Pages

Thursday, September 30, 2010

akhir sebuah mujahadah...part1

“ Mama, err Lily rasa.. Lily nak pakai tudung labuhlah…” tuturku teragak-agak untuk menyatakan keputusanku itu pada Mama. Mama yang ketika itu sedang menghirup kopi buatannya tiba-tiba tersedak. Papa yang sedang membelek-belek surat khabar, terhenti pembacaannya. Lalu pandangannya dialihkan kepadaku.

“ Apa Lily cakap ni?” Mama merenungku tajam. Dia menurunkan sedikit cermin matanya dan memandang tepat ke arah iris mataku. Aku membalas renungan Mama dengan yakin sekali. Kuyakin tidak ada apa yang harusku takutkan kerana aku membuat keputusan yang betul.

“ Mama, I think I’m doing the right thing. Pakai tudung labuh apa salahnya? Lagipun, labuhkan sikit je. Sempurnakan lagi aurat yang memang dah sedia ditutup pun. I hate you staring at me like that… macam Lily buat salah besar gila…” aku membalas.

“ Lily, jangan nak berlagak alim dengan Mama. Pagi-pagi Ahad ni tak payah nk buat lawak dengan Mama dan Papa. Buat apa nak ikut fashion kolot macam tu? Pakai tudung labuh tu rimas tau tak? Selekeh and tak kemaslah Mama tengok orang pakai. Tak berkenan langsung Mama tengok. Sebab tu Mama tak pernah pakai pun tudung labuh-labuh macam tu… Apa, selama ni Mama ni jahil sangat ke? Bukannya Mama tak pakai tudung... ” tokok Mama kemudian. Nadanya sedikit marah dan tidak puas hati dengan kenyataanku sebentar tadi. Aku mendengus geram.

“ Mama, tudung yang kita pakai sekarang ni tak cukup sempurna lagi tutup auratnya, Ma. Buat apa pakai tudung tapi sanggul terbonjol-bonjol. Buat apa pakai tudung kalau baju kita still jarang? Pakai tudung tapi tak labuhkan bahagian dada, konon nak tayang rantai yang panjang berjela-jela tu? Lily punya shawl yang berlambak-lambak kat dalam wardrobe tu pun Lily taknak pakai dah. Sebab apa? Jarang tau Mama…” jelasku pada Mama. Aku mengendurkan sedikit nada percakapanku. Takut- takut aku terlangkau sempadan sehingga aku dikira meninggikan suara terhadap kedua-dua ibu bapaku. Aku masih pandai menjaga adabku. Namun aku agak tercabar juga sebenarnya apabila Mama berkata sedemikian.

“ Lily, jangan nak menjawab dengan Mama! Ni apa kes tiba-tiba dah pandai nak persoalkan apa Mama buat? Mama salah itu, Mama salah ini? Mama dah tak nak dengar lagi Lily sebut pasal benda-benda ni lagi dah…” tegas Mama.

Direnung muka Papa yang sedari tadi hanya diam memandang pertelingkahan antara aku dan Mama. Aku mengundurkan kerusi dan berjalan meninggalkan meja makan itu. Perit sekali rasanya apabila reaksiku mahu berubah ke arah yang lebih baik diperlakukan sedemikian rupa. Yang paling ku kesali, Mama… tidak langsung memberi peluang kepadaku untuk berhujah lebih panjang tentang sebab dan mengapa aku harus berbuat begitu.

“ Ni semua salah abang. Beriya-iya sangat nak hantar Lily belajar kat kolej tu. Saya dulu dah cakap dah, budak Lily tu akan terpengaruh jugak dengan kawan-kawan dia kat sana tu. Saya suruh awak hantar dia belajar ke Australia, awak nak dia study kat sini dulu. Tengok apa yang dah jadi sekarang? Diorang ajar anak kita jadi ekstrimis! “ bentak Mama pada Papa.

“ Hey, Aisyah! Syaitan apa yang dah merasuk awak pagi-pagi ni? Yang awak nak bising tak tentu arah ni kenapa? Biarlah budak tu nak bertudung labuh pun. Apa salahnya? Ekstrim sangat ke budak tu sampai dia nak bertudung labuh pun awak nak pertikaikan? “ marah Papa pada Mama. Tak kusangka, statement yang kukatakan pada mereka tadi telah mengocak ketenangan pagi Ahad itu. Pagi yang sepatutnya menjadi pagi yang ceria, apabila kami dapat berkumpul bersama-sama tiba-tiba bertukar mendung, gara-gara aku.

“ No way Abang, I think something is not right with our girl. Dia tak macam tu dulu. Cakap saya ni tak pernah dilawannya Abang tau tak? Saya nak siasat tengok dengan siapa dia berkawan and siapa dah hasut dia untuk buat benda-benda ekstrim macam ni. Saya tak suka lah Lily terpengaruh dengan benda- benda macam tu. Rosak budak tu nanti… “ ujar Mama. Tegang sekali bunyinya.

“ Suka hati awak lah Aisyah. Tak kuasa saya nak melayan perangai awak yang pelik ni. Anak nak berubah jadi baik, bukannya nak sokong. Fikir benda bukan-bukan pula. Saya tak faham betul dengan perangai awak” bingkas Papa bangun dan meninggalkan meja makan. Meninggalkan Mama tercengang-cengang.

Aku yang bersandar disebalik dinding, hanya mampu menangis mendengarkan tuduhan Mama yang sebegitu. Ya Allah, berikan aku kekuatan Ya Allah…

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“ Kadangkala Allah nak uji kita ni, dengan sesuatu yang kita sayang. Untuk uji sejauh mana keimanan kita terhadap-Nya. Sesuatu yang kita sayang itu, contohnya macam orang yang kita sayang… kita akan ajak dia sama-sama cari redha Allah bersama-sama dengan kita. Kadangkala kita mampu nak tarbiyah orang lain, tetapi orang yang terdekat dengan kita sendiri kadang-kadang kita tak mampu nak tarbiyah. Semua tu ujian sebenarnya…” kata-kata Ustazah Adawiyyah pada petang ketika aku menghadiri usrah mingguan itu sedikit sebanyak mencuit perasaanku.

Alhamdulilah, sejak tinggal di kolej ini… hidayah Allah semakin dekat menghampiriku. Aku mula meneliti semula hidupku. Memperbetulkan arah tujuan dan sekaligus mendidik hati yang sudah semakin keras ini dengan perkara- perkara yang boleh mendekatkan aku kepada-Nya. Aku senang sekali menghadiri usrah,kuliah-kuliah agama yang menjadi sebahagian daripada program di kolej. Aku juga tidak berat hati untuk melangkah pergi berjemaah disurau. Sesuatu yang aku jarang dapati apabila berada dirumah.

Papa bukannya tidak bersolat dirumah, tetapi kami jarang berjemaah. Itu sahaja. Aku juga beruntung kerana mendapat teman sebilik yang selalu menjuruskanku ke arah program-program yang bercorak islamik ini. Secara kebetulan pula, mereka berdua merupakan naqibah yang mengendalikan program-program usrah bersama pelajar kolej. Aku sering mengambil kesempatan itu untuk pergi menyertai mereka dan berkongsi ilmu bersama dengan yang lain. Dari seorang Islam yang biasa, Islam yang hanya kupamerkan pada nama… aku cuba untuk berubah dan menghayati cara hidup Islam itu sendiri diamalkan dan lebih dibudayakan. Kata Izyan teman sebilikku, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Dalam dan tersirat sekali ayatnya itu seringkali membuatkan aku berfikir.

Malah sejak aku menghadiri usrah serta mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Adawiyyah, hidupku lebih terisi. Rohaniku mendapat santapannya juga dan dalam masa yang sama menambah pengetahuanku terhadap sesuatu yang selama ini kupandang ringan. Pertanyaan dari Syaima kepada Ustazah Adawiyyah tiba-tiba menyedarkankan kekhayalanku sebentar tadi. Jauh benar fikiranku ini menjelajah…getusku perlahan. Aku tersenyum dan memandang Ustazah semula sambil memberi perhatian terhadap soalan yang ditimbulkan oleh Syaima sebentar tadi…

“ Ujian Allah melalui orang yang kita sayang? Macam mana tu, Ustazah? Macam menarik je bunyinya…”

“ Macam ni Syaima, sebab apa kita rasa nak berdakwah kepada orang lain? Sebab rasa cinta dan kasih sayang kita terhadap dia. Ujian nak mentarbiyahkan seseorang yang kita sayang itu lebih sukar sebenarnya, kerana kita lebih terdorong untuk berputus asa sekiranya kita tak dapat nak tarbiyahkan dia. Kenapa Ustazah cakap macam tu? Sebab ianya melibatkan perasaan sayang. Contohlah kalau kamu ada adik yang tak nak sembahyang, kesabaran yang lebih tinggi sebenarnya diperlukan untuk kamu istiqamah nak ajak dia berubah dan menunaikan solat. Sebab kamu sayangkan dia kan? Ujian tu kan memerlukan kesabaran dan istiqamah yang tinggi, betul kan Syaima?” terang Ustazah Adawiyyah kepada Syaima. Syaima mengangguk tanda mengerti.

Aku mengangkat tangan. Ingin bertanya sesuatu kepada Ustazah Adawiyyah. Tergerak hatiku untuk bertanya kerana topik yang dibincangkan ini kena benar dengan diriku.

“Tapi kalaulah setelah dinasihati pun dia tak nak dengar nasihat kita? Apa kita nak buat ustazah? Mestilah kita rasa sedih kan? Sedihlah tengok orang yang kita sayang tapi hidupnya berdosa…” aku menyoal.

“Kadangkala, disebabkan kita sayang dia, dan kita tak nak dia terjebak dengan dosa dan kemurkaan Allah.. sebab tu kita nak dia cepat-cepat berubah dan dengar cakap kita. Tapi kita sebenarnya terlupa, hati dan hidayah itu milik Allah. Kita mahukan perubahan itu secara mendadak dan drastik, tentulah sukar bagi dia nak berubah. Cara yang terbaik ialah dengan memberikannya masa dan dalam masa yang sama kita jangan putus-putus berdoa, mudah-mudahkan Allah membuka pintu hatinya untuk berubah…Insya-Allah. Menjawab pertanyaan kamu tak, Lutfiana Halily? “ Ustazah Adawiyyah menjelaskan dengan begitu panjang lebar. Aku tersenyum tanda berpuas hati. Setelah itu Ustazah Adawiyyah menambah lagi dengan kisah-kisah zaman para sahabat yang turut berdepan dengan situasi yang sama ketika dalam perjuangan mereka meneruskan misi dakwah, sedikit sebanyak melegakan keresahan hatiku.

Sabar itu sebahagian daripada iman, Lily. Teruskan berusaha untuk jentik perasaan Mama kau! Azamku didalam hati.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“ Sejak bila dah pandai berstokin ni Lily? Mama hantar ke kolej tu suruh jadi doktor, bukan jadi ustazah!” perli Mama sewaktu aku pulang berhujung minggu dirumah. Ketika itu, aku mahu keluar untuk berjumpa rakan baikku yang baru pulang dari Mesir disebuah restoran untuk makan tengahari. Aku hanya mengenakan blaus longgar dan agak labuh serta tudung yang ku pin dikiri dan kanan bahuku. Buntang mata Mama melihatkan aku mengenakan handsock serta stoking yang membaluti kakiku itu.

“ Mama, please don’t start it again. Lily kan pakai kasut so Lily pakailah stoking. Tak selesalah kalau pakai kasut tak pakai stoking. Mama ni, macam tak pernah tengok Lily pakai stoking pulak! Sebelum ni kalau Lily pakai stoking tak pernah pulak Mama nak bising…“ kataku sengaja mencari helah. Sebenarnya aku juga tak kuasa lagi hendak mencari gaduh dengan Mama. Hanya itu yang kunyatakan sebagai alasan, sedangkan hakikat sebenar aku mengenakan stoking itu adalah kerana ia sebahagian daripada auratku. Ku dituntut melakukannya jadi kulakukannya..lillahi Taala.

“ Jangan ingat Mama tak tahu yang Lily berubah ni mesti sebab budak lelaki tu kan? Dia yang suruh Lily pakai tu, pakai ini… jangan buat itu, jangan buat ini. Sampai sekarang dah berani nak melawan cakap Mama kan?” kata-kata dari Mama membuatkan aku tersentak. Terhenti langkahku tatkala aku mahu membuka pintu Myvi yang diparkir di depan rumah. Aku berpaling dan memandang kearah Mama. Aqku berjalan mendekati mama. Mama sekadar tercegat berdiri dimuka pintu sambil mengangkat keningnya. Lelaki? Dari mana Mama dapat tahu?

“ Lelaki mana pulak ni Mama?” soalku pura-pura tidak mengerti.

“ Siapa Izdihar?” soal Mama kembali. Aku menelan air liurku. Soalan yang bertubi-tubi menerjah ke benakku sekarang…Dari mana Mama dapat tahu tentang Izdihar? Rayyan Izdihar…

“ Izdihar mana pulak ni Mama? Nothingla, kalau ada pun he’s a friend of mine. Bukan siapa-siapa pun. Please Ma, jangan buat assumption yang bukan-bukan…” rayuku. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu Mama mengetahui siapa Rayyan Izdihar.

“ Last night I went to your room. I though you stay up late buat kerja. Ended up I found something. Mama nampak Lily tertidur depan komputer tu. When I came closer, Mama nampak ada YM conversation between Lily and Izdihar. From the content yang Mama and I scrolled it down, enough for me to know and understand everything that happened now… you’ve changed a lot because of him right? Tell me the truth Lily…!” desak Mama. Ternyata Mama telah mengetahui segala-galanya. Tiada apa lagi yang mampu kusembunyikan kini.

“ Mama, I promise we’ll discuss about this later okay? I’m already late so let me go now. Assalamualaikum Mama…” aku mencium tangan Mama seraya berlalu pergi.

Sepanjang pemanduanku untuk berjumpa dengan Najihah Syauqina, aku benar-benar terganggu. Namun aku cuba untuk bertahan dan meneruskan pemanduanku dengan hati-hati. Setelah berjumpa dengan Najihah, barulah kuhamburkan segala-galanya beserta dengan linangan air mataku. Najihah yang mengetahui segala-galanya mengenai aku hanya mampu memelukku dan memujukku supaya aku bersabar.

Tuesday, September 28, 2010

tak daya lagi....

cinta perlu dihijab dengan iman dan perasaan malu pada Allah.

ALLAH JADIKAN CINTA SEBAGAI SATU UJIAN.

Hubungan antara lelaki dan perempuan yang tidak syari'e merupakan ujian untuk melihat sejauh mana seseorang itu BERSABAR.

Perkara yang DIHARAMKAN-NYA ini hanya sekejap,sedangkan perkara yang halal lebih luas sebenarnya.

KEMANISAN CINTA AKAN LEBIH TERASA NIKMATNYA SETELAH MELALUI MUJAHADAH AGAR TIDAK TERSASAR DARI LANDASAN-NYA.


tolonglah Ya Allah. Aku tahu Kau takkan mengujiku lebih dari apa yang ku mampu tanggung. Sibukkanlah aku dengan perkara lain yang lebih melahirkan kecintaanku terhadap-MU.
bukannya mengingati dia Ya Allah!
bukan dia!

