Pages

Sunday, January 30, 2011

ocehan hati 1#

DEDICATION 1.

kamu bukan orang lain.
saya sayang kamu.
serius sayang.
kenapa agaknya ye?
oh mungkin sebab kamu family (yeke sebab tu?)...
tu yang jadi care semacam..
hahaha!

saya sayang ahli keluarga saya.
saya memang makcik kamu.
kamu anak sedara saya.
itu adalah fakta.
meski kami sebaya.
haha!

dulu saya selalu fight study dengan dengan kamu.
xpercaya? hoho..mak saya baik dengan mak kamu kot.
semua benda pasal kamu saya tau.
eventho kita tak pernah cakap pun.
sekarang baru terhegeh-hegeh nak kenal.
haha!
kelakar je rasa.

belajar elok2 tau. jangan tension2 dok kat situ eventho life mcm hell.jaga waktu solat.
along nak tengok one day kamu jadi orang berjaya.
and even boleh jadi orang yang lagi hebat dari along.
along memang respect gila kalau kamu boleh jadi orang hebat in armed forces.
i know, you always support me to join the armed forces. thank you.
i always be thankful on that.
tapi ingat, along tak suka kamu cakap kasar2 dengan along.
memang la along kasar, (kasar ke) tapi tah la...cakap kasar-kasar ngn along rasa cm tak best pulak.
okay? :)
(pergh rasa cam tua jap bahasakan diri along)
hahah!

hey budak besar, don't ever call me along. rasa tua gila!
(and i know you'll never dare to call me like that)



DEDICATION 2


kamu memang baik. serius.
helpful.
kelakar pun ye jugak.
tapi most of the time rasa annoying.
sebab apa?
kamu bukan orang yang expressive.
sorry kalau saya jadi seorang yang sangat memaksa.
tapi sensor kamu benar2 effective.
which means kamu ni memang sensitif la.
cepat je perasan kalau mood saya tiba2 bertukar.
selalu bagi support kat saya.
fight for IB! jangan kecewakan parents.
sekarang kamu busy sikit kot.
yelah nama pun amik critical course.
haha jaga diri jelah okay.
entah bila boleh jumpa lagi.


DEDICATION 3


1st time saya ada kawan terbaik.
sebab sebelum ni just ada kawan baik je.
hehe!
terima kasih sebab faham perubahan saya.
terima kasih sebab apapun tetap jadi kawan saya.
saya perasan je kita dah makin jauh.
tapi saya perlu buat semua itu.
restriction ada kalanya perlu dalam bersahabat.
tak elok kalau kekal rapat macam dulu.
tapi apapun!
tak ada orang boleh gugat persahabatan saya dengan awak.
sampai bila-bila.

sebagai sahabat saya akan sokong awak.
kongsi segalanya kerana kamu sahabat saya.
biar kita bersahabat kerana Allah. boleh?
dan bersahabat kerana-Nya kita takkan buat something yang terang2 boleh bagi Allah marah.


DEDICATION 4


kamulah yang paling banyak merubah saya.
tak saya nafikan salah satu punca saya berubah 180 degree ni antaranya sebab kamu.
tapi lama kelamaan saya switch and shift sebab itu kerana ALLAH.
thanks juga sebab datang dalam hidup saya.
saya nak jadi macam minn edina dalam novel versus tu.
tapi entah kenapa kadangkala saya ni degil juga. maaf sebab buat kamu selalu tersinggung.
seolah-olah tidak membantu kamu langsung melawan sindrom hati yang mudah gusar itu.
rasa bersalah? mestilah! sebab kadangkala xsengaja pun nak buat macam tu.tersengaja.
saya bukan sengaja nak letakkan diri dalam keadaan bahaya.
cuma kamu memang mudah risau.tahan sabar, tahan sental dengan saya boleh ye?


sungguh, bukan saya sengaja nak menyeksa kamu.
tapi kan, kalau kehadiran saya ni lebih buatkan kamu susah hati, makan hati dan sakit hati
saya mampu redha aje kalau kamu pergi. meskipun saya sama sekali taknak benda tu terjadi.   
serius, saya sangat menghargai kamu.       


    

Friday, January 28, 2011

cerita anak seorang bekas perajurit.

tiba-tiba rasa nak jadi pegawai tentera.
maksud saya, lepas tamat degree saya nak berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan.
doktor gigi yang menyarung uniform TLDM dan bergelar kapten.
TLDM saja ok?
entah la sebab apa.
mungkin sebab tengok uniform yang putih bersih.
mungkin juga sebab darah yang mengalir dalam badan saya ni...
nak ikut jejak langkah ayah.
teruskan tradisi family...
(10 beradik ayah saya, 6 lelaki : 4 daripadanya tentera)
pecah tradisi family perempuan yang masuk tentera!
dan....kerana....
saya anak seorang bekas perajurit.
hehe~

nak jadi tentera?
mungkin orang akan ingat saya ni gadis yang ganas. (wah2 sukahati je nk cakap say ganas eh??)
tapi memang begitu kot. anak tentera telah dtrain untuk menjadi tough.
tough macam mana?
entahlah.sukar nak beri tafsiran.

dulu...masa saya lahir...ayah tak ada dengan saya.
time tu mak bersalin di Penang, dan ayah pula waktu tu terpaksa bertugas kat Woodland, Singapore.
masa tu ayah masih berpangkalan di sana.
mak cerita, time dia dah dekat2 nak bersalinkan saya.... ayah hantar pulang ke kampung.
dulu2 biasalah..mana ada handphone...just hantar kawat telegram.... mengatakan mak dah nak bersalin.
waktu ayah bergegas pulang dan sampai di Penang...saya dah selama dilahirkan dan dibawa pulang ke rumah....

sayu juga saya bila saya dengar mak bercerita...
risiko untuk sedia melakukan pengorbanan yang sangat besar...
itulah yang perlu dibayar dan ditelan seandainya bergelar isteri kepada seorang tentera....
ayah saya tak ada peluang nak azankan anak sulungnya sendiri....
mak saya tak ada peluang pun ditemani oleh suami semasa bersalin anak pertama...
semuanya arwah tokwan saya yang uruskan...
hinggakan ada orang kata :

SENANG2 TOKWAN DIA LAH YANG BUBUH NAMA BUDAK NI...SEMUA TOKWAN DIA BUAT....*amboi pandai2 je suara sumbang itu*

tokwan saya hanya menjawab: AYAH DIA ADA, BIAQ AYAH DIA LA YANG BUBUH NAMA...ANAK SULUNG DIA.

lalu, saya didaftarkan dengan nama KHAIRUN NURLISA BINTI KAMAL pada 15hb November 1991. 3 hari selepas saya dilahirkan. ayah balik jenguk mak tak lama, then dia terpaksa pulang ke Woodlands semula.

umur saya setahun 2 bulan, baru mak dan ayah dapat tinggal bersama di A11, RK TLDM, Pangkalan TLDM Lumut Perak setelah ayah berjaya buat pertukaran. bayangkan dalam tempoh itu, saya dan mak jarang bersua dengan ayah. ayah pula anak sulung daripada 10 beradik. gaji tentera dulu.... berapa lah sangat. setiap bulan nak dikirm ke kampung, kena juga beri nafkah pada isteri dan anak yang baru seorang ketika tu. hidup memang susah. ayah pergi kerja naik basikal je dulu. dari blok ke base.... saya still ingat basikal runners tu...handle pelik.haha!

tapi dalam tempoh tu ayah kerap tak ada dengan mak. kerap sangat belayar. ada kat darat pun tak lama, kemudian belayar semula. pernah mak cerita, masa tu umur saya lebih kurang dalam dua tahun...time tu saya belum ada adik lagi. kebiasaannya saya akan tidur berdua dengan mak. malam tu selepas saya tidur, ayah pulang dari pelayaran. keesokan paginya, mak saya tinggalkan saya dan ayah untuk ke pasar. saya pulak bangun-bangun tidur terkejut tengok ayah kat sebelah...entah macam mana saya boleh menangis keluar cari mak..panjat kerusi kat sebelah pintu dan bertatih sambil menangis menuju ke lif(konon-konon nak cari mak la kan...hehe!) ayah saya terkejut tengok anak yang tadi sedang tidur dah tak ada, bergegas keluar nak kejar anak. yang kelakarnya...puas ayah pujuk tapi saya takmau keluar dari lif. sampai lah nasib baik tak lama lepas tu mak pun balik dari pasar.

teruk betul..gara-gara tak kenal ayah sendiri....hehe! ala budak kecik apa tau kan...dia tak biasa dengan orang yang dia jarang jumpa...biasalah....

ayah saya....memang saya cukup respect dengan ayah. saya rasa memang ayah saya sangat tabah, hinggakan waktu tokwan saya(ayah kepada ayah saya) meninggal dunia, dia xsempat pun tengok buat kali terakhir. time tu kapal ayah sedang belayar kat perairan Johor kalau tak silap. disebabkan jarak yang jauh....so waktu ayah sampai di Perak, jenazah tokwan dah selamat dikembalikan...ayah cuma pergi ke kubur dan sedekahkan al-fatihah disana...

tak lama kemudian...adik saya yang pertama lahir pada tahun 1994, 12 Februari. masa tu ayah masih ke kapal berulang-alik setiap hari dengan menunggang basikal. nak beli motosikal? mana mampu. gaji ciput je time tu. sampaikan ada kawan ayah saya cakap :

MAL, ANAK KAU PUN DAH MASUK DUA. BELI LAH MOTOR. SENANG SIKIT KALAU ADA APA2 JADI KAT ANAK BINI KAU.KAU BAYAR LA ANSUR-ANSUR...

time tu baru ada motor. umur saya 5 tahun dan adik saya dalam 2 tahun setengah... ayah dihantar berkursus ke Itali selama setahun. belayar dengan kapal lah. Oktober 1996-September 1997... saya dan adik saya tidak berayah. bayangkan berpisah untuk tempoh tu, hanya telrfon dan surat yang jadi penghubung khabar...saya tak dapat bayangkan betapa setia and tabahnya mak saya time tu....masa ada celebration KD Laksamana Tun Abdul Jamil dan KD Laksamana Tun Muhammad Amin balik ke Pangkalan TLDM Lumut, itulah saya masa saya jumpa ayah saya balik. dari ayah yang garang tiba2 ayah jadi sangat2 manja nak peluk2 saya dengan adik saya.saya pun jadi pelik + malu2 lagi....mungkin dia nak lepas rindu lah tu....sedih.

 KHAIRUN NURLISA KAMAL (6YRS), MOHAMMAD KHAIRUL AQIMUDDIN KAMAL (3YRS)

life anak tentera tough sebab selalu kena tinggal! haha..itulah yang saya rasa selama ayah saya berkhidmat sebagai tentera laut. dulu memang hidup susah. saya pernah je tak dapat apa yang saya nak. mana ada duit sedia nak penuhi segala permintaan merepek saya sebagai budak yang baru nak membesar! saya tidak dimanjakan macam budak2 lain!dan sebab tu saya geli sikit nak manja-manja semacam ni...pernah aje saya kena marah, kena pukul teruk-teruk, memang ayah train saya dan adik lelaki saya stail tentera habis lah! jerkahan, kena marah.tinggi2 suara..itu biasa. tapi saya dah lali, orang yang tak biasa, yang tak tau..mungkin kata ayah saya ni pembengis. haha..tp saya sebagai anak tahu nak bezakan, nada dia yang tinggi tu time dia marah orang memang nada dia cakap dah memang macam tu....

masa adik kedua saya almost nak lahir, tahun 1999. time tu kapal ayah saya ura-ura nak belayar ke Australia.mak dah risau. dengan keadaan diri dia nak bersalin, kalau husband nak kena belayar lagi macam masa dia lahirkan saya dulu. dah la time tu mak saya masih di Lumut, kiranya dia tak balik ke Penang dan bersalin di kampung. then mak saya refer pada doktor dia, suruh doc buat surat kelepasan kat pegawai memerintah untuk minta ayah saya excuse dari kena belayar ke Australia. merayu-rayu gak la kiranya...
nak dijadikan cerita, kapal tibe-tibe xjadi belayar pada hari adik saya dilahirkan tu... 4 Ogos 1999 di Hospital Angkatan Tentera Lumut.... :)

dalam tak habis pantang lagi, mak saya nak kena uruskan sendiri semuanya sebab ayah saya dah kena belayar balik. ulang alik ke hospital, bawa anak pegi injection n semua2 lah. adik saya ni berat... disebabkan mak saya tak larat, duit yang bila orang datang berziarah and sedekah kt baby tu mak saya guna untuk beli baby basket, so that mak saya tak payah nak dukung-dukung adik saya. letak je dalam bakul tu then usung lah kemana-mana je...thats why orang kat blok tu dulu sampai panggil adik saya, baby bakul...hehe!


KHAIRUN NURLIANA BT KAMAL...(2MONTHS)


mujur jugak time tu alhamdulillah, ayah dah mampu nak pakai kereta. mudah sikit nak bergerak.nasib baik waktu ayah saya ke Italy setahun tu, mak dah belajar memandu sebab dia tahu in the future semua dia kena buat sendiri, kena berdikari. xleh nak harapkan suami selalu ada untuk buat semua benda. terbaik kan mak saya? and masa tu la saya ingat, 1st time saya belajar masak nasi sendiri. (pakai rice cooker la). mak ajar camne nak basuh beras, nak sukat guna jari. tapi at least, time tu lah saya rasa betul2 dah jadi kakak. dah darjah 2/darjah 3 time tu... kena jaga adik-adik. 1st time masak nasi, tudung periuk saya dh kemikkan. hahah! sampai sekarang periuk tu masih elok and digunakan kt rumah. tapi everytime tengok kemik tu, mesti saya akan senyum sorang-sorang.... :)

setahun lepas tu, ayah ambil keputusan untuk berhenti daripada service. 16 tahun. hanya 5 tahun sebelum dia pencen 21tahun perkhidmatan. ayah saya cakap, sudah2 la tu. dia dah cukup tengok negeri orang, dah cukup belayar sana sini. dia nak tukar angin, cari kerja lain and spend more time dengan anak-anak and family. so tahun 2000, kami satu family ke Kulim, Kedah dan menetap di sana sampailah sekarang...

cuma kenangan di Lumut, memang satu kenangan indah+ perih. bila lihat kesenangan sekarang, alhamdulillah rasa bersyukur sangat dan tak percaya kesusahan yang dulu tu dah berjaya diharungi. mungkin kehidupan anak-anak tentera sekarang ni, dah tak macam saya dulu. yelah, zaman pun dah berubah kan...tp kenangan tu yang buatkannya bermakna. Tapi di Lumut, memang sweet memori saya. saya rasa dari situlah saya mewarisi sifat tegas ayah saya, sifat garang ayah saya... serta sifat sabar mak saya tu memang saya tabik spring sampai sekarang...




macam ayah... dah nama pun tentera, memang dia sangat garang. garannggggg~~. dulu memang takut tak hingat la. ayah garang gila! dari adik-adik dia sampaikan anak sedara dia merangkap sepupu saya, takut dengan ayah saya. tak percaya pergi la tanya sepupu sepapat saya tu.hehe


AYAH SAYA NAMPAK GARANG KAN??HEEE!

sebab tu bila terlintas dalam hati saya nak jadi tentera/ married to a man yang bergelar tentera.... mak dah pesan siap2 kat saya... kalau nak jadi tentera/ wife tentera kena tahan sental katanya... bak kata kawan saya, an army need a loyal friend soon enough to be a loyal wife to him... mak saya memang tak ada galang gantinya.

disebalik penuh istiadat yang tertib, nampak rapi, kemas dan segak uniform....banyak keringat,titis air mata dan darah yang harus dikorbankan sebenarnya...motto TLDM sendiri pun : SEDIA BERKORBAN.


SAYA BANGGA MENJADI ANAK TENTERA!

Saturday, January 22, 2011

kau.

kau memang budak hitam.
namun kau bukan si hitam manis.
ternyata kau sukar dimengerti,
dan punya bahasa gerak tubuh yang tersendiri.
matamu penuh seribu penafsiran.

cubalah untuk senyum kembali
meski duniamu kehilangan warna
sinar mentari masih sedia menemani.
beroptimistik.
teruskan mencari.

keluarlah kau dari kepompong kegelapan itu.
bagaimana mahu ditemukan warna?
andai kau masih bebas berkeliaran dalam maya yang hitam pekat.
kutahu jiwamu hauskan sinar
namun aku kurang pasti apa bentuk sinar yang kau perlukan.

apapun.
kau memang misteri.


*motif? entah. tapi post kepada watak itu.*

Friday, January 21, 2011

13:40 - 9:105

kan saya pernah bilang dulu...ukhwah itu indah jika berjalan atas landasan mencari redhaNya.
masih ingatkah pada hadith ke-13 daripada 40 hadith imam nawawi?

tadi petang, saya memang rasa down.kena academic hearing. siapa suka kan?
pulang sahaja ke bilik, solat.tidur sampai la Asar.
bangun2 je dari tidur petang tu, saya nampak ada something atas study carrol saya.



terharu. disaat diri sedang down, ada yang masih kuat menyokong saya. terima kasih ya Allah, kerana mengurniakan aku sahabat yang sentiasa bersama-sama denganku dan sentiasa mengajak diri mencintaiMu  dan tidak melupaiMu. Allah... (T_T)



petang tadi juga scroll down satu mesej yang pernah kukirimkan pada seorang sahabat melalui SMS. dan sewaktu menjengah ke akaun Tumblr nya, aku terpandang satu post.bertarikh yang sama sewaktu aku mengirimkan mesej itu kepadanya.


*sorry sebab cut and paste...my blog, my territory..hehe

adakah kau post kepada orang lain? tak mengapa, biarkan aku perasan sebentar.hehe! dah abaikan...apapun yang mahu cuba kusampai disini adalah kandungan teks yang telah kuhantarkan padanya...tahu apa yang telah kukongsikan kepadanya? teks ringkas sahaja. 9:105.

9:105?

*DON'T EVER GIVE UP!*

peringatan kepada diriku untuk tidak terus berputus asa dari rahmat-Nya yang meluas itu.

thanks juga buat ayuni, terharu pula saya dibuatnya....eventho awak post kecik aje kat blog awak tu, i appreciate it very much. thanks~ (T_T)



masih belum terlambat.masih belum terlambat. i can spread my wings too! INSYAALLAH. 
for those yang membaca, doakan agar hatiku dicekalkan.
terima kasih kerana membaca.

Wednesday, January 12, 2011

monolog seorang IBu.

ibu taktahu nak kata ibu sayang kamu ke tidak.
tapi bila kamu serabutkan kepala otak ibu..memang terasa nak hentak-hentak laptop.
bukan ibu nak berlaku kejam...
tapi kamu yang mengkusutkan kepala ibu sapa suruh?

ada saja benda yang nak kena betulkan...
habes setengah ream ibu punya A4 paper kamu conteng-conteng....
alahai anak ibu yang sorang ni....sabau ajelah...
dari mula sampai akhir...ibu sampai gerun nak pegang kamu.
bukan sebab ibu tak sayang.bukan sebab ibu benci.
cuma ibu tak larat nak menghadap kamu.
sebab bila dah start menghadap, kamu memang banyak songeh.

kamu tau tak, kamu selalu menyusahkan ibu?
selalu buat ibu nangis. apasal nakal sangat ni?
nak kata ibu tak ajar, ibu dah buat sebaik mungkin dah...
ke kamu ni memang spesies degil xnak dengar kata?

kamu tahu tak yang kamu ni mengada2?
nak kena sikat rambut lah (comb binding), nak kena sepit rambut kamu kemas2...
tak lupa juga kena tebuk sikit baju kamu tu...before boleh ikat kemas2...

kerana kamu lah ibu belajar bersengkang mata....
kerana kamulah ibu pernah sampai tak tidur malam and the next day terus pergi kelas menonong aje...
kerana kamulah ibu kena marah banyak kali dengan advisor ibu...
semua sebab kamu!

sekarang ni...ibu rasa tenang dan aman sikit.
bila ibu dah serahkan kamu kat advisor ibu.
dia kata ibu dah train kamu dengan sangat baik.

ibu dah hantar kamu untuk medical check up ngn 'turnitin'. jangan buat hal.



sekarang ni terpulanglah kamu bila duduk dengan advisor ibu.
jaga diri ye.


memang susah pun nak didik kamu ni!
tak dengar kata! nakal!
nanti bila fly tu, buat perangai senonoh2 sikit.
jangan bagi orang menyampah bila baca.
skor markah banyak-banyak sikit.
itu je ibu mintak kamu buat in order nak balas jasa ibu selama mendidik kamu.

hah, dah comb lawa2 ni...jangan buat hal dah!


boleh la ibu spend time dengan ayah kamu pulak sekarang ni.
yang ayah kamu ni pun satu hal....lagi teruk dari kamu.
headache yang ayah kamu bagi lagi dahsyat...sampai ibu kadang2 malas nak ambil peduli lagi dah.

ikutkan hati nak aje ibu bercerai dengan ayah kamu ni, mintak fasakh.
tapi takpe ibu dah negotiate..next month ayah kamu akan lepaskan ibu!
wah ibu seronok!
tapi ibu bukan ibu yang jahat, tapi dia memang suami yang selalu buat ibu sakit kepala.
boleh la ibu tak sakit kepala lagi dah.

adik kamu selamat ibu touch up, make up lawa lawa dah.

okay...ini anak ibu yang 2nd. adik kamu.jangan dengki2..ibu letak jugak gambar kamu kat atas tadi.


nak pergi menghadap orang. fly ke mana ibu tak pasti.
sama ada dalam malaysia sahaja, atau ke indonesia atau ke singapura.
tapi pastinya tak sama tempat dengan kamu.
biasalah...
tapi adik kamu ni bagus.
tak banyak nak buat hal macam kamu ni.
dia pun jenis tak banyak songeh.
cantik budaknya...advisor ibu pun puji.
macam ni lah yang ibu suka.

sejuk sikit mata ibu tengok.terubat jugak semak di kepala akibat berdepan kenakalan kamu berdua ni. 

apa pun yang ibu pasti,
ibu dah laksanakan tanggunjawab ibu tak kiralah macam mana pun....
sesusah mana pun ibu,
semeluat mana pun ibu kat kamu semua...
kamu la yang kena tolong ibu nanti.
ayah kamu pun la yang akan tolong ibu.
adik kamu tu pun sama.

wahai anak-anakku, ibu rasa ibu puas dapat bersama kamu.walaupun dalam kepayahan.
tak terkata. serius kamu melegakan hati ibu sikit sekarang.
buat masa ni la...
kita tunggu apa yang jadi 6 bulan dari sekarang.
either ibu gagal jadi ibu yang baik ataupun tidak.
kita tengok performance kamu nanti macam mana.

buat sang suami, apa lagi harus dinda lakukan? muntahan aksara sudah banyak yang dinda buat. tapi kanda masih jual mahal... takmau bagi chance lagsung kt dinda untuk dapat markah yang cantik-cantik sikit. apa lagi yang kanda mahukan sebenarnya?huhu~

incek ToK....bakalkah kau OK?


dari,
IBumu dan isteri angkat kepada suami yang bernama Theory of Knowledge (ToK)
yang letih dan xsabar nak habiskan IB.

Saturday, January 8, 2011

analogi GDC.

saat ini jam berdetik 111 pagi.
sedang membuat latihan mathematics higher level statistical analysis topic option 8 subtopic chi-squared.
agak seronok sebab dah faham.
dan terpandang GDC itu, membuat aku berfikir sejenak.

GDC?
tahu tak apa tu...kalau budak IB confirmlah tau kan....
Graphic Display Calculator.
nilah penyambung nyawa budak2 IB yang ambik subjek higher level/standard level mathematics IB untuk paper 2 and paper 3.
lagi-lagi paper 3. memang satu bala kalau tiba-tiba bateri si GDC gemuk ni buat hal time dalam dewan exam.
tapi agak kebodohan yang nyata lah bila jawab paper 3 xcantik2 jugak markahnya, gara-gara tak pandai guna GDC!
gambar yang disnap taklah begitu cantik apabila sekadar bertemankan lampu meja study dan ditemani dengan math data booklet apabila sedang membuat latihan math.

GDC...
banyak butang.
banyak juga option.
banyak juga application yang boleh diinstall.
diupgrade.
even periodic table pun boleh di install.
graph yang boleh dilukis dengan mudah apabila di key in equation nya.
hebat bukan?
siap ada cable untuk connect dengan any electronic instrument untuk copy gambar graph.
*tak pernah sangka ada calculator besar gabak , mahal-gila-nak-mati macam ni banyak kegunaannya*

ingat lagi masa sem 1, calculator casio 570-Ms tu dah tak pakai. ibarat cam balut lawa-lawa campak dalam kotak je. semua muka teruja je bila time GDC bau kedai, masih baru. kalau time dalam kelas/ berjalan... asal ade benda yang terjatuh... orang mesti akan jerit GDC dulu! handphone dah jatuh carta. even i do admit , aku lebih sayang GDC dari handphone SE Naite aku tu.hehe....mana taknya harga GDC lagi mahal dari HP! dah la limited edition lak tu! ingat senang ke nak cari GDC kalau rosak/hilang? alamatnya, memang menangis tak berlagu lah jawabnya...sem 1-sem3, macam agak bodoh-bodoh lagi nak guna GDC ni.

 Tapi...bila dah masuk sem4 ni lah, baru nak belajar-belajar explore segala mak nenek benda yang boleh diguna bila pakai GDC including nak integrate or differentiate, just key in data. mudahkan? time physics nak pakai data converter pon ada.

dan bila masuk sem4 ni lah, aku perasan.... GDC ni pun ada signifikannya juga.

GDC yang penuh dengan nombor, penuh dengan pelbagai butang.pelbagai simbol. exponential sign. tracing graph button, statistic application, matrices and all sorts of thing can be performed guna GDC ni.

begitulah juga analogi hidup. pelbagai nilai boleh dimasukkan dengan nombor yang tertera pada butang GDC. nilai hidup yang dibundarkan (round off) ditambah, tolak,darab,bahagi... buatkan aku faham hidup tetap ada ups and down, kadangkala perlu lipatgandakan usaha dan harus bijak membahagikan prioriti  supaya hidupku lebih bermakna. probabilty option mengajar hidup ini tidak pernah ada sesustu yang pasti dan segala test untuk bahagian statistical analysis mengajar aku tentang value of confidence interval...segalaa keputusan yang dibuat dalam hidup, berapa peratuskan kebergantungan aku dan keyakinan aku dalam keputusan yang aku buat?

trigonometry option button..sin, cos, tan...arcsin, actan,arccos.... graph yang berselirat dan berserabut... seolah-olah menggambarkan hidup ini memang penuh kekusutan, namun bukan bererti tiada penyelesaian. tetap ada jawapannya. cuma proses untuk menyelesaikannya, mungkin ambil sedikit masa.

ada banyak lagi benda-benda yang aku kena explore from this GDC in order nak mahirkan diri guna GDC sebelum final nanti. macam tu jugalah hidup yang penuh dengan segala macam rahsia yang perlu diungkap sebelum sampai ajal dan mati. bak kata orang, life is an open secret. so kena pandai treasure.

banyak sangat butang. banyak sangat option. ya..hidup sentiasa bermain dengan pilihan. selepas memilih satu butang, tetapi ada satu kemestian, iaitu kena explore.

kadangkala keluar button error. then diberi option go to/ quit. jadi analoginya? mahul mengalah (quit) apabila berdepan dengan krisis atapun memilih butang (go to) untuk kembali dan muhasabah apa dan dimana kesalahan yang telah diperbuat?

dan paling penting....sedangkan si GDC TI-84 Plus ciptaan manusia itu sahaja boleh membuatkan aku berfikir betap ciptaannya sangat menakjubkan kerana boleh digunakan untuk mengexplore pelbagai perkara, pelbagai ilmu...

apatah lagi Al-Alim yang memberi segala ilmu?
apatah lagi Al-Azim yang menganugerahkan manusia dengan akal untuk mencipta kalkulator tu?
apatah lagi Al-Malik yang menyuruh kita berfikir dan belajar dari perkara sekeliling yang Dia telah ilhamkan/ciptakan untuk mengajak manusia berfikir tentang kebesaran-Nya?

hanya sekadar dari sebuah GDC itu.

