Pages

Tuesday, December 7, 2010

saat sakinah menerpa... part 3

“Haz, Sabtu ni kan ada program untuk naqibah junior. Aku malas lah nak pergi.  Fakhri nak jumpa aku. Katanya ada hal penting dia nak bincang. So aku nk pergi jumpa dia lah” kataku pada Hazrina sewaktu aku dan dia pulang berjogging di Lake Garden Seremban.  Hazrina memandang wajahku tanpa berkelip.

                        “ Leya, apa lagi yang kau harap dari dia? kau tak ingat ke reaction dia time kau beritahu dia yang kau dapat jadi naqibah tu. Bagai nak rak kau menangis kat kakak usrah kau, frust dengan Fakhri. Alih-alih kau nak pergi jumpa dia pulak. Apa hal wey?” Hazrina memicingkan irisnya tajam ke arahku. Aku dapat menghidu ada bau kekesalan terselit  bersama kata-kata Hazrina tadi.

                        “ Err… alaa, aku pergi sebab nak settle a few things dengan dia. Lagipun, kan Sabtu depan birthday aku. Aku dah tak marah pun dengan dia. Kitorang nak keluar celebrate birthday aku. So chill la, Haz. Lagipun Haz, aku tak ready lagi nak involve program-program macam ni. Kak Amilia pun cakap suruh aku take time. Slow-slow la Haz, for the time being aku rasa aku tak boleh lagi…” dalihku. Haz mencemikkan bibirnya ke arahku. Belakangan ini dia semakin berlainan dari Hazrina yang biasa aku kenali.

                        “ Suka hati kau lah Leya. If kau rasa perlu, pergilah jumpa dia. Aku taknak cakap pape. Kau tahu apa yang kau perlu buat dan tak perlu buat. Dah besar kan? Kalau kau betul-betul jumpa Fakhri sebab nak selesaikan perkara yang benar-benar penting dan bawa kebaikan untuk kau dan dia, pergilah. Aku tak larang…” segera dia berlalu dan masuk ke dalam blok Fatimah. Meninggalkan aku terpinga-pinga sendirian mengorak kaki melangkah ke Dewan Selera. Hazrina benar-benar telah berubah, mula menjauhkan dirinya daripada aku. Ataupun sebenarnya hanya sekadar prasangkaku terhadapnya? Dia yang telah berubah, ataupun aku yang berubah menjadi semakin jauh darinya? Aku bingung seketika.

                        Aku mencapai pinggan yang diletakkan di tengah-tengah ruang yang membahagikan antara pelajar lelaki dan perempuan.  Tatkala aku berjalan untuk mencedok nasi, tiba-tiba aku tergelincir kerana permukaan lantai Dewan Selera yang licin. Pinggan ditanganku terlepas, dan aku jatuh terlentang.  Beratus-ratus pasang mata yang berada di Dewam Selera terarah ke arahku ketika itu. Aduh malunya! Aku bangun sambil menggosok-gosokkan punggungku yang sakit dan kepalaku yang jatuh terhantuk dilantai itu sebentar tadi. Eh kejap, mana pinggan aku pulak ni?

                        Mataku tertancap pada seorang pelajar lelaki yang memegang pingganku. Lelaki berkaca mata berbingkai hitam. Tangannya memegang pingganku yg terjatuh sebentar tadi.

                        “ Sorry, sempat sambut pinggan je. Tak sempat sambut tuan punya pinggan.” Bersahaja dia menuturkannya. Dia tersenyum dan mengunjukkan pinggan itu semula kepadaku dan terus bergerak ke hadapan untuk mengambil lauk-pauk pula.  Adeh mamat ni, pergi sambut pinggan aku buat apa, bukannya pinggan aku yang sakit. Ni hah, punggung aku yang sakit oi! Namun kata-kata itu hanya terjerit di dalam hatiku.

                        Aku kenal lelaki itu. Ini kali kedua aku berinteraksi dengannya tetapi sebentar tadi itulah kali pertama dia memulakan komunikasi separuh tidak rasmi denganku. Aku cam kehadirannya di dalam kolej ini. Meskipun dia seorang yang introvert, namun aku agak pelik melihat dia. Dia yang mengambil jurusan bioteknologi di kolej ini bukanlah seorang yang dikenali ramai. Tapi ada sesuatu mengenai dia yang membuatkan aku berasa sangat… lain.

                        Persoalan mengenai Hazrina mula menerjah fikiranku semula tatkala aku selesai makan dan ingin naik ke bilikku yang bertentangan dengan Dewan Selera dan bersebelahan dengan Blok Farabi. Aku masuk ke dalam bilik, namun kelibat Hazrina tidak kelihatan. Ku menjeling ke arah rak penyidai yang berhampiran dengan loker kepunyaan Hazrina, ternyata telekungnya tiada. Sah, Haz dah ke surau berjemaah untuk solat maghrib. Aku duduk dibirai katilku dan melepaskan satu keluhan. Leya, apa nak jadi ni?

                        Hazrina benar-benar nekad menyelusuri jalan mujahadahnya untuk berubah. Aku bila lagi? Bila lagi ni Leya?

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

                        “ You memang penuh dengan surprise kan Fakhri? So, this time ape pulak you nak buat for my birthday ni?” aku tersenyum sambil dia menggenggam erat jari-jemariku. Sejambak mawar merah yang kuterima daripada Fakhri sambil duduk berdua-duaan bersamanya yang sangat kucintai sepenuh jiwa bersama di restoran semewah itu, aku rasakan begitu bahagia.

                        Fakhri tersenyum penuh makna.

                        “Sabar jap ye sayang, kita minum dulu okay. Then I’ll let you know the surprise…” Fakhri membalas. Aku segera mencapai gelas yang berisi jus epal dan meneguknya. Fakhri juga berbuat demikian terhadap segelas jus oren yang berada dihadapnnya.

                        “Let’s break up..” Fakhri tersenyum kelat. Aku hampir-hampir tersedak. What? Aku tidak salah dengarkah?

                        “I’m…I’m surprised.” Pendek sahaja jawapanku. Aku benar-benar  terkejut. Di hari ulang tahun kelahiranku… ‘hadiah’ itu umpama halilintar yang menyambar gegendang telingaku.  Aku cuba untuk mengawal laluan air mata aku supaya tidak jatuh dihadapan lelaki kejam itu. Andai dia berani mempamerkan hati keringnya yang penuh ego itu terhadapku, mengapa aku harus menjatuhkan air mataku dihadapannya lagi? Jangan Leya! Jangan!

                        “That’s the surprise, Leya.” sengih Fakhri kemudian. Penuh sindiran tajam yang cukup menghiris hatiku tatkala melihatkannya.

                        “ Yeah, what a surprise birthday present!” sinis aku membalas.

                        “Listen here, Leya. I dah fikir masak-masak pasal hubungan kita ni. I don’t think it works. Especially once you dah jadi naqibah. What’s left for us then? So, I’m giving you more space. You lead your own life and so do I. It’s not that I don’t love you Leya, but entah la. I believe this is the best for us. I meant, by leaving you...” sakit hati dan berdesing telingaku mendengarkan kata-kata yang termuntah dari mulut Fakhri. Ingin sekali aku menghadiakan satu tamparan di pipinya sebagai tanda ‘terima kasihku’ terhadap ‘hadiah’ itu, melihatkan reaksi Fakhri yang seolah-olah tidak punya hati perut menuturkan kata-kata petir seperti itu dihari jadiku.

                        “ Dah la Fakhri, you don’t have to explain it anymore. You know what, I ‘bahagia’ sangat dengan surprise you hari ni. I pun ada nak bagi you something, tanda ‘terima kasih’ I sebab you dah susah payah buat surprise macam ni kat I…” selarku dan segera bingkas bangun sambil mencurahkan jus epal  yang masih berbaki di dalam gelas yang kuteguk sebentar tadi ke mukanya.  Fakhri terkejut. Dia mengetap-ngetapkan bibirnya tanda marah. Mukanya merah padam menahan kemarahannya. Aku segera ingin berlalu, namun Fakhri sempat menyentap tanganku. Aku mengaduh kesakitan. Di angkat tangan kanannya seperti mahu melayangkan sebuah tamparan ke mukaku.

                        Dalam sekelip mata, sebuah tumbukan hinggap di pipi milik Fakhri. Aku terkejut.

                        “ Kalau ye pun, tak payah la kau nak tunjuk hero depan perempuan. Lelaki lembik je buat macam tu!” jerkahnya ke arah Fakhri. Keadaan kecoh sebentar di dalam restoran itu. Fakhri meraba pipinya yang sakit akibat ditumbuk Amsyar. Aku terkelu. Sekadar tercegat dan menjadi pemerhati  insiden yang tidak aku sangka-sangkakan terjadi. Gaya macam dalam novel pulak dah!

                        “ Hah yang kau ni, tercegat apa lagi kat situ? Nak tengok aku belasah boyfriend kau ni lagi? Jom!” seraya dia berlalu keluar dari restoran itu dan menarik aku keluar bersamanya. Aku mengaduh kesakitan kerana dia menggengam tanganku dengan agak kuat. Terdengar aku mengaduh kesakitan, dia melepaskan tanganku. Aku memandangnya dengan hati yang separuh geram bercampur marah kerana memperlakukan aku sedemikian.

                        “ Buat apa awak masuk campur urusan saya dengan dia tadi? “ marahku. Aku memegang pergrlangan tanganku yang sakit digenggam Amsyar sebentar tadi.

                        “Habis, kau ingat aku suka lah tengok lelaki pukul perempuan? Macam mana yang dia buat kat kau tadi tu? Itu kurang ajar namanya!” dengus Amsyar kemudian.

                        Aku menjeling tajam ke arah Amsyar. Geram. Namun marahku kian kendur apabila memikirkan lelaki berkaca mata berbingkai hitam itulah yang telah bertindak menjadi penyelamatku sebentar tadi. Kalau tak ada dia, entahlah… namun sungguh aku tidak menyangka dia akan bertindak begitu, sementelah aku tahu bagaimana perwatakannya. Lebih-lebih lagi setelah insiden di Dewan Selera tidak lama dahulu. Karakternya bertukar. Melihatkan kelibatnya yang mahu meninggalkanku, aku segera melaung ke arahnya.

                        “ Awak, thanks sebab tolong saya tadi!” laungku. Dia berpaling.

                        “ Tak payahlah cakap terima kasih kat aku. Bukan aku buat tadi sebab kau pun. Cuma bukan prinsip aku tengok lelaki pukul perempuan macam tadi. Menyirap je darah aku. Nasihat aku, kau blah lah jauh-jauh dari dia lepas ni. Lelaki tak guna macam tu, he don’t deserve you. Lagi satu, jangan skip program nuqaba’ dah next time. Penat orang lain arrange program, so pergi jelah program tu lain kali. Tuhan nak tunjuk la ni, kau tak pergi program tu, benda ni jadi kat kau…” tuturnya pedas menembak cupingku. Kedua-dua belah tangannya diselukkan kedalam poket dan berpaling semula ke hadapan untuk menruskan langkahnya meninggalkanku terpacak berdiri seorang diri.

                        Aku cangak seketika. Macam mana dia tahu yang aku ada program nuqaba’ hari ni? Hajatku mahu melaung memanggilnya sekali lagi, namun hasratku terbantut. Seribu satu persoalan mula menghujani benakku.

                        “Adelia!”

Aku terdengar namaku diseru. Amsyar… kelibatnya kembali berjalan menuju ke arahku. Tekejut sekali lagi. Dia tahu pulak nama aku?

                        “ Sorry, aku pegang tangan kau kuat sangat tadi. Sorry. Aku tak sengaja. Spontaneous reaction.” Amsyar menghadiahkan senyumannya  dan terus dia pergi sekali lagi tanpa sempat aku membuka mulut mengucap butiran kata-kataku. Aku memerhatikannya sehingga kelibatnya hilang dari pandangan mataku.

Aku menghembus nafas perlahan. Amsyar Rizqin ini sungguh misteri orangnya…

Saturday, December 4, 2010

tanya hati.apa katanya?

kadangkala aku boleh menjadi terlalu rapuh apabila mengenai soal hati.
kadangkala aku boleh menjadi terlalu lutsinar menzahirkan apa yang aku rasa menderu didalam hati.
namun kadangkala kau perlu faham, intuisi yang lahir dari hatimu kadangkala ianya terhijab dari intuisi hatiku.
walaupun kau memberikan ruang untuk aku membuat taakulan ku sendiri, ternyata ia pastinya tidak akan pernah sama.
jadi, kadangkala kau perlu bertindak secara nyata. bukan secara halus. untuk aku mengerti.
aku bukan malas menjadi pemikir, namun setiap perkara pastinya punya had.
adakah kau mahu menyalahkan aku andainya aku tak mampu berfikir dan menjadi seperti apa yang kau bayangkan?
fahami diriku. walaupun kau takkan pernah faham sepertimana DIA memahami diriku. seandainya kau mencuba, itu sudah cukup memadai.
makan hati? entahlah. berhakkah aku? aku tahu aku tak layak mahu menyalahkan sesiapa pun atas apa yang terjadi. kerana percaturan hidup ini aku yang melakarkannya atas kanvas kehidupan kepunyaanku sendiri.
aku harus bertanggungjawab setelah berani bertindak.


innallahama'na.inallahamasshobirin.

Monday, November 29, 2010

pain never end

dengan ini, minor surgery untuk membuang gigi saya terpaksa ditangguhkan kerana list untuk buat surgery di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sg. Petani takde yg kosong. huhu~

setelah menunggu, wisdom teeth yg atas ni takmau mengeluarkan dirinya dari gusi. ok fine wahai gigi oi~ 

wisdom teeth saya yg kat bawah? dua-dua belah. kiri dan kanan. hoho...macamni la rupanya.



bila cik sisa makanan terlekat antara gigi geraham yg tengah and yg senget mcm nak tumbang tu, haaaa....itulah yg membuat hidup saya menderita. situasi ni hanya dihadapi oleh orang2 yang mempunyai rahang yg kecil seperti saya!

tp beza gigi yg kt dalam gambar tu dengan gigi saya, dia ada keluar lebih sikit dari dalam gusi.

kalau normal wisdom teeth, for those yg bertuah... dapat la gigi macam ni....


so jangan tanya lagi kenapa everytime mulut saya bergerak-gerak dan takkan berhenti untuk korek2 gigi dengan lidah selepas makan. kata orang tak elok cungkil2 gigi lepas makan, lagi pulak perempuan yg buat. buruk lak bila orang tengok. tapi saya terpaksa buat la. pandai-pandai la cover, takkan nak cungkil gigi pun nak kena tayang2 kat orang?


sekian~

ovum vs. sperm

Andai aku ingin menjadi seorang ibu. Apa yang bakal kulakukan?
First, mestilah akan cari seorang ayah yang berkualiti untuk dia.
Macam mana nak cari ayah yang berkualiti?
Mestilah daripada sperma yang berkualiti!
Camne nak cari sperm yang berkualiti… kena test dulu la.
Test…? Hah jangan nak pikir bukan2!
Err…jangan teruskan pelayaran minda andai anda mula memikrkan sesuatu yang tidak sepatutnya!
Kena pergi bank sperma lah jawabnya…
Perlu ke?
Takperlu pun! Perlu lah!
Sperma yang berkualiti hanya akan diperolehi dari seorang lelaki yang berkualiti.
Memandai-mandai jer aku buat kesimpulan…

Lelaki yang berkualiti? Apa ukuran kualitinya??

Lelaki yang mendekatkan dirinya dengan masjid…
Mampu menjadi imam disetiap solatku…
Mampu menjaga dirinya…
Berusaha menepis godaan nafsunya…
Bijak menjaga lidahnya dari berkata-kata yang tidak sepatutnya…
Pandai menjaga matanya…
Tahu batasan sebagai seorang muslim yang baik.
Tawadhuk zuhud dan rendah hati dalam berbicara.

Haa… that’s it lelaki yang berkualiti pada pandangan mataku!

Namun apakah layak diriku ini mengimpikan sedemikian rupa andai diri ini juga belum terpastikan menjadi sumber ovum yang berkualiti?

Hanya hasil persenyawaan ovum yang berkualiti dengan sperma yang berkualilti akan menghasilkan zigot seterusnya menjadi embrio dan berkembang menjadi fetus yang berkualiti. Syaratnya, si pemilik ovum haruslah menjaga kualiti dirinya terlebih dahulu.

Mengimpikan sperma yang berkualiti, diri haruslah mempunyai ovum yang berkualiti terlebih dahulu.
Variation yang sihat dan mantap barulah akan menghasilkan resistance terhadap penyakit-penyakit duniawi yang makin melarat dan mudah menjangkiti sesiapa sahaja yang tidak mempunyai imuniti iman yang benar benar teguh!

Fikirlah sendiri. Renung-renungkan.

Mode : jiwa bercelaru belajar reproduction + genetics and variation and immune system

Friday, November 19, 2010

surat buat sang bidadari.

Khas untuk : bakal isteriku (Khalifah Khairunnisa)


Assalamualaikum Wr. Wb.


Apa khabar calon isteriku? Mudah-mudahan kamu sihat. Semoga Allah selalu bersama kita. 


Ukhtiku, masihkah menunggu aku? Hmm... menunggu, menanti, atau apa sahajalah yang sejenis dengan itu. Kata orang membosankan. Benarkah?


Menunggu...


Hanya segelintir orang sahaja yang anggap ia sebagai sesuatu yang 'istimewa'. Tetapi bagiku, menunggu adalah sesuatu yang istimewa. Banyak hal yang berguna dapat dikerjakan semasa menunggu, misalnya membaca, menulis, berbincang dan sebagainya. 


Menunggu dapat juga dimanfaatkan untuk mengagungkan-Nya, melihat fenomena kehidupan di sekitar tempat  menunggu, atau sekadar merenung kembali hal yang sudah berlalu. Bukan bererti melamun atau berkhayal. Hal itu berbahaya dan dapat mengundang makhluk dari 'dunia lain' masuk ke dalam jiwa. Banyak hal lain yang dapat kita lakukan ketika menunggu. Percayalah, tidak selamanya diri ini perih. Ketika menunggu, kita sebenarnya boleh menjadi lebih produktif. Tambahan pula masa kita masih banyak yang terluang, belum tersita dengan kehidupan rumah tangga. Jadi kita ada banyak masa untuk menyedarkan umat. Masalah umat ketika ini semakin banyak dan beragam.


Wahai bidadariku...
Fahamilah mengapa sampai kini aku belum datang. Bukan aku tidak sudi, bukan aku tidak mahu, bukan aku menunda. Tetapi masalah yang mendera bangsa kita kian banyak dan rumit. Bahkan penyakit sendiri terpaksa diabaikan sebab aku tidak manhu membuat orang disekelilingku, orang yang sayang padaku, tahu tentangnya lalu mereka bersedih.


Ukhtiku...
Begitu banyak anak yang tidak berdosa yang terpaksa menderita kerana lapar, kurang makanan, lumpuh dan kebuluran. Ditambah lagi bencana demi bencana yang melanda negara ini. Meskipun ketika ini hidup sendiri terasa agak sulit, tetapi seperti kata seorang ustaz, berjuang untuk orang lain adalah suatu kemuliaan. Memberi ketika kita dalam kesusahan adalah pemberian yang terbaik. Bahawa kita belum hidup jika asyik berfikir untuk diri sendiri.


Ukhtiku...
Di mana pun kamu berada, janganlah gundah, janganlah gelisah. Aku sudah lihat wajahmu dan aku mengerti betapa kamu merindui aku dalam hari-harimu. Percayalah aku juga rindu akan kehadiranmu. Aku akan datang, tapi bukan sekarang. Jalan ini masih panjang. Banyak hal yang menghalang dan melagu dalam nada angan-angan. Seolah-olah sedetik tiada tersisa.Resah hati tidak mampu dihindari sekelebat bayang, terhadap sepenggal masa hadapan. Karang asaku tidak akan terkikis dari jalan perjuangan hanya kerana sebuah kegelisahan. Lebih baik mempersiapkan diri sebelum membuat keputusan. Keputusan untuk datang kepadamu.


Ukhtiku...
Jangan bersedih, hapuskanlah keraguan dalam hatimu. Percayalah kepada-Nya, Yang Maha Pemberi Cinta, ini hanya liku hidup yang pasti berakhir. Yakinlah masanya akan tiba. usah kamu risau kecantikanmu yang semakin pudar. Kerana kecantikan hati dan iman itulah yang dicari-cari. Usah kamu resah kerana hilangnya aura keindahanmu. Kerana aura keimananlah yang lebih penting. Itulah auramu yang memancarkan cahaya syurga, merasuk dan menembusi relung jiwa.


Wahai perhiasan nan indah...
Hidupmu jangan dipertaruhkan hanya kerana kamu letih menunggu, apalagi hanya untuk sebuah perkahwinan. Perkahwinan bukan dibangun dalam sesaat tetapi boleh hancur dalam sedetik. Seperti kota Iraq yang dibangunkan berpuluh tahun, tetapi hancur dalam beberapa hari. Jangan sesekali berasa hidup ini tidak adil. Kita tidak akan mendapat semua yang kita mahukan dalam hidup ini. Salurkan kemahuanmu sedalam kalbu pada tahajud malam.Bariskan harapanmu sepenuh rindu pada istikharah solat malam. Pulanglah kepada-Nya, kedalam pelukan-Nya. Andai kata kamu tidak bertemu daku, ini adalah kerana kamu begitu mulia,begitu suci. Kamu terpilih menjadi 'Ainul Mardhiyah di Jannah-Nya.


Ukhtiku...
Rancangan Allah adalah rancangan yang terbaik. Itulah yang Allah rancang untuk kita. Dia mempersiapkan kita agar lebih matang, merenda hari esok seperti yang kita harapkan, untuk membangun kembali peradaban yang ideal seperti yang dicita-cita.


Ukhtiku...
Aku tahu kamu merindui aku. Bersabarlah. Saat yang indah akan menjelang. Kita akan disatukan dalam ikatan yang suci. Apa khabar kamu di sana? Letihkah kamu menunggu aku berkelana? Sanggupkah kamu bertahan di sana? Bertahanlah... Aku akan segera datang, sambutlah dengan senyuman manismu. Masih banyak yang harus aku cari untuk membahagiakan hidup nanti...


Ukhtiku...
Malam ini terasa panjang dengan air mata yang mengalir. Hatiku terasa kelu dengan derita yang mendera. Aku tahan derita malam ini dengan menghitung bintang. Cinta membuat hati terasa terpotong-potong. Jika disana ada bintang yang menghilang, mataku berpendar mencari bintang yang datang. Kalau memang kamu pilih aku, tunggu sehingga aku datang...


Aku mulakan hari dengan tasbih, tahmid dan selawat. Berdoa agar kamu selalu sihat, bahagia dan mendapat yang terbaik daripada-Nya. Aku tidak mengharap kamu akan merindui aku sebagaimana aku merindui kamu. Hanya dengan rasa rinduku kepadamu, aku menjalani hidup ini. Hanya dengan mengikuti jejak hatimu, hidup ini menjadi bererti. Mungkin kamu tidak sedar betapa mudahnya untuk dikagumi. Akulah orang yang akan mengagumi, mengawasi, menjaga dan mencintaimu.


Ukhtiku...
Ketika ini aku hanya dapat mengagumi dan merinduimu. Teruslah mengharap. Mengharap aku segera datang. Jangan berhenti mengharap, kerana harapanlah yang membuat kita hidup. Bila kamu jadi isteriku nanti, jangan berhenti memiliki aku, dan mencintai aku hingga hujung waktu. Buktikanlah kepada aku yang kamu akan sentiasa mencintai aku. Hanya kamu yang aku harapkan. Sudah lama aku mengharapkan kehadiranmu. Meskipun sulit, akan aku dapatkan juga. Jika aku tidak dapat di dunia... Akan aku kejar 'Ainul Mardhiyah di syurga. Aku kian mengerti apa yang akan aku hadapi dan apa yang harus aku cari dalam hidup. Aku rangkai sebuah tulisan sederhana ini untukmu yang bijaksana. Aku goreskan syair sederhana ini untukmu yang mempersonakan, yang memahami dan mencintai aku dengan adanya. Semoga Allah kekalkan nikmat ini bagi kita. Semoga... 


Wassalamualaikum
Dengan sepenuh kasih sayang dan buat selama-lamanya, Fillah.


surat ini ditulis oleh seorang bakal zauj buat bakal zaujahnya. petikan dari novel Tahajud Cinta Nisa. im suggesting this book. pergilah cari. serius best. Allah, sebak dada dan airmata tertumpah jatuh tatkala usai membacanya. sesiapapun wanita dalam dunia ini ,akan merasa bertuah menjadi Khalifah Khairunnisa itu.



ana tak menyesal beli novel ni. walaupun in rushing. mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu bila dicampakkan rasa didalam hati untuk membeli novel ini. Ya Allah, sangat tersentuh. bahasanya direct dan mudah sampai kepada hati. andai kalian membaca dengan hati... pasti, tersentap juga rasanya....

im wishing i'll get a letter like this one day...*wah..berangan* <---- abaikan. bertuah la nak dapat lagu ni kalau diri sendiri tak boleh nak jadi elok lagi...Khairunnisa Afifah...jenuh juga nak sampai tahap tu*

Nisa wanita tabah. 
Nisa pernah hilang arah. Jauh dari Allah. Namun kasih sayang-Nya membawa Nisa kembali ke pangkal jalan. Pada saat Nisa menyedari hidayah Allah adalah anugerah yang terindah, Nisa berbisik kepada diri sendiri, "Maka nikmat-Nya yang manakah hendak aku dustakan?"


Berpegang teguh kepasa janji Allah dalam surah Al Baqarah, "Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar, " Nisa hadapi musibah dan ujian dengan penuh takwa dan reda. Dalam sujud dan dosa mengiringi tahajudnya, Nisa memohon kepada Yang Maha Cinta untuk terus akur dengan ketetapan-Nya.

Dimanakah penghujung ujian kesabaran itu?


Akulah Khalifah Khairunnisa S.Kep, M.Kep Ns. Sp. Mat. Aku tersenyum puas. Selalu bersyukur dan bersabar merupakan kunci untuk berjaya dalam hidup. Hidup adalah satu perjuangan. Terima kasih Allah, kerana bersamaku!






semangat!! =)
 
Images by Freepik