Pages

Thursday, September 30, 2010

akhir sebuah mujahadah...part1

“ Mama, err Lily rasa.. Lily nak pakai tudung labuhlah…” tuturku teragak-agak untuk menyatakan keputusanku itu pada Mama. Mama yang ketika itu sedang menghirup kopi buatannya tiba-tiba tersedak. Papa yang sedang membelek-belek surat khabar, terhenti pembacaannya. Lalu pandangannya dialihkan kepadaku.

“ Apa Lily cakap ni?” Mama merenungku tajam. Dia menurunkan sedikit cermin matanya dan memandang tepat ke arah iris mataku. Aku membalas renungan Mama dengan yakin sekali. Kuyakin tidak ada apa yang harusku takutkan kerana aku membuat keputusan yang betul.

“ Mama, I think I’m doing the right thing. Pakai tudung labuh apa salahnya? Lagipun, labuhkan sikit je. Sempurnakan lagi aurat yang memang dah sedia ditutup pun. I hate you staring at me like that… macam Lily buat salah besar gila…” aku membalas.

“ Lily, jangan nak berlagak alim dengan Mama. Pagi-pagi Ahad ni tak payah nk buat lawak dengan Mama dan Papa. Buat apa nak ikut fashion kolot macam tu? Pakai tudung labuh tu rimas tau tak? Selekeh and tak kemaslah Mama tengok orang pakai. Tak berkenan langsung Mama tengok. Sebab tu Mama tak pernah pakai pun tudung labuh-labuh macam tu… Apa, selama ni Mama ni jahil sangat ke? Bukannya Mama tak pakai tudung... ” tokok Mama kemudian. Nadanya sedikit marah dan tidak puas hati dengan kenyataanku sebentar tadi. Aku mendengus geram.

“ Mama, tudung yang kita pakai sekarang ni tak cukup sempurna lagi tutup auratnya, Ma. Buat apa pakai tudung tapi sanggul terbonjol-bonjol. Buat apa pakai tudung kalau baju kita still jarang? Pakai tudung tapi tak labuhkan bahagian dada, konon nak tayang rantai yang panjang berjela-jela tu? Lily punya shawl yang berlambak-lambak kat dalam wardrobe tu pun Lily taknak pakai dah. Sebab apa? Jarang tau Mama…” jelasku pada Mama. Aku mengendurkan sedikit nada percakapanku. Takut- takut aku terlangkau sempadan sehingga aku dikira meninggikan suara terhadap kedua-dua ibu bapaku. Aku masih pandai menjaga adabku. Namun aku agak tercabar juga sebenarnya apabila Mama berkata sedemikian.

“ Lily, jangan nak menjawab dengan Mama! Ni apa kes tiba-tiba dah pandai nak persoalkan apa Mama buat? Mama salah itu, Mama salah ini? Mama dah tak nak dengar lagi Lily sebut pasal benda-benda ni lagi dah…” tegas Mama.

Direnung muka Papa yang sedari tadi hanya diam memandang pertelingkahan antara aku dan Mama. Aku mengundurkan kerusi dan berjalan meninggalkan meja makan itu. Perit sekali rasanya apabila reaksiku mahu berubah ke arah yang lebih baik diperlakukan sedemikian rupa. Yang paling ku kesali, Mama… tidak langsung memberi peluang kepadaku untuk berhujah lebih panjang tentang sebab dan mengapa aku harus berbuat begitu.

“ Ni semua salah abang. Beriya-iya sangat nak hantar Lily belajar kat kolej tu. Saya dulu dah cakap dah, budak Lily tu akan terpengaruh jugak dengan kawan-kawan dia kat sana tu. Saya suruh awak hantar dia belajar ke Australia, awak nak dia study kat sini dulu. Tengok apa yang dah jadi sekarang? Diorang ajar anak kita jadi ekstrimis! “ bentak Mama pada Papa.

