Pages

Friday, December 10, 2010

saat sakinah menerpa... part 4

“ Leya, tak payah la kau menangis lagi. Kau menangis air mata darah sekalipun, masa takkan terputuar kembali. Fakhri takkan kembali pada kau. Dia dah sakitkan hati kau macam ni sekali. Ada la hikmah yang Allah nak bagi kat kau. Kau tabah ye… aku taknak la tengok kau down macam ni hari-hari…” ujar Hazrina sambil mengusap lembut belakangku.

                        Aku hanya membatukan diriku dibirai katil. Tunduk. Aku tak mampu menghadapkan wajahku ke arah Hazrina. Aku tak mampu menghentikan air mataku. Hatiku benar-benar sakit diperlakukan sedemikian rupa. Fikiranku benar-benar kusut sekarang. Bahuku terhinggut-hinggut menahan tangis. Hidupku benar-benar huru-hara. Study bercelaru, hidup tak terurus. Sudah beberapa hari nasi tidak menjengah kamar perutku. Aku jadi tidak ketahuan.

                        “Aku dulu macam kau jugak la Leya, time Hazim clash dengan aku dulu… Siapa tahu? Siapa peduli? Siapa perasan aku nangis sorang-sorang tiap-tiap malam nak tidur? Aku rindu kat dia. Even hari-hari berselisih,bertembung kat kolej… dia seolah-olah anggap aku ni macam tak wujud. Sakit hati aku Leya… Pernah sekali tu aku tidur, pastu terjaga sebab termimpikan dia. Aku menangis Leya. Aku bangun terus tahajjud. Menangis kat Allah. Aku tak tahu berapa gelen air mata aku dah tumpah gara-gara Hazim. Aku tengah jihad nak buang perasaan tak sepatutnya pada Hazim, Leya. Kalau Hazim boleh buat macam tu, tak mustahil aku boleh buat benda yang sama. Benda tu bukan senang nak terima. Bukan senang nak buat.  Slow- slow kena try. Sebab aku yakin setiap yang berlaku tetap ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan. Aku yakin ada something yang Allah nak bagi kat aku bila dia campakkan perasaan dalam hati Hazim bila dia buat macam tu kat aku. So same goes to you, Leya. Lambat laun nanti kau akan nampak hikmahnya kenapa Allah takdirkan Fakhri buat macam ni kat kau…” pujuk Hazrina perlahan. Mendengarkan nama Fakhri disebut, hatiku makin tidak keruan jadinya.

                        “Aku sayang dia Haz! Tergamak dia buat macam ni kat aku??” jeritku. Aku bagaikan disampuk. Emosi tahap kritikal. Aku tak mampu bertindak secara rasional lagi.

                        “ Astaghfirullah, Leya! Mengucap Leya!”

                        “Kau diam Haz! Kau tak faham! Kau tak faham! Aku sayang kat Fakhri! Bila kau cakap macam tu, kau buat aku terfikir… Tuhan tu kejam kan? Kenapa Dia takdirkan aku berpisah dari orang yang aku sayang? Kenapa Haz? Kenapa?!!” aku menangis separuh meraung. Aku terlalu geram! Aku terlalu sedih! Aku tak boleh terima.. kenapa ni semua terjadi pada aku??

                        Hazrina lantas memelukku. Erat. Aku meronta-ronta melepaskan diri. Aku seolah-olah hilang punca bertindak sebegitu. Hazrina terus mendakapku seerat-eratnya. Aku pula tanpa henti menangis semahu-mahunya bagaikan anak kecil.

                        “ Astaghfirullah Leya. Istighfar banyak-banyak! Allah tak pernah zalimi kita, apatah lagi nak berlaku kejam dengan kita. Sedarlah Leya! Hati kau dah diracun syaitan! Tak baik cakap macam tu. Sedih macam mana pun, siapa kita nak salahkan Dia atas segala ketentuan yang dah berlaku? Leya, dengar sini! Aku sayang kau, dan aku taknak kau bertindak macam orang bodoh hanya disebabkan Fakhri! He’s not everything yang kau ada! Dan kalau pun kau tak ingatkan Allah, ingatlah kat mak ayah kau!” Hazrina turut menangis. Suaranya bergetar di cuping telingaku.

                        “ Aku tak kuat nak hadapi semua ni seorang diri. Tolong aku, Haz. Tolong aku.” rayuku.

                        “ Kau boleh face semua ni, Leya. Percayalah cakap aku. Aku ada dengan kau. Jangan takut. Jangan risau. Aku akan sentiasa sokong kau, no matter what happen.” Hazrina menenangkanku.

Ya allah… Ampunilah aku. Iringilah aku dengan kekuatan. Adakah ini ujian darimu Ya Allah?

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Aku semakin dapat melupakan Fakhri. Formulanya? Aku belajar dan memaksa diriku untuk sibuk dengan aktiviti-aktiviti kolej. Aku semakin rajin ke surau. Aku sentiasa ingat akan pesanan Kak Amilia yang menyuruhku mentadabbur al-quran tatkala perasaan terhadap Fakhri kembali menjadi igauan. Aku nekad dan membulatkan hatiku. Kali ini aku sudah membuat keputusan dan berfikir semasak-masaknya. Jika hanya disebabkan itu Fakhri tinggalkan aku, aku harus buktikan padanya yang aku mampu berubah!Aku tak ingin perubahanku ini sementara dan menjadi bahan ejekan kepadanya! Andai dia meninggalkan aku untuk memberikan aku ruang seperti yang dikatakannya, mengapa tidak aku sahut cabarannya itu?

Pagi Sabtu itu, aku menunggu Amani di orange house. Hajatku mahu berbincang sedikit mengenai presentation untuk kelas Malay A1 Kapten Azman pada hari Isnin berikutnya. Tiba-tiba telefon bimbitku menjerit. Menandakan satu mesej menendang masuk ke ruang inbox. Aku terkejut lantas mencapai Sony Ericsson J105i itu kedalam gengamanku.

                        Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(ALBAQARAH AYAT 214)

Aku tertegun seketika. Siapa ni? Pengirim tak bernama. Menusuk ibarat pedang kata-katanya.  Buat aku penasaran! Siapa hamba Allah yang mengirimkan pesanan ringkas ini buatku? Bertambah aneh… bagaimana pengirim ini tahu nombor telefonku? Aku tidak pernah sesekali memberikan nombor telefonku kepada sebarangan orang. Malah, teman-temanku juga maklum akan perangaiku yang tidak suka nombor telefonku diforward sewenang-wenangnya tanpa keizinanku.

                        Thanks for the reminder. Tapi siapa anda?

Hatiku dicuit rasa ingin tahu yang mendalam.  Ayat itu kena benar dengan diriku. Seringkali aku mengulangi bait ayat surah yang sama tetapi pada ayat 216, namun aku tidak pernah terperasan ayat 214 juga mempunyai makna yang cukup terkesan buat diriku. Kena pada situasiku sekarang…

                        Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(ADZARIYAAT AYAT 55)

Laa? Lain yang ku tanya… lain pula yang dibalas? Hairan sungguh. Ah biarkan… dari memanah diri sendiri dan sakit kegeraman akibat perasaan ingin tahu yang kian membunuh, baik aku lupakan sahaja siapa dia.

Dari kejauhan, aku ternampak satu susuk tubuh melewati pekarangan Bangunan Razak.  Awal gila manusia ni datang blok akademik? Lelaki pulak tu… rajin betul datang BA time cuti… pujiku sendirian. Makin menghampiri kawasan Bangunan Razak… Eh kejap, tu kan Amsyar Rizqin? Hajatku mahu mengangkat tangan dan menyapanya, namun kubantutkan hasrat itu. Bimbang bercampur segan. Nanti apa pula yang difikirkannya. Tak perlu, takperlu pun tegur Amsyar tu Leya! Desisku…

Aku kembali menghadapkan wajahku ke arah skrin laptop. Mana la Amani ni… lambatnya kau!

                        “Assalamualaikum.Selamat pagi!”

Aku lantas berpaling .Separuh terkejut. Aku mengurut dadaku perlahan. Lelaki berkaca mata berbingkai hitam itu tercegat berdiri lebih kurang 10meter dari aku.

                        “Waa…waalaikumussalam. “ pendek dan separuh gagap aku menjawab.

                        “Maaf buat kau terkejut.  Aku cuma nak cakap. That purple blouse really suits you..” terus dia berpaling semula berjalan meninggalkanku.

Aku tercengang. Apa dia ni? Pelik betul… hatiku digeletek rasa geli hati melihatkan kelakuannya. Just nak cakap tu je ke? Hahaha! Namun ketawa itu hanya bergema di dalam hati. Darah mula menyerbu ke pipiku. Segan…Dipuji oleh lelaki pelik macam tu… suka ke Leya… apakah??

                        “ Tapi…” langkahnya terhenti seketika. Dia menolehkan sedikit mukanya ke belakang.
Erk? Bertapi-tapi pulak mamat ni. Mataku masih memandang tepat ke arahnya.

“Tapi kan lagi manis kalau kau pinkan tudung kau tu kedepan. Silang-silang atas bahu macam tak comel je dengan kau.  Kau jangan ikut orang je, asal orang lain pakai nampak lawa kau pun main redah je ikut…” sengihnya perlahan. Tangannya masih diseluk kedalam poket seluarnya. Kemudian dia meneruskan kembali langkahnya.

Weh…directnya mamat ni! Tak berlapik langsung! Dari malu dipuji aku jadi malu pula ditegur. Dah la lelaki pulak tu yang tegur… aiseh! Malunya…  aku cepat-cepat menurunkan tudungku.

Apa motif dia ni? Aku bingung sekali lagi. Belumpun usai hal SMS misteri itu, misteri Amsyar Rizqin ini menggamit sanubariku untuk terus jadi seribu tanda tanya yang tidak berkesudahan…

5 comments:

  1. this leya sounds like u, before this.
    i remembered that nite.
    that nite when u cried so hard.
    i'm really touched, lisa.

    ReplyDelete
  2. nur >> :) and hazrina do resembles a lot... like u.

    ReplyDelete
  3. *coughh
    k.lisa letak name Leya,
    Leya laen plakk yg terase nim haha~
    btw, novel utk EE ke? or just suka2?

    ReplyDelete
  4. leya >> ahaha..kebetulan la leya! haha! tp feeling sikit kan kalau bace cerita ada nama kita kan...main character lagik!hehe.... novel ni just suka2 je.... :)
    btw, akak dh publish sampai part 6 kt fb...cuma xsempat nk upload kt blog plak..nanti akk upload ye... ^^

    ReplyDelete
  5. hazrina tu jauh lagi baek. aku tak sebaek tu.

    ReplyDelete

 
Images by Freepik