Pages

Friday, September 16, 2011

non-wordless report.

salam dari cyberheight villa yang gersang lagi takde kehidupan gaya manusia normal.
ok melampau sangat lah tu.

week ni dah start kelas. untuk first block.
benda nak kena berdamping untuk 6minggu seterusnya hingga final first block is General Anatomy.
the lecture was fun,
dan saya eksaited nak tulis word ni sebenarnya.
dah lama.
tapi dulu saya tak boleh tulis lagi sebab saya masih bergelar pelajar IB, now dah jadi bekas pelajar IB.
so bolehlah cakap.

TERIMA KASIH IB.

KERANA ANDA TELAH MENGAJAR SAYA MENJADI SEORANG YANG TAHAN SENTAL DALAM MENGHADAPI MALAM MALAM YANG TIDAK BOLEH LENA KERANA MENEMANI INCHEK LAB REPORT YANG BOLEH BUAT SAYA MUNTAH DARAH.

now saya takde masalah nak stay up pun untuk study dan prepare untuk kelas seterusnya pada esok hari. :)
SCTL (Student Centred Team-based Learning) dia macam buat guided question yang teacher amim selalu bg untuk Chemistry masa kat KMS dulu. hehe~ cuma bezanya, dah bahagi-bahagi la between teammate dalam rumah. :)

TERIMA KASIH KEPADA IB JUGA, SEBAB LEVEL CONFIDENCE NAK BERCAKAP THRU COUNTLESS PRESENTATION, TOK PRESENTATION, IOP,IOC YANG MACAM APA LAGI TELAH MENGAJAR SAYA UNTUK BERCAKAP DENGAN CARA YANG LEBIH BERHEMAH DAN BERNAS APABILA BERSPEAKING MAT SALEH TAK HINGAT.

now saya takde masalah nak berspeaking sebab setakat ni lecturer saya semuanya foreigner. Dr Khin is a Burmese, Dr Farkaad is an Iraqian and same goes to Dr Ahmed.

okay, saya ada masalah nak fokus dalam kelas Dr Ahmed. sebab dia senyum comel macam Maher Zain. cuma ni Maher Zain yang tak pakai cap tu. haha...ok taklawak. melampau lah sangat kan? MENIPU JE LEBIH. his lecture pun okay je, macam Dr Farkaad. tahulah orang arab bila speaking macam mana. comel je. :)

lagi comel bila dengar Dr Farkaad tengah bagi lecture then bla..la..bla... blaaa....then...FAHAM?
pehh comel2 bila dia sebut word 'faham' tu. :P

saya paling minat lecture Dr Khin. sumpah, she is awesome la. ahaha! although being in her class you must get prepared to be asked anytime by her, but i do enjoy her lecture. :) ....

her favourite tagline...

-IF YOU DONT KNOW THIS, YOU DIEEE!!!
-IF YOU ANSWER LIKE THIS, YOU'LL GET BIG FAT ZEROOOO!!!
-NEVAAAAA DO LIKE THIS....NEVAAAA DO LIKE THAT!!!!

never say never gak la dengan beliau. :P

tak pernah mengantuk lagi dalam lecture so far. alhamdulillah. :)
mula nak menyalurkan kecintaan pada bidang Perubatan ni.insyaAllah.

bersantai di student lounge bertemankan buku Histology yang terchenta. :)
sambil buat SCTL bone and cartilage. :)

last Thursday, ada briefing CHET with Prof Yong.
what is CHET?
Clinical and Health Exposure Training.
meaning we'll get a chance to be in the ward and be with the medical team soon! as soon as we're in the 1st year, takpayah tunggu clinical years nanti pun takpe. macam tu lah lebih kurang. visiting ni maybe start around bulan November kot. :)

can't wait!

okay weekend ni yang nak cerita ni.
agak sadis, cuti panjang skit tapi takleh nak balik Kedah. duk terperap kat rumah. transportation takde nak pergi mana-mana pun susah. food supply takde. hooo sadis gila kan?
pastu nak taknak pagi tadi dengan bersemangat waja mengajak satu-satunya housemate yang tak balik rumah gak pergi berjoli barang dapur di Alamanda Putrajaya. okay tau ajalah tambang cab...macam air mengalir je duit tu bila duduk Cyberjaya ni.

shopping beras, bawang, kentang, telur and benda-benda basic untuk survival weekend ni. :)
and this is the dinner petang tadi. alhamdulillah 'ala kulli nikmah...sekurang-kurangnya taklah terus kebulur kat rumah yang kononnye elit la sangat tapi takde pape pun. bwekkk!


air tangan yang simple yet sedap. *okay sape lagi lah nak puji kalau bukan diri sendiri*
:P


okay babai, mood untuk menstudykan diri for mid term assesment sedang menebal. macam endometrium lining yang tak reti2 nak demolished lagi buat masa ni. uhhh. bagi emo je hari-hari. bila kau nak runtuh ni? haha..okay takdak kaitan. abaikan.


CELLS, EPITHELIAL CELLS, CONNECTIVE TISSUE, VERTEBRAL COLUMN, OSTEOLOGY, BONE GROWTH, OSTEOGENESIS AND REMODELING, BONES AND CARTILAGE.

ok mari memuntahkan diri study vertebral column yang cukup enak dengan beratus-ratus term yang pelik-pelik.

do pray for my first mid term assessment dear readers! moga yang kejayaan yang sama juga buat kalian yang mendoakan. :)

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik