Pages

Friday, November 28, 2014

dilemma seorang medical student

We are trying to treat you as our own. Though we are still in training, but we need that as a part of our training. 


To treat you for real in future. I respect your privacy sometimes that you don't want to be disturbed and politely refusing us to be there. 
But I believe, would you ever think a sec if the one who come in the training is your own family? 
Would you have the same trust on them to treat you, if they are not exposed to what they've should be doing?


(Read: not all patient are like this, just a few of them) 


Maaf dipinta. 
Kami bukan saja-saja mahu menggangu. 
Tapi begitulah kitaran dan cara kami belajar. 
Izinkan kami belajar dari anda, sebelum kami dapat membantu anda di kemudian hari. 
Sumpah Hippocrates: not to harm menjadi pegangan. 
Pesakit itulah 'buku' kami. Disebalik kejayaan seorang doktor itu, ada terselit doa-doa, dan kebenaran untuk 'menganggu secara terhormat' yang datang dari pesakit yang pernah membantu semasa proses pembelajaran kami dihospital. 
Ada jasa staf dan jururawat yang tidak lokek memberi tunjuk ajar. 
Niat kami hanya untuk belajar. 





Dan semoga dengan itu Allah melimpahkan pahala dengan banyaknya ke atas anda.



kenapa eh nak jadi doktor eh?

makin lama pegang status pelajar perubatan, soalan paling mudah saya utarakan kepada diri sendiri;
--kenapa pilih nak sangat jadi doktor?
makin sukar nak dijawab.
tak semudah sewaktu di bangku sekolah, alasan nak tolong orang susah. kesian tengok ramai orang sakit. 
(sebahagian alasan seperti nak dapat title Dr./nak kaya/nak orang respect/confirm dapat kerja pasti ada dalam sanubari juga. saya juga manusia. tak pandai nak menipu bila melibatkan perkara duniawi).

alasan lapuk semata.
dan tidak semudah itu saya nak rungkaikan sekarang.
seolah itu soalan yang tidak ada jawapan apabila ditanya.
saya keliru dengan jawapan saya sendiri.

yang pasti--
saya suka melihat gelagat manusia.
dan saya gembira jika saya mampu buat sesuatu untuk orang lain.

makin lama, makin jumpa pelbagai gelagat pesakit di wad, di klinik, fill doktor juga berbeza ikut posting. dan melihat bagaimana capahan pemikiran mereka, makin membuatkan saya terfikir perkara kedua;
--doktor jenis apa yang saya mahu jadi suatu hari nanti?
yang garang dengan pesakit yang degil? 
yang makin lelah dengan perangai pesakit yang makin canggih pengetahuannya lalu saya berubah menjadi pendebat/pemindato menangkis segala hipotesis fakta yang beliau petik dari Google, bukan dari praktis seorang pengamal perubatan?
yang mampu mentarbiyah dan merawat luaran dan dalaman-- penyakit hati/mental dah makin banyak sekarang?

itu cabaran yang saya nampak sekarang.
tak mustahil satu hari nanti saya bercita-cita nak jadi ahli parlimen pula mungkin?
almaklumlah, nak jadi ustaz ustazah tak boleh.
nanti kena 'balun'.



atau jadi superwoman jela. got my uniform already. :P

Thursday, July 10, 2014

rahmat ujian. (buat manusia yang selalu gagal)

mungkin benar apa orang kata, once you pass through the worst, andai datang ujian yang maha dahsyat macam mana sekalipun. kau akan mampu untuk harungi.
aku yakin itu betul.
macam mana aku meletakkan keyakinan dengan menarik aura positif datang berdamping denganku.

akaun FB ku banyak dijengah oleh adik-adik pasca IB yang memerlukan moral support.
rata-rata, cuba redha dan mencari jalan untuk move on teruskan hidup.
*mana engkorang jumpa fb aku aaaaaa*

macam mana ye akak nak cakap dik?
akak pernah rasa macam tu juga dulu.
rasa tak semangat nak hidup.
punya dahsyat penangan dan impak IB dalam hidup akak ni dulu.

