Pages

Saturday, September 25, 2010

WALAU BUKAN YANG PERTAMA...PART 1

“Kalau anti sudi jadi isteri kedua ana, ana akan masuk meminang anti secepat yang mungkin…”

Terbeliak sepasang mata milik Durrah Irdina tatkala menghabiskan ayat di skrin laptopnya dari Khalil Khusyairi itu. Apa tidak main-mainkah dia? Isteri kedua? Tak mungkin…

“Kenapa isteri kedua? Apakah anta sudah punya isteri? “ taip Durrah. Ditekan butang Send.

Khalil Khusyairi is typing…

“Ana dah terlanjur cintakan orang lain. Ana dah serahkan cinta ana secara mutlaknya kepada dia sebelum ana berjumpa dengan anti semula. Maaf ya. Tapi ana dengan seikhlas hati ingin melamar anti untuk jadi isteri ana juga. Tu pun dengan kesudian anti lah. Kalau tidak, ana tidak memaksa” jelas Khalil.

“Beri masa pada ana untuk buat keputusan. InsyaAllah ana takkan biar anta menunggu dalam tempoh yang lama. Ana out dulu ya. Salam Alaik.” Durrah Irdina menekan butang Offline dan menutup skrin laptopnya.

Durrah Irdina termenung panjang. Inikah Khalil Khusyairi yang dikenalinya dulu? Setelah 4 tahun perjanjian itu dimeterai, dan kini Khalil kembali mencari dan menuntut haknya. Ana harapkan ana bertemu dengan Khalil Khusyairi yang lebih baik pengisian agamanya, setelah 4 tahun menunggu apakah ini yang ana dapat sebagai balasan dari anta? Mana janji anta pada saya tu? Kalau ana boleh kotakan janji a, mengapa tidak awak? Tega benar hati awak…cintakan orang lain. Durrah sekadar beristighfar, apabila kata-kata hatinya itu sudah berbaur hasutan dari syaitan. Astaghfirullah… Khalil Khusyairi bukan milikku. Allah pemilik jiwa dan raganya. Mengapa aku terlalu pentingkan diri? Menganggap sesuatu yang bukan milikku sebagai hakku. Sedarlah Durrah! Butiran jernih hangat mengalir jatuh ke pipinya tanpa ditahan-tahan….

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Jam menunjuk angka 3.30 pagi. Durrah Irdina terjaga dan beristighfar. Diatur langkah menuju ke kamar mandi dan mengambil wudhuk. Usai bertahajjud, dia mengambil sedikit masa lagi untuk ‘online’ secara terus dengan Allah. Itu yangdipegangnya selama ini. Durrah Irdina gemar sekali apabila bersendirian ketika waktu dinihari begitu. Tenang sekali untuk dia mengadu, merengek dan meminta apa sahaja dari Khaliqnya. Hari itu, dia mengadu pada Khaliqnya, tentang kegelisahan hatinya mengenai permintaan Khalil Khusyairi terhadapnya tempohari.

Durrah Irdina meneruskan istikharahnya sekali lagi… dan sekali lagi si dia itulah juga yang muncul di tabir mimpinya. Khalil Khusyairi. Lelaki yang menghuni kamar hatinya sejak 4 tahun lalu. Bagaimanakah rupanya Khalil? Begitu nekadkah sekali hasrat Khalil untuk memperisterikan diriku, Ya Allah? Agak gila… aku tidak pernah bertemu dengannya, tidak pernah bertentang mata dengannya, mendengar suaranya sama sekali tidak pernah. Aku tak pernah berhubungan dengannya melalui perbualan telefon, sekadar mesej-mesej peringatan yang disampaikan dengan begitu berhikmah. Namun ,lewat penulisan blog dan artikelnya itu yang berjaya menawan hatiku. Lewat tazkirah dan peringatannya di YM yang menjadikan aku tertarik padanya. Agamanya indah, itulah kunci utamanya. Kerana dia begitu menjaga dirinya.

Janji yang dibuat 4 tahun sebelumnya itu adalah tidak lain tidak bukan untuk memperkuatkan mujahadah dalam diri masing-masing. Katanya, cukuplah agama yang ada pada dirimu wahai Durrah Irdina. Selebihnya biarlah Allah Azza Wal Jalla yang menentukan.

Dulu… aku pernah bermujahadah untuk melawan perubahan dan aku berjaya Ya Allah. Dengan menggunakan kekuatan hati yang sama, aku mohon, agar kali ini keputusanku adalah yang terbaik buatku. Allah, Engkau Sebaik-baik Perancang.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“ Ana redha sekiranya sudah ketentuan ana menjadi isteri anta, walaupun sebagai isteri kedua. Mungkin ini yang terbaik buat ana. Ana yakin janji-Nya…” Durrah Irdina mengumpul kekuatan sehabis mungkin untuk meluahkan persetujuannya kepada Khalil Khusyairi.

“Alhamdulillah.. syukur Ya Rabb. Ana harap zaujah ana ini mampu menjadi sayap kiri ana berjuang di landasan dakwah yang sepatutnya nanti. Insya Allah.” terlonjak rasa gembira di hati Khalil Khusyairi tatkala lamarannya diterima oleh gadis bernama Durrah Irdina itu. Meski rupa Durrah Irdina hampir terluput dari ingatannya, hampir 4 tahun yang lalu dia melihat wajah Durrah Irdina melalui gambar yang ditunjukkan oleh adiknya, namun kecekalan hati gadis itu memperjuangkan agamanya membuatkan hati Khalil Khusyairi semakin menginginkannya. Baginya, apalah yang ada pada paras rupa, agama didalam diri itu sudah cukup untuk membuatkan dia yakin, menikahi Durrah Irdina bukanlah suatu tindakan yang salah.

“ Tapi sebelum itu ana ada satu permintaan dari anta…” taip Durrah lewat pengantar Yahoo Messenger itu.

“Apa?”

“Ana nak jumpa dulu dengan bakal madu ana, yakni isteri pertama anta”

“Hari pernikahan kita nanti, insyaallah ana akan kenalkan dia dengan anti. Jangan risau.”

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Hampir 6 bulan aku bergelar tunangan kepada Khalil Khusyairi bin Khairuddin. Sekalipun aku tidak pernah lagi melihat ataupun dia menceritakan perihal isteri pertamanya itu kepadaku, namun hatiku masih dipagut tanda tanya. Siapakah bakal maduku itu? Mulia benar hatinya untuk berkongsi rasa kasih suaminya bersama wanita lain. Payung emas menjadi taruhannya di syurga Firdausi kelak. Aku juga seorang wanita, aku bisa merasakan betapa sakitnya ketika kasih suami yang dicintai itu mula terbahagi tidak sekadar kepada hanya seorang, malah kepada dua orang permaisuri hati suami.

“ Khalil, ana nak tanya sesuatu ni. Bila anta nak kenalkan ana dengan bakal madu ana? Dah hampir 6 bulan ana bertunangan dengan anta. Tetapi sekalipun ana tak pernah melihat wajahnya. Ana tak sedap hatilah. Dah la masa kita bertunang hari tu pun, dia tak datang ke majlis kita.” luahku suatu petang, ketika Khalil Khusyairi menelefonku untuk bertanyakan urusan perkahwinan kami tidak lama lagi.

“ Tunggu sedikit masa lagi. Memang sengaja ana nak buat kejutan buat anti. Tunggu je. Tak lari kemana pun madu anti tu…” Khalil Khusyairi membalas separa bergurau.



TO BE CONTINUED....

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik