Pages

Sunday, October 31, 2010

saat sakinah menerpa... part 2

Aku menerjah masuk ke dalam bilik gara-gara kepenatan. Ya Rabbi, mengantuk gila kat consultation class tadi. Hajatku mahu menikmati minum petang terbantut. Aku hanya sempat singgah di koperasi dan membeli sekeping coklat dan terus pulang ke blok Fatimah. Lantak lah, wahai perut… maafkan daku tak sempat nak membelaimu. Mataku lebih menjadi kesayanganku sekarang. Tiba-tiba pintu dikuak dan Hazrina menerobos masuk ke dalam. Matanya bengkak, seolah-olah baru lepas menangis. Aku tidak jadi hendak meneruskan niatku untuk berbaring di katil dan melelapkan mata. Aku segera menghampiri katil Hazrina dan duduk disebelahnya. Hazrina memelukku dengan kuat.

                        “ Leya, aku rasa benda dah jadi makin complicated sangat sekarang…” kata Hazrina dalam sendu tangisnya. Aku membalas pelukan Hazrina dengan lebih erat lantas menenangkannya.

                        “ Kenapa ni, Haz? Cuba kau cerita kat aku dulu… apa yang dah jadi sebenarnya ni?” aku bertanya. Risau juga aku melihatkan keadaan Hazrina. Kebelakangan ini, fikirannya agak terganggu.

                        “ Hazim dah tahu pasal nama aku dah list out jadi naqibah. And guess what, nama dia pun ada sekali  kot dalam list naqib! Aku terkejut gila. Cangak aku time dia beritahu aku tadi. Dah tu, aku tak tahu lah kenapa and macam mana dia kena  ‘basuh’ dengan abang naqib usrah dia pasal kes couple-couple ni. Lepas tu kan, dia… dia…” tangis Hazrina makin kuat. Makin menjadi-jadi pula raungannya. Adoi… Haz, kenapa ni?

                        “ Dia nak clash dengan aku. Fullstop. Aku tak boleh terima!” Hazrina kembali menyambung. Aku terkedu. Wah… ini dah masuk kes berat ni. Memang complicated. Apa ke hal si Hazim tu pun boleh sangkut jadi naqib jugak ni? Hazrina terus meraung dan tersengguk-sengguk di bahuku sambil menangis. Aku menggarukan kepala. Apa aku nak buat  ni? Nak tolong macam mana ni?

                        Tak semena-mena wajah Fakhri muncul diruangan maya. Fakhri tak tau lagi pasal benda ni. Camne lah reaksi dia nanti kalau dia dapat tahu? Aku pula jadi cuak bila memikirkannya. Aku hanya dapat menyuruh Hazrina supaya bersabar. Mungkin ada hikmah mengapa ini semua terjadi. Memujuk Hazrina, dan dalam masa yang sama meredakan keresahan hati apabila kemungkinan yang sama mungkin turut berlaku pada aku dan Fakhri.

­­­­­­­­­­­­­                        Hujung minggu itu, aku nekad mahu berjumpa Fakhri. Gelodak jiwaku tak boleh ku tahan lagi. Aku perlu memberitahu Fakhri mengenai perkara itu.

                        “ What, you jadi naqibah? Leya, I tak salah dengar ke ni? Wow, girlfriend I ni nak jadi wanita solehah la!” Fakhri ketawa berdekah-dekah. Aku bengang seraya melepaskan tangannya yang kugenggam itu. Aku menarik muka dan mempercepatkan langkahku lalu masuk ke dalam sebuah butik pakaian di Mid Valley.Fakhri membuntutiku masuk ke dalam butik tersebut. Dia kemudian meraih bahuku dan kembali memujuk.

                        “ Sorry sayang, I seriously terkejut. I betul-betul tak sangka yang you boleh jadi naqibah. Orang macam you ni I pelik jugak tiba-tiba je jadi naqibah… Kakak naqibah usrah you tak salah pilih orang ke ni?” sampai meleleh air mata Fakhri mentertawakanku. Telingaku jadi berdesing setelah mendengarkan kata-kata yang terhumban keluar dari mulut Fakhri sebentar tadi. Aku tahu dia akan terkejut, namun aku tidak pula menyangka  sampai begitu sekali reaksinya. Aku seolah-olah dicabar dan terhina. Aku menolak tubuh sasa Fakhri yang memaut bahuku itu. Kasar.

                        “ You ingat I ni jahat sangat ke? Cara you cakap macam lah I ni jahil sangat tak tahu pasal agama. Hey, you jangan nak underestimate I. I tahu I tak lah baik mana pun, tapi jangan cakap macam tu  dengan I . I tak suka!”  amukku pada Fakhri. Aku menudingkan telunjukku ke arah Fakhri, tanda amaran itu aku benar-benar maksudkannya. Fakhri mengangkat tangan tanda mengalah dan mengerti.

                        “ Hey sayang, jangan lah macam ni. I gurau jer okay. Okay la, bagus lah kan you jadi naqibah. Apa lagi I boleh cakap. But then I nak you fikir lah betul-betul kalau you nak jadi naqibah tu. Betulkan diri you tu dulu sebelum you nak lead orang lain. I macam tak yakin lah Leya, I know you macam mana. Being a naqibah is totally a thing that never crossed to my mind whenever I’m thinking about you. Damn.. this is really a joke man…” kata-kata Fakhri membuatkan aku semakin geram. Bukan nak sokong aku mamat ni…kutuk aku lagi ada lah! Siot jer! Arghh… geramnya!

                        “ Kalau you nak kutuk I, suka hati you lah. I nak blah. You know, I harapkan sokongan dari you. Tapi ini yang I dapat. Salah ke I nak berubah jadi baik, Fakhri? I tak faham dengan you… dah la, I malaslah nak bertekak dengan you. I nak balik dulu.” Aku berjalan meninggalkan Fakhri termangu-mangu ditengah-tengah ruang legar kompleks membeli-belah itu.

                        Dalam perjalanan pulang menaiki tren, aku duduk seorang diri. Panggilan dan SMS dari Fakhri meminta maaf tidak aku hiraukan. Aku benar-benar terasa hati dengannya. Aku mulai meragui kasih dan sayangnya padaku. Segala janjinya padaku selama ini. Kalau betul you sayang I Fakhri, you mesti sokong I nak berubah jadi a better person… Tapi ni yang you buat kat I… aku bermonolog sendirian. Aku mengeluh. Seolah-olah mahu menangis.

                        
“Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Kerana kamu menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah fasik…”

                        Aku membacakan maksud surah Ali Imran ayat 110 setelah diminta oleh Kak Amilia. Malam Rabu itu setelah habis sesi usrah mingguan, aku meminta izin Kak Amilia untuk mengambil sedikit masanya mendengarkan masalahku. Aku menceritakan apa yang terjadi pada hujung minggu tempohari semasa aku keluar dan berjumpa dengan Fakhri. Kak Amilia hanya tersenyum.

                        “ Pergi kat rak tu, ambil tafsir al-Quran. Lepastu bacakan akak ayat 110 dari surah Ali Imran…” arah Kak Amilia sambil tersenyum. Aku hanya menurut tanpa banyak bunyi. Senaskah al-Quran berwarna merah hati lekas  kucapai dan kubawakan kepada Kak Amilia. Kemudian dia menyuruhku menyelak lembaran al-Quran itu, membacakan ayat yang dimaksudkannya.

                        “Akak, Leya tak faham. Kenapa akak suruh Leya baca ayat ni?” aku mengerutkan keningku.

                        “Kenapa Leya sedih bila Fakhri bagi reaction macam tu kat Leya waktu Leya beritahu dia yang Leya is going to be a naqibah?” Kak Amilia membalas pertanyaanku dengan pertanyaan semula. Aku semakin tidak mengerti. Apa Kak Amilia ni, main teka-teki pulak dengan aku!

                        “ Mestilah Leya bengang dengan dia. Macam dia nak cakap yang Leya ni jahat sangat. Tak layak nak jadi naqibah.  Siapa dia nak judge Leya macam tu? Leya geram lah kak…” aku jadi geram apabila memikirkan peristiwa yang terjadi beberapa hari lepas antara aku dan Fakhri.

                        “ So apa yang Leya rasa sekarang?” duga Kak Amilia. Aku diam. Menafsir semula maksudnya.

                        “ Sebenarnya kan kak, Leya dah pernah fikir pasal benda ni. Actually Leya tak tahu kenapa, mulut Leya jer cakap Leya taknak jadi naqibah, tapi kan …hati Leya takde pulak nak memberontak cakap taknak. Leya tak faham dengan diri Leya sendiri.  Lepas apa dah jadi between Leya dengan Fakhri kat Mid Valley hari tu, Leya rasa Allah nak tunjukkan sesuatu lah kat Leya.” terangku.

                        “ Maksudnya?”

                        “Ye lah, Leya rasa… Leya dah boleh nampak siapa yang boleh sokong Leya buat benda yang betul ataupun tidak. Leya sedih dan agak terkilan dengan Fakhri, kak. Walaupun jadi naqibah memang lah bukan senang, although benda tu pun memang dah terang-terang untuk kebaikan Leya, tapi kenapa dia tak boleh support Leya? Leya…entahlah kak…” aku mula tertunduk dan diserbu dengan perasaan sebak yang mencengkam dada, lalu naik ke muka dan bertukar menjadi titisan air mata.

                        “ Leya tahu tak, ada seorang akhwat pernah cakap kat akak, bila Allah nak pilih kita untuk bantu jalan dakwahnya, Allah dan scan, dan survey diri kita ni… lebih dari 70 kali tahu tak? Jadi Dia lebih tahu mengenai diri kita. Dia yang lebih tahu kekuatan kita untuk pikul tanggungjawab yang Dia dah amanahkan... mungkin sebab tu dalam masa yang sama Allah nak bagi petunjuk kat Leya, supaya Leya nampak sendiri apa yang berlaku. Perasaan Leya, reaksi Fakhri… semua tu petanda yang Allah nak Leya tahu yang memang Leya dah dipilih olehNya…” Kak Amilia memelukku sambil menenangkan perasaanku yang agak berkecamuk ketika itu. Ada benarnya kata- kata Kak Amilia. Segala kata-kata Kak Amilia memang tidak pernah ku sangkal ada benarnya disitu.

                        “Dan kenapa akak suruh Leya tadabbur ayat 110 surah Ali Imran tadi? Akak nak Leya faham yang Allah sendiri dah cakap, kita ni umat Muhammad yang terpilih untuk laksanakan kerja-kerja kenabian. Ramai orang tak sedar hakikat tu, tanggungjawab berdakwah tergalas di atas setiap bahu semua orang, selagi mana dia layak bergelar seorang muslim.  Hinggakan Rasulullah sendiri pun pernah cakap ; “ Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat”. Jadi, bila Leya dah dapat peluang untuk serlahkan diri Leya, jadi antara orang yang menyampaikan, Leya kena terima. Tak kisahlah ilmu Leya banyak mana sekalipun, yang penting kesedaran menyampaikan itu ada…” Kak Amilia menghabiskan kata-katanya. Direnggangkannya pelukanku, lalu dia menatap tepat ke arah iris mataku.

                        “ Leya jangan sedih. Ni semua ujian Allah. Ingat, ujian Allah berikan kepada kita tu bukan sia-sia. Malah kita tak boleh nak claim kata kita ni beriman sebelum kita diuji. Remember? Dulu Leya juga yang pernah bagi tazkirah dalam usrah cakap pasal benda ni kan? Lupalah tu. Dah, dah.. takmau nangis-nangis. Dah tak comel dah adik akak ni” Kak Amilia mengesat air mataku. Aku tertawa kecil. Mungkin Kak Amilia sedang berusaha mengendurkan ketegangan yang ada dalam sanubariku.

                        “ Thanks kak, Leya rasa Leya dah okay kot. Tapi still banyak lagi benda yang Leya perlu belajar. Leya nak belajar slow-slow kak, Leya taknak buat perubahan drastik. Taknak berubah nanti sementara ja, lepas tu nanti buat perangai balik. Sayang akak! Doakan Leya kuat ya!” Kak Amilia mengangguk. Aku tersenyum lantas menghadiahkan Kak Amilia dengan sebuah ciuman dipipinya.

bersambung...

Thursday, October 28, 2010

kenapa dentistry ye?

dulu orang selalu tanya saya, kenapa nak jadi dentist?
saya senyum je bila orang tanya.
ayah long saya asyik suruh saya tukar kos amik medic.
hehe...senyum lagi.
ayah saya memang tak kisah, tapi dia memang suruh jadi doktor dari kecik.
mak suruh amik PPC dulu masuk institut perguruan untuk jadi lect/ cikgu.

"ala...amik lah bahagian sains2..." mak saya berkata.
senyum lagi.
bukan saya tak minat mengajar. minat jugak. muka dah garang habis dah.
tapi tak ada rezeki saya ke arah itu.

saya minat bidang guaman. sebab saya paling minat subjek sejarah dan remembering facts! saya suka fire cakap orang, melawan cakap orang, since saya ni Allah beri kelebihan bercakap kot.... talkative. very talkative.
tapi tak ade rezeki juga ke arah itu. mungkin disebabkan tak jumpa/tak ada scholar yang MARA/JPA bagi untuk bidang guaman.

well actually sejarah dentistry ni bermula masa mock interview kat maktab dulu. in the list that time, nak jadi dentist, lawyer and nutritionist!haha kelakar je.
nak amik bidang ape yer? yang takpayah ngeri2 macam medic but still orang panggil kita doktor?
so dentistry lah yang menjadi pilihan.
setahu saya time buat mock interview tu, saya ngan acai jer yg konon2 nak jadi dentist.tapi ape kan daya, rezeki acai dia dpt SPC under UTP buat civil engineering pastu dia amik biasiswa JPA pulak lepas dapat result SPM. so tinggallah saya terkontang kanting further cita-cita in dentistry. insyaallah masih bertahan sampai sekarang lah....

dulu saya tak suka subjek fizik. serius nak lari dari subjek fizik lepas SPM. tapi masuk IB still kene amik fizik gak. tak boleh lari jugak..adehhhh
so apa course yang saya tak perlu nak amik medic, tak perlu mem'fizik'kan diri lagi *sangat2*,still dapat title doc, keje kt hospital, still dapat pakai coat putih comel tu, dan saya boleh belajar benda2 yang menggunakan fakta, takperlu thinking skill macam engineers tu?

JAWAPANNYA : DENTISTRY.

pastu, mase tu ade fikir jugak. ade orang cakap belajar dentistry ni susah. memorising things as well as tangan saya kene lembut. nanti nak main carving2, nak korek2 mulut orang. highly skill person la....tapi nanti kerja rileks jer, time blaja jer susah dari budak2 medic.*ni depa la yang kata*

pastu jugak kan, memikirkan saya nie pompuan, saya ni pulak jenis a family person. so kalau saya amik medic, dah terikat dengan housemanship...tahun bila saya nak kawen?*hoho... ni pemikiran 2 tahun lepas, time tu still bajet taknak kawen time study*

pastu bila jadi med doc, kene on call... bila jer saya ada masa yang banyak nak stay ngn family.. once i have my own family one day? oh no, saya bila ada anak nanti, kalau boleh saya nak spend time dengan dia. taknak harapkan bibik/ babysitter sangat. nak asuh dia dengan tangan sendiri kalau boleh. macam mak saya. bekerja tu bukan penghalang kan? *mimpi je lebih* <-----err..pendapat sendiri la. bukan nak kata pompuan tak sesuai jadi doc. ramai jer kan.....

dan....gigi manusia tu sangat comel bukan?

dulu2 punya sebab tu dah jadi sebab sampingan jer. now, main reason kenapa saya amik dentistry....

