Pages

Monday, November 15, 2010

mehnah ujian dan cabaran.

setiap ujian yang Allah berikan, pasti Dia akan datangkan dengan kekuatan supaya kita dapat menghadapinya. bila kita susah menghadapi suatu ujian, hati kita akan lebih mudah mengingatiNya. ujian itu satu bentuk cintaNya terhadap kita. sukar, dan perih sekali berhadapan dengan ujian. namun segalanya yang Dia berikan, bukan sia-sia. ada sesuatu yang Dia akan kurniakan sebagai balasan. kita tidak pernah meminta ujian diberikan kepada kita, Dia yang memberi, dan Dia jugalahlah yang mengurniakan ganjaran andaikata ujian tersebut kita berjaya harungi. Dia hanya yang memberi yang terbaik kepada kita, dan ujian itu merupakan sebahagian daripada perkara yang terbaik untuk kita.

dan untuk ujian itu,
segala tangisan yang kita deraikan...
Dia tahu. Dia ambil kira. Dia peduli.
segala kesakitan dan kerapuhan jiwa tatkala mengendalikan ujian itu...
disegenap ruang itu... Dia titipkan kekuatan.
sehinggakan kadangkala kita tak pernah terfikir yang kita akan jadi sekuat itu.
siapa suka dirinya dihinggapi ujian? kebanyakan insan seringkali menolak kehadiran ujian.
memang susah membina kepercayaan atas sesuatu yang kita enggan terima.
tetapi andai kita yakin dan percaya akan kuasaNya...
disetiap langkah yang berjalan itu, ada rahmat yang terselindung...

kita tak pernah sedar betapi sayangnya Allah pada kita.
namun kita terus-terusan menyakitiNya.
berapa banyak syariat yang sudah dilanggar?
tapi Allah tak pernah pun tunjukkan kat kita..
yang dia marah..
malah dia terus menyirami kita dengan nikmat yang Dia berikan.
setelah banyak cubaan dan nikmat yang Dia berikan...
andai diri masih membiarkan jiwa bergelumang dengan keresahan...
berpaling dari kebenaran yang terhampar...
MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANA LAGI YANG CUBA ENGKAU DUSTAKAN???

malu benar dengan diri ini...
dijentik dengan ujian silih berganti...
ada juga dalam nafas yang terhela...
terasa seolah-olah tak daya lagi menanggung pemberian ujianNya
hati dicekalkan, supaya yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri.
tapi payahnya meyakinkan hati yang sudah semakin pejal dengan zarah-zarah jahiliyyah dan duniawi...
penghayatan yang cuba diikhlaskan.
payahnya~

namun itulah ujian.
memang payah.
sabar dan tenanglah duhai hati.
sabar~

KHAIRUNNISA AFIFAH!
jadikan DA sebagai cabaranmu.
sesungguhnya kau berhak berasa cemburu dengan dirinya!
andai dia bisa bercinta dengan Khaliqnya dengan lebih intim....
jika mahu dibandingkan dengan dirimu...apa yang telah kau perbuat?
ayuh cubalah!
kau tak rasa tercabar?
lepaskanlah pengaruh kebendaan yang menyaluti tubuhmu.
renggangkanlah!
buktikan padanya yang kau juga bisa menjadi mujahidah yang kental!
dirimu sudah sampai ke tahap ini... dan Allah itu sentiasa bersama-samamu!
apa kau masih meragui keberadaan Ya Jabbar itu bersamamu?
jangan pernah tunduk kepada makhluk yang pernah bergelar Azazil itu!
jangan!

kau kuat!
sabar itu kuat ya afifah!

mood : tahajud cinta nisa.
song : segalanya milik MU -mestica

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik