Pages

Sunday, May 5, 2013

ini kalilahhh update blog bersawang!

as salam

eceh tajuk nak gempak je kan. amik tempias sikit sebab hari ni hari mengundi seluruh Malaysia. tapi tak pergi mengudi sebab status diragui. bahaha. ayatt.

status mengundi saya untuk PRU 13: taklayak untuk membuang undi walaupun berstatus pengundi berdaftar.

nak mengundi umur baru cukup-cukup aje. citt. sebenarnya since tuan punya blog ni beranak hujung tahun so dalam semangatnye baru officially nak pergi mendaftar sebagai pengundi, sekali diberitahu yang kalau nak melayakkan someone tu jadi pengundi pada PRU 13 ni, kena mendaftar sebagai pengundi sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum hari PRU. so dihitung-hitung aku tak cukup 6 bulan tu. sedih lahh berstatus nyaris-nyaris layak ni. so kesimpulannya aku xlayak lah untuk membuang undi walaupun berstatus pengundi berdaftar. err faham ke? but harapan saya pada kali ini, supaya kerajaan baru yang dibentuk selepas pilihan raya ni oleh parti yang menang dapat menunaikan janji seperti yang terdapat dalam manifesto parti dan berbakti kepada rakyat yang telah memberi sepenuh kepercayaan kepada anda.

ok back to business.

wachaa! sebulan lebih tak hapdate blog. ya rabb. apa aku buat eh? entah lah. sorry lah kot-kot ada yang menunggu next post. currently a bit busy nak prepare for 1st professional exam. okay. punyalah lama. to start with, last April is treating me really well. ahah, last subject/block to be finished before one month break preparing for my 1st professional exam.

April ialah bulan dimana aku menghadapi subjek Disaster and Relief Medicine. aha apa benda tu? ok, basically, DRM (Disaster and Relief Medicine) ni adalah salah satu subjek di bawah silibus kami pelajar tahun 2 MBBS CUCMS, di mana kami akan belajar tentang survival hidup, dan management pesakit serta teach us on what to do if we as a medical doctors berdepan dengan situasi bencana ke, ditugaskan ke tempat-tempat perang ke dan dsb. jadi kem DRM ni macam simulated camp, yang dah dipaternkan akan jadi suasana seperti dalam ala-ala bencana dalam hutan, ada pesakit injured, ada terrorist dan melatih kami untuk stick kepada arahan ketua. dan ketua tersebut mesti cekap, dan pantas berfikir dalam situasi genting.. erm macam ala-ala perang lah juga ceritanya. 

okay, camp tahun ni buat secara julung kalinya International Disaster Exercise diadakan collaboration between CUCMS- Universitas Islam Bandung (UNISBA) bertempat di Desa Cariu, Bogor, Jawa Barat, Indonesia. 1st time buat collaboration with Indonesian medical student so that boleh share experience and all laa.

camp tu almost seminggu la. meaning, almost seminggu la kitorang semua duduk dalam hutan. dari KLIA-Jakarta naik flight lebih kurang dalam 1 jam 40 minit macam tu.so ktorang board off jam 330 petang then sampai sana around 530 petang waktu Indonesia (kat sana lewat sejam dari Malaysia) then turun kat International Airport Soekarno-Hatta, Tangerang, Jakarta, Indonesia.  from airport to campsite, Jakarta- Cariu,Bogor (ok its actually not that hutan la but its campsite tp campsite pun sumpah hutan gila lah aku rasa) it takes about 3 hours je sebenarnya. and yes, naik trak 3 tan tentera tuuu. katanya 3 jam. tapi disebabkan jalan macet (read: jammed), perjalanan 3 jam jadi 6 jam! and faham tak dalam trak tu segala position aku dh buat. baring atas beg. duduk yang sambil temengantuk-ngantuk tu. jalan yang terhinjut-hinjut. dengan gelap lagi. makan pakai headlamp wehh. hahahah. sumpah sakit badan.



ok bila dah sampai tu pulak. masa tu dah almost 12tengah malam. mujur khemah yang 1st group yang flight pukul 130ptg sampai awal and dah siap diri kan khemah dulu untuk kitorang yang perempuan ni. alhamdulillah. ok tidur lah sebab masing-masing dah capek (read: penat)



next day merupakan exercise Aquatic Life Support. okay hari ni belajar macam mana basic steps on how to swim. belajar teknik menyelamat di dalam air either menyelamatkan orang yang lemas ataupun cara handle cervical injury dalam air.


itu cerita pagi. petang. sempat buat exercise and presentation on how to deal in Emergency Evacuation. then malam tu sepatutnya cultural night kitorang dengan student UNISBA, but malam tu hujan lebat sangat. dan dipostpone ke malam berikutnya. malam tu just bersantai di gazebo. santai bendenyer, berhimpit lah jugak kat gazebo tu. and yes, kena tidur kat gazebo since khemah bocor sebab salah pasang, diruntuhkan dan didirikan semula, namun masih sahaja khemah kebasahan akibat kehujanan. tidur di gazebo ibarat pelarian. jalan becak sebab hujang and tiap-tiap hari laluan pendakian yang licin dan becak harus gagah didaki demi kelangsungan mandi dan merapikan diri. 

Bogor yang juga dikenali sebagai Kota Hujan (Rain City), sememangnya menyambut kehadiran kami selama di sana dengan hujan yang turun mencurah-curah tiada henti selama berada di Desa Cariu,Jawa Barat. 




the next day. ok malam tu ada Emergency Evacuation exercise. Emergency Evacuation exercise dalam simulasi penculikan pengganas sekitar jam 3 pagi macam tu melibatkan aplikasi komunikasi radio yang kitorang belajar dalam kelas sebelum ke Bogor ni. hahaha kengkonon ada orang kene culik pengganas, and pengganas tu speak arabic, (yes Mr Said alGhora is one of the CUCMS lecturer from Palestine and follow this exercise as one of the instructor, and dia kena berlakon jadi pengganas) kena la pulak cari orang yang pandai cakap Arab nak buat dealing dengan pengganas. 


then bila dah siang ada aktiviti merekabentuk base camp ketika dalam bencana, nak tentukan setting hospital,logistics, dan segala macam mak nenek lagilah benda for the next day punya disaster mockdrill exercise regarding tanah gelongsor. malam tu we had our cultural night with the UNISBA students. sangat lah bestt. hahaha. moment bersama-sama pelajar dari Universitas Islam Bandung was one the best moment ever in my life.


sedih, nak marah, mental kepala otak, rasa nak give up, namun setiap hari telinga disajikan dengan tazkirah tentang bencana dan ujian yang dicedok dari al-Quran secara langsung mengingatkan tujuan dan memperbetulkan niat selama berada di sana. memang ini ujian buat kami semua selama berada disana. real disaster. sesuailah dengan nama camping pun. tp mujur alhamdulillah semua orang kuat semangat, and I was counting the days very hard tak sabar nak balik Malaysia. 


okay, hari kemuncak adalah pada hari ke-4 kitorang, which is the day of disaster mock drill exercise. ada satu simulated situation  dimana ada diaster tanah runtuh berlaku. and each of us had to play our role as the casualties, police to control the crowds (villagers and media) and hospital setting and (doctors and nurses) as well as team triage, paramedic and transporter.  


ok secara mudahnya, flow dia macam ni. bila berlaku disaster (Mass Casualty Incident - MCI), Incident Command System (ICS) will be activated. usually ketua polis (bergantung kepada disaster yang berlaku at district/state/national level) yang akan jadi Commander Officer. dia akan hantar team polis as pasukan peninjau untuk ke lokasi kejadian dan assess the situation and mark kawasan disaster as kawasan yang tak sewenang-wenangnya orang awam dan media buat liputan yang tak berkenaan daripada masuk. then polis akan call team triage and paramedic untuk ke lokasi kejadian.  apa tu triage? triage adalah satu team yang akan classify severity of the injury based on tagging red (severe), yellow (immediate) green (less injury) and black/white (dead). based on tagging from the triage team, paramedic akan utamakan bagi bantuan kecemasan kepada yang kes yang kritikal dulu. then team transporter akan masuk untuk transport the victims to the hospital sementara yang di buat berdekatan dengan area disaster. yang bertag hitam transporter or paramedic takkan bother sebab tu kerja polis untuk angkut mayat keluar dari kawasan kejadian. aha? nampak macam simple? tp ada juga orang yg ditugaskan sebgai orang awam dan media yang cuba menceroboh masuk ke dalam kawasan kejadian dan cuba menyukarkan kerja-kerja pihak berkuasa untuk menyelamatkan mangsa dalam keadaan yang huru-hara tu.


hahaha my role? I became one of the casualties. what did I have? I got a skull fracture with massive loss of blood, leading to hypovolaemia and with low pulse and normal respiratory rate but barely able to breathe. mental status; confused. so what tag do I get? hahahaha! obviously IT IS RED TAG!


hahaha korang yg takpaham ape setengah term tu mohon faham-faham jelah. 

okay korang boleh tengok video liputan simulasi kejadian tu kt sini.




news coverage from Cariu Camp, DRM CUCMS-UNISBA 2013




hahahaha. epic. 


seterusnya hari terakhir kami keesokan harinya dihabiskan dengan berbelanja ke Tanah Abang dan memutar sekitar Taman Mini Indonesia Indah. kali ini pertama kali duduk dihadapan bersebelahan driver trak 3 tan. hahahah. teruja! sempat belajar bagaimana mahu menari Tarian Saman, Manuk Dadali, serta sedikit word dari bahasa Jawa dan Sunda pada hari terakhir sebelum berpisah dengan pelajar dari UNISBA. yang terakhir sekali, berbalas pantun,


Buah Mangga, Buah Kedondong

Minta nomor teleponnya dong?
hahahahaha. epic.
I had a great time there. terima kasih Bogor. :)


me with Fuji, cap exchanging with UNISBA student. 

.
.
.
.
.
.


this is us!!!!



best memang best. rindu kawan-kawan UNISBA. tapi disasternya muka aku tuhan je tahu. dah hitam woii. hahahaha. balik dari Malaysiaaaa ada final exam for DRM block the following week.


at the same timee....


back to preparation Pro Exam yang makin dekat tinggal berapa hari je lagi buat countdown kasi cuak kecut perut. (gastric atony.. bahahaha!). sebenarnya, preparation ni dah lama dah buat... achewahh nak claim kata bakal distinction lah tu. hahaha. bukan-bukan. memang aku dah tubuhkan satu study group untuk buat revision sama-sama menjelang 1st Professional Exam ni. exam bulan Jun, tapi preparation aku dah start buat since bulan Februari. agak terlambat lah jugak. (well group aku dikira agak terlambat lah berbanding sesetengah orang yang dah start forming group end of December tahun lepas or awal tahun 2013 hari tu) untuk review all the system and topics yang dah belajar selama 2 tahun ni. buat yang tak tahu, Professional Exam adalah antara exam utama bagi student-student perubatan sepanjang 5 tahun kursus medik ni.  depends kepada medical school nak buat pro exam ni tahun bila. yang pasti akan ada 2 atau 3 pro exam secara keseluruhan. macam CUCMS ni ,dia ada 2 professional exam. 1st PE masa 2nd year. 2nd PE masa 5th year. tapi yang bikin cuaknyaa....


kalau taklepas pro exam ni kau jangan harap lah nak naik 3rd year then pergi clinical masuk hospital apa semua. kau repeat lah balik 2nd year tu amik next pro exam tahun depan pulak.. aiyokkk scary. 









sekarang pakcik tengah mogok taknak text sebab nak suruh makcik study katenyer. kekekekeke. *dia suruh study aku pergi blogging kan.. pandai..pandaiii -_- *

ok la back to study mood. mohon korang doakan yer nak exam ni. ciao!


No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik