“Haz, Sabtu ni kan ada program untuk naqibah junior. Aku malas lah nak pergi. Fakhri nak jumpa aku. Katanya ada hal penting dia nak bincang. So aku nk pergi jumpa dia lah” kataku pada Hazrina sewaktu aku dan dia pulang berjogging di Lake Garden Seremban. Hazrina memandang wajahku tanpa berkelip.
“ Leya, apa lagi yang kau harap dari dia? kau tak ingat ke reaction dia time kau beritahu dia yang kau dapat jadi naqibah tu. Bagai nak rak kau menangis kat kakak usrah kau, frust dengan Fakhri. Alih-alih kau nak pergi jumpa dia pulak. Apa hal wey?” Hazrina memicingkan irisnya tajam ke arahku. Aku dapat menghidu ada bau kekesalan terselit bersama kata-kata Hazrina tadi.
“ Err… alaa, aku pergi sebab nak settle a few things dengan dia. Lagipun, kan Sabtu depan birthday aku. Aku dah tak marah pun dengan dia. Kitorang nak keluar celebrate birthday aku. So chill la, Haz. Lagipun Haz, aku tak ready lagi nak involve program-program macam ni. Kak Amilia pun cakap suruh aku take time. Slow-slow la Haz, for the time being aku rasa aku tak boleh lagi…” dalihku. Haz mencemikkan bibirnya ke arahku. Belakangan ini dia semakin berlainan dari Hazrina yang biasa aku kenali.
“ Suka hati kau lah Leya. If kau rasa perlu, pergilah jumpa dia. Aku taknak cakap pape. Kau tahu apa yang kau perlu buat dan tak perlu buat. Dah besar kan? Kalau kau betul-betul jumpa Fakhri sebab nak selesaikan perkara yang benar-benar penting dan bawa kebaikan untuk kau dan dia, pergilah. Aku tak larang…” segera dia berlalu dan masuk ke dalam blok Fatimah. Meninggalkan aku terpinga-pinga sendirian mengorak kaki melangkah ke Dewan Selera. Hazrina benar-benar telah berubah, mula menjauhkan dirinya daripada aku. Ataupun sebenarnya hanya sekadar prasangkaku terhadapnya? Dia yang telah berubah, ataupun aku yang berubah menjadi semakin jauh darinya? Aku bingung seketika.
Aku mencapai pinggan yang diletakkan di tengah-tengah ruang yang membahagikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Tatkala aku berjalan untuk mencedok nasi, tiba-tiba aku tergelincir kerana permukaan lantai Dewan Selera yang licin. Pinggan ditanganku terlepas, dan aku jatuh terlentang. Beratus-ratus pasang mata yang berada di Dewam Selera terarah ke arahku ketika itu. Aduh malunya! Aku bangun sambil menggosok-gosokkan punggungku yang sakit dan kepalaku yang jatuh terhantuk dilantai itu sebentar tadi. Eh kejap, mana pinggan aku pulak ni?
Mataku tertancap pada seorang pelajar lelaki yang memegang pingganku. Lelaki berkaca mata berbingkai hitam. Tangannya memegang pingganku yg terjatuh sebentar tadi.
“ Sorry, sempat sambut pinggan je. Tak sempat sambut tuan punya pinggan.” Bersahaja dia menuturkannya. Dia tersenyum dan mengunjukkan pinggan itu semula kepadaku dan terus bergerak ke hadapan untuk mengambil lauk-pauk pula. Adeh mamat ni, pergi sambut pinggan aku buat apa, bukannya pinggan aku yang sakit. Ni hah, punggung aku yang sakit oi! Namun kata-kata itu hanya terjerit di dalam hatiku.
Aku kenal lelaki itu. Ini kali kedua aku berinteraksi dengannya tetapi sebentar tadi itulah kali pertama dia memulakan komunikasi separuh tidak rasmi denganku. Aku cam kehadirannya di dalam kolej ini. Meskipun dia seorang yang introvert, namun aku agak pelik melihat dia. Dia yang mengambil jurusan bioteknologi di kolej ini bukanlah seorang yang dikenali ramai. Tapi ada sesuatu mengenai dia yang membuatkan aku berasa sangat… lain.
Persoalan mengenai Hazrina mula menerjah fikiranku semula tatkala aku selesai makan dan ingin naik ke bilikku yang bertentangan dengan Dewan Selera dan bersebelahan dengan Blok Farabi. Aku masuk ke dalam bilik, namun kelibat Hazrina tidak kelihatan. Ku menjeling ke arah rak penyidai yang berhampiran dengan loker kepunyaan Hazrina, ternyata telekungnya tiada. Sah, Haz dah ke surau berjemaah untuk solat maghrib. Aku duduk dibirai katilku dan melepaskan satu keluhan. Leya, apa nak jadi ni?
Hazrina benar-benar nekad menyelusuri jalan mujahadahnya untuk berubah. Aku bila lagi? Bila lagi ni Leya?
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
“ You memang penuh dengan surprise kan Fakhri? So, this time ape pulak you nak buat for my birthday ni?” aku tersenyum sambil dia menggenggam erat jari-jemariku. Sejambak mawar merah yang kuterima daripada Fakhri sambil duduk berdua-duaan bersamanya yang sangat kucintai sepenuh jiwa bersama di restoran semewah itu, aku rasakan begitu bahagia.
Fakhri tersenyum penuh makna.
“Sabar jap ye sayang, kita minum dulu okay. Then I’ll let you know the surprise…” Fakhri membalas. Aku segera mencapai gelas yang berisi jus epal dan meneguknya. Fakhri juga berbuat demikian terhadap segelas jus oren yang berada dihadapnnya.
“Let’s break up..” Fakhri tersenyum kelat. Aku hampir-hampir tersedak. What? Aku tidak salah dengarkah?
“I’m…I’m surprised.” Pendek sahaja jawapanku. Aku benar-benar terkejut. Di hari ulang tahun kelahiranku… ‘hadiah’ itu umpama halilintar yang menyambar gegendang telingaku. Aku cuba untuk mengawal laluan air mata aku supaya tidak jatuh dihadapan lelaki kejam itu. Andai dia berani mempamerkan hati keringnya yang penuh ego itu terhadapku, mengapa aku harus menjatuhkan air mataku dihadapannya lagi? Jangan Leya! Jangan!
“That’s the surprise, Leya.” sengih Fakhri kemudian. Penuh sindiran tajam yang cukup menghiris hatiku tatkala melihatkannya.
“ Yeah, what a surprise birthday present!” sinis aku membalas.
“Listen here, Leya. I dah fikir masak-masak pasal hubungan kita ni. I don’t think it works. Especially once you dah jadi naqibah. What’s left for us then? So, I’m giving you more space. You lead your own life and so do I. It’s not that I don’t love you Leya, but entah la. I believe this is the best for us. I meant, by leaving you...” sakit hati dan berdesing telingaku mendengarkan kata-kata yang termuntah dari mulut Fakhri. Ingin sekali aku menghadiakan satu tamparan di pipinya sebagai tanda ‘terima kasihku’ terhadap ‘hadiah’ itu, melihatkan reaksi Fakhri yang seolah-olah tidak punya hati perut menuturkan kata-kata petir seperti itu dihari jadiku.
“ Dah la Fakhri, you don’t have to explain it anymore. You know what, I ‘bahagia’ sangat dengan surprise you hari ni. I pun ada nak bagi you something, tanda ‘terima kasih’ I sebab you dah susah payah buat surprise macam ni kat I…” selarku dan segera bingkas bangun sambil mencurahkan jus epal yang masih berbaki di dalam gelas yang kuteguk sebentar tadi ke mukanya. Fakhri terkejut. Dia mengetap-ngetapkan bibirnya tanda marah. Mukanya merah padam menahan kemarahannya. Aku segera ingin berlalu, namun Fakhri sempat menyentap tanganku. Aku mengaduh kesakitan. Di angkat tangan kanannya seperti mahu melayangkan sebuah tamparan ke mukaku.
Dalam sekelip mata, sebuah tumbukan hinggap di pipi milik Fakhri. Aku terkejut.
“ Kalau ye pun, tak payah la kau nak tunjuk hero depan perempuan. Lelaki lembik je buat macam tu!” jerkahnya ke arah Fakhri. Keadaan kecoh sebentar di dalam restoran itu. Fakhri meraba pipinya yang sakit akibat ditumbuk Amsyar. Aku terkelu. Sekadar tercegat dan menjadi pemerhati insiden yang tidak aku sangka-sangkakan terjadi. Gaya macam dalam novel pulak dah!
“ Hah yang kau ni, tercegat apa lagi kat situ? Nak tengok aku belasah boyfriend kau ni lagi? Jom!” seraya dia berlalu keluar dari restoran itu dan menarik aku keluar bersamanya. Aku mengaduh kesakitan kerana dia menggengam tanganku dengan agak kuat. Terdengar aku mengaduh kesakitan, dia melepaskan tanganku. Aku memandangnya dengan hati yang separuh geram bercampur marah kerana memperlakukan aku sedemikian.
“ Buat apa awak masuk campur urusan saya dengan dia tadi? “ marahku. Aku memegang pergrlangan tanganku yang sakit digenggam Amsyar sebentar tadi.
“Habis, kau ingat aku suka lah tengok lelaki pukul perempuan? Macam mana yang dia buat kat kau tadi tu? Itu kurang ajar namanya!” dengus Amsyar kemudian.
Aku menjeling tajam ke arah Amsyar. Geram. Namun marahku kian kendur apabila memikirkan lelaki berkaca mata berbingkai hitam itulah yang telah bertindak menjadi penyelamatku sebentar tadi. Kalau tak ada dia, entahlah… namun sungguh aku tidak menyangka dia akan bertindak begitu, sementelah aku tahu bagaimana perwatakannya. Lebih-lebih lagi setelah insiden di Dewan Selera tidak lama dahulu. Karakternya bertukar. Melihatkan kelibatnya yang mahu meninggalkanku, aku segera melaung ke arahnya.
“ Awak, thanks sebab tolong saya tadi!” laungku. Dia berpaling.
“ Tak payahlah cakap terima kasih kat aku. Bukan aku buat tadi sebab kau pun. Cuma bukan prinsip aku tengok lelaki pukul perempuan macam tadi. Menyirap je darah aku. Nasihat aku, kau blah lah jauh-jauh dari dia lepas ni. Lelaki tak guna macam tu, he don’t deserve you. Lagi satu, jangan skip program nuqaba’ dah next time. Penat orang lain arrange program, so pergi jelah program tu lain kali. Tuhan nak tunjuk la ni, kau tak pergi program tu, benda ni jadi kat kau…” tuturnya pedas menembak cupingku. Kedua-dua belah tangannya diselukkan kedalam poket dan berpaling semula ke hadapan untuk menruskan langkahnya meninggalkanku terpacak berdiri seorang diri.
Aku cangak seketika. Macam mana dia tahu yang aku ada program nuqaba’ hari ni? Hajatku mahu melaung memanggilnya sekali lagi, namun hasratku terbantut. Seribu satu persoalan mula menghujani benakku.
“Adelia!”
Aku terdengar namaku diseru. Amsyar… kelibatnya kembali berjalan menuju ke arahku. Tekejut sekali lagi. Dia tahu pulak nama aku?
“ Sorry, aku pegang tangan kau kuat sangat tadi. Sorry. Aku tak sengaja. Spontaneous reaction.” Amsyar menghadiahkan senyumannya dan terus dia pergi sekali lagi tanpa sempat aku membuka mulut mengucap butiran kata-kataku. Aku memerhatikannya sehingga kelibatnya hilang dari pandangan mataku.
Aku menghembus nafas perlahan. Amsyar Rizqin ini sungguh misteri orangnya…
No comments:
Post a Comment