PALING UTAMA!

gigi saya yang ibarat baju xmuat wardrobe ni jugak yang menyebabkan saya nekad nk amik dentistry. gigi saya xcantik sangat susunannya. i meant bukan nak cantik2 sangat pun, but it cause me a terribly pain whenever ada sisa makanan terlekat. even lepas gosok gigi pun, still xboleh keluar. oh ya...wisdom teeth saya dah keluar 3 ketoi tau! so itu menyebabkan gigi saya sangat sakit,since mereka dah crash dengan rahang saya....*sounds scary?*

ohya, disebabkan xcukup ruang juga, 2 wisdom teeth sebelah bawah ni keluar secara horizontally. bukan vertically. haa....macam mana tu?
dan merekalah yang menyebabkan gigi saya sakit selama tempoh berhari raya yang lalu!
benda keras atau benda2 yang boleh membuatkan sisa makanan terlekat and susah nak keluar saya takleh makan time raya hari tu...sedih kan?

hari tu sebelum raya pegi hospital, mula2 ingat nak cakap ngn doktor suruh buang ja gigi tu. i meant cabut biasa sudahlah kan. tapi dia kata just boleh buang tu pakai minor surgery. dan advisable saya buat braces jugak.kisah braces jap lagi saya cerita. okey, selepas dihitung campur gigi yang perlu dikorbankan untuk buat braces dan buang wisdom teeth, semua sekali kena cabut 7 batang. hoho.....sanggup tak?

actually kan,braces ni memang dah lama saya nak buat, saya nekad nak tambahkan bilangan doktor gigi dalam sektor kerajaan since saya sendiri menjadi slaah seorang mangsanya dan berdepan dengan masalah apabila kerajaan kekurangan doktor gigi sekarang.

saya kena masuk waiting list for almost 3 years in order nak buat braces kat hospital kerajaan. bukan sebab kos jer, tapi disebabkan pakar orthodontik kurang kt sektor kerajaan! tu yang berkobar2 nak jadi dentist ni!

aha...dah tahu mengapa dentistry bukan?

Wednesday, October 27, 2010

being a dental student is a tough job man.

read this.
click aje kat sini.
then you'll know and never compare between a medic student and a dental student anymore.
you're being bias then if u still think being a medical doctor is even better and a noble job compare to become a dentist.
totally wrong.


tahukah anda...kalau anda sakit gigi, itulah sakit kedua yang paling jelas effectnyer selepas sakit nak bersalin *sounds hyperbolic?*

kenapa saya cakap macam tu?
fikirlah sendiri.

Saturday, October 23, 2010

THE CHOOSEN ONE.

selesai membaca pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul.
ada kawan saya yang cakap, this story is too good to be true.
tapi pada saya, sebagai seorang yang menulis dan meminati penulisan...
segala apa yang diceritakan oleh pengarang adalah secara tidak langsung merangkumi pengalaman hidupnya sendiri.
imaginasi mungkin memainkan peranan juga, tetapi pengalaman itu yang dapat memperincikan setiap bait kata yang dimuntahkan semasa proses mengarang.
itu secara amnya.
saya rasa itu memang kisah benar miliknya.
dan dari apa yang saya view gambar2 mereka di facebook, ternyata ianya tally seperti apa yang saya baca didalam buku tersebut. bukan sekadar imaginasi melampau semata-mata.
kebahagiaan yang sukar diungkapkan.
mungkin itulah hasil kemanisan yang sebenarnya.
siapa tahu jalan untuk mencapai kemanisan itu...
ranjaunya bukan mudah untuk diharungi?
wallahualam.

hati hanya mampu meluahkan.
Ya Allah.. bahagianya mereka.

menginginkan yang soleh, diri mestilah menjadi solehah terlebih dahulu.
kalau kita bersikap demand untuk mengejar sesuatu perkara...
mahukan yang terbaik sahaja dalam membuat pilihan...
mengapa kita tidak menyediakan diri kita sebagai salah satu pilihan yang terbaik juga?

mampukah aku menjadi antara pilihan yang terbaik itu?
sejauh mana aku telah benar-benar mampu memelihara diriku?
sejauh mana aku telah benar-benar mengaplikasikan janji Allah itu, supaya ia menjadi sebati di dalam diri?
sejauh mana keinginanku untuk berubah selari dengan perbuatanku?
ikhtilat masih huru-hara,
kuliah juga masih tidak terjaga sepenuhnya,
ujian mujahadah makin membahang terasa,
dakwah juga diperjuangkan supaya terlaksana...
namun apa yang telah ku kecapi sekarang?
dimana aku berada sekarang?
entahlah Ya Allah
Engkau Ya Alim....

aku khilaf Ya Allah.
Ya Afuw, Ya Ghaffur.
ampuni aku. tuntun langkahku Ya Rabb.
semoga terus terpelihara.
lisan ku ini kadangkala terluncur,
gerak tubuhku mempamerkan bahasa kadangkala ada yang mengguris sukma.
namun, semua itu bukan ku lakukan dengan sengaja.
mungkin aku masih belum bisa mengerti sepenuhnya,
namun usahaku takkan pernah berhenti begitu sahaja

Ya Allah,
kurniakanlah kesabaran yang tinggi buatnya.
menerima khilafku seadanya.
zauj yang bakal mengimami setiap solatku.
dating-mate yang halal buatku.
teman berhalaqah.
pelindung.
sesungguhnya aku dan dia sama.
PARA PENCARI JALAN-MU.

amin.

Friday, October 22, 2010

HADIAH BUAT HATI.

PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL.
by fatimah syarha mohd noordin.

already found it and its already mine right now.
im browsing thru it and i just cant stop smiling.

actually buku ni adalah compliment kepada novel DENYUT KASIH MEDIK
 nukilan dr. farhan hadi mohd taib. saya dah baca lama dulu dah.
tak kisah lah. tapi hati saya berbunga sekarang.

JADI SOLEHAH SEBELUM DAPAT YANG SOLEH.
fullstop.
:)

INI BUAT AYAH.

ayah,

dari kecil, kakak takut kat ayah. sebab ayah garang. sekali ayah jerkah, anak jiran sebelah rumah kita dulu pun sampai boleh demam. padahal masa tu ayah cuma jerit kt kakak ngn abang suruh balik rumah, sebab dah maghrib. dulu, kalau ayah jegil mata tu pun, kakak dah tak berani nak buat nakal macam-macam. sebab takut ayah pukul kakak. kakak ingat lagi, dulu ayah pernah pukul kakak dengan batang paip, sebab main air dengan abang dalam bilik air. kakak pernah sampai fikir dulu ayah tak sayang kat kakak. sebab kerja ayah asyik2 marah kakak, pukul kakak. tapi sebenarnya, dari rasa takut tu lah, boleh lahir rasa hormat kakak pada ayah. ayah tegas. bagi kakak, ayah tak macam ayah orang lain. ayah tak sayang kakak. sebab ayah orang lain tak buat macam apa yang ayah buat kat kakak.

masa berlalu dan kakak dah semakin besar. ayah, ingat tak waktu hari keluar result UPSR? pagi tu kakak sempat tolong ayah basuh kereta lagi. kawan2 lalu depan rumah dan jerit, " WEH, HANG DAPAT 5A!" . kakak tak percaya, tapi ayah suruh kakak stop tolong ayah basuh kereta, suruh pegi sekolah ambil result. memang betul, kakak dapat 5A. balik rumah, kakak bagitau kat ayah, ayah just senyum. tak ada ucapan tahniah, tak ada pelukan, tak ada ciuman dari ayah buat kakak. kakak tak kisah pun, sebab masa tu kakak asyik seronok lagi. sampai terlupa semua benda. kakak dapat tawaran ke STF, masuk asrama penuh. waktu dapat surat, kakak menjerit-jerit nak pergi. tapi kakak merajuk dengan ayah sebab ayah tak bagi kakak pegi. meluat kat ayah. ended up kakak duduk sekolah harian biasa.

3 tahun, akak ambil PMR pulak. tapi sepanjang 3 tahun tu, kakak sangat jarang dapat jumpa ayah. ayah keluar pagi2 lagi sebelum kakak bangun nak pergi sekolah, kadang2 ayah kerja malam. kena hari ayah kerja siang, kakak stay back kt sekolah. ada program. macam tu la life kita for almost 3 tahun. tak lama lepas tu kali ni lepas ambil PMR, akak dapat 8A pulak. kakak apply mrsm, sebab ayah suruh. ok fine, kakak pun apply. lepas tu bila dapat surat tawaran dari MRSM, ayah kata this time boleh pergi. akak hepi, tapi bila dah separuh jalan buat persiapan nak masuk MRSM, kakak rasa macam nak quit. sebab time tu kakak kesian kat ayah. ayah macam susah payah tanya orang sana sini, prepare everything untuk kakak, since yelah kakak anak sulung ayah. anak sulung nak masuk MRSM. kakak rasa mesti ayah bangga kan time tu.

satu malam, malam sebelum akak masuk MRSM, sambil kemas2 baju lipat masuk dalam beg. ayah datang duduk sebelah kakak. itulah kali pertama kakak rasa segan ngn ayah. mungkin kita tak pernah ada conversation macam tu kot.

" KAKAK TAU TAK KENAPA AYAH NAK SANGAT KAKAK MASUK MRSM?"

kakak jungkit bahu. tanda kakak taktau.

"DULU, AYAH DAPAT TAWARAN MASUK MRSM JUGAK. TAPI BUAT EXAM TAK LEPAS. SO XDAPAT LA MASUK MRSM. AYAH BANYAK MAIN2 SANGAT DULU. SINCE THAT DAY, AYAH AIM.... ONE DAY ONE OF MY GENERATION,MESTI ADA JUGAK YANG AKAN JEJAKKAN KAKI KE MRSM. SO U'VE FULFILL MY WISH. SEBAB TU NO MATTER HOW SUSAH SEKALIPUN, AYAH NAK KAKAK MASUK MRSM. SO KENA AIM HIGH UNTUK APA2 PUN." ayah senyum.

ayah...time tu kakak macam nak menangis. tapi air mata kakak tak terkeluar. since that kakak dah mula sedar, ayah sayang kat kakak. tapi ayah tak tunjuk yang ayah sayang kakak.kenapa?

sejak dari tu, sejak duduk asrama barulah kakak faham betapa tinggi pengorbanan ayah buat kakak. tak pernahnya time kakak mintak duit ayah tak bagi, tak pernahnya ayah tak belikan kalau akak cakap nak pakai buku tu, buku ni. tak pernah pun kan...ayah tak pernah paksa kakak belajar. ayah tak pernah paksa kakak buat benda2 yang kakak tak suka. 

kakak masuk MRSM, dua tahun lepas tu kakak ambil SPM. this time again, i make u smile again. i scored 9A! dipendekkan cerita, kakak dapat tawaran from MARA, sambung study dalam bidang yang kakak memang minat. and kakak tau, ayah nak tengok one day in our family, ada jugak yang yang bergelar doktor suatu hari nanti. sebab memang tak pernah ada pun dalam family kita macam tu before this kan ayah? family kita orang susah.sebab tu ayah gila2 strive suruh anak-anak ayah belajar betul-betul. again, waktu nak masuk tempat belajar tu... family kita ada big financial problem. sebab ayah baru lepas diberhentikan kerja. kakak rasa cam nak give up lagi sekali. cam nak cakap kat ayah. its ok, kakak masuk UM jelah. takpayah g kolej tu.

ayah marah kakak balik. ayah cakap, no matter what ayah akan hantar kakak ke situ jugak. final! kerja kakak belajar ja, selebihnya itu kerja ayah. tahulah macam mana ayah nak usahakan. itu kata ayah. kakak geram, ayah tak faham kakak. atau kakak yang tak faham ayah sebenarnya?

satu malam, kakak sembang dengan mak. baru mak bukak cerita. selama ni, ayah kerja keras nak support family kami. kerja siang malam, tak cukup tu, dia ambil overtime. time kakak dapat tawaran ke STF dulu, rupanya ayah tanya kat kawan2 dia. minta pendapat adakah anak seusia 13 tahun itu mampu hidup berdikari seorang diri apabila jarak jauh memisahkan kedah-johor? family bukan orang senang, kalau ada kecemasan siapa susah nak dtg menjenguk? AYAH RISAU. bila masuk MRSM, kakak punya elaun itu yang ayah peruntukkan lebih dari adik beradik yang lain. ayah bukan tidak adil, tetapi dia sekadar nak pastikan anak sulungnya itu tidak tercicir sedikitpun berbanding dengan dengan yang lain.

kali ni kakak menangis. kakak menangis semahunya dalam bilik sorang-sorang. 

akhirnya, dengan usaha ayah dan kemahuan kakak masuk ke kolej ni. kakak sangat tension. program kakak ni mencabar dan susah. tak larat kakak nak menangis. tapi ayah tak pernah lupa bagi support. ayah selalu cakap kena aim high. pernah satu malam, kakak text ayah. sebenarnya kakak segan nak cakap depan-depan dengan ayah. kakak cakap dalam mesej tu kakak mintak ampun, doakan kakak kuat kat sini. itulah kali pertama, kakak rasa ayah macam dah totally bertukar karakter. kakak rasa ayah dekat sangat dengan kakak. macam KAWAN. kalau dulu perasaan kakak pada ayah adalah TAKUT yang bercampur HORMAT , tapi sekarang kakak lebih hormatkan ayah kerana ayah dah jadi seorang AYAH...  macam kawan pada kakak... T_T

ayah tak macam ayah orang lain. yang tunjukkan kasih sayang melalui kata-kata. to you, action speaks louder than your words. bila cakap-cakap dengan ayah pasal benda serius. ayah gelak-gelak jer. walaupun time tu kakak tengah nangis ke cerita masalah kakak pada ayah. ayah tak pernah peluk kakak, tak pernah cium kakak or what so ever, tapi one day, kakak harap kakak ada keberanian nak buat macam tu.

ayah, semalam hari lahir ayah. 
kakak hanya mampu wish jer. kakak jadi kekok nak wish birthday kat ayah, sebab sejak kita tinggal berjauhan baru kakak faham and value this relationship very much. kakak tak pernah sekalipun bagi hadiah hari jadi kat ayah, sebab ayah takkan guna apa yang kakak bagi. ayah bukan macam ayah orang lain, boleh bagi tie, bagi wallet, perfume waktu birthday. ayah takkan pakai semua tu. tapi kakak tahu, kalau kakak hadiahkan ayah dengan buku2 agama, mengaji dgn ayah, solat berjemaah dgn ayah. time tu kakak rasa kakak boleh bagi ayah happy...

ayah, kakak tak pernah verbally cakap yang kakak sayang ayah. sebab kakak tahu ayah akan pamerkan reaksi yang tak ada apa-apa makna. namun akak tahu, jauh disudut hati ayah, ayah akan terharu bila kakak buat cmtu. tp kakak sendiri tak tahu bila kakak akan dapat kekuatan nak cakap cmtu kat ayah. sebab ayah, tak macam ayah orang lain...

no matter what, ayah lah satu-satu ayah yang kakak ada. tak ada ayah, mungkin tak ada kakak berdiri kt muka bumi ni.
terima kasih sebab dah besarkan kakak, sekolahkan kakak, beri didikan agama pada kakak, ajar kakak jadi anak yang solehah. tapi kakak mintak maaf kalau kakak tak mampu nak jadi anak yang baik buat ayah.


daripada : anakmu.






mood : composing saat sakinah menerpa part 2.
song : lafaz yang tersimpan -UNIC

Thursday, October 21, 2010

khairunnisa afifah?

SEBAIK-BAIK WANITA YANG TERPELIHARA...


sudah cukup terpeliharakah diri ini?
banyak lagi yang kurang.
terus cuba.
dan cuba.
cuba lagi.

jangan beri alasan!
kadangk-kadang tak sedar diri beri alasan.
asyik nampak salah orang lain.
diri sendiri lupa nak cermin.
astaghfirullah.
maafkan aku Ya Allah.


mood : IOC english + math statistics options topic
song : rahmat ujian- mestica

Friday, October 15, 2010

saat sakinah menerpa... part 1

SAAT SAKINAH MENERPA…

“Leya, nama aku naik kat notice board. Calon jadik naqibah…” keluh Hazrina perlahan. Dia tunduk memandang lantai bilik yang beralas tikar getah itu. Saat mendengarkan kata-kata yang terluncur dari bibirnya, aku ketawa berdekah-dekah. Roommate aku ni buang tebiat agaknya! Crime partner yang hari-hari menggila-gila sakan ngan aku ni tiba-tiba boleh dapat offer jadi naqibah! Hazrina memicingkan anak matanya ke arahku. Tanda dia minta keluhannya sebentar tadi dipandang serius.

