Pages

Monday, July 25, 2011

liberalis.

bila saya kata saya open-minded,
bukan tanda saya free thinker.
saya tahu juga sesuatu benda tu baik mahupun salah
asal masih dalam landasan agama
itu sempadan open-minded saya.

dan tolong hormat pendapat saya,
sebab saya juga belajar menerima pendapat orang.
benar kalau awak arif sekalipun bincang bab agama,ilmu awak lagi tinggi dari saya,
jangan terlalu mudah 'mengkafirkan' pendapat saya,
dengan mengatakan saya cuba bersikap meliberalkan agama.

okbai.
assalamualaikum.

Saturday, July 23, 2011

ceritera cinta... isteri seorang perwira.

“Abang kena duty weekend ni. Sorry sayang. Kita postpone dulu trip pergi pantai tu boleh?”

Aku segera melonggarkan rangkulan Ammar. Bersedia mengarahkan impuls seterusnya untuk menggerakkan otot-otot dimukaku membentuk satu jalinan halus didahi, mempamerkan reaksi protes terhadap kata-kata si dia sebentar tadi. Dia buat hal lagi… satu keluhan terpacul keluar dari bibirku.

“Leen boleh faham kan?” nada suara Ammar mencerun, ada riak bersalah tatkala melihat tampangku langsung tidak berubah sedari tadi.

“ Ya… Leen faham. Biasalah ni...”

Bernikah dengan seorang pegawai tentera, memang menjadi mimpi indah sejak aku pertama kali melihat seorang pengantin yang cukup cantik mengenakan gaun rona putih disamping leftenan hatinya, berpapasan beriringan sambil dilembayungi susunan pedang yang membentuk gerbang untuk mereka. Kira-kira hampir 16 tahun dulu. Waktu aku cuma berusia 10 tahun. Gila. Sejak dari hari itu, aku melakar angan-angan mahu menjadikan diriku pemegang status isteri seorang perajurit suatu hari nanti.  Menyarung gaun putih sambil erat memaut lengan cinta hatiku. Smart apa! Ya, mimpi indah yang berjaya buat aku terbayang-bayang tatkala aku menempuh zaman remaja dan alam percintaanku sehinggalah aku berjumpa dengan Ammar Rafiqin.

Ku anggap wanita sepertiku sudah cukup tabah, bahkan mungkin ada yang beranggapan tindakanku seolah-olah agak ‘kamikaze’ apabila berkeputusan untuk menerima lamaran Ammar Rafiqin.

“Kau biar betul Leen? Tabah gak laa kau ni, boleh tahan kena tinggal. Kalau dia keluar rumah ada misi apa-apa ke, berlayar ke, tak ada kat rumah selalu? Pergh ,tahan sental la weh! Kalau aku mau menangis tak berlagu dah!”

“Leen, lepas ni bukan laki kau je aku nak salute, ngan kau sekali aku tabik spring baik punya!”

“ Fuyohhhh, abang tentera tuu! Lepas ni kalau gaduh jangan main tembak-tembak guna M-16 pulak!”

Kata mereka, aku jenis wanita ‘berani mati’. Cuba beritahu aku, wanita mana dalam dunia ini rela diperlakukan sedemikian rupa? Maksud aku, tidak banyak masa dapat diluangkan bersama gara-gara kekangan kerja. Al maklumlah, tugas seorang tentera sudah cukup dibayangi dengan pelbagai tugasan untuk keselamatan negara, hingga keluarga dan isteri diletakkan dalam senarai prioriti entah tangga ke berapa. Berpuluh? Beratus agaknya.

Ditinggalkan demi tugas yang menanti. Ya, ini juga sudah aku maklumi. Contoh terdekatku, Mak. Mak juga bersuamikan seorang tentera. Suasana keluargaku yang menjadi seorang tentera dan berkahwin dengan tentera, seolah-olah menjadi tradisi dalam keluarga. Aku hanya menjadi penyambung legasi. Ah, perasan. Mungkin itu juga faktor pemangkin mengapa aku mahu memilih seorang tentera sebagai calon teman hidupku. Ayah juga menjadi penyokong tegar.

Kisah aku dan Ammar?

Ya, barangkali tidak seperti pasangan normal lain yang bercinta. Penuh dengan SMS, call, date dan sebagainya. Bukan nak kata hubungan kami ni abnormal, namun dengan keadaan superbusy, aku dan dia kadangkala tidak punya ruang untuk bermanja-manja bagai nak gila.

Kadang-kadang dah plan weekend untuk luangkan masa bersama baik punya, kena cancel. Gara-gara tugasnya kembali menguasai carta prioriti. Aku tersembam kalah.

Kata temanku, hubungan aku dan Ammar kelihatan hambar. Tidak punya banyak variasi dalam merancakkan perhubungan. Namun, aku selesa begini. Statement yang litar pintas dari Cik Adleen Nadzurah. Kekuatan aku untuk terikat dengan Ammar mudah sahaja. Kupercaya dia mampu melindungi dan membimbing aku. Saat bersamanya buat aku rasa selamat. Tidak pernah sesekali dia menyentuh aku, baik secara sengaja mahupun tidak, dia cukup menghormati sifat keperawanan yang aku miliki. Ammar juga bukan jenis lelaki yang banyak songeh, karakter ‘give and take’nya sangat supermantap! Dia bijak mengambil hatiku, dan berusaha untuk memberikan sepenuh komitmen terhadap perhubungan kami meski terpaksa berperang dengan hakikat tugas yang dengki akan perhatian yang diberikannya kepadaku.

Itulah kunci yang buat aku masih bertahan dengan Ammar Rafiqin. Meskipun sudang berulang-ulang kali diberi amaran olehnya,

“ Adleen sayang, jadi girlfriend tentera ni tak mudah tau. Banyak benda gila boleh jadi last minute, mental selalu teruji. Awak kena kuat sokong saya!”

Aku mengangguk tanda faham untuk kesekian kalinya. Entah, dah macam kena suntikan pelalian dah. Tahap imunisasi aku dengan gaya kerja Ammar dah kira hampir kebal dah.

“Sebab tu saya sayang awak. Tak ramai perempuan kat luar sana yang boleh faham, tugas seorang tentera macam mana. Walaupun diorang tahu dan faham, tapi belum tentu diorang boleh pilih dan sanggup untuk go through semua ni. Macam awak.” Itu jawapan keramat dari mulut Ammar. Cukup untuk dapat perfect score kenapa aku juga sayang dia. Pengorbanan. Suatu yang aku pelajari sepanjang menguliti detik-detik mengenali lelaki bernama Ammar Rafiqin. Bukan suatu yang mudah.

“Kenapa pilih saya?” soalku kembali.

“Saya mencari teman hidup. Bukan sekadar teman wanita yang sekadar boleh kongsi gelak ketawa saya. But in every ups and downs. Grow old with me. Enlighten my life not only as a girlfriend, but as a loyal wife and a beautiful incredibly strong mother to my children. That’s perfectly match to describe you in a glance.”
Aku dah tak larat reshape hati aku everytime Ammar keluarkan ayat yang boleh buat hati aku cair meleleh-leleh. Ammar bukan jenis lelaki yang sentiasa mengekspresi rasa melalui kata-kata, namun bila sekali keluarkan ayat macam ni, cukup buat aku terharu dan sebak. Ah, cengeng betul. He’s a man with action, not charming me by words. Biasalah tu, expectation dari seorang pegawai tentera. Gagah, macho dan kemas. Memang selera aku. Tampan? Sedap pada mata aku memandang sudahlah. Janji anak-anak aku tak ada yang hodoh gara-gara gen tak hensem terlepas kat anak-anak. Haa…. Apakah??? Merepek sudah.

Ah, nasiblah tapi. Siapa suruh awak buat saya crush kat awak? Heheh…

Takkan pernah aku lupakan saat itu, Ammar baru sahaja setahun ditauliahkan sebagai Leftenan. Sedang aku, masih di tahun terakhir pengajianku. Dinner kali ke-30 setelah menjalin perhubungan hampir 4tahun. Kali ke-30? Kalau kira blood count versi dating Adleen dan Ammar, ni memang dah tahap kritikal hampir nazak. Tapi nak buat macam mana, dah jarang jumpa punya pasal.

“Dr. Adleen Nadzurah, saya nak lamar awak jadi isteri saya. Lalu bawah pedang dengan Lt. Ammar Rafiqin jom?” Ammar merenung wajahku tanpa riak canda. Tersungging senyuman dibibirnya.

Terasa nak melompat dan meloncat. Sudu dan garfu ditanganku terhenti pergerakkannya bergeser dengan pinggan nasi goreng yang tersedia didepan mata. Aku mengangkat wajahku menala Ammar Rafiqin. Pipiku berona macam serbuk blusher tumpah satu bekas. Saat itu, terasa mimpi indah zaman hingusan kembali menerjah. Dah besar rupanya aku…dah sampai turn aku pulak nak lalu bawah pedang, dan ini bukan main-main! Mataku tak semena-mena membentuk butiran jernih hangat, menakung di tabir mata. Terharu. Sungguh tak percaya!

Hari yang diimpikan tiba. Ammar segak menyarung sut putih tanpa celanya, sedang aku disampingnya memilih gaun pengantin dari warna yang sama supaya nampak sepadan. Kulingkarkan jemariku memaut lengan kepunyaan Ammar Rafiqin, lelaki yang telah selamat menjadi suamiku yang halal dengan sekali lafaz sewaktu akad nikah tidak lama dahulu. Bising pancaragam bergema di luar dewan majlis resepsi. Gemuruh lagi dahsyat fluctuate daripada time nak akad hari tu. Bukan setakat rama-rama dalam perut dah ni, rasa macam iras-iras anak gajah menari dalam perut pun ada.

“Chill sayang, it’s show time.”  Ammar menggenggam tanganku.

Dengan lafaz bismillahirrahmannirahim, kaki kananku dan Ammar sama-sama menghayun di atas permaidani merah, pedang-pedang menjulang ke atas memayungi langkahku dan Ammar. Bahagia begini. Sempurna sudah impian zaman hingusan.

Tidak akan pernah aku lupa juga saat itu.

Itu cerita setahun dahulu. Aku dan Ammar masih bahagia sehingga kini. Sayangnya masih menghangatkan jiwaku. Tidak pernah dia gagal dalam memberikan kecintaannya kepadaku. Cuma satu yang tiada beza dari awal perkenalan sehinggalah sudah melangkah ke gerbang perkahwinan, jadual kerjanya masih sahaja sama. Last minute dan gila. Seperti sekarang. Ditambah pula dengan jadual on call ku yang juga tak kurang gilanya, tsunami jugalah yang membadai dijiwa.

“Kenapa ni sayang, moody sangat ni… abang minta maaf okay? Duty mengejut ni. Bukan tinggalkan sayang nak pergi berperang pun…hehe” Ammar memujuk sambil memeluk bahuku. Aku memang sudah sedia tarik muka tujuh belas sambil menyilangkan siku menghadap jendela. Tangan Ammar tak semena-mena bergerak ke perutku. Dielusnya perlahan. Tubuhku dipeluk dari belakang. Dagunya mendarat dibahuku. Aku bersandar di dadanya.

Tidak aku nafikan, memang aku moody dan stress belakangan ini. Bukan sebab pressure kerja je, morning sickness completing the package. Baru tujuh minggu, dah ada gaya sentimental tak pasal-pasal. Pembawakan budak agaknya. Ammar nak pergi kerja pagi-pagi pun time aku salam tangan and dia cium dahi aku dah menangis, habis hilang muka legend. Padahal bukan tak biasa kena tinggal. Ni kes nak batalkan trip pergi pantai pun aku dah nak emo. Leen… Leen…

“ Leen ok je ni. Macam tak biasa pulak. It’s okay. Hormon tak betul kot. “ sengihku kemudian sambil berpusing menghadapnya. Aku menarik tangan Ammar menuju ke dapur.

“Nak pergi mana?” soal Ammar.

“Makan aiskrim. Hazelnut chocolate sauce. Denda kena habiskan satu tube aiskrim dengan Leen, since tak jadi trip pergi pantai!” tingkahku. Ammar menepuk dahi. Hah, padan muka!

Dalam hatiku seringkali menyebut dan mengingatkan, tugas suami yang harus menjadi keutamaan. Jalan ini yang telah kupilih, inilah harga pengorbanan yang harus dibayar untuk mencintai seorang pegawai tentera, tugasnya bukan mudah. Banyak pahit yang harus ditelan, bukan sekadar hanya indah istiadat dipayungi pedang menjadi perencah rasa hati sebagai tanda cinta buat Lt. Ammar Rafiqin, namun motto kerjanya juga sebati menjadi sebahagian dari hidupku. Juga hidup para isteri tentera diluar sana. Atapun mana-mana wanita yang bergelar isteri.

SEDIA BERKORBAN.


Friday, July 22, 2011

apabila penduduk marikh dan penduduk zuhrah bersahabat baik.

tajuk ni macam biasa je nak diperkatakan, tapi tadi buka halaman 'group' junior KMS *saya yang diundang masuk, bukan sengaja nak menyibuk*, ada topik yang sangat menarik minat saya untuk bercakap.
mungkin nampak agak klise dan kebanyakan orang pun dah pernah bercakap tentangnya.

PERSAHABATAN BERLAINAN JANTINA aka CINTA PLATONIK.

the law attraction antara lelaki dan perempuan memang sukar nak dipisahkan. cinta platonik pun boleh didefinisikan sebagai keintiman ataupun perasaan tertarik/terpesona kepada spesies yang berlainan jantina, namun bukanlah tarikan seksual.

siapa kata lelaki dan perempuan tak boleh bersahabat? saya perincikan kepada mereka yang bersahabat dalam kalangan umur yang sebaya ataupun beza dalam 2,3 tahun. ya, anda boleh bersahabat. tapi percaya ataupun tidak, tidak dapat tidak, cinta platonik ini memang boleh terwujud. cuma siapa yang biasa sedar bahawa dalam persahabatan ini, ada satu garisan halus yang memisahkan persahabatan dan percintaan.

lelaki dan perempuan boleh bersahabat, cuma tidak boleh menjadi teman rapat dan bersahabat baik yang berkongsi segala macam cerita up to a certian limit. segala macam cerita dan benda tu saya mudahkan dengan maksud, tidak semua perkara anda boleh cerita padanya.

kenapa?

sebab bila dalam kes ini, bila tidak semua perkara boleh dishare...anda dan si dia akan mewujudkan satu ruang inkuiri/rasa ingin tahu dan akan timbul rasa untuk lebih mengetahui tentang satu sama lain. ketika ini, mungkin inilah yang seringkali disebut orang, dari sahabat bertukar menjadi kekasih. ada ruang tidak selesa tercipta, ada perkara yang terasa ingin disembunyi. ha mereka-mereka seperti ini, most probably cinta platonik mereka boleh berakhir dengan perkahwinan sekiranya ada jodoh. once dah kahwin, perkara tadi akan menjadi lebih dramatik untuk diterokai, dan pastinya ia lebih menarik!

dalam sesetengah kes, persahabatan antara lelaki dan perempuan boleh jadi juga tiada rahsia di antara mereka. setiap inci kekurangan dan kelebihan masing-masing atara lelaki dan perempuan tersebut telah diketahui. maka dalam kes seperti ini, kebiasaanya mereka tidak akan end up sebagai suami isteri. kerana pasangan ini akan menjadi bosan kerana hampir setiap perkara sudah diketahui dan tiada perkara lagi yang mahu diterokai. jadi tak thrill. so mereka biasanya akan end up sebagai kawan sahaja. dan apabila masing-masing sudah berjumpa pasangan masing-masing kelak, acapkalinya mereka akan detach, dan persahabatan itu lama-kelamaan akan menjadi hambar.

sebagai kesimpulannya saya nak kata, berkawan lah macam mana sekalipun, asalkan tahu menjaga adab. paling basic think about your ikhtilath/pergaulan sesama yang bukan ajnabi. kalau anda boleh jaga, memang tabik spring, boleh jadi bestfriend tak hingat dengan adab terjaga.wah mantaplah anda!