Subhanallah.


GDC.IB.MATH HL.
you did give me something to ponder on.
thanks.

Thursday, January 6, 2011

kembara maysa.

kembara maysa'...
tahu mengapa namanya sedemikian rupa?

kembara = pergerakan ke arah menuju/mencari sesuatu.

maysa' = melangkah dengan maruah.


sangat terpukul dengan maksud MAYSA'. aku benar-benar mahukannya.

sekadar sedikit perkongsian  dari sebuah blog.

Monday, January 3, 2011

secawan minuman coklat.

Minuman coklat itu mengusir dahaganya. Menghilangkan kantuknya yang baru sahaja bermula menyapa matanya. Perlahan diteguk. Menikmati setiap saat cecair panas berperisa itu serasi  disegenap ruang mulutnya sebelum turun ke tekak yang menanti.  Aroma coklat pekat itu menusuk deria hidunya. Kurang gula, kurang susu, membuat pahit coklat itu kekal terasa. Dia gemarkan bancuhan sebegitu. Lazat.

                Matanya kembali teralih ke arah skrin komputer riba yang sedikit berhabuk itu. Cawan putih tanpa cela itu diletakkan disisi meja yang suram. Jemarinya bergerak menguis habuk yang menempel di skrin itu. Sebentar kemudian, jemari itu kembali meliar diatas papan kekunci.  Jemari yang meliuk lentok, pantas menekan papan kekunci menerbitkan aksara-aksara yang terpapar di skrin. Pergerakan jemari terhenti sebentar. Matanya berputar, lantas jemari bergerak menuju ke dahinya yang mempamerkan kerutan jelas. Ilham yang sebentar tadi menunjal mindanya, terlupus semula.  Dijeling semula cawan putih berisi minuman coklat itu. Aroma yang terbit dari asap yang berkepul-kepul dari bibir cawan itu kembali menggodanya. Leretan senyuman automatik terjelma. Lantas digapai kembali tangkai cawan putih itu. Segera dihirup. Menyegarkan. Bagai terjalin semula segala neuron yang menghubungkan idea yang ingin terluah, segera dimuntahkan melalui jemari yang ligat apabila menyentuh papan kekunci yang penuh dengan pelbagai rupa huruf roman itu. Melegakan sekali lagi. Minuman coklat itu mampu mengusaikannya.

                Mengapa coklat? Bukan kopi? Apalagi teh berkrimer.  Minuman berkaffein itu gagal menambat hatinya. Begitu juga minuman teh berkrimer, enggan diterima oleh tekaknya yang satu itu. Pahit coklat itulah yang menjadi ketagihannya. Tidak tentu arah hidupnya andai minuman bercoklat itu tidak menjadi peneman dikala dia lagi berkarya. Teman sewaktu menghabiskan kerja ketika dinihari mula menerpa. Bukan kerana dia benci pada kaffein. Bukan kerana dia benci pada the berkrimer. Namun, ada sesuatu yang menarik minatnya terhadap coklat. Lagi pula pada coklat gelap. Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar ‘catechins’ dan ‘phenols’ daripada teh. Sudah pasti khasiat antioksidan itu mampu membuatkan si penggemar coklat sepertinya tersenyum lebar dan puas.   

                Suatu ketika, sewaktu mindanya dihimpit tekanan yang melampau… dibancuhnya minuman bercoklat itu. Sama sahaja sukatannya…  dua sudu serbuk coklat dari paket berwarna ungu itu, setengah sudu gula, susunya pun satu sudu sahaja. Diadun kesemuanya berserta air panas yang sedia terdidih di atas dapur, dituang masuk ke dalam cawan putih. Siap dikacau… sekali nafas dia menikmati aroma coklat itu sejurus bibirnya dan bibir cawan itu segera bersatu.  Jiwa yang terpempan, ibarat luput seketika tatkala minuman coklat itu dinikmati dan menerjah membasahi tekaknya yang kering. Apa ajaibnya minuman coklat ini? Mungkinkah kandungan ‘phenylethylamine’ dan ‘tyramine’ di dalamnya mampu membuatkan otaknya merembeskan ‘endorphins’, lalu membuat jiwa dan mindanya kurang berkecamuk?

                Saat didatangi sahabat karib yang membuat emosi berada pada fasa kritikal, menghirup minuman coklat membuatkan dia berasa sungguh tenang. Apabila ada minuman coklat disisi, kehadiran sang sahabat ibarat tempias angin lalu yang bersahaja menampar, tidak langsung mengugat  kitaran yang kadangkala mengundang gundah-gulana dihati. Pembekalan semula elemen magnesium ke dalam tubuh oleh coklat, mampu menyeimbangkan sekaligus mengurangkan ketegangan dan kegusaran sindromnya dalam menanti sahabat karib itu berlalu pergi. Ternyata kehebatan minuman coklat ini benar-benar mengujakannya.

                Jauh menerewang. Melangkau sempadan separa sedarnya. Lantas dia menggeleng-geleng perlahan sambil tergelak kecil.  Melayani hatinya yang sedang kehujanan dan minuman bercoklat itu kekal disampingnya. Kerlingannya ke arah minuman bercoklat itu, membuatkan keinginannya untuk berkarya membuak-buak sebentar. Terima kasih wahai minuman bercoklat. Kau takkan ada galang gantinya. Kau tetap bermakna, dan akan kekal disisiku buat selama-lamanya menjadi inspirasi mayaku.


bicara kalam,
Nurlisa Afifah. 
Kolej Mara Seremban
31 Disember 2010

Saturday, January 1, 2011

disebalik nama nurlisa afifah.

post yang ke-seratussembilanpuluhempat. akhirnya dekad pertama dalam sejarah abad ke-21 sudah terlewati. dunia tetap berputar. masa tetapi berjalan. walaupun tanpa kaki. kau dah makin tua wahai masa.

mari memutarkan cerita kisah zaman bahari. waktu masih muda belia remaja dan mengunyah gula-gula bergetah suka hati dari Januari 2010 hingga Disember 2010.

JANUARI 2010.
saat masih bahagia bersama si dia. dunia seolah berputar dengan senyuman. namun itu hanya bertahan untuk empatbelashari. ya. cuma empatbelashari. selepas itu , ibarat mentari yang terik memancar, hidupku kembali diselubung mendung. ketika itu hampir tiada semangat untuk terus berjuang hidup. mati akal. mati jiwa. mati segalanya. macam boneka bernyawa. terpempan, diri ditolak ibarat sampah. gelumang jahiliyah ternyata membejatkanku. aku letih kerananya. segala dosa mula menerjah. kekuatan harus dicari untuk bangkit semula. tapi bagaimana?

FEBRUARI 2010.
retrospeksi semula diri. ternyata banyak benar dosa dan salah. hari yang berlalu ditemani genangan air mata. tanpa henti aku mencari papan tanda dan simpang-simpang untuk kembali kepada pencipta fitrah. peneman aku cumalah kekuatan untuk tidak lagi berpaling kepada dosa semalam. aku kini mahu  kembali mencari lembayung kasihNya untuk aku berteduh. tawaran naqibah. mula mencanak-canak semula dalam minda. aku kusut. sudah banyak kali aku menidakkan peluang, adakah kali ini perkara yang sama harus berulang?

MAC 2010.
hati sudah dibulatkan. langkah makin banyak kuciptakan. sesekali terbit juga letih. namun, penat bagaimana sekalipun, hentinya tidak pernah sesekali aku benarkan untuk menggugah keputusanku. hati dicekalkan, lembaran baru harus dimulakan. ketika inilah aku merasa , Allah tidak pernah meninggalkanku. Namun hamba Allah itu tidak pernah sunyi dengan ujian. entah mengapa, dengan tidak semena-mena harapan kembali ku pertaruhkan, mengharap dia kembali semula. aku masih sayang padanya. aku mahu dia semula. hentikan saja langkah untuk kembali itu. terasa sukar. jadi baik hentikan sahaja. hatiku seakan-akan dipanah syaitan apabila kurasakan takdir berlaku kejam.  namaun hatiku juga berperang dengan perasaan yang semakin menipis untuk kembali berpositif menerima hakikat dia akan kembali semula.

APRIL 2010.
kata-kata itu satu doa. mujur ada rakan pengubat kekecewaan. saat aku hampir berpatah kembali, tangan-tangan manusia yang seangkatan denganku kembali menyambut, dan menghalang. aku dihujani dengan pelbagai kata-kata nasihat. namun aku masih mengeraskan hati. enggan tunduk kepada kata-kata yang berunsur kebenaran. apa lagi yang menghijabkan sebenarnya! aku penasaran. penat sekali bermain tarik tali dengan hala tuju menentukan arah hidup dan akhirnya... dan pertama kali, kalamullah itu menjawab dan mengusaikan segala kekusutan. ALBAQARAH 216. quran yang selama ini tidak pernah ku kira untuk ku ambil peduli maksudnya. ternyata itulah syifaa' kepada segala apa yang kuperlukan. jatuh air mata buat kesekian kalinya, namun atas sebab yang berbeza. kali ini kerana ayat itu. keranaMu Ya Rabb.

MEI 2010.
semakin seronok menghadiri halaqah dan kuliah2 di surau. terasa sesuatu mengalir dalam aliran darahku tatkala mendengarkan ayat-ayat Allah. Allah... mengapa selama ini aku buta? aku tahu tetapi tidak mahu beramal... sengaja berpaling dari kebenaran yang terhampar...satu persatu kembali menginsafkan aku... alquran itulah jawapannya. aku menangis sehingga aku merasa, air mata itu terlalu mudah dijatuhkan apabila mendengarkan ayat-ayat Allah yang berkumandang, menembusi jiwaku yang pejal dengan kekotoran dan hanyut dalam pelukan duniawi sebelum ini. terasa murah benar air mata, kerap benar empangan air mataku pecah.

JUN 2010.
diuji dengan keputusan peperiksaan yang tidaklah begitu membanggakan. berperang dengan perasaan yang hampir menjebakkan aku semula dalam cinta manusia yang tidak menjanjikan kepastian yang gembira. mengapa hati ini kerap sekali dijentik dengan perasaan suka terhadap makhluk bernama adam itu? seorang adam kembali datang, dengan janji dan harapannya. ya fitrah. namun kali ini aku tidak mahu mengulanginya, kerana kurasakan dia bukanlah orang yang tepat. tanggungjawab sebagai seorang naqibah juga semakin terhimpit antara kekangan melebarkan sayap dakwah dan menjadi pelajar yang berilmu didada, ternyata masih jongkang-jongket. gagal ku seimbangi. letihnya Ya Allah...

JULAI 2010.
nikmatnya berusrah. punya adik-adik yang sungguh membahagiakan hati. memperlipatkan usaha untuk menjadi muslimah yang lebih baik. mencari ilmu. mula melakukan sedikit demi sedikit transformasi. atmosfera yang lebih meyakinkan apabila ternyata aku juga tidak keseorang dalam langkah mencari Dia. terima kasih sahabat-sahabat sekalian yang tidak jemu-jemu terus menyokong dan menyuluh terang jalan, agar mudah ku lalui.