                        “Leya, kau jangan gelakkan aku. Aku tak main-main ni, “ ujarnya tegas.

                        “ Weh, sorry. Aku tak berniat pun nak gelakkan kau. Cuma aku takleh bayangkan camner lah nama kau boleh tersesat masuk dalam list nama jadi naqibah tu? Kakak naqibah usrah kau tak bagitau dulu ke sebelum dia bagi nama kau jadi calon? “ tawaku masih bersisa. Hazrina sekadar menjungkitkan bahunya.

                        Namun, sungguh… aku tidak berniat untuk mengetawakan Hazrina. Cuma ia menjadi suatu perkara yang sukar difahami dan agak sukar untuk ku terima. Bukan apa, kerana aku mengenali Hazrina bagaimana orangnya. Dari segi cara dia berpakaian, bergaul dan bercakap, tidak langsung mempamerkan ketokohan untuk menjadi seorang naqibah. Faham- faham ajelah kan naqibah ni macam mana gayanya…

                        “ Aku bukannya tak sedia nak jadi naqibah ni wey. Tapi ada dua benda je yang aku rasa berat sikit. Kau tahu sendirilah aku ni macam mana. Sumpah aku cakap kau lah wey, dressing aku bukannya bertudung labuh macam Aliyah tu, bukan fanatik stoking  macam Izzah tu. Kau tengok lah sendiri aku ni macam mana Leya! Plus, gila ape naqibah ada boyfriend ? Mana aku nak campak si Hazim tu weh? Kusut la wey…” dengus Hazrina melepaskan perasaannya.

                         Berat jugak ni…desis hatiku. Sungguh, inilah kali pertama aku melihat wajah Hazrina setegang itu. Terbit juga rasa kasihan melihatkan Hazrina. Sementelah pula, ada juga benarnya kata-kata Hazrina sebentar tadi. Ditambah pula dengan menggalas tanggungjawab sebagai seorang naqibah, bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Tanggungjawab untuk mentarbiahkan orang dan menyampaikan dakwah itu suatu tugas mulia, namun berat untuk diharungi. Aku ni, tengok kakak naqibah aku pun seriau. Jauh benar beza antara dia dan aku. Tiba-tiba Hazrina bersuara.

                        “ Leya, actually aku tak habis cakap lagi kat kau. Ade benda lagi yang kena bagitau kau.” Hazrina berkata. Cuak pulak aku rasa!

                        “ Amende pulak dah kau ni. Bikin suspen jer minah ni…” aku pula terasa debarnya.

                        “ Aku rasa baik kau sarung selipar keluar dari bilik ni. Pergi tengok sendiri kat notice board tu. Kang aku bagitau kau tak percaya pulak. But trust me Leya, you’ll be surprised” Hazrina merenung iris mataku tidak dengan tidak berganjak. Aku tersentak sebentar. Jangan-jangan….

                        Aku bergegas keluar dari bilik dan menuju ke arah papan kenyataan blok Fatimah. Mujur tidak ada sesiapa disitu. Mataku melilau mencari sesuatu. SENARAI CALON NAQIBAH JUNIOR 2009/2010. Ya da jumpa! Puas ku teliti, Haz ni nak mengenakan aku ke? Aku hampir menarik nafas lega setelah ku melihat namaku tidak ada tertera dalam senarai tersebut dan meleretkan sebuah senyuman. Namun, senyuman itu tiba-tiba bertukar, dan dahiku berkerut serta-merta. Aku menjerit sambil menepuk dahi tatkala melihatkan namaku, NAYLI ADELIA ABDUL RASHID  berada pada senarai nama yang terakhir. Patutlah Haz cakap macam tu, rupanya nama aku pun sangkut sekali! Aku jadi naqibah? Oh no!

                        Rasa bengang? Oh no! Aku tak boleh terima! Apasal lah Kak Amilia boleh suggest nama aku ni? Dia tak tahu ke yang aku attend usrah tu pun sebab aku suka dengar dia membebel, bagi tazkirah. Bukannya aku yang suka bagi tazkirah. Namun  aku menjangkakan, ini pasti padah mulutku yang tidak pernah diam tatkala diskusi usrah pada setiap minggu. Ada saja mulut aku yang becok ni nak bertanya itu dan ini. Nah, sekarang ambik kau Leya!

                        Aku tersandar perlahan disisi papan kenyataan tersebut. Terlintas dibenakku ketika itu. Aku dan Fakhri… Bagaimana agaknya penerimaan Fakhri nanti? Boleh terima ke dia nanti, kalau dia dapat tahu yang girlfriendnya ni bakal ditarbiyah menjadi seorang naqibah? Oh my God!
__________________________________________________________________________________

                        “ Kak Amilia, Leya nak tanya sikit ni. Kenapa akak suggestkan nama Leya untuk jadi naqibah? Leya taknak lah kak. Leya nie bukannya baik sangat pun, serius  sangat tak bersedia . Bukan senang nak lead usrah ni kak. Banyak lagi yang kurang, lagipun Leya bukannya alim sangat pun. Leya tak macam akak. Lain benar kita ni. Orang macam Leya mana layak nak jadi naqibah” hujahku memberi alasan. Tak kiralah , kali ni aku aku harus member alasan yang meyakinkan suapaya aku dapat melepaskan diriku. Aku menuturkannya dengan berhati-hati. Bimbang Kak Amilia tersinggung denganku. Aku sayang pada Kak Amilia, malah sangat menghormatinya.

                        Kak Amilia sekadar tersenyum. Terselit kelucuan agaknya dalam hujahku itu.

                        “ Laa kak, Leya tak main-main ni” kataku pura-pura merajuk dengan reaksi Kak Amilia.

                        “ Okay Nayli Adelia yang akak sayang, akak nak tanya kat Leya ni. Kenapa yang Leya cakap Leya tak bersedia pulak ni? Cuba Leya bagitau akak, siapa je yang dalam dunia ni layak untuk kata dirinya kurang itu dan ini? Memang tanggungjawab yang tergalas dibahu orang yang nak berjuang di jalan Allah tu berat, tapi ganjarannya tu pun besar jugak. Akak pun dulu sama je macam Leya, rasa diri ni tak layak, kurang ilmu dan banyak lagi lah akak punya alasan dulu. Tapi akak redah je. Soal yakin atau ikhlas, hanya Allah je yang boleh menilai. Ingat tak apa yang akak pernah share dalam usrah dulu pasal golongan yang suka berdalih ni, semua tu taktik syaitan je tau leya. So jangan terpengaruh dengan kata hati sangat. Kadang-nafsu je tu” terang Kak Amilia panjang lebar.

                        “ Tapi Kak, serius Leya punya situasi ini sangat ‘lain’ dari situasi akak tu. Err… sebenarnya Leya bercouple. Mana ada naqibah yang bercouple kak. Camne nak jadi contoh kat orang, kalau kepentingan diri sendiri Leya tak boleh nak lepas lagi. Leya tak sanggup nak clash dengan boyfriend Leya. Since Leya pun tak ready, Leya ingat Leya nak back off jelah akak. Dalam kumpulan usrah kita ramai lagi yang ada bakat boleh jadi naqibah. Macam Humairah tu kalau jadi naqibah, Leya memang setuju sangat!” dalihku. Aku terpaksa berterus-terang punca dan alasanku mengapa aku tidak boleh meneruskan niat untuk menjadi naqibah kepada Kak Amilia.