“ Hey, Aisyah! Syaitan apa yang dah merasuk awak pagi-pagi ni? Yang awak nak bising tak tentu arah ni kenapa? Biarlah budak tu nak bertudung labuh pun. Apa salahnya? Ekstrim sangat ke budak tu sampai dia nak bertudung labuh pun awak nak pertikaikan? “ marah Papa pada Mama. Tak kusangka, statement yang kukatakan pada mereka tadi telah mengocak ketenangan pagi Ahad itu. Pagi yang sepatutnya menjadi pagi yang ceria, apabila kami dapat berkumpul bersama-sama tiba-tiba bertukar mendung, gara-gara aku.

“ No way Abang, I think something is not right with our girl. Dia tak macam tu dulu. Cakap saya ni tak pernah dilawannya Abang tau tak? Saya nak siasat tengok dengan siapa dia berkawan and siapa dah hasut dia untuk buat benda-benda ekstrim macam ni. Saya tak suka lah Lily terpengaruh dengan benda- benda macam tu. Rosak budak tu nanti… “ ujar Mama. Tegang sekali bunyinya.

“ Suka hati awak lah Aisyah. Tak kuasa saya nak melayan perangai awak yang pelik ni. Anak nak berubah jadi baik, bukannya nak sokong. Fikir benda bukan-bukan pula. Saya tak faham betul dengan perangai awak” bingkas Papa bangun dan meninggalkan meja makan. Meninggalkan Mama tercengang-cengang.

Aku yang bersandar disebalik dinding, hanya mampu menangis mendengarkan tuduhan Mama yang sebegitu. Ya Allah, berikan aku kekuatan Ya Allah…

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“ Kadangkala Allah nak uji kita ni, dengan sesuatu yang kita sayang. Untuk uji sejauh mana keimanan kita terhadap-Nya. Sesuatu yang kita sayang itu, contohnya macam orang yang kita sayang… kita akan ajak dia sama-sama cari redha Allah bersama-sama dengan kita. Kadangkala kita mampu nak tarbiyah orang lain, tetapi orang yang terdekat dengan kita sendiri kadang-kadang kita tak mampu nak tarbiyah. Semua tu ujian sebenarnya…” kata-kata Ustazah Adawiyyah pada petang ketika aku menghadiri usrah mingguan itu sedikit sebanyak mencuit perasaanku.

Alhamdulilah, sejak tinggal di kolej ini… hidayah Allah semakin dekat menghampiriku. Aku mula meneliti semula hidupku. Memperbetulkan arah tujuan dan sekaligus mendidik hati yang sudah semakin keras ini dengan perkara- perkara yang boleh mendekatkan aku kepada-Nya. Aku senang sekali menghadiri usrah,kuliah-kuliah agama yang menjadi sebahagian daripada program di kolej. Aku juga tidak berat hati untuk melangkah pergi berjemaah disurau. Sesuatu yang aku jarang dapati apabila berada dirumah.

Papa bukannya tidak bersolat dirumah, tetapi kami jarang berjemaah. Itu sahaja. Aku juga beruntung kerana mendapat teman sebilik yang selalu menjuruskanku ke arah program-program yang bercorak islamik ini. Secara kebetulan pula, mereka berdua merupakan naqibah yang mengendalikan program-program usrah bersama pelajar kolej. Aku sering mengambil kesempatan itu untuk pergi menyertai mereka dan berkongsi ilmu bersama dengan yang lain. Dari seorang Islam yang biasa, Islam yang hanya kupamerkan pada nama… aku cuba untuk berubah dan menghayati cara hidup Islam itu sendiri diamalkan dan lebih dibudayakan. Kata Izyan teman sebilikku, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Dalam dan tersirat sekali ayatnya itu seringkali membuatkan aku berfikir.

