Pages

Saturday, June 20, 2009

KISAH KAU DAN AKU...(part2)

Hari itu, cikgu Yusmizal tidak masuk ke kelas kerana mengiringi pemain-pemain bola maktabku ke Perlawanan Bola Sepak MSSD Kubang Pasu. Apalagi…berpesta sakanlah kami pada hari itu! Kelasku memang tak sah,kalau tak bising. Rasanya,5 Benevolent inilah yang paling bising dan havoc sekali dalam maktab tu…hehe. Aku sedang menyiapkan laporan PEKA Kimiaku,tiba-tiba Syukri datang dan menghampiriku.
Aku tahu,dia juga pemain bola maktabku tetapi dia tidak pergi mewakili maktab dalam perlawanan bola sepak. Katanya,dia mahu mempersiapkan dirinya untuk Kejohanan Olahraga MSSD Kubang Pasu yang akan datang. Tak kisahlah….

“ Em… Opie! Aku dengar ada budak MRSM Merbok kena transfer kat maktab kita nih…betul ke?” soal Syukri meminta kepastian dariku. Aku memang senantiasa mengetahui segala perkembangan terbaru yang berlaku di dalam maktab,maklumlah itulah imbuhannya apabila berkawan dengan Shakina atau lebih dikenali dengan jolokan U.P.P.M….Unit Penyebar-Penyebar Maklumat…hehe!

Aku hanya mengganggukkan kepalaku. “ Awat? Kalau tak silap aku, depa masuk hari ni kot” balasku kemudian.

“ Oh ye ke? Tak de apa-apa pun. Aku saja je tanya….” Syukri menconteng-conteng kertas di hadapanku dengan pensel. Payah jugak bercakap dengan dia ni, masa bercakap bukan mulut aja bergerak,tangan pun bergerak jugak…macam budak hiperaktif…huh!

“ Hang ni kan,sehari tak conteng paper aku tak boleh ka? Tension aku! Hang padam balik… sat lagi tak pasai-pasai mengamuk pulak Cikgu Engku tu. Dah la paper yang hang conteng tu report eksperimen yang aku nak hantar kat dia” bebelku.

“ Hehe…siapa suruh kau letak paper tu kat atas meja? Yelah,yelah aku pada balik…report? Ya Allah…aku terlupa nak buat la!!! Aduuhhh….macam mana ni? Wei nanti kalau kau dah siap,aku nak pinjam ek…boleh?” rayu Syukri. Buat mata sayu cam mata kucing pulak dah…ei kesian pulak….

“ Yelah…nanti kalau aku dah siap aku bagi la kat hang! Tu lah,masa kecik-kecik suka sangat minum air perisa semut. Bila besar,jadi pelupa…heii…Syukri,Syukri… apalah nak jadi dengan hang ni?” terkekeh-kekeh aku ketawa. Lepas juga aku nak kutuk hang! Ambik sebijik….

“ Ko nih, suka lah tu!!!kalau dah boleh membebel,ngalahkan mak aku je…huh! Bweekkk!!” Syukri menjelirkan lidahnya ke arahku dan melarikan pensel kepunyaanku. Syuk!!!!!!!geramnya aku!!!!

* * *

Petang itu seperti biasa aku turun riadah petang. Sudah menjadi kelaziman bagi para pelajar MRSM, petang WAJIB riadah! Kalau tak,nanti laju saja JPA ambik nama pelajar yang tak turun riadah petang…aku sekadar berjogging-jogging sekeliling maktab bersama-sama rakan-rakanku,Triple V…hehe! Namun aku agak terkejut,ketika aku melewati Pusat Pelajar, aku ternampak kelibat Syukri sedang berbual-bual dengan seorang pelajar perempuan…Nampak mesra betul…padahal,budak perempuan dari MRSM Merbok tu baru ja masuk maktab ni…Syukri pulak budak yang jenis pemalu,mana pulak dia nak bercakap sangat dengan budak-budak perempuan ni…tambah-tambah budak perempuan yang cantik dan comel….Zulaykha…Zulaykha tu boleh tahan lah orangnya! Lantak hang la Syukri oi…bila lagi hang nak ada girlfriend? Sebagai kawan, aku tak kisah…aku rasa aku patut sokong hang lagi!!!hehe…Aku menghampiri lantas menegurnya.

“ Hoi…hang buat apa?ooo…dok dating dengan Zue rupanya!!!!” aku ketawa ke arah Syukri.Zulaykha sekadar tertunduk malu.

“ Tak adalah,Opie. Zue berbual kosong je dengan Syuk nie… ” ujar Zulaykha kemudian. Eii….lembutnya suara! Tapi padanlah…orangnya pun lawa…sesuailah tu…hehe! Aku hanya tersenyum tawar. Syukri hanya mendiamkan dirinya.

“ Eh…tak palah. Hangpa sembang la ok? Syuk, aku jumpa hang kat kelas time prep malam nanti okay? Daa….” Aku melambai lantas segera beredar dari situ. Syuk, hang pandai no,dalam kelas tak dak pulak hang nak cover-cover malu depan aku…haha! Aku ketawa sendirian.

“ Oit, hang tak jelous ka tengok Syuk dok menyembang dengan Zue tu? Lain macam ja aku tengok… aku tau,mesti hang terasa kan? Yalah,Syuk tu kan boyfriend hang. Hang tak payah nak tipu aku lah,aku tengok muka hang pun dah lain…hehe!” usik Fathin kepadaku.Aku ketawa mendengar Fathin berkata sedemikian. Jelous? Perkataan yang tak pernah wujud dalam kamus persahabatan antara aku dan Syukri.

“ Hang ni,Fathin. Pandai-pandai ja kata aku jelous tengok depa tu tadi. Wei, bila tahun pulak Syuk tu jadi boyfriend aku? Bestfriend aku adalah!tok sah dok mengarut… haha! Biar la kat depa dua orang tu,sesuai apa! Syuk punya taste aku tau la macam mana. Aku dok kawan dengan dia dalam kelas, aku tau perempuan type macam mana yang dia berkenan. Gila la dia kalau perempuan kasar macam aku ni dia nak buat girlfriend…buat lawak sungguhlah hang ni!” aku menepuk bahu Fathin.

“ Woi,hang ni kasar betullah!! Kot ya pun nak tampar belakang aku,pelan-pelan la sikit…Sakit tau dak?!” marah Fathin.

“ Haa… baru hang tau! Aku saja ja nak test kat hang. Biar hang nampak lagi clear perbezaan yang terang lagi nyata antara aku dengan Zulaykha…hehe! ” ujarku kemudian.
“ Jomlah masuk.Dah pukul 6.15 ni, kang lambat pulak turun Dewan Makan…Aku dah lapar tahap dewa dah ni!!!” Aku menarik tangan Fathin supaya dia lebih cepat berjogging dan masuk ke dalam kawasan asrama. Dalam perjalanan pulang ke bilik,hatiku berkata-kata sendirian. Cemburukah aku?ah… tapi tak mungkin,mungkin cuma perasaan aku saja yang dok fikir bukan-bukan. Syukri...namun aku berasa sesuatu yang aneh sedang bermaharajalela dalam lubuk hatiku. Aku rasakan,apa yang aku takuti selama ini sedang berlaku ke atas diriku sekarang. Aku cukup takutkan,perasaan sayang seorang sahabat terhadapmu akan bertukar menjadi kasih yang melibatkan perasaan yang lebih mendalam,atau lebih tepat lagi perasaan CINTA…

Aku membuang fikiran seperti itu jauh-jauh. Tak ingin aku memikirkan kemungkinan perkara sebegitu terjadi. Aku sekadar ingin menjadikan dia sebagai temanku yang paling karib.ya…sekadar itu sahaja. Dan tidak akan pernah sesekalipun,
aku akan mengkhianati prinsip yang menjadi pegangan hidupku. Tak akan…

9 comments:

  1. 'Tu lah,masa kecik-kecik suka sangat minum air perisa semut.' ahahaha.. :D

    eh2..heroin dh jeles sikit. woohoo =____='

    ReplyDelete
  2. haha
    jeles??
    tunggu
    apa yg jd nti..hee~~

    ReplyDelete
  3. aku ada ending bru wey utk story nie..huhuhu

    ReplyDelete
  4. @ intan-perleraian cerita ini adalah penggunaan teknik plot imbas muka..so apa yg berlaku dlm cerita ini mungkin terdapat sedikit pengubahsuaian dengan cerita sebenar...wahaha~~

    @ aini- klaka??wahaha...(tumpang gelak)
    kih3

    ReplyDelete
  5. ni geng aliflahh nii...
    buat esei.
    hoho..
    sis,gud luck kat kolej.
    ambek kos apa?

    ReplyDelete
  6. U.P.P.M….Unit Penyebar-Penyebar Maklumat?
    igtkan unit penilaian n peperiksaan maktab
    ahahaha
    seorang bakal doktor gg yg berbakat dlm penulisan as well
    tahniah

    ReplyDelete
  7. @ tiqa:
    amik dentistry...
    wat prog IB same cam alif jgk
    tp dy kt KMB,saya kat KMS..
    :D
    wish me luck keyh?

    @ que :
    UPPM kat maktab saya mmg byk defination...
    yg awak metion tu pon btul jgk..
    hehe

    ReplyDelete

 
Images by Freepik