                        “ Sebenarnya pasal Leya bercouple tu akak dah tahu lama dah Leya. Dan akak tak rasa itu boleh jadi masalah yang besar buat Leya nanti. Tak apa Leya, akak yakin Leya akan faham semua tu suatu hari nanti. Cuma sekarang Leya perlukan masa untuk betul-betul faham dan hayati semua tu. Leya, akak sayang Leya. Akak nampak Leya ada potensi yang baik dan berguna pada orang lain asalkan dapat disalurkan dengan cara yang betul.  Pasal Humairah, there’s something yang akak tak nampak pada dia, sungguhpun korang berdua yang paling aktif dalam usrah. Tapi Leya lain. Akak nampak sesuatu yang berbeza dalam diri Leya . Akak yakin sangat, akak dah buat keputusan yang tepat.  Lagipun akak dah bincang dengan Kak Anis. Dia pun cakap Leya bagus. Tak apa, Leya cuba dulu ya. Kalau tak boleh nanti baru quit. Tapi akak percaya, Leya takkan buat macam tu…” Kak Amilia mengusap rambutku perlahan. Kemudian dan menggenggam tanganku erat.

                        Aku jadi serba salah pada Kak Amilia. Sayang benar Kak Amilia padaku. Antara Kak Amilia dan Fakhri, serta diriku sendiri. Entah mengapa, hati ini menjadi sangat berat. Oh, sesungguhnya aku sangat benci apabila aku terpaksa memilih. Aku sekadar berkata kepada Kak Amilia, bahawa aku akan mencuba terlebih dahulu. Sumpah, hati terasa berat sekali, ibarat terhempap oleh batu-batu konkrit yang bergelar tanggungjawab. Antara tanggungjawab dan kepentingan diri, serta orang yang disayangi? Aku terasa diri seolah-olah menjadi keras dan statik. Sukar untuk aku membuat keputusan.

                        Takpa, kita tengok dulu apa nak jadi.

Wednesday, October 13, 2010

sweetnyerr~ saat lafaz sakinah


i wish my dad will say this words to my future husband one day...
perghhh.. terharu.sebak. feel appreciated as a daughter.

SAAT LAFAZ SAKINAH - FAR EAST

Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda
prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Tuesday, October 12, 2010

4:150-151

ya allah, cinta dunia memang ternyata ujian buat ana.
ana seolah-olah kelu ketika seseorang itu menyampaikan pesannya melalui surah an-nisa ayat 150-151.
ambil Islam secara menyeluruh.jangan beramal dengan sebahagiannya sahaja.
sambil didalam hati mula meyakini akan kebenarnya hujahnya, betul jugak kan...
kalau betul nak buat ikut syarak, amalkan secara seluruh,jangan ajar diri jadi selfish untuk ambil perkara yg rasa berkenan dihati je.tapi bila tak kena dengan apa yang kita nak, benda tu tolak ke tepi.
huish...kena betulkan yang biasa and biasakan yang betul....

ana benar-benar terpukul sambil memujuk semula hati untuk yakin bahawa ini adalah yang terbaik buat ana.
oh come on afifah, u can do it.
the deal still keep on moving. still on the right track.
kenapa perlu bersusah hati dan rasa gundah-gulana tentang perkara itu?

ana dah istikharah semalam.
ana yakin, Allah dah tetapkan jalannya begini.
ana nk senang dan bahagia di kemudian hari, jadi inilah pengorbanan ana.
sesungguhnya mujahadah itu memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.

surat cinta Allah yang ana dapat tu, ana akan tadabbur setiap hari.
nafsu menguasai, syaitan merajai itulah ketika dan saatnya ana perlu memperbanyakkan solat sunat ana.
ada hikmah kan semua ni terjadi?

dah jelas sekarang.
ana doakan yang terbaik sentiasa.
ana taknak jalan suci yang ana dah lalui tu, ana kotorkan balik dengan tangan ana sendiri.
untuk dapatkan arah ke jalan tu, bukan senang.takkan ana nak korbankan perkara yg lebih besar itu semata-mata kerana perkara kecil, yakni semata-mata mahu mengikut kehendak hati?

kalau ana buat jugak macam tu, itu tandanya ana berlaku zalim pada diri ana.
meletakkan sesuatu bukan kena pada tempat dan haknya.
namun ana berterima kasih Ya Allah, Kau sempat menarikku dari terus lemas dalam keresahan hati.
gara-gara syaitan!


Ya Allah
kurniakanlah maghfirah
permudahkan mujadahah
ku mengharapkan mardhatilah

al-quran itu akan sentiasa jadi peneman setia ana.
ana nak dakap dia walaupun kat mana-mana je.
insyaallah.
4 tahun lagi al-quran tersebut akan balik kepada tuannya.
insyaallah.
ana pun dah nekad kali ni.
mood ana dah okay balik dah.
bila dah boleh fikir. segalanya tak ada masalah.

now, back to IB stuff.
salam alaik.



mood : dah lega, tercurah juga rasa hati. kalaulah dia mengetahui. DA~
song : nantikanku dibatas waktu- edcoustic.

Friday, October 8, 2010

to-do-list

to-do-list

Physics Lab report Ohms Law
Physics Lab report EMF
Physics Presentation Nuclear Power
PAI Portfolio Munakahat
Math HL test
tutorial chem (organic chem)
TOK essay
IA math portfolio part 2
physics class

WEEKEND : BURN.

mood : baru baik demam.
song : unic- aisya humaira


Wednesday, October 6, 2010

saya,kamu dan pokok?

Tuhan mengurniakan kita penglihatan untuk kita mempelajari sesuatu

Bukankah the sign of the believers and knowers itu berlandaskan apa yang telah diciptakan oleh Allah? 2: 164

Lagu Maher Zain kan ada mention pasal benda ni… (Open Your Eyes)

Sewaktu saya scroll down balik latest puisi saya tu.

Tetibe Allah bagi ilham untuk menulis pasal benda ni.

Saya nak bercerita pasal sebatang pokok.

Dalam sebatang pokok tu, semestinya ia akan berbunga terlebih dahulu sebelum ia berbuah.

Dan ia mengambil masa dari sekuntum bunga itu untuk bertukar menjadi buah.

Untuk kekal subur, ia mestilah selalu dibajai dan disirami.

Namun jangan selalu menyangka, kesemua bunga tadi akan bertukar menjadi buah.

Kerana ada sebahagian daripadanya akan gugur ke bumi sebagai bunga.

Meski bunga tersebut bunga yang paling cantik pada awalnya.

Berbanding dengan sebahagian bunga yang tidaklah begitu cantik kelopaknya

Namun berjaya menjadi buah yang masak dan kemudian ranum isinya…..

Manis dan boleh mengenyangkan sesiapa sahaja yang memakannya.

Begitu jugalah kita. Ibarat pokok tadi.

Saya ibaratkan kelopak bunga tadi tu sebagai usaha nak bermujahadah memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Usaha dan keberkesanan hasil daripada bermujahadah itu ibaratnya buah yang perlukan masa untuk kita melihat hasilnya.

Namun, sementara menunggu masa tersebut… usaha mujahadah tadi perlulah dibajai dengan doa dan usaha-usaha lain yang boleh membantu usaha ke arah keberhasilan mujahadah tersebut.

Dalam pada itu, harus juga kita beringat…walaupun segala usaha telah dilakukan untuk melihat hasilnya..kita tidak boleh menjangka perkara yang akan berlaku..kerana semua itu ketentuan Allah.

Boleh sahaja mujahadah itu terhenti diseparuh jalan, gugur seperti bunga tadi…

Mungkin juga sahaja mujahadah tadi membuahkan hasil yang berbaloi… apabila bunga bertukar menjadi buah.

Dan bunga cantik yang gugur ke bumi tadi.. mungkin sebelum ini merupakan mujahadah yang kita jangkakan mungkin kekal bersama perubahan kita.

Mujahadah perubahan yang kita tidak pernah sangkakan itulah tiba-tiba nantinya akan lebih berjaya daripada apa yang pernah kita sangkakan... seperti bunga yang tidak begitu cantik kelopaknya. Itulah kuasa Tuhan.

Dan ia akan menjadi suatu kepuasan yang teramat sangat setelah hasilnya dapat dilihat suatu masa nanti.

