Pages

Thursday, November 18, 2010

:)

melecur jari saat menggoreng pergedil tengahari td untuk dimakan bersama soto ayam.
adoyai...
sabarlah duhai jari...
tapi seronok sebab clear stok xsampai sejam.
skill yang lama tak dipraktis. ambil resipi from my lil bro yg handal memasak.
malu aje ana jd kakak, x se pro si adik! shish~
*sori tak sempat snap gambar....,nak upload kt dalam recipe album....*

malam esok nak buat bolognaise spaghetti plak! tapau bawak balik KMS~

kerja ana dirumah cuti ni :

- memasak kerana keinginan untuk makan yang sangat maksimum.
- memasak lagi..
- memasak.
- keluar menyelesaikan beberapa perkara peribadi.
- study progressive sangatlah lambat. saya harap saya tak keseorangan mengalami sindrom begitu. hahah!

dah berapa minggu tak on fb, rasa cm takde menda lak nk buat sangat bila online fb. a big achievement gak la sebab lama tak on fb. fuhh~ kecuali time birthday hari tu la.. for those yg wish..time kaseh bebanyak ye!

Monday, November 15, 2010

mehnah ujian dan cabaran.

setiap ujian yang Allah berikan, pasti Dia akan datangkan dengan kekuatan supaya kita dapat menghadapinya. bila kita susah menghadapi suatu ujian, hati kita akan lebih mudah mengingatiNya. ujian itu satu bentuk cintaNya terhadap kita. sukar, dan perih sekali berhadapan dengan ujian. namun segalanya yang Dia berikan, bukan sia-sia. ada sesuatu yang Dia akan kurniakan sebagai balasan. kita tidak pernah meminta ujian diberikan kepada kita, Dia yang memberi, dan Dia jugalahlah yang mengurniakan ganjaran andaikata ujian tersebut kita berjaya harungi. Dia hanya yang memberi yang terbaik kepada kita, dan ujian itu merupakan sebahagian daripada perkara yang terbaik untuk kita.

dan untuk ujian itu,
segala tangisan yang kita deraikan...
Dia tahu. Dia ambil kira. Dia peduli.
segala kesakitan dan kerapuhan jiwa tatkala mengendalikan ujian itu...
disegenap ruang itu... Dia titipkan kekuatan.
sehinggakan kadangkala kita tak pernah terfikir yang kita akan jadi sekuat itu.
siapa suka dirinya dihinggapi ujian? kebanyakan insan seringkali menolak kehadiran ujian.
memang susah membina kepercayaan atas sesuatu yang kita enggan terima.
tetapi andai kita yakin dan percaya akan kuasaNya...
disetiap langkah yang berjalan itu, ada rahmat yang terselindung...

kita tak pernah sedar betapi sayangnya Allah pada kita.
namun kita terus-terusan menyakitiNya.
berapa banyak syariat yang sudah dilanggar?
tapi Allah tak pernah pun tunjukkan kat kita..
yang dia marah..
malah dia terus menyirami kita dengan nikmat yang Dia berikan.
setelah banyak cubaan dan nikmat yang Dia berikan...
andai diri masih membiarkan jiwa bergelumang dengan keresahan...
berpaling dari kebenaran yang terhampar...
MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANA LAGI YANG CUBA ENGKAU DUSTAKAN???

malu benar dengan diri ini...
dijentik dengan ujian silih berganti...
ada juga dalam nafas yang terhela...
terasa seolah-olah tak daya lagi menanggung pemberian ujianNya
hati dicekalkan, supaya yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri.
tapi payahnya meyakinkan hati yang sudah semakin pejal dengan zarah-zarah jahiliyyah dan duniawi...
penghayatan yang cuba diikhlaskan.
payahnya~

namun itulah ujian.
memang payah.
sabar dan tenanglah duhai hati.
sabar~

KHAIRUNNISA AFIFAH!
jadikan DA sebagai cabaranmu.
sesungguhnya kau berhak berasa cemburu dengan dirinya!
andai dia bisa bercinta dengan Khaliqnya dengan lebih intim....
jika mahu dibandingkan dengan dirimu...apa yang telah kau perbuat?
ayuh cubalah!
kau tak rasa tercabar?
lepaskanlah pengaruh kebendaan yang menyaluti tubuhmu.
renggangkanlah!
buktikan padanya yang kau juga bisa menjadi mujahidah yang kental!
dirimu sudah sampai ke tahap ini... dan Allah itu sentiasa bersama-samamu!
apa kau masih meragui keberadaan Ya Jabbar itu bersamamu?
jangan pernah tunduk kepada makhluk yang pernah bergelar Azazil itu!
jangan!

kau kuat!
sabar itu kuat ya afifah!

mood : tahajud cinta nisa.
song : segalanya milik MU -mestica

Sunday, November 14, 2010

bertunang~


"i'm engaged" kata si gadis kepada teman rapatnya.

"what? apahal aku taktau pun? takde MAJLIS pun???" si teman bertanya separuh terkejut.

"perlu ke majlis? plus parents aku taktau pun sebenarnya...." kata-kata si gadis sambil tersenyum menghangatkan lagi persoalan yg menyerang pemikiran si teman.

"apa ni??" kerutan di dahi mengesahkan bahawa teman benar-benar tidak mengerti maksud si gadis sebentar tadi.

setelah bertanya kepada beberapa orang arif, dan melalui pembacaan ana... isu tunang atau dalam bahasa Arabnya "khitbah" ni ana akan cuba beri pendapat dan pandangan dari kaca mata seorang gadis yg berusia 19 tahun. SEKADAR PENDAPAT DAN PEMAHAMAN ana sahaja. mohon maaf terlebih dahulu andainya ada content yang lemah sepanjang post ini ditulis.

MEMINANG adalah permintaan lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isteri. Sebelum urusan peminangan dilakukan ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi supaya tidak menyalahi apa yang ditetapkan Islam dan memudahkan tercapai tujuannya. maksudnya disini, apabila seorang lelaki menyatakan hasratnya untuk memperisterikan seorang perempuan, dan perempuan tersebut bersetuju maka mereka telah BERTUNANG.

meskipun ibu bapa tidak tahu. 
meskipun tidak ada majlis pertunangan. 
sekalipun tidak  ada cincin pertunangan tanda diri sudah bertunang. 

semua itu hanya ADAT.

sekadar pernyataan tersebut ,telah membuatkan seseorang telah bertunang.
namun untuk apa ADAT itu diadakan? 

nak mengelakkan fitnah orang?
okay, dari satu sudut mungkin ada betulnya juga...
supaya orang lain takleh masuk 'line'...

Seorang Mukmin adalah saudara bagi Mukmin yang lain. Oleh itu tidak halal dia membeli pembelian saudaranya, dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadis riwayat Muslim).

tapi seeloknya diberitahu kepada ibu bapa, meskipun secara samar-samar. sekadar katakan sedang 'serius berkawan dengan seseorang'... itu tanda kita sedang menjalani tempoh pertunangan dengan seseorang. kalau beritahu begini ; "mak, ayah.. saya sudah bertunang..." mahu terkejut kena serangan jantung jugak nanti!

apa hukum BERTUNANG?

Hukum khitbah ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat"


kaitan COUPLE dan BERTUNANG?

ana boleh katakan bahawa couple ini sama sahaja dengan bertunang. untuk apa seseorang itu bertunang?

tujuan bertunang = untuk berkenal-kenalan
tujuan bercouple = untuk berkenal-kenalan

bercouple = bertunang????

TAPI!

yang membezakannya adalah perbuatan dalam menjalani hubungan tersebut sebenarnya. mostly yang ana nampak sekarang, bercouple tu dh jadi budaya. keluar sama-sama, makan, movie, bowling, jalan pegang-pegang tangan, peluk-peluk. itu mostly yg ana nampak muda-mudi sekarang buat bila bercouple. taknak lah sebut pasal kes yg dah terlanjur semua tu. lari topik nanti. namun atas alasan apa mereka melakukan semua itu selain dari berseronok2? jawapannya :MAHU BERKENAL-KENALAN. NANTI SENANG KERJA LEPAS KAHWIN. SEBAB DAH KENAL LAMA TIME COUPLE DULU2...

dah tu macam mana pula khitbah yg sebetulnya?Ikatan pertunangan bermakna persetujuan perempuan dan lelaki berkahwin pada suatu masa ditetapkan. Namun, ikatan pertunangan bukanlah sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas.Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti mana hubungan bukan muhrim. jadi ana macam tak faham dgn amalan orang sekarang. bila dilihat sekeliling, hubungan pertunangan tu macam tiket untuk mereka yg dh bertunang berjalan ke sana-sini berdua, sedangkan mereka tidak boleh berbuat demikian. kononnya nak sama-sama membeli brg2 kahwin, beli cincin, nak cari katering.. alasan je tu.bincang benda yang perlu sudah. takpayah nak melalut-lalut. kalau nak keluar sekalipun, mesti mahram kena teman. itu basic. paling tidak kalau bukan ayah si perempuan, abang/adik lelaki si perempuan. tapi jangan bawak adik si perempuan yg belum cukup umur pulak. nak buat apa? adeyy~

" Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan". (sila rujuk buku Fiqh As-Sunnah oleh Syed Sabiq).

sebenarnya kalau dua orang lelaki dan perempuan tu dah bertunang, itu dah kira bercouple lah tu. cuma kena jaga betul2 perhubungan tu supaya tak menyalahi syarak. itu bezanya. couple yang betul-betul ikut syariat = bertunang le tu! 

andai couple tu tiba-tiba clash, kira dah putus tunang la tu. berapa ramai dah putus tunang sekarang? baik angkat tangan sekarang!hehe <---- abaikan.

points nak cakap kat sini, andai salah seorang berjumpa dengan orang lain ketika dalam tempoh khtibah, haruslah kedua-dua belah pihak mengetahuinya. supaya khtibah yang telah dibuat itu akan terbatal. 

tempoh BERTUNANG?

Tempoh / masa khitbah yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai Ulamak) ialah tempoh yang tidak panjang atau lama.sebab apa?

Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

bercakap2 dengan tunang dalam telefon,ym...itu dikira berkhalwat atau tidak?
soalan ni ditanya oleh seorang sahabat ana sewaktu forum Baju Kurung vs Baju Melayu tempohari yang berlangsung di kolej. bercakap mengenai pergaulan lelaki dan perempuan.
jawapannya : 

andai diri bersedia di khitbah? orangnye dah ada, cuma masa membataskan?
terbatas oleh sebab umur, mungkin masih study...?
pesan ana, 
kalau tak mampu, simpan jelah niat tu dulu dalam hati. yakin andai dia jodohmu. maka kamu akan dapat.
kalau dah terlanjur meluahkan?
ahah, kes ni kena belajar control hati. supaya tak terjadi zina hati. senang kata, cuba lah tidak untuk berhubungan dengannya selalu/ terlalu kerap. bahaya! kalau tak contact langsung secara direct lagi bagus. cuba gunakan orang tengah.hati kena jaga! claim cinta tu suci kan? cinta yang suci takkan dicemari dengan benda2 yang boleh mengotorkan fitrah cinta itu sendiri...

kalau khatib ( tunang lelaki) dan makhtubah( tunang perempuan) bijak menjaga perhubungan, insya Allah perhubungan yang dibina suatu hari nanti andai berjodohan, pastinya yang diberkatiNya.
andai dah berjanji, tapi ditakdirkan si dia bukan milikmu, anggaplah dirimu dan dirinya dah bermujahadah untuk menjadi soleh dan solehah buat diri masing-masing, yang pastinya tidak merugikan, malah menguntungkan tidak kiralah siapapun pasangannya kelak.

penulis dah dikhitbah? hmm~  insyaallah sedang cuba menjaga sehabis baik. sebab belum masanya lagi. 


wallahualam~

Friday, November 12, 2010

121110

cantik tarikh ni.

121110.
wah3.
baru terperasan.
nasib baik takde chance nak buat tarikh kawen/tunang/*ape2 jelah*~
*sighed*

saya dan adik usrah saya berkongsi tarikh yang sama.
cuma berbeza exactly 1 tahun.

ohhh 19.

Thursday, November 11, 2010

cerita sang anak Adam



Cerita Sang Anak Adam
buat mak yang disayangi, Norazlin Md Isa...

Nafas terasa berarus deras dan kencang
Oh..apakah ini alamatnya?
Renggutannya menyentap tangkai sukma
Azab buat si anak Adam yang tersungkur di gerbang syurgawi
Zalimkah Sang Pencipta terhadapnya?
Lantaran terbiar,terhanyut dalam pelukan duniawi?
Izrail merenung tanpa simpati
Namun si anak Adam masih terhinggut-hinggut melepaskan diri

Masihkah ada ruang meraih kasih selayaknya dia?
Damba kasih Tuhan, Maha Pengampun Kekhilafan?

Iris terasa gelap, seraya horizon menjadi kabur
Sakaratulmaut melangkah dan beransur  pergi
Akhiran buat si anak Adam yang termakan nafsu membuta tuli


Khairunnisa Afifah
Kolej Mara Seremban
1940hrs 120710
 
Images by Freepik