at the first place, buat apa yang Dia suruh tinggal apa yang Dia larang. kalau benda yang Dia terang-terangan larang jangan buat kita boleh tinggalkan, mengapa sekecil-kecil perkara yang mampu menghumbankan diri kita ke kancah kemurkaanNya harus kita abaikan?

ajaklah hati. duduk sejenak. fikir kembali apa yang telah anda lakukan sehingga ke hari ini dalam membantu memperhebatkan jalan dakwah? 

jadi buat rakan-rakan juga,
maaf andai saya tidak membalas mesej2 anda kecuali yang berkaitan dan ada keperluan sahaja.
maafkan saya andai kurang mesra seperti dahulu
saya bimbang saya gagal menjaga hubungan saya dengan Allah.
saya juga bimbang andai kamu juga gagal menjaga hati kamu gara-gara saya.
saya tidak kisah bertanya khabar, wish birthday dan bertegur sapa seprti biasa.
cuma andai mahu terjerumus ke dalam unsur yang lagha, melalaikan hati, mula menerewang lari dari tujuan asal kita bertanya khabar, saya akan hentikan.
wahai sahabat, harap anda semua mengerti. 
maaf juga andai mesej-mesej tertentu tidak dibalas.
maaf andai ada yang terasa hati dengan tindakan dan perlakuan saya. saya tak terlepas dari buat silap.

ayuh sama-sama mantapkan penjagaan ikhtilat kita!



5 comments:

  1. emm. tak tau nak cakap apa. tapi macam agak kurang parallel dgn post zati tentang 'zina hati' dan 'antara sifat ithar dan ananiyyah, di manakah kita?'. anyway, thanks for sharing. :)

    ReplyDelete
  2. sama2 zati. akak lebih suka untuk ambil jalan selamat. akak ilmu pun byk lg yg kurang, untuk terus 'main2' dengan perasaan n deal pasal ikhtilat ni, andai ada perkara yang xperlu...akk rasa tak apalah...baik akak jauhkan. iman akk rapuh lagi nak deal benda2 ni. cukuplah. :)

    :)

    adik akak ni hebat orangnya. :)

    ReplyDelete
  3. "Tinggalkanlah sesuatu yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukanmu."
    (Riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasa'i)







    maaf menyibuk.terbaca post :)

    ReplyDelete
  4. to muhtadi khazani : ya setuju. kalau tak sure baik tinggalkan. :)

    takut kelak hujah memakan diri anda bukti sandarannya tidak kuat.

    ReplyDelete

 
Images by Freepik