Kenapa sukar sekali aku nak hindarkan perasaan tu Ya Allah?
Aku tahu, rasa cinta tu pemberianmu, namun jika nafsuku lebih mengatasi perasaan cinta itu.
Maka Kau hindarkanlah Ya Allah. Hanya Kau tahu betapa sukarnya mujahadahku ketika ini...

Menanggung kifarah dosa, andai itu yang Kau sedang berikan padaku sebagai ujian...aku redha.
tapi aku tak terdaya lagi apabila setiap kali aku harus mengalirkan air mataku hanya untuk itu.
aku tak tahu apakah itu air mata penyesalan dosa? air mata taubat? ataupun air mata kerana aku cuba untuk melawan perasaanku ini Ya Allah....

Ya Allah....
kau miliki hatiku dan hatinya secara mutlak.
ketika ini aku belum pantas untuk mengharapkan dia.
Kau berikanlah yang terbaik. Aku mohon. T_T

mood : take 5 chem exercise and designing lab experiment.kusut.
song : damba cinta- inteam.

play the list

my current playlist :
1. puteriku sayang -mestica <------ini kalau dengar tak nangis mmg tak sah!
2. taubatku - eren
3. amani - amar
4. dalam sujud cintaku - devotees
5. pencari jalanmu - afgan
6. yang abadi -mestica
7. binnabil huda -inteam feat unique
8. nurul iman - amar
9. layar keinsafan - mestica
10. lafaz yang tersimpan -unic
11. mahar cinta - devotees
12. nantikanku dibatas waktu - edcoustic
13. cerita hati - hafiz hamidun
14. taubat seorang hamba - irsyadee feat hafiz

entah kenapa..semua playlist kt HP/MP3 saya dh tukar..sbab tetibe rasa serabutlak dgr lagu cmtu..only certain2 jer yg still remain in the playlist. actually kan ni cam promote gak ar lagu2 nasyid nie...tapi kan, ingat..bukan dengar saje2....tgk lirik die tu, muhasabah diri balik.itu tujuannyer...bukan stkt dgr nk seronok2 jer...dengar lagu cmni nk lembutkan hati selain zikrullah. maaflah agak outdated, dh agk berkurun punya nasyid..baru nak dgr sekarang!zaman orng dok layan maher zain...time ni le nk layan nasyid mesia plak! hahah

okay!

salam alaik.

Monday, September 27, 2010

just read and believe it.

hereby
i am KHAIRUN NURLISA BINTI KAMAL
are in a serious relationship and it is complicated with

....

....

....

....

....

....

....


MR INTERNATIONAL BACCALAUREATE.
fullstop.

hahaha!
and i'm really hoping that we'll divorce soon!


mood : ketenangan selepas buat TOK presentation and submitting EE 1st draft.
song : secret- one republic.

random.unique.inikah ertinya cinta

esok TOK presentation.
talking about MALAY SUPREMACY.
may Allah blessing is with me and my crime partner.hee~
sekarang sedang berjuang bermati-matian menghabiskan Extended Essay 1st draft.
lepas jugak mengarang 4000words! huarghhh~

semalam keluar dgn atifah. jumpa seorang kawan.
borak2 n tiba2 saya drag into the discussion fitrah lelaki yang ada high 'sense of belonging' while perempuan pula ada 'sense of following' yang tinggi.
saling melengkapi kan? interesting point to share~

thanks to fatin.
somehow you open my eyes towards a different perspective that im not able to see it before.
*pegi bilik she nk practice TOK presentation, tibe-tibe terjadik sessi mendapatkan khidmat pakar kaunseling pulak~~ haha!*

memanglah kalau kita nak berdakwah kat seseorang, cabarannya lebih besar bila orang tu dekat dengan kita and kita sayang dia. kita akan mudah putus asa... sebabnya? disebabkan kita sayang kt dia,kita expect orang tu akan berubah dalam masa yang cepat.. thats why kita taknak dia terus buat salah lama2... tapi kita lupa hidayah tu milik Allah. jadi keep on praying. jangan berhenti. *err...faham tak nie??*

jadi, itulah kunci berdakwah. kena bagi masa. tenang gile cakap ngn fatin.thanks tau!
*oh ya kawan fatin tu dh jadi tunangan hilal asyraf...adohai..bertuahnyaaa~* <---- merapu, sewel buat EE.

fatin bagi saya satu buku suruh baca. asalnya nak cari novel Tautan Hati, tapi nanti dia janji nk bagi Pemilik Cintaku. sebelum tu, dia sempat bagi saya satu buku untuk dibaca juga.... Inikah Ertinya Cinta.... tapi minggu ni sangat sibuk, entah bila ada kelapangan nak baca...

sekarang bukan setakat suka nama Khairunnisa Afiffah juga... tapi suka nama Durrah Irdina jugak!

DURRAH IRDINA = MUTIARA KEBERKATAN KAMI.


alhamdulillah, sakarang saya dah makin kurangkan contact dengan mana2 lelaki yang tak patut.. memang diorang akan tegur even setakat berselisih kt kolej, instead of tegur diorang balik ,saya senyum jer tak cakap pape. nk buat taktau? boleh.... tapi belum masanya kot. sesetengah orang takleh terima. bayangkan perubahan yang saya buat ni sampai lecturer pun tegur n tanya kenapa.
alhamdulillah..saya cuma jawab, tarbiyah ramadhan,teacher...hehe!

habluminallah mmg kena jaga tapi habluminannas pun kena jaga juga. satu benda, pandangan pun kena jaga jugak. aduhai.....bila nak start balik usrah nie? rindunya kt usrah......

minggu ni akan jadi minggu yang sangat hectic buat saya. jadi tolong doakan saya tak kekejangan otak ataupun menangis tersedu-sedan gaya tgk cerita hindustan <----takdak kaitan.

lagu binnabil huda mmg best. lagi pulak dekat part Ustz Fakhruradhi Unique tu yang tarik... hohoi...rasa nk lena ja...*cam tak caya dia orang kedah...kalau masuk maktab mahmud dulu, konfem dah jadi senior aku dh tu*

teringat lagi time diaorng dtg KMS bulan 8 hari tu sebelum puasa buat konsert motivasi. mmg bestlah Ustz Fakhrul Radhi tu tarannum selawat...wuargh..nasib baik tak meletup dada nie!haha...<---sila abaikan statement ini.

mood: dada hampir kosong setelah dimuntahkan hampir kesemuanya ke dalam EE.
songs : lafaz yang tersimpan - UNIC

Saturday, September 25, 2010

WALAU BUKAN YANG PERTAMA...PART 2

“ Aku terima nikahnya Durrah Irdina binti Ahmad Firdaus dengan mas kahwinnya RM 101 tunai…” lancar sahaja mulut Khalil Khusyairi melafazkan akad yang bakal memecahkan tembok pemisah antara aku dan dia selama ini. Seusai para saksi mengangguk tanda mengesahkan lafaz tersebut, dia meraih tangan Ayah lantas dikucup dengan penuh syukur. Dengan sekali lafaz, aku telah sah bergelar isteri kepada Khalil Khusyairi bin Khairuddin.

Terasa berdebar pula hatiku. Inilah kali pertama aku akan bersua muka dengannya kembali. Setelah 4 tahun. Ya, 4 tahun. Malam sebelum bernikah, Ibu mengusikku dan berkata bahawa gambar terbaru Khalil ada diletakkan didalam laci meja solekku. Namun, jangankan berani melihatnya, menyentuh gambarnya dari laci itu pun aku tidak sanggup. Entah mengapa. Bagiku, aku menyerahkan segal-galanya buat Allah. Walau apapun rupanya, walau bagaimana sekalipun dia.. ketika itu aku berkira-kira dia bakal menjadi suamiku tidak sampai 24 jam sahaja lagi. Berdetak hatiku tatkala langkahnya semakin menghampiriku, untuk menyarungkan cincin perkahwinan kami ke jari manisku.

Jemariku diraih, lantas disarungkan cincin bertatah permata itu ke jari manis kananku. Aku mengucup lembut dengan penuh kasih sayang tangan lelaki itu. Lelaki yang telah sah dan halal buatku. Bagaikan tidak percaya aku telah menjadi miliknya kini. Dahiku dicium, buat pertama kalinya oleh Khalil Khusyairi. Itulah sentuhan yang pertama darinya buatku. Tanpa tertahan-tahan, empangan air mataku pecah sekali lagi. Sebak dan terharu, menjadi isteri kepada Khalil Khusyairi bin Khairuddin, lelaki yang selama ini bagaikan mimpi sukar digapai, telah kumiliki kini. Ya Allah, aku mencintainya kerana-Mu, suburkanlah dan bantulah aku menjadi isteri yang solehah buatnya.

“ Durrah, sudah-sudahlah tu menangis. Takkan abang nak pakai tangan buangkan hingus Durrah tu…” tutur Khalil. Ternyata dia lelaki yang gemar bercanda. Kata-kata Khalil Khusyairi itu disambut dengan deraian gelak tawa dari saudara-saudaraku yang turut sama menghadiri majlis akad nikah kami pada petang itu. Aku mendongak dan melihat wajahnya yang sedang bersimpuh memandangku. Aku sekadar melemparkan sekilas senyuman. Mukaku mula merona merah. Malu diusik sedemikian. Jutaan ucapan tahniah menghujaniku dari sahabat handai dan kaum keluarga yang selama ini berdiri teguh dibelakangku. Aku bersyukur, kesabaranku selama ini akhirnya berbaloi jua. Apabila mendapat suami seperti Khalil Khusyairi, kurasakan tidak ada apa lagi yang kuharapkan, selain agar aku dapat berbahagia dengannya selalu.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Malam itu, ada sedikit kenduri dibuat dirumahku. Meraikan menantu sulung Ayah dan Mak. Sekadar kenduri kecil-kecilan sahaja, kerana walimah yang sebenarnya perlu ditetapkan tarikhnya pada masa yang lebih sesuai, kerana aku harus kembali ke ibu kota secepat mungkin untuk menyambung semula praktikalku, malah suamiku pula harus kembali ke kampusnya bagi menghabiskan tugasan kuliahnya. Aku tergelak kecil, apabila teringat kata-katanya padaku 4 tahun yang lalu, bahawa dia ingin menyambung pengajiannya sehingga ke peringkat Sarjana, dan kini…segalanya telah menjadi realiti. Aku bersyukur kerana selama ini apa yang ku rencana diperkenankan dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Aku didapur menolong Mak. Meskipun inai masih merah dijariku, namun aku tidak tega melihat Mak bertungkus-lumus mengerjakan segala-galanya tanpa bantuan dariku. Aku tidak kekok menolongnya didapur, kerana sudah menjadi kebiasaanku menolong Mak sebelum ini.

“ Mak… isteri pertama Abang Khalil tu yang mana satu ye Mak? Mesti dia ada datang jugak kan? Mesti Abang Khalil bawak dia datang sini jugak… kan?” aku bertanya kepada Mak ketika sedang menggosok periuk dibelakang rumah. Mak yang sedang membasuh cawan dan pinggan mangkuk ketika itu terhenti mendengarkan pertanyaanku.

“ Isteri pertama? Apa yang Durrah merepek ni?Durrah lah isteri dia…Kenapa tanya macam tu? ” Mak menjawab dengan mempamerkan mimik muka yang pelik mendengarkan soalanku tadi.

“ Memanglah Durrah isteri dia jugak. Tapi …erm, tak apalah nanti Durrah tanya sendiri kat Abang Khalil…” aku tidak jadi menghabiskan penjelasanku. Aku tersenyum tawar dan nadaku membalas ternyata sedikit kecewa. Hatiku masih tidak tenang memikirkan perkara itu.

Selesai majlis,aku naik ke balkoni kamar perkahwinanku. Angin menderu menampar tubuhku dengan kesejukan malam itu. Jam menunjukkan hampir 1230 tengah malam. Tiba-tiba pinggangku dirangkul manja dari belakang. Terasa hembusan nafas suamiku itu ditepi telingaku. Hangat. Pelukan yang mendamaikan keresahan jiwa, keletihan yang mula menapak dalam diri ternyata hilang begitu sahaja. Mungkin inilah yang dikatakan kemanisan dalam berumah tangga, apabila segala sentuhan itu telah halal buatku dan menjadikan segala-galanya begitu indah. Namun hanya satu persoalan yang masih bermain-main dibenakku…dimana isteri pertama Khalil Khusyairi? Aku mahu menuntut janji yang telah dikatakannya itu.

“ Abang…”

“ Ya sayang…”

“ Erm… Abang redha tak Durrah dah jadi isteri abang sekarang ni? “tanyaku.

“ Kenapa tanya macam tu? Sedangkan Durrah dah tahu apa jawapan abang kan? Abang bersyukur dapat isteri yang comel, baik, pandai jaga diri macam sayang ni…” kata Khalil Khusyairi seraya mencuit hidungku. Manja. Aku menyandarkan kepalaku ke dadanya.

“ Durrah kesiankan kakak. Malam ni dia tak ada dengan Abang. Since Abang ada dengan Durrah sekarang…” aku menuturkannya perlahan. Terbit rasa cemburu juga walaupun sedikit, namun aku terpaksa menghiraukan perasaan sebegitu, kerana inilah risiko yang harus kutanggung kerana aku harus memikirkan kepentingan orang lain juga yang sanggup menyerahkan suaminya untuk dikongsi kepadaku.

“ Kakak mana pulak dah ni? Sayang mana ada kakak kan? Kakak sepupu sayang ke? Alah… biarkan lah dia, dia pun ada suami dia jugak. Tak payah lah risaukan dia...hehe” sengih Khalil kemudian. Aku mencebik bibirku tanda merajuk. Berpaling darinya dan melepaskan pelukanku. Orang tanya betul-betul main-main pula! Lantas, aku menghadiahkan sebuah cubitan dilengannya akibat terlalu geram. Khalil Khusyairi mengaduh kesakitan. Lantas dia mendekatiku semula.

“ Tak comellah merajuk macam tu. Takmaulah… Abang melawak je dengan Durrah tadi. Abang faham, Durrah nak Abang explain kan pasal benda tu? Okay, abang akan kotakan janji Abang. Tapi jom kita solat sunat dulu ya? Berwuduhuk tu boleh hilangkan api kemarahan, berseri balik muka isteri Abang yang comel buat mulut muncung macam ni….” Khalil mencubit kedua-dua belah pipiku. Sakitlah Abang!

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Selesai bersolat, aku mengaminkan doa yang diimamkan oleh suamiku sendiri. Terasa bahagia sekali lagi mula menjalar apabila aku menyalami tangannya dan dia mengucup dahiku dengan penuh hormat. Terasa seluruh kecintaannya buat diriku tatkala waktu itu. Setelah aku melipat telekungku dan melipat sejadah, aku lihat Khalil Khusyairi sedang berteleku dibirai katil. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Tangannya terus berjalan menggerakkan butiran tasbih. Alhamdulillah, sejuk sekali mata aku melihatnya. Selesai berwirid, dia meletakkan untaian tasbih di atas meja kecil ditepi katil dan menanggalkan kopiah yang dipakainya. Aku membuka hijabku lalu naik ke atas katil.

“Cantiknya rambut sayang… Lembut” puji Khalil Khusyari. Aku sekadar tersenyum. Ternyata dia bijak menafsir riak wajahku yang masih tidak berpuas hati selagi jawapan yang kuperlukan belum lagi kutemui.

“ Abang janji apa tadi? Ingat kan?” aku mengingatkannya kembali.

“Oh ya…okay, macam ni Durrah. Sebenarnya, abang memang tak cintakan Durrah seorang sahaja. Tapi insyaallah, Durrah lah isteri Abang yang pertama dan yang terakhir…” Khalil Khusyairi memulakan bicaranya.

“ Abang, Durrah tak faham.” Aku tidak mengerti kata-katanya itu.

“ Durrah kan selalu pesan kat Abang yang hati kita ni milik Allah kan? Abang bersyukur sangat sebab Durrah selalu ingatkan Abang pasal benda tu. Tapi ada satu benda yang Durrah terlupa nak pesan kat Abang, bila hati kita ni milik Allah, kita tak boleh beri pada seseorang tu sewenang-wenangnya. Dan hati kita tu, kita tak boleh perlakukan ia dengan sesuka hati kita.. kan?” terang Khalil.

“Maksudnya?”

“ Jadi begitulah juga hati Abang. Meski Abang cintakan Durrah macam mana sekalipun, cinta tu tak dapat tandingi cinta Abang pada Allah dan Rasul-Nya. Sebab itulah Abang pernah katakan pada Durrah, Abang dah terlanjur cintakan seseorang lebih dahulu sebelum Abang mencintai Durrah. Cinta yang Abang maksudkan itulah cinta Abang pada Allah dan Rasul-Nya. ‘Isteri pertama’ Abang. Abang belajar bagaimana nak cintakan Dia terlebih dahulu sebelum Abang belajar mencintai Durrah. Sebesar mana pun cinta Abang pada Durrah, tatap tak boleh lawan cinta abang pada ‘isteri pertama’ abang tu.Durrah dah faham kan sekarang, apa maksud Abang?” lembut penjelasan Khalil Khusyairi padaku. Mukaku tiba-tiba terasa panas. Ada lagi air mata yang mahu dijatuhkan nampak gayanya…

“ Jadi itulah yang Abang maksudkan bila Abang lamar Durrah jadi isteri kedua Abang?” aku bertanya lagi untuk menambahkan keyakinanku. Terasa tiba-tiba kepalaku seperti berat dihempap batu. Aku malu! Kenapalah aku boleh terlanjur ada perasaan untuk memiliki segala-galanya sedangkan aku tidak berhak sepenuhnya ke atas sekeping hati itu?

“Ya, itulah maksud Abang. Abang harap, Durrah pun mampu cintakan Dia lebih dari Durrah cintakan Abang, boleh kan?” soal Khalil Khusyairi.

“ Durrah dah faham sekarang. Baiklah Abang, Durrah tak kisah malah sedia untuk menjadi ‘isteri kedua’Abang. Durrah sayangkan Abang. Maafkan Durrah kerana dah salah anggap pada Abang…” aku lantas memeluk suamiku. Tanda aku memohon maaf atas keterlanjuranku kerana tersalah sangka.

“ Abang pun sayangkan Durrah. InsyaAllah, Abang akan cintakan Durrah setulusnya. Walaupun Durrah bukanlah yang pertama, tetapi Abang yakin Durrahlah orang yang terakhir yang abang akan cintai seikhlasnya…” Khalil Khusyairi kemudian membalas pelukanku. Erat.

Aku mengerti kini. Persoalan siapa ‘isteri pertama’ Khalil Khusyari itu juga telah terungkap. Aku bersyukur kerana mempunyai suami sepertinya. Malah dengan pengakuan itu, membuatkan rasa cintaku padanya semakin mekar dan bertambah kekagumanku terhadapnya. Malam itu menjadi memori yang terlalu indah buatku dan takkan mungkin aku akan melupainya sehingga ke akhir hayatku…


TAMAT.

WALAU BUKAN YANG PERTAMA...PART 1

“Kalau anti sudi jadi isteri kedua ana, ana akan masuk meminang anti secepat yang mungkin…”

Terbeliak sepasang mata milik Durrah Irdina tatkala menghabiskan ayat di skrin laptopnya dari Khalil Khusyairi itu. Apa tidak main-mainkah dia? Isteri kedua? Tak mungkin…

“Kenapa isteri kedua? Apakah anta sudah punya isteri? “ taip Durrah. Ditekan butang Send.

Khalil Khusyairi is typing…

“Ana dah terlanjur cintakan orang lain. Ana dah serahkan cinta ana secara mutlaknya kepada dia sebelum ana berjumpa dengan anti semula. Maaf ya. Tapi ana dengan seikhlas hati ingin melamar anti untuk jadi isteri ana juga. Tu pun dengan kesudian anti lah. Kalau tidak, ana tidak memaksa” jelas Khalil.

“Beri masa pada ana untuk buat keputusan. InsyaAllah ana takkan biar anta menunggu dalam tempoh yang lama. Ana out dulu ya. Salam Alaik.” Durrah Irdina menekan butang Offline dan menutup skrin laptopnya.

Durrah Irdina termenung panjang. Inikah Khalil Khusyairi yang dikenalinya dulu? Setelah 4 tahun perjanjian itu dimeterai, dan kini Khalil kembali mencari dan menuntut haknya. Ana harapkan ana bertemu dengan Khalil Khusyairi yang lebih baik pengisian agamanya, setelah 4 tahun menunggu apakah ini yang ana dapat sebagai balasan dari anta? Mana janji anta pada saya tu? Kalau ana boleh kotakan janji a, mengapa tidak awak? Tega benar hati awak…cintakan orang lain. Durrah sekadar beristighfar, apabila kata-kata hatinya itu sudah berbaur hasutan dari syaitan. Astaghfirullah… Khalil Khusyairi bukan milikku. Allah pemilik jiwa dan raganya. Mengapa aku terlalu pentingkan diri? Menganggap sesuatu yang bukan milikku sebagai hakku. Sedarlah Durrah! Butiran jernih hangat mengalir jatuh ke pipinya tanpa ditahan-tahan….

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Jam menunjuk angka 3.30 pagi. Durrah Irdina terjaga dan beristighfar. Diatur langkah menuju ke kamar mandi dan mengambil wudhuk. Usai bertahajjud, dia mengambil sedikit masa lagi untuk ‘online’ secara terus dengan Allah. Itu yangdipegangnya selama ini. Durrah Irdina gemar sekali apabila bersendirian ketika waktu dinihari begitu. Tenang sekali untuk dia mengadu, merengek dan meminta apa sahaja dari Khaliqnya. Hari itu, dia mengadu pada Khaliqnya, tentang kegelisahan hatinya mengenai permintaan Khalil Khusyairi terhadapnya tempohari.

Durrah Irdina meneruskan istikharahnya sekali lagi… dan sekali lagi si dia itulah juga yang muncul di tabir mimpinya. Khalil Khusyairi. Lelaki yang menghuni kamar hatinya sejak 4 tahun lalu. Bagaimanakah rupanya Khalil? Begitu nekadkah sekali hasrat Khalil untuk memperisterikan diriku, Ya Allah? Agak gila… aku tidak pernah bertemu dengannya, tidak pernah bertentang mata dengannya, mendengar suaranya sama sekali tidak pernah. Aku tak pernah berhubungan dengannya melalui perbualan telefon, sekadar mesej-mesej peringatan yang disampaikan dengan begitu berhikmah. Namun ,lewat penulisan blog dan artikelnya itu yang berjaya menawan hatiku. Lewat tazkirah dan peringatannya di YM yang menjadikan aku tertarik padanya. Agamanya indah, itulah kunci utamanya. Kerana dia begitu menjaga dirinya.

Janji yang dibuat 4 tahun sebelumnya itu adalah tidak lain tidak bukan untuk memperkuatkan mujahadah dalam diri masing-masing. Katanya, cukuplah agama yang ada pada dirimu wahai Durrah Irdina. Selebihnya biarlah Allah Azza Wal Jalla yang menentukan.

Dulu… aku pernah bermujahadah untuk melawan perubahan dan aku berjaya Ya Allah. Dengan menggunakan kekuatan hati yang sama, aku mohon, agar kali ini keputusanku adalah yang terbaik buatku. Allah, Engkau Sebaik-baik Perancang.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“ Ana redha sekiranya sudah ketentuan ana menjadi isteri anta, walaupun sebagai isteri kedua. Mungkin ini yang terbaik buat ana. Ana yakin janji-Nya…” Durrah Irdina mengumpul kekuatan sehabis mungkin untuk meluahkan persetujuannya kepada Khalil Khusyairi.

“Alhamdulillah.. syukur Ya Rabb. Ana harap zaujah ana ini mampu menjadi sayap kiri ana berjuang di landasan dakwah yang sepatutnya nanti. Insya Allah.” terlonjak rasa gembira di hati Khalil Khusyairi tatkala lamarannya diterima oleh gadis bernama Durrah Irdina itu. Meski rupa Durrah Irdina hampir terluput dari ingatannya, hampir 4 tahun yang lalu dia melihat wajah Durrah Irdina melalui gambar yang ditunjukkan oleh adiknya, namun kecekalan hati gadis itu memperjuangkan agamanya membuatkan hati Khalil Khusyairi semakin menginginkannya. Baginya, apalah yang ada pada paras rupa, agama didalam diri itu sudah cukup untuk membuatkan dia yakin, menikahi Durrah Irdina bukanlah suatu tindakan yang salah.

“ Tapi sebelum itu ana ada satu permintaan dari anta…” taip Durrah lewat pengantar Yahoo Messenger itu.

“Apa?”

“Ana nak jumpa dulu dengan bakal madu ana, yakni isteri pertama anta”

“Hari pernikahan kita nanti, insyaallah ana akan kenalkan dia dengan anti. Jangan risau.”

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Hampir 6 bulan aku bergelar tunangan kepada Khalil Khusyairi bin Khairuddin. Sekalipun aku tidak pernah lagi melihat ataupun dia menceritakan perihal isteri pertamanya itu kepadaku, namun hatiku masih dipagut tanda tanya. Siapakah bakal maduku itu? Mulia benar hatinya untuk berkongsi rasa kasih suaminya bersama wanita lain. Payung emas menjadi taruhannya di syurga Firdausi kelak. Aku juga seorang wanita, aku bisa merasakan betapa sakitnya ketika kasih suami yang dicintai itu mula terbahagi tidak sekadar kepada hanya seorang, malah kepada dua orang permaisuri hati suami.

“ Khalil, ana nak tanya sesuatu ni. Bila anta nak kenalkan ana dengan bakal madu ana? Dah hampir 6 bulan ana bertunangan dengan anta. Tetapi sekalipun ana tak pernah melihat wajahnya. Ana tak sedap hatilah. Dah la masa kita bertunang hari tu pun, dia tak datang ke majlis kita.” luahku suatu petang, ketika Khalil Khusyairi menelefonku untuk bertanyakan urusan perkahwinan kami tidak lama lagi.

“ Tunggu sedikit masa lagi. Memang sengaja ana nak buat kejutan buat anti. Tunggu je. Tak lari kemana pun madu anti tu…” Khalil Khusyairi membalas separa bergurau.



TO BE CONTINUED....

Friday, September 24, 2010

buatmu sang mujahid.

Daripada Si Mawar Agama

Biarlah dia seorang yang buta…
Buta kerana matanya sunyi
dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagha,
Juga buta kerana kedua-dua matanya terpelihara
dari memandang aurat wanita ajnabi…
Asalkan kedua-dua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah,
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya.

Biarlah dia seorang yang bisu...
Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan,
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yg bisa meracun fikiran,
Juga bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran...
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan,
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran,
dan asalkan dia lantang menyuarakan kebenaran.

Biarlah dia seorang yang bakhil...
Bakhil dalam memberi senyuman
kepada wanita yang bukan mahramnya,
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya,
Juga bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
untuk seorang wanita yang tidak sepatutnya...
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya
untuk beribadah dengan Khaliqnya,
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya,
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran,
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
kembali megah di muka dunia!

Dan biarlah dia seorang yang papa...
Papa dalam melakukan perkara maksiat,
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat,
Juga papa dalam memiliki akhlaq mazmumah...
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
yang berfaedah lagi bermanfaat,
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia,
Dia begitu kaya dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya,
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah!


Yang dicari bukanlah putera raja,
tetapi seorang putera agama...
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata...
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani, sempurna hati...
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat...
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandi
dengan silam yang kelam...
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia...
Dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
tetap akan ku redha dengan ketetapan

Thursday, September 23, 2010

sod.baa.raa

Minn Edina. Sakit Gigi. Extended Essay. World Literature.
Mouth Surgery. CAS FOLIO. IA. Lab Reports.

Urgghhhh~


I LOVE IB.

Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kekal, kalaulah mereka mengetahui. (Mereka itu ialah) orang-orang yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya.

An-nahl : 41-42

Wednesday, September 22, 2010

tajdeed your now-why-two!

ahaha..nak tergelak plak letak title cmtu.konon2 ala2 gmpak lah tu.
takpe. tajuk xpenting.bace content yg saye nak sampaikan nie.

hari nie...bersembang dengan kawan lama.
agak terkejut, setelah sekian lama terputus hubungan.
SALAM MUJAHADAH katanya.

sepintas lalu, saya macam agak terkejutlah. rupanya dia mmg observe segala post n notes saya lately.hehe thanks tau!

since dia nie saya respect dari zaman sekolah rendah lagi.
sebab dia nie alim dan warak... dan sangat terbuka pemikirannya.
jadi, setelah apa yang terjadi kebelakangan ni.membuatkan jiwa saya agak bercelaru.
jadi saya perlukan sesuatu daripadanya sebagai antidote saya.hehe

somehow, saya tercari-cari kekuatan itu. sekadar berdoa yang tidak putus-putus..saya perlu berusaha lebih lagi.
dan sedikit sebanyak kata-kata daripadanya membuatkan saya berfikir.

tajdid balik niat lisa...

"Islam itu sesungguhnya tidak memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan Islam. kerja- kerja Islam terlalu banyak bak kata Imam Hassan al-Banna, kewajipan tu lebih banyak daripada masa yang ada. so peluang yang ada nie..gunakanlah sebaik-baiknya. jangan terlalu pentingkan diri. banyak lagi perkara yang menuntut perhatian kita. libatkan diri banyak dengan usrah, daurah, tamrin dan program-program dakwah yang lain. kadangkala, kesibukan itu akan membuatkan kita terlupa, kepentingan diri kita..."

" Usia kita masih muda, baru mencecah angka 19. masih belajar, kewangan belum mantap, tanggungjawab pada ibu bapa, masyarakat dan agama? lupakah kita? ingatlah, perjalanan kita masih lagi jauh... bila masa nak buat semua tu?"

"Mudah-mudahan lisa jadi qudwah pada yang lain. mujahadah itu sukar. Itu yang pasti. Allahumma thabbitna ma'al imann.. =) "


memang mencengkam naluri dan perasaan bila dengar. satu benda yang menarik perhatian saya bila baca wall post yg ditulisnya di FB saya...


(lisa pernah baca novel karya hlovate?versus..dak,cuma nak ckp lisa ala2 minn edina dlm versus..hehe)

memang kena cari lah pasni. heheh! tapi takpa, habiskan proriti yang ada dulu. saya akan memburu Versus kemudian!

thanks Adilah Hafizah! syukran jazilan YA Ukht! saya lebih jelas sekarang. bukan apa, kadangkala kita tak nampak, sedangkan kita tahu jalannya. sebab itulah pentingnya tazkirah dan peringatan.

pujian untuk hari ini : tudung kamu lebih comel sekarang... Alhamdulillah! :D

Tuesday, September 21, 2010

to be fathomed

sesungguhnya Allah mengujimu dengan kekuatan dan kelebihanmu.
supaya kelemahanmu terserlah, maka kamu dapat memperbaikinya.

BE STRONG!
ALLAHU KHOIRUL MAKIRIN!
*allah sebaik-baik perancang*

1444days to go!


mood : serabut EE
songs : yang abadi (mestica)

conservation of IMAN momentum

Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban

Tuntun langkah ku ini
Tunjukkan jalan yang Engkau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan abadi

Monday, September 20, 2010

maybe hurt, maybe not

Macam nak tergelak, some of my collegues call me Afifah. It’s a doa then. Takpe, panggil lah selalu. Lagi mudah proses saya nk jadi begitu, bila anda mendoakan saya.. J Kesian pulak kat mak ayah saya, diorang bagi nama Lisa…tetibe jadi Afifah? Haha…Today first day datang ke kolej, with a new image. Alhamdulillah, ramai sokong. Teruskan sokong saya ye? Classmates ramai tegur..Kawan2 naqibah, jumpa saya…then peluk saya. Seronoknyerrr….

Oh ya, di kelas TOK hari ini saya belajar beberapa benda menarik* 1st time jot down something dlm notebook, selalu kelas TOK bercakap jer keje..heheh* :

- To truly accept someone is to release them from YOUR own agenda.

- To succeed, I know that I must keep upgrading the meaning and purpose of my life.

- Understanding our own weaknesses might help to understand other people weaknesses.

- When we feel appreciated for whom we truly are, that’s when our wounds are heal.

- The CHOICE will always be yours, whether to accept it or not.

Terus kuatkan hati. Kalau saya boleh buat, mengapa tidak kamu? *cakap depan cermin hari2* hehe!


berikan aku hidayah....

agar dikuatkan iman yang lemah...

moga diberkati hidup ini...

menuju bahagia yang kekal abadi...


Reminder : Allah counts everything that you did. J

Sunday, September 19, 2010

an-nisa..and im proud of it!

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Saturday, September 18, 2010

penyesalan

Entah mengapa, kebelakangan ini ana sering tercari-cari arah.

Hati memang kosong, namun ia tidak tenang.

Setiap kali setelah solat, air mata ana pasti mudah sekali mengalir.

Ana tak tahu mengapa.


Ana tidak menyangka, serapuh itu hati ana mengendalikan soal hati.

Lagi pula bercakap soal cinta.

Cinta terhadap Allah, cinta terhadap Rasul,

cinta terhadap agama, cinta terhadap ibu bapa dan cinta terhadap lelaki.


Mujur, hati ana kini tidak lagi dibuai dengan perasaan cinta terhadap lelaki.

Cuma satu yang ana kesalkan, ana sedih…

sebab ana pernah bagi perasaan istimewa tu pada seseorang yang belum sah menjadi milik ana.

Sayang sangat-sangat.

Sedih sekali sebab perasaan cinta yang istimewa tu ana dah berikan kepada seseorang yang bukan bergelar suami ana. Orang yang tidak halal bagi ana!


Memanglah fitrah cinta tu normal.

Normal untuk merasakannya tapi bukan normal untuk diberikan sekiranya belum tepat masanya dan bukan pada orang yang benar-benar layak.


Macam mana ana nak cintakan Allah ni?

Ana nak sangat cinta Dia.

Tapi ana takut sangat ana tak mampu nk cintakan Dia macam mana ana pernah cintakan lelaki.

Kenapalah ana pernah letakkan kedudukan cinta ana pada lelaki tu lebih dari ana cintakan Dia?

Ruginya…


Ana rasa berdosa sangat, bila terfikir yang mak ayah ana dah dapat sebahagian daripada ‘saham’ ana masa dulu-dulu ana keluar dating.

Walaupun keluar dengan izin mereka, tapi… benda tu salah… berdosa…

Dan sekaligus, bila ana minta izin nak keluar dengan si dia waktu tu, mak ayah dah dapat sedikit cebisan dosa yang ana buat.

Lihat, betapa teruknya ana sebagai seorang anak…menambah dosa mak ayah.

Jahat kan?

Sebagai seorang anak yang wajib mendoakan mak ayah…ana dah tambah dosa mereka.

Apa yang ana buat ni sangat teruk.


Cinta terhadap lelaki yang mampu mendorong kita ke arah mencintai Allah.


Wujudkan cinta yang begitu?

Bagaimanakah pula tafsirannya?


Pada ana, kesempatan yang ada untuk mengenali lelaki itu haruslah digunakan dengan sebaiknya. Asalkan tahu menjaga dan sentiasa membetulkan niat untuk apa dan mengapa kita berdampingan dengannya…pada ana tidak salah. Jangan biarkan nafsu merajai hati supaya niat untuk mengenali Allah melaluinya melebihi perasaan kasih terhadapnya.


Kalau ada perasaan suka pada lelaki seperti itu tapi masa belum tiba?


Cukuplah sekadar doa yang terbaik buat dirinya dan dirimu. Kerana sesungguhnya hati kalian berdua hanya milik Allah. Dia yang berhak menutup hijab, membuka pintu untuk berkasih sayang sekaligus Allah jugalah yang Maha Berkuasa untuk menarik balik segala-galanya. Termasuklah perasaan suka tu kan?


Mencari cinta memang penat. Jadi tunggulah cinta itu datang menghampiri. Usaha untuk mendapatkan cinta itu sahaja harus istiqamah. Baru cinta yang sebenar itu boleh kekal selamanya mendampingimu. Bukan cinta nafsu. Tapi cinta kerana-Nya.

Friday, September 17, 2010

change...a must and dilemma?

lisa, awat senyap ja?
lisa, ang nk ganti kak pah ke pakai lagu nie...? ang belajar kt seremban ka kt mesir ni?
lisa, awat tak sembang pun ngn kami?
lisa, ish...dah berubah noh ang la nie....
uih, lama dah aku teringin tgk mber aku pakai lagu ni....
takpa2,teruskan noh. comey pa pakai lagu nie. sejuk mata tgk. <----okey, yg dibold kt ayat last ni tipu.

ni suma ayat2 yang depa cakap kat saya.setelah saya amik keputusan yang tak berapa drastik nie. i meant, melakukan perubahan.

macam mana ye nak cakap. a day with them..lepak2 kt sawah bendang mana tah...amik2 gmbar...all of us..kak pah,mat ngn adib saja yg tadak. kalau tidak memang complete set ar suma ada. bila duduk ngn kawan2 yg dah kenal lebih 10 tahun ni...bayangkan. dari kecik sampai besar dok main sama-sama.main aci ligan.haha! p sekolah naik beskat (basikal) sama-sama...tapi bila sekolah menengah..masing2 masing bawak diri. but still keep in touch.

bila cuti...keluar sama2.
dulu naik tayar dua...la nie tayar 4 pulak.hehe
dari dulu zaman dok gadoh2...la nie suma dh besar.
perangai pon dah macam2.

tomi,boy,adam,paan, nana, maton and ikram
(pic taken by me!)

saya sayang diorang sgt2. tapi... bila saya nak berubah. saya nak ajak mereka berubah sama.
bukan saya nak kata yang saya baik, tetapi at least..jadi seseorang yang lebih baik.
sedih juga lepas ni, dah tak boleh selalu lepak dengan depa dah.
bukan sebab terpaksa, tapi bila fikir balik.
saya kena jadi YANG TERPELIHARA.
saya tak boleh nk sewenang-wenangnya nak bergaul dan bercampur dengan lelaki sangat2.
i meant. kena jaga juga ikhtilat.

bila saya perhati balik, kawan2 saya nie tak jahat. cuma mereka belum ada kesedaran nk berubah. saya still boleh mintak nasihat depa. malah saya rasa macam sebak jugak bila farhan, boy ngn tomi bercakap pasal perubahan saya. mereka sokong apa yang saya buat. gelong2 hampa pun...haha. nk tergelak juga bila ampa boleh bagi nasihat macam orang matang. sayang, mereka sedar semua tu, tapi tak ada tindakan.

alhamdulillah, mereka faham yang saya dah tak macam dulu. tapi kawan tetap kawan selamanya. mereka hormat keputusan saya. cuma bezanya, saya sendiri dah taknak lepak sangat dengan depa. kalau keluar pun, mungkin lepas nie untuk benda2 yang betul2 perlu sahaja. saya mengaku jgk dengan perubahan nie, restrict saya untuk buat sesetengah perkara, tapi bila fikir balik...perkara2 yang direstrictkan tu...bukan keperluan saya sangat.

saya kadangkala takfaham macam mana nak sesuaikan adjustment yang saya buat pada diri saya.
transformasi....bukannya mudah.
tapi saya taknak jadi orang yang ignorant dalam masa yang sama.kesedaran ada tapi tak ada tindakan. sikit punya rugi pa jadi orang mcm tu.hoho~

dari seorang yang peramah and talkative, saya kena kawal percakapan saya supaya ianya bukan sia-sia.
uih susah tu.
dari networking saya yang melambak-lambak tu, saya kena belajar gak nak control supaya tak berlaku sebarang networking yang tidak sepatutnya.
kadangkala saya perasan je, ada yang terasa dengan sikap saya.
dari sorang yang gila2..tiba2 kena kawal semua jadi lebih bersopan.
salah ke saya nak berubah?
adakah saya dikira hipokrit bila buat macam tu?
saya nak jadi perempuan solehah jugak.
walaupun berkali-kali saya pujuk diri saya yang sifat manusia takkan berubah dan tetap sama.
tapi saya kena mengaku jugak satu perkara, keadaan dah xakan boleh sama lagi.

saya taknak jadi wanita yang biasa2. tapi seorang wanita biasa yang boleh menjaga tutur kata, percakapan dan akhlaknya. mungkin bunyinya kelakar, tapi...sebab saya takut sangat dengan perempuan2 yang ada zaman sekarang ni. berapa ramai yg fikir pasal masa depan, asyik fikir nk berseronok yg tak berpenghujung....sampai bila?

dunia makin xselamat sekarang. perempuan...entah lah.taktau nk cakap camne. bukak surat khabar hari nie saya rasa anda dah dapat jawapannya apa.
saya taknak....suatu saat nanti...keluarga saya...dapat kifarah dosa saya. saya percaya pada karma. apa yang awak buat suatu saat akan dibalas jugak.

okay cukuplah merepek!
lets change!

Sunday, September 12, 2010

saya budak kuat!

intan selalu cakap kat saya.
AKU TAU HANG KUAT LISA.
HANG BOLEH BUAT.

saya taktau la saya kuat ke tak nak tepis semua tu.
jiwa saya mudah berkocak.

hati rasa takbest.
entah.sulit sekali.
saya pon tak faham kenapa.

saya tau dia berjihad lawan semua tu...
tapi apa yang saya dh buat?
entah.rasa mcm dh buat something.
same thing like dia buat.
tp xnmpak pun lg apa kesannya?
adakah saya perlu tunggu.
ya mungkin~
perlu tunggu.

susahnyer nk istiqamah.
ya rabbi, patutlah pahala nk istiqamah tu Allah bagi sangat tinggi.

intan, aku percaya cakap hang.
aku kuat kan?

wowowo...kejang2.

Monday, September 6, 2010

kemelampauan.

again.
saya rasa sangat melampau kali ni.
melampau!

saya rasa saya ni teruk sangat.
xpatut lah saya ada perasaan mcm tu kt dia.
oh lisa jadi tidak malu pulak kt sini, kenapa nk sibuk2 claim seseorang yang bukan milik awak yer lisa?

even janji cmne pon nk jadi baik, tolonglah faham.
berubah je. and let with the flow.
buat apa nk bermuka-muka...
buat apa nk takut yang dia akan pergi tinggalkan awak kalau awak xboleh berubah macam apa yang dia nak?
its all about jodoh la.
belum tentu lagi dia untuk awak pun.
tapi cukuplah kalau awak ade catalsyt nk berubah pun.
*sebab dia*
hahah!

biarlah. umur pun muda lg.
IB pun belum habis... dont think about this matter too much!
baguslah kalau nak berubah sekarang.
and makesure ia kekal lama.
tapi it cant be too drastic.

ohho...sayakah yg terlebih emo sekarang?
oh no...xmau!xmau!

hey ,u know.. u are trying mixing ur personal conflict and feeling towards ur stand!
mana boleh macam tu lisa!

ya Allah, saya selalu doa saya nak kuat.
tapi bila ujian ni yang Dia berikan.
saya tak sedar, stil pura-pura boleh terima.
tolong lah stop jadi hipokrit lisa!
mulut cakap lain, tapi hati sebenarnya nak benda lain!

sudah, ini last saya cakap pasal benda serabut ni.
sebenarnya dia dh make things clearer..saya je suma bg serabut lg benda tu.
haha.
dia xde pape pon, saya jer yg over..haha!
okey saya tak buat hal dah.


Sunday, September 5, 2010

letih2 tapi kene buat jugak!

saya sedang cuba nak control pergaulan saya dengan lelaki.
since saya rasa sangat tidak proper bila dah ubah penampilan ke arah yang lebih baik,
perubahan kepada akhlak pun harus lebih baik lah kan.
kne lah directly proportional kan?
kan2??

tapi benda tu seriously la susah nak buat.
mcm fikri ckp, hidup ko mmg byk gile connection ngn lelaki.
*tengok, mention gak nama fikri...kan lelaki tu??*
sebab saya mulut riuh sikit.
sebab saya pernah kasar dulu.
sebab saya pernah join geng2 budak lelaki ni.
and because of that saya memang ramai nau kawan lelaki.

besfren sekolah rendah sampailah ke MRSM...
lelaki n perempuan sama banyak.

seniors pun sama kat KMS nie...
saya baik dengan senior lelaki sama banyak saya baik dengan senior perempuan.
aduh macam mana tu?

tapi kenapa perlu highlight besar2 bila it cross to kawan lelaki punya hal?
LAW OF ATTRACTION.

takpe,saye try..
tapi thanks atas ingatan non-stop seseorang tu pada saya pasal hubungan lelaki n perempuan yang tidak dibatasi tu boleh timbulkan fitnah.
saya sentiasa ingat.
insyaallah, saya sedang bermujahadah nk berubah n kurangkan pergaulan untuk perkara yg tidak perlu apabila berurusan dengan lelaki.

go!go! lisa~~

 
Images by Freepik