Pages

Thursday, November 4, 2010

apabila harus memilih ANTARA DUA.

dikala orang lain sedang sibuk mempersiapkan diri untuk final yang bakal berkunjung tidak lama lagi...
saya pula keluar pergi daurah syahadatul haq pada hujung minggu ni. 
esok juga ada dakwah praktikal disekitar jalan TAR Insyaallah.


berdakwah praktikal?
macam agak mencabar kredibiliti sebenarnya. mengedarkan risalah sambil menerangkan dan menghampiri kumpulan-kumpulan masyarakat yang berbagai-bagai ragamnya. ngeri? takut? cuak? oh mestilah. ni pengalaman baru kot. dah 'ter'masuk dalam satu lagi cabang dakwah yang tidak semua orang diberi peluang untuk melakukannya. tapi bila dah diberi peluang, seteguh manakah kekuatan untuk melaksanakannya? kita tengok sahaja esok macam mana. moga Allah mempermudahkan segala urusan.


risalah kumpulan saya adalah mengenai AURAT. isu yang agak common kebelakangan ni. memang dah selalu sangat diperdebatkan. hati masih berdebar tatkala memikirkan esok semuanya harus bergerak secara perseorangan dan membuat approach secara sendirian... sesungguhnya tanggungjawab dakwah ni memang berat rupanya. tapi bila dah nama pun tanggungjawab, kena belajar juga laksanakan ikut kemampuan diri. cuma nak membuat sesuatu yang baru, tentulah berdebar. sebab belum biasa.


tapi tadi sewaktu baca buku yang seorang sahabat pinjam dari ustaz - CINTA DI RUMAH HASSAN AL BANNA.  nipis. tidaklah terlalu tebal. agak terkesan jugak lepas membacanya *walaupun sekilas lalu sebab sekadar ambil nak tengok-tengok2 je*. saya tertarik dengan satu kata-kata dari beliau sendiri dalam tanggungjawab berdakwah.

" AKU INGIN SEKALI MENYAMPAIKAN DAKWAH INI KEPADA JANIN YANG ADA DI DALAM PERUT IBU MEREKA..."

Imam Hassan Al Banna


sedangkan baru janin, Imam Hassan Al Banna dah target nak berdakwah. kita ni? kepada manusia lengkap sempurna depan mata pun , entahkan tidak kita boleh berdakwah dengan berhikmah kepadanya. memanglah kalau nk compare diri kita dengan imam tu tak sama, tapi sekurang-kurangnya semangat dan matlamatnya boleh kita ambil jadikan pendorong nak buat kerja dakwah. kan?


daurah syahadatul haq?
invitation dari kakak usrah. tidak semua orang berpeluang menyertainya. kata seorang akhwat, program ini adalah fasa paling penting selepas menghadiri Ini Sejarah Kita (ISK), Ini Peranan Kita (IPK) dan Syahadatul Haq (SH) adalah program fasa terakhir. hati berat juga kalau tak pergi. sebab saya dah follow siri-siri sebelumnya. kat sini lah teruji dengan harta benda sikit bila nk berjihad buat sesuatu di jalan Allah. tambang nak pegi dan balik dari Bangi nanti. agak kesempitan wang. bukanlah sempit sangat, cuma budget yang telah diperuntukkan agak lari sedikit.


sesekali hati berbisik, mengapa harus berdalih-dalih dan mencipta alasan... dulu zaman para sahabat menginfakkan harta di jalan Allah, ada mereka mempersoalkan apa-apa ataupun berasa gelisah?
kenapa saya tak cuba berfikir begitu ya? semua gara-gara hembusan kelalaian dari syaitan semata-mata.


selepas itu...yang menjadikan hati keluh kesah?
ini memang betul syaitan benar-benar nak buat trick.


bila tahunnya buat homework?
bila masanya nak study?
dah la test tak perform, academic hearing dah kena panggil berapa kali dah.


memanglah kerja rumah tengah bertimbunan untuk dihabiskan.
deadline hari isnin ni : TOK essay dan Math mindmap topic dari SEM1-SEM3
dengan test chemistry lagi.
guess what? progression sangat slow untuk menghabiskan kerja-kerja yang dinyatakan seperti di atas.
tapi insyaallah nak habiskan juga setakat yang termampu!


mungkin sesetengah orang akan mengecam hebat tindakan ni.
mungkin ada yang berkata.... 




"buat sangat kerja-kerja macam ni sampai study stuff letak tepi..."


"kau pegi salah satu program dah la...gatal nk pegi dua2 program ape hal?"


"kot ye pun agak2 la nk keluar ikut usrah ke ,daurah ke,hape ke... nak exam dah ni..kalau aku la...mesti parents aku tak bagi..."


saya mula-mula rasa berat hati nak pergi daurah ke Bangi. sementelah pulak, duit poket yang ada semakin berkurangan. saya istikharah, minta Allah buatkan pilihan untuk saya. supaya saya lebih yakin. tapi tak dapat sebarang petanda. malah, apabila disuakan info mengenai kedua2 program, hati saya tidak membantah.
adakah itu petanda Allah sudah memilih saya untuk pergi ke dua-dua program?


wallahualam.


saya buntu juga. kerja rumah? study itu proriti? dakwah dan buat kerja dijalan Allah? semuanya menunjal persoalan di fikiran saya. konflik dalaman yang agak hebat ni. antara study, tanggungjawab sebagai pelajar, tanggungjawab sebagai manusia yang ingin bermujahadah di jalan Allah...aduh mengapa?


syaitan membisik. menghasut yang bukan-bukan. juga harus dilawan dan ditentang habis-habisan. ya Allah...saya berada dalam keadaan yang sangat tegang dan dilema yang kritikal. namun saya tetap teruskan niat untuk pergi ke dua-dua program. mujur juga ada  akhwat yang lain juga membuat keputusan yang sama. secara tidak langsung merasakan diri ini tersokong dan kekuatan hati serta keyakinan itu lebih pasti untuk ke Bangi. namun ada lagi yang lebih penting dari itu. kerana apa?


saya yakin janji-Nya.


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(muhammad : 7)

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
(at-taubah: 38)




biarlah hati ini pergi dengan tidak rela meninggalkan assignment di kolej, namun kalau saya yakin dan berniat lillahi Taala. saya yakin Allah akan beri kekuatan dan permudahkan segala urusan saya. Allah sendiri dah berfirman dalam surat cintaNya. siapa saya untuk menyangkal?saya harap ini yang terbaik buat saya. saya yakin Allah beri yang terbaik buat saya. saya boleh buat! saya mampu! 


Ya Allah kurniakan aku keyakinan itu!




sesungguhnya aku ini PENCARI JALANMU YA ALLAH.

2 comments:

  1. awak awak awak! miss u too :')
    sori xrply ym hri tu.i got class tht tme

    ReplyDelete
  2. haha...takpa aih..aku igt td nk post something kt hang ngn shak. tp aku delete blek.heheh. letak pic time kta webcam ngn laptop shak kt psp time kt mktb dulu.

    ReplyDelete

 
Images by Freepik