Malah sejak aku menghadiri usrah serta mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Adawiyyah, hidupku lebih terisi. Rohaniku mendapat santapannya juga dan dalam masa yang sama menambah pengetahuanku terhadap sesuatu yang selama ini kupandang ringan. Pertanyaan dari Syaima kepada Ustazah Adawiyyah tiba-tiba menyedarkankan kekhayalanku sebentar tadi. Jauh benar fikiranku ini menjelajah…getusku perlahan. Aku tersenyum dan memandang Ustazah semula sambil memberi perhatian terhadap soalan yang ditimbulkan oleh Syaima sebentar tadi…

“ Ujian Allah melalui orang yang kita sayang? Macam mana tu, Ustazah? Macam menarik je bunyinya…”

“ Macam ni Syaima, sebab apa kita rasa nak berdakwah kepada orang lain? Sebab rasa cinta dan kasih sayang kita terhadap dia. Ujian nak mentarbiyahkan seseorang yang kita sayang itu lebih sukar sebenarnya, kerana kita lebih terdorong untuk berputus asa sekiranya kita tak dapat nak tarbiyahkan dia. Kenapa Ustazah cakap macam tu? Sebab ianya melibatkan perasaan sayang. Contohlah kalau kamu ada adik yang tak nak sembahyang, kesabaran yang lebih tinggi sebenarnya diperlukan untuk kamu istiqamah nak ajak dia berubah dan menunaikan solat. Sebab kamu sayangkan dia kan? Ujian tu kan memerlukan kesabaran dan istiqamah yang tinggi, betul kan Syaima?” terang Ustazah Adawiyyah kepada Syaima. Syaima mengangguk tanda mengerti.

Aku mengangkat tangan. Ingin bertanya sesuatu kepada Ustazah Adawiyyah. Tergerak hatiku untuk bertanya kerana topik yang dibincangkan ini kena benar dengan diriku.

“Tapi kalaulah setelah dinasihati pun dia tak nak dengar nasihat kita? Apa kita nak buat ustazah? Mestilah kita rasa sedih kan? Sedihlah tengok orang yang kita sayang tapi hidupnya berdosa…” aku menyoal.

“Kadangkala, disebabkan kita sayang dia, dan kita tak nak dia terjebak dengan dosa dan kemurkaan Allah.. sebab tu kita nak dia cepat-cepat berubah dan dengar cakap kita. Tapi kita sebenarnya terlupa, hati dan hidayah itu milik Allah. Kita mahukan perubahan itu secara mendadak dan drastik, tentulah sukar bagi dia nak berubah. Cara yang terbaik ialah dengan memberikannya masa dan dalam masa yang sama kita jangan putus-putus berdoa, mudah-mudahkan Allah membuka pintu hatinya untuk berubah…Insya-Allah. Menjawab pertanyaan kamu tak, Lutfiana Halily? “ Ustazah Adawiyyah menjelaskan dengan begitu panjang lebar. Aku tersenyum tanda berpuas hati. Setelah itu Ustazah Adawiyyah menambah lagi dengan kisah-kisah zaman para sahabat yang turut berdepan dengan situasi yang sama ketika dalam perjuangan mereka meneruskan misi dakwah, sedikit sebanyak melegakan keresahan hatiku.

Sabar itu sebahagian daripada iman, Lily. Teruskan berusaha untuk jentik perasaan Mama kau! Azamku didalam hati.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“ Sejak bila dah pandai berstokin ni Lily? Mama hantar ke kolej tu suruh jadi doktor, bukan jadi ustazah!” perli Mama sewaktu aku pulang berhujung minggu dirumah. Ketika itu, aku mahu keluar untuk berjumpa rakan baikku yang baru pulang dari Mesir disebuah restoran untuk makan tengahari. Aku hanya mengenakan blaus longgar dan agak labuh serta tudung yang ku pin dikiri dan kanan bahuku. Buntang mata Mama melihatkan aku mengenakan handsock serta stoking yang membaluti kakiku itu.

“ Mama, please don’t start it again. Lily kan pakai kasut so Lily pakailah stoking. Tak selesalah kalau pakai kasut tak pakai stoking. Mama ni, macam tak pernah tengok Lily pakai stoking pulak! Sebelum ni kalau Lily pakai stoking tak pernah pulak Mama nak bising…“ kataku sengaja mencari helah. Sebenarnya aku juga tak kuasa lagi hendak mencari gaduh dengan Mama. Hanya itu yang kunyatakan sebagai alasan, sedangkan hakikat sebenar aku mengenakan stoking itu adalah kerana ia sebahagian daripada auratku. Ku dituntut melakukannya jadi kulakukannya..lillahi Taala.

“ Jangan ingat Mama tak tahu yang Lily berubah ni mesti sebab budak lelaki tu kan? Dia yang suruh Lily pakai tu, pakai ini… jangan buat itu, jangan buat ini. Sampai sekarang dah berani nak melawan cakap Mama kan?” kata-kata dari Mama membuatkan aku tersentak. Terhenti langkahku tatkala aku mahu membuka pintu Myvi yang diparkir di depan rumah. Aku berpaling dan memandang kearah Mama. Aqku berjalan mendekati mama. Mama sekadar tercegat berdiri dimuka pintu sambil mengangkat keningnya. Lelaki? Dari mana Mama dapat tahu?

“ Lelaki mana pulak ni Mama?” soalku pura-pura tidak mengerti.

“ Siapa Izdihar?” soal Mama kembali. Aku menelan air liurku. Soalan yang bertubi-tubi menerjah ke benakku sekarang…Dari mana Mama dapat tahu tentang Izdihar? Rayyan Izdihar…

“ Izdihar mana pulak ni Mama? Nothingla, kalau ada pun he’s a friend of mine. Bukan siapa-siapa pun. Please Ma, jangan buat assumption yang bukan-bukan…” rayuku. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu Mama mengetahui siapa Rayyan Izdihar.

“ Last night I went to your room. I though you stay up late buat kerja. Ended up I found something. Mama nampak Lily tertidur depan komputer tu. When I came closer, Mama nampak ada YM conversation between Lily and Izdihar. From the content yang Mama and I scrolled it down, enough for me to know and understand everything that happened now… you’ve changed a lot because of him right? Tell me the truth Lily…!” desak Mama. Ternyata Mama telah mengetahui segala-galanya. Tiada apa lagi yang mampu kusembunyikan kini.

“ Mama, I promise we’ll discuss about this later okay? I’m already late so let me go now. Assalamualaikum Mama…” aku mencium tangan Mama seraya berlalu pergi.

Sepanjang pemanduanku untuk berjumpa dengan Najihah Syauqina, aku benar-benar terganggu. Namun aku cuba untuk bertahan dan meneruskan pemanduanku dengan hati-hati. Setelah berjumpa dengan Najihah, barulah kuhamburkan segala-galanya beserta dengan linangan air mataku. Najihah yang mengetahui segala-galanya mengenai aku hanya mampu memelukku dan memujukku supaya aku bersabar.

7 comments:

  1. Wow, I'm waiting for Part 2!! Go Lisa Go! :)

    ReplyDelete
  2. lisa, ni cerita betul ke?

    really impressed. serious.

    ReplyDelete
  3. najib >> setiap blogger, penulis secara amnya, menulis berdasarkan pengalaman mereka. sama ada dialami sendiri ataupu dikutip dari orang lain. dan untuk menjadikan sesebuah cerita itu lebih real, perlu didalami dan dihayati sebaik mungkin. begitu juga saya najib. some part of it adalah real, some of it telah dibombastikkan mengikut setting cerita.hehe. just wait for the second part, im working on it right now. teruskan support saya yea? wallahualam.

    amalia >> thanks dear!

    ReplyDelete
  4. this story just like a true story of a friend of mine

    ReplyDelete
  5. cerita itu kadangkala bukan fantasi semata-mata, tapi menzahirkan fakulti pemikiran masyarakat kita zaman sekarang yg exactly sedang berlaku. wallahualam.

    ReplyDelete

 
Images by Freepik