Pages

Monday, July 18, 2011

2 in 1 = nikmat dalam ujian. ujian dalam nikmat.

Allah takkan uji kita lebih dari kadar kemampuan kita. apa tafsirannya? Allah akan uji bila Dia mahu berikan kekuatan. Mampu dan Kekuatan. Itulah dua kunci utama apabila Allah SWT mahu memberikan sebarang ujian. Saya masih kadangkala kurang mengerti tatkala frasa itu menerjah minda untuk mengasak pemikiran ketika itu.

Setelah saya perhatikan dari sebahagian sudut, saya ternampak sesuatu yang menarik dalam siri ujian yang Allah timpakan buat kita hambaNya.

Allah menguji ‘kemampuan’ kita itu dalam konteks KELEBIHAN yang kita ada.

Teringat saya pada kisah Nabi Yusuf a.s, Allah mengurniakan baginda dengan ketampanan rupa paras yang sangat luar biasa. Lalu, baginda diuji dengan fitnah dari Zulaikha ketika itu. Gara-gara apa? Bukankah semuanya kerana ketampanannya?

Lihat pula kisah Muhammad Rasulullah SAW, saya paling tertarik untuk menyerlahkan peribadi baginda yang sangat dipercayai oleh seluruh masyarakat Arab Mekah ketika itu sebelum Baginda membawa sinar Islam. Namun apabila Rasulullah telah diperintahkan untuk menybarluaskan Islam ketika itu, Nabi dituduh sebagai pendusta. Ke mana hilangnya gelaran al-Amin yang didukung oleh mereka terhadap nabi sebelum ini?

Lihat, Allah itu tidak pernah kejam apabila menguji hambaNya. Kadar kemampuan kita sendiri yang diuji itu adalah melalui kekuatan kita. Hanya sisi kekuatan kita yang kerap teruji! Jadi mengapa keluhan berat harus dilepaskan tatkala berdepan dengan sesuatu mehnah ujian? Kekuatan yang teruji itu mahu menutupi ruang kelemahan sekaligus memperkuat apa yang kita tidak pernah sangkakan terjadi dalam hidup kita.

Apabila mengharungi ujian, Dia titipkan bersama kekuatan. Sehinggakan kita tidak pernah sedar bahawa kita telah berjaya mengharunginya, sedangkan kekuatan itu muncul entah dari mana. Ujian untuk melahirkan kesyukuran, menikmati setiap inci kurniaan yang telah diberikan dan sejauh mana kita mampu untuk bertahan dan menggunakannya supaya tidak pernah kita merasa keluh-kesah dengan ujian tersebut.

Apabila sesuatu yang kita rancangkan tidak menjadi, tiada juga sebarang petanda untuk keluar dari sebarang masalah yang mendatang barangkali sudut ini seringkali buat kita terlepas pandang. Pernahkah kita terasa begitu teruja untuk mengetahui ‘perancangan’ Allah buat kita apabila rancangan yang kita rencanakan itu sudah beralih? Ini juga satu ujian.

Kebanyakan daripada kita enggan ‘berganjak’ dari jalan yang sudah kita mahukan, hingga terlupa laluan alternatif lain yang Allah sudah sediakan buat kita. Kita ‘terlupa’ seketika kenyataan bahawa Dialah sebaik-baik perancang buat kita. Kita terlalu sedih apabila rancangan itu tidak menjadi, hingga mengabaikan kunci utama dalam mengharung ujian iaitu terus tetap berusaha tidak kiralah sama ada imbalannya itu sama seperti bentuk yang kita harapkan ataupun ianya datang dari arah ataupun bentuk yang lain. Namun satu yang tetap pasti, Allah tidak pernah gagal memberikan senyuman kepada kita meskipun mengharung ujian itu sesuatu yang mungkin lebih sukar dari apa yang disangka.

Ujian itu peningkat darjat. Analogi mudah seperti seorang murid yang menduduki ujian untuk menilai prestasi dirinya, untuk melayakkan dia melangkah ke tingkat seterusnya dalam proses pembelajaran. Begitu jugalah kita. Ujian itu perlu untuk menilai prestasi iman dalam diri kita, tiket wajib sebelum memasuki fasa hidup yang lebih sukar dan mencabar dalam hidup. Hidup ini adalah madrasah untuk belajar dan mencari ilmu untuk memperkukuhkan ketahanan diri dalam mempersiapkan hati yang cekal dan benar-benar layak sebelum dikira sebagai sebahagian daripada kalangan hamba yang beriman.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Al-Ankabut : 2)

“ Jangan pernah bersedih apabila ditimpakan dengan sesuatu ujian kerana demikianlah hidup ini diciptakan… 
- Imam As-Syafie.”



2 comments:

  1. seringkali...

    tatkala kita memohon kepadaNya supaya menjadi hambar yg bersyukur, rezeki kita kian disempitkan..
    tatkala kita memohon kepadaNya supaya menjadi hamba yang tabah, semakin banyak ujian yang melanda..
    tatkala kita memohon kepadaNya supaya menjadi dai'e/duat yang qowiey, semakin kencang cabaran yg mendatang...

    kerna itulah jawapan kepada doa kita...
    rezeki yg sedikit mengajar erti syukur..
    ujian yang kuat mengajar diri menjadi tabah...
    cabaran yang menggunung itu memantapkan kedudukan kita di jalan dakwah...

    ^^-

    ReplyDelete
  2. ala..ni da bce. xpe2, syukur2..syukran.

    ReplyDelete

 
Images by Freepik