Wallahualam.

Mood : lab report practical 28 DCP..hoho~

Song : tanpamu – in team

Tuesday, October 5, 2010

untuk kamu

Untuk Kamu.

*buat para mujahid yang berjuang melawan nafsu


Kadangkala Tuhanmu sengaja mendatangimu melalui ruang kelemahanmu

Ditemukannya dirimu dengan seorang wanita yang mencabar setiap kunci kelemahanmu

Wanita yang telah difirmankan menjadi fitnah terbesar buat dirimu

Wanita itu jugalah yang telah menjadi sebesar-besar sebab cinta dunia yang melalaikan

Wanita yang menjadi asbab mengapa kau memilih jalan mujahadah yang penuh cabaran

Menggores hati, menikam sukma,menyiat kesabaranmu


Supaya engkau lebih kerap merintih padaNya

Dia mencintai rintik tangismu padaNya

Supaya alunan bibirmu basah mengalunkan zikrullah

Dia mendambakan keikhlasan cinta yang kau perhambakan padaNya

Supaya engkau merenggangkan dirimu dari belenggu lagha dunia

Dia menarikmu untuk terus bertahjjud dan bermunajat padaNya

Supaya engkau terus bersujud menyerahkan cintamu padaNya

Dia rindu akan pengabdianmu terhadapNya

Dia ingin meyelimutimu dengan kasih dan cintaNya

Maka hamparan cubaan yang diberikanNya


Sesungguhnya manisnya kedatangan ujian itu

Mengiringi setiap usaha dan istiqamahmu

Kerana aku juga percaya

Pengakhiran itu lebih bermakna

Dari segala permulaan yang penuh cabaran

Kau kuat wahai sang mujahid!

Aku memerhati dengan penuh kesabaran

Moga penantian yang berbunga

Menjadi janji yang berbuah ranum di syurga Firdausi



Khairunnisa Afifah

Kolej Mara Seremban.

4 Oktober 2010.

akhir sebuah mujahadah...part2

Rayyan Izdihar. Benar kata Mama. Lelaki itu juga menjadi salah satu sebab yang mendorongku untuk berubah. Namun aku bukan berubah kerana dia! Izdihar hanya pemangkinnya sahaja, lewat peringatan serta tazkirah yang diberikannya tanpa henti-henti terhadapku.

Namun antara aku dan Izdihar juga ada yang menghijabkan kami, tidak kira bagaimana sekalipun sokongan dan dorongannya terhadapku, aku tidak lagi boleh membiarkan keadaan itu terus terjadi. Dia bukan muhrimku dan apabila perasaan yang aneh mula menjalar dalam diriku terhadapnya, aku cepat-cepat beristighfar dan berpatah balik ke jalan yang sepatutnya. Aku sedar yang aku mulai menaruh perasaan terhadapnya, dan begitu juga dia. Namun cinta dunia yang sungguh indah itu merupakan suatu bentuk ujian juga buatku dan darinya. Melawan perasaan dan menghindari hubungan yang haram disisi Yang Maha Pemberi Cinta… Mujahadah yang bukannya senang untuk kulalui, sementelah pula mujahadahku untuk mentarbiahkan Mama masih lagi memerlukan kekuatan yang jitu .

Malam itu, ketika segala-galanya terbongkar dan diketahui Mama…itu merupakan malam terakhir aku berhubungan dengan Rayyan Izdihar. Akibat terlalu letih ,aku tertidur didepan skrin computer dan segala kebenaran telah terhampar dihadapan Mama. Aku tidak pasti sama ada aku harus memberitahu Izdihar tentang perkara itu atau tidak. Setelah mendapat nasihat dari Najihah, aku cuba menghubungi Izdihar untuk mencari jalan penyelesaiannya.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Halily, izinkan saya untuk bertemu kedua-dua ibu bapa awak. Kalau awak tidak keberatan. Sebab saya rasa masalah ini ada kaitannya dengan saya, biarlah saya yang bertanggungjawab juga. Saya akan cuba untuk menerangkan kedudukan yang sebenarnya pada Mama awak. Mungkin saya boleh ambil pendekatan ini untuk memperbetulkan fahaman dia yang selama ini dianggapnya salah…” Rayyan Izdihar bersuara.

Aku jadi gugup. Namun aku memberanikan diri untuk mencuba nasib. Beberapa hari selepas itu, aku memberitahu Mama bahawa aku ingin menemukan Mama serta Papa dengan Rayyan Izdihar. Mama pada mulanya berkeras namun setelah dipujuk Papa, Mama mengalah. Aku bagaimanapun masih belum mampu untuk tersenyum . Hatiku masih belum lega kerana aku benar-benar khuatir akan penerimaan Mama dan Papa terhadap Izdihar.

Akhirnya hari yang dijanjikan itu tiba. Rayyan Izdihar datang ke rumahku. Sewaktu kedatangannya, aku menjadi tidak tentu arah. Aku tidak tahu sama ada patut atau tidak aku menunjukkan muka dihadapan Izdihar ataupun tidak. Aku jadi malu. Meski dia rakan sekolejku, namun antara aku dan dia tidak pernah bertentang mata, ataupun bercakap secara langsung dengannya. Medium penghubung antara aku dan dia cumalah melalui alam maya semata-mata.

“ Assalamualaikum Pakcik, Makcik…” Izdihar melangkah masuk ke dalam rumah lalu menghulurkan tangan kanannya kepada Papa. Mereka bersalaman. Papa hanya tersenyum. Dapat ku lihat riak wajah Mama yang sangat dingin. Papa mempersilakan Izdihar duduk. Papa duduk bersebelahan dengan Mama, dan Izdihar betul-betul duduk bertentangan dengan Mama.

“ Izdihar, makcik nak tanya elok-elok dengan kamu ni… apa yang kamu dah buat dengan Halily? Apa yang kamu dah rasuk pemikiran dia?” aku tidak sangka Mama begitu berterus-terang tanpa berbasa-basi.

“ Aisyah, kita ni nak berbincang elok-elok. Lagipun Izdihar tu tetamu kita. Sabar…” Papa memegang tangan Mama.

“ Baiklah, saya cuba taknak mengeruhkan keadaan lagi. Sebenarnya begini, saya cuma mengingatkan dia tentang kewajipan dia sebagai seorang muslimah. Main thing yang selalu saya katakan padanya, jangan berasa selesa dengan Islam yang sedang dia amalkan selama hari ini, kerana tidak semuanya betul. Saya ambil pendekatan menegur Halily dari segi rasional dan logik, supaya Halily boleh berfikir dengan sendirinya. Kesedaran dan tindakan Halily, itu bergantung kepada pemahaman dan kekuatan dirinya untuk berubah. Saya faham bagaimana situasi keluarganya, jadi saya cuma memberi panduan kepada Halily untuk dia mengatasi masalah yang sedang dia hadapi,” petah benar Izdihar berhujah. Aku yang sedari tadi mengintai dari celahan daun pintu kamarku, berasa benar-benar kagum mendengarnya!

“ Kenapa Halily yang kamu jadikan sasaran nak berdakwah? Sedangkan ramai lagi student lain yang serupa. Kenapa kamu tak approach sahaja mereka yang lain?” duga Mama.

“ Pakcik dan Makcik seharusnya berasa bersyukur, kerana mempunyai anak seperti Halily. Dia seorang gadis yang tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dia ada sekarang, malah berusaha untuk memperbaiki dan memperbetulkan dirinya. Sebagai ibu bapa Halily, memang Pakcik dan Makcik dah berjaya mendidik Halily. Namun janganlah disebabkan sedikit perubahan itu, Pakcik dan Makcik mempersoalkan tindakannya. Halily pun sudah matang, dia bijak membezakan antara perkara yang sepatutnya dia lakukan ataupun tidak. Nabi sendiri pernah berpesan, seorang Muslim itu haruslah menjadi seorang yang lebih baik dari dirinya yang sebelumnya.

Mengenai approach saya pada student yang lain, saya sebenarnya secara umum sering berdiskusi tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan dakwah, mostly dengan student di kolej saya dan Halily juga salah seorang daripadanya. Jadi soal approach atau tidak dengan student lain itu bukan isunya, kerana saya bukan Halily seorang sahaja yang menjadi mad’u saya. Lagipun saya percaya kepada niat saya untuk berkongsi ilmu dan selagi saya yakin apa yang saya buat tu tidak salah, insyaAllah segalanya tidak menjadi masalah” lontaran kata-kata Izdihar begitu baik sekali.

“ Tapi apa yang Pakcik tahu dari Makcik, kamu ada menyimpan perasaan pada Halily?’ tanya Papa pula. Aku yang mendengar hanya mampu menepuk dahi. Alamak… kenapalah Papa dan Mama ni direct sangat?

“ Yang sebenarnya, jujur saya katakan bahawa saya memang tertarik padanya. Namun itu fitrah manusia. Meskipun begitu, saya sendiri faham dan tahu antara saya dan Halily ada hijabnya. Jadi, saya sebelum ini memang dah berniat untuk menjauhkan diri saya daripada Halily. Malah saya sedang usahakannya sekarang. Saya tak mahu dianggap cuba mengambil kesempatan sebelum sampai pada masanya. Niat saya datang ke rumah Pakcik hari ni pun, untuk memperjelas kedudukan yang sebenarnya. Bukan semata-mata kerana Halily. Saya harap jelas segala penjelasan yang saya berikan pada Pakcik dan Makcik. Maaf seandainya ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan Pakcik dan Makcik. Sesungguhnya saya cuba sedaya upaya saya untuk menjelaskan agar Pakcik dan Makcik berpuas hati…” jawab Izdihar dengan sopan. Aduh, tertib sekali cara Rayyan Izdihar. Tidak mustahil satu hari nanti dia mampu memenangi hati mad’unya dengan nasihat dan tutur katanya yang penuh hikmah.

“ Izdihar, maafkan Makcik. Sebelum ini memang Makcik ada tanggapan buruk pada kamu. Dari cara Makcik tengok kamu, Makcik percaya kamu orang yang baik. Teruskanlah berkawan dengan Halily. Makcik tak larang. Bimbinglah Halily. Asalkan masing-masing tahu dan pandai menjaga diri…” Mama tiba-tiba bersuara. Aku tersentak. Seolah-olah terasa seperti dipanah petir! Mamakah yang berkata sedemikian? Kutoleh ke arah wajah Papa. Tidak ada riak-riak membangkang dari air muka yang dipamerkannya.

“ Terima kasih atas kepercayaan itu Makcik,Pakcik. Tapi saya rasa Halily dah cukup kuat untuk membawa tarbiyah dalam dirinya. Saya akan serahkan segalanya pada dia secara total untuk membina jalan dakwahnya. Sekadar menyokong, saya doakan sajalah yang terbaik untuknya. Lagipun, saya dah cakap tadi. Saya takut timbul perasaan yang tak sepatutnya bukan kena pada tempat dan masanya. Sampai pada masa yang sesuai, insya Allah saya akan datang ke sini kembali bersama dengan orang tua saya. Tapi buat masa ini, biarlah keadaan macam ni dulu. Bukannya apa, saya takut disebabkan itu, terhalang jalan dakwah saya. Hati ni perlu dijaga Makcik…” Izdihar memegang dadanya dan tersenyum ke arah Mama.

Selepas itu kulihat mereka berbual dengan begitu rancak sekali. Izdihar bijak menarik dan menjentik titik keserasian dalam hati Mama dan Papa. Aku bersyukur. Sangkaanku pada mulanya ternyata meleset. Malah, ia terjadi luar jangkaan ku, malah lebih baik dari apa yang aku jangkakan. Aku keluar menghidangkan minuman kepada mereka. Seboleh-bolehnya aku cuba untuk menundukkan pandanganku terhadap Izdihar. Segan pula rasanya. Tidak lama selepas itu, azan Isyak berkumandang. Rayyan Izdihar meminta izin untuk solat dirumah itu lalu dia bangun dan menuju ke arah bilik air untuk berwudhuk.

Malam itu, setelah sekian lama rumah itu tidak berseri dengan solat jemaah, solat kami sekeluarga pada malam itu diimamkan oleh Rayyan Izdihar. Terasa syahdu sekali alunan suaranya mengalunkan tarannum. Aku hampir tidak khusyuk dibuatnya. Perasaan yang sama melewati hatiku setiap kali dia menjadi imam mengetui solat di kolej. Bacaan doanya juga begitu mengasyikkan aku. Namun aku tidak terlepas berdoa untuk mendoakan, supaya Allah membuka pintu hati Mama dan sekaligus menentukan jalan yang terbaik buat aku dan Izdihar. Setelah selesai solat Isyak, kami menikmati makan malam bersama dan selepas itu, Rayyan Izdihar meminta diri untuk pulang.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Pagi itu aku agak tergesa-gesa berkemas. Aku mahu pulang awal ke kolej, apabila memikirkan ada tugasan yang perlu segera kusiapkan. Setelah siap berkemas, kakiku menari-nari turun memijak anak tangga dan menghampiri dapur, hajatku mahu menolong Mama menyiapkan sarapan.

“Lily, tolong Mama hidangkan sarapan ni kejap. Mama nak naik atas bersiap. Lepas sarapan, Mama dengan Papa akan hantar Lily terus pulang ke kolej…” arah Mama. Aku menuruti perintahnya.

Aku mencedok bihun goreng ke dalam mangkuk besar dan meletakkanya di atas meja makan. Ku terlihat kelibat Papa yang sudah sedia menunggu di hadapan meja, menantikan sajian sarapan. Aku bergegas semula ke dapur untuk mrmbancuh kopi dan mengambil pinggan untuk dibawa ke meja makan. Namun kali kedua aku menghampiri meja makan, Mama sudah sedia duduk disebelah Papa. Seolah-olah hampir terlepas dulang yang berisi pinggan dan teko kopi yang kutatang, apabila terlihatkan Mama. Perlahan aku menghampiri meja makan tersebut, meletakkan dulang tanpa sedikitpun mataku berkelip memandang ke arah wajah Mama…

“Alhamdulillah Mama…” aku mengalirkan air mata kegembiraan lantas memeluk Mama. Mama membalas pelukanku. Terima kasih Ya Allah! Kau mendengarkan permintaanku! Mama telah bertudung labuh kini Ya Allah… hidayah Allah telah sampai kepada Mama. Allah sudah mencampakkan perasaan keinginan dan pemahaman itu kedalam hati Mama.

“ Lily… Mama mungkin tak sempurna lagi menutup aurat. Kalau ada apa-apa yang perlu nak tegur Mama, nanti beritahu Mama ya?” Mama mengesat air matanya. Aku manggangguk laju. Aku benar-benar gembira!

“ Anak beranak ni buat drama lah pulak depan meja makan ni… sudah-sudah, kejap lagi sebelum Papa hantar Lily balik kolej, kita singgah mana-mana butik yang jual tudung dan busana muslimah. MY treat today…okay? “ seloroh Papa. Berderai ketawaku dan Mama.

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih juga buat Rayyan Izdihar. Tidak sabar rasanya aku mahu mengkhabarkan berita ini kepadanya. Sesungguhnya benar kata awak pada saya, Izdihar… permulaan cabaran memang susah dan tidak kiralah apa pun caranya…pengakhiran itulah yang lebih bermakna. Mujahadahku untuk mentarbiyahkan Mama ternyata tidak sia-sia. Meskipun aku faham bahawa Mama masih perlu masa untuk berubah, namun sekurang-kurangnya kesedarannya ke arah itu sudah ada. Azamku, aku mahu terus mentarbiyahkan lebih ramai orang yang kusayangi selepas ini, setelah ku merasai sendiri nikmat kemanisan yang Dia berikan apabila mampu tersenyum puas melihatkan perubahan dari tarbiyah yang telah diusahakan dengan penuh sukar…. Buat Rayyan Izdihar pula, biarlah Allah sahaja yang menentukan. Yang ku pasti kini, hatiku sedang tersenyum girang.

 
Images by Freepik