"kak, kalau saya dah tak dapat fly dengan IB ni, macam mana saya nak survive degree life? surely more challenging."


adik, akak tak ada finite answer untuk soalan awak ni.
tapi percaya atau tidak, setelah kuliah 3 tahun di sekolah perubatan. akak masih merasakan IB itulah yang terpaling susah selama akak hidup jadi hamba Tuhan.
beyond compare lah ceritanya kalau nak cerita azab perit zaman IB ni dulu.
*eh kang ade pulak yang kecut perut nak ambik IB lepas bace neh..hahahah*

so no worries.
nak habiskan duka lara gara-gara IB ni memang makan masa adik-adik.
it takes all of your strength, mentally,spiritually and your pace to keep moving.
jangan pernah berhenti untuk bersangka baik dengan Tuhan.
dan jangan pernah berhenti untuk nikmati hidup anda selepas gagal dengan IB.

bersedih dan berkabung dengan result yang awak dah dapat tu boleh,
akak tak suruh. akak tak larang. tapi berpada-pada.
always refresh your objective.
alaways aask yourself : apa aku nak buat lepas ni?
jangan tenggelam punca.
rasional tetap harus ada dan otak jangan pernah berhenti berfikir untuk teruskan perjuangan anda!

dan hikmah terbesar akak dapat selepas IB,
.
.
.



1) akak dah jadi kering hati sikit bila berdepan dengan kegagalan.

- Alhamdulillah, takat fail sikit-sikit, marks rendah almost failing, akak dah tak kisah. dah kikis sikit perasaan jadi perfectionist. sebab perfectionist ni cuma harap yang terbaik dalam hidup, tapi tak semua yang jadi perfectionist ini pandai control perasaan when they face with failure. awak akan rasa penat at a point, bila asyik nak compete dengan semua orang, sampai takde langsung rasa nak mengalah. this will build up your ego, and rasa unbeatable.

- And alhamdulillah juga, failing paper kt medical school so far tak pernah lagi dalam overall assesment. akak belajar untuk berpuas hati dengan apa yang akak dapat, dan takkan sekali-kali rasa down sebab tengok orang lain lagi bagus. akak average student je kat medical school ni. tapi tak rasa demoralized or tercabar yang melampau sampai stress-stress tengok orang lain yang lebih pandai. sebab cuma kita yang kenal diri kita. dan cuma kita yang tahu kemampuan diri kita sampai tahap mana. contoh : frankly said, it makes no difference whether awak dapat 50 or 80 in exam, sebab in final exam both still layak passing year. its just yang 80 tu dapat la award distinction. but yeah, does it really matter?




2) buang semua tabiat buruk (saya dulu mengalami ketagihan online yang teruk) dan sentiasa set prioriti supaya tak ulang kesilapan yang sama.

- sebab tu ler sekarang ni jarang bebenor nak update blog... HAHAHAHAHAHA!

- sebenarnya lebih banyak membebel di status FB yng saya publickan pada reader.




3) KEGAGALAN ITU ADALAH KEJAYAAN YANG DITANGGUHKAN.

- sila install ini dalam-dalam di lubuk sanubari dan minda anda. manusia yang tidak pernah gagal dalam hidupnya adalah sangat hambar dan membosankan kerana hidupnya sangatlah monotonous. percaya atau tidak, manusia yang pernah berulang kali gagal/pernah berada dibawah akan lebih menghargai kejayaan/apabila sesekali berada diatas. dan mereka ini biasanya dan lebih humble kerana mereka mengerti bagaimana perasaan mereka yang berada dibawah, cuz they've been there too. key word : empati.  dan biasanya manusia yang berkali-kali gagal ini akan menjadi manusia yang hebat, as i said... kegagalan mereka itu adalah kejayaan yang maha hebat yang Tuhan tangguhkan! as a matter of fact, mendiang Karpal Singh sebelum menjadi peguam yang hebat macam tu, he failed the law school a few times.




cukuplah kot setakat ni Dokter Lisa membebel. ye dok?
jumpa lagi di entri seterusnya
(if im happen to write and rambles again..lol)


bye peeps!








Wednesday, July 9, 2014

coretan pengalaman seorang IB survivor.



Julai. Bulan yang penuh memoir.
Saat ini adik-adik yang sedang menuntut dalam program IB dalam debar menerima hasil kerja keras mereka selama dua tahun.

Saya juga pernah merasainya. Pernah jatuh. Pernah rasa malu kerana terasa berada dibawah dan rasa tak mampu nak bangun semula.

International Baccalaureate. IB.
Benar-benar mengubah hidup saya, namun selepas 3tahun saya yakin aturan Tuhan itu cukup cantik.

Tiga tahun lepas --
Saya gagal terbang.
Saya gagal melunaskan impian sejak kecil mahu bergelar mahasiswa ijazah sarjana muda keluaran luar negara.

Masa depan terubah saat penaja memutuskan menukar kos tajaan dari Pergigian ke Perubatan.
Setiap hari ketika itu, zikir saya adalah : Tuhan tahu apa yang terbaik untukmu.
Saya cuba mencari aura positif, mengajar hati untuk bersangka baik dengan aturan Tuhan dan teruja apa kejutanNya yang menanti buat saya di bumi Malaysia.
Dia mentakdirkan bumi India bukan untuk saya.