OGOS 2010.
fasa hidup yang seterusnya bermula. namun kali ini yang benar-benar mengesankanku. hatiku ditujah sekali lagi. dalam perjalanan mencari redha Allah, dia temukan aku dengan seorang lagi adam yang membibit  perasaan cinta. perasaan suka padanya..cinta lelaki yang mengajak diriku kembali mencintai Allah. ini rahmat atau ujian sekali lagi? tidak pernah aku tidak dihinggap ujian. namun itu mengajarku untuk lebih yakin, ujian itu diiringi oleh kekuatan untuk aku terus mendepaninya. hati yang berbolak balik ini harus diberi penjelasan, kehadirannya merupakan sebahagian lagi takdir yang tertulis di Loh Mahfuz, yang perlu ku terokai hikmahnya. Allah... apa lagi kali ini perancanganmu Ya Allah?

SEPTEMBER 2010.
masih bernafas. masih cuba menyeimbangkan perkara yang mendatangi kehidupanku. 18 September 2010. sesuatu membuatkanku tersedar, mengapa Allah memberikan semua ini kepadaku. satu persatu hikmhnya kini mula tersingkap. Dia kirimkan kebahagiaan lain buatku rupa-rupanya. malah aku lebih merasa kemanisannya apabila ia beserta dengan kalam cinta dari Allah. hati yang mula terbuai dengan nikmat itu, harus kembali kusedarkan bahawa nikmat itu seharusnya disyukuri dan diambil hikmahnya. aku enggan mencampuradukkan dan menyalahertikan 'bercinta kerana Allah'... dan ketika itu juga 20 September 2010, satu keputusan lagi telah diambil. dan ia ternyata menjadi mujahadah terbesarku. mujahadah melawan nafsu yang kulakukan untuk diri sendiri. katanya jadilah wanita yang sebenar-benar afifah. afifah = yang terpelihara. aku mengerti. namun pengertianku bukanlah sekadar bermain dibibir, aku bermati-matian untuk cuba menyelusuri hikmah disebalik afifah itu...

OKTOBER 2010.
dihimpit rindu padanya yang semakin mencengkam dada. rinduku pada Sang Khaliq juga tak pernah surut. malah ku makin berusaha untuk kekal di dalam hembusan rindu itu. semakin aku berhempas pulas mahu menyucikan jiwa dari karat jahiliyah dan duniawi. semakin pula ujian nafsu datang mengasak. pelbagai ayat-ayat yang semakin ku hayati maknanya dan kujadikan perisaiku dalam perjuangan mujahadah ini. sementelah, peredaran langkah dakwah semakin menebal, aku mula berasa seronok dengan tarbiyyah yang datang dan makin menapak dalam diri. Rupanya ini nikmatnya ujian. inilah rupanya ya Allah... maka nikmatMu yang mana lagi yang cuba aku dustakan?

NOVEMBER 2010.
perubahanku mungkin nampak drastik.perlahan-lahan aku kembali sekali lagi di dalam dilema. tekanan tiba-tiba datang menyapa. perubahanku ini... salahkah? aku bukan mahu membantah, jauh sekali memprotes atau mengikut kehendak emosi dalam melakukan revolusi perubahan.namun tarbiyyah ku perolehi ternyata berlainan sekali. aku mengerti. benar dia khuatir, benar dia prihatin. mahu membentukku menjadi wanita acuan al-quran. namun hatiku benar-benar tersayat apabila usahaku seolah-olah tidak dihargai. oh tidak, bukan dia tidak menghargai..namun hati manusia yang sukar dimengerti apabila pemikiran itu terlalu luas dan tiada sempadan untuk mengklasifikasi. aku dan dia sama-sama tidak memaksa diri menjadi hipokrit, namun kesabaran juga punya had. istikharah dipraktik sentiasa. Allah...tetapkanlah yang terbaik.

DISEMBER 2010.
sebelum mimpi sempat bermula, sebelum sempat segala-galanya membarah dalam diri. terlerailah satu lagi perjanjian. lillahi taala. benar aku terkejut, namun dalam masa yang sama aku mampu menghela nafas lega.  pesannya tidak pernah pudar dari ingatan. aku faham mengapa kau mengambil langkah itu. biarkan kita sama-sama mencari dan membina identiti sendiri tanpa perlu tekanan.  aku juga masih perlu  masa. aku juga biarkan kau meniti jalan dakwah dan mujahadahmu tanpa aku sebagai penghalang. sebelum sampai pada masanya, biarkan saja begini. walaupun sakit, ia bakal berlalu bukan? sekali lagi masa sebagai penentu. Allah perancang terbaik. kau juga yakin bukan?



tercoret kemas dalam lembaran memori. azamku? biarkan badai semalam berlalu. masih banyak ranjau sepanjang jalan yang masih belum aku temui. sampai pada masanya nanti, aku akan menjadi matang. terus mengheret langkah, mungkin juga bertemu kau kembali. Wa makaru. wa makarallah. wallahu khairul makirin. Aku yakin itu.

bicara tinta...
Nurlisa Afifah.

SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA.
NEW YEAR?
MAAL HIJRAH?
SAMA SAHAJA. KEMATIAN MASIH TETAP MENGHAMPIRI. AKU ENGGAN MEMBAHAS SOAL PEMBUDAYAAN SAMBUTAN. AMBIL SAHAJA APA YANG RASA DEKAT DIHATI. YANG BURUK DITINGGALKAN, YANG BAIK ITU YANG HARUS DISEGERAKAN.
SUPAYA PERUBAHAN DAN KEAZAMAN ITU LEBIH TERASA.
USAH DIHIRAU SAMBUTANNYA, NAMUN SEMANGAT DAN AZAM ITU LAH YANG HARUS TERNYALA.
 
Images by Freepik