saya ada juga ada guyfriend. dah dua tahun dah bersahabat sejak sebulan sebelum kami sama-sama menjejak KMS. tapi persahabatan saya dan dia begitulah, semakin kami besar dan bijak menjaga adab, rasanya tidak menjadi masalah. kami masih kekal bersahabat, dan masing-masing sudah punya komitmen masing-masing. apapun, dia masih menjadi tempat konsultasi terbaik saya. cuma ada sesetengah prioriti tidak menjadi milik saya, begitu juga dia. persahabatan kami hambar? tidak, kami masih berhubungan, sesekali ada call menyapa gegendang telinga saya.sekadar itu. dan dia adalah cinta platonik saya. tidak ada dasar apa kami berkawan. melainkan mutual attraction kerana dia memahami saya. begitu juga saya.
bercinta? tidak mungkin kerana dia sangat mengenali saya, sepenuhnya.
saya juga begitu.

oh mungkin selepas ini mungkin tiada lagi call. 
text atau skype mungkin.
dia sudah berada di Brisbane, Australia. 

goodluck for your future undertakings, FIKRI AZZIM JUMADI.
(sorry xdapat hantar kau kat KLIA that day)

(pic taken by fikri)

this is my bestie!


kawan terbaik sampai bila-bila.
what you want to say? pi kat hang la, lantak~
(just quoting from anwarhadi)
:D

Thursday, July 21, 2011

hasil selongkaran.

pagi ni, menyelongkar sisa-sisa dokomentasi zaman tok nadok.
this is actually my schooling record card during my day at SKP TLDM 2, Lumut.
sekitar10 tahun lepas.
keep smiling at one section of the record card.

APA SAYA HENDAK JADI BILA SAYA BESAR?



saya sangat terkesan apabila ketika itu saya masih suci untuk berfikir.
saya nak jadi doktor haiwan. ok itu sangatlah kelakar.
but for now, it really deals with my future.
sebak bila tengok doktor gigi tu.
Ya Allah, ease me.

permudahkan urusanku.
moga rezeki ada ke arah itu, meski jalannya sudah berbeza.
andai bukan ke India, mungkin di bumi Mesir ada tuahnya buatku.


Monday, July 18, 2011

2 in 1 = nikmat dalam ujian. ujian dalam nikmat.

Allah takkan uji kita lebih dari kadar kemampuan kita. apa tafsirannya? Allah akan uji bila Dia mahu berikan kekuatan. Mampu dan Kekuatan. Itulah dua kunci utama apabila Allah SWT mahu memberikan sebarang ujian. Saya masih kadangkala kurang mengerti tatkala frasa itu menerjah minda untuk mengasak pemikiran ketika itu.

Setelah saya perhatikan dari sebahagian sudut, saya ternampak sesuatu yang menarik dalam siri ujian yang Allah timpakan buat kita hambaNya.

Allah menguji ‘kemampuan’ kita itu dalam konteks KELEBIHAN yang kita ada.

Teringat saya pada kisah Nabi Yusuf a.s, Allah mengurniakan baginda dengan ketampanan rupa paras yang sangat luar biasa. Lalu, baginda diuji dengan fitnah dari Zulaikha ketika itu. Gara-gara apa? Bukankah semuanya kerana ketampanannya?

Lihat pula kisah Muhammad Rasulullah SAW, saya paling tertarik untuk menyerlahkan peribadi baginda yang sangat dipercayai oleh seluruh masyarakat Arab Mekah ketika itu sebelum Baginda membawa sinar Islam. Namun apabila Rasulullah telah diperintahkan untuk menybarluaskan Islam ketika itu, Nabi dituduh sebagai pendusta. Ke mana hilangnya gelaran al-Amin yang didukung oleh mereka terhadap nabi sebelum ini?

Lihat, Allah itu tidak pernah kejam apabila menguji hambaNya. Kadar kemampuan kita sendiri yang diuji itu adalah melalui kekuatan kita. Hanya sisi kekuatan kita yang kerap teruji! Jadi mengapa keluhan berat harus dilepaskan tatkala berdepan dengan sesuatu mehnah ujian? Kekuatan yang teruji itu mahu menutupi ruang kelemahan sekaligus memperkuat apa yang kita tidak pernah sangkakan terjadi dalam hidup kita.

Apabila mengharungi ujian, Dia titipkan bersama kekuatan. Sehinggakan kita tidak pernah sedar bahawa kita telah berjaya mengharunginya, sedangkan kekuatan itu muncul entah dari mana. Ujian untuk melahirkan kesyukuran, menikmati setiap inci kurniaan yang telah diberikan dan sejauh mana kita mampu untuk bertahan dan menggunakannya supaya tidak pernah kita merasa keluh-kesah dengan ujian tersebut.

Apabila sesuatu yang kita rancangkan tidak menjadi, tiada juga sebarang petanda untuk keluar dari sebarang masalah yang mendatang barangkali sudut ini seringkali buat kita terlepas pandang. Pernahkah kita terasa begitu teruja untuk mengetahui ‘perancangan’ Allah buat kita apabila rancangan yang kita rencanakan itu sudah beralih? Ini juga satu ujian.

Kebanyakan daripada kita enggan ‘berganjak’ dari jalan yang sudah kita mahukan, hingga terlupa laluan alternatif lain yang Allah sudah sediakan buat kita. Kita ‘terlupa’ seketika kenyataan bahawa Dialah sebaik-baik perancang buat kita. Kita terlalu sedih apabila rancangan itu tidak menjadi, hingga mengabaikan kunci utama dalam mengharung ujian iaitu terus tetap berusaha tidak kiralah sama ada imbalannya itu sama seperti bentuk yang kita harapkan ataupun ianya datang dari arah ataupun bentuk yang lain. Namun satu yang tetap pasti, Allah tidak pernah gagal memberikan senyuman kepada kita meskipun mengharung ujian itu sesuatu yang mungkin lebih sukar dari apa yang disangka.

Ujian itu peningkat darjat. Analogi mudah seperti seorang murid yang menduduki ujian untuk menilai prestasi dirinya, untuk melayakkan dia melangkah ke tingkat seterusnya dalam proses pembelajaran. Begitu jugalah kita. Ujian itu perlu untuk menilai prestasi iman dalam diri kita, tiket wajib sebelum memasuki fasa hidup yang lebih sukar dan mencabar dalam hidup. Hidup ini adalah madrasah untuk belajar dan mencari ilmu untuk memperkukuhkan ketahanan diri dalam mempersiapkan hati yang cekal dan benar-benar layak sebelum dikira sebagai sebahagian daripada kalangan hamba yang beriman.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Al-Ankabut : 2)

“ Jangan pernah bersedih apabila ditimpakan dengan sesuatu ujian kerana demikianlah hidup ini diciptakan… 
- Imam As-Syafie.”



Saturday, July 9, 2011

kehujanan doa.






mood :

saya lebih excited nak tahu apa perancangan Allah untuk saya sekarang ni.
rasa bahagia bila dihujani doa oleh semua orang disekeliling yang tak putus-putus memberi kata semangat.
saya rasa ini kali pertama saya tidak bermurung dalam menghadapi tekanan, malah seolah-olah i acted like nothing had happened.
*ALLAH GIVE ME STRENGTH!*

terasa kekuatan usrah, kekuatan roommate, coursemate, classmate, para pensyarah dan rakan sekolej yang walaupun selama dua tahun berada bersama, jumpa hampir setiap hari tapi tak pernah bercakap pun boleh bagi kata-kata semangat yang cukup buat hati saya rasa kuat!

nak jumpa ukhti ayuni shukor. :) 
*aku teghiak baca blog hang oi...cisss...tapi apa yang hang tulis tu, tulah yang aku rasa*



rindu bunyi alarm handphone roommate : atiqah shahar 
*SUARA UPIN IPIN= SELAMAT PAGI CIKGU!*

teringat kat roomate halwa che rose ringtone lagu when you say nothing at all tuu...



nak pergi grad ngn cik nur atifah zainuddin and having great time with her! 



nak jumpa Mak kat Grad nanti. (:


and the list goes on......

Wednesday, July 6, 2011

optimis.

i'll still be going for the Graduation Day kalau tak ada apa-apa halangan.
saya optimistik.
bukan nak kata saya tak tahu malu ke apa.
cuma saya belajar jadi matang untuk tidak lari dari menghadapi realiti.
dan buktikan saya juga kuat.
selagi mana Allah masih bersama saya.

:)

OKAY LA. NI RESULT. TENGOK SENDIRI OKAY. tak larat nak jawab :)


xla cantik mana. tapi saya bersyukur. :)

Monday, July 4, 2011

 
Images by Freepik