Benar. Saya pernah rasa teruk.
Merasakan apapun jua kata-kata moral dari sahabat tidak berharga, andai mereka tidak merasai apa yang saya rasa.
Saya dalam fasa itu buat beberapa ketika.

Namun syukur, support system saya masih kuat hingga saya menjejakkan kaki ke CUCMS.
Dan itulah dunia baru saya.

Selepas 3 tahun, Alhamdulillah.
Saya senyum dengan perancanganNya.
Saya tak rasa kurang sedikitpun dengan apa yang saya tiada, namun tidak pula saya merasa lebih dengan apa yang saya ada.
Tidak timbul langsung sedetik dihati untuk membanding beza dengan rakan yang lainnya.

Kerana akhirnya saya dapati
Manusia itu maju kehadapan, menapak dengan kelajuannya sendiri.
Bukan dengan siapa-siapa.
Kerana akhirnya, destinasi kita tetap sama.

Masa depan saya juga tidak berakhir hanya kerana saya gagal terbang.
IB cuma satu titik pengubah, yang menjadikan saya apa adanya sekarang.
Dengan IB jugalah saya belajar untuk tidak mengulangi kelalaian yang sama ketika kuliah di sekolah perubatan sekarang.

Yang terutama --
Saat saya merasakan dunia saya terpunah ketika dulu,
Saya tidak berhenti hidup hanya kerana saya gagal terbang bersama IB.

Saya bangga menjadi seorang IB survivor!

Thursday, May 15, 2014

taknak emo. jangan share. itu kekdahnya.

rule of telling stories/sharing: simple.

kena jadi kayu tak pedulikan apa orang nak kata.
sama ada buruk atau baiknya isinya.
biasalah benda apa pun akan ada positive dan negative side.
kalau kau boleh terima yang positive
kenapa yang negatif kau nak over berapi?

macam contoh--
kau meluat dengan manusia yang buatkan kau menyampah tiapkali kau online fesbuk ada je post dia nak membuatkan mood ceria di hari yang indah punah ranah serta merta..
dah tu at the first place, kenapa kau terima friend request dia?

salah siapa?
tunjal jari telunjuk kt diri sendiri. please?

bila kau expose pasal hidup kau, orang komen. kau takleh terima.
kau meroyan kata orang tak faham kau.
adatlah dia menjadi manusia.
ada mulut memanglah akan berkata-kata.

dah tu tak perlu lah cerita publicly at the first place.
sebab tak semuanya faham kau. itu kata kau.
open diary. laman so-sial. berjuta umat manusia boleh tengok dan menilai.
go and kepoh-kepoh kisah hidup kau pada yang memahami.
manusia yang boleh jaga aib, simpan rahsia, tahu sebenarnya perasaan kau apa adanya.

atau dalam erti kata lain--
tak perlu share di fesbuk kegunaan umat manusia.

mudah kan prinsipnya?

Wednesday, February 19, 2014

bacalah kemeroyanan dokter (to-be) ini tanpa sentap.

salam to all readers.
maaflah jarang update blog dah sekarang.
busy lah.ke lebih kepada malas meraban sebenarnya?
kengkonon dulu bajet tiap kali habis satu posting nak update blog cerita pasal posting.
bajet nak buat referral to adik-adik yang bakal melangkah ke alam klinikal.
tapi tak kesampaian hasrat tu.
huwa huwa huwa.
blogwalking blog orang lain pun dah jarang-jarang.
blog gossip sempat pulak blogwalking kan astaghfirullah

i bet everyone does that?
takpayah nak suci sangat okay.
korang mesti ada darkside jugak. hewhewhew

welp, lately memang jarang membebel kat blog. tapi more to status di Facebook.
mentang mentang dah boleh tulis status panjang berjela lalu DokterLisa ini mengambil kesempatan lah kan.
apa lagi?
tak terkecuali pada post-post yang memprovok sikit.
tapi kepada yang terasalah kot. takde niat nak menuju kepada sesiapa.

biasanya status yang aku share tu, mungkin pada aku bawa manfaat pada orang ramai.
niat aku. cuma berkongsi.
pada aku. nikmati persamaan, raikan perbezaan.

doesn't mean dia tak sebulu dengan engkau dia salah. unless dia betul-betul salah lah.
tak payah nak butthurt sangat lah kot kan.

kalau nak menilai aku ni siapa sebelum bercakap, dan melabel aku itu ini.
rasa tercabar walhal aku ni student medik je belajar tak pandai selalu dapat nombor corot-corot tak top student pun yang tak sepatutnya bercakap macam ni sedangkan anda dah HO, MO dan lebih senior dari saya.. mintak maaf lah.
saya hormat stand anda.

saya cuma share apa yang saya tahu.
belajar dan sebarkan.
buat apa belajar setinggi gunung pun tapi secubit pun kau takleh nak share.
apa lagi ilmu tu sahih dan bermanfaat.
rugi weh.
taknak buat pahala mengalir ke?
bukannya kau share benda-benda takde faedah.
kot nak kata benda yang hendak dikongsi tu tahap kesahihannya aku ragu-ragu
kalau tak pasti aku rujuk pada yang pakar.
bukan nak kata aku nih hebat sangat.

faham je, sesetengah tu belajar oversea.
lagi lebat dari aku
result exam lagi gempak dari aku.
rezeki memasing lah wey. ada je benda kau dapat kat sana kau tak dpat kat sini.
same goes to benda-benda yang aku dapat kat sini yang aku takdapat kat sana macam apa yang kau dapat.
macam tak puas hati.
well, haters gonna hate.
asalkan aku boleh justify balik apa stand aku.
there shouldn't be any problem then.

kau tak suka?
hide jelah aku punya post kat newsfeed tu.

pada aku sekarang ni cabaran nak jadi doktor manusia is no longer to treat the diseases alone, but to educate people.
biasalah, nak kena bersaing dengan pesakit-pesakit yang kebanyakkannya lagi pandai dari doktor dorang.
aku tak kata apa doktor cakap tu mandatory.
doktor pun manusia jugak. tapi at least apa dia cakap tu ada source and bukti dari apa dia belajar.
kau ingat belajar kat medical school tu senang?
tak salah kau nak cari optional source. tapi cari yang established la.
ni ntah sapa-sapa punya opinion kau nak refer buat rujukan.
mana doktor rasa tak menyirap?

kalau nak tunggu jadi orang hebat dulu baru boleh menyumbang kat umat manusia.
baik takyah hidup lah wey.
define sikit kat aku apa tu hebat?
it defeat your purpose pun why you should have born at the first place.
you don't need any medium to set an example.
just be yourself.
ask what can you give to the mankind despite the race and the creed?

aku tahu aku tak pandai.
banyak lagi orang lagi pandai.
tapi aku tak malu nak berkongsi apa yang aku tahu.
tu je masalah aku.
asalkan orang lain boleh dapat tahu dengan ilmu yang aku kongsi tu.
bersyarat bahawa benda tu sahih la.
memang aku suka penuhkan wall aku dengan benda-benda perkongsian yang definite.


aku tak pandai nak bahas soal agama.
bukan bidang aku. aku kena belajar lagi.
tapi buat masa ni aku cuma kongsi apa yang aku tahu.
tak suka.. takpayah baca or scroll je laju-laju.


apa-apa aku akan publickan post kalau benda tu bermanfaat. percayalah.


Best regards,
FB Nurlisa Kamal







hahahaha!
sempat lagik.

:P







Wednesday, January 8, 2014

keras hati.tahan sental. selamat tahun baru 2014.

aku akan jadi stern when it comes to give advice regarding relationship. speaking from experience la. cuz I had one kot. nak menggedik bermanja? ok fineee. up to a certain degree la kot. kalau gaduh ke apa, down ke apa. more to guna reverse psychology. bukan memujuk. sebab pujuk-pujuk ni xjalan kot bagi orang jenis macam aku.

its like kalau orang tengah down cakap dia bodoh dan tak guna.
aku akan iyakan je.
ha memang kau bodoh. memang kau tak guna.
senyap terus kau lepas tu.
tahu pun kau marah.
tau pun marah sebab kata kau bodoh.
dah tu at the first place kenapa kau sendiri cakap diri kau bodoh?

zzz.

sorry lah gua memang jenis keras hati sikit.
susah nak win perempuan ego tinggi cam aku.
siapa ada bran mau try tahan sabar tabik spring la gua cakap.

terima kasih kepada satu manusia mengajar aku jadi keras hati bila bercinta.
aku ambil positif, ini cara aku matangkan perhubungan. boleh grow relationship.
boleh kasi kau jadi kuat daya tahan sental.
semua benda kau nak tibai sensitif. semua nak merajuk. expect pujuk-pujuk. semua nak down.

sampai bila?



oh ya blog,
Happy New Year.


p/s: dua tahun lagi oiii kalau nak kawen paling awal pun zzz....
 
Images by Freepik