Pages

Showing posts with label refleksi diri. Show all posts
Showing posts with label refleksi diri. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

coretan pengalaman seorang IB survivor.



Julai. Bulan yang penuh memoir.
Saat ini adik-adik yang sedang menuntut dalam program IB dalam debar menerima hasil kerja keras mereka selama dua tahun.

Saya juga pernah merasainya. Pernah jatuh. Pernah rasa malu kerana terasa berada dibawah dan rasa tak mampu nak bangun semula.

International Baccalaureate. IB.
Benar-benar mengubah hidup saya, namun selepas 3tahun saya yakin aturan Tuhan itu cukup cantik.

Tiga tahun lepas --
Saya gagal terbang.
Saya gagal melunaskan impian sejak kecil mahu bergelar mahasiswa ijazah sarjana muda keluaran luar negara.

Masa depan terubah saat penaja memutuskan menukar kos tajaan dari Pergigian ke Perubatan.
Setiap hari ketika itu, zikir saya adalah : Tuhan tahu apa yang terbaik untukmu.
Saya cuba mencari aura positif, mengajar hati untuk bersangka baik dengan aturan Tuhan dan teruja apa kejutanNya yang menanti buat saya di bumi Malaysia.
Dia mentakdirkan bumi India bukan untuk saya.

Benar. Saya pernah rasa teruk.
Merasakan apapun jua kata-kata moral dari sahabat tidak berharga, andai mereka tidak merasai apa yang saya rasa.
Saya dalam fasa itu buat beberapa ketika.

Namun syukur, support system saya masih kuat hingga saya menjejakkan kaki ke CUCMS.
Dan itulah dunia baru saya.

Selepas 3 tahun, Alhamdulillah.
Saya senyum dengan perancanganNya.
Saya tak rasa kurang sedikitpun dengan apa yang saya tiada, namun tidak pula saya merasa lebih dengan apa yang saya ada.
Tidak timbul langsung sedetik dihati untuk membanding beza dengan rakan yang lainnya.

Kerana akhirnya saya dapati
Manusia itu maju kehadapan, menapak dengan kelajuannya sendiri.
Bukan dengan siapa-siapa.
Kerana akhirnya, destinasi kita tetap sama.

Masa depan saya juga tidak berakhir hanya kerana saya gagal terbang.
IB cuma satu titik pengubah, yang menjadikan saya apa adanya sekarang.
Dengan IB jugalah saya belajar untuk tidak mengulangi kelalaian yang sama ketika kuliah di sekolah perubatan sekarang.

Yang terutama --
Saat saya merasakan dunia saya terpunah ketika dulu,
Saya tidak berhenti hidup hanya kerana saya gagal terbang bersama IB.

Saya bangga menjadi seorang IB survivor!

Monday, November 15, 2010

mehnah ujian dan cabaran.

setiap ujian yang Allah berikan, pasti Dia akan datangkan dengan kekuatan supaya kita dapat menghadapinya. bila kita susah menghadapi suatu ujian, hati kita akan lebih mudah mengingatiNya. ujian itu satu bentuk cintaNya terhadap kita. sukar, dan perih sekali berhadapan dengan ujian. namun segalanya yang Dia berikan, bukan sia-sia. ada sesuatu yang Dia akan kurniakan sebagai balasan. kita tidak pernah meminta ujian diberikan kepada kita, Dia yang memberi, dan Dia jugalahlah yang mengurniakan ganjaran andaikata ujian tersebut kita berjaya harungi. Dia hanya yang memberi yang terbaik kepada kita, dan ujian itu merupakan sebahagian daripada perkara yang terbaik untuk kita.

dan untuk ujian itu,
segala tangisan yang kita deraikan...
Dia tahu. Dia ambil kira. Dia peduli.
segala kesakitan dan kerapuhan jiwa tatkala mengendalikan ujian itu...
disegenap ruang itu... Dia titipkan kekuatan.
sehinggakan kadangkala kita tak pernah terfikir yang kita akan jadi sekuat itu.
siapa suka dirinya dihinggapi ujian? kebanyakan insan seringkali menolak kehadiran ujian.
memang susah membina kepercayaan atas sesuatu yang kita enggan terima.
tetapi andai kita yakin dan percaya akan kuasaNya...
disetiap langkah yang berjalan itu, ada rahmat yang terselindung...

kita tak pernah sedar betapi sayangnya Allah pada kita.
namun kita terus-terusan menyakitiNya.
berapa banyak syariat yang sudah dilanggar?
tapi Allah tak pernah pun tunjukkan kat kita..
yang dia marah..
malah dia terus menyirami kita dengan nikmat yang Dia berikan.
setelah banyak cubaan dan nikmat yang Dia berikan...
andai diri masih membiarkan jiwa bergelumang dengan keresahan...
berpaling dari kebenaran yang terhampar...
MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANA LAGI YANG CUBA ENGKAU DUSTAKAN???

malu benar dengan diri ini...
dijentik dengan ujian silih berganti...
ada juga dalam nafas yang terhela...
terasa seolah-olah tak daya lagi menanggung pemberian ujianNya
hati dicekalkan, supaya yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri.
tapi payahnya meyakinkan hati yang sudah semakin pejal dengan zarah-zarah jahiliyyah dan duniawi...
penghayatan yang cuba diikhlaskan.
payahnya~

namun itulah ujian.
memang payah.
sabar dan tenanglah duhai hati.
sabar~

KHAIRUNNISA AFIFAH!
jadikan DA sebagai cabaranmu.
sesungguhnya kau berhak berasa cemburu dengan dirinya!
andai dia bisa bercinta dengan Khaliqnya dengan lebih intim....
jika mahu dibandingkan dengan dirimu...apa yang telah kau perbuat?
ayuh cubalah!
kau tak rasa tercabar?
lepaskanlah pengaruh kebendaan yang menyaluti tubuhmu.
renggangkanlah!
buktikan padanya yang kau juga bisa menjadi mujahidah yang kental!
dirimu sudah sampai ke tahap ini... dan Allah itu sentiasa bersama-samamu!
apa kau masih meragui keberadaan Ya Jabbar itu bersamamu?
jangan pernah tunduk kepada makhluk yang pernah bergelar Azazil itu!
jangan!

kau kuat!
sabar itu kuat ya afifah!

mood : tahajud cinta nisa.
song : segalanya milik MU -mestica

Thursday, November 11, 2010

cerita sang anak Adam



Cerita Sang Anak Adam
buat mak yang disayangi, Norazlin Md Isa...

Nafas terasa berarus deras dan kencang
Oh..apakah ini alamatnya?
Renggutannya menyentap tangkai sukma
Azab buat si anak Adam yang tersungkur di gerbang syurgawi
Zalimkah Sang Pencipta terhadapnya?
Lantaran terbiar,terhanyut dalam pelukan duniawi?
Izrail merenung tanpa simpati
Namun si anak Adam masih terhinggut-hinggut melepaskan diri

Masihkah ada ruang meraih kasih selayaknya dia?
Damba kasih Tuhan, Maha Pengampun Kekhilafan?

Iris terasa gelap, seraya horizon menjadi kabur
Sakaratulmaut melangkah dan beransur  pergi
Akhiran buat si anak Adam yang termakan nafsu membuta tuli


Khairunnisa Afifah
Kolej Mara Seremban
1940hrs 120710

Friday, March 26, 2010

ingat kau bagus sangat???

slm wbt to all my blog readers..hehe!

dua tiga hari lepas ada junior comment kata blog saya best.wallahualam la yg best tara mana tu saya xtanya la plak kan..masing2 have their own words to say n feel anything that i wrote in my own blog.hee~thanks nad!

ntah la nk cakap camna isue neh.1st of all, bukan la nk kata saya neh bgus sgt kn, or xterlintas pon nk kata diri nie cantik or watsoever. saya cakap nie xder niat pon nk mengutuk, megumpat or nak mengata kt orang...just nk expresskan apa yg saya xpuas hati.

tengahari td time fardhu ain, ada senior wat presentation. well, i think mmg la tajuk yg diorng ckp tu nmpak jer remeh, tp somehow...it turn to be true. saya dah terlupa exact tajuk dy haper,tp some sort of diorng bercakap pasal tabiat,keburukan n isu pasal hukum umpat-mengumpat nie. to cut it shortly, saya malas nk include dalil2 or watsoever, since benda tu dah jelas hukumnya dalam al-quran..yang perbuatan mengutuk,mengumpat tu boleh bawa kepada fitnah,...dan memfitnah tu hukumnya berdosa besar dan dosa kesalahannya tu lebih berat daripada dosa membunuh kan...*klise giler ayat nie...kat mana2 pon kita selalu dgr*

dalam presentation tu,akak tu jugak ada bgtaw...tp ada beberapa hukum dimana mengutuk or in other word bercakap tentang keburukan orang lain tanpa pengetahuan tu dibolehkan dalam islam.contohnya:*yang saya sempat ingat*

- 1st: mengadu tentang keburukan seseorang itu untuk mendapat pembelaan sewajarnya ke atas dirinya. contoh: seorang isteri mengadu kepada kaunselor perihal suaminya yang mendera/bertindak buruk ke atas dirinya dan tujuan si isteri tadi mengadu bukanlah untuk membuka aib suami,tetapi untuk mendapatkan hak yg sewajarnya ke atas dirinya.

-2nd : mengadu tentang keburukan orang lain untuk mengelakkan kemungkaran terus berlaku. contohnya : seorang jiran mengadu kepada pihak jabatan agama islam / pihak berkuasa tentang perihal buruk jirannya yg seringkali membawa lelaki yg bukan muhrim masuk ke dalam rumahnya. dalam kes ini, hukum membuka aib itu dibolehkan untuk mengelakan kemaksiatan dari terus berlaku.

-3rd : memberitahu perihal buruk seseorang dengan niat untuk memberi pengajaran kepada orang lain. contoh : mcm seorang penceramah bercerita mengenai perihal buruk seseorang sebagai peringatan dan pengajaran orang yang mendengar ceramahnya. niat si penceramah hanya sebagai untuk memberi contoh yg mungkin memberikan kesan yang lebih dekat kepada ceramahnya.

- 4th : menyebut sesuatu yg tidak elok pada diri seseorang untuk memudahkan urusan orang yang lain. contoh : katakan lah, seseorang meminta anda menyampaikan sesuatu kepada si polan, atau si polan.jadi kalau si polan tu gemuk ker, bibir tebal ker..dibolehkan untuk menyebut gelaran yang sedemikian rupa dengan niat untuk memudahkan pengecaman n barang tersebut lebih mudah disampaikan kepada si pemilik barang. tp jangan pulak lepas tu sesuka hati jer nk menggelarkan si polan tersebut dgn panggilan yg buruk2,buatnya si hamba allah tu xredha..berdosalah anda.tanggung sendiri lah dosa anda tu jawabnye...

-5th : kutuk dibolehkan tp jangan sampai we obviously mention abt that person sampai orng lain boleh agak siapa orang yg kita maksudkan.bila smpai tahap macam tu, haa tu xboleh! n plus, kne bercerita tu hanya kepada orng yg dpt membantu menyelesaikan masalah tersebut dan boleh dipercayai. since, kita xnak something yg kite bgtaw tu bertukar jadik fitnah pulak.


ok thats about what i gain in fardhu ain tengahari td.ok now lets proceed to the story...

tadi petang, saya ngn kawan2 kuar.g terminal one.out for a movie.alice in wonderland. ok thats not the main point. actually i wanna talk about is betapa saya telah berjumpa seorang mamat yg sangat kurang hajar, n perasan dy bgus sgt!

saya masuk mcd beratur.nk beli sundae cup kt mcd. ada dua orang mamat beratur blakang saya that time. saya dengar salah sorang lelaki tu bercakap kt kt kawan dia yg seorang lagi tu :

suara 1 : wei, awek tudung merah tu....

*saya mmg perasan that he was referring it to me since dah xder sape girl kt sekeliling tu yg pkai tudung merah + baju hitam*

suara 2 : ah xnak la.awek specky la.buruk siot....

*i was wearing my spect at that time. sentap tetiber. kalau anda ditempat saya masa tu,dun u feel the same think that i feel?kurang ajar betul.suka hati nk ckap orang buruk.macam lah awak tu bagus sangat!!!!!!*

saya amik sundae cup saya.bayar dan pusing belakang,saya jeling tajam kat dua2 orang yg bajet hensem sangat tu!* okey no doubt,mmg la hensem but thats not the ticket for u nk hina orang sesuka hati kan??* saya dgr one of them bersuara :

wei..awek tu dah jeling kat kau...

hah,tau pon! ingat saya pekak ker??dah taw saya jeling.bajet saya xreti nk marah. mulut tu xreti nk mintak maaf sikit pon. ok fine, mmg la tu mulut awak nk cakap apa pon....but mind your own words la! saya xnak ckp harsh words,sbb tu pon akan labelkan saya sama jer mcm diorng tu. behave your manners la.dah la ckp kt perempuan mcm tu...biadap betul! gaya mcm orng xsekolah jer bercakap. padahal harapkan pkai jer smart!urghh~~~

niat kt sini,bukan mengutuk.saya bercakap mengenai seorang entiti yg digelar makhluk allah yang diberi nikmat untuk bercakap bukan untuk menyenangkan hati orng yang mendengar. plus saya xrasa post ni mengutuk sesiapa pon, saya menggunakan alasan ke 3 dan ke 5. saya just cerita sebab nak bagi pengajaran untuk orang lain kat luar sana tu or sesiapa yg terbaca blog ni jangan sesuka hati nk mengumpat orang!depan2 lak tuh..sumpah makan dalam. dan saya jugak xrasa sampai tahap yang saya kutuk diorang,sebab orang2 yang baca post nie pon xkenal siapa dorang tu!

huhu~
lega dapat tulis.
mula2 geram jugak.yelah sapa yg xmrah bila dikata sedemikian rupa!
but istighfar bebanyak.haish.

ok wassalam wbt.. ciao~

Saturday, February 13, 2010

dunia oh dunia...

salam peeps.
sekadar nk share apa yg dh jadi waktu saya travel dr seremban-kulim.
untuk pulang cuti CNY break.

1ST:
saya bergegas keluar dr kolej.dalam pukul 1215.dengan syima,zue ngn safiah.
*macam orang gila je aku berlari2 lintas dewan makan.dah la boys tgh mkn nk g solat jumaat.sumpah buat malu pree jek...=.='

2ND:
sampai T1,bas yg sepatutnyer gerak 1230...gerak kul 1.
*kebengangan melanda...kalau aku tahu...aku pegi carik makanan dlu!tapau mcd ker...bla..bla...semput nafas aku terkejar2!

3RD:
tertidur..jage2 dah pukul 3.30!belum solat zohor lagi...bas stop kt R&R 20min.saya dh nk g terpa surau dlu.skali turun,si drever yg BAEK HATI tu rupanya berenti kak hentian R&R yg ade toilet je!cissss~
*maksudnyer kt sini,hentian tue xder surau n xder food court.bygkan betapa menggila2 dan mengganasnyer perut ku ini membuat konsert dan terjerit2 mintak makanan since breakfast kt kolej pon tibai halai-balai jer....sadissss~

4TH:
since dah xsempat solat zohor.kita pon niat jelah nk buat jamak ta'akhir.tertidur lagi.dan terjaga sekitar jam 6.00 petang.xada tanda2 bas nk berhenti.time tu still on highway.jalan jammed. dalam 15 min nk sampai hentian juru!kepadatan manusia sangat lah ramai.then bila dah sampai kt hentian tue,saya berhajat nk turun.tp dreber yg baek hati tu lg ckp...DIK,SEKEJAP JER BERENTI NIE.TURUNKAN ORANG JE!
*xjadi turun.dalam hati cm nk menyumpah2 jer...WOI PAKCIK,AKU BLOM SOLAT LA!XKAN KO XSOLAT KOT???

5TH:
7.30 malam.arriving at penang sentral.hati mcm nk menangis dengar azan maghrib.
*rasa berdosa.sbb xsolat.xsenang duduk.huhuu~
persoalan kedua,kat mana aku nk solat maghrib pulak nie???konfem dy dh xberenti!

6TH:
jam dah lepas 8.45malam.on the way kat highway BKE.isyak!!!!!!
*still ada masa ke aku nk buat jamak neh???huhu~

7TH:
9.30mlm.arriving at home.i feel bad!damn bad!xsolat...n xleh nk buat jamak dah since dh sampai rumah!
*mood:arghhhhh nk mengqada solat!

kadang2 saya sedih lihat keadaan dunia.solat tu diambil mudah.saya pon cakap sbb nk ingatkan diri saya jugak ni.ayah saya ckp,meskipun pekerjaan yg kita buat tue nmpak halal,tp ada terselit rezeki yg xberkat.sebabnya apa?mcm driver bas td la..xsolat.kerja tu dh betul halal,tp xsolat pnya pasal.mcm mana rezeki nk barakah kalau mcm tue?

dah ada rukhsah pon utuk si pemandu bas td n orang2 dalam bas tu untuk turun.berenti kat mana2 surau.then solat.buat solat jamak dan qasar.sbb dalam musafir kan?allah dh bg kelonggaran smpai mcm tue skali.terang2 lg tunjuk solat tu ibadah wajib yg xleh nk ditinggalkan. tp kenapa ye? sbb nk kejar masa agaknya.

"JIKA KAMU MENGEJAR DUNIA,IA AKAN SEMAKIN LARI DAN SEMAKIN JAUH DARI KAMU. DAN SEBALIKNYA JIKA KAMU MENCARI AKHIRAT..NESCAYA,KAMU AKAN DAPAT KEDUA-DUANYA...."

ni bukan saya yang kata.ada hadis yg cakap.tp saya xingat siapa perawinya.*hehe..

hidup manusia bertuhankan kebendaan.berpaksikan wang dan harta benda.kalian sedar x, INI MACAM BERHALA ALAF BARU.sbab manusia bukan bodoh lg nk menyembah patung berhala..tp ini lah berhala ciptaan manusia versi alaf baru.SEDIH.SEDIH.SEDIH...
saya pon ckp cmnie,sbb nk ingatkan diri saya yg kadang2 lalai jugak.

FIKIR.DAN RENUNGKAN.

Saturday, January 23, 2010

N A Q I B A H

salam...
its been a while since i didnt wirte anything serious inside u..miss pinkysexey-blog...
*wahaha..mcm terlampau jer..;p

lately,im searching my way back.towards HIM.i meant ALLAH.
i think,i've gone too far...despite all the thing that happen really cracking my head...
everyday crying is a must for the past few weeks.i felt so lost.one thing comes and another is coming and yet i still looking for the solution.

and finally...i've found the key.GO TO THE SURAU.
make ur heart closer to ALLAH.
alhamdullillah..im in the process of healing.

MAHER ZAIN=INSHA-ALLAH.*this is the song and lyrics which lighten up my spirits back.

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

tertera nama sbg seorang naqibah bukanlah sesuatu yg menggembirakan aku pada semester lepas.cuba mengikhlaskan hati sebaik mungkin namun ada saja halangan dan godaan yg membuatkan aku berpaling dr jalan yg mahu membimbing diriku itu.solat pon kdg2 aku sengaja lewat2kan...terukkan aku?quran dh jarang dibaca.pegi surau jemaah pon kdg2 je,even roomate ajak aku xrasa pon nk pegi.kehadiran dalam usrah aku ringan-ringankan tiap-tiap minggu.study huru hara..asyik dgn lagha dunia...couple lg...benda yg aku rasa xleh nk resist saat tue.menghabiskan duit mak ayah kirim setiap bulan.ya allah....berdosanya aku.


masuk sem 2,dapat result sem1 punya exam...teruk sesangat!aku dah mula tersentak.hidup aku dah hanyut sem lepas.aku nk patah balik,tp aku taw,benda tue xmungkin akan terjadi kalau aku xberubah.masa kne tinggal dengan ***...aku rase sedih sangat,meraung mcm orng gila.xboleh nk terima hakikat.dah la waktu tue bru lepas dpt result exam,huru hara gak la hdup aku sekejap.harapkan dy ada untuk aku kongsi segala masalah study n perasaan aku,tp dy malah tinggalkan aku tanpa alasan yg rasional.aku mmg xdpt terima!


hubungan ngn kawan2 pulak dh makin renggang,ada yg dh berubah.rasa xtaw nk ngadu masalah kat siapa.dari situ,aku tersentak lagi..bila aku nk berubah???aku rasa kusut sangat2....hari-hari menangis.depressed.aku nk berubah tp masih rasa reluctant nk tinggalkan semua tue.


since the past few weeks,aku cuba latih diri aku ke surau.mcm mna sekalipon,aku nk disiplinkan diri aku supaya at least dalam sehari sekali aku kena solat berjemaah. alhamdulillah,dgn bantuan roomates yg sentiasa support aku...i've manged to do that....quran,aku kembali mencarimu.back to the right track.aku rasa aman sgt bila dpt baca quran.tiap2 kali lepas solat jemaah,aku rasa tenang sgt2...dalam aku xsedar,aku dh boleh overcome perasaan frust aku lepas clash tue..hebat kn?allah tue maha mengetahui untuk setiap yg tejadi pada hambanya....masyaa-allah....soal study plak,insyaallah no more procrastination.supaya aku ada lebih masa untuk study.cuba susun jadual...mcm aku buat time duduk mrsm dlu...aku pon hairan kenapa aku masuk sini tiba2 aku berubah?kejutan budaya agaknya...aku dah mula rasa selesa ngn perubahn yg sedikit demi sedkit yg aku dh buat nie.at least aku ada kemahuan nk berubah,walaupun pada mulanya aku seolah2 memaksa diri aku untuk buat semua tu...


