Pages

Showing posts with label rebah. Show all posts
Showing posts with label rebah. Show all posts

Sunday, June 28, 2009

REBAHNYA RASIONALITI

Dimensikah yang membutakan mataku
Khayalan bertunjang minda bawah sedar
Kekeliruan berpremis di kubik pemikiran
Kerakusan patogen memamah diri
Hingga alpa terlupa
Di mana akar sendi berdiri
Terhapus memori seketika
Dimana paksi vertikal tegak meninggi
Lalu rebah tersungkur di syurga duniawi

Cangkir iman hampir kering tidak terisi
Sendiri terkial-kial di konti kebejatan sosial
Lemas nurani kerana gagal berpaut
Hanyut ke lembah yang jumud
Meragut kesucian jiwa hakiki
Merona hitam dengan lagha yang pasti
Membunuh cita yang tegar bernyawa
Mematahkan belulang yang sedia rapuh

Pandangan horizon semakin kelabu
Berarak pergi meninggalkan jauh
Sang anak Adam terjelepok dengan rintihan
Hatta belum sempat berhempas pulas bertarung
Hanya dek kerana nafsu dibiar meratah rasionaliti
Menggila merobot merajai sang hati
 
Images by Freepik