Pages

Friday, November 5, 2010

dakwah itu berat rupanya.

salam alaik.
baru jer sampai balik ke kolej dalam sejam yang lepas.
tapi bersemangat nak update blog cerita pasal experience waktu dakwah praktikal di KL petang tadi.
alhamdulillah, urusan dah selesai. 
moga allah memberkati usaha itu.
doakan juga ya!
amin~

bertolak dari KMS around 830 pagi tadi. sampai di masjid negara buat solat dhuha dan ada sedikit taklimat dari ustaz sofi mengenai approach kepada orang ramai.
time tu baru hati mula rasa berdebar. ya Allah, bolehkan aku buat kerja ni?
takpa2 apa pun dah sampai ke sini, separuh jalan dah. berdoa terus supaya hati tetap cekal sehingga petang menjelang.
selesai taklimat tu, ada lawatan ke muzium kesenian islam. takda benda sgt pun nak shopping.

lepas naqib2 siap solat jumaat, kami bergerak dari masjid negara ke KTM yg terdekat dengan masjid negara. kali ni dah ikut kumpulan la. sebab dah dibahagikan kepada 4 kumpulan tempat iaitu SOGO, kompleks pertama,KTM dan Jalan TAR. *hoho..takdapat g jalan TAR...sobs3* . ana dapat task untuk sebar pamplet kat KTM.

kumpulan ana ada 8 orang naqibah dan 4 orang naqib. punyalah kering depa ni. takat gitu2 ja dengan muslimah. memang jaga ikhtilat. ni memang ana respect. baguslah depa ni. grup ana ada ketua naqib sekali, farhan, haris, azam, syafiq, ayu, ain, sara, bella, nana, mai, farhah dan ana sendiri. kami bergerak dari masjid negara selepas dah bahagi kawasan, jumlah pamplet yang nak diedarkan, kad kolej dan soalan survey. ana partner dengan farhah untuk approach publics. farhan imamkan baca doa permudahkan urusan, dan kami pun berjalan lah ke tempat yang dimaksudkan. muslimin jalan kat depan, muslimat follow jer kat belakang. communication lebih2 takde langsung. memang terjaga. serius tabik. belum apa-apa lagi, time tengah berjalan ke KTM, kasut ana dah buat hal. tercabut tapak. adehhh~ nasib baik tapak yg kt blakang tumit tu je, so ana cabut dan buang.

insiden semasa melintas jalan. muslimin laju jer menonong jalan kat depan. ana tetiba je jadi takut nk lintas jalan kt KL tu. sebelum ni main redah je takde pape. hoho... lintas lah jalan.sambil tarik tangan sara. maaf yer sara...hehe

sesampai kat KTM, suasana lengang. takde orang perempuan sangat. yang muslimin selama dek jer boleh approach orang. so, kami yang geng muslimat ni decide nak naik KTM g ke KL sentral. so that orang lagi ramai and senang nak approach. masa tengah tunggu koc, saya ajak farhah untuk approach orang yang pertama. seorang akhwat bertudung labuh dan berstokin, moga2 harap dapat feedback yang positif dari dia untuk hilangkan kecuakan diri yang melanda. so g jelah approach...

"assalamualaikum kak, ada masa tak. boleh ambil masa sikit tak?"

" takde masa. penat.penat lah..."

"err... takpelah kalau camtu, kitorang nak bagi pamplet ni jer"

"eh taknak lah.taknak." *sambil muka paling ke arah lain. tak senyum langsung. dah la masa bercakap pun tak tgk langsung muka kitorng*

kitorang pun pergi lah dari situ. 1st trial. failed. farhah berkata kat ana : lisa, farhah rasa macam nak nangis lah. tak sangka lak macam tu respon dia. ingiatkan rupa and gaya cam dah sefikrah dengan kita. *muka farhah dah berubah tone*

ana cakap balik kat farhah : takpe farhah! jom gerak g KL sentral!

serius time tu sebenarnya dalam hati tersentap juga bila 1st approach dapat respon yang tidaklah begitu baik. tapi takkan nak nangis juga. lagi down lah si farhah. ana buat-buat jelah cool. tapi mak dah cakap, memang risiko direject serta merta tu akan terjadi pun. so tahan sental sajalah kalau nak buat kerja dakwah camni.sobs3....

dalam kepala time tu fikir...mungkin macam ni lah penerimaan and kesukaran nabi nak berdakwah kat orang. ya Allah... ana baru kena jentik sikit je ni.takpe2 , buat je.. Allah counts every single thing that we did!

dah sampai kt KL sentral. kitorang berpecah. ana jalan ngn farhah bersama 20 pamplet, 12-13 kad kolej dan 3 kertas survey untuk diberikan kepada orang ramai. ana makin cuak. sebab orang ramai gila kt KL sentral! ana pulak memang akan ada this kind of feeling, rasa inferior and rasa takut takut orang awam kalau dah ramai-ramai camtu. 

2nd approach kitorang kat seorang akhwat. *oh ya tajuk kitorang regarding aurat, so mmg kitorng target kat perempuan je* pakai niqab. terdetik dalam hati mesti akak ni cantik gile, sebab tgk mata dia pun memang cantik. alhamdulillah dapat feedback yang baik dari dia. malah bg support lagi kat kitorng nk habiskan lagi berapa belas pamplet yg masih ada time tu. alhamdulillah walaupun ada yang menolak , namun respon yang menerima tu tidak lah begitu mengecewakan. pamplet kitorng habis setelah berpuluh2 kali tawaf di KL sentral!kad berbaki dengan 5 kad. serta soalan survey ada 1 tak sempat nak buat. pencapaian yang ntah lah nak ukur camne..hoho~

around pukul 430 petang haris dah call. suruh kumpul balik pukul 5 kat masjid negara. so kitorng pun kumpul-kumpul lah balik dari KL sentral nak balik ke KTM KL. waktu tgh tunggu koc pun, bella sempat bagi pamplet kat kakak yg berdiri kt sebelah dia. dah la berdiri exact line kuning tu. bella oh bella.... time kt dalam koc, bella hulur 3 pamplet dari grup dia dan suruh ana pass kat ada 3orang perempuan kt blakang ana sambil senyum-senyum n gelak-gelak. ish, sabar la bella. bila ana pusing belakang nak bagi pamplet, tgk2 diorang dah ada pamplet. mai yg bagi. bella nampak lak tu mai dah bagi pamplet tapi saja nak kena kan ana... bella!!! grrr~ 
*malu2*

dah la termalu dalam koc tu gara-gara bella...pastu tgh on the way nak berjalan balik ke masjid negara, tengah cakap ngn haris on call time tu tanya kitorng kat mana, boleh pulak kaki tetibe tercramp! adoyai...ini mesti kes tawaf banyak kali tadi...terhinjut-hinjut la jalan. nasib baik dah dekat ngn masjid negara dah. dari jauh dah nampak dah geng2 muslimin tengah duduk2. yang lain2 belum sampai lagi dari destinasi diorang. sebab semua akan kumpul balik kat masjid negara.

around 615, semua dah sampai and selesai solat asar. ada sessi wrap up and sharing session kat dalam masjid mengenai program tu. best grup menang kat kumpulan umar and munawwarah, leading team kat SOGO. diorang dakwah pasal isu murtad. banyak juga perkara yang ana dapat from dakwah praktikal ni. rasa macam nak suggest je jadikan program ni program tahunan untuk para nuqaba'. nuqaba'2 junior ni pun kene train camni gak kot. *camne lah adik usrah ana si miza ngn nabila tu nanti...takleh nak bayangkan*

lepas selesai program, dah tutup majlis dan nak bergerak ke bas untuk pulang ke KMS semula, ana nampak farhah macam baru lepas menangis. ana peluk farhah. semua dah selesai. pengalaman ni bukan semua orang dapat, cuma Allah dah beri peluang untuk rasakan sendiri keperitan erti berdakwah. bangga dan seronok dengan diri sendiri. rasa macam satu pencapaian baru bila Allah kurniakan kekuatan nak berdakwah macam tu. andai diberi peluang sekali lagi? mampu kah ana melakukan sedemikan rupa...atau lebih baik lagi?
lepas tu fatimah azzahra pula datang peluk ana and kata :

"  i just remember what u've said before about those muslimah yang pakai tudung labuh. AWAK SANGAT ANTI DENGAN MEREKA DULU KAN? now just look at you. u look sweet being among them. believe it lisa, u are a part of the group that u've once banned from ur life before..."

ana taksuka lah anti fatimah! buat ana nangis lagi..bukan senang nak berubah. now dah jadi macam ni. doakan jelah ana banyak2 ye. itu je yang mampu keluar dari mulut ana.hoho~

a quote for all blogger readers, especially for those so-called muslims! 

"ISLAM IS NOT WHAT MUSLIM DO, BUT WHAT ALL MUSLIMS SUPPOSED TO DO!"

*takbir!*

17 comments:

  1. izzad afif >> salam alaik. dalam senarai pencalonan ade lah. since hari tu diorng mintak calonkan nama adik2 setiap usrah. tp biasanya calon mmg akan jadi naqibah lah next year.insyaallah.

    aeisyah yazeedah >> insyaallah cah. serius bukan senang nak buat. esok nk buat benda lain pulak. moga allah permudahkan!

    ReplyDelete
  2. http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/2458/far-east-menanti-di-barzakh.html


    syukran..salam 'alaik..

    ReplyDelete
  3. izzad afif>> syukran atas peringatan. lagu ni ada je dalam playlist ana dari last year. why dont u try to find eren- taubatku. best jgk tu.

    ReplyDelete
  4. subanallah...
    T_T..
    owh, tersntuh...

    indahnya!
    Yang buat kerja ni, Allah yang pilih,
    dan yang jadi responden pun, Allah yang pilih.

    huhuhu..
    indah2...
    go for it lisa!!!!!!
    nk share 1 ayt,
    mungkin voleh jadi penguat utk lisa.=))

    "Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah MEMILIH kamu dan Dia TIDAK MENJADIKAN KESUKARAN untukmu dalam agama.." [22:78]

    TT_TT

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..
    moga dpt peluang mcm ni lagi..

    ReplyDelete
  6. my advice is ; just don't give up.
    is it a 1st time experience?

    ReplyDelete
  7. wahida >> terima kasih ida! betul apa yang ida cakap tu. cantik kan aturan allah?

    aimack >> yeay, lama aima xkomen kt blog saya!hehe insyaallah, kalau ada rezeki dan peluang lagi lepas ni, selagi mana ada tanggungjawab. da'wa never stops right?

    arqiu >> yup, my 1st experience. allah is the best planner. i never thought before that i'll be in this kind of group. thanks again 4 da advice!

    ReplyDelete
  8. ktorang budak tesl pnah buat sociological research,
    lebeyh kurang cmni cume tajuk je berbeza.
    susah kan? sobs ;(
    but after all, it's worth it!
    at least dpt experience ;D
    and experience kne reject tu plg sadis kot hahha.

    ReplyDelete
  9. leya >> yups, when it comes to approaching people...lagi2 pulak publics memang lah susah! but worth it la kan? takkan kita buat benda susah2 tp ganjaran tak setimpal yang allah nak bg kan??kan?

    ReplyDelete
  10. ya Allah, lisa. kagum bebenau sy ngn usaha awk. keep it on.

    as a remainder to myself too,
    jangan terlalu gopoh untuk orang tu berubah. step by step. kalau terlalu mendesak. takut mad'u lari.

    insyaAllah.

    all the bestt!

    ReplyDelete
  11. najib>> doakan saya terus tsabat ya!hidayah milik allah kan najib, kita ni jd wasilah je. sampaikan sehabis baik, soal penerimaan seseorang itu...kita tak tahu kan...

    all the best to u too kt jordan!

    ReplyDelete
  12. Bangga sangat.bangga yang tak terkira.nak peluk jugak!rase nak nangis.tak taulah kalo kitorg sekuat korang kalau disuruh buat bende yg same oleh ustaz
    rindu nak jumpa korang =(

    ReplyDelete
  13. kak farahhh~!!!!
    lisa seronok sgt ade adik2 usrah skg...! kak farah..serius lisa rindu kak farah. bila la boleh jumpa lg, usrah same2 lg.. nak nangis!

    ReplyDelete
  14. best kan ade adik usrah? mcm tula ktorg rase dulu. =) tp kalo berusrah lg lpas ni kte nak dgar je, korang je lah yg do the talking.hehe. be strong lisa.masyaAllah, korang memang hebat! selamat hari raya 'iduladha!

    ReplyDelete
  15. salam 'alaik lisa :)

    rasanya kita pernah jumpa, tp x cam muka...
    aishah kmb, mpp :p

    dakwah tu mmg berat, sgt sebabtu kena kuatkan hubungan dengan Allah... jaga mutabaah amal taw, insha ALLAH dpermudahkan segala
    dakwah menjadikan kita sedar bahawa pertolongan Allah itu sentiasa :)

    kerana dakwah itu bukan pilihan, aku doakan kita semua tsabat, ameen

    ReplyDelete

 
Images by Freepik