2,3 hari lepas,time tgk nama aku dh ada dlm naqibah list.diorng ckp nama tu dh finalised.aku terkejut.aku dpt rasakan after all yg dh berlaku,ini hikmah yg allah nk berikan kepada aku.clash ngn boyfren,kne tinggal mcm tu aje,results exam yg teruk sesangat dan hubungan yg xberapa baik ngn kawan2...study yg xbersistematik and kelalaian aku dan meyambil-lewakan perintah allah...allah dh berikan aku satu ujian untuk aku sedar semua kesilapan yg telah aku buat...semalam ada program yg melibatkan para naqibah n naqib*kitorng ada ceramah ngn ustz. mohd khairi zainuddin* segala perkataan yg ustaz tue ckp,betul2 buat aku rasa nak menangis.sebab seolah2,ustaz tue sedang tujukan apa yg dy ckp tue kt aku sorang jer~!aku bersyukur sgt2...seolah2 apa yg ustaz tue ckp...meleraikan kekusutan aku dan dilemma aku menjadi naqibah...insyaallah.


antara kata2 ustaz tue yg paling terkesan kt hati aku,betul2 menusuk perasaan aku bila dy kata...bila jadi naqibah/naqib nie saling sempurna-menyempurnai,which means perbaiki diri dan dalam masa yang sama menyeru orng lain melakukan kebaikan...kne ikhlas dlm beramal(lillahi taala) dan jgn takut untuk menggalas tanggungjwab sebgai seong naqib/naqibah...pelaburan akhirat katanya.jawapan utk kekusutan jiwa aku kebelakangan ni terlerai apabila ustaz tersebut menyatakan,ALLAH MENGUJI KITA DALAM KADAR KEMAMPUAN KITA SENDIRI,DAN YG DI UJI ITU ADALAH KELEBIHAN KITA SENDIRI.contohnya,nabi yusuf a.s diuji allah disebabkan ketampanan rupa parasnya..*mcm tue la lebih kurang*...;p


lepas program mlm semalam,aku dh regain the new KHAIRUN NURLISA KAMAL in myself.rasa bersyukur,sangat2.lepas apa yg dh terjadi...aku yakin allah tunjukkan semua nie sebab dy masih sayangkan aku.xsalah untuk kita berubah jd lebih baik..cuma perkara yg aku takutkan,dalam kelancaran lidahku menyampaikan nasihat/mentarbiahkan orng lain,aku xmampu nk kawal diri aku drpd buat perkara2 yg xelok...xnak la orang ckp kat aku nanti,sekadar pandai berkata-kata/nasihat orng..tp diri dy sendiri yg buat jugak....astaghifirullah...mudah2an aku terhindar dr melakukan perkara sedemikian.sesungguhnya aku juga manusia yg xterlepas melakukan dosa.namun bersegera bertaubat adalah jalan yg terbaik....

aku sedar jugak,betapa bertuahnya aku dalam jutaan hamba allah...aku dipilih utk diberi ujian..supaya aku xterus sesat.thanks to akhi fahmi...dgn tazkirahnya,aku lebih yakin dan xkan berpatah balik dari apa yg aku dh buat sekarang.


*sesungguhnya apa yg aku ceritakan nie adalah luahan hati aku...meskipun ramai yg mungkin mengata mcm2...seolah2 mendedahkan aib/pekung didada,padaku ia bukan menjadi suatu masalah lagi...xpeduli.kerana aku tahu siapa aku....even post nie panjang gile,xtau la ade ke tak orng yg nk baca...tp aku xkisah.malah lega...segalanya kuhamburkan disini.mudah2an,ana dan antum yg membaca...mendapat barakah n keredhaannya selalu...


wassaalam.

